Anda di halaman 1dari 2

IKATAN ETNIK DAN KELAS DI MALAYSIA

Secara umumnya terdapat tiga kelas masyarakat iaitu kelas atasan (biasanya golongan elit), kelas
menengah [biasanya golongan terpelajar] dan kelas bawahan (biasanya golongan buruh). Kelas-kelas
sosial ini di klasifikasikan berdasarkan status/prestij seseorang sama ada pekerjaan, taraf ekonomi,
kuasa, pengaruh, mahupun tahap pendidikan. Kelas masyarakat paling sedikit adalah kelas atasan
yang biasanya di dominasi oleh para politikus yang mempunyai pengaruh dan kuasa. Kelas paling
ramai adalah kelas bawahan iaitu para buruh, petani, nelayan yang memiliki taraf ekonomi yang
rendah. Kelas yang banyak membangkitkan kesedaran adalah datangnya daripada kelas menengah
yang biasanya memiliki tahap pendidikan yang baik sama ada dari dalam mahupun luar negara. Idea
dari luar inilah yang cuba mereka bawakan ke tanah air selepas tamat pengajian.

Malaysia adalah sebuah negara multietnik Melayu, Cina, India, Sink, etnik Sabah dan Sarawak
kaum Peribumi serta lain-lain etnik. Sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik,
Malaysia tidak terlepas dari peristiwa hitam sebagai akibat perselisihan antara kaum. Contoh klasik
adalah Peristiwa 13 Mei. Sudut pandangan kelas bawahan selalu di herotkan oleh kelas atasan [baca
ahli politik] demi mencapai survival dalam parti/jawatan. Isu-isu etnik sering di gunakan sebagai
umpan untuk meraih populariti, menjadi jaguh membela etnik. Tanpa di sedari, pandangan yang di
herotkan ini semakin hari semakin tebal. Sifat prasangka antara etnik, stereotaip, prejudis semakin
berkembang tambah-tambah apabila tiba pilihan raya. Isu-isu etnik di gunakan sebagai batu loncatan
untuk mengekalkan pengaruh supaya ahli politik mahupun parti politik selalu di kenang-kenang
sebagai jaguh membela kaum mereka.

Banyak masalah yang timbul dalam negara sering di pandang sebagai masalah yang melibatkan etnik
dan bukan di lihat sebagai masalah rakyat dari kelas sosial yang sama. Kemiskinan, kemelaratan,
kebuluran, pengangguran tidak mengenal batas etnik. Etnik dari semua kaum yang berada dalam
stratafikasi sosial yang sama merasa beban masalah yang sama. Masalah yang timbul perlu di rujuk
sebagai masalah antara kelas sosial dan bukannya masalah antara kaum. Kita selalu di momokkan
bahawa orang Melayu misalnya menerima hak istimewa tetapi berapa kerat dalam kalangan orang
Melayu yang menerima hak istimewa tersebut? Hak istimewa itu sebenarnya di nikmati oleh orang
Melayu dari kelas atasan. Semua elit politik tidak kira etnik saling berhubung [bekerjasama] untuk
kepentingan survival mereka. Mereka saling bekerjasama malah berebut untuk mencapai faedahfaedah yang di tawarkan.

Seruan-seruan yang menggunakan etnik mudah untuk mengumpulkan sokongan lantas platform ini di
gunakan sehabis baik oleh elit politik untuk mengherotkan perspektif perkauman. Seruan-seruan ini
kononnya bertujuan untuk menjaga kepentingan hak mereka misalnya bahasa, adat, budaya, agama.
Jika kaum A menuntut sesuatu dari kerajaan, kaum B akan berasa terancam kerana tuntutan kaum A.
Kaum B mungkin akan berasa terancam kepentingannya jika kerajaan memberi tuntutan yang di
minta. Seruan-seruan seperti inilah yang merencatkan perpaduan yang sering di laungkan di media
massa. Seruan perpaduan tidak dapat di capai selagi parti politik yang sedia ada masih berakar
umbikan etnik walaupun berkokok mengatakan mereka berkongsi kuasa walhalnya kuasa yang kukuh
datangnya seruan-seruan perkauman yang sering berkumandang mengatakan kepentingan kaum itu
terancam dan sebagainya. Perpaduan nasional pula sering di beri sudut pandangan yang mengelirukan
bahawa perpaduan antara sesama anggota entik terlebih dahulu perlu di laksanakan sebelum
perpaduan nasional dapat di capai.

Perpaduan nasional yang di impikan tidak akan tercapai selagi parti politik yang ada bernaung di
bawah bendera kaum. Sebuah parti yang berbenderakan perkauman akan menggunakan isu
perkauman untuk meneruskan survival perjuangan mereka. Tanpa isu perkauman, parti tersebut tidak
mampu terus bernafas. Tidak percaya? Lihat sahaja isu-isu yang sering di bangkit oleh parti berangkai
Melayu-Cina-India yang sering bertelagah isu hak keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu,
agama Islam, kontrak sosial, DEB yang tersasar jauh dari matlamat dan seribu satu isu lapuk yang
sering di kitar semula terutamanya isu pendidikan mewujudkan hanya satu jenis sekolah dan
memansuhkan sekolah vernakular. Dasar Pecah dan Perintah yang di tinggalkan masih kukuh terpateri
apatahlagi seruan perkauman sering di kumandangkan. Jika sesuatu masalah yang timbul di lihat dari
sudut kelas sosial yang meliputi seluruh etnik, hasilnya akan berbeza dan tidak mustahil perpaduan
dapat di pupuk. Kita juga harus membuang amalan memandang segala kegiatan, tindakan dan
pergerakan adalah berasaskan kepada etnik kerana selagi paksi etnik yang kita gunakan, kita hanya
mampu bermimpi perpaduan dapat di wujudkan.

Anda mungkin juga menyukai