Anda di halaman 1dari 3

BAB 5 (SOALAN)

1. Di Malaysia, ketidaksamaan Pendidikan mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti


jantina, kelas sosial, kumpulan minoriti dan kumpulan bekeperluan khas.

Huraikan faktor-faktor yang berikut.

Kelas Sosial:
- Faktor kelas sosial banyak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
- Tahap ekonomi pelajar sama ada dari golongan miskin atau berada, tahap kesihatan dan
tahap persekitaran.
- Perbezaan antara kedua-dua tahap ekonomi murid dapat dilihat dari segi kemudahan
mendapatkan bahan-bahan rujukan pelajaran dan buku latihan, kemudahan untuk
mendapatkan rawatan kesihatan atau mendapat makanan berkhasiat.
- Mereka yang berpendapatan tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-
anak mereka.
- Murid dari golongan kaya akan memperolehi peluang pendidikan yang jauh lebih baik.
- Keluarga yang tidak berkemampuan dalam menyediakan peralatan atau bahan pembelajaran
menyebabkan anak-anak mereka itu tidak dapat merebut peluang Pendidikan.
- Persekitaran iaitu suasana tempat tinggal yang tidak lengkap, struktur kekeluargaan yang
porak peranda juga memainkan peranan penting.

Jantina:

- Sejak dari zaman penjajahan dahulu lagi peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat
tinggi lebih diutamakan untuk golongan lelaki sahaja.
- Bukti, kemasukan pelajar ke sekolah lebih dimonopoli oleh pelajar lelaki.
- Masa kini, kebanyakkan daripada pelajar lelaki cenderung menamatkan pengajian formal
mereka terlebih awal untuk bekerja menampung pendapatan keluarga.
- Dapat dilihat di Institut Pengajian Tinggi Awan (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS) yang melahirkan lebih ramai graduan- graduan dari kalangan wanita berbanding
dengan graduan-graduan lelaki.
- Begitu juga dalam bidang perguruan, ketidaksamaan jantina sudah lama wujud kerana bidang
ini mempunyai bilangan wanita yang lebih ramai berbanding golongan lelaki.
- Tidak hairanlah jika golongan wanita yang terpaksa bersaing sesama sendiri bagi meneruskan
pengajian ke peringkat lebih tinggi berbanding golongan lelaki kerana kuota kemasukan bagi
golongan lelaki ke pusat pengajian tinggi ataupun menceburi bidang perguruan sangat
terbuka luas.

Kumpulan Berkeperluan Khas:

- Kumpulan berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami masalah


pembelajaran dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi.
- Mereka ini dianggap istimewa dan berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain, wujud
ketidaksamaan peluang pendidikan bagi kumpulan ini suatu ketika dahulu.
- Persekitaran yang kurang selesa menyebabkan golongan ini tertinggal di dalam pendidikan
seterusnya mengalami kecelaruan tingkah laku.
- Sebelum tahun 1960, kemudahan yang disediakan untuk komuniti kanak-kanak tersebut
hanya pada peringkat sekolah rendah sahaja.
-
- Sebelum kemerdekaan negara, kerajaan tidak melibatkan diri secara langsung dalam
menyediakan sebarang kemudahan pendidikan kerana tanggungjawab tersebut dipikul oleh
pertubuhan sukarela.
- Melalui Akta Pendidikan Khas 1966, Kementerian Pelajaran Malaysia diberi kuasa untuk
menyediakan kemudahan yang sesuai kepada golongan ini yang bertujuan memberi peluang
supaya mereka tidak tertinggal dalam arus pendidikan nasional.
- Sehingga hari ini kumpulan ini telah diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan dari
sekolah rendah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu universiti.

Kumpulan Minoriti:

- Kumpulan minoriti dapat ditakrifkan sebagai golongan kecil orang yang sama keturunan,
agama, budaya dan sebagainya yang tinggal di sebuah tempat yang majoriti penduduknya
berlainan keturunan, agama dan sebagainya.
- Terdapat 2 kelompok yang dikatakan sebagai kumpulan minoriti didalam faktor ketaksamaan
peluang pendidikan di Malaysia
- Kelompok yang pertama ialah kumpulan minoriti di sekolah yang dikategorikan sebagai
kumpulan yang bersifat negatif.
- Tingkah laku mereka yang bermasalah boleh menggugat ketenteraman sekolah walaupun
mereka dikategorikan sebagai kumpulan minoriti.
- Pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai alternatif lain supaya mereka ini tidak mengalami
keciciran dalam proses pembelajaran di sekolah.
- Kelompok yang kedua, dari kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat dimana kumpulan
etnik ini mempunyai jumlah yang sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhi kumpulan
etnik yang lain.
- Di Malaysia, kaum Melayu merupakan kumpulan majoriti manakala kumpulan minoriti pula
termasuklah kaum Cina, India, kaum siam dan kumpulan-kumpulan etnik yang lain
termasuklah orang Asli.
- Mereka ini tidak menerima pendidikan formal malah sebaliknya melalui keturunan ibu bapa
mereka sahaja.
- Kaum Siam contohnya, mengalami masalah untuk menghantar anak mereka ke sekolah
kerana tiada sekolah yang khusus seperti SK, SKJC atau SKJT.
- Mereka hanya mempunyai pilihan untuk menghantar anak ke salah satu pilihan sekolah
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai