Anda di halaman 1dari 37

UNIT 5

PENGAJARAN MIKRO / MAKRO

SINOPSIS:
Tajuk-tajuk dalam unit ini menjelaskan tentang konsep pengajaran mikro / makro,
kemahiran Asas Pengajaran Mikro / Makro, Perancangan dan Amali Pengajaran
Mikro dan Makro serta Bidang Pengajaran Mikro / Makro.

Tajuk-tajuk ini bertujuan

meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam


pembelajaran Pendidikan Islam.
tajuk tutorial untuk dilaksanakan.

pengajaran dan

Selain daripada itu anda juga diberi tugasan dan


Para pelajar

diharap dapat berusaha untuk

menguasai semua kemahiran yang terdapat di dalam unit ini.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini peserta dapat :
i

Memahami dan menguasai kemahiran asas pengajaran mikro dan makro


dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam;

ii

menguasai kemahiran mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran


Pendidikan Islam , dan;

iii

memilih dan mengaplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai


bagi tajuk-tajuk pelajaran dalam setiap bidang Pendidikan Islam.

46

TAJUK 5

PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

TAJUK 5.1

Konsep Pengajaran Mikro dan Makro

Konsep Pengajaran Mikro


Pengajaran mikro adalah suatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan
dalam masa di antara lima hinggga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran
bagi sekumpulan pelajar. Jumlah pelajar biasanya antara sepuluh hingga lima belas
orang sahaja.

Pengajaran mikro

bertujuan membina kemahiran guru

berkaitan

dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.


Pengajaran mikro memperlihatkan bagaimana seseorang pelajar dapat menyampaikan
satu-satu kemahiran yang telah dipelajari dan dikuasainya secara praktik. Ia melibatkan
teknik-teknik penggunaan set induksi, penyoalan, variasi rangsangan, penerangan
dengan contoh-contoh, ilustrasi atau alat bantu mengajar, penggunaan papan
kapor, pengukuhan dan penutup.
Melalui pengajaran

mikro, anda berpeluang mempraktikkan teori pengajaran dalam

sesuatu situasi yang terkawal. Anda perlulah tahu, kebiasaannya pengajaran ini hanya
menumpukan kepada satu jenis kemahiran mengajar sahaja.
menilai

aktiviti pengajaran yang dilaksanakan,

Untuk memerhati dan

anda digalakkan membuat rakaman

video. Setelah aktiviti pengajaran ini selesai anda perlu berbincang dengan rakan-rakan
tentang kekuatan dan kelemahan bagi aktiviti pengajaran yang telah anda laksanakan.
Hasil perbincangan tadi bolehlah digunakan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan
lagi kemahiran yang telah dilaksanakan.

Bincangkan dengan rakan anda tentang faedah pengajaran mikro.


Buat catatan isi-isi penting , kemudian bandingkan dengan bahan
yang disediakan berikut.

47

Antara faedah yang dapat disenaraikan ialah:


Mendapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam
situasi pelajaran yang terancang dan dipermudahkan.
Boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yang tenang, mudah dan
kurang kompleks.
Pengajaran mikro membolehkan anda mengamalkan teori pengajaran yang
disampaikan oleh pensyarah di dalam bilik kuliah.
Pengajaran mikro juga dapat mengurangkan berbagai-bagai masalah daripada
pengajaran biasa di sekolah.
Melalui rakaman video, guru-guru pelatih dapat mengkaji sendiri kesalahankesalahan yang dilakukan dalam sesi pengajaran mikro.
Melalui perbincangan selepas sesi pengajaran anda akan dapat memahami
kesalahan / kelemahan dan seterusnya berusaha untuk mengatasi
kelemahan-kelemahan tersebut.
Sekarang cuba kita lihat bagaimana cara sesi pengajaran mikro dilaksanakan.
(Model D.Allen dan K. Kyan)

Merancang

Mengajar
Mengulas
Merancang Semula
Mengajar Semula
Mengulas Semula

48

Merancang
Anda perlu

membuat persediaan mengajar yang memenuhi kriteria yang telah

ditetapkan dengan memfokuskan kemahiran yang akan dipraktikkan. Perkara-perkara


yang berkaitan dengan pengajaran seperti bilangan murid, alat bantu mengajar dan
aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran mikro dalam tempoh
masa yang terhad berjalan dengan lancar.

Borang-borang yang berkaitan

dengan

penilaian perlulah disediakan.


Mengajar
Anda hendaklah menjalankan sesi pengajaran seperti yang dirancang. Semua prinsip
dan garis panduan berkenaan sesuatu kemahiran yang menjadi fokus perlu dihayati dan
dipraktikkan. Contohnya kemahiran

penyoalan. Anda perlulah mengaplikasi semua

prinsip penggunaan dan komponen kemahiran penyoalan dalam sesi pengajaran itu.
Adalah lebih baik anda merakamkan sesi pengajaran tersebut.
Mengulas / Menilai
Latihan akan menjadi bertambah baik jika peserta menerima maklum balas tentang sesi
pengajaran mikronya.

Sekiranya ada rakaman, anda bolehlah menonton semula dan

membuat penilaian kendiri. Rakan-rakan pemerhati menilai melalui borang penilaian


yang telah diedarkan sebelum sesi perlaksanaan mikro
Merancang semula
Hasil daripada komen-komen yang diterima dalam peringkat penilaian, anda hendaklah
membuat perancangan kali kedua untuk menjalankan pengajaran semula yang juga
akan dirakamkan. Pengajaran semula ini mungkin melibatkan pindaan kepada
persediaan mengajar yang disediakan.
Pengajaran Semula
Selepas selesai selesai membuat perancangan, pengajaran semula akan dibuat dan
dirakamkan. Seharusnya pengajaran semula ini berbeza dengan pengajaran pertama
kerana anda telah mengambil kira komen dan teguran.

49

Mengulas Semula
Selepas pengajaran semula, perbincangan berkenaan pengajaran tersebut akan dibuat
di bawah penyeliaan bagi mengukuh dan meneguhkan kemahiran mengajar yang telah
dipraktikkan itu.

Konsep Pengajaran makro


Satu sesi pengajaran yang lengkap bermula dari set induksi hingga penutup.
Perlaksanaannya perlulah :

Kelas besar
Perlu murid sebenar
Guru mengajar sepenuh waktu
Tumpu kepada pelbagai kemahiran mengajar
Situasi sebenar

50

TAJUK 5

PENGAJARAN MIKRO / MAKRO

TAJUK 5.2

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro / Makro

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO


Pengajaran mikro merupakan suatu teknik simulasi yang bertujuan untuk memberikan
anda pengalaman mengajar serta menguasai kemahiran-kemahiran mengajar dalam
satu situasi yang hampir sama dengan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah. Kemahiran
mengajar yang dipilih ialah merupakan kemahiran-kemahiran mengajar yang penting
dan kerap digunakan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah.

Di

antara kemahiran-kemahiran yang biasanya dipilih untuk sesi pengajaran mikro ialah :
Kemahiran penyampaian set induksi
Kemahiran Menerang dengan menggunakan contoh, ilustrasi dan
sumber pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Penggunaan penyoalan
Kemahiran Pengelolaan variasi rangsangan
Kemahiran Penggunaan papan kapor
Kemahiran Pengurusan aktiviti pengukuhan
Kemahiran Perlaksanaan penutup

Pelajar-pelajar sekelian !
Untuk melaksanakan sesuatu sesi pengajaran mikro anda hendaklah memilih salah
satu daripada kemahiran mengajar tersebut di atas dan merancang satu persediaan
mengajar

berdasarkan prinsip, objektif dan komponen-komponen kemahirannya.

Kemahiran mengajar yang dipraktikkan dalam pengajaran mikro hanya merupakan


sebahagian kecil daripada satu waktu pelajaran yang sebenar. Masa penyampaian
kemahiran mengajar ini dalam sesuatu sesi pengajaran mikro akan mengambil masa
antara 5 hingga 10 minit sahaja, bergantung kepada keperluan sesuatu jenis kemahiran
mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran.

Kemahiran Penyampaian Set Induksi

51

Set induksi adalah

bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran.

membina aliran pemikiran serta

menimbulkan minat murid-murid

Ia bertujuan

supaya mereka

menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan.


Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menyampaikan

set induksi .

Antaranya penggunaan alat bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal, mengulangkaji


topik yang berkaitan, membimbing murid mengingat kembali pelajaran yang telah
dipelajari dan sebagainya.
Oeh kerana set induksi cuma bertujuan membina aliran pemikiran murid sahaja dan
bukan merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa
yang diperuntukkan tidak seharusnya melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu pelajaran.

Sesuai dengan
pengalaman, kebolehan
dan umur murid

Tujuan tercapai
dalam masa yang
singkat

Prinsip
Set Induksi

Menarik minat dan


perhatian murid

Berkait dengan
isi pelajaran

Berkait dengan
pengetahuan murid

Objektif Set Induksi:

Menarik perhatian murid


Membina aliran pemikiran murid
Memotivasikan murid
Mengaitkan pengetahuan yang lepas dengan yang baru
Mencadangkan cara melaksanakan sesuatu aktiviti
Menyatakan had tugas52
dalam aktiviti pembelajaran
Membantu murid belajar dengan lebih mudah

Fikirkan kesan penggunaan kemahiran set induksi dalam pengajaran


dan pembelajaran . Buat catatan

53

Menggunakan nada suara


Menggunakan alat Bantu mengajar
Menggunakan gerakan,isyarat,kontak mata
Menunjukkan satu aktiviti yang luar biasa

Menarik perhatian

Mewujudkan motivasi

Membuat perkaitan

Bangkitkan rasa ingin tahu


Guna teknik cerita
Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna
Menggunakan soalan yang mencabar

Mengaitkan:
pengetahuan lepas murid
isi pelajaran baru
peristiwa semasa
minat dan pengalaman murid

Menstruktur
Menyatakan had tugas yang akan dijalankan
Menggunakan satu siri soalan yang berkaitan
Menyatakan cara-cara melaksanakan tugas
Menyatakan aktiviti, tugas atau projek

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk


diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Tugasan tutorial
Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran
Set Induksi. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah

Kemahiran Menerang

54

Digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran


kepada murid. Biasanya pada peringkat perkembangan . Semasa menggunakan
kemahiran menerang guru memberi penerangan kepada murid tentang sesuatu isi
pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran.

Ketika

memberi penerangan guru boleh menggunakan kapor untuk menulis isi-isi penting
pada papan tulis/kapur supaya membantu murid memahami dan merekodkan dalam
buku nota.
Prinsip-Prisip Penggunaan Kemahiran Menerang
Rancang aktiviti pengajaran
Tentukan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran yang akan digunakan
Masa hendaklah sesuai
Kekalkan minat murid terhadap penerangan guru
Perkataan dan istilah hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman
murid
Penerangan berdasarkan pengetahuan lepas murid
Alat Bantu mengajar sesuai dengan isi pelajaran, diuruskan dengan teknik
yang berkesan
Galakkan murid bertanya

Komponen-Komponen Kemahiran Menerang

55

Arah Permulaan
Penerangan guru:
Menarik dan mengekalkan perhatian murid
Membangkit kesediaan murid untuk belajar
Jelas, ringkas, tepat

Kemahiran Ilustrasi
Pengunaan contoh / sumber pelajaran
Contoh / sumber yang cukup
Contoh / sumber yang sesuai
Contoh / Sumber jelas dan menarik
Kecekapan mengurus contoh / sumber
Penyusunan Idea
Pengurusan kemahiran menerang:
Idea dikembang secara teratur
Variasi rangsangan berjaya digunakan
Penerangan lisan jelas dan tepat
Penutup
Rumusan dan kesimpulan:
Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis
Isi-isi penting disusun secara teratur
Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk


diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Tugasan tutorial

56

Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran


Menerang. Aplikasikan semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah
KEMAHIRAN PENYOALAN
Teknik penyoalan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pada

peringkat permulaan kemahiran penyoalan digunakan untuk menolong murid


mengingat kembali pelajaran lepas. Peringkat perkembangan ianya digunakan untuk
mencungkil pemikiran

murid. Peringkat penutup ianya digunakan untuk menilai

pencapaian objektif.

Prinsip Penggunaan Kemahiran Penyoalan:

Pembentukan Soalan

Teknik kemukakan
soalan

Penerimaan Jawapan
Objektif Penyoalan

Aras soalan sesuai dengan murid


Rancang jenis-jenis soalan
Mudah difahami
Ubah bentuk soalan dari masa ke
semasa
Mendorong murid berfikir

Kemukakan soalan , berhenti


sekejap, baru sebut nama
Soalan dituju kepada semua murid
Suruh murid ulang jawapan
Sebut soalan sekali sahaja dengan
jelas

Beri pujian bagi jawapan murid


Guru ulang jawapan murid
Minta murid lain ulang
Lengkapkan jawapan yang kurang
lengkap
Bantu murid beri jawapan yang
lengkap
Elak jawapan beramai-ramai
Elak ejek jawapan murid

Uji pengetahuan murid


Rangsang pemikiran

Menarik perhahtian

Menilai keberkesanan
Membantu mengulangkaji pelajran
Menjalin hubungan guru murid
Memperkukuhkan kefahaman baru
Menimbulkan minat dan perasaan ingin
tahu
Memperkembangkan daya pemikiran
57
Melibatkan keaktiufafan dalam P & P
Menggalak murid berani menyoal

Komponen-Komponen Kemahiran Penyoalan

Pembentukan soalan : Jelas, ringkas dan tepat


Fokus tunggal : Soalan ditumpukan kepada satu idea dan konvergen
Fokus pelbagaian : Soalan ditumpukan lebih daripada satu idea dan divergen
Sebaran : Soalan disebarkan kepada seluruh kelas.
Syabas anda boleh rehat! Masa untuk minum
Sekarang bolehlah anda fikirkan apakah kesan kemahiran
penyoalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Buat
catatan . Kemudian bolehlah anda meneruskan bacaan tajuk
ini

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk


diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Tugasan tutorial
Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran
Penyoalan.

Pastikan soalan-soalan yang disediakan mengikut disiplin yang

dterangkan. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah.


Kemahiran Pengukuhan

58

Digunakan apabila murid memberi jawapan / reaksi yang betul dalam satu-satu
aktiviti . Pujian merupakan satu teknik pengukuhan tingkahlaku
Prinsip Pengukuhan

Berubah dari masa ke semasa

Diberi sebaik sahaja selesai menjawab

Elak komen negatif

Teknik pengukuhan sesuai dengan tahap pelajar

Diberi dengan ikhlas

Objektif
Pengukuhan

Memberi galakan dalam aktiviti P & P

Memperkukuhkan konsep dalam ingatan

Menggalakkan murid tunjuk tingkah laku positif

Memupuk semangat keyakinan diri

Memperbaiki disiplin kelas

Kesan Kemahiran Pengukuhan

Membawa semangat ingin belajar

Meningkatkan murid bersifat cubajaya

Murid akan berubah kearah tingkah laku positif

Usaha murid dihargai

Wujudnya hubungan yang baik guru dan murid

59

Lisan Positif:
Guru gunakan sebutan:
Bagus / baik / ya / betul
Guru mengulang jawapan
murid

Gerak Isyarat positif


Guru menunjukkan
Senyuman
Anggukan kepala
Tepuk tangan
Angkat ibu jari

Dampingan

Mendampingi murid

Berdiri disebelah murid

Duduk disisi murid


Komponen
Kemahiran
Pengukuhan

Lisan negatif
Bukan, Salah, Tidak
Kurang lengkap, jawapan buruk
Menyindir
Gerakan isyarat negatif
Gerakan isyarat negatif
Menggeleng-gelengkan kepala
Menunjukkan muka marah
Menggoyangkan tangan

Sentuhan
Sentuhan mengikut adat
Menyentuh kepala
Menyentuh bahu
Menyentuh bahagian
belakang badan
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.
Tugasan tutorial
Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran
Pengukuhan yang mengambilkira komponen-komponen di atas. Aplikasi semasa
perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah.

60

VARIASI RANGSANGAN
Teknik mempelbagaikan kaedah penyampaian guru bertujuan menarik perhatian dan
minat murid. Meliputi kemahiran mengubah tingkah laku guru, mempelbagaikan
aktiviti, menukar corak interaksi dan mempelbagaikan kaedah pengajaran

Prinsip

Perubahan kaedah dan teknik penyampaian dikaitkan dengan tujuan dan isi
pelajaran

Perubahan aktiviti dikaitkan dengan langkah penyampaian

Penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai

Setiap langkah pengajaran mengandungi aktiviti yang berbeza

Hendaklah mengubah rangsangan berdasarkan maklumbalas murid

Objektif

Memusatkan perhatian murid dan mengekalkan minat

Melibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran

Mempelbagaikan saluran deria murid

Memotivasikan murid

Memberi peluang murid menikmati kepelbagaian aktiviti

Mewujudkan suasana pembelajaran yang positif

61

Perubahan Pergerakan langkah guru


Kiri kanan, depan belakang

Perubahan Pergerakan anggota guru


tangan - kepala, tangan -hentian

Komponen
Variasi Rangsangan

Perubahan nada suara


Mendatar lantang
Lantang - senyap

Perubahan deria murid


Mendengar menonton
Melihat - merasa

Perubahan bentuk lisan murid


Menyoal menjawab
Menulis membaca
Bercerita - berbincang

Perubahan bentuk fizikal murid


Menulis melukis
Duduk - berdiri

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk


diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Tugasan tutorial
Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran
Variasi Rangsangan. Sila pastikan sebahagian besar komponen di atas digunakan.
Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah.

62

Kemahiran Penggunaan Papan Kapur


Suatu

kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam bilik darjah.

Ia

memerlukan kemahiran guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambar
rajah.

Guru yang menguasai

kemahiran ini dengan baik, memudahkan murid

membaca dan memahami dan dapat menarik minat pelajar.

Prinsip

Guru harus merancang penggunaannya lebih awal

Cuba memahirkan diri dalam kemahiran melukis gambar rajah

Tulisan hendaklah jelas

Penggunaan kapur warna

Penggunaan aktiviti hendaklah dipelbagaikan

Penglibatan murid dalam penggunaan papan kapur

Masa yang sesuai

Objektif

Menjelas sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak

Menarik perhatian murid di setiap peringkat pengajaran

Memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan

Mendemontrasikan langkah penyelesaian masalah

Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran

Memberi peluang kepada murid mencatat nota

63

Kejelasan :
Tulisan - saiz sesuai dan kemas
Gambarajah jelas dan ringkas

Susunan (layout) ;
Penggunaan ruang seimbang
Susunan jelas
Nota disusun bersistematik

Komponen
Penggunaan
Papan kapur

Penonjolan / Penekanan:
Penggunaan kapur warna yang
sesuai dan menarik

Teknik Persembahan berjaya :


membentuk konsep jelas dan tepat
memudahkan konsep yang susah
melibatkan murid dlaam aktiviti
pembelajaran
menggunakan masa yang sesuai

Syabas sekiranya anda telah mempraktikkannya. Sekarang


anda boleh rehat! Masa untuk minum
Kemudian bolehlah anda meneruskan bacaan tajuk ini
seterusnya.

Tugasan tutorial
Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran
Papan Kapor. Aplikasi komponen kemahiran di atas semasa perjumpaan dalam
sesi tutorial bersama pensyarah

64

Kemahiran Penutup
Penutup adalah bahagian terakhir sesuatu pelajaran. Aktiviti rumusan, pengukuhan
dan penilaian biasanya diadakan dalam bahagian ini. Guru menggunakan bahagian
ini untuk membantu murid-murid mengukuhkan konsep atau kemahiran baru yang
dipelajari dengan merumuskan isi-isi penting atau memberi aktiviti susulan. Guru
juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai pencapaian objektif
serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Hasil penilaian
ini akan digunakan untuk membuat pengubahsuaian terhadap pelajaran berikutnya.
Terdapat dua jenis penutup
Kognitif - bertujuan mengukuhkan isi dan kemahiran yang dipelajari
Caranya:- buat rumusan / kesimpulan
Beri kerja bertulis/ latihan / lembaran kerja
Beri aktiviti pengayaan
Penyoalan isi-isi penting
Sosial - bertujuan memberi satu perasaan pencapaian supaya mereka ingin terus
belajar atau aplikasi apa yang dipelajari dalam kehidupan harian.
Caranya - menggunakan teknik peneguhan atau tugas lanjutan.

Pelajar-pelajar !
Sekarang kita lihat pula apakah prinsip-prinsip penggunaan kemahiran penutup
Prinsip-prinsip

Pastikan sesuai dengan objektif, isi dan kemahiran yang baru dipelajari

Aktiviti rumusan, pengukuhan dan susulan perlu dirancang dengan teliti

Sediakan juga penutup sosial di samping penutup kognitif

Aktiviti penilaian juga boleh diadakan di peringkat penutup

65

Perkaitan
kognitif
Komponenkomponen
Kemahiran
Penutup
Perkaitan
Sosial

Membuat rumusan
Mengulangi isi-isi penting
Menjalankan aktiviti penilaian
Mencadangkan aktiviti
susulan
Menjalankan aktiviti pengukuhan

Menimbulkan perasaan ingin


Melaksanakan
Memberi peneguhan positif
Mewujudkan perasaan ingin
tahu
Memotivasikan perasaan ingin
belajar
Mengaitkan dengan pelajaran akan
datang

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk


diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Tugasan tutorial
Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran
Penutup yang meliputi kedua-dua aspek kognitif dan sosial. Aplikasi semasa
perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah

66

TAJUK 5

PENGAJARAN MIKRO / MAKRO

TAJUK 5.3

Rancangan dan Amali Pengajaran Mikro

PeringkatPeringkat Dalam Proses Pengajaran Mikro / Makro


Sekurang-kurangnya empat peringkat yang perlu dilalui iaitu perancangan,
pengajaran, penilaian dan pengajaran semula.

Perancangan

Pengajaran

Pengajaran
Semula

Penilaian

Perbincangan
Perancangan pengajaran mikro / makro dimulai dengan perbincangan. Langkahlangkah yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas pengajaran mikro,
penjadualan dn rakaman.

Perkara-perkara khusus pula seperti kemahiran yang

akan difokuskan ( objektif, prinsip-prinsip, cara perlaksanaan dan kesannya), borang


dan aspek penilaian. Perbincangan ini adalah untuk memastikan anda betul-betul
faham dan bersedia menjalankan sesi pengajaran mikro / makro
Perancangan
Selepas

bersedia di peringkat perbincangan anda perlu membuat perancangan

persediaan mengajar yang memenuhi kriteria yang

telah ditetapkan

dengan

memfokuskan kemahiran yang akan dipraktikkan. Perkara-perkara yang berkaitan


dengan pengajaran seperti bilangan murid, ABM dan aktiviti perlu dirancang dengan
teliti supaya proses pengajaran mikro dalam tempoh masa yang terhad berjalan
dengan lancar. Borang-borang yang berkaitan dengan penilaian perlu disediakan

Bincangkan dengan rakan anda peri pentingnya Guru Pendidikan


Islam menguasai dan mengaplikasi kemahirankemahiran dalam
pengajaran mikro / makro

67

Contoh Perancangan Pengajaran Mikro.


PERSEDIAAN MENGAJAR MIKRO
Nama
Tarikh
Tahun
Kemahiran
Mata pelajaran
Tajuk

:
:
:
: Set Induksi
: Pendidikan Islam - Aqidah
: Iman yang sempurna

Hasil pembelajaran

I.
II.
III.
BBM

: Lukisan gambar seorang budak jatuh basikal

Isi pelajaran
I.

:
Konsep iman: Satu kepercayaan teguh yang terjalin di dalam hati,
seperti percaya adanya Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
II. Persaudaraan Islam
AKTIVITI GURU

AKTIVITI MURID

SET INDUKSI
1. Guru membentangkan gambar
seorang budak jatuh basikal

1. Guru berbincang dengan murid

2. Apakah yang murid-murid dapat


faham daripada gambar ini?
2. Murid menjawab
3. Bolehkan kita hidup bersendirian
tanpa bergantung kepada orang
lain?
3. Murid menjawab

4. Bagaimana sikap kamu sekiranya


melihat malapetaka / bencana
menimpa rakan kamu?
5. Guru meminta seorang murid
menyebut Rukun Iman

4. Murid menjawab

6. Guru menegaskan bahawa kita


semua orang beriman
7. Tajuk kita pada hari ini ialah
Iman Yang Sempurna

5. Murid menjawab

68

Pengajaran
Di peringkat ini anda dikehendaki melaksanakan pengajaran mengikut perancangan.
Semua prinsip dan garis panduan sesuatu kemahiran yang difokuskan perlu dikuasai
dan diaplikasi. Contohnya kemahiran menyoal. Rakaman video perlu dibuat semasa
pengajaran.
Penilaian
Selepas rakaman pengajaran, video tersebut dipertontonkan semula . Anda perlu
membuat penilaian kendiri ke atas pengajaran.

Rakan penilai akan membuat

penilaian keatas pengajaran tersebut dengan mengisi borang-borang penilaian


kemahiran yang telah diedarkan sebelum pengajaran. Borang-borang

tersebut

diedar sebelum sesi praktik bermula.


Contoh Borang Bimbingan Penilaian untuk kemahiran Set Induksi.

Komponen Kemahiran Set Induksi Dan Cara


Melaksanakannya
Menarik Perhatian:

Menggunakan nada suara

Menggunakan alat Bantu mengajar

Menggunakan gerakan, isyarat, Kontak


mata

Menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa


Mewujudkan motivasi

Membangkitkan rasa ingin tahu

Menggunakan teknik bercerita

Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna

Menggunakan soalan yang mencabar

Membuat perkaitan

Pengetahuan lepas murid

Isi pelaajran baru

Peristiwa semasa

Minat dan pengalaman murid


Menstruktur

Menyatakan had tugas yang akan


dijalankan

Menggunakan satu siri soalan yang


berkaitan

Menyatakan cara-cara melaksanakan


tugas

Menyatakan aktiviti, tugas atau projek

69

Ada
(Sesuai)

Ada
(Tidak
Sesuai)

Tidak
Kelihatan

Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan

Contoh Borang Bimbingan Penilaian untuk kemahiran Penutup


Ada
(Sesuai)

Komponen Kemahiran Penutup

Ada
(Tidak
Sesuai)

Tidak
Kelihatan

Perkaitan kognitif

Membuat rumusan
Mengulangi isi-isi penting
Menjalankan aktiviti penilaian
Mencadangkan aktiviti susulan

Perkaitan sosial

Menimbulkan perasaan pencapaian murid


Memberi peneguhan positif
Mewujudkan perasaan ingin tahu
Memotivasikan perasaan ingin belajar
Mengaitkan dengan pelajaran yang akan
datang

Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan

Sila dapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang


berdekatan tentang borang-borang bimbingan penilaian bagi setiap
Kemahiran pengajaran mikro / makro

70

TAJUK 5

PENGAJARAN MIKRO / MAKRO

TAJUK 5.4

Perancangan dan Amali Pengajaran Makro

Perancangan dan Amali Pengajaran Makro


Pengajaran makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula
dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup.
Sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran Makro, anda perlulah merancang
dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik . Perancangan yang
lengkap dan baik merupakan satu aspek penting dalam sesuatu pengajaran yang
berkesan.

Pengajaran yang berkesan akan meningkatkan pencapaian akademik

murid dan mengurangkan masalah-masalah disiplin.


Aspek yang penting dalam persediaan mengajar :
Perancangan Pendahuluan

Penentuan topik

Kebolehan sedia ada murid-murid

Ojektif/ hasil pembelajaran

Perancangan penyampaian

Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran

Penentuan masa

Pemeringkatan isi

Pemilihan sumber

Perancangan Penilaian

Pencapaian

Penganalisisan maklumbalas

Pengubahsuaian

71

Pelajar-pelajar sekelian!
Anda perlulah merancang set induksi pengajaran yang baik dan menarik perhatian
serta minat murid kepada pengajaran yang hendak disampaikan dan dapat
menggalakkan pembelajaran. Set induksi juga digunakan bagi mengaitkan pelajaran
yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Jangka masa yang baik bagi
set induksi adalah antara tiga hingga lima minit.
Perkembangan

pengajaran merujuk kepada langkah-langkah mengajar yang

disusun berperingkat-peringkat berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran. Anda juga


perlu merancang langkah-langkah pengajaran yang berurutan, disusun dengan baik
dan mencatat anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang ada
kaitannya dengan objektif khusus yang sudah dicatatkan.
Anda juga perlu memilih dan menyusun isi pelajaran yang hendak disampaikan. Ia
perlulah sesuai dengan kebolehan serta minat murid.

Isi pelajaran perlu

dipertingkatkan dan diperkembangkan dengan teliti supaya

situasi pembelajaran

yang unggul dapat

diwujudkan. Ketika melakukan pemeringkatan isi, anda

hendaklah menyenaraikan semua topik yang hendak diajar, kemudian fikirkan subtopik atau isi yang manakah

yang perlu diawalkan dan yang boleh diajar

kemudiannya. Untuk ini anda perlulah melihat prinsip-prinsip berikut:

dari yang sudah diketahui kepada belum diketahui

dari mudah kepada kompleks

dari konkrit kepada abstrak

dari dekat kepada jauh

dari yang dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman

Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan, anda patutlah


memikirkan tentang strategi yang akan digunakan. Pemilihan strategi yang bijaksana
akan menjamin kelicinan serta keberkesanan
strategi pengajaran yang sesuai

penyampaian sesuatu pelajaran,

bukan sahaja dapat meningkatkan mutu

penyampaian malahan ia akan menjadikan satu-satu pelajaran itu lebih bermakna


serta menyeronokkan murid-murid.

72

Guru juga harus

menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran

untuk mengukur sejauh mana objektif

telah tercapai. Aktiviti penilaian boleh dijalankan

secara pemerhatian terhadap aktiviti susulan, pemeriksaan kerja murid atau melalui
ujian lisan atau tulisan.

Maklumat-maklumat

yang didapati dari pentafsiran

penilaian ini akan menjadi asas untuk membuat pengubahsuaian

terhadap

pengajaran seterusnya.
Penutup merupakan bahagian terakhir satu-satu pengajaran dan pembelajaran
Dalam bahagian penutup, guru membantu murid menyimpul dan membuat rumusan
yang berkaitan isi-isi penting serta memberi latihan atau aktiviti pengukuhan kepada
pelajar. Guru juga perlu memberi rasa kepuasan belajar dan menggerakkan muridmurid supaya bersedia untuk pelajaran akan datang.

Penilaian kendiri dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai


refleksi atau muhasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di
dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang. Antara
perkara yang boleh dibuat refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan
penglibatan murid serta keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.
Bidang Pengajaran Makro Pendidikan Islam
Asuhan Tilawah al Quran :
Asas Ulum Syariah
Asas Akhlak Islamiyyah
Pelajaran Jawi

73

Grafik Sesi Praktik Pengajaran

Makro.

Persediaan Pengajaran

Perlaksanaan Pengajaran
Pengenalan
Set Induksi
Perkembangan pengajaran dan
pembelajaran
Pengukuhan
Penilaian
Penutup

Refleksi Sesi Makro

Sila berbincang dengan rakan sekerja berkenaan bidang-bidang


dalam Sukatan Pendidikan Islam Sekolah Rendah kemudian buat
catatan dalam bentuk grafik

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.


Serahkan satu salinan rancangan pengajaran kepada pensyarah

74

Tahniah, kerana anda telah membuat latihan dengan jayanya.


.
Tahniah dan syabas, semoga Allah memberkati usaha dedikasi anda.
Ingat bahawa pendidik adalah pewaris anbia'.
Rumusan
Guru

yang

kreatif

dan

inovatif

sentiasa

mempertingkatkan

kemahiran

profesionalisme . Antara kemahiran yang perlu dikuasai ialah kemahiran-kemahiran


dalam pengajaran mikro / makro.

Guru juga perlu mempelbagaikan kaedah

pengajaran dan pembelajarannya .

Justeru itu anda perlulah sentiasa berusaha

supaya pengajaran yang bermakna dapat diwujudkan melalui kreativiti dan inovasi
anda.

Anda juga perlulah melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran.

Insya Allah

pengajaran

anda akan menyeronokkan

dan

bermakna bagi pelajar-pelajar.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran


unit ini dengan jayanya!
.

75

TUTORIAL

Aktiviti Tutorial

1. Senaraikan kaedah-kaedah yang telah dikenalpasti dalam pengajaran


Pendidikan Islam aspek Tilawahal-Quran,Kefahaman hafazan. Aspek Ulum
Syariyah ; Aqidah,Ibadat dan Akhlak dan aspek Sirah Nabawiyah.
2. Perkataan Bahasa Melayu banyak menggunakan kata pinjaman daripada bahasa
asing. Dengan mengemukakan contoh-contoh, jelaskan bagaimana kaedah
menulis perkataan tersebut di dalam ejaan jawi terkini.
3.

Pilih satu ayat dan hasilkan dalam bentuk khat Nasakh, Raqah dan Thuluth.

4. Berdasarkan kepada kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam Modul


Pengajaran Mikro, anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran
harian yang lengkap untuk tempuh satu masa pengajaran 30 minit. Laksanakan
pengajaran tersebut dalam sesi perjumpaan tutorial.

76

RUJUKAN
1.

Al Quran Al Karim.

2.

Ismail Ab. Rahman Abdul Aziz @ Ahmad Mohd Mohd Yasin Muda (1993)
Isu-Isu Pendidikan Islam Malaysia: Cabaran & Harapan. Percetakan
Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd.

3.

Ismail Ab. Rahman.(1993). Pendidikan Islam Malaysia. Penerbit Universiti


Kebangsaan Malaysia, Bangi.

4.

Shabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad (2003)


PEDAGOGI: Strategi Dan Teknik Mengajar Berkesan. PTS Publication &
Distri butors Sdn Bhd.

5.

Ahmad Mohd. Salleh (1997) PENDIDIKAN ISLAM: Falsafah, Pedagogi


dan Metodologi. Fajar Bakti Sdn Bhd Shah Alam.

6.

Haji Abdullah Ishak (1995) Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya di


Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka . Kuala Lumpur.

7.

Hanafi Mohamed, Drs. (1996) Falsafah Pendidikan Menurut Al Quran.


Pustaka Ilmi, Batu Cave, Selangor.

8.

Hasan Langgulung,Prof. Dr. Asas-asas Pendidikan Islam. Pustaka Aman.

9.

Hasan Langgulung, Prof. Dr. (1986) Manusia Dan Pendidikan: Satu


Analisis Psikologi Dan Pendidikan. Pustaka Aman.

10. Hasan Langgulung, Prof Dr. (1995) Pendidikan Islam Dan Peralihan
Paradigma. Pustaka Aman.
11. Luqman Hakim (1986)Tokoh-tokoh Islam Dulu Dan Sekarang. Bismi
Publishers.
12. Mok Soon Sang (1996) Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan.
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
13. Khailani A. Jalil dan Ashak Ali Shah (1999) Modul Praktik Pengajaran
Mikro Tekno Edar, BBB, Selangor DE.
14. Abdullah Nasih Ulwan (1988) Pendidikan Anak-anak Dalam Islam:
Pustaka Nasional,
15. Abdullah Siddiq, Dr. Islam Dan Ilmu Pengetahuan. Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
16. Abdurrahman An Nahlawi (1992) Prinsip-prinsip dan Metode Pendidikan
Islam. Bandung: CV Diponegoro.
17. Abdul Razak Nawfal (1972) Islam dan Ilmu Pengetahuan Moden.
Singapura : Pustaka Nasional.

77

18. Ab. Saleh, Dr. Didaktif Pendidikan Agama . Jakarta : Bulan Bintang.
19. Ahmad D. Murin,Dr. (1974) Pengantar Falsafah Islam. Bandung: Al Maarif
20. Asma Hassan Fahmi, Dr. (1974) Sejarah Falsafah Al Islamiah. Jakarta
Bulan Bintang
21. Kementerian Pendidikan Malaysia: (1988) Sukatan Pelajaran Sekolah
Menengah, Pendidikan Islam.
22. Kementerian Pendidikan Malaysia: Huraian Sukatan Pendidikan Islam
KBSM
23.

Sejarah Pendidikan Islam. Jakarta : Penerbitan Mutiara.

24. Muhammad Said Ramadhan Al Buty Dr. Fiq Al Sirah. Misr: Darul Fikri.
25. Omar Mohammad Al Taumi (1975). Falsafah Tabiyatul Islamiah. Tripoli

78

PANEL PENULIS MODUL


Bi
1.

Nama

Kelayakan

Pn. Hjh. Habsah bt. Omar


(Pengerusi)
Maktab Perguruan Kuala Terengganu
Batu Rakit, 21030 Kuala Terengganu.
Tel: 09-6663540

2.

Tn. Haji Mubin bin Abdul Ghani


Institut Bahasa Melayu Malaysia
Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur
Tel: 03-22822389

3.

En. Saiful Bahri bin Yaziz

Tel: 03-89250352
Tn. Haji Ismail bin Yusof
Maktab Perguruan Kuala Terengganu
Batu Rakit, 21030 Kuala Terengganu
09-6667793

5.

B.A. (Hons) Usuluddin UM 1980


Sijil Guru
M. Ed. (Kurikulum & Pedagogi) UKM
1999.
Pengalaman Mengajar Sebagai Guru
Pendidikan Islam selama 20 tahun.
Pensyarah Maktab Perguruan selama 7
tahun.
B.A. (Hons) Pengajian Islam UKM 1985
Master (Pendidikan) USM 1997
Diploma Pendidikan UM 1989
Pengalaman Mengajar:
6 tahun (sekolah)
10 tahun (maktab)

Maktab Perguruan Islam


43650 Bangi, Selangor.

4.

B. Is (Hons) Pengajian Islam UKM


1978
Diploma Pendidikan UKM 1978
M. Ed (B&K) UTM
Pengalaman Mengajar Sebagai Guru
Pendidikan Islam selama 13 tahun dan
Pensyarah Maktab Perguruan selama
11 tahun.

En. Aleas bin Mohd. Isa (Penyelaras)


Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tel: 03-88835800

B. Is (Hons) Pengajian Islam UKM


1978
Diploma Pendidikan UKM 1978
M. Sains (B&K) UPM
Pengalaman Mengajar Sebagai Guru
Pendidikan Islam selama 4 tahun dan
Pensyarah Maktab Perguruan selama
23 tahun.
B.A (Hons) Pengajian Islam UKM 1992
M. Ed. UKM 1999
Sijil Perguruan Lanjutan UKM 1986
Sijil Perguruan MPI 1979
Pengalaman Mengajar:
13 tahun (sekolah)
5 tahun (maktab)

79

PANEL PEMURNIAN

EN. SAIFUL BAHRI BIN YAZIZ


(Pengerusi)

B.A. Hons (Pengajian Islam) UKM (1985)


Master (Pendidikan) USM (1997)
Diploma Pendidikan UM (1989)

Maktab Perguruan Islam,


43650 Bangi, Selangor.

Pengalaman mengajar:
6 Tahun (sekolah)
10 Tahun (maktab)

Tel: 03-89250352
EN. ABU HISHAM BIN YUSOF
(Ahli)

B.A. (Dirasat ) AL-Azhar (1995)


Diploma Pendidikan , UIA (1996)

Maktab Perguruan Islam,


43650 Bangi, Selangor.

Pengalaman Mengajar:
6 Tahun (sekolah)
3 Tahun (maktab)

Tel: 03-89250352
EN. ALEAS BIN MOHD ISA
(Penyelaras)
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

M. Ed. UKM 1999


B.A (Hons) Pengajian Islam UKM 1992
Sijil Perguruan Lanjutan UKM 1986
Sijil Perguruan MPI 1979

Tel: 03-88835800

Pengalaman mengajar:
13 Tahun (sekolah)
5 Tahun (maktab)

80

LAMPIRAN
SILA GUNAKAN ICON-ICON BERIKUT
BAGI TUJUAN / MAKSUD SEPERTI YANG DINYATAKAN

Gunakan pita rakaman audio atau radio.


Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk soft copy.
Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).
Gunakan bahan-bahan multimedia.
Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.
Buatkan ujikaji.
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.
Senarai semak.
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam
penyediaan modul.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan
membuat ulasan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.

81

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam


modul.
Senarai penerangan makna ba gi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.


Rujukan surat khabar.
Panduan kepada pengguna.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber
yang berdekatan.
Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih
jelas.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca
dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).
Aktiviti Tutorial
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

82

Anda mungkin juga menyukai