Anda di halaman 1dari 2

1. Siapakah kanak-kanak pintar dan berbakat?

Beri definisi berdasarkan pengetahuan


sedia ada anda (9.20-9.30 am)
Kanak-kanak pintar dan berbakat ini adalah golongan kanak-kanak yang mempunyai
kebolehan yang jauh lebih tinggi berbanding rakan-rakan sebaya mereka.

2. Apakah ciri-ciri yang ketara kanak-kanak pintar dan berbakat? (9.30-9-50 am)
Ciri-ciri kanak-kanak pintar dan berbakat adalah:
- Mempunyai tahap pengamatan yang tinggi berbanding dengan murid yang sebaya
dengannya.
- Memberi tumpuan secara spesifik dan sepenuhnya pada sesuatu perkara yang diminati
dalam jangka masa tertentu.
- Menerima informasi dengan pantas serta mempunyai daya ingatan yang tinggi.
- Mempunyai tahap penumpuan yang lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut
tidak menggunakan daya pemikiran berbanding murid normal.
- Mempunyai imaginasi yang tinggi kerana mampu membayangkan sesuatu sama ada baik
atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala
kebimbangannya.
- Murid pintar dan berbakat ini sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku.
- Sentiasa bersemangat dan bertenaga berbanding rakan sebaya mereka yang lain.
- Mampu mencipta sesuatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan
sebayanya langsung tidak memahaminya.

3. Apakah masalah yang kanak-kanak pintar dan berbakat hadapi dalam


pembelajaran di sekolah? (9.50-10.00 am)
- Kanak-kanak pintar dan berbakat ini boleh memahami secara intelektual mengenai perkara-
perkara abstrak tetapi tidak mampu menangani perkara-perkara yang melibatkan konsep
emsoi yang mana akan membawa mereka kearah kebimbangan seperti kematian, masa
hadapan, seksualiti dan isu-isu yang lain.
- Murid pintar dan berbakat ini mempunyai sikat teliti dan mementingkan kesempurnaan
yang boleh mendorong mereka ke arah kekecewaan.
- Bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara.
- Murid pintar dan berbakat ini lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas
untuk bersosial.

4. Cadangkan intervensi yang sesuai untuk kanak-kanak pintar dan berbakat (10.00 -
10.20 am)
Intervensi yang boleh dicadangkan untuk kanak-kanak pintar dan berbakat adalah dengan
menjalankan intervensi yang berpusatkan pelajar. Dalam intervensi berpusatkan pelajar,
kanak-kanak pintar cerdas inilah yang memainkan peranan utama tetapi mereka masih
mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas. Pelajar akan diajar
prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani kekecewaan
dan cara mengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar untuk ‘berdiri di atas kaki sendiri’
dan mengenalpasti jenis-jenis kategori pintar cerdas.

Intervensi – rawatan pemulihan tanpa ubat.

Anda mungkin juga menyukai