Anda di halaman 1dari 5

Sejauhmanakah pengaruh akauntabiliti keguruan terhadap aspek murid , ibu

bapa , masyarakat dan negara serta rakan sejawat dan profesion perguruan .

Akauntabiliti ialah tanggungjawab seseorang terhadap tugas yang


diamanahkan kepadanya. Akauntabiliti keguruan pula bermaksud tanggungjawab
yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan
juga membawa maksud tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas
merangkumi akauntabiliti guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah,
masyarakat dan negara, dan profesion perguruan amnya.

Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak isu yang mempertikaikan akauntabiliti


perguruan diutarakan dalam media massa. Gokina Morganan ( 2012, Februari 28 ).
Guru besar kena gomol sebab tegur kelas bising . Sinar Harian. Diambil daripada
http://www.sinarharian.com.my/semasa/guru-besar-kena-gomol-sebab-tegur-kelas-
bising-1.27915 . Kes ini berlaku di sebuah sekolah rendah di Georgetown di mana
murid terpaksa menonton perbalahan antara guru besar dan guru kelas mereka
selepas berlaku perselisihan faham antara dua pendidik itu. Pergaduhan tercetus
selepas guru besar menegur cikgu itu yang gagal mengawal murid daripada
membuat bising. Suasana menjadi kecoh sehinggalah guru lain terpaksa campur
tangan untuk meleraikan pergaduhan antara kedua-dua orang guru yang terbabit itu.
Akibat daripada pergaduhan itu, guru besar yang terbabit cedera di kedua-dua belah
tangan dan juga bahagian belakang kepala. Manakala guru kelas pula cedera pada
mata akibat terkena tikaman pen ketika bergelut dan kedua-duanya sudah membuat
laporan polis mengenai kejadian itu.

Di samping melanggar Kod Etika Perguruan, guru yang terbabit itu juga
melakukan kesalahan ataupun boleh dikatakan tidak melaksanakan akauntabiliti
dengan sempurna. Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ dihuraikan
sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap
sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji, konsep akauntabiliti adalah satu obligasi
untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi
kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut.
Akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin dan keperluan untuk memberikan
justifikasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang
telah diambil.
Dalam kes yang dibincangkan itu, guru yang terbabit itu boleh dikatakan tidak
melaksanakan akauntabilitinya terhadap keempat-empat pihak iaitu akauntabiliti
terhadap murid, ibu bapa, profesion perguruannya serta masyarakat dan negara.
Pertama, dari aspek akauntabiliti terhadap murid, guru tersebut sepatutnya
mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal yang lain. Beliau
juga perlulah menunjukkan penampilan diri, peraturan dan perbuatan yang baik
sepanjang masa dan berusaha agar amalan dapat menonjolkan ciri-ciri
kecemerlangan dan kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada murid.
Namun kesan daripada kes yang diutarakan tadi, murid-murid telah dapat lihat cara
perbahasan tidak sopan yang ditunjukkan dalam kelas oleh guru dan sekiranya
murid itu tidak rasional dan tidak berpegang teguh kepada disiplin, mereka juga akan
terikut sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru mereka .Hal ini adalah
disebabkan guru dianggap sebagai individu yang ideal, berstatus dan berkelayakan,
maka tingkah laku guru akan menjadi ikutan murid seperti kata pepatah “jika guru
kencing berdiri maka murid kencing berlari” dan tidak berlaku seperti “ketam
menyuruh anaknya berjalan lurus.” Justeru, guru seharusnya menjaga tingkah laku
diri sendiri dan berusaha menunjukkan sesuatu yang dapat memberi contoh yang
baik kepada murid.

Kedua, akauntabiliti terhadap ibu bapa. Seseorang guru yang berakauntabiliti


tidak akan mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
kepercayaan murid dan ibu bapa terhadap guru. Guru merupakan orang yang kedua
penting dalam kehidupan setiap murid. Apabila ibu bapa menghantar anak mereka
ke sekolah, maka ibu bapa menaruh harapan yang besar ke atas guru untuk
mendidik anak-anak mereka supaya menjadi orang yang berilmu dan berguna
kepada nusa dan bangsa. Harapan ibu bapa ini menjadi amanah dan tanggungjawab
bagi guru-guru dan wajib dilaksanakan. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan
penuh dedikasi dalam bilik darjah iaitu dengan mematuhi jadual, menepati masa,
serta menjalankan tugas dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Kita juga mestilah bersikap adil terhadap setiap pelajar di samping
membimbing mereka tanpa meminta sebarang bayaran atau ganjaran. Namun
kelakuan kedua-dua pendidik tersebut telah menjejaskan imej profesion perguruan di
depan murid dan hal ini seterusnya akan tersebar sehinggalah ke telinga ibu bapa.
Impak daripada kejadian tersebut ialah kepercayaan murid dan ibu bapa terhadap
guru akan terjejas dan ianya bukan sahaja ditujukan kepada guru yang terbabit itu,
malah guru-guru yang lain yang tidak terlibat juga tetap terpengaruh.
Dari aspek akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara, seseorang guru itu
sepatutnya mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang
bertentangan dengan Rukunegara. Guru haruslah berusaha untuk memupuk sikap
dalam diri murid dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk
menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan berguna. Guru sendiri perlu
menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi
tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama
di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku
sopan yang diterima oleh masyarakat . Malangnya, guru tersebut menunjukkan
tingkah laku yang kurang sopan di depan murid, dan hal ini adalah bertentangan
dengan salah satu prinsip Rukunegara iaitu “Kesopanan dan Kesusilaan”. Akibat
kekurangan akauntabiliti perguruan dalam diri pendidik ini bukan sahaja tidak dapat
memupuk sikap dalam diri murid yang positif malah ia sanggup membina kelakuan
yang negatif di kalangan murid . Guru tersebut telah mewujudkan persepsi atau
tanggapan buruk daripada pihak masyarakat atau orang luar terhadap perguruan.
Persefahaman dan kerjasama antara kalangan guru dan ibubapa pelajar akan
terjejas , suasana harmoni di sekolah untuk aktiviti sosial antara guru dan ibu bapa
juga menjadi susah diwujudkan .

Seterusnya adalah akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan.


Seorang guru sepatutnya sanggup mengawal diri demi mengelakkan diri daripada
membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Akan tetapi,
guru yang terbabit dalam kes tersebut bukan sahaja melakukan sesuatu yang
menjatuhkan maruah dirinya, malah juga mencemar nama baik guru yang lain. Hal
ini seterusnya akan menjejaskan profesionalisme perguruan dan akhirnya pihak-
pihak yang tidak bersalah juga tetap menerima impaknya.

Berdasarkan perkara-perkara yang dibincang di atas, salah satu punca yang


mencetuskan kes tersebut adalah tekanan yang dihadapi oleh guru tersebut. Pada
abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan
daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi
meningkatkan kualiti pendidikan. Suasana pengajaran dan pembelajaran serta kualiti
pengajaran guru kian dipersoalkan dan diutarakan sebagai punca kemerosotan
prestasi murid. Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut paradigma
dalam kalangan guru akan secara langsung atau tidak membawa kepada tekanan
terhadap guru.

Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan


pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu
menunaikan tugas harian atau tugas utama meraka di dalam bilik darjah. Dalam
proses melakasanakan tugas dan tanggungjawab, guru kian menemukan halangan,
kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. Jika guru tidak dapat
menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi, mereka akan
mengalami tekanak emosi.

Cara yang seterusnya untuk meningkatkan profesion perguruan ialah


denganmeningkatkan akauntabiliti pendidik itu sendiri. Ini merupakan nilai yang
terpenting untuk membezakan guru yang komited dengan guru yang bermasalah.
Kerja mendidik membawakonotasi moral kepada orang yang menjalankan tugas ini
perlu bertanggungjawab kepada dirisendiri kerana mereka akan dipersoalkan
sekiranya sesuatu tanggungjawab itu diabaikan.Jika seseorang guru mempunyai
akauntabiliti yang tinggi maka ia juga akan mempengaruhi profesionalisme guru dan
secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru .

Ketiga, kesedaran akauntabiliti seseorang guru. Dengan memahami prinsip


akauntabiliti, guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan
akauntabiliti haruslah dihayati sepenuhnya kerana ia akan dapat meningkatkan tahap
profesionalisme keguruan. Hal ini adalah kerana penghayatan tersebut
membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya
dengan penuh komitmen dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang
guru merangkumi akauntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri, murid-murid dan
profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-
benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan.
Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru
yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga
dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh
dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran
kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab
terhadap tanggungjawab yang dilaksanakannya. Oleh yang demikian,akauntabiliti
perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan
akauntabiliti terhadap tugas, maka tanggungjawabnya tidak dapat dijalankan dengan
baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang dicita-citakan negara. Hal
ini seterusnya akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana
perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.

Keempat, menangani stres yang dialami. Stres jika dibiarkan, boleh


mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk
mengubah diri individu untuk menangani stres dengan cara yang terbaik. Kenal pasti
punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca
stres tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah
menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya,
jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut
mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh
tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan
mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa
tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.

Secara kesimpulannya, situasi sebegini akan menjadi lebih buruk jika ada
sejarah ketidakpuasan atau dendam masa lampau yang terpendam di hati dan tidak
diluahkan dengan cara yang profesional. Walau bagaimanapun, sebagai pendidik
bangsa, bergaduh di depan murid merupakan suatu perbuatan yang tidak wajar
dilakukan. Hal ini demikian kerana golongan guru harus menunjukkan contoh dan
tauladan yang baik kepada anak didik. Kalau boleh di hadapan murid kita tidak boleh
menunjukkan kelemahan diri kita sebagai guru yang sentiasa dihormati dan
dipandang tinggi. Jika beginilah yang terjadi, percayalah sehingga ke 1000 tahun lagi,
kita akan tetap diingati oleh murid-murid kita sebagai guru yang bergaduh di
hadapan mereka.

Anda mungkin juga menyukai