Anda di halaman 1dari 25

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 139

UNIT 9 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menjelaskan prinsip-prinsip komunikasi visual dalam pengajaran dan pembelajaran. 2. Membincangkan kelas-kelas media instruksional serta kelebihannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

PENGENALAN

isual merupakan elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Visual akan membantu murid menangkap sesuatu maksud yang sedang diperkatakan guru. Oleh yang demikian, anda perlu mengiringi pengajaran anda dengan bahan-bahan bantu bagi memudahkan kefahaman murid. Sekiranya anda tidak menyediakan bahan bantu mengajar atau visual, tentulah sukar bagi murid-murid untuk menggambarkan maklumat atau maksud sebenar yang hendak disampaikan. Sebenarnya sudah terlalu lama guru lebih cenderung menyampaikan pengajaran dengan bantuan visual terhad dalam bentuk perkataan (chalk and talk). Penekanan yang keterlaluan kepada penggunaan perkataan dan lisan dalam pengajaran dan pembelajaran mencerminkan kurangnya usaha guru untuk memanfaatkan aspek visual dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, anda perlu sentiasa sedar bahawa kebanyakan murid memerlukan sokongan bahan bantu belajar yang berbentuk visual kerana kekuatan yang ada pada bahan berbentuk visual dalam membantu murid memahami dengan lebih baik konsep yang dipelajari. Keseluruhan unit ini akan membincangkan tentang prinsip, fungsi, peranan, jenis visual termasuklah garis panduan menyediakan visual untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Perbincangan juga akan menyentuh perkembangan teknologi analog kepada digital yang membawa banyak keistimewaan serta kemudahan kepada anda dalam menyediakan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan juga akan menjelaskan kepada anda tentang kelas dan kategori media instruksional. Murid, seperti juga kita orang dewasa, memerlukan bukti nyata yang dapat dilihat atau didengar atau dirasai, bagi membantu mereka membina kefahaman. Setiap guru yang melangkah masuk ke bilik darjah sebenarnya adalah atas dasar ingin menunaikan janji yang dicatatkan sebagai hasil

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 140

pembelajaran yang telah disediakan sebelum pengajaran berlaku. Menyediakan bahan bantu mengajar merupakan bahan bukti yang menyokong pengajaran yang akan memudahkan murid belajar.

ISI KANDUNGAN

O V

leh sebab keseluruhan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan visual, maka adalah penting aspek pembinaan dan penggunaan visual dibincangkan secara terperinci. Kebanyakan media instruksional yang akan dibincangkan mempunyai komponen visual tertentu. Perkembangan teknologi komunikasi pada hari ini turut menyumbang kepada peningkatan bahan sokongan pembelajaran secara meluas dan tidak terhad. Adalah malang sekiranya masih terdapat guru yang tidak memanfaatkan perkembangan ini serta terus kekal menggunakan teks dan lisan dalam pengajaran dan pembelajaran. Tindakan ini, sekiranya terus berlaku, amatlah tidak selaras dengan kehidupan murid yang penuh dengan paparan visual yang berbagai dan berwarna-warni.

Apakah peranan visual dalam instruksi?


isual yang digandingkan bersama instruksi dapat meningkatkan pencapaian murid. Visual boleh menjadikan idea (dalam bentuk lisan/teks) lebih konkrit serta memudahkan murid untuk mengingatinya. Visual juga boleh berperanan memotivasikan murid dengan menarik serta mampu mengekalkan perhatian mereka dengan penuh minat kepada pengajaran guru. Visual turut memudahkan sesuatu idea atau maklumat yang sukar untuk difahami murid. Visual boleh memberi peluang kepada murid untuk membandingkan imej yang dipaparkan dengan maksud lisan yang sedang disampaikan guru. Misalnya dalam sesi perbincangan tentang pemeluwapan dan kejadian hujan, guru yang kreatif mungkin boleh membuat visual konsep seperti yang digambarkan dalam Rajah 9.1 di bawah. Begitu juga sekiranya guru ingin menjelaskan berkenaan dengan pelangi, kejadian pelangi atau warna pelangi. Visual pelangi seperti yang dipaparkan dalam rajah yang sama amat membantu pemahaman murid.

Rajah 9.1 Idea kejadian hujan dan gambaran pelangi Sumber Internet

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 141

Teori realisme visual dan kepentingan media instruksional

ealisme dalam visual bermaksud rangsangan yang terdapat dalam sesuatu visual yang boleh memudahkan guru menyampaikan maklumat kepada murid dengan lebih berkesan. Rangsangan ini akan membantu mengkonkritkan maklumat atau konsep yang abstrak. Contoh rangsangan visual adalah seperti warna, gambar atau bahan sebenar.

Perkara ini juga mempunyai perkaitan rapat dengan penyediaan bahan pengajaran kepada murid. Dengan memberi perhatian kepada teori ini, bermakna guru tidak mengabaikan kajian tentang cara bagaimana manusia belajar. Dwyer, 1978 dalam Yusup (2005) menyatakan bahawa gambar foto berwarna sangat berkesan dalam mempamerkan visual kerana guru tidak perlu membuat penjelasan berbanding bentuk visual yang lain seperti dalam Rajah 9.2. Menerusi filem-filem hitam putih P. Ramlee umpamanya, murid terpaksa membayangkan warna apabila disebut melalui dialognya.

Rajah 9.2 Kontinum kesan pembelajaran berasaskan teori realisme visual Rajah 9.2 di atas juga jelas menunjukkan bahawa murid yang hidup dalam persekitaran warna-warni lebih selesa sekiranya guru dapat menyediakan media instruksional dalam bentuk warna sebenar. Kesan media instruksional kepada pembelajaran semakin rendah sekiranya guru hanya membuat lukisan garis hitam putih.

Apakah matlamat visual dalam instruksi?

engajaran dan pembelajaran di bilik darjah merupakan suatu proses komunikasi. Komunikasi yang baik, berkesan dan bermakna antara guru dengan murid bukan sahaja bergantung kepada huraian isi kandungan yang baik tetapi juga berkait dengan reka bentuk visual yang baik. Guru yang memberi perhatian kepada penyediaan visual yang baik ialah seorang guru yang mempunyai visi serta matlamat yang jelas iaitu menyediakan suasana pembelajaran yang bermakna kepada muridmuridnya. Mari sama-sama kita fahami matlamat penggunaan visual dalam proses pengajaran. Kebolehbacaan (teks) dan kejelasan (imej) Visual yang dipaparkan kepada murid hanya akan bermakna sekiranya mempunyai paparan tulisan dan gambar yang jelas. Tidak guna guru memaparkan visual yang mempunyai saiz tulisan yang kecil,

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 142

sukar dibaca serta gambar yang kabur serta kecil. Dalam perbincangan seterusnya kita akan menyentuh berkenaan teks, saiz dan juga sumber tulisan yang baik. Mudah menterjemahkan mesej Visual yang baik adalah visual yang memudahkan murid membuat proses mental untuk mentafsir dan memahami sesuatu mesej yang disampaikan guru. Dengan bantuan visual, guru mengambil masa yang pendek untuk membuat penjelasan atau huraian kepada murid dan murid juga mengambil masa yang pendek untuk memahami pengajaran atau mesej yang disampaikan guru. Meningkatkan perhatian aktif murid Kombinasi warna, teks, susunan, audio, video yang ditampilkan melalui visual pastinya akan mampu menarik perhatian murid kepada mesej yang hendak disampaikan. Pembelajaran menjadi lebih fokus Visual akan memudahkan guru membawa fokus pembelajaran murid kepada mesej sebenar yang akan dipelajari. Fikiran murid tidak perlu menerawang ke sana ke mari untuk mencari erti kepada mesej yang disampaikan guru.

Rajah 9.3 Model Komunikasi Chute (1987)


Sumber: Yusup (2005)

Model komunikasi Chute (1987) seperti yang digambarkan dalam Rajah 9.3 di atas ialah satu contoh bagi seorang guru untuk memahami proses komunikasi yang kompleks dalam pengajaran pembelajaran di bilik darjah. Berdasarkan Rajah 9.3 bincangkan penerapan matlamat visual yang anda fahami. __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 143

Apakah prinsip-prinsip dalam komunikasi visual?

ntuk mendapatkan visual yang baik dan berkesan, guru perlu pandai menyusun dan membuat olahan tiga set utama visual, iaitu (1) memilih dan menggabung berbagai elemen verbal dan/atau visual, (2) membentuk paparan yang selesa pada pandangan keseluruhan, dan (3) menyusun mengikut kerelavanan yang disebut sebagai tipografi (Yusup, 2005). Untuk menyediakan visual yang baik, guru harus memilih dan mengenal pasti apakah bentuk visual yang dicadangkan. Pertimbangan ini mengambil kira siapa murid, isi kandungan serta objektif pembelajaran. Visual pula mungkin dalam bentuk bahan bercetak atau paparan skrin komputer atau lutsinar OHP. Oleh yang demikian, anda tentunya ingin mempastikan visual yang jelas, menarik perhatian serta berfokus. Untuk mencapai paparan visual yang baik tersebut, kita akan membincangkan tiga komponen utama visual iaitu (1) jenis-jenis visual, (2) elemen verbal (jenis-jenis huruf) dan (3) elemen tambahan bagi menarik perhatian (kejutan, tektur dan interaksi). Jenis-jenis visual Elemen visual dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu; 1. Visual realistik Visual lebih jelas, detail dan hampir serupa dengan bahan asal seperti objek sebenar, gambar foto warna, video warna 3D. Mesej lebih mudah difahami. Selain itu terdapat visual kurang realistik yang dalam bentuk lukisan mudah oleh guru. Anda dapat membandingkan antara kedua-duanya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.4 di bawah.

Rajah 9.4 Visual realistik (kiri) dan kurang realistik (kanan) 2. Visual analogik Visual ini menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan sesuatu simbol yang dianggap boleh mewakili konsep tersebut atau dibuat secara analogi. Misalnya guru boleh membuat analogi bagi menunjukkan aliran kuasa elektrik dengan mengalirkan air melalui saluran paip atau lakaran analogi visual untuk menjelaskan komposisi sesuatu atom dalam sistem solar seperti yang digambarkan dalam Rajah 9.5 di bawah. Penggunaan analogi juga dibincangkan dalam Unit 7.

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 144

Rajah 9.5 Sistem solar


Sumber: Yusup (2005)

3. Visual organisasional Visual ini menunjukkan hubungan antara perkara atau konsep utama dengan konsep sokongan. Visual ini merangkumi carta aliran, graf, peta, carta kategori. Visual jenis ini memudahkan murid memahami susunan sesuatu isi kandungan. Visual ini juga boleh menunjukkan hubungan antara satu konsep dengan lain atau menjelaskan susunan konsep dalam bentuk teks (tulis). Paparan visual organisasional juga dibincangkan dalam Unit 1, Modul 1 dan Unit 7 modul ini. Rajah 9.6 menunjukkan satu contoh visual jenis ini.

Generasi pertama

Generasi kedua
Anak pertama

Generasi ketiga
Cucu pertama Cucu kedua Cucu ketiga

Ibu bapa Anak kedua

Rajah 9.6 Susur galur keturunan Elemen verbal (jenis-jenis huruf) Kadang-kadang guru memerlukan teks untuk menyokong visual yang dipaparkan. Paling asas guru perlu mempastikan kebolehbacaan dengan memberi perhatian kepada aspek jenis, bilangan jenis, warna, saiz, dan jarak huruf serta jarak barisan ayat. 1. Jenis huruf Huruf yang dipilih mestilah konsisten dan harmoni dengan visual. Jenis huruf sans serif yang lebih terang dan jelas seperti huruf-huruf

Helvetica

atau

Arial

atau

Tahoma

atau seumpamanya adalah dicadangkan untuk kegunaan pengajaran-

pembelajaran. Jenis huruf ini juga dicadangkan untuk bahan tayang (menggunakan projektor) dan paparan bukan tayang (tidak menggunakan projektor). Satu lagi jenis huruf iaitu huruf serif

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 145

seperti huruf

Times New Roman atau Palatino

adalah sesuai untuk

bahan cetak dan handouts.

San serif

serif

2. Bilangan jenis huruf Bagi sesuatu siri persembahan, guru dicadangkan tidak menggunakan lebih dari dua jenis huruf. Bagaimanapun, dengan menggunakan komputer, dua jenis huruf tersebut masih boleh diperbagaikannya persembahannya dengan empat cara yang berlainan seperti membuat bold, italic, garis bawah dan BESAR hanya dicadangkan kepada tajuk-tajuk yang tidak melebihi tiga perkataan. Sekiranya lebih daripada tiga maka gunakanlah peraturan menggunakan huruf kecil sama ada Title Case atau Sentence case seperti sedia ada dalam ikon Format di paparan Word komputer anda.

besar-kecil saiz mengikut kesesuaian mesej. Penggunaan HURUF

Rajah 9.7 Ikon change case 3. Warna huruf Warna huruf hendaklah kontras dengan warna latar supaya timbul kejelasan dan kebolehbacaan. Pilih warna lembut dan selesa dipandang. Walaupun warna boleh digunakan untuk membuat penegasan atau menarik perhatian kepada sesuatu perkara tetapi fikirkan juga sekiranya kedapatan murid kita yang buta warna. Judy Loosmore, 1994 dalam Heinich (2005) mencadangkan kombinasi warna untuk bahan bukan tayang dan komputer seperti berikut; Jadual 9.1 Warna huruf Warna latar Putih Kelabu cerah Biru Biru muda Kuning muda Warna teks/imej Biru tua, hitam Biru, hijau hitam Kuning, putih Biru tua, hijau tua Coklat, hitam Highlights Merah, orange merah Kuning, merah Merah, orange merah

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 146

4. Saiz huruf Sekiranya menyediakan media instruksional bagi bahan bukan tayang seperti poster dan seumpamanya ialah ketinggian huruf inci bagi jarak pandang 10 kaki. Setiap pertambahan jarak 10 kaki perlu diikuti oleh pertambahan inci saiz ketinggian huruf. Guru boleh menggunakan sumber penghurufan dari stensil, unistensil atau huruf digital komputer. Jadual 9.2 di bawah menunjukkan jarak kedudukan murid dengan saiz huruf yang sepatutnya diguna oleh guru. Jadual 9.2 Saiz huruf bukan tayang Jarak pandang 10 kaki 20 kaki 30 kaki 40 kaki 50 kaki 60 kaki Ketinggian huruf inci 1 inci 1 inci 2 inci 2 inci 3 inci

Mengikut Yusup (2005), saiz huruf komputer yang sesuai bagi bahan tayang adalah seperti dalam Jadual 9.3. Jadual 9.3 Saiz huruf tayang Bahan Power point Video Transparensi Saiz huruf (minimum) 20 30 18 Jenis huruf Arial Arial Arial

5. Jarak huruf Guru seharusnya kekal menggunakan jarak

melalui keyboard komputer. Elakkan menaip dengan menggunakan jarak m e k a n i k a l kerana penulisan seumpama ini boleh mengganggu pembacaan. Contoh penulisan yang menggunakan jarak mekanikal adalah (ambil komputer anda, buka word dan ikut) seperti langkah berikut dan lihat hasilnya dalam Jadual 9.4.

optikal

iaitu jarak yang tersedia apabila ditaip

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 147

Jadual 9.4 Jarak huruf

m <space> e <space> k <space> a <space> n <space> i <space> k <space> a <space> l.


Optikal jarak optikal Mekanikal jarak optikal M e k a n i k a l jarak mekanikal

6. Jarak barisan ayat Jarak memainkan peranan penting bagi keselesaan pembacaan. Oleh yang demikian, guru harus memilih jarak atau langkau yang betul supaya paparan bahan atau visual senang dibaca murid. Jadual 9.5 di bawah membandingkan tiga jenis jarak dan jarak 1.5 yang di bawah sekali di dalam jadual adalah yang paling sesuai diguna oleh guru. Jadual 9.5 Jarak barisan ayat atau langkau antara baris Jarak yang rapat menyukarkan pembacaan (sesuai untuk bahan bercetak)

Sebaliknya jarak barisan ayat yang jauh juga sukar dibaca kerana mungkin boleh memutuskan idea dengan idea utama.

Jarak 1.5 atau 1 ketinggian purata huruf kecil adalah sesuai dan mudah dibaca.

Sediakan satu bahan bantu mengajar dengan mempraktikkan semua yang dibincangkan di atas.

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 148

Elemen tambahan bagi menarik perhatian (kejutan, tektur dan interaksi) Selain daripada elemen yang telah dibincangkan di atas, guru mungkin boleh membuat kejutan dengan menunjukkan visual tertentu atau perubahan drastik pada saiz huruf atau menggunakan warna tertentu bagi menarik perhatian murid, atau membawa ke bilik darjah dan menunjukkan visual 3 dimensi seperti set telefon lama seperti Rajah 9.8 yang lebih jelas tekturnya yang mungkin tidak pernah diketahui oleh murid generasi kini, iaitu bahan sebenar yang boleh disentuh murid. Akhirnya guru boleh melibatkan murid dengan pelbagai interaksi terancang.

Rajah 9.8 Telefon jenis lama yang mungkin boleh membawa kejutan

Elemen visual lain

elain daripada elemen-elemen yang telah dibincangkan di atas, terdapat beberapa elemen visual lain yang turut mempengaruhi persediaan rupa paparan skrin persembahan anda. Perkara ini penting diberi perhatian agar maklumat yang dipapar tidak mengelirukan di samping tidak berlaku persembahan yang tidak diperlukan. Antara elemen lain ialah; Kesatuan Elemen visual kelihatan berkait rapat antara satu dengan lain tetapi tidak mengelirukan, sama ada dari sudut pandang menegak atau melintang, murid mudah membaca maklumat yang disajikan. Misalnya Model ASSURE dalam Rajah 9.9 di bawah, perkaitan antara elemen dapat dilihat dengan jelas.

Rajah 9.9 Kesatuan elemen Susunan Visual sebaiknya disusun mengikut rentak pandangan sama ada mendatar dari kiri ke kanan atau menegak dari atas ke bawah atau mengikut pusingan jam. Susunan visual juga akan kelihatan selesa sekiranya guru mengaplikasi prinsip aturan sepertiga yang menjadi amalan seni fotografi. Rajah 9.10 di bawah dibuat dengan prinsip aturan sepertiga, visual kelihatan hidup dan bergerak ke ruang hadapan.

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 149

Rajah 9.10 Aturan sepertiga yang menunjukkan imej dinamik


Sumber: Yusup (2005)

Keseimbangan Terdapat dua jenis keseimbangan visual yang dipapar pada skrin iaitu keseimbangan formal dan tidak formal. Keseimbangan formal merujuk kepada penyusunan elemen visual yang sama berat sama ada kiri dengan kanan atau atas dan bawah atau kedudukan elemen itu kelihatan seimbang. Manakala keseimbangan tidak formal merujuk kepada elemen visual yang tidak mengambil kira kedudukan di samping saiz dan bentuk juga berbeza-beza. Rajah 9.11 di bawah memperlihatkan keadaan tersebut. Kita tidak sepatutnya menyediakan paparan skrin yang tidak seimbang seperti yang di gambarkan oleh visual sebelah kanan di bawah kerana paparan menjadi tidak kemas dan mengganggu perhatian murid.

Rajah 9.11 Keseimbangan formal dan tidak formal


Sumber internet

Mengapakah elemen kesatuan, susunan dan keseimbangan formal perlu diberi perhatian penting semasa menyediakan bahan pengajaran anda?

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 150

Media baru teknologi digital

erkembangan teknologi khususnya komputer banyak membantu memudahkan guru memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Jikalau menggunakan media lama, misalnya kamera analog untuk merakam imej, guru perlu terlebih dahulu memproses filem untuk dicetak atau meletakkannya di dalam bingkai slaid. Menggunakan mesin taip adalah suatu kerja yang rumit sekiranya membuat kesilapan menaip serta mempunyai masalah penyimpanan. Berbeza dengan media baru teknologi digital kerana gambar boleh terus guna apabila sahaja dimuat turun ke dalam komputer. Bahan-bahan, sama ada dalam bentuk teks, audio, video, grafik boleh disimpan secara mudah di dalam komputer. Guru boleh menggunakannya semula apabila diperlukan. Malah dengan perkembangan Internet, guru boleh mendapatkan bahan daripada Internet tetapi dengan mengambil kira aspek harta intelek. Kewujudan kamera digital, pengimbas, dan mesin pencetak telah merubah rakaman imej ke dalam format digital. Pengimbas dengan mudahnya dapat membantu guru menukar imej ke format digital. Imej tersebut jika digabungkan dengan persembahan PowerPoint akan menjadikan persembahan lebih menarik. Kamera Digital Terdapat pelbagai jenis kamera digital di pasaran. Kepelbagaian fungsi dan megapixel menentukan harga sesebuah kamera. Orang ramai pada masa ini telah berubah kepada penggunaan kamera digital malah kadang-kadang alat tersebut telah tersedia datang bersama-sama dengan telefon mudah alih yang anda gunakan. Boleh dikatakan guru, malah murid sendiri telah terdedah dengan imej digital. Kalau hendak dibincangkan, terlalu banyak kelebihan dan kemudahan menggunakan kamera digital berbanding dengan kamera analog. Kamera digital tidak lagi menggunakan filem sebaliknya imej terus disimpan di dalam memory. Dengan menggunakan kamera digital juga, guru tidak perlu ke kedai gambar untuk memproses filem dan mencetak gambar. Gambar boleh terus dicetak dengan menggunakan pencetak berwarna atau ditayangkan sahaja melalui perisian PowerPoint atau Word untuk tujuan pengajaran-pembelajaran. Semasa mengambil gambar pula, anda boleh terus melihat imej sebenar gambar yang anda perlukan melalui skrin yang tersedia di kamera. Gambar yang telah diambil dan sekiranya didapati tidak memuaskan, guru boleh padamkan dan ambil semula mengikut selera guru pada masa yang sama. Perkara-perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan menggunakan kamera analog yang menggunakan filem! Rajah 9.12 di bawah memperlihatkan perbezaan antara dua jenis kamera tersebut.

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 151

Kamera digital
Sumber Internet

Kamera dan filem (Analog)

Rajah 9.12 Kamera digital (kiri) dan analog (kanan)

Pengimbas/Scanner Scanner atau pengimbas boleh digunakan guru untuk memindahkan imej dari buku atau foto atau lukisan/lakaran ke dalam format digital dan di simpan di dalam komputer. Bahan ini juga seterusnya boleh terus guna melalui tayangan menggunakan perisian persembahan Power Point ataupun Word. Dengan berbuat demikian, guru dapat menjimatkan masa menyediakan bahan dan tidak memerlukan kemahiran yang mungkin tidak dikuasai guru misalnya kemahiran melukis atau membuat lakaran. Rajah 9.13 di bawah memperlihatkan visual sedang dibuat pengimbasan oleh salah satu daripada pelbagai jenis mesin pengimbas. Malah pada masa ini terdapat tiga format dalam satu mesin seperti mencetak, mengimbas dan sekaligus juga bertindak sebagai mesin faks!

Rajah 9.13 Pengimbas


Sumber internet

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 152

Beri respon anda terhadap perkembangan teknologi digital yang banyak membantu guru memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Apakah kelas-kelas media instruksional?

Media Instrukasional

Cetak

Bukan Cetak

Buku Teks

Modul

Nota

Lain-lain bahan bercetak

Media Tayang

Media Bukan Tayang

Rajah 9.14 Media instruksional

etelah kita membincangkan prinsip-prinsip dalam komunikasi visual, dalam bahagian seterusnya ini kita cuba berbincang pula tentang media-media instruksional. Secara umum, media instruksional boleh dibahagikan kepada dua kelas yang utama iaitu media cetak dan media bukan cetak seperti yang diklasifikasikan dalam Rajah 9.14 di atas.

Apakah media cetak?

alam proses pengajaran dan pembelajaran, media cetak merujuk kepada semua bentuk teks yang dihasilkan/disediakan oleh Kementerian Pelajaran seperti buku teks atau yang tersedia di pusat sumber sekolah seperti buku-buku rujukan, buku cerita, surat khabar dan seumpamanya atau yang disedia oleh guru dan murid seperti nota, modul, latihan dan seumpamanya. Seperti yang pernah dilalui oleh semua guru sebelum menjadi guru, bahan bercetak terutamanya buku teks telah lama berada di sekolah sebagai sebagai salah satu media pengajaran guru yang utama.

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 153

Rajah 9.15 Media cetak Media cetak mudah disediakan tambahan pula dengan adanya bantuan komputer serta peranti output seperti pencetak dan pengimbas serta kemahiran pemprosesan perkataan oleh guru. Buku teks pula telah sedia dibekalkan kepada murid dan guru. Bahan bercetak mudah dibawa, mudah dirujuk dan sesuai dalam semua persekitaran pembelajaran. Tetapi sebaliknya juga bahan-bahan bercetak tidak akan memberi apa-apa makna kepada murid-murid yang buta huruf dan sekiranya terus buta huruf. Kaedah SQ3R (Survey, Question, Read, Recite, and Review) mungkin agak popular dalam kalangan guru apabila mengajar menggunakan bahan teks. Seperti yang disebutkan pada awal unit ini, penggunaan bahan teks memang agak meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolahsekolah. Cuba anda cadangkan penyediaan bahan cetak yang menarik untuk satu subtajuk bagi satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Jelaskan maksud bahan cetak yang menarik itu.

Apakah media bukan cetak?

edia bukan cetak dapat dipecahkan kepada dua kategori yang utama iaitu media tayang dan bukan tayang. Dalam media tayang kita akan membincangkan tentang media tayang gerak dan media tayang kaku. Manakala dalam bahagian media bukan tayang pula kita akan berbincang berkaitan dengan manipulatif, papan paparan dan bahan pameran. Semua bahan yang dinyatakan ini memang agak biasa kepada guru. Walau bagaimanapun kita akan cuba membincangkan kepentingan kewujudannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Media tayang Media tayang gerak terbahagi kepada media tayang gerak dan media tayang kaku. Media tayang gerak Media tayang gerak adalah merujuk kepada beberapa format bahan yang sering membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu seperti video, filem, bahan-bahan digital atau bahan dalam Internet. Pecahan kepada pembahagian ini dapat diperhatikan dalam Rajah 9.16 di bawah.

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 154

Media Tayang Gerak

Filem

Video

Bahan Digital

Bahan Internet

Tape VHS/VCD/DVD

DVD/VCD Interaktif/CDI/CAI/CDROM

Multimedia/Hypermedia

Rajah 9.16 Media tayang gerak

Filem dan video Filem dan video merupakan contoh media tayang gerak walaupun pada masa ini sudah agak sukar bagi guru untuk mendapatkan bahan tersebut dalam bentuk filem. Oleh sebab itulah dalam pendidikan, kedua-dua media ini lebih popular kepada video dan televisyen. Bahan ini mudah didapati melalui Rancangan TV Pendidikan atau video tape (siaran off-air) pendidikan yang di salurkan atau dibekalkan ke sekolah-sekolah. Perkembangan teknologi dan kesesuaian masa telah melebarkan Siaran TV Pendidikan ke Internet dengan penjenamaan www.eduwebtv.com dan video tape pula diganti dengan DVD, VCD dan CD-ROM interaktif.

Rajah 9.17 Web eduwetv Kementerian Pelajaran Malaysia

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 155

Bahan digital

Rajah 9.18 Tape VSH dan CD

Pada masa ini guru agak mudah membuat rakaman video melalui kamera video digital yang lebih kecil dan murah. Video yang dirakam guru boleh diedit menggunakan komputer dengan menggunakan perisian tertentu. Berbanding dengan video analog yang dirakam menggunakan video tape, kualiti gambar dan suara yang diedit menggunakan komputer tidak berubah dengan kualiti asal rakaman video kamera digital. Untuk pengajaran dan pembelajaran pula, video yang telah diedit untuk tujuan pengajaran boleh disimpan di dalam komputer dan boleh ditayangkan terus menggunakan komputer yang sama. Atau video tersebut boleh disalin ke dalam DVD dan boleh dimainkan semula menggunakan alat pemain DVD atau pemain DVD yang ada di komputer anda. Pada masa ini juga terdapat banyak bahan video yang dijual dalam bentuk DVD, malah sudah hampir tiada lagi dalam bentuk tape. Mengapa menggunakan DVD? Secara mudah untuk difahami, sekeping DVD mempunyai ruang simpanan data atau maklumat yang besar iaitu sepanjang empat buah filem penuh (tempoh sembilan jam) dengan mutu gambar dan suara yang berkualiti tinggi. Melalui indeks yang disediakan, anda boleh memilih bahagian-bahagian yang hendak ditayang sahaja. Bahan digital bukan sahaja mudah serta menjimatkan ruang untuk disimpan tetapi tidak mempunyai masalah diserang kulat yang boleh merosakkan kualiti. Bincangkan manfaat eduwebtv Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan profesionalisme guru-guru. Bahan Internet Guru juga boleh memilih video yang bersesuaian daripada internet. Bahan pengajaran dan pembelajaran boleh disaring misalnya daripada http://www.youtube.com atau http://www.teachertube.com. Malah banyak lagi web mata pelajaran yang boleh dikongsi oleh guruguru melalui Internet. Apa yang perlu adalah guru boleh mengambil inisiatif menyediakan direktori web mata pelajaran masing-masing untuk penggunaan secara berkesan bersama murid. Penyediaan direktori ini penting agar guru dan murid tidak membuang masa sesat dalam lautan Internet dan menjadikan pelayaran Internet murid terkawal dan tidak tersasar kepada web yang tidak berkenaan.

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 156

Rajah 9.19 Web teachertube

Senaraikan tiga alamat web mata pelajaran anda yang bermanfaat untuk dicadangkan dan dikunjungi murid anda. __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ Multimedia Secara mudah multimedia merujuk kepada penggunaan pelbagai format media dalam pengajaran atau pembelajaran. Misalnya guru menggunakan lebih daripada satu media dalam satu pengajaran, misalnya persembahan power point yang bukan sahaja mengandungi teks tetapi juga disertai dengan audio dan gambar. Pengertian multimedia dalam konteks pendidikan pada hari ini adalah merujuk kepada adunan pelbagai format media seperti kaset, tape video, CD-ROM, DVD dan Internet (Heinich, 2005). Multimedia dalam pendidikan boleh merangsang serta memotivasi pembelajaran murid. Secara tradisionalnya guru mungkin menggunakan kit (sebuah kotak atau sebuah bag yang mengandungi pelbagai format media seperti yang dibincangkan di atas) pelbagai media/multimedia pengajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Malah kit pelbagai media ini juga ada disediakan secara berasingan untuk pengajaran matematik, bahasa, sejarah, geografi, sains dan lain-lain seperti kit pembelajaran bahasa asing yang biasanya mengandungi buku teks, kaset, atau CD atau DVD beserta dengan alat pemainnya sekali. Guru yang sentiasa menyedari terdapat kepelbagaian murid di bilik

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 157

darjah sentiasa menyesuaikan mereka dengan kepelbagaian sumber dan bahan pengajaran dan pembelajaran, di samping kepelbagaian pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Hypermedia Hypermedia merujuk kepada konsep multimedia yang popular digunakan dalam pendidikan iaitu media yang mampu menggabungkan elemen-elemen seperti teks, audio, video dan grafik untuk mendapat maklumat yang lebih jelas secara serentak, seperti siaran televisyen. Hypermedia merujuk kepada cara skrin-skrin multimedia dirangkaikan atau dihubungkan antara satu sama lain. Rangkaian ini dapat dicapai dengan cara klik pada gambar, ikon, video atau lain-lain media, kemudian skrin multimedia yang berkaitan dipaparkan pada skrin baru (Vivi, 2004). Dalam hubungan ini, Internet merupakan gelanggang multimedia yang paling luas. Murid boleh bergerak dari satu media ke satu media secara terbuka dan bebas. Klik sahaja pada mana-mana ikon yang aktif maka murid berkenaan akan disajikan dengan media pilihan tersebut. Malah mereka boleh muat turun audio dan video pilihan tersebut. Pada masa inilah guru perlu peka tentang dua perkara iaitu kawalan terhadap bahan web yang dilawati murid atau alamat web yang sepatutnya dilawati oleh murid dan kesedaran harta intelek kepada murid. Pembelajaran secara hypermedia adalah berasaskan kepada cara manusia berfikir dan belajar (Heinich, 2005). Guru misalnya, menyediakan bahan pengajaran berkonsepkan hypermedia dengan mengadunkan semua elemen atau beberapa elemen dengan menggunakan perisian Power Point dan link. Katakan guru mengajar tentang itik (teks) diikuti video itik sedang berenang di dalam kolam dan suara bunyi itik dan seumpamanya.

Jelaskan perbezaan antara konsep multimedia lama dengan yang baru. __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________

Kelebihan video dalam pengajaran dan pembelajaran Kelebihan video yang boleh merakamkan persekitaran pembelajaran secara realistik menjadi lebih menarik kerana imej yang bergerak dan hidup, juga boleh memanipulasi ruang dan masa. Sesuatu peristiwa yang sebenarnya mengambil masa yang panjang yang dirakam oleh kamera video, boleh dipendekkan masa tayangannya kepada murid setelah guru membuat suntingan bahagian-bahagian tertentu yang tidak mencacatkan proses dan boleh diterima serta difahami murid. Contohnya dalam pengajaran memasak yang panjang, boleh ditayangkan kepada murid dengan membuat suntingan merebus, menggoreng atau masa menunggu masakan itu masak. Atau guru boleh memperlahankan sesuatu pengajaran yang penting agar murid dapat memerhati dengan lebih teliti lagi mana-mana bahagian yang penting, misalnya memegang dan menggergaji kayu dalam mata pelajaran Kemahiran

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 158

Hidup. Di samping keselamatan murid terkawal, murid juga mudah melihat kemahiran itu dengan terperinci. Dalam memahami bagaimana video memanipulasi ruang pula, anda boleh mempertontonkan perjalanan kapal angkasa mengelilingi dunia, atau dari bilik darjah, anda boleh membawa murid menonton rakyat seluruh dunia sedang mengerjakan haji di Mekah dan pada masa yang sama anda mempertontonkan hidupan di dasar laut di Pulau Tioman! Kelebihan lain video dalam pengajaran dan pembelajaran adalah; pergerakan visual bergerak lebih menarik berbanding dengan visual kaku dalam menjelaskan sesuatu konsep terutama berhubung dengan pengajaran kemahiran psikomotor. menunjukkan proses visual yang menunjukkan sesuatu operasi atau proses seperti topik-topik dalam mata pelajaran kemahiran hidup, sains, sains sukan atau pendidikan Islam dan seumpamanya. Murid-murid boleh meneliti proses tersebut terlebih dahulu sebelum mereka melaksanakan kerja-kerja makmal/bengkel atau melihat konsep dengan lebih nyata lagi. selamat pengalaman berbahaya seperti gambaran peperangan, kebakaran, kemalangan jalan raya dan seumpamanya yang ingin disampaikan kepada murid boleh dikongsi dengan tayangan video. Bagaimanapun, dalam mata pelajaran tertentu juga murid terdedah kepada aktiviti yang berbahaya seperti topik-topik tertentu dalam makmal sains atau bengkel kemahiran hidup. Maka, guru boleh mendahuluinya dengan mempertontonkan video. peristiwa sejarah anda boleh membawa murid mengembara ke zaman lampau melalui rakaman video yang telah tersedia. Misalnya sejarah menyambut kemerdekaan Negara, atau cerita-cerita lama yang didramakan semula atau menghayati contoh sesuatu fenomena kehidupan zaman tahun 50-an dan 60-an melalui filem-filem arahan P. Ramlee. pembelajaran kemahiran mempelajari sesuatu kemahiran adalah lebih berkesan sekiranya dapat ditunjukkan secara berulang kali. Hanya menggunakan video sesuatu kemahiran dapat diulang tayang berkali-kali sehingga murid dapat menguasainya. pembentukan nilai dan sikap video boleh digunakan untuk memupuk sikap dan nilai-nilai baik seperti dalam mata pelajaran pendidikan Islam, sivik dan moral. Video-video propaganda dan dokumentari tentang nilai-nilai ini banyak disiarkan melalui televisyen. memahami kebudayaan kehidupan harian sebenar sesuatu bangsa atau masyarakat mudah dperhatikan melalui tayangan video. Adat resam serta kebudayaan pelbagai kaum di Negara kita misalnya dapat difahami dan pelajari melalui video. Sikap kesefahaman antara budaya dalam mata pelajaran sejarah, bahasa dan komunikasi mudah diteliti melalui tayangan video.

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 159

Kamera mencabar pandangan mata manusia. Bincangkan aspek-aspek tertentu yang dilakukan teknologi kamera yang membantu pengajaran guru. Media tayang kaku Media tayang kaku merujuk kepada bahan-bahan tayangan yang tidak bergerak seperti visual yang disediakan di dalam slaid, transparensi, bahan web dan juga bahan pembelajaran berasaskan komputer. Bahan pengajaran yang menggunakan slaid ialah bahan yang dirakam oleh kamera analog iaitu menggunakan filem positif. Biasanya kita mengambil gambar menggunakan filem negatif dan filem tersebut perlu diproses dan dicetak untuk mendapatkan gambar foto. Sebaliknya untuk membuat slaid kita gunakan kamera yang sama (sebarang kamera filem 35mm) tapi muatkan dengan filem positif (untuk slaid). Selepas gambar diambil, filem tersebut perlu diproses untuk menjadi slaid yang diletakkan di dalam bingkai. Di samping gambar dalam bentuk warna-warni, slaid juga boleh ditambah dari masa ke masa. Untuk menggunakannya dalam pengajaran pembelajaran, guru boleh menayangkan slaid berkenaan dengan menggunakan projektor slaid. Transparensi atau lut sinar biasanya terdapat dalam tiga jenis iaitu jenis tulis terus, fotostat dan cetakan komputer. Guru boleh memilih menggunakan lut sinar mengikut kesesuaian dan kemampuan menyediakannya. Bagi jenis tulis terus (write-on), guru-guru boleh menggunakan pen transparensi yang boleh didapati dalam pelbagai warna. Sama seperti pen yang guru gunakan untuk menulis pada papan putih, pen transparensi ini juga terbahagi kepada dua, iaitu jenis kekal dan boleh dipadam. Guru boleh menggunakan kedua-dua jenis pen ini mengikut kesesuaian dan keperluan masing-masing. Bagi transparensi yang ingin digunakan berulangkali dan akan disimpan sebaiknya guru menggunakan pen jenis kekal. Sebaliknya kalau untuk tujuan penggunaan semasa pengajaran yang hendak dipadam dan guna semula, guru boleh menggunakan pen jenis kekal sementara. Sila rujuk saiz dan jenis huruf seperti yang dibincangkan sebelum ini. Sekiranya guru memerlukan bahan yang hendak difotostat, maka guru perlu mendapatkan trasparensi jenis fotostat. Begitu juga sekiranya guru membuat kerja-kerja menggunakan komputer, bahan tersebut juga boleh dicetak ke atas transparensi dengan menggunakan transparensi khas untuk cetakan komputer. Imej yang dihasilkan bergantung kepada bahan yang disediakan oleh komputer. Transparensi bagi sesuatu tajuk juga boleh ditambah dari masa ke semasa sekiranya terdapat maklumat baru. Transparensi memerlukan projektor overhed (OHP) untuk membuat tayangannya di bilik darjah. Media tayang kaku juga boleh diakses melalui bahan web dan bahan pembelajaran yang berasaskan komputer. Banyak juga bahan pengajaran dalam bentuk visual kaku yang boleh didapati daripada web dan CD pembelajaran. Bahan-bahan ini boleh ditayangkan kepada murid-murid di bilik darjah dengan menggunakan LCD yang dipancarkan ke skrin.

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 160

Media bukan tayang Media bukan tayang secara mudah difahami adalah media yang ditontonkan kepada murid tanpa menggunakan projektor tayang. Oleh sebab tidak menggunakan apa-apa projektor maka bahan tersebut seharusnya mempunyai saiz yang sesuai pada pandangan murid. Sekiranya dalam bentuk teks maka guru perlulah akur dengan saiz fon yang dicadangkan. Dalam hal ini misalnya, ramai juga guru yang menulis pada kad manila dan menampalnya pada papan hitam. Walaupun boleh menjimatkan masa tetapi saiz fon mestilah boleh dibaca murid. Begitu juga sekiranya anda menulis pada papan hitam. Rajah 9.20 di bawah menunjukkan beberapa format media bukan tayang yang akan kita bincangkan.

Media Bukan Tayang Manipulatif Papan Paparan Pameran Audio

Rajah 9.20 Media bukan tayang

Manipulatif Manipulatif merujuk kepada penggunaan bahan bantu mengajar yang boleh dilihat dan dipegang murid dalam bentuk maujud. Dengan menggunakan bahan seumpama ini murid boleh menjadi lebih teruja kerana mereka boleh menyentuh serta meneliti bahan tersebut. Manipulatif boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu benda sebenar, model dan mock-up. Bahan sebenar - Bahan ini merujuk kepada bahan sebenar yang dibawa ke kelas sebagai bahan bantu mengajar guru. Umpamanya guru membawa buah-buahan atau wang kertas, wang syiling, pepatung atau bunga dan seumpamanya bergantung kepada mata pelajaran dan topik masingmasing. Benda sebenar yang ditunjukkan kepada murid adalah selaras dengan cadangan Kon Pengalaman Pembelajaran Dale yang dibincangkan sebelum ini dan amat berkesan kerana tidak semua murid kita mempunyai pengalaman hidup yang berkenaan dengan topik yang akan kita sampaikan. Model - Sama seperti bahan sebenar yang kita bincangkan di atas, model juga ditampilkan dalam bentuk 3 dimensi. Model boleh datang dalam saiz tertentu bagi mewakili suatu bahan yang besar seperti model rumah atau kapal terbang atau kereta atau bahagian dalam badan manusia. Atau dalam sains ada model mata, jantung, atau telinga. Mock-up - Guru biasanya menggunakan mock-up untuk memudahkan sesuatu konsep disampaikan. Misalnya bagaimana sesebuah komputer berfungsi maka guru akan menyambung komponen dalaman komputer di atas sekeping papan plywoods dan membuktikan komputer itu

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 161

berfungsi. Selama ini murid hanya melihat komputer berfungsi tetapi tidak melihat komponenkomponen yang berada di dalam casing. Semua komponen serta penyambungannya sebaiknya dilabel oleh guru. Papan paparan Persekitaran dinding di bilik darjah sepatutnya dipenuhi dengan bahan bantu mengajar. Guru boleh meletakkan foto, lukisan murid, carta, graf ataupun poster. Adalah baik sekiranya bilik-bilik darjah dibekalkan dengan papan buliten, papan putih elektronik, papan magnetik, papan pameran selain daripada papan putih dan papan hitam. Papan hitam/papan putih berguna untuk guru menulis, melukis atau membuat lakaran yang menyokong penyampaian lisan guru. Tetapi kelihatannya ada sebilangan guru yang bercakap tanpa sepatahpun perkataan yang dicatatkan pada papan hitam! Papan hitam atau papan kapur boleh ditulis dengan menggunakan kapur sama ada kapur putih atau kapur warna. Papan putih ditulis dengan menggunakan pen papan putih yang boleh dipadam. Pen ini juga datang dalam pelbagai warna. Papan buletin - papan ini biasanya digunakan guru untuk meletakkan maklumat atau pengumuman penting kepada semua murid. Permukaannya yang lembut membolehkan maklumat berkenaan diletakkan dengan paku payung atau stapler ataupun pin berwarna yang tajam. Papan ini juga digunakan untuk meletakkan kerja-kerja terbaik murid sebagai contoh atau muka depan buku-buku baru untuk menarik perhatian murid mendapat dan membacanya. Atau atas satu-satu tema, guru boleh menggalakkan murid membawa dan meletakkan gambar untuk dikongsi bersama pada papan buletin, misalnya buah-buahan kegemaran. Papan magnetik - guru menggunakan papan magnetik bagi meletakkan bahan-bahan pameran seperti huruf-huruf yang mempunyai magnet di belakangnya. Papan ini adalah juga papan putih yang mana di samping menulis dengan menggunakan pen, papan putih juga boleh melekatkan huruf-huruf ataupun kertas dengan bantuan bahan magnetik. Pameran Pameran merupakan semua gabungan media instruksional yang digunakan oleh guru atau yang disediakan oleh murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh mengadakan pameran ini di dalam kelas masing-masing atau mengikut mata pelajaran atau dengan tema-tema tertentu. Hanya sediakan meja di sudut tertentu di dalam bilik darjah anda untuk meletakkan bahan pameran dengan sokongan bahan-bahan penerangannya. Audio Guru biasanya mempunyai dua pilihan yang nyata untuk menggunakan audio dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu kaset dan CD/DVD dan kini dengan perkembangan teknologi telah ada format MP3/MP4. Guru boleh menggunakan audio untuk proses pengajaran dan pembelajaran bahasa umpamanya. Di samping memperdengarkan sebutan yang betul kepada murid-murid, mereka juga boleh dihidangkan dengan bahan-bahan lama yang sukar didengar seperti pantun, syair, sajak, gurindam, seloka, cerita, drama dan juga lagu-lagu. Malah lebih menyeronokkan apabila murid boleh merakam dan mendengar kembali suara mereka atau membetulkan sebutan mereka serta boleh membuat rakaman cerita sejarah oleh orang-orang lama yang masih hidup. Perkembangan teknologi

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 162

pada hari ini juga membolehkan kita memanfaatkan pelbagai tajuk audio books yang kadang-kadang disampaikan oleh personaliti terkenal. Bincangkan kelebihan penggunaan papan putih.

RUMUSAN

P
1. 2. 3. 4. 5.

roses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah bermaksud berlaku satu proses komunikasi terancang oleh guru kepada murid-muridnya. Komunikasi tersebut berlangsung dengan menggunakan semua enam elemen media yang dibincangkan iaitu teks, audio, manipulatif, pergerakan, visual dan manusia (guru dan murid). Kekurangan salah satu elemen yang berkenaan boleh membantutkan usaha guru untuk menyampaikan dan kesukaran bagi murid untuk menerima dan memahami mesej guru. Guru yang sentiasa menginsafi kepelbagaian kebolehan murid akan bersedia dengan pelbagai sokongan pengajaran yang boleh melancarkan penyampaian mereka. Penampilan bahan bantu mengajar yang menarik seharusnya menjadi keinginan semua guru.

KATA KUNCI
Kejelasan Kebolehbacaan Tayang kaku Tayang gerak Media baru 6. Media lama 7. Media tayang 8. Media bukan tayang 9. udio 10. Multimedia

PENILAIAN KENDIRI
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Jelaskan peranan komunikasi visual dalam instruksi dan pembelajaran. Terangkan matlamat komunikasi visual dalam instruksi dan pembelajaran. Huraikan tiga elemen reka bentuk visual. Jelaskan prinsip penghurufan. Nyatakan pelbagai jenis dan sumber penghurufan. Bezakan saiz dan jenis fon bagi bahan tayang dan computer. Bezakan warna yang sesuai untuk persembahan PowerPoint.

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 2 | 163

8. 9.

Jelaskan saiz fon yang legibel (jelas) bagi bahan bukan tayang. Berikan maksud imbangan tak formal.

10. Jelaskan penggunaan animasi dan audio

RUJUKAN
Noor Azlina Yunus & Hyacinth Gaudart, (1996). Preparing and using visual aids for english language teaching, 2nd edition. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd Sharon E. Smaldino, James D. Russell, Heinich, R. & Michael Molenda (2005). Instructional technology and media for learning. Eighth edition. New Jersey: Pearson Merrill Prentice Hall. Steven, F. (2010). Teaching as leadership; the highly effective teachers guide to closing the achievement gap. San Francisco: Jossey-Bass. Vivi, L. (2004). Multimedia di dalam darjah, (terjemahan). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad Yusup Hashim, (1997). Media pengajaran untuk pendidikan dan latihan. Shah Alam: Fajar Bakti Yusup Hashim, (2005). KPT2063 reka bentuk instruksional; bahan kuliah. Edisi lima.

Anda mungkin juga menyukai