Anda di halaman 1dari 16

Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir, XXXXXXXXXXXX

CBBP DB, SAINS

NAMA: WAN MOHD FAIZAL BIN WAN MOHD NASIR


NO.KAD PENGENALAN: XXXXXX-XX-XXXX

TAJUK CADANGAN PENYELIDIKAN:


PEMBANGUNAN MODEL KOMPETENSI GURU SAINS MENENGAH
DALAM MENDEPANI PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK21)

Universiti Yang Dimohon:


Bil Universiti yang dipilih Nama Kursus/ Jumlah keseluruhan jam
Program kredit yang ditawarkan
1 Universiti Malaya PhD Minimum 4 Semester
2 Universiti Kebangsaan Malaysia PhD Minimum 4 Semester
3 Universiti Putra Malaysia PhD Minimum 4 Semester

1
Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir, XXXXXXXXXXXX
CBBP DB, SAINS

1. PENGENALAN

‘Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) dibangunkan untuk memantapkan


dan mengukuhkan ilmu pengetahuan guru bagi meningkatkan kualiti diri dan kompetensi
dalam profesion seiring dengan aspirasi negara’.
[YAB Menteri Pendidikan Malaysia: Teks Ucapan Sempena Hari Guru ke-43, (KPM, 2014c)]

Guru memiliki peranan dan tanggungjawab yang sangat penting bagi menjayakan pencapaian
pelajar dalam tahap yang cemerlang (Maulana, Helms-Lorenz, & van de Grift, 2015). Kejayaan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran adalah dipengaruhi oleh tahap kompetensi yang
terdapat pada seseorang guru. Shulman dan Grossman (1987) menggariskan bahawa
pengetahuan yang ada pada seseorang guru berserta kaedah penyampaian mereka merupakan
integrasi dominan dalam memastikan murid-murid menerima pembelajaran yang dinamik dan
responsif.

Abad 21 memerlukan para pendidik membuat anjakan paradigma terhadap kaedah


penyampaian mereka di bilik darjah. Berdasarkan kertas kerja yang dilaksanakan oleh OECD
(2018) menyatakan beberapa ciri-ciri kemahiran pembelajaran abad ke-21 adalah pemikiran
kritis, pemikiran kreatif, pembelajaran secara kolaboratif, pembelajaran berasaskan projek,
kemahiran penyelesaian masalah, pentaksiran telus dan kemahiran berfikir. Kemahiran
pembelajaran ini diperlukan oleh murid untuk berdaya saing pada alaf baru. Pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 juga menuntut agar guru lebih komited
dan kompeten dalam pelaksanaan kurikulum di sekolah. Antara komitmen dan kompetensi
kemahiran pedagogi abad ke-21 yang perlu ada pada seseorang guru adalah menguasai isi
kandungan, berkemahiran mengesan perkembangan murid, berkemahiran merancang pelbagai
kaedah dan aktiviti untuk murid mencari ilmu di luar bilik darjah, menguasai kemahiran
psikologi pembelajaran serta memahami tingkah laku setiap murid.

Mata pelajaran sains secara khususnya bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik memerlukan
kompetensi dan komitmen yang tinggi di kalangan guru sains. Ini kerana pendidikan sains di
semua peringkat persekolahan sering dilihat sebagai abstrak dan tidak berkaitan dengan
kehidupan sebenar. Selain itu, pelajar dalam bidang kimia dan biologi sebagai contoh sering
dibebani dengan hafalan fakta Kwok (2017) Guru yang berkualiti dan bersedia melengkapkan
diri dengan kemahiran pedagogi abad ke-21 menjadi sandaran kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti yang dihasratkan
melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

2
Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir, XXXXXXXXXXXX
CBBP DB, SAINS

2. PENYATAAN MASALAH

Matlamat utama Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk mewujudkan sistem


pendidikan yang bertaraf dunia serta menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan di rantau ini. Pelbagai dasar dan hala tuju pendidikan diperkenalkan bagi
memastikan hasrat tersebut boleh dicapai. Sehubungan itu, para guru merupakan barisan
hadapan yang bertindak sebagai penggerak utama kepada misi tersebut. Oleh yang demikian,
guru yang berkualiti untuk membentuk generasi akan datang bukan lagi satu pilihan sebaliknya
satu kemestian. Pengarah Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa:

“Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) adalah agenda utama KPM


kerana guru berkualiti merupakan nadi kepada kejayaan pelaksanaan Dasar
Pendidikan Negara yang mempunyai kaitan secara langsung dengan
keberhasilan murid. Guru perlu secara berterusan sepanjang tempoh
perkhidmatan melengkapkan diri dengan ciri-ciri pendidik
profesional abad ke-21 bagi memastikan mereka kekal relevan dan efektif
dalam ekosistem pendidikan yang dinamik, mencabar dan sentiasa menuntut
keberhasilan murid yang holistik serta menepati kualiti gobal.”
(Buletin Anjakan, Bil. 7/2015)

Namun begitu, berdasarkan hasil kajian susulan laporan yang dibentangkan oleh (Kementerian
Pendidikan, 2010) dalam (Serafin, 2016) hampir 60% melaporkan pengajaran mata pelajaran
sains di sekolah tidak cukup menarik selain rendahnya kualiti guru berlaku dalam pembelajaran
Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM) di mana pembelajaran yang
dijalankan di sekolah masih kurang menarik dan tidak konsisten. STEM adalah elemen penting
dalam program kemahiran yang berkaitan dengan sains abad ke-21. Hal tersebut kerana guru
sains masih lagi tidak kompeten menggunakan banyak kaedah selain tidak aktif di mana
hafalan faktual lebih ditekankan, jadi sumbangan pelajar dalam perbincangan kelas masih
dikategorikan kurang ini disokong oleh kajian Gambari & Yusuf (2015) bahawa penyebab
utama prestasi pelajar rendah dalam mata pelajaran sains kerana kaedah mengajar masih
berpusat kepada guru dan miskin kaedah pembelajaran.

3
Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir, XXXXXXXXXXXX
CBBP DB, SAINS

Anjakan ke empat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), 2013 – 2025
berhasrat untuk mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Salah satu
langkah yang diambil adalah melaksanakan laluan kerja guru berasaskan kompetensi dan
prestasi menjelang 2016 (PPPM 2013-2025: Bab 5(5-5) iaitu ‘Laluan guru berasaskan
kompetensi’. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor yang
paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Kualiti sistem tidak boleh
melangkaui kualiti guru. Namun begitu, walaupun terdapat guru cemerlang dalam sistem
pendidikan Malaysia, kajian AKEPT 2011 mendapati bahawa hanya 50% pengajaran
disampaikan dengan berkesan. Hal ini bermakna penyampaian mata pelajaran tidak melibatkan
murid secukupnya dan cara mengajar lebih pasif serta berbentuk syarahan. Selain itu, mata
pelajaran yang disampaikan lebih berfokus kepada pemahaman kandungan yang tidak
mendalam dan tidak memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi.”

Bertitik tolak daripada kenyataan tersebut, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 dilancarkan dengan objektif untuk mencapai lima keberhasilan pendidikan
Malaysia secara keseluruhan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan (KPM,
2012a). Aspek kualiti guru merupakan antara tunggak utama keperluan yang ingin dicapai dan
sangat diberi perhatian dalam penggubalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025. Guru yang berkualiti bukan sahaja mempunyai tahap profesional keguruan yang
cemerlang, pengetahuan serta kemahiran pedagogi terbaik malah mempunyai keghairahan dan
kesungguhan yang tinggi dalam memastikan pelajar mampu bersaing untuk berjaya di
peringkat alam persekolahan serta pekerjaan (Looney, 2011; Berry & Van Driel, 2012).

Profesion keguruan pada abad ke-21 mendedahkan guru kepada pelbagai cabaran yang
berbentuk tuntutan kerja, intelektual, ideologi baharu dan isu-isu yang berkaitan penerimaan
masyarakat (Kereluik, Mishra, Fahnoe & Terry, 2013; Guo, 2014). Pelbagai kajian dijalankan
untuk mengetahui sejauh mana latihan, pengetahuan, sikap dan pengalaman guru mampu
mendepani cabaran tersebut. Kebelakangan ini, kajian-kajian bidang sains sosial menunjukkan
peningkatan penyelidikan terhadap pengaruh elemen psikologi positif seperti sokongan
organisasi (Nasurdin & Driscoll, 2012; Sadaf et al., 2014; Benton & Mcgill, 2012),
keseronokan bekerja (Stearns, Banerjee, Mickelson & Moller, 2014; Ferguson, Frost & Hall,
2012), efikasi kendiri (Ahmed & Ahmad, 2014;Aksu et al., 2014; Skaalvik & Skaalvik, 2014),
kepercayaan diri (Orth & Robins, 2014; Veysel, Sefa, Kazim, Selahattin & Murat, 2015) dan
motivasi terhadap kualiti guru (Stewart, 2010; Furgeson et al., 2012). Walau bagaimanapun,
elemen-elemen psikologi positif tersebut sering kali dikaji berasingan.

4
Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir, XXXXXXXXXXXX
CBBP DB, SAINS

Rajah 1: Tahap Kecekapan dalam Sains berdasarkan Laporan Ujian PISA dikalangan Negara
OECD Tahun 2015

Rajah 2: Purata Skor dalam Ujian Sains Hasil Laporan TIMSS pada Tahun 1999, 2003, 2007,
2011 dan 2015

Laporan PISA dan TIMSS telah mendedahkan bahawa terdapat kemerosotan pencapaian
pelajar khususnya subjek sains dari setahun ke setahun dan belum mencapai tahap yang
diharapkan (OECD, 2010; 2013; TIMSS, 2004; 2008; 2012). Dapatan ini diperkukuhkan lagi
dengan penilaian dan pemantauan terhadap kompetensi guru dalam pdpc oleh Jemaah Nazir
dan Jaminan Kualiti (KPM, 2013) yang mendapati hanya 12% pdpc guru pada tahap baik dan
cemerlang. Adakah pencapaian lemah pelajar ini menunjukkan guru-guru tidak cukup
kompeten dalam menangani perkara asas dalam pendidikan iaitu penyampaian ilmu?

Pada pihak guru, tugas hakiki adalah mengajar dan mendidik. Namun begitu pada masa yang
sama juga, guru dibebani dengan tugas-tugas perkeranian, kokurikulum, sukan dan banyak lagi
(Roslan, Sharifah & Thirumalai, 2012; Lloyd, 2012). Lambakan tugas bukan sahaja
memberikan tekanan dan menjejaskan prestasi kerja guru (Skaalvik & Skaalvik, 2011; Ilies et
al., 2015; Roeser et al., 2013). Jika perkara ini berterusan berlaku, mana mungkin kualiti
pendidikan di Malaysia bertambah baik? Oleh itu, sokongan organisasi daripada semua
peringkat amat diperlukan bagi memastikan tugasan selain mengajar dapat diagihkan dengan
baik supaya guru dapat menjalankan tugas dengan lebih efisien dan berkesan.

5
Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir, XXXXXXXXXXXX
CBBP DB, SAINS

Pembangunan profesional ataupun latihan dalam perkhidmatan (LADAP) adalah program guru
meningkatkan ilmu dan kemahiran berkaitan tugas profesional mereka. Aktiviti dan program
yang dijalankan sepatutnya berfokuskan kepada kemahiran pedagogi terbaik bagi melayani
perubahan abad ke-21. Namun begitu, secara realitinya pembangunan profesional hanya
dijalankan untuk memenuhi tuntutan pekeliling yang mewajibkan setiap penjawat awam
menghadiri kursus sebanyak tujuh kali dalam setahun (JPA, 2005). Aktiviti yang dilaksanakan
terlalu sedikit berkaitan dengan keperluan dalam kurikulum, kokurikulum dan juga keperluan
kerja sepasukan (Mardia, 2014; Carlyon, 2014; M.Faizal & Abd.Khalid, 2015). Justeru,
fenomena ini menjejaskan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melahirkan guru yang
berkualiti.

Persekitaran sekolah yang kondusif, kemudahan prasarana yang baik dan hubungan mesra
daripada pentadbir sekolah sangat membantu dari segi motivasi untuk guru menjalankan tugas
dengan cemerlang (De-Maeyer, van den Bergh, Rymenans, Van Petegem & Rijlaarsdam, 2010;
Tatlah & Iqbal, 2012). Ketiga-tiga elemen tersebut boleh membantu meningkatkan efikasi guru
untuk berusaha lebih gigih, bermotivasi dan mampu mencapai tahap prestasi yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, ketiga-tiga aspek tersebut tidak diberikan penekanan hingga guru
merasakan tiada kebebasan kreativiti semasa menjalankan tugasan, tiada sokongan motivasi
dalam menjalankan tugasan dan hanya sekadar menyiapkan kerja sahaja. Kajian menunjukkan
bahawa jika guru diberi kemahiran bersesuaian yang mencukupi dan intensif, seseorang guru
akan mampu mencapai prestasi yang lebih baik dengan pencapaian pelajar yang lebih positif
(Rosnarizah & Hussein, 2015; Aziah, Loh & Abdul Ghani, 2015; Tee et al., 2015).

Di Malaysia, walaupun pembangunan profesional, sokongan organisasi dan pemupukan efikasi


guru dikira sebagai alat penting dalam pembangunan kompetensi guru, tetapi tidak banyak
kajian khususnya yang berkaitan dengan pengaruh ketiga-tiga elemen tersebut terhadap
kompetensi guru dijalankan. Hal ini menyebabkan kekurangan maklumat kajian tentang sikap,
pengetahuan dan kemahiran guru yang boleh dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang
berkepentingan. Kesimpulannya, kompetensi guru merupakan isu besar dan memerlukan
kajian yang lebih mendalam serta menyeluruh. Perbincangan terhadap isu kompetensi,
pembangunan professional, sokongan organisasi dan efikasi guru perlu dilaksanakan.
Berdasarkan pembacaan dan penyelidikan tiada satu reka bentuk model yang lengkap atau
menyeluruh untuk dijadikan sebagai penilaian utama atau sebagai alat penanda aras kompetensi
guru di Malaysia.

6
Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir, XXXXXXXXXXXX
CBBP DB, SAINS

3. LATAR BELAKANG / SOROTAN LITERATUR

Seorang guru mestilah memiliki elemen kompetensi untuk menjadi seorang guru yang baik
untuk membolehkan beliau melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan dan cemerlang.
Justeru, kajian ini telah memastikan supaya pembentukan kompetensi guru adalah berdasarkan
imbangan faktor dalaman dan luaran secara menyeluruh. Oleh itu, proses pembangunan model
kompetensi guru ini merupakan gabungan teori dan model-model daripada penyelidikan
terdahulu dan dijadikan sebagai rujukan utama.

3.1 KOMPETENSI GURU

Sanberg (2000) mendefinisikan kompetensi sebagai kebolehan seseorang individu yang


merujuk kepada kemampuan berdasarkan pengetahuan, kemahiran serta sikap bagi
melaksanakan sesuatu tugasan yang dipertanggungjawabkan dengan baik dan cemerlang.
Menurut Eraut (1994) pula mentakrifkan kompetensi sebagai gabungan aspek pengetahuan,
kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan sesuatu
pekerjaan atau jawatan. Prestasi seseorang individu yang mempunyai kompetensi yang tinggi
mampu menyelesaikan tugasannya dengan cemerlang dan berkualiti. Pandangan ini disokong
oleh Seema (2003) yang mengatakan bahawa kompetensi adalah gabung jalin pengetahuan,
pengalaman dan kebolehan yang menjadi panduan kepada seseorang individu melakukan
sesuatu tugasan dengan sempurna.

3.2 PROSES PEMBANGUNAN MODEL KOMPETENSI GURU

Kecekapan atau kompetensi ialah satu siri pengetahuan berkaitan sikap dan kemahiran yang
mempengaruhi tugas seseorang, berhubungan dengan prestasi kerja dan diukur mengikut
piawai tertentu. Model “iceberg” yang diasaskan oleh Mestry dan Grobler (2004) menyatakan
bahawa pengetahuan dan kemahiran lebih mudah dibangunkan dan dikenal pasti berbanding
personaliti yang sukar untuk dikenal pasti. Walau bagaimanapun, personaliti merupakan faktor
terpenting dalam melahirkan individu cemerlang yang memiliki pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan. Bertitik tolak daripada definisi dan model kompetensi “iceberg”, dapatlah
dirumuskan bahawa kompetensi guru dalam pdpc merupakan gabungan domain pengetahuan,
kemahiran serta sikap dan personaliti guru dalam melaksanakan amalan pengajaran secara
berkesan.

7
Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir, XXXXXXXXXXXX
CBBP DB, SAINS

Pembangunan model kajian ini adalah dibentuk daripada idea-idea yang diperolehi daripada
teori kajian yang dipilih. Gabungan permasalahan kajian, idea-idea teori dan rujukan kepada
model-model terdahulu memberikan petunjuk bagi membangun model kajian yang mantap.
Oleh itu, penyelidik menggunakan Teori Kognitif Sosial (Bandura, 1989), Model
Pembangunan Kompetensi guru (Koster & Dengerink, 2008) dan Model Kompetensi Guru
(Kamil, 2014) sebagai sumber rujukan utama pembangunan model kajian. Pemilihan teori dan
model-model kajian adalah berdasarkan kepada konsep dan cirinya yang menepati hala tuju
kajian ini. Proses pengubahsuaian dan adaptasi dilakukan terhadap teori dan model-model
untuk memastikan keperluan kajian dipenuhi.

Teori Kognitif Sosial (Bandura, 1989) merupakan teori yang memberikan pemahaman dan
ramalan terhadap perubahan tingkah laku dan persekitarannya. Teori Kognitif Sosial (Bandura,
1989) ini menjelaskan bahawa faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan
penting dalam proses pembinaan keperibadian yang dikehendaki. Walau bagaimanapun,
hubungan kekuatan pengaruh antara ketiga-tiga faktor ini adalah berlainan antara seorang
individu dengan individu lain yang bergantung kepada kepelbagaian aktiviti, individu dan
persekitaran. Penentuan timbal balik ini memerlukan pengujian kesemua komponen diuji
secara serentak. Hal ini adalah untuk memastikan bahawa kesemua elemen terlibat dapat
memberikan dapatan yang berkait antara satu sama lain. Pengujian serentak ini memberikan
kelebihan berbanding kajian yang hanya mengambil satu faktor atau dua faktor sahaja. Tiga
aspek ini saling berkait dan perlu seiring untuk sejajar dengan matlamat individu tersebut. Idea-
idea Teori Kognitif Sosial (Bandura, 1989) telah diolah dan disusun semula bagi sejajar dengan
objektif kajian ini.

TINGKAH LAKU

(Kompetensi Guru)

PERSEKITARAN CIRI-CIRI PERIBADI

(Pembangunan Profesional) (Efikasi Guru)

(Sokongan Organisasi)

Rajah 3: Penyesuaian Teori Kognitif Sosial (Bandura, 1986) dengan Konstruk Kajian

8
Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir, XXXXXXXXXXXX
CBBP DB, SAINS

Berdasarkan kajian Koster dan Dengerink (2008), perkaitan keperibadian, nilai, pengetahuan,
kemahiran dan sikap telah membentuk model kompetensi guru. Model kompetensi guru Koster
dan Dengerink (2008) menyatakan bahawa keperibadian, nilai, pengetahuan, kemahiran dan
sikap mempunyai hubungan yang positif dengan kompetensi guru.

Keperibadian

Nilai

Kompetensi
Pengetahuan
Guru

Kemahiran

Sikap

Rajah 4: Model Kompetensi Guru (Koster & Dengerink, 2008)

Konster dan Dangerink (2008) telah mengelaskan konstruk yang berkaitan dengan kompetensi
kepada lima faktor utama. Faktor sikap adalah yang paling penting, diikuti oleh pengetahuan.
Manakala tiga faktor yang lain mempunyai pemberatan yang sama dan sederhana. Model
kompetensi guru ini merumuskan bahawa kelima-lima faktor ini adalah merupakan satu
komponen yang saling berkait antara satu sama lain yang perlu dipertimbangkan dalam usaha
membangunkan kualiti guru.

Manakala kajian Kamil (2014), telah membentuk model kompetensi guru berdasarkan faktor
keperibadian, sokongan oragnisasi dan pembangunan profesional yang mana ketiga-tiga
elemen ini menyumbang secara positif kepada peningkatan kompetensi guru. Rajah 5
menunjukkan model kompetensi guru yang diperkenalkan oleh Kamil (2014).

Keperibadian

Sokongan Kompetensi
Organisasi Guru

Pembangunan
Profesional

Rajah 5: Model Kompetensi Guru (Kamil, 2014)

9
Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir, XXXXXXXXXXXX
CBBP DB, SAINS

Model kompetensi ini telah memberikan satu garis panduan bahawa elemen keperibadian,
sokongan organisasi dan pembangunan profesional perlu diambil kira sebelum merancang
aktiviti-aktiviti yang berkaitan kompetensi guru. Gabungan teori dan model yang dipilih
mampu memberikan gambaran, pemahaman dan penjelasan yang lebih tentang proses
pembentukan kompetensi guru yang dikehendaki. Tahap kompetensi guru yang tinggi hanya
boleh diperoleh melalui potensi diri, keperibadian, pengetahuan, sikap, latihan berterusan dan
dorongan pentadbir yang positif. Faktor dalaman dan luaran yang memberangsangkan sangat
membantu melahirkan guru yang kompeten.

4. TUJUAN / OBJEKTIF

Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu model kompetensi guru sains sekolah menengah
berdasarkan faktor pembangunan profesional, efikasi guru dan sokongan organisasi. Kajian ini
akan menganalisis dan menilai tahap kompetensi seorang guru sains yang diperlukan dalam
mendepani pembelajaran abad ke-21 di sekolah menengah berdasarkan model-model
kompetensi guru yang sedia ada. Secara khusus, kajian ini bertujuan:

1. Menilai tahap kompetensi guru sains sekolah menengah berdasarkan pengaruh


pembangunan profesional, efikasi guru dan sokongan organisasi

2. Membangunkan satu model kompetensi guru sebagai penanda aras kompetensi guru
sains sekolah menengah berdasarkan faktor pembangunan profesional, efikasi guru dan
sokongan organisasi

5. KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting bagi membolehkan Kementerian Pendidikan Malaysia meningkatkan


kompetensi guru sains sekolah menengah dalam mendepani pembelajaran abad ke-21
bertepatan dengan keperluan pendidikan semasa berdasarkan faktor pembangunan profesional,
efikasi guru dan sokongan organisasi. Ini kerana, pembanguan model kompetensi guru sains
merupakan satu kaedah semakan semula bakat guru sains (talent review) yang amat diperlukan
dalam memacu prestasi sains sekolah menengah. Selain itu, penghasilan model kompetensi
guru sains ini adalah model pertama dicipta sebagai penanda aras kompetensi guru sains di
Malaysia. Model kompetensi guru sains ini menyumbang kepada program peningkatan
kompetensi guru yang berkualiti. Selain itu, kajian ini penting kerana menyumbang dari segi
pengetahuan dan keperluan untuk merealisasikan hasrat kerajaan berdasarkan matlamat PPPM
2013-2025 iaitu bagi meningkatkan kualiti guru bertaraf dunia.

10
Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir, XXXXXXXXXXXX
CBBP DB, SAINS

6. PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian, persoalan-persoalan kajian berikut dibina bagi menjawab kedua-
dua objektif kajian tersebut:

Objektif Kajian 1: Menilai tahap kompetensi guru sains menengah berdasarkan pengaruh
pembangunan profesional, efikasi guru dan sokongan organisasi

1. Adakah tahap kompetensi guru sains dipengaruhi oleh pembangunan profesional,


efikasi guru dan sokongan organisasi?

Objektif Kajian 2: Membangunkan satu model kompetensi guru sebagai penanda aras
kompetensi guru sains menengah berdasarkan faktor pembangunan profesional, efikasi guru
dan sokongan organisasi

2. Adakah faktor pembangunan professional, efikasi guru dan sokongan organisasi dapat
membentuk model struktur kompetensi guru sains?

7. METODOLOGI

7.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian tinjauan rentasan atau cross sectional yang menggunakan pendekatan kuantitatif
digunakan untuk membolehkan pemungutan data daripada satu sampel dilakukan secara
serentak pada satu-satu masa. Kaedah ini juga digunakan bagi memungut data daripada
populasi yang besar bagi tujuan generalisasi dapatan kajian (Creswell 2009) melalui teknik
pensampelan, selain keupayaan memberi ukuran yang tepat serta mudah disesuaikan.

Langkah-langkah perlaksanaan kajian adalah berdasarkan proses pengujian model berdasarkan


enam tahap Structural Equation Modeling SEM (Hair, Black, Babin & Anderson, 2010). Reka
bentuk ini dipilih kerana dianggap paling sesuai selain mempunyai urutan tahap-tahap piawai
yang teratur dan bersistematik untuk menilai ketepatan padanan model serta penentuan
signifikan hubungan langsung atau tidak langsung serta proses semakan untuk
penambahbaikan lanjutan dengan merujuk kepada indeks kesepadanan berdasarkan syarat-
syarat yang ditetapkan.

11
Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir, XXXXXXXXXXXX
CBBP DB, SAINS

7.2 Populasi Kajian

Populasi kajian terdiri daripada guru sains yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) dari tingkatan satu hingga lima di negeri Selangor. Di negeri Selangor terdapat 207
buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang menawarkan sains teras bagi tingkatan satu
hingga lima. Berdasarkan data yang diperolehi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
(JPNS), bilangan populasi guru sains Sekolah Menangah Kebangsaan (SMK) yang mengajar
di negeri Selangor adalah seramai 3015 orang guru (JPNS, 2016)

7.3 Pensampelan Kajian

Kaedah pensampelan rawak mudah digunakan untuk memilih sampel yang diperlukan dalam
kajian. Pensampelan rawak mudah bererti setiap individu mempunyai peluang yang sama
untuk diambil atau digunakan bagi mewakili sesuatu populasi yang seragam iaitu semua guru
yang mengajar mata pelajaran sains sahaja yang dipilih (Azizi, Yusof & Abdul Rahim, 2006)
kesemua sampel merupakan guru-guru sains di negeri Selangor menerima input kurikulum,
aktiviti dan tugasan guru yang seragam bagi semua sekolah di Malaysia. DeVellis (2003)
menyatakan bahawa cara pemilihan pensampelan bersesuaian dan boleh diterima dalam proses
pembangunan skala kerana bukan nilai purata yang mewakili populasi yang dicari tetapi bukti
bahawa skala tersebut mempunyai konsistensi dalaman (Fraenkel & Wallen, 2005)
mencadangkan saiz sampel antara 30 hingga 500 adalah jumlah yang sesuai dalam kebanyakan
kajian sains sosial. Rujukan kedua penentuan saiz sampel ini adalah berdasarkan Jadual Krejcie
dan Morgan (1970) dimana populasi antara 3000 – 3500 orang saiz sampel minimum yang
diperlukan adalah antara 341 hingga 346.

7.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan gabungan soalan dari empat soal selidik skala Likert-5 mata yang
diadaptasi dan diubahsuai dari Standard Guru Malaysia (SGM, 2012) bagi konstruk
kompetensi guru, Tschannen-Moran dan Hoy (2001) konstruk Efikasi Guru, Hunzicker (2010)
konstruk Pembangunan Profesional serta Rhodes dan Eisenberger (2002) konstruk Sokongan
Organisasi digunakan bagi memenuhi kehendak soalan kajian. Seterusnya, data yang
diperolehi dalam kajian ini dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS AMOS 21 untuk
menganalisis Structural Equation Modeling (SEM). Selain itu, perisian IBM SPSS AMOS 21
menggunakan penganggar kebolehjadian maksimum atau Maximum Likelihood Estimator
(MLE) suatu penganggar yang menghasilkan anggaran parameter paling tepat berbanding
perisan lain untuk menguji kesemua hipotesis.

12
Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir, XXXXXXXXXXXX
CBBP DB, SAINS

8. BIBLIOGRAFI

Ahmed, F., & Ahmad, M. (2014). Teachers’ Self-Efficacy as Determinant of


Students’Attituddes Toward School: A study at the School Level. Review of European
Studies, 6(1), 171-179.
Azizi, Y., Yusof, B., & Abdul Rahim, H. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.
Bandura. (1989). Social Foundations Of Thought And Action. A Social-Cognitive Theory. (E.
CliVs, Ed.). New Jersey: Prentice-Hall.
Berry, A. (2012). Teacher professional development focusing on pedagogical content
knowledge. Educational Researcher, 41 (1), 26‐28
Buletin Anjakan (2016). PPPM 2013 – 2025 Bil.7/2015. Dimuat turun pada 14
September 2016 dari http://www.padu.edu.my/files/Buletin_Anjakan_Bil_7-
2015_(Final).pdf
Creswell, J. W. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods
Approches. USA: SAGE Publications, Inc.
De-Maeyer, S., van den Bergh, H., Rymenans r., Van Petegem, P., & Rijlaarsdam, G. (2010).
Effectiveness Criteria in School Effectiveness Studies: Further Research On The
Choice For A Multivariate Model. Educational Research Review, 5(1), 81-96.
DeVellis, R. F. (2003). Scale Development; Theory and Applications 2nd Edition. Applied
Social Research Methods (Vol. 26). California: SAGE Publications, Inc.
Eisenberger, R., Hungtington, R., Hutchison, S., & Sowa, D. (2002). Perceived Organizational
Support. Journal Of Apllied Psychology, 77, 500-507.
Eraut, M. (1994). Developing Professional Competence. London: Falmer Press.
Fraenkel, J., & Wallen, N. (2005). How to Design and Evaluate Research in Education.
London: McGraw-Hill.
Gambari, A. I., & Yusuf, M. O. 2015. Effectiveness of Computer-Assisted STAD Cooperative
Learning Strategy on Physics Problem Solving, Achievement and Retention. Malaysian
Online Journal of Educational Technology, 3(3), 20–34.
Hunzicker, J. (2010). Effective Professional Development For Teachers: A Checklist.
Professional Development in Education, 37(2), 177-179.
JPNS. (2016). Bilangan Guru. Retrieved from jpnselangor.moe.gov.my
Kamil, Y. (2014). Main Factors Of Teachers Professional Well-Being. Educational Research
and Reviews, 9(6), 153-163.

13
Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir, XXXXXXXXXXXX
CBBP DB, SAINS

Kereluik, K., Mishra, P., Fahnoe, C., & Terry, L. (2013). What Knowledge Is of Most Worth:
Teacher Knowledge For 21st Century Learning. Journal of Digital Learning in Teacher
Education, 29(4), 127.
Koster, B., & Dengerink, J. J. (2008). Professional Standards For Teacher Educators: How To
Deal With Complexity, Ownership And Function. Experiences From The Netherlands.
European Journal of Teacher Education, 31(2), 135-149.
KPM. (2012b). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
KPM. (2013). Laporan Jemaah Nazir Sekolah dan Jaminan Kualiti 2012. (JNS, Ed.).
Kementerian Pendidikan Malaysia.
KPM. (2014a). Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB). Putrajaya: Bahagian
Pendidikan Guru.
Krejcie, R. V, & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities.
Educational And Psychological Measurement, 607-610.
Kyriakides, L., Creemers, B. P. M., & Antoniou, P. 2009. Teacher behaviour and student
outcomes: Suggestions for research on teacher training and professional development.
Teaching and Teacher Education, 25(1), 12–23.
https://doi.org/10.1016/j.tate.2008.06.001.
Kwok, S. (2017) Our Place in the Universe: understanding fundamental astronomy from
ancient discoveries, Springer.
Looney, J. (2011). Developing High-Quality Teachers: Teacher Evaluation For Improvement.
European Journal of Education, 39(4), 440-455.
Maulana, R., Helms-Lorenz, M., & van de Grift, W. 2015. A longitudinal study of induction
on the acceleration of growth in teaching quality of beginning teachers through the eyes
of their students. Teaching and Teacher Education, 51, 225–245.
https://doi.org/10.1016/j.tate.2015.07.003.
Mestry, R., & Grobler, B. R. (2004). The Training And Development Of Principals To Manage
Schools Effectively Using The Competence Aproach. International Studies in
Educational Administration, 32(2), 2-19.
Nasurdin, A., & Driscoll, M. P. O. (2012) Work Overload, Parental Demand, Perceived
Organizational Support, Family Support and Work-Family Conflict among New Zealand
and Malaysian Academics. New Zealand Journal of Psychology, 41(1), 38-49.
OECD. (2010). PISA 2009 Results: What Students Know and Can Do – Student Performance
in Reading, Mathematics and Science. Organisation for Economic Co-operation and
Development (OECD).

14
Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir, XXXXXXXXXXXX
CBBP DB, SAINS

OECD. (2011). Lessons from PISA for the United States Strong Performers and Successful
Reformers. (Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), Ed.).
OECD Publishing.
OECD. (2013). PISA 2012 Results: What Students Know and Can DO – Student Performance
in Reading, Mathematics and Science. Organisation for Economic Co-operation and
Development (OECD).
Orth, U., & Robins, R. W. (2014). The Development Of Self-Esteem. Current Directions in
Psychological Science, 23(5), 381-387.
Rhodes, L., & Eisenberger, R. (2002). Perceived Organizational Support: A Review Of The
Literature. Journal of Applied Psychology, 87, 698-714.
Rosnarizah, A. H., & Hussein, A. (2015). Distributed Leadership, Contextual Factor And
Teachers’ Self-Efficacy In Malaysia. Malaysian Online Journal of Educational
Management, 3(3), 1-12.
Sandberg, j. (2000). Understanding Human Competence at Work: An Interpretative Approach.
Academy of Management Journal, 43(1), 9-25.
Seema, S. (2003). The Handbook Of Competency Mapping: Understanding, Designing And
Implementing Competency Models In Organization. California: Sage Publication Inc.
Serafin, C. 2016. No Title The Reconceptualization of Cooperative Learning in an
Inquiryoriented Teaching. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 217, 201 – 207.
Shulman, L. S. (1987). Knowledge and Teaching: Foundations of the New Reform. Harvard
Educational Review, 57(1), 1–21.
Skaalvik, & Skaalvik, S. (2011). Teacher Job Satisfaction And Motivation To Leave The
Teaching Profession: Relations With School Context, Feeling Of Belonging, And
Emotional Exhaustion. Teaching and Teacher Education, 27(6), 1029-1038.
Stearns, E., Banerjee, N., Mickelson, R. & Moller, S. (2014). Collective pedagogical teacher
culture, teacher–student ethno-racial mismatch, and teacher job satisfaction. Social
Science Research, 45, 56-72. Retrieved from
https://doi.org/10.1016/j.ssresearch.2013.12.011
Steward, V. (2010). Raising Teacher Quality Around The World. Educational Leadership,
68(4), 12-20.
Tschannen-Moran, M., & Hoy, A. W. (2001). Teacher Efficacy: Capturing An Elusive
Construct. Teaching And Teacher Education, 17, 785-805.

15
Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir, 880623085089
CBBP DB, SAINS

Carta Gantt Aktiviti Penyelidikan PhD dan Tarikh


Nama: WAN MOHD FAIZAL BIN WAN MOHD NASIR
Semester: 1-6
Tajuk Penyelidikan: Pembangunan Model Kompetensi Guru Sekolah Menengah dalam Pembudayaan Pembelajaran Abad ke-21

Year 2019 2020

Project Activities Jan Feb Mac Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dis Jan Feb Mac Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dis
Research Proposal / Chapter 1
Literature Review / Chapter 2
Research Methodology
Preparation Data Collection / Pilot Study
Data Collection / Field Work
Finding / Thesis Draft
Conference
Journal Scopus/ISI/ERA
Journal Q1/Q2

Year 2021 2022

Project Activities Jan Feb Mac Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dis Jan Feb Mac Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dis
Research Proposal / Chapter 1
Literature Review / Chapter 2
Research Methodology
Preparation Data Collection / Pilot Study
Data Collection / Field Work
Finding / Thesis Draft
Viva/Thesis Submit
Conference
Journal Scopus/ISI/ERA
Journal Q1/Q2

16

Anda mungkin juga menyukai