Anda di halaman 1dari 7

KONSEP PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

pendemokrasian pendidikan dikatakan sebagai persamaan hak yang sama rata bagi setiap individu dalam proses pendidikan. secara mudahnya pendemokrasian pendidikan dimaksudkan sebagai pendidikan untuk semua. sistem pendidikan negara mampu menjamin dan menyumbang dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. konsep pendemokrasian pendidikan di Malaysia dilihat dari skop yang lebih luas.

Pendemokrasian pendidikan merupakan persamaan hak yang sama rata dari segi peluang mendapat pendidikan yang bermutu (democratization of access to quality education). Justeru itu, pendemokrasian pendidikan dari segi konsepnya adalah berkait rapat dengan peluang serta mutu keseluruhan proses pendidikan dan melibatkan di semua peringkat pendidikan.

pendemokrasian pendidikan yang dihajati haruslah juga merangkumi peluang bagi semua individu untuk mendapat pendidikan yang berkualiti. Dengan lain perkataan, tidak harus wujud sebarang perbezaan dan diskriminasi di mana-mana peringkat masyarakat dari segi peluang dan mutu dalam pelaksanaan sistem pendidikan pendidikan negara. Menurut Nor Aziah bt. Alias dan Azni Zain bt. Ahmed (1995) pendidikan seharusnya merangkumi dan terbuka kepada segenap lapisan masyarakat, bukan sahaja dari segi geografi bahkan juga dari segi golongan, jenis dan sektor ekonomi.

Oleh yang demikian, sistem pendidikan haruslah memastikan tidak ada mana mana golongan di negara ini yang tercicir dari memperoleh peluang untuk mendapat pendidikan yang bermutu . Hal ini kerana, jika keadaan sedemikian berlaku maka kemajuan yang akan kita capai pada tahun 2020 nanti pastinya menjadi pincang.

Kesimpulannya, konsep pendemokrasian pendidikan adalah berkaitan dengan keupayaan dan kemampuan sistem pendidikan negara kita dalam menyediakan peluang untuk menikmati pendidikan yang bukan sahaja luas tetapi jugaadil, saksama serta bermutu untuk semua lapisan rakyat Malaysia

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai