Anda di halaman 1dari 10

TUGASAN 1 Arahan: Anda diminta untuk mengkaji dari mana-mana sumber tentang a.

Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) b. Bahan Bantu Mengajar (BBM) berkaitan dengan subjek matapelajaran
Rekabentuk dan Teknologi Berdasarkan kefahaman dan pengalaman, anda diminta menghasilkan satu
reviu tentang RPH dan BBM tersebut dengan mengulas berkenaan strategi, kaedah dan teknik yang
digunakan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tersebut. Berikan sekali contohan
bagaimana anda melaksanakan proses nilai tambah memperkasakan RBT dan BBM berkenaan

REVIU TENTANG RPH DAN BBM BERKAITAN SUBJEK REKABENTUK DAN TEKNOLOGI
ULAS TENTANG STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK YANG DIGUNAKAN DALAM
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

STANDARD PEMBELAJARAN
4.2.1 Mengenal pasti projek berpandukan manual.
4.2.2 Menyatakan bahan logam seperti aluminium, keluli, zink dan bahan bukan logam.
4.2.3 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk membina projek iaitu
gergaji besi, gunting logam, gandin kayu, gandin getah, kikir rata, kikir parut, playar gabung, pisau
boleh laras, pengikis, penggarit, penebuk pusat, ragum kakak tua dan ragum meja.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
 Objektif pembelajaran tidak spesifik. Tidak dinyatakan secara eksplisit, tepat, jelas dan
spesifik mengikut kesediaan murid.
 Objektif pembelajaran sesuai dengan tahap kebolehan murid.
 Penggunaan kata kerja yang khusus untuk dicapai oleh murid.

 Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

1. Memahami manual yang disediakan oleh guru.


2. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga daripada lima bahan logam dan bukan logam.
3. Menyatakan sekurang-kurangnya lapan daripada 13 nama dan fungsi alatan tangan
yang digunakan bagi menjalankan projek.
Zaiha Nabila Binti Md Harun (2014), Bagi seorang guru yang mempunyai tahap pengetahuan
yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran, mereka perlu sentiasa berupaya untuk menulis
objektif pengajaran dan pembelajaran secara eksplisit. Hal ini kerana, menurut Ariffin (2005), guru
yang mempunyai kompetensi dalam pengajaran amali akan dapat mencapai objektif pengajaran
dengan jelas dan mencapai objektif pengajaran berdasarkan pada peruntukan masa yang
diberikan. Guru juga perlu menghuraikan objekjtif pengajaran dengan jelas kepada murid
sebelum pengajaran dijalankan. Hal ini supaya murid dapat membuat persediaan sepanjang
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan seterusnya memastikan objektif pengajaran dapat
dicapai dengan menjalankan aktiviti-aktiviti berdasarkan objektif pembelajaran.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM


 Keusahawanan
 Kreativiti
 Nilai murni

NILAI TAMBAH DALAM EMK

KAEDAH YANG DIGUNAKAN

1. Tunjuk cara

SET INDUKSI
 Guru menunjukkan contoh projek. Sesi soal jawab dilakukan.

ULASAN
 Penggunaan bahan maujud seperti contoh projek merangsang pemikiran dan pancaindera murid
untuk melihat contoh projek secara lebih jelas. Murid dapat menyentuh bahan maujud tersebut
dan menganalisis pelbagai bahan logam yang akan digunakan dalam pelaksanaan projek.
 Sesi soal jawab memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dengan guru dalam
menyatakan persoalan yang tidak difahami secara jelas. Guru berupaya untuk menilai kefahaman
murid.
 Berlaku proses komunikasi antara guru dan murid.
PENAMBAHBAIKAN
 Memperkenalkan pelajaran dengan berkongsi tujuan, relevan pembelajaran dan memperlihatkan
skema bahasa yang mesra pelajar; menyatakan sepenuhnya apa yang guru akan terangkan
berkaitan isi pelajaran.
 Guru juga boleh memulakan sesi PdP menggunakan set induksi seperti mempamerkan
tayangan video. Hal ini bertujuan untuk menarik perhatian murid.

LANGKAH 1
 Guru memberi penerangan tentang cara membuat projek dengan berpandukan manual.
 Murid memahami dan menggunakan manual.

ULASAN
 Penerangan daripada guru mendedahkan murid-murid tentang pelaksanaan projek.
 Murid dapat memahami cara membuat projek berpandukan manual.
 Kelebihan kad manual adalah dapat membantu murid memasang komponen projek.
 Berpandukan kad manual, mereka dapat melihat dengan jelas bagaimana
komponen-komponen tersebut dicantum dan dipasangkan.

PENAMBAHBAIKAN
 Guru dapat melakukan penambahbaikan dengan melakukan demonstrasi dengan membuka dan
memasang projek. Guru menerangkan satu persatu tentang bahan dan komponen yang
digunakan dalam penghasilan projek.
 Guru perlu menerangkan tentang cara-cara menggunakan kad manual.
LANGKAH 2
 Guru mempamer dan menerangkan pelbagai jenis bahan logam yang boleh digunakan
untuk membuat projek. Guru menerangkan nama dan fungsi alatan tangan. Murid diminta
mengenal pasti bahan logam dan bukan logam.

ULASAN
 Penggunaan bahan maujud seperti pelbagai jenis bahan logam dalam membuat projek
menarik perhatian murid. Murid berpeluang untuk menyentuh dan melihat bahan logam
dengan lebih dekat.
 Kerjasama antara murid tidak dilaksanakan dalam PdP.

Kamarul Azmi Jasmi, Osmawadi Talip & Mohd Faeez Ilias (2012), Pembelajaran yang berkesan
selalu datang melalui kerjasama antara pelajar dan bukannya usaha secara individu.
Pembelajaran kolaboratif juga menawarkan kelebihan seperti membantu pelajar membangunkan
tanggungjawab bersama semasa berinteraksi, yang mana idea-idea dan pemikiran mereka
sendiri boleh berkembang dan boleh menguatkan lagi pemahaman mereka sendiri. Melalui
pembelajaran bekerjasama antara pelajar ini akan membina proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.

PENAMBAHBAIKAN
 Guru boleh menambahbaik kaedah yang digunakan seperti melaksanakan aktiviti yang
berunsurkan permainan. Contohnya, aktiviti seperti Scrabble Letter. Aktiviti ini
merangsang minat dan perhatian murid agar mereka mudah untuk mengingat nama dan
fungsi alatan tangan projek.

PENUTUP
 Murid menjawab soalan berdasarkan lembaran kerja.
 Penutup kognitif dengan memberikan tugasan kepada murid.
ULASAN
 Penggunaan bahan bercetak seperti lembaran kerja untuk menilai kefahaman dan
pengetahuan murid.

NILAI MURNI
 Penerapan nilai murni dinyatakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

PENERAPAN KBAT
 Tidak dinyatakan dalam Rancangan Pengajaran Harian

PENUTUP
 Proses pembelajaran berakhir dengan penilaian terhad terhadap hasil pembelajaran, tumpuan
agak terbatas terhadap pengukuhan pembelajaran pelajar.

PENAMBAHBAIKAN
 Pelajar mengkaji semula pembelajaran dengan meringkaskan dan berkongsi apa yang telah
mereka pelajari,
 Guru mengulangi semula secara ringkas tujuan pembelajaran seperti yang dinyatakan dalam
rancangan pengajaran harian.

PENTAKSIRAN
 Terdapat aktiviti pentaksiran disediakan untuk tujuan penilaian pembelajaran tetapi langkah-
langkah yang dinyatakan dalam rancangan pengajaran tidak tepat bagi mengukur objektif dan
hasil pembelajaran.

 PENAMBAHBAIKAN:
Aktiviti pentaksiran bagi tujuan penilaian secara formatif adalah dikenal pasti secara jelas. Aktiviti
pentaksiran dengan jelas menunjukkan hubungan dengan semua objektif pembelajaran dan
mengukur dengan tepat hasil pembelajaran yang dinyatakan dalam rancangan pengajaran harian.

NILAI TAMBAH STRATEGI


 1. Strategi berpusatkan murid
Murid dapat berinteraksi dengan guru dan rakan.
Menggalakkan murid bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam PdP.
Memperkembangkan kemahiran kritis dan kreatif.

 KELEBIHAN

 KEKURANGAN
Kurang berstruktur.

 CONTOH
Penerokaan
Inkuiri penemuan
Perbincangan

 PENAMBAHBAIKAN
Wujudkan kumpulan kecil. Mudah untuk mengawal dan memfokuskan murid dalam
kumpulan.

1. STRATEGI PEMUSATAN BAHAN

KEKURANGAN
 Penggunaan teknologi yang terhad dalam rancangan pengajaran harian.
PENAMBAHBAIKAN
Penggunaan media dalam pembelajaran.
BAHAN & PENGGUNAAN TEKNOLOGI
 PENAMBAHBAIKAN: Senarai terperinci bahan / teknologi disediakan untuk kedua-dua guru
dan pelajar. Semua bahan edaran aktiviti untuk kegunaan pelajar adalah dirujuk dalam prosedur
pengajaran dan dilampirkan pada rancangan pengajaran.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)

KECEKAPAN-KECEKAPAN ABAD KE-21


Lapan prinsip pembelajaran berasaskan projek Larmer dan mergendoller (2010) yang telah
diterapkan dalam pengubahsuaian rancangan pengajaran harian adalah:

 21st century competencies - Kecekapan-kecekapan abad ke-21 yang disasarkan untuk


dikuasai pelajar semasa sesi pembelajaran topik reka bentuk projek seperti kemahiran
berfikir aras tinggi, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah
dan kemahiran kerja berkumpulan.

BAHAN BANTU MENGAJAR


Alat yang menyokong penyampaian pengajaran

 Manual
Memudahkan kefahaman murid.

 Carta

 Alatan tangan
Menghasilkan pembelajaran yang konkrit
Meneguhkan ingatan murid.
Meanrik perhatian murid
ULASAN

 Bersesuaian dengan topik yang diajar


 Mengukuhkan konsep yang dipelajari oleh murid.

PENAMBAHBAIKAN BBM

 Bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).


 Mempamerkan reka bentuk perisian dalam bentuk 2D dan 3D
GURU SEBAGAI FASILITATOR

TAMBAH BAIK
Guna model ASSURE

JUMLAH MURID

TAMBAH BAIK BBM MENGGUNAKAN : SMART ELECTRIC SIMULATOR


RUJUKAN

Ariffin, N. (2005). Persepsi Pelajar Terhadap Sikap, Pengetahuan Dan Kemahiran


Dalam Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Akademik Di
Batu Pahat. Projek Sarjana.

Zaiha Nabila Binti Md Harun. (2014). Kompetensi Guru Dalam Pengajaran Amali Reka Bentuk
Dan Teknologi Di Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia:
Tesis Sarjana.

Jasmi, K. A., Talip, O., & Ilias, M. F. (2012). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Islam Berpusatkan Pelajar (Teaching Strategies and Student-Centered Learning in Islamic
Education) in Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam [SEAPPI2012]
(International Seminar on Teacher and Islamic Education [SEAPPI2012]) at Le Grandeur Palm
Resort, Senai, Johor Bahru on 8-9 March 2012, pp. 33-40. ISBN 99917-44-89-4.

Anda mungkin juga menyukai