Anda di halaman 1dari 58

PEMARKAHAN

1. REFLEKSI
2. ESEI:
(a)
(b)
3. FORUM
JUMLAH
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

EDU 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:


FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK

PORTFOLIO
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

KUMPULAN
EL- A 28
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NOR FARADZILA BT ABDULLAH D20102044462 019-3553342

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN. MOHD ARIFIN B. GHAZALI

TARIKH SERAH: 4.DISEMBER.2011


ISI KANDUNGAN

1.0 REFLEKSI UNIT PEMBELAJARAN:


1.1 Perkembangan pendidikan di Malaysia ke arah
pembangunan insan dan negara
1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK):
Huraian dan penghayatan
1.3 Falsafah Pendidikan Guru: Pemikiran dan
amalan profesion keguruan
1.4 Dasar-dasar dan halatuju pendidikan di Malaysia
1.5 Perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia
1.6 Kurikulum sebagai wahana menterjemahkan
Falsafah Pendidikan kebangsaan
1.7 Reka bentuk kurikulum di Malaysia
1.8 Penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan
1.9 Etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia
1.10 Akta Pendidikan 1996

2.0 ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN


2.1 Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi
kandungan unit tersebut memberi impak terhadap
perkembangan profesionalisme keguruan.
2.2 Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan
dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran.

3.0 FORUM E-LEARNING


3.1 Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan
tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung
di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai?
3.2 Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-
sekolah? Berikan hujah anda.
3.3 Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan
bertaraf dunia. Bincangkan.
3.4 Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan.
3.5 Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin
perkhidmatan yang cemerlang. Bincangkan.
UNIT TAJUK
1.1 Perkembangan Pendidikan di Malaysia ke Arah
Pembangunan Insan dan Negara.

1. RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT

Unit 1 membincang tentang perkembangan pendidikan di Malaysia yang dapat


dibahagikan kepada 5 era utama iaitu;
Pendidikan sebelum penjajahan Inggeris
Pendidikan semasa penjajahan Inggeris
Pendidikan era sebelum kemerdekaan
Pendidikan era selepas kemerdekaan
Pendidikan era millineum

Sebelum penjajahan Inggeris pendidikan di tanah air bercorak warisan turun temurun
daripada satu generasi ke generasi lain. Pendidikan berasaskan kemahiran yang diajar
mengikut jantina. Lelaki akan dilatih untuk aktiviti pertanian dan pertukangan. Bagi
perempuan pula, mereka akan dididik dengan pengurusan rumah dan kemahiran asas menjadi
ibu. Pendidikan berunsurkan agama diadakan pada sesi petang atau malam bersama Pak
Imam, di surau atau masjis serta sekolah-sekolah pondok. Bagi golongan bangsawan,
pendidikan lebih formal oleh guru-guru khas berlaku di istana.

Semasa penjajahan British, sekolah vernakular diperkenalkan yang dipengaruhi oleh


dasar pecah perintah. Sekolah berasaskan etnik Melayu, Cina dan India yang menggunakan
bahasa pengantar dan kurikulum masing-masing. Semasa Jepun menjajah, sekolah Nihongo
dibuka yang menekankan kebudayaan mereka. Nilai taat setia kepada Jepun turut ditekankan.
Sebelum merdeka, pemimpin tempatan berhasrat membina sistem pendidikan tersendiri.
Laporan Penyata Razak 1956 menjadi asas Ordinan Pelajaran, namun gagal dilaksanakan.

Selepas merdeka, Jawatankuasa Rahman Talib telah mengeluarkan Laporan Rahman


Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961 digubal. Agenda utama adalah memupuk perpaduan dan
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Akta Pendidikan 1996 telah
diwartakan Jawatankuasa Kabinet membuat pindaan supaya lebih bermakna dan menegaskan
pendidikan asas 3M. Implikasi daripada Laporan Kabinet, Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dilaksanakan.
Era millennium menyaksikan pendidikan yang bersifat glokal iaitu bersifat global namun
masih mengikut acuan tersendiri. Dalam RMKe-8, penekanan ICT menjadi tunjang. RMKe-9,
pendidikan bertujuan melahirkan modal insan kelas pertama dan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan diperkenalkan. Dalam RMKe-10 adalah kesinambungan daripada sebelumnya
bertemakan Membangunkan dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia.

Unit 1 turut membincangkan tentang fungsi pendidikan ke arah pembangunan insan


dan negara. Perkembangan insan yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Pembentukan sahsiah dan perkembangan intelek menjadi tunjang utama.
Pendidikan juga mampu memupuk taat setia kepada negara, membina perpaduan dan
merapatkan jurang geografi untuk melahirkan teknokrat professional dan semi professional
bagi pembangunan negara. Golongan ini adalah tenaga kerja untuk menjadikan Sains
Teknologi setaraf dengan negara lain.

2. PILIH KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN BERIKAN PENJELASAN.

KONSEP PENJELASAN
1. Glokal bercirikan global dan apada masa yang sama tanpa
meninggalkan asal yang bersifat local.
2. Sekolah vernakular Sekolah berasaskan etnik yang menggunakan bahasa
pengantar , kurikulum, buku dan guru masing-masing.
3. Pembangunan Modal insan Pembangunan nilai manusia dari segi intelek dan nilai
spiritual dan keperibadian yang mantap.
4. Dimensi intrinsik individu Nilai akhlak, budi pekerti, keperibadian mulia serta
keimanan seseorang
5. Negara Bangsa Warganegara yang mempunyai ciri patriotik, cinta
negara dan berdaya saing dengan meneruskan warisan
dan kesenian negara serta taat setia kepada raja dan
negara yang mendalam

3. PANDANGAN/ KOMENTAR ANDA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM


KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN ANDA.
Dalam unit ini memperlihatkan perkembangan pendidikan negara kita yang menunjukkan
perubahan yang begitu besar sekali. Justeru itu, sebagai seorang guru saya mesti
mempersiapkan diri saya untuk menghadapi pelbagai lagi transformasi yang mencabar
keupayaan, kemampuan dan kredibiliti sebagai guru. Selain daripada menghadapi generasi
baru di era millineum yang mempunyai ragam yang tersendiri, saya juga perlu sentiasa
mendokong hasrat dan perancangan kerajaan yang sentiasa membangun pendidikan di
Malaysia.

Meniti kepada sejarah pendidikan Negara, saya harus sedar bahawa pendidikan telah
membawa perubahan dan implikasi yang positif serta menyediakan keperluan modal insan
yang hebat untuk pembangunan negara. Setiap dasar yang dilaksanakan perlu saya fahami
dengan jelas. Tanggungjawab yang dipikul harus lebih konsisten dan sentiasa dipertingkatkan
dari segi kemahiran dan pengetahuan bagi memastikan kecemerlangan pendidikan Negara
dapat direalisasikan di mata dunia.
UNIT TAJUK
1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK):
Huraian dan Penghayatan

1. RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dirangka berdasarkan ideology dan falsafah yang
terkandung dalam Laporan Pendidikan dan Akta Pendidikan, Rukun Negra serta ideologi
budaya masyarakat Malaysia. Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti
pendidikan. Falsafah ini dapat dirungkaikan kepada beberapa elemen yang utama.

FPK menekan tentang elemen usaha yang berterusan dalam rangkai kata yang
pertama. Ini membuktikan penyesuaian pelbagai perubahan mengikut perkembangan semasa
perlu diadaptasikan. Mengembangkan potensi individu pula menjelaskan bahawa sudah
menjadi fitrah, setiap manusia dikurniakan dengan kebolehan dan potensi semula jadi. Potensi
ini perlulah dikembangkan dan dipertingkatkan supaya ia mendatangkan manfaat terhadap
individu tersebut dan Negara. Potensi dan kebolehan juga perlulah meliputi aspek
menyeluruh dan bersepadu, dimana ia dipupuk meliputi aspek jasmani, rohani, intelek dan
emosi.

Justeru, aspek kepercayaan teguh serta bertaqwa kepada Tuhan diberi perhatian agar
setiap individu mempunyai jati diri yang kuat serta memiliki kekuatan spiritual yang tinggi
untuk menhadapi cabaran-cabaran kehidupan. Segala usaha dan matlamat dalam FPK adalah
untuk mencapai aspek wargenegara Malaysia yang berpengetahuan dan berketrampilan.
Setiap rakyat Malaysia akan mengamalkan budaya ilmu sepanjang hayat. Warga yang
berpengetahuan dan berkemahiran merupakan aset penting Negara untuk mencapai kemajuan.

FPK turun menjelaskan secara langsung bahawa melalui pendidikan setiap individu
berupaya memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara. Ini menunjukkan bahawa untuk mencapai sebuah negara yang harmoni, setiap rakyat
perlulah menggembling tenaga dan memberi sumbangan mengikut potensi dan perkembangan
diri. Semua ini hanya dapat dibangunkan dengan menjadikan sistem pendidikan sebagai
medium.
2. PILIH KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN BERIKAN PENJELASAN.

KONSEP PENJELASAN
1. Falsafah Mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran,
tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan
berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat

2. Intelek Kemahiran berfikir cara kritikal, analytikal, kreatif


dan lateral untuk menjalani hidup secara efektif.

3. Insan yang seimbang Mempunyai kebolehan dan kemahiran yang tidak


berat pada mana satu atau aspek semata-mata.
Meliputi kebolehan dan kemahiran mengendali dari
aspek jasmani, rohani, intelek dan emosi.

4. Usaha berterusan Melibatkan tindakan yang tidak henti dan konsisten


mengikut kesesuaian masa, tempat, keadaan dan
sebagainya.
5. Berketrampilan Berketrampilan adalah sifat orang yang suka
mencuba dan mempunyai banyak idea untuk
mempersembahkan sesuatu hasil yang
menarik.

3. PANDANGAN/ KOMENTAR ANDA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI


DALAM KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN ANDA.

Masa depan Negara kita bergantung sepenuhnya kepada hasil daripada sistem pendidikan
yang kita gunakan sekarang. Justeru, pendidikan perlulah mempunyai pegangan yang kuat
supaya sentiasa berada dalam landasan yang betul untuk mencapai masa depan Negara yang
baik.
Guru yang merupakan tulang belakang dalam melangsungkan sistem pendidikan
Negara perlulah memahami kandungan falsafah dengan mendalam secara tersirat dan tersurat.
Sebagai guru, adalah menjadi satu tanggungjawab yang penting untuk meneliti setiap eleman
dalam rangkai kata falsafah untuk memastikan ia direalisasikan.

Secara amnya, falsafah pendidikan menegaskan untuk melahirkan individu yang


berkualiti dalam semua aspek melalui usaha yang berterusan. Oleh itu, sebagai guru, saya
terlebih dahulu perlu melengkapkan diri dengan pencirian yang dikehendaki. Guru akan
menjadi rol model dan ikutan kepada murid-muridnya.

Dalam kesinambungan itu juga, setiap murid yang diajar oleh guru mempunyai potensi
dan kebolehan yang berbeza-beza. Sebagai guru, kita perlulah bijak dalam mengatur strategi
bagi memastikan perkembangan potensi setiap murid dapat ditingkatkan secara optimum.
Pembelajaran yang interaktif dan suasana yang kondusif memerlukan kreativiti dan pemikiran
guru yang mantap.

Penerapan ilmu dan kemahiran yang diberikan kepada murid bukan sahaja usaha yang
berterusan oleh guru sahaja. Usaha yang berterusan ini perlulah diteruskan sepanjang hayat.
Inilah yang dipanggil budaya ilmu sepanjang hayat. Guru perlu menyuntik kesedaran dalam
kalangan murid bahawa menuntut ilmu dan meningkatkan kemahiran tidak terbatas semasa
alam pendidikan formal semata-mata malah ia perlu diteruskan sehingga ke akhir hayat.
UNIT TAJUK
1.3 Falsafah Pendidikan Guru (FPG):
Pemikiran dan Amalan Dalam Profession
Keguruan.

1. RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT


Unit ini memperihalkan tentang cabaran cabaran dalam perguruan dan keguruan. Awang
Had Salleh (1985) menjelaskan perguruan ialah proses menyediakan guru manakala keguruan
ialah keadaan alam pekerjaan guru itu sendiri.

Semasa di alam perguruan, antara cabaran yang perlu dihadapi ialah untuk menguasai
dan menghayati himpunan ilmu yang dituntut serta jelas dengan matlamat profession
pendidikan keseluruhannya. Profession keguruan pula turut mencabar kerana mempunyai
anggota sekitar 405 000 orang dan terdapat pelbagai peringkat kelayakan serta skim
perkhidmatan guru.

Dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG), menggariskan 9 perkara dalam membentuk


pemikiran dan amalan profession keguruan. Falsafah menuntut guru untuk memiliki pekerti
yang mulia, berpandangan progresif dan saintifik, dan bersedia menjunjung aspirasi dan
warisan kebudayaan Negara. Guru perlu menjamin perkembangan individu dengan
meletakkan murid sebagai tanggungjawab utama. Falsafah turut menekan guru turut
bertanggungjawab memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif
dan berdisiplin.

Tiga dimensi utama pendidikan guru dalam Model Konsepstual Pendidikan Guru yang
dirangka berdasarkan FPG adalah; Ketuhanan, kemasyarakatan dan kendiri. Dimensi
ketuhanan adalah yang penting untuk menetapkan keutuhan dalam diri guru bahawa mendidik
itu adalah satu ibadah. Dalam dimensi kemasyarakatn menekankan bahawa guru adalah nadi
dalam menggerakkan masyakat ke arah kebaikan. Sayugia, dimensi kendiri menuntut para
guru untuk membina daya kefahaman dan patriotism, budaya imu dan pembentukan sahsiah
yang mulia.

Bagi memastikan kandungan FPG dapat direalisasikan, KPM telah meletakkan satu
piawaian penting bagi mencirikan seorang guru yang mantap. Standard Guru Malaysia (SGM)
telah digubal yang merangkum dari proses penyediaan guru itu sendiri dan diikuti pencirian
kompentensi guru dalam arena perguruan. SGM ini dapat membantu dalam mengenalpasti
dan melaksanakan strategi pembangunan pendidikan guru sejajar dengan perkembangan
globalisasi.

2. PILIH KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN BERIKAN PENJELASAN.

KONSEP PENJELASAN
1. Perguruan Proses menyediakan guru iaitu mendidik dan
melengkapkan seorang individu dengan ilmu serta
kemahiran untuk menjadi seorang guru.
2. Keguruan Keadaan alam pekerjaan guru itu sendiri yang
menuntut kepada pelaksanaan tanggungjawab
terhadap murid, masyarakat, organisasi dan Negara.
3. Agen sosialisasi Pihak yang bertindak sebagai penghubung sosial
antata individu dengan individu atau kelompok
masyarakat.
4. Falsafah Pendidikan Guru Merupakan satu rujukan, panduan, amalan dan
Malaysia wawasan bagi semua institusi yang melahirkan guru-
guru di Malaysia. Ia digubal oleh Bahagian
Pendidikan Guru pada tahun 1982.
5. Standard Guru Malaysia Piawaian yang menggariskan kompetensi professional
yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut
disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan
bagi membantu guru-guru mencapai tahap kompentesi
yang ditetapkan.

3. PANDANGAN/ KOMENTAR ANDA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM


KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN ANDA.

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) merupakan satu rangkaian kata yang penuh dengan makna
dan tersurat dan tersirat. Justeru, untuk menjadi seorang guru yang sebenar, saya perlulah
terlebih dahulu memahami setiap kehendak dan tuntutan yang terkandung dalam falsafah
tersebut.

FPG memberi penekanan pertama dalam pemilikan pekerti yang mulia pada seorang
guru. Oleh itu, sebagai guru memiliki semua nilai murni serta mengamalkannnya semasa
menjalankan tugas secara formal dan tidak formal perlu menjadi perhatian utama. Pekerti
yang mulia dapat menjamin guru menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan komitmen
yang tinggi dan penuh dedikasi.

Sebagai guru juga, setiap hasrat yang ingin dicapai oleh Negara perlulah dipikul
bersama. Pendidikan merupakan satu medium yang luas dan besar yang membuka ruang
untuk Negara kita mencapai sesuatu kejayaan. Contohnya, dalam membentuk sebuah
masyarakat yang bersatu-padu, nilai tersebut perlu diterap dan dibentuk sejak alam
persekolahan lagi. Guru bertindak sebagai agen perubahan yang memangkin sesuatu
transformasi Negara.

Dalam kesinambungan itu juga, KPM telah menggariskan panduan yang begitu
terperinci tentang kriteria yang perlu ada bagi seorang guru. Kriteria tersebut digariskan
dalam piawaian yang panggil Standard Guru Malaysia (SGM). Justeru, piawaian ini
membantu saya untuk terus memperbaiki dan meningkatkan mutu kendiri dalam mencapai
piawaian yang ditetapkan.

SGM juga memberi tunjuk ajar secara tindak langsung tentang amalan
professionalisme keguruan. Panduan ini akan sentiasa memastikan para guru dan saya sendiri
supaya sentiasa berada dalam landasan yang betul dalam mencapai matlamat pendidikan
Negara serta merealisasikan misi nasional.
UNIT TAJUK
1.4 Dasar-Dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Di
Malaysia

1. RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT

Unit ini membicarakan tentang dasar-dasar yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan
Malaysia. Dasar-dasar ini juga akan menunjukkan hala tuju pendidikan yang sebenar. Dasar
dibentuk bertujuan untuk mengatur perjalanan sesuatu sistem dengan lebih baik.

Dasar-dasar digubal kepada 4 tujuan utama iaitu kawalan, solusi, kebajikan atau
perkhidmatan dan inovasi. Dasar Kawalan dalam pendidikan merupakan satu bentuk
pencegahan, pengajaran dan peringatan. Tindakan ini merupakan satu bentuk pembentukan
disiplin dalam perkhidmatan awam. Contoh dasar adalah Rang Undang-Undang Pendidikan
dan Peraturan & Tatatertib Dalam Pendidikan. Dasar Dasar Solusi Pendidikan pula
berkaitan dengan penyelesaian masalah. Ia bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul
yang berlaku disebabkan trend atau perkembangan semasa, contohnya Dasar 1 PPSMI dan
Dasar Sekolah Selamat. Dasar-Dasar Kebajikan pula berkaitan dengan usaha memperbaiki
kebajikan dan perkhidmatan dalam pendidikan seperti Yuran Pendidikan Percuma dan
PTPTN. Manakala Dasar-Dasar Inovasi pula bertujuan membawa pembaharuan dalam
masyarakat menerusi pendidikan. Contohnya Dasar Bahan Pengajaran: Berasaskan IT dan
Multimedia.

Terdapat 2 dimensi dasar-dasar yang menjadi tunjang dalam perkembangan


pendidikan di Malaysia. Dimensi menegak melibatkan taraf pendidikan, tahap sekolah dan
peluang pendidikan. Dimensi mendatar pula merujuk kepada merapatkan jurang pendidikan,
demokrasi pendidikan dam perluasan pendidikan. Faktor sosial, ideologi, ekonomi dan politik
memberi pengaruh besar kepada dasar-dasar dan hala tuju pendidikan.

Pelbagai lagi dasar digubal bagi menjamin pendidikan yang berkualiti seperti Dasar
Bahasa Kebangsaan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dasar
Perpaduan Nasional pula menekan penerapan nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat di
Malaysia. Dasar Teknologi pula digubal bagi membuka ruang kepada pendidikan untuk
berkembang pesat sejajar dengan pembangunan Sains dan Teknologi.
Perlaksanaan dasar-dasar membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang pesat
membangun. Justeru, perpaduan dan keharmonian antara kaum pula semakin sihat dengan
pembentukan dasar-dasar dalam pendidikan Negara.

2. PILIH KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN BERIKAN PENJELASAN.

KONSEP PENJELASAN
1. Dasar Asas, tunjang atau teras yang bertujuan mengukuhkan
sesuatu perkara.
2. Solusi Tindakan menyelesaikan sesuatu masalah atau
pencegahan
3. Demokrasi Pendidikan Dasar yang berkaitan dengan keadilan untuk semua
pelajar memperoleh prasarana dan infrastruktur,
keselesaan, keselamatan dan sumber tenaga kerja yang
berkualiti.
4. Inovasi Proses penghasilan sesuatu yang baharu. Melibatkan
cetusan idea atau penghasilan produk atau
perkhidmatan.
5. Holistik ciri pandangan yang menyatakan bahwa keseluruhan
sebagai suatu kesatuan lebih penting dari pada satu-
satu bagian dari suatu organisme.

3. PANDANGAN/ KOMENTAR ANDA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM


KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN ANDA.

Penggubalan perlbagai dasar dalam pendidikan Negara kita menunjukkan bahawa betapa
pendidikan dipandang serius oleh kerajaan. Pendidikan merupakan satu medium untuk
melaksanakan banyak agenda-agenda kerajaan dan Negara yang membawa kepada kemajuan
sejagat.

Justeru, kejayaan pelaksanaan segala dasar-dasar yang digubal, dipikul oleh para guru.
Sebagai guru yang bertindak sebagai agen sosialisasi dan agen perubahan perlulah memberi
kerjasama yang kukuh dengan pihak pimpinan Negara.
Setiap dasar yang dilaksanakan mendatangkan banyak manfaat kepada murid dan masyarakat.
Sebagai contoh dasar Pemberian Buku Teks Secara Menyeluruh memberi peluang pendidikan
yang selesa kepada semua golongan taraf rakyat. Jadi, dalam bilik darjah semua murid akan
memiliki buku teks yang memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan
pendidikan telah pun hampir lengkap kerana telah terdapat kemudahan. Guru sahajalah yang
perlu bertindak untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang efektif.

Setiap penggubalan sesuatu dasar telah pun dikaji dengan teliti. Ia melibatkan kos,
risiko dan sumber manusia pakar yang ramai. Sebagai guru, kita perlulah akur dengan dasar
yang digubal dan menjalankannya dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
UNIT TAJUK
1.5 Rancangan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

1. RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT

Unit 5 membentangkan tentang kronologi pembangunan dalam pendidikan di Negara. Sistem


pendidikan Negara yang bermula dengan sistem warisan, kemudian dalam era penjajahan
Inggeris sistem pendidikan vernacular telah dilaksanakan. Negara telah berusaha untuk
membina sistem pendidikan yang tersendiri. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan dari
tahun ke tahun bagi meningkatkan mutu pendidikan. Bermula dengan Laporan Razak 1956,
diikuti oleh Laporan Rahman Talib 1960 sehingga Akta Pelajara 1961 telah digubalkan.

Bermula daripada RMKe-2, sasaran utama pendidikan Negara adalah membina


perpaduan kaum dan memberi peluang pendidikan sama rata.. Bertujuan melahirkan rakyat
yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi memenuhi tenaga kerja negara, kerajaan
berusaha memperkukuhkan kualiti pendidikan dalam RMKe-2 sehingga RMKe-. Nilai moral
dan etika yang kukuh turut diterapkan. Pendidikan dijadikan sebagai salah satu medium untuk
merapatkan jurang kemiskinan.

Sehinggalah ke RMKe-10 yang telah memperkukuhkan RMK-RMK yang


sebelumnya, pendidikan Negara kita adalah bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak
dan berkembang ke peringkat tertiari. Modal insan yang ulul-albab menjadi matlamat jelas
dalam sistem pendidikan negara kita.

Kini, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) menggariskan 6 Teras Strategik


iaitu:
Membina Negara Bangsa
Membangunkan Modal Insan
Memperkasakan sekolah kebangsaan
Merapatkan jurang pendidikan
Memartabatkan profession keguruan,
Melonjak kecemerlangan institusi pendidikan.
Berdasarkan 6 Teras Strategik PIPP ini, sistem pendidikan Malaysia begitu prihatin dengan
setiap aspek yang mempunyai peranan penting tersendiri. Justeru, pembangunan pendidikan
di Malaysia menunjukkan perkembangan yang pesat dan positif sesuai dengan kemajuan
dunia.

2. PILIH KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN BERIKAN PENJELASAN.

KONSEP PENJELASAN
1. Pendidikan tertiari Sistem pendidikan diperingkat selepas persekolahan
iaitu di kolej, institusi dan universiti.
2. Penyusunan semula masyarakat Membentuk masyarakat yang seimbang dari segi
ekonomi, sosial, pendidikan dan politik kerana
ketidakseimbangan yang telah wujud dahulu.
3. Bahasa pengantar Bahasa rasmi yang digunakan untuk urusan rasmi
secara penulisan dan lisan.
4. Misi Nasional Matlamat yang ingin dicapai oleh Negara merangkumi
penambahbaikan sistem pendidikan, peningkatan
inovasi dan pembangunan modal insan yang
menyeluruh.
5. perpaduan Satu proses yang menyatupadukan anggota
masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi
negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu
perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.

3. PANDANGAN/ KOMENTAR ANDA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM


KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN ANDA.

Sistem pendidikan Negara kita menunjukkkan pembangunan yang begitu baik dan positif.
Pada pendapat saya, penekanan aspek perpaduan menjadi nadi utama sejak awal lagi kerana
perpaduan yang kukuh menjamin pembangunan yang lebih baik. Sebagai guru, adalah
menjadi tonggak utama untuk menjadi pemangkin kepada perpaduan. Nilai ini perlulah
diterapkan sejak kepada generasi supaya ia menjadi satu budaya hidup. Bak kata pepatah
melentur buluh, biarlah daripada rebungnya.
Dalam kesinambunagan itu juga, Negara kita memerlukan tenaga kerja yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Golongan ini perlulah dipersiapkan
sejak zaman persekolahan lagi. Jadi, gurulah yang memainkan peranan penting bagi
membentuk aset penting ini. Guru perlu menyediakan murid-murid yang mampu berdaya
saing dan berdiri kukuh atas jati diri untuk mereka terus menuntut ilmu diperingkat
pendidikan tertiari.

Pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang cekap perlulah disepadukan dengan nilai
moral dan etika berdasarkan pegangan agama yang kuat agar apabila mereka menghadapi
cabaran global, mereka tidak goyah dengan fatamogana dunia.
UNIT TAJUK
1.6 Kurikulum Sebagai Wahana Menterjemahkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1. RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT

Unit ini membincangkan tentang bagaimana kurikulum dapat menjayakan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah dihasratkan dalam sistem pendidikan Negara.
Kurikulum merupakan satu kerangka ilmu yang dibina meliputi aspek pengetahuan,
kemahiran, nilai dan budaya. Dalam pendidikan Negara, pembangunan dan perkembangan
kurikulum dipertanggungjawab oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. Jawatankuasa
Kurikulum Sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar berperanan untuk
melaksanakan dan menjayakan matlamat kurikulum tersebut.

Ramai tokoh-tokoh telah mendefinisikan kurikulum. Tuntasnya, kurikulum adalah


kerangka yang menetapkan matlamat, kandungan, kaedah dan penilaian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum di Malaysia terbahagi kepada Kurikulum Formal;
Kurikulum Standard Prasekolah, KBSR, KBSM dan KSSR adalah yang terbaru, dan
Kurikulum tidak formal meliputi Ko-Kurikulum dan Kurikulum Tersembunyi (tidak dapat
dikawal, merangkumi sosial psikololgikal, sikap dan tingkahlaku).

Malaysia menggunakan Kurikulum Kebangsaan bagi memastikan matlamat FPK iaitu


melahirkan insan yang harmoni dan seimbang dapat ddirealisasikan. Kurikulum ini adalah
berpusat supaya dapat mematuhi keadilan, keragaman, perancangan, pengurusan, pemantauan
dan peruntukan yang ditetapkan. Kerangka ini bertunjangkan semua pengetahuan, kemahiran,
norma, nilai, kebudayaan dan kepercayaan mengikut acuan Negara tersendiri.

Kini KSSR mula dilaksanakan sebagai satu transformasi baru dalam kurikulum
Negara. Ia bagi memastikan sistem pelajaran mengikut piawai antarabangsa. Tidak lagi
bergantung sepenuhnya kepada peperiksaan berpusat, sistem pentaksiran yang komprehensif
diharapkan dapat mengikut pengetahuan dan kemahiran murid dengan lebih tepat dengan
sistem modular yang lebih terancang. Fokus terhadap membaca, menulis, mengira dan
menaakul (4M) ditekankan untuk melahirkan insan yang kreatiif dan kritis. Pendekatan didik-
hibur digunakan.
2. PILIH KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN BERIKAN PENJELASAN.

KONSEP PENJELASAN
1. Kurikulum Kerangka ilmu yang meliputi aspek pengetahuan,
kemahiran nilai dan budaya. Ia dibina dengan
menetapkan tujuan, hala tuju, cara pelaksanaan dan
sistem penilaian ditetapkan.
2. Kurikulum Tersembunyi Sesuatu yang dipelajari secara tersirat dan tidak
dinyatakan secara bertulis. Meliputi aspek
pengalaman, pengetahuan dan kemahiran tambahan
yang berlaku serentak dengan kurikulum yang sedang
diajar.
3. Menaakul Proses menggunakan fakta, pengetahuan, dan
strategi penyelesaian masalah untuk menghasilkan
kesimpulan bagi menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.
4. Didik-hibur Satu pendekatan proses pengajaran yang berlaku
secara formal tapi menyelitkan unsur-unsur hiburan
positif yang membawa kepada suasana yang meriah
semasa proses pembelajaran berlangsung.
5. Elemen Merentas Kurikulum Unsur atau komponen yang diselitkan secara langsung
atau tidak langsung semasa proses pembelajaran dan
pengajaran berlangsung.

3. PANDANGAN/ KOMENTAR ANDA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM


KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN ANDA.

Kurikulum merupakan satu komponen yang sangat penting dalam sistem pendidikan Negara
kita. Justeru, untuk melaksanakan kurikulum guru berperanan untuk menzahirkannya dalam
bentuk tindakan. Sebagai guru, adalah menjadi satu tanggungjawab yang besar untuk
memahami dengan mendalam dan jelas kandungan kurikulum.
Kurikulum merupakan wahana dalam menterjemahkan Falsafah Pendidikan Negara.
Ini adalah kerana dalam falsafah tersebut mengkehendakkan pendidikan kita melahirkan insan
yang harmoni dan seimbang. Dalam kandungan Kurikulum Kebangsaan telah pun
menggariskan objektif, kandungan, kaedah dan penilaian yang menjadi panduan kepada guru-
guru. Oleh itu, saya mestilah memahami dan bertindak dengan lebih kreatif dan kristis bagi
memastikan kandungan kurikulum tersebut dalam dizahirkan dalam proses pengajaran dan
memastikan proses pembelajaran dalam kalangan murid-murid berhalan lancar.

Selain memastikan kurikulum formal dapat dijayakan, kurikulum tidak formal perlu
juga diberi perhatian. Bagi aspek Ko-kurikulum, saya perlulah memberi komitmen yang baik
bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan diluar waktu persekolahan tersebut dapat
dilaksanakan. Keyakinan, daya kepimpinan, personaliti dan sahsiah murid dapat dijana.
Kurikulum tersembunyi juga tidak boleh dipandang enteng. Walaupun ia tidak ditulis, namun
sebagai guru saya perlulah lebih peka pembelajaran yang terhasil. Kurikulum tersembunyi ini
dapat melengkapi kurikulum formal seterusnya menjadikan pendidikan yang diterima oleh
murid-murid adalah berkualiti.

Kesimpulannya, kurikulum yang dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia


menuntut para guru untuk sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang
unggul. Transformasi demi transformasi akan terus dilaksanakan bagi memastikan sistem
pendidikan Malaysia mengikuti peredaran zaman. Sebagai guru, kerjasama yang utuh dalam
untuk terus mengembeleng tenaga bagi memastikan pendidikan yang berkualiti direalisasikan
di Negara kita.
UNIT TAJUK
1.7 Reka Bentuk Kurikulum Di Malaysia

1. RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT

Unit ini membincangkan tentang reka bentuk kurikulum di Malaysia. Dalam perkembangan
kurikulum guru berperanan sebagai perancang dan penyedia kurikulum kepada kumpulan
sasaran mereka. Perlaksanaa kurikulum diteruskan melalui proses pengajaran dan
pembelajaran. Pada akhirnya, guru akan membuat penilaian untuk mengukur keberkesanan
kurikulum yang telah dilaksanakan.

Pola dan orientasi rekabentuk kurikulum adalah berpusatkan akademik, pelajar dan
masalah. Antara model yang digunakan ialah Model Penilaian Kurikulum CIPP. Ia
melibatkan 4 penilaian utama iaitu konteks, input , proses dan produk. Bermula dengan
analisis masalah, bahan dan strategi seperti guru, kakitangan, kurikulum dan murid
dikenalpasti. Kemudian, proses pelaksanaan iaitu pengajaran dan pembelajaran berlangsung
dan diakhiri dengan mengukur sejauh mana matlamat telah dicapai.

Reka bentuk kurikulum turut dipengaruhi perspektif terhadap ilmu. Perspektif


objektivis mengutamakan pembentukan kemahiran, peraturan tahap tinggi atau pemindahan
pelajaran yang mengkehendakan guru-guru memilih item tertentu supaya murid dapat
menguasainya. Antara teori yang tergolong dalam perspektif ini, Teori behaviurisme yang
diasaskan oleh Pavlov, Thordike dan Skinner menekankan proses pelaziman dan motivasi
ekstrinsik. Kaedah deduktif digunakan oleh guru iaitu didahului dengan penggunaan istilah,
pembentukan konsep dan penerokaan.

Dalam perspektif kognitif pula berasaskan pembinaan ilmu oleh murid itu sendiri.
Guru akan menyediakan kaedah pembelajaran dalam bentuk penerokaan diikuti pengenalan
istilah dan pembentukan konsep. Teori konstrutivisme diasaskan oleh Piaget, Gardner dan
Vigotsky menjadi asas perspektif kognitif kerana ia menekan kemahiran penaakulan dan
pemikiran saintifik berdasarkan pengalaman dan penerokaan ilmu oleh murid itu sendiri.

Tuntasnya variasi corak kurikulum ini ditentukan oleh pelaksanaanya oleh guru itu
sendiri. Guru perlu memastikan walau apapun corak pengajaran yang diaplikasikan, ia
perlulah selari dengan falsafah, misi, visi dan amalan yang telah ditetapkan dalam Kurikulum
Kebangsaan.

2. PILIH KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN BERIKAN PENJELASAN.

KONSEP PENJELASAN
1. Perspektif objektivis Kaedah pendidikan yang berpusat kepada guru. Guru
menggunakan kaedah deduktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Objektif, kaedah,
aktiviti ditentukan oleh guru sendiri dan murid
dimanipulasikan.
2. Perspektif konstruktivis Kaedah pendidikan yang berpusat kepada murid. Guru
bertindak sebagai fasilitator yang membenarkan murid
membuat penerokaan sendiri sesuatu ilmu yang ingin
diterapkan. Interaksi sosial antara murid amat penting
dan mewujudkan pembelajaran kooperatif dan
kolaboratif.
3. Objektif pembelajaran Matlamat dan hala tuju yang hendak dicapai diakhir
proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Kaedah deduktif Kaedah pengajaran yang mencapah iaitu pengenalan
istilah didahulukan diikuti pembentukan konsep dan
diakhiri dengan penerokaan.
5. Kognitif Merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti
berfikir,menaakul, menganalisis, membentuk konsep,
menyelesaikan masalah dan sebagainya.

3. PANDANGAN/ KOMENTAR ANDA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM


KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN ANDA.

Rekabentuk kurikulum di Malaysiakan berasaskan dengan pelbagai teori-teori ilmuan yang


terkenal. Setiap teori perlu difahami dengan jelas supaya guru dapat mengaplikasikan untuk
membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan bermutu.
Sebagai guru, semasa melangsungkan proses pengajaran adalah amat penting untuk
memahami objektif dan isi kandungan pelajaran. Dalam kesinambungan itu juga, kumpulan
sasaran iaitu murid, perlulah diketahui latar belakang kemampuan dan pengetahuan sedia ada.
Justeru, kaedah atau teori pendidikan yang sesuai perlulah dipilih bagi memastikan murid
dapat mencapai objektif pembelajaran pada tahap yang optimum. Sumber dan kemudahan
yang sedia ada perlulah digunakan secara maksimum.

Pembelajaran secara kontrutivis memberi peluang kepada murid untuk meneroka dan
belajar dengan lebih berdikari. Justeru, sebagai guru, saya perlulah menyediakan suasana
pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa kepada murid. Pelbagai alat dan bahan yang
boleh digunakan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang konstruktif. Malah, murid-
murid juga boleh memberi kerjasama dengan menyumbang bahan yang dibawa daripada
rumah untuk tujuan eksplorasi di sekolah. Pada ketika ini, saya akan bertindak sebagai
pemudah cara untuk merealisasikan pembelajaran tersebut.
UNIT TAJUK
1.8 Penterjemahan dan Pentafsiran Kurikulum
Kebangsaan

1. RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT

Kurikulum Kebangsaan terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu; kurikulum formal yang
mempunyai 4 komponen matapelajaran iaitu bahasa, kemanusiaan, sains dan vokasional dan
kurikulum tidak formal yang merangkumi kokurikulum dan kurikulum tersembunyi.

Kurikulum Kebangsaan dapat diungkai melalui satu siri proses yang melibatkan empat
komponen berantai. Proses bermula dengan asas pertimbangan kurikulum diikuti oleh
peringkat pelaksanaan, amalan bilik darjah dan hasil pelaksanaan. Kurikulum Kebangsaan
dibina atas pertimbangan pembangunan Negara, perkembangan individu, teori pembelajaran,
FPK dan Rukun Pendidikan (UNESCO).

Kurikulum Kebangsaan dapat diterjemahkan menerusi proses pengajaran dan


pengajaran (p&p). Kurikulum Kebangsaan membentuk Sukatan Pelajaran yang dihurai
dengan terperinci melalui Huraian Sukatan Pelajaran memberi panduan kepada guru untuk
menjalankan P&P. Objektif kurikulum dipecahkan kepada domain kognitif yang melibatkan
mental, domain psikomotor yang menunjukkan tindak balas fizikal dan domain afektif yang
merujuk kepada emosi semasa mengikuti pembelajaran.

Keberkesanan P&P dapat dilihat mengikut 4 peringkat. Peringkat Ideal


memperlihatkan pengajaran yang terancang dan murid dapat memaksimumkan pembelajaran.
Peringkat Baik pula menunjukkan pengajaran yang terancang namun, manfaat kepada murid
adalah tidak menyeluruh. Peringkat Kurang Baik digambarkan melalui pengajaran yang
kurang berkesan dan kurang separuh murid memguasai pembelajaran. Manakala peringkat
tidak berkesan memperlihatkan P&P berlaku dalam keadaan yang tiada hala tuju.

Tuntasnya, kurikulum merupakan satu penghubung erat antara pendidikan dengan


matlamat yang ditetapkan. Bertunjangkan FPK, Kurikulum Kebangsaan diterjemahkan dalam
bentuk Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan dirungkai dalam Rancangan
Tahunan dan Harian sebelum diaplisakasikan oleh guru dalam P&P di dalam bilik darjah.
2. PILIH KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN BERIKAN PENJELASAN.

KONSEP PENJELASAN
1. Kurikulum Kebangsaan Suatu program pendidikan yang diseragamkan
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma,
nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang
membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan
emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan
nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.
2. Huraian Sukatan Pelajaran Dokumentasi yang menghuraikan secara terperinci
Sukatan Pelajaran yang memberi panduan kepada
guru untuk mendapat Objektif, Hasil Pembelajaran,
Nota Penting, Contoh Pelaksanaan Aktiviti dan
Konsep untuk melaksanakan P&P.
3. Domain Psikomotor Melibatkan tindakan fizikal anggota badan sebagai
respon stimuli dalam persekitaran.
4. Rukun Pendidikan (UNESCO) Prinsip yang digariskan tentang kepentingan belajar
untuk menjadi insan yang berilmu, berkemahiran,
insan yang lebih sempurna dan belajar untuk hidup
bersama masyarakat.
5. Pengajaran dan Pembelajaran Suatu prosus yang diusahakan bersama antara guru
(P&P) dan murid. Guru bertindak sebagai pembimbing dan
penyampai ilmu, manakala murid akan menerima dan
memperoleh ilmu tersebut.

3. PANDANGAN/ KOMENTAR ANDA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM


KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN ANDA.

Kurikulum Kebangsaan merupakan satu kerangka besar yang telah dibentuk oleh KPM dalam
sistem pendidikan Negara kita. Daripada unit ini, menjelaskan secara terperinci bagaimana
kerangka besar ini diterjemahkan sehinggalah ke peringkat pelaksanaa P&P di dalam kelas.
Saya lebih percaya dan yakin dengan memahami kandungan unit ini dengan lebih mendalam
P&P saya akan lebih selari dan tepat dengan matlamat Kurikulum Kebangsaan.

Pendokumentasian RPH yang dilaksanakan setiap hari bukanlah satu dokumen yang
boleh dipandang enteng. Ia merupakan nadi salam melangsung pengajaran yang berkesan dan
memaksimum pembelajaran murid. Inilah yang dikatakan P&P yang ideal. Keberkesanan
P&P juga boleh dinilai dengan jelas melalui peringkat ideal, baik, kurang baik dan tidak
berkesan. Ia membuka ruang yang lebih jelas bagi memastikan guru dapat melaksanakan
prioriti profession dengan lebih baik dan cemerlang.

Sebagai guru juga, dalam melaksanakan P&P penekanan bagi ketiga-tiga domain;
kognitif, psikomotor dan afektif perlulah seimbang. Saya perlulah bijak mengatur strategi
bagi memastikan perkembangan individu setiap murid adalah mantap. Setiap langkah dan
tindakan perlulah mendasari FPK dan mengaplikasikan teori pembelajaran mengikut
kesesuaian waktu, tempat dan kumpulan sasaran.

Oleh itu, Kurikulum Kebangsaan perlulah mendapat tafsiran dan penterjemahan yang
tepat bagi pemikiran dan amalan keguruan. Ini adalah memastikan setiap langkah dan
tindakan guru tidak lari dari matlamat sebenar pendidikan Negara.
UNIT TAJUK
1.9 Etika Keguruan Dan Peraturan
Pendidikan Di Malaysia

1. RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT

Unit ini membincangkan secara mendalam tentang elemen-elemen etika keguruan yang perlu
ada bagi seorang pendidik disamping peraturan-peraturan pendidikan di Malaysia yang patut
dipatuhi. Sebagai seorang guru nilai professional yang lengkap perlulah wujud dalam diri.
Semangat yang tinggi ketika bertugas dengan matlamat yang jelas merupakan tonggak utama
seorang guru. Guru juga perlu bijak menguruskan bilik darjah dalam masa yang sama mampu
membina komunikasi yang baik dengan murid, ibubapa, masyarakat dan majikan. Sentiasa
memberikan yang terbaik dan jangkaan yang tinggi terhadap murid. Justeru, pengetahuan dan
kemahiran yang mendalam perlu dimiliki mengikut bidang masing-masing.

Kementerian Pelajaran Malaysia juga menetapkan beberapa etika kerja sebagai


panduan guru. Niat perlulah betul seperti yang dituntut oleh agama. Perlakuan yang baik,
berdisiplin dan beradab perlulah ditonjolkan. Guru perlu menjadi penggerak ke arah kebaikan
dan mengotakan setiap yang dikatakan. Guru perlu menunjukkan prestasi yang cemerlang
dengan menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi.

Kod Etika Profession Keguruan telah digubal bagi menjamin guru sentiasa benar dan
betul. Antaranya adalah etika guru terhadap kerjaya dan dirinya sendiri. Mereka harus
sentiasa berwaspada untuk tidak bersikap yang boleh mencemarkan diri dan sifat professional.
Setiap tugas dilakukan dengan jujur. Prioriti utama seorang guru adalah murid-muridnya
kerana guru adalah pengganti ibubapa. Justeru, guru harus mendidik setiap murid dengan
adil serta mengesan dan menerima perbezaan yang wujud dalam kalangan mereka. Insan yang
harmoni dan seimbang adalah asas pembentukan yang guru perlu sentiasa pegang. Guru juga
mesti bersikap rendah diri dan tidak mengharapkan ganjaran daripada ibubapa. Kod etika ini
merupakan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh guru supaya imej dan keunikan profession
ini akan terus terpelihara.

Tatatusila Profession Keguruan di Malaysia menuntut para guru untuk


bertanggungjawab terhadap murid, ibubapa, masyarakat serta Negara dan rakan sejawat dan
profession keguruan itu sendiri. Inilah yang dipanggil akautabiliti keguruan yang menjelaskan
tanggungjawab yang perlu difahami dan dilaksanakan terhadap 5 komponen tersebut.

Guru juga perlu mematuhi Peraturan Pendidikan yang telah dikuatkuasakan. Sekiranya
gagal dilaksanakan guru boleh dikenakan Hukuman Tindakan Tatatertib. Terdapat juga
perkara-perkara yang tidak dibenarkan dalam profession keguruan seperti membelakangkan
tugas kerana urusan peribadi dan mencemarkan nama baik perkhidmatan. Guru juga perlu
peka dengan larangan-larangan penjawat awam yang berkaitan dengan sosial, kewangan dan
dadah.

Kesimpulannya, kod etika dan peraturan pendidikan merupakan tonggak dalam


memastikan profession keguruan adalah murni. Setiap garis panduan, peraturan dan larangan
mempunyai manfaat yang tertentu bagi memastikan sistem pendidikan di Malaysia adalah
berkualiti.

2. PILIH KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN BERIKAN PENJELASAN.

KONSEP PENJELASAN
1. Kod Etika Profesion Keguruan Garis panduan yang telah digubal oleh KPM untuk
menetapkan kriteria-kriteria tingkahlaku dan aspek
sosial seorang guru.
2. Akauntibiliti keguruan Tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seorang guru.
3. Penggerak ke arah kebaikan Satu sifat yang perlu ada pada seorang guru untuk
menjana sesuatu nilai positif terhadap individu lain.
4. Pengganti ibu bapa Elemen dalam Kod Etika Keguruan yang menuntut
guru untuk berperanan sebagai pendidik selain bidang
akademik termasuk membentuk tingkahlaku murid.
5. Hukuman Tindakan Tatatertib Hukuman yang diberikan kepada penjawat awam yang
ingkar kepada peraturan-peraturan yang
dikuatkuasakan.
3. PANDANGAN/ KOMENTAR ANDA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM
KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN ANDA.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal Kod Etika Keguruan Malaysia supaya
menjadi garis panduan yang utuh kepada guru-guru. Sebagai guru, setiap kod etika perlulah
dipatuhi bagi memastikan nilai keguruan ada dalam diri adalah mantap. Kod etika ini
mengajar guru-guru supaya sentiasa menjaga diri sendiri dan tugas agar nama baik profession
ini akan terpelihara.

Saya juga yakin dan percaya setiap peraturan dan larangan yang telah dikuatkuasakan
bukanlah satu ugutan dan amaran keras kepada guru. Namun, ia adalah satu bentuk
pengajaran secara langsung atau tidak untuk memastikan guru sentiasa berada dalam landasan
yang betul dan tidak akan tersasar daripada matlamat sebenar menjadi seorang pendidik.

Sebagai seorang guru, tugas dan tanggungjawab juga tidak tertakluk dalam
penyampaian ilmu dan kemahiran akademik semata-mata. Kerana itulah dalam kod etika telah
menggunakan istilah pengganti ibubapa yang menjelaskan secara mendalam bahawa sebagai
guru pembentukan sahsiah dan tingkahlaku murid juga perlu diberi perhatian.
UNIT TAJUK
1.10 Akta Pendidikan 1996

1. RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT

Unit 1.10 berkisarkan tentang Akta Pendidikan 1996 yang telah digubal hasil daripada usaha
pemimpin-pemimpin terdahulu. Akta ini didokong oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Sistem pendidikan yang mantap ini adalah menjadi nadi bagi pembasmian kemiskinan
dan membentuk perpaduan negara. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Sekiranya
tidak, Bahasa Kebangsaan mestilah menjadi mata pelajaran wajib.

Akta Pendidikan 1996 telah menggariskan beberapa perkara penting degan


menjadikan ilmu sebagai penentu utama arah tujuan negara dan penyelemat bangsa.
Pendidikan dijadikan medium untuk membentuk masyarakat berpengetahuan dan
berkemahiran untuk mencapai wawasan negara seterusnya menjadikan pendidikan Negara
bertaraf dunia. Kurikulumnya adalah berpusat dan sistem peperiksaan yang seragam.

Sistem Pendidikan Kebangsaan dipecahkan kepada 5 bab utama iaitu; Pendidikan


prasekolah, rendah, menengah, lepasan menengah dan tinggi. Pendidikan prasekolah mestilah
menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Rendah pula hendaklah
dijalankan selama 6 tahun. Ibubapa yang merupakan warganegara Malaysia hendak
memastikan anak mereka yang mencapai umur 6 tahun pada hari pertama Januari dalam tahun
persekolahan perlu menjadi murid sepanjang tempoh pendidikan wajib. Jika tidak, mereka
akan diberi tindakan undang-undang berkaitan. Manakala Pendidikan menengah dan lepasan
menengah meliputi akademik, teknik atau perihal lain yang ditentukan dari masa ke masa.
Kelas peralihan juga boleh diadakan. Manakala pendidikan khas boleh diadakan di mana-
mana sekolah rendah atau menengahyang difikirkan suaimanfaat. Kurikulum hendak
berhubungan dengan pendidikan khas. Pada peringkat tinggi 3 kategori institusi pendidikan
iaitu kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta.

Akta Pendidikan 1996 telah memberikan implikasi yang begitu hebat. KPM telah
menawarkan sehingga 3287 prasekolah pada 2005 tidak termasuk prasekolah yang
ditubuhkan oleh badan-badan lain. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan
bertujuan bagi memastikan kualiti pendidikan tersebut dan pemantauan serta penguatkuasaan
diperkukuhkan.
Guru-guru turut diberi latihan. Implikasi akta ini juga menjadikan pendidikan rendah
adalah wajib dan keciciran dapat dikurangkan. penyertaan murid orang asli dan kumpulan
etnik pedalaman Sabah dan Sarawak meningkat. Program orientasi alam persekolahan turut
diadakan.

Akta ini juga memperuntukan kuasa yang cukup besar kepada Menteri Pelajaran untuk
memastikan pelaksanaan dan perkembangan pendidikan yang sihat di Malaysia. Dengan
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar merupakan satu usaha memartabatkan
Bahasa Kebangsaan.

2. PILIH KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN BERIKAN PENJELASAN.

KONSEP PENJELASAN
1. Akta undang-undang (yang digubal dan diluluskan oleh
parlimen dan sebagainya)

2. memartabatkan Meletakkan sesuatu ditempat yang sepatutnya.

3. Pendidikan Khas Pendidikan yang diberikan untuk murid-murid


istimewa yang mengikut kurikulum khusus yang
ditetakan oleh KPM.
4. Pendidikan Wajib Satu undang-undang yang memperuntukan ibubapa
yang merupakan warganegara Malaysia hendak
memastikan anak mereka yang mencapai umur 6
tahun pada hari pertama Januari dalam tahun
persekolahan perlu menjadi murid sepanjang tempoh
pendidikan rendah.
5. Program orientasi sekolah Aktiviti yang dijalankan semasa minggu pertama
persekolahan untuk memberi pendedahan kepada
murid-murid tentang alam serta budaya sekolah.

3. PANDANGAN/ KOMENTAR ANDA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM


KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN ANDA.

Sistem pendidikan di Malaysia menunjukkan satu kerangka yang jelas dan baik. Rakyat
Malaysia ditawarkan dengan pendidikan diperingkat awal kanak-kanak sehinggalah sepanjang
hayat. Justeru, sebagai guru adalah satu kemestian untuk memahami sistem ini yang jelas
terkandung dalam Akta Pendidikan 1996.

Salah satu matlamat utama sistem pendidikan Negara adalah untuk membina
perpaduan kaum. Pihak kerajaan yakin dan percaya, tugas untuk memupuk semangat
perpaduan dapat dipikul bersama oleh guru-guru. Oleh itu, dalam melangsungkan pendidikan
kepada murid-murid adalah menjadi tugas dan tanggungjawab guru untuk menerapkan nilai
perpaduan dalam kalangan murid. Penerapan nilai perpaduan juga bukan sahaja secara
lahiriah, malah murid-murid perlu diberi kefahaman yang mendalam tentang hala tuju
perpaduan yang sebenarnya hendak dicapai.

Dalam Akta Pendidikan juga menetapkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa


pengantar. Gurulah terlebih dahulu yang perlu mahir dan arif dalam melisankan Bahasa
Kebangsaan. Tidak kira apapun bahasa ibunda seorang guru tersebut, Bahasa Kebangsaan
perlulah dijadikan sebagai medium pengajaran kecuali dalam matapelajaran-matapelajaran
tertentu. Maka, hasrat untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dapat dijayakan.

Menteri diberi kuasa untuk memastikan perlaksanaan dan perkembangan pendidikan


di Malaysia. Oleh itu, guru perlulah patuh dengan setiap arahan yang diberikan oleh
pemimpin dan melaksanakan setiap dasar-dasar yang diberikan selagi tidak menyalahi
undang-undang agama dan negara.
BAHAGIAN ESEI ILMIAH

a) Bagaimanakah pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut


memberi impak terhadap perkembangan profession keguruan.

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan
individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin."

(Falsafah Pendidikan Guru)

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) telah digubal sebagai panduan dalam pelaksanaan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi menggariskan ciri-ciri guru yang diperlukan oleh Negara.
FPG meletakkan matlamat yang tinggi dalam melahirkan guru yang professional, tinggi daya
tahan, beretika, berfikiran kreatif, mengamalkan nilai murni, mempunyai kemahiran yang
diperlukan dan berpengetahuan dalam teknologi. Guru-guru yang dihasratkan ini akan
melahirkan murid yang sesuai dengan pembinaan Negara. Pendidikan guru melibatkan aspek
seperti membina kemahiran dalam mata pelajaran utama, pedagogi serta pengurusan
pembelajaran.

i. Wujudnya Kelayakan Yang Terdapat Dalam Perkhidmatan

Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung kepada
profession perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif. Profession
perguruan yang dinamis perlu melahirkan kepimpinan guru yang berkualiti, sentiasa
memperbaiki dan mempertahankan etika profesionalisme pendidikan.

Dalam mengembangkan lagi profession keguruan, kerajaan menawarkan


kelayakan dalam perkhidmatan pendidikan. Dahulu seorang pendidik hanya memegang
sekeping Sijil Perguruan dan diikuti Diploma Pendidikan. Hari ini, hampir kebanyakan
pendidik di Negara kita memiliki segulung ijazah. Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan menunjukkan satu
iltizam yang tinggi bagi mengembangkan lagi profession keguruan sejajar dengan kehendak Falsafah
Guru.

Program-program pendidikan yang telah diatur oleh kerajaan merupakan satu titik
permulaan bagi memastikan profession keguruan dimartabatkan dan nilai
professinalismenya sentiasa terpelihara.

ii. Persediaan Yang Teliti dan Rapi Dalam Melahirkan Guru Berprofessionalisme
Tinggi

Sebelum seorang bakal pendidik melangkahkan kakinya ke alam keguruan, beliau


akan dipersiapkan dengan ilmu dapat dibahagikan kepada tiga komponen utama; ikhtisas,
akademik dan perkembangan diri. Latihan pra-perkhidmatan yang dijalani sama ada di
Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan
membekalkan kepada bakal guru dengan pengetahuan profesionalisme keguruan. Suasana
pembelajaran juga memangkinkan pembentukan sikap dan sahsiah yang perlu ada bagi
seorang guru. Sebagai contoh, disiplin dalam penampilan dan berpakaian di IPGM adalah
mengikut etika berpakaian seorang guru yang sebenar.

Bakal-bakal guru turut diberi pendedahan alam keguruan melalui Rancangan Orientasi
Sekolah (ROS), Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum. Semua pelaksanaan
latihan ini berlaku di sekolah. Mereka diberi peluang mengalami sendiri alam keguruan. Bagi
memastikan bakal guru dapat mengamalkan nilai professionalisme dengan sempurna, mereka
akan dipantau dalam bentuk kumpulan kecil oleh pensyarah pembimbing dan guru
pembimbing di sekolah.

iii. Pelaksanaan Latihan dan Kursus Dalam Perkhidmatan

Seorang guru perlulah berfikiran positif, proaktif, inovatid dan motivatif. Maka
pendidikan seorang guru tidak terbatas selepas tamat pengajian mereka di IPTA atau
IPGM semata-mata. Profesionalisme seorang guru perlu sentiasa konsisten dan
membangun. Justeru, pelbagai latihan dan kursus dalam perkhidmatan telah diadakan.
Latihan dan kursus ini diadakan di peringkat luaran oleh Pejabat Pelajaran Daerah,
Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran bertujuan meningkatkan mutu dan
pengetahuan guru.
Kursus Dalam Perkhidmatan yang sentiasa diadakan untuk guru-guru yang sudah
berkhidmat bagi meningkatkan kemahiran mengajar dan penguasaan ilmu yang luas. Jadi
dengan adanya kursus seperti ini dan lain-lain bengkel yang dianjurkan oleh, kualiti guru
akan lebih terjamin dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Jadi itulah cara untuk
mengembangkan profesionalisme semua guru kerana dunia pendidikan terpaksa
berhadapan dengan keperluan yang terbaru.

Latihan dan kursus untuk guru-guru terlatih tidak terhad kepada anjuran PPD, JPN dan
KPM semata. Pengetahuan dan kemahiran turut didedahkan di peringkat dalaman sekolah
juga (in-house training). Inilah yang dipanggil perkongsian ilmu antara rakan sejawat.
Perkembangan profesionalisme keguruan menuju ke arah pemantapan, penambahbaikan
dan pembaharuan terhadap pengetahuan dan kemahiran sedia ada.

iv. Peningkatan Mutu dan Keupayaan Guru

FPG turut menegaskan guru perlu berpandangan progresif dan saintifik. Penegasan ini
telah membawa kepada implikasi yang positif dalam mutu dan keupayaan guru itu sendiri.
Pada hari ini kita dapat lihat guru mempunyai kebolehan yang pelbagai. Guru bukan
sahaja bertindak sebagai pengajar menyampaikan ilmu semata-mata malah mampu
mengatasi dan memperbaiki krisis dalam pendidikan. Kita dapat perhatikan hari ini,
bilangan murid yang buta huruf semakin berkurang. Melalui program Pemulihan Khas,
Literasi dan Numerasi (LINUS) dan PROTIM, guru guru telah berupaya untuk
meningkatkan murid celik ilmu pada masa kini.

Keupayaan dan guru juga tidak terbatas di dalam bilik darjah semata mata. Guru hari
ini, turut turun padang menjadi jurulatih. Kita dapat saksikan bahawa atlit-atlit Negara
yang hebat sebenarnya berkebolehan sejak alam persekolahan lagi. Semua ini adalah hasil
titik peluh seorang guru yang mempunyai profesionalisme yang tinggi yang didokong oleh
Falsafah Pendidikan Guru.
Guru-guru yang berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan
falsafah pendidikan yang progresif, dapat mengembangkan profesionalisme perguruan
yang idealistik untuk membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai
kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai
kemajuan dan perubahan. Inilah yang dikatakan mutu dan keupayaan guru hari ini telah
meningkat dari masa ke masa.

v. Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berkualiti dan Efektif

Budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang berkesan menangani
masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu semakin hilang ditelan
zaman. Perkembangan profesionalisme keguruan telah membawa satu perubahan baru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti dan efektif. Fenomena ini
telah mengalami perubahan dari segi inovasi dari segi teknologi. Sistem pembelajaran
yang interaktif telah menjadi amalan pengajaran guru hari ini. Guru akan mengendalikan
bilik darjah dengan memasukan pelbagai elemen bagi menarik minat murid.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk
merevolusikanpembelajaran, memperkayakan kurikulum dan memperkembangkan
pedagogi. Sejajar dengan pengetahuan dan kemahiran guru yang telah ditingkatkan.
Penggunaan teknologi maklumat membantu keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru hari ini mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam teknologi
seperti komputer. Pembelajaran yang menggunakan penggunaan ICT berpusatkan kepada
murid membantukan pembelajaran pada tahap yang lebih optimum.

Keupayaan guru dalam mengendalikan pengajaran yang interaktif melalui perisian-


perisian yang disediakan oleh KPM atau dapatan daripada sesawang membuka minda
murid untuk menuntut ilmu tanpa batas. Pembelajaran yang menarik ini yang
menggunakan gambar, video atau simulasi yang realistic membantu murid untuk
mencapai objektif pembelajaran dengan lebih berkesan.
Guru juga mengaplikasikan teori pembelajaran yang telah dipelajari semasa proses
perguruan. Jika dahulu, pengajaran berpusat pada guru dengan kaedah chalk and talk,
guru telah mewujudkan pembelajaran yang kontruktivis. Dengan kemudahan dan
infrastuktur yang canggih, murid diberi peluang untuk meneroka ilmu pengetahuan secara
tersendiri supaya pembinaan ilmu adalah lebih bermakna dan mantap.
b) Cabaran cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi
kandungan unit pelajaran.

Perkembangan profesionalisme keguruan harus menjadi prioriti dalam perancangan ker-jaya


setiap guru. Cabaran-cabaran yang dihadapi guru masa kini dan masa depan
semakinmeningkat. Isu yang dihadapi bukan sahaja sekadar masalah murid dan peralatan
tetapilebih jauh daripada itu termasuk cabaran terhadap kemampuan ilmiah guru
menghadapimasyarakat berasaskan-ilmu serta jati diri dalam mengharungi isu-isu nilai yang
lebihglobal. Profesion keguruan sentiasa tercabar dengan pelbagai isu pendidikan.

i. Membangunkan Potensi Kendiri Guru Secara Berterusan

Falsafah Pendidikan Guru mengungkapkan kata kunci pertama iaitu seorang guru mestilah
berpekerti mulia. Kata kunci ini menjelaskan bahawa seorang guru mestilah mempunyai
nilai-nilai akhlak yang tinggi dan terpuji dalam dirinya. Guru merupakan rol model bukan
sahaja kepada murid-muridnya malah kepada masyarakat juga.

Guru perlu menampilkan cara hidup dengan akhlak yang terpuji. Walaupun bukan
pada waktu persekolahan, guru perlu sentiasa komited dan berpegang teguh bahawa beliau
adalah seorang pendidik. Adab pergaulan dengan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat
perlulah sentiasa terpelihara. Daripada cara berkomunikasi, penampilan sehinggalah cara
hidup, guru perlu sentiasa mengekalkan dan mengamalkan nilai-nilai yang positif. Adalah
amat mustahak diingat golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa menghidupkan
motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi cabaran-cabaran baru,
disamping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik yang
dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat.

Selain daripada nilai kendiri invidu guru tersebut, pemupukan budaya


menuntut ilmu tidak harus dipisahkan. Guru bukan sahaja penggerak kepada
muridnya untuk menuntut ilmu, tetapi beliau sendiri perlu menjadi budaya
menuntut ilmu sepanjang hayat. Pendidikan guru tidak seharusnya tamat sebaik
sahaja bakal guru menyempumakan latihan mana-mana institusi pendidikan.
Guru terlatih yang berjaya dengan cemerlang menamatkan latihan
keguruan tidak seharusnya menganggap proses pembelajaran dan penyediaan guru
telah sempuma. Tuntutan ilmu dan peningkatan kemahiran harus diteruskan.

Pendidikan keguruan adalah satu titikpermulaan dalam kerjaya seorang


guru (Kamarudin Hj Husin 1990). Guru perlu sentiasa meningkatkan ilmu dan
kemahiran yang diperlukan sebagai seorang guru untuk membolehkan ia
memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi pada setiap masa. Kecekapan guru
juga merangkumi kebolehan membawa idea-idea baru, membuat keputusan,
sentiasa membuat kajian dan berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yang
kondusif. Guru-guru juga cekap menggunakan pelbagai strategi pengajaran yang
selaras dengan keperluan dan perkembangan pelajar.

ii. Perkembangan Sains Teknologi Yang Pesat.

Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profession di


negara ini perlu di reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen
perubahan kepada budaya literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat
yang celik komputer dan bersikap terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik.

Perkembangan Sains dan Teknologi berkembang dengan begitu pesat sekali.


Kajian dalam bidang Sains tidak pernah dihentikan walau dalam sesaat dan
menyebabkan penemuan-penemuan baru dan teknologi terus berkembang dengan
hebatnya. Perkembangan bidang pendidikan juga tidak kurang hebatnya. Wawasan
2020 telah menggariskan cabaran yang keenam iaitu Mewujudkan masyarakat
saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan,
yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada
tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Hasrat ini perlulah dimulakan dalam
bidang pendidikan terlebih dahulu. Maka, gurulah perlu menggembling tenaga bagi
memastikan hasrat ini dapat dicapai. Komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin utama
untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar
membina pengetahuanbaru (Lechner & Boli 2000).
Dalam Standard 2 yang terkandung dalam Standard Guru Malaysia yang
mencirikan kefahaman dan pengetahuan yang perlu ada bagi seorang guru adalah
bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan
dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum. Ini membuktikan bahawa, guru
menghadapi cabaran besar untuk sentiasa mengetahui perkembangan Teknologi bagi
dilaksanakan dalam bilik darjah dan P&P. Guru mestilah bersedia untuk belajar dan
menerima tunjuk ajar daripada pihak tertentu atau rakan sebaya tentang pengetahuan
teknologi yang tidak pernah berhenti. Lebih mencabar lagi adalah, apabila murid-
murid mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang lebih dalam bidang teknologi
seperti kemahiran menggunakan komputer.

iii. Pelaksaan Pengajaran dan Pembelajaran Kepada Murid Yang Mempunyai


Kepelbagaian Kebolehan dan Keupayaan.

Guru merupakan jurutera manusia. Tugas dan tanggungjawab guru yang


dijalankan setiap hari mestilah menghasilkan produktiviti yang baik. Namun, kita
perlu ingat bahawa guru menghasil dan membentuk manusia, bukan objek, barang
atau perkhidmatan. Maka, setiap manusia yang dilahirkan mempunyai kebolehan
dan keupayaan yang berbeza untuk dibangunkan.

Guru melaksanakan tugas mendidik secara optimum dalam waktu persekolahan


di dalam sebuah bilik darjah. Maka, pada normal bilangan murid yang dihadap
setiap hari adalah 25 40 orang. Maka, perlulah kreatif untuk memasing strategi
dalam membentuk suasana kelas yang kondusif. Guru perlu mewujud suasana
belajar yang interaktif yang berupaya meningkatkan pencapaian dalam pengajaran,
pelajardidapati menggunakan pemikiran pada aras tinggi, tidak hanya menghafal
fakta - fakta sahaja, bekerjasama antara satu sama lain semasa proses pembelajaran
berlaku.

Seperti yang termaktub dalam Falsah Pendidikan Guru, elemen untuk


menjamin perkembangan individu perlu diberi perhatian. SGM juga
menggariskan dalam Standard 3 iaitu Kemahiran melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta
mengintergrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan
menilai.

Peluang belajar dan membangunkan potensi perlu diberi sama rata kepada semua
murid. Dengan itu, semua murid akan berpeluang untuk membangun dan
mengembang keupayaan masing-masing hasil daripada kekuatan dan kecekapan
seorang guru.

Dalam kesinambungan itu juga, guru perlu berkebolehan menilai


kebolehan dan perkembangan pelajar. Mengenali latar belakang, keupayaan dan
potensi bagi setiap individu murid dengan teliti adalah cabaran getir dan
merupakan satu kecekapan yang tidak ada dalam profession lain. Dalam hal ini,
guru perlu berupaya menentukan kaedah-kaedah serta strategi-strategi yang
berkesan bagi memandu pelajar-pelajar yang berbeza daripada segi kebolehan dan
minat. Tugas utama seseorang guru adalah memahami peranannya dalam proses
pengajaran serta mempunyai banyak pengetahuan. Guru perlu mempunyai banyak
pengetahuan terutama daripada segi latar belakang pelajar serta berkenaan
pelajaran yang akan diajar.

iv. Budaya dan masyarakat generasi baru dan keruntuhan moral.

Cabaran penting profesion keguruan ialah membina dan membentuk masyarakat


beretika yang mampu membangun dan membina kekuatan sendiri serta
menentukam masa depan yang bebas daripada berbagai-bagai krisis sosial dan
moral. Menurut Hussein Mahmood (1993)., masalah kemerosotan akhlak dan
disiplin pelajar sering ditimbulkan. Fenomena sosial seperti merokok, gangguan
seksual, pesta seks di kalangan pelajar, lari dari rumah, menagih dadah, bergaduh,
gengterisme, mencuri, membuli adalah gejala juvana dan delinkuen yang meluas
dalam arena pendidikan Negara.

Tanggungjawab untuk memelihara disiplin telah tertulis dalam kata kunci


FPG yang terakhir iaitu memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin. Bak kata
pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maka bagi melahirkan
masyarakat berdisiplin yang berupaya memastikan keharmonian dan keselamatan
Negara, guru perlu memastikan penerapan nilai etika dan amalan mematuhi
peraturan diterapkan dengan efektif. Disiplin memainkan peranan yang penting ke
arah pembentukan sahsiah para pelajar. Ia adalah salah satu komponen penting
dalam sistem persekolahan yang berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila,
keadaan, akhlak dan kesopanan.

Kurikulum Kebangsaan yang mendasari pendidikan Negara kita mencakupi


segala bidang ilmu pengetahuan untuk menjadikan seseorang pelajar itu insan
yang berakhlak mulia dan beramal soleh (Sufean Hussin, 1993). Jadi, guru
merupakan pelaksana kurikulum ini perlulah juga menguruskan tingkah laku di
sekolah. Kengkangan pembentukan sahsiah murid semakin mencabar apabila
bilangan guru lelaki yang terlalu minimum disekolah. Peranan bapa di sekolah
semakin lenyap.

Budaya generasi baru hari ini juga memperlihatkan sikap yang malas dan
pasif. Pengaruh media dan perkembangan Teknologi yang tidak seimbang
menyebabkan pengurusan tingkah laku murid adalah amat sukar. Budaya
menghadap komputer dan telefon bimbit yang terlalu lama menyebabkan
pembinaan interaksi sosial adalah terbatas. Apabila menuntut ilmu dipandang
enteng, murid memilih untuk lebih menjalankan aktiviti yang tidak mendatang
manfaat seperti melayari internet secara tidak ilmiah, bermain permainan
komputer dan sebagainya. Maka, pada bahu gurulah memikul untuk membetulkan
budaya yang tidak sihat ini.

Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif


bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi
yang lain, profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi
penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang
sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan
perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah,
murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar kepada
pembangunan masyarakat setempat.
Rujukan

Hussein Mahmood (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Jurnal Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikana Malaysia, Jilid 04,
Bil.02 Jun (1995).

Kamarudin Hj Husin (1990). Pedadogi 2. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Lechner, F. J. & Boli, J. 2000. The globalization reader. Oxford: Blackwell Publisher

Mohd Daud Hamzah (1990). Dorongan Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Muhamad Sani Ibrahim (2001).Perkembangan projesionalisme guru: Satu tuntutan dan


satu kemestian,Kertas kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan Ke
-l0, Institut Aminuddin Bald, Genting Highlands, Pahang.

Omardin Ashaari. ( 1999 ). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Selangor : Dewan
Bahasa & Pustaka.

Tajul Ariffin Noordin (1990). Pendidikan: Suatu Pemikiran Selalu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Universiti Kebangsaan Malaysia.(2002). Profesion perguruan: Cabaran pendidikan masa kini.


Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia
KOLEKSI FORUM KUMPULAN EL A28
KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA: FALSAFAH DAN
DASAR.

Page 6/6
Penulis Mesej
Topik : FORUM 1
D044462 Forum : General _POSTED : 10 Dec 2011 03:03:48 PM Subjek :
Nor Faradzila Binti Re : FORUM 1
Abdullah Salam 1 Malaysia,
_REPLIES :5 saya setuju dengan hujah yang telah diberikan. Sejak dari dulu
Pandangan : 21 tanggungjawab melaksanakan tugas mendidik adalah satu
cabaran yang tidak pernah berakhir kerana setiap masa yang yang
dilalui adalah pendidikan dan akhirnya menjadi pengalaman.
Oleh sebab itu ilmu yang hendak diterap perlu ikhlas kerana ia
akan menjana suatu insan dalam diri murid. Secara asasnya FPK
menjadi asas landasan atau teras kepada sitem pendidikan
kebangsaan.
Topik : Forum 1
D044462 Forum : General _POSTED : 10 Dec 2011 02:54:21 PM Subjek :
Nor Faradzila Binti Re : Forum 1
Abdullah Salam ! Malaysia,
_REPLIES :1 saya setuju dengan hujah yang telah diberikan sememang
Pandangan : 6 peranan guru dalam dunia pendidikan amat besar. Malah peranan
guru untuk memastikan hasrat yang terkandung dalam FPK
adalah wajib. Ini kerana guru telah sekian lama dianggap sebagai
contoh model hidup dimana tingkah laku guru menjadi contoh
dan tauladan. Maka seorang guru perlu ada sifat akauntabiliti
terhadap pendidikan, murid dan ibu bapa, negara dan akhirnya
untuk diri sendiri. Keikhlasan untuk melakukan sesuatu bermula
dari diri sendiri.
Topik : FORUM 1
D044462 Forum : General _POSTED : 10 Dec 2011 12:58:35 PM Subjek :
Nor Faradzila Binti FORUM 1
Abdullah Bagaimana anda melaksanakan tanggungjawab untuk
mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah
_REPLIES :0 Pendidikan Kebangsaan tercapai?
Pandangan : 0
Ditinjau dari sudut sejarah pendidikan negara, FPK di malaysia
telah lahir setelah melalui proses yang berkesinambungan yang
selari dengan proses pembinaan bangsa dan negara
Malaysia.Proses FPK di Malaysia telah bermula sejak tanah air
ini menuntut untuk mendapatkan kemerdekaan.
Namun sistem pendidikan yang ada pada ketika itu terus
berkembang tanpa mengira soal keperluan kepada kemajuan dan
pembangunan tanah air, pembetukan identiti kebangsaa,
perpaduan rakyat dan pembangunan unsur kemanusiaan.

Kaum guru merupakan anggota sekolah yang melibatkan diri


secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan progran
pendidikan. Peranan yang dimainkan oleh saya sebagai seorang
guru dengan,

- merancang aktiviti pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran


dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi yang
sesuai.

- sebagai penggerak pembelajaran dengan membimbing murid-


murid supaya berusaha belajar mengikut kehendak matlamat
FPK.

- sebagai pendisplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin


murid-murid serta membantu mereka membentuk sahsiah dan
kelakuan yang sejajar dengan nilai FPK.

- bertanggungjawab menjadi contoh model hidup dimana tingkah


laku guru menjadi contoh teladan kepada murid. Nilai-nilai
murni ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung
diterapkan dalam jiwa murid.

- menilai prestasi murid serta mengenal pasti kelemahan yang


terdapat dalam pembelajaran dan berdasarkan punca kelemahan
yang telah dikenal pasti , guru dapat merancang aktiviti
pemulihan untuk membantu murid mengatasi masalahnya.

Topik : FORUM 1
D044462 Forum : General _POSTED : 31 Oct 2011 01:34:36 AM Subjek :
Nor Faradzila Binti FORUM 1
Abdullah Secara amnya falsafah merupakan pengetahuan tentang
pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi atau
_REPLIES :3 sebagai dasar kepada ilmu lain.Oleh yang demikian falsafah
Pandangan : 14 dalam pendidikan sangat berkait rapat dan sesuai dijadikan
sebagai rujukan atau pegangan bagi melaksanakan
tanggungjawab sebagai seorang guru. Berasaskan teras dan
matlamat pendidikan untuk melahirkan individu yang bersahsiah
tinggi, berketrampilan seterusnya seimbang dan bersepadu dari
segi intelek , rohani, emosi dan jasmani tanpa mengenepikan
kepercayaan dan kepatuhan kerpada perintah Tuhan.
Saya menjadikan FPK sebagai asas landasan atau teras untuk
melaksanakan tanggungjawab kerana FPK ialah gambaran cita-
cita serta hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan rakyat
Malaysia melalui proses pendidikan. Saya dapat melaksanakan
tanggungjawab dengan mengikuti dan menerap prinsip dan nilai
yang terdapat dalam FPK di dalam kelas.

Saya dapat memainkan peranan sebagai agen perubahan dengan


membawa perubahan-perubahan baru untuk memenuhi aspirasi
dan kehendak pelajar, masyarakat dan negara yang semakin
kompleks, meningkat, progresif dan berkembang.

FPK yang ideal diikuti dengan kurikulum yang mantap dan


pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah
yang terbaik untuk dijadikan rujukan dalam pelaksanaan
tanggungjawab bersama murid.

Topik : FORUM 1

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :5
Pandangan : 27

Forum : General _POSTED : 10 Dec 2011 03:20:13 PM Subjek : Re : FORUM 1

Salam 1 Malaysia,

hujah diberikan oleh puan adalah benar jika kehendak FPK menjadi teras kita menjalankan
tugas disertai dengan keikhlasan segala tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan sempurna.
FPK menjadi asas landasan atau teras kepada sistem pendidikan kebangsaan. Semua program
dan aktiviti pendidikan ialai berdasarkan prinsip FPK. FPK yang ideal diikuti dengan
kurikulum yang mantap dan pelaksanaan P&P yang berkesan adalah rumusan ke arah
kecemerlangan pendidikan.
Topik : forum 1: tanggungjawab melaksanakan FPK

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :5
Pandangan : 27

Forum : General _POSTED : 10 Dec 2011 03:11:34 PM Subjek : Re : forum 1:


tanggungjawab melaksanakan FPK

Salam 1 Malaysia,

saya setuju dengan hujah yang diberikan. FPK adalah gambaran cita-cita serta hala tuju
kepada semua usaha dan perjuangan rakyat malaysia melalui proses pendidikan.Semua
program dan aktivitipendidikan adalah terbitan daripada prinsip dan nilai yang terdapat dalam
FPK. Maka kita sebagai guru adalah agen yang akan melaksanakan tanggungjawab ini
berdasarkan yang telah dinyatakan bahawanya seorang guru perlu mempunyai akauntabiliti
terhadap negara, program pendidikan, pelajar dan murid dan diri sendiri.

Page 5/6
Penulis Mesej Topik : forum 2: dasar PPSMI

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :2
Pandangan : 17

Forum : General _POSTED : 12 Dec 2011 01:49:54 AM Subjek : Re : forum 2: dasar PPSMI

Salam 1 Malaysia,

saya bersetuju dengan hujah yang dilampirkan, sememangnya keadaan ini seolah-olah tidak
memartabatkan bahasa ibunda dan lebih memeningkan lagi kita cuba pula memartabatkan
baha ibunda. Walau bagaimanapun kajian dari universiti-universiti tempatan mendapati
peningkatan penguasaan bahasa inggeris murid adalah norminal, iaitu tidak lebih dari 3
peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid
terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk menguasai dan
memahami pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris. Masalah seharusnya di
beri keutamaan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Topik : Forum 2

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :1
Pandangan : 3

Forum : General _POSTED : 12 Dec 2011 01:37:15 AM Subjek : Re : Forum 2

Salam sejahtera,

saya menyokong pandangan yang telah diberikan. Tambahan pula dapatan dari UNESCO
menunjukkan pelajar lebih mudah mempelajari pelajaran dalam bahasa ibunda pada peringkat
awal persekolahan. Tambahan pula pada masa yang sama kita juga mahu memartabatkan
bahasa ibunda, jadi keadaan ini seakan merumitkan murid-murid dalam memahami P&P di
dalam kelas. Jelas sekali kita boleh lihat setiap kali keputusan peperiksaan keluar masalah
penurunan prestasi pasti terjadi melainkan guru-guru yang mengajar subjek tersebut perlu
membantu murid memahami soalan ketika peperiksaan sedang berjalan. Setiap pihak perlu
memandang serius masalah ini.

Topik : FORUM 2

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :0
Pandangan : 0

Forum : General _POSTED : 12 Dec 2011 01:29:37 AM Subjek : FORUM 2

Perlukah dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah ? Hujahkan.

Pada pendapat saya dasar PPSMI tidak perlu lagi dilaksanakan. Sejak memperkenalkan sistem
PPSMI dalam P&P berbagai respon telah diterima dan apa yang dapai disimpulkan lebih dari
separuh pihak tidak bersetuju dengan sistem PPSMI di jalankan dalam P&P.

Rasionalnya keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM memperlihatkan pencapaian murid
dalam Bahasa Melayu (BM) adalah jauh lebih tinggi daripada Bahasa Inggeris (BI) sama ada
bagi murid-murid di kawasan bandar dan luar bandar. Keputusan menunjukkan, murid akan
lebih mudah mengikuti P&P dalam BM berbanding BI.

Keputusan peperiksaan sains dan matematik UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK)


menunjukkan penurunan pencapaian gred ABC bagi kohort pertama yang melalui PPSMI
sepenuhnya di sekolah rendah. Ini sudah cukup dianggap sebagai satu kesimpulan di mana
perubahan perlu dilakukan untuk kebaikan masa hadapan sistem pendidikan kita.
Topik : Forum 2

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :5
Pandangan : 26

Forum : General _POSTED : 12 Dec 2011 09:22:29 AM Subjek : Re : Forum 2

Salam sejahtera,

saya ingin memberikan sedikit pandangan supaya dapat kita bersama berkongsi pandangan
bernas untuk anak bangsa kita. Bagi saya, program PPSMI tidak perlu diteruskan pada
peringkat awal. Ini kerana beberapa kajian telah dijalankan contohnya dapatan dari UNESCO
menunjukkan murid lebih mudah mempelajari pelajaran dalam bahasa ibunda pada peringkat
awal persekolahan. Jika kita pandang faktor latar belakang keluarga murid itu sendiri tidak
semua boleh bertutur dalam bahasa inggeris contoh yang paling ketara antara murid bandar
dan luar bandar. Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata
pelajaran sains dan matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan.

Topik : FORUM 2

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :3
Pandangan : 26

Forum : General _POSTED : 12 Dec 2011 09:11:11 AM Subjek : Re : FORUM 2

Salam sejahtera,

saya setuju dengan kenyataan yang diberikan. Penguasaan bahasa inggeris dari pihak guru
juga kebanyakkannya lemah. Ini telah dibiktikan dimana mengikut data yang dinyatakan guru
yang menguasai Tahap Cemerlang dalam penguasaan bahasa inggeris hanya 25%. Ini
menyukarkan proses P&P yang berkesan. Kesan dari masalah ini maka wujud tiada ketulusan
di dalam kelas P&P dalam bahasa inggeris. Kesan yang amat nyata, pada keputusan
peperiksaan sains dan matematik UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) menunjukkan
penurunan pencapaian gred ABC bagi kohort pertama yang melalui PPSMI sepenuhnya di
sekolah rendah.
Topik : FORUM 2

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :4
Pandangan : 22

Forum : General _POSTED : 12 Dec 2011 09:01:32 AM Subjek : Re : FORUM 2

Salam sejahtera,

saya tidak bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan. Ini kerana banyak rasional
pelaksanaan bahasa rasmi menggantikan P&P sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.
Profisiensi BI guru pada Tahap Cemerlang dan baik adalah sekitar 25%. Hanya sebahagian
kecil guru menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran
sains dan matematik. Ini menyukarkan proses P&P yang berkesan. Dari pihak murid, kajian
telah dijalankan dan data menunjukkan pelajar lebih mudah mempelajari pelajaran dalam
bahasa ibunda pada peringkat awal persekolahan. Jika murid memahami proses P&P dalam
mata pelajaran sains dan matematik, mereka juga tidak ada masalah untuk mengalih bahasa.

Page 4/6
Penulis Mesej Topik : FORUM 3

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :0
Pandangan : 0

Forum : Forum 3 _POSTED : 12 Dec 2011 09:37:03 AM Subjek : FORUM 3

Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan.

Secara amnya Penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah bertujuan
memenuhi hasrat FPK untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
emosi, rohani dan jasmani. Untuk Pendidikan Jasmani ia dapat membina murid menjadi
individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengatahuan dan mengamalkan nilai
murni melalui aktivital fizikal ke arah kesejahteraan hidup. Dalam KSSR penerapan
kemahiran adalah tajuk utama untuk murid-murid pelajari secara tidak langsung semua murid
akan mengambil bahagian untuk mempelajari kerana setiap subjek ada standard prestasi yang
telah ditetapkan. Pengisian yang ditetapkan didalam KSSR amat sesuai untuk murid era
sekarang di mana kebanyakkan murid telah ada ilmu pengalaman sedia ada dan bersikap ingin
mencuba.
Page 3/6

Penulis Mesej Topik : Forum 3 : 3. Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan
bertaraf dunia. Bincangkan.

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :4
Pandangan : 11

Forum : Forum 3 _POSTED : 12 Dec 2011 10:32:37 AM Subjek : Re : Forum 3 : 3.


Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan.

Salam sejahtera,

saya bersetuju dengan pandangan yang di berikan dan saya ingin menambah untuk dikongsi
bersama. Untuk pendidikan rendah murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk ke arah
modal insan bertaraf dunia. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:

- penguasaan kemahiran asas iaitu membaca, menulis, mengira


- kemahiran menaakul, kreatif & inovatif
- kesedaran kesejahteraan diri ( fizikal & mental )
- percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni.
- jati diri & semangat patriotisme
- memahami & menghayati budaya nasional

Segala kemahiran yang di senaraikan telah diterap di dalam Kurikulum Standard (KSSR)
supaya semua hasrat FPK dapat dilaksanakan.

Topik : Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan.

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :5
Pandangan : 18

Forum : Forum 3 _POSTED : 12 Dec 2011 10:22:34 AM Subjek : Re : Kurikulum standard


ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan.

Salam sejahtera,

saya setuju dengan pandangan yang diberikan. Sememangnya KSSR sesuai dengan kehendak
membangunkan modal insan tambahan pula ia menepati kehendak dan hasrat FPK
.Kurikulum standard ini dapat melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada
kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan,
pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Topik : Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia.

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :1
Pandangan : 5

Forum : Forum 3 _POSTED : 12 Dec 2011 10:15:01 AM Subjek : Re : Kurikulum standard


ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia.

Salam sejahtera,

saya setuju dengan pandangan yang diberikan dan saya ingin berkongsi pandangan supaya
kita bersama dapat menambah pengetahuan. Transformasi yang dijalan sememangnya sesuai
dengan kehendak pendidikan sekarang. Dengan bermatlamat memastikan anak bangsa
Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi,
menerapkan nilai yang positif memberikan impak yang positif dalam sistem pendidikan.

Topik : Forum 3

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :1
Pandangan : 8

Forum : Forum 3 _POSTED : 12 Dec 2011 10:01:16 AM Subjek : Re : Forum 3

Salam sejahtera,

saya setuju dengan pandangan yang diberikan. Transformasi yang dilakukan dengan
mewujudkan Kurikulum Standard (KSSR) amat sesuai dengan perubahan global pendidikan
sekarang. Dasar KSSR ialah untuk membangunkan modal insan yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni sejajar dengan matlamat yang
ingin dikongsi dalam KSSR. Memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai
ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai-nilai murni.
Topik : Forum 3

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :2
Pandangan : 5

Forum : Forum 3 _POSTED : 12 Dec 2011 09:54:56 AM Subjek : Re : Forum 3

Salam sejahtera,

saya bersetuju dengan hujah tersebut. Dalam KSSR telah diwujudkan satu isi atau penerapan
iaitu EMK iaitu Elemen Merentas Kurikulum sebagai pesediaan murid untuk menghadapi
global pendidikan sekarang. EMK ini mewujudkan kebolehan individu untuk menghasilkan
atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif. Penghasilan
EMK iaitu:

kebolehan individu untuk menggunakan


daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif.
kebolehan individu untuk menghasilkan
idea yang tulen, asli atau baru.
hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau
memenuhi sesuatu keperluan.

Page 2/6
Penulis Mesej Topik : Forum 4 : 4. Guru sebagai arkitek bangsa

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :8
Pandangan : 24

Forum : Forum 4 _POSTED : 12 Dec 2011 03:38:27 PM Subjek : Re : Forum 4 : 4. Guru


sebagai arkitek bangsa

Salam 1 Malaysia,

saya setuju dengan pendapat yang telah diberikan. Seseorang yang berilmu pengetahuan
sering dipandang tinggi martabatnya.Ini kerana ilmu dapat mentransformasikan manusia
daripada bebal kepada cerdik, buta huruf kepada berpelajaran dan serba kekurangan kepada
sempurna, baik dalam kebendaan mahupun dalam kerohaniannya.dengan membawa
tanggungjawab yang besar iaitu guru sebagai arkitek bangsa maka segala amanat perlu di
galas. Semua guru memahami bahawa bangsa yang berjiwa besar, mempunyai wawasan
tinggi serta dapat meningkatkan martabat ke mercu kejayaan dan kecemerlangan adalah
bangsa yang berilmu pengetahuan, sentiasa mengejar ilmu yang digunakan sebagai alat yang
penting untuk kemajuan, sama ada bagi diri mahupun masyarakat dan negara. Inilah bangsa
yang perlu dipupuk dan diwujudkan oleh setiap guru.

Topik : Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :2
Pandangan : 6

Forum : Forum 4 _POSTED : 12 Dec 2011 03:22:10 PM Subjek : Re : Guru sebagai arkitek
bangsa. Hujahkan

Salam sejahtera,

saya setuju dengan pandangan yang telah diberikan. Sebagaimana yang kita telah ketahui,
pendidikan merupakan agen yang paling berpengaruh dalam usaha menggalakkan proses
perubahan mobiliti sosial. Di samping itu, pendidikan pula memainkan peranan yang penting
dalam usaha mengembangkan ekonomi dan menyebarkan kebudayaan masyarakat, mengawal
sistem sosial serta mempengaruhi perkembangan politik dan agama.

Maka, peranan guru dalam alaf baru ini, bukan sahaja sebagai penyebar ilmu, tetapi juga
sebagai penggerak masyarakat iaitu inovator dan pembina negara, di samping mewujudkan
hubungan interpersonal secara sewarjagat. Keadaan ini amat sesuai bagi seorang guru
dianggap arkitek bangsa.

Topik : Guru sebagai arkitek bangsa.

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :1
Pandangan : 4

Forum : Forum 4 _POSTED : 12 Dec 2011 11:41:30 AM Subjek : Re : Guru sebagai arkitek
bangsa.

Salam 1 Malaysia,

saya setuju dengan pandangan tersebut. Bukan mudah untuk menjadi seorang agen perubahan
atau erti kata lain sebagai arkitek bangsa. Tanggungjawab ini perlu di galas dengan ikhlas
bagi membentuk generasi yang baru. Guru sebagai penggerak pembelajaran dengan
membimbing murid-murid supaya mereka berusaha belajar mengikut strategi pengajaran yang
sesuai. Seorang guru perlu membaca buku secara meluas yang berkaitan dengan mata
pelajaran yang di ajar. Dengan cara ini dapat merancang dan melaksanakan strategi
pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif pelajaran secara maksimum.
Topik : Forum 4 : Guru sebagai arkitek bangsa

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :1
Pandangan : 7

Forum : Forum 4 _POSTED : 12 Dec 2011 11:31:36 AM Subjek : Re : Forum 4 : Guru


sebagai arkitek bangsa

Salam sejahtera,

saya setuju dengan pandangan yang diberikan dan saya ingin berkongsi pandangan. Dari
sudut pandangan saya di mana sahaja zaman manusia berada, seorang guru tetap memainkan
peranan penting dan boleh dianggap sbagai arkitek bangsa. Ini kerana guru adalah manusia
pertama yang memberikan didikan sepenuhnya kepada murid dan guru akan membentuk
setiap murid itu mengikut perdaran masa. Setiap perancangan untuk aktiviti P&P perlu
dilaksanakan dengan strategi yang sesuai. Ini sesuai dengan memenuhi keperluan dan cabaran
masa depan yang sering berubah serta meningkat dari semasa ke semasa.

Topik : FORUM 4

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :0
Pandangan : 0

Forum : Forum 4 _POSTED : 12 Dec 2011 11:22:11 AM Subjek : FORUM 4

Guru sebagai arkitek bangsa. Ayat ini besar maknanya dan membawa pengertian yang besar.
Pendidikan adalah proses dan aktivitiyang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang
individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman moden ini, guru adalah
dipertanggungjawab untuk memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan. Dalam masa
moden ini, kebudayaan masyarakat sentiasa mengalami perubahan. Pada masa kini sekolah
tidak hanya semata-mata memberi pendidikan dalam aspek mengekalkan kebudayaan tradisi
yang bersesuaian dengan kemajuan dan pembangunan masyarakat tetapi juga menyediakan
ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi dan menerima proses pembaharuan.

Sebagai guru yang dianggap arkitek bangsa maka sebagai agen perlu melakukan perubahan
dengan memodenkan masyarakat terutama murid zaman sekarang dalam semua bidang
perkembangan dan kemajuan. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai
kemasyarakatan dan proses pembaruan.
Page 1/6
Penulis Mesej Topik : Forum 5 : Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin
perkhidmatan yang cemerlang.

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :1
Pandangan : 7

Forum : Forum 5 _POSTED : 12 Dec 2011 11:26:42 PM Subjek : Re : Forum 5 : Peraturan-


peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang.

Salam sejahtera,

saya bersetuju dengan hujah tersebut. Penetapan peraturan- peraturan perkhidmatan keguruan
dapat mengawal tingkah laku penjawat awam. Mereka akan memikir setiap perkara
mempunyai landasan tertentu dan ini memudahkan melakukan setiap kerja kerana setiap
tugasa atau perbuatan ada peraturan untuk dijadikan penanda aras. Dengan adanya peraturan
juga setiap guru akan bersikap berwawasan, iaitu berpandangan jauh dan mempunyai visi,
terutama yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan, demi mencapai kecemerlangan
pendidikan negara dalam alaf baru.

Topik : Forum 5

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :1
Pandangan : 7

Forum : Forum 5 _POSTED : 12 Dec 2011 11:14:19 PM Subjek : Re : Forum 5

Salam 1 Malaysia,

saya setuju dengan pandangan tersebut. Saya ingin berkongsi dari sudut pandangan saya.
Nilai-nilai adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia menentukan hampr segala
corak kehidupan, sama ada dalam masa kini ataupun masa depan. Hampir segala keputusan
dan tindakan seseorang individu diambil berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan ke
atas kebolehan, potensi, pengetahuan, bakat, kepercayaan, kecekapan dan sikapnya.
Pertimbangan-pertimbangan ini dalah unsur-unsur persepsi ke atas nilai-nilai diri sendiri.
Melalui peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan maka segala nilai-nilai ini dapat
diwujudkan.
Topik : Forum 5

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :1
Pandangan : 5

Forum : Forum 5 _POSTED : 12 Dec 2011 11:04:41 PM Subjek : Re : Forum 5

Salam 1 Malaysia,

saya bersetuju dengan hujah yang diberikan. Secara amnya peraturan diwujudkan supaya
setiap tingkahlaku yang ingin dilakukan mempunyai had yang tertentu, ini memudahkan
semua pihak untuk menjadikan ia rujukan dalam kerjaya. Apabila sesorang guru mengikuti
peraturan yang telah ditetapkan secara tidak langsung guru tersebut telah bertindak menjadi
seorang yang berdisiplin. Jika di lihat kepada peranan seorang guru, ia perlu sebagai
pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid serta membantu mereka
membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat.

Topik : Forum 5

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :1
Pandangan : 5

Forum : Forum 5 _POSTED : 12 Dec 2011 10:31:18 PM Subjek : Re : Forum 5

Salam sejahter,

saya bersetuju dengan pendapat yang telah diberikan. Sememangnya lumrah sifat manusia
lupa dan lalai, dengan diwujudkan peraturan dalam perkhidmatan keguruan maka semua guru
dapat mengetahui dimana penanda aras dalam melaksana tugas bagi menjamin perkhidmatan
yang cemerlang. Apabila seseorang guru sentiasa menjadikan peraturan sebagai penanda aras
dalam menjalankan tugas secara tidak langsung guru tersebut telah menjalankan peranan
menjaga akauntabiliti terhadap negara, program pendidikan , pelajar dan ibu bapa dan
terhadap diri sendiri.
Topik : FORUM 5

D044462
Nor Faradzila Binti Abdullah

_REPLIES :0
Pandangan : 0

Forum : Forum 5 _POSTED : 12 Dec 2011 04:28:09 PM Subjek : FORUM 5

Peratururan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang.


Bincangkan.

Guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak. Guru memainkan peranan untuk
menyebarkan ilmu pengetahuan dan kebudayaan bangsa. Selain itu, guru merupakan pelita
kepada murid-muridnya. Jadi, guru haruslah mempunyai segala sifat dan kualiti yang murni
dan bernilai positif. Guru haruslah menyemai dan memupuk sifat dan kualitinya sendiri di
dalam usaha menjalankan tugasnya sesuai dengan seorang pendidik, pengasuh serta penyebar
ilmu pengetahuan dan kebudayaan negara. Hanya guru yang memiliki sifat dan kualiti yang
murni dan bernilai sahaja dapat menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab dengan
sempurna dan penuh dedikasi. Dengan adanya peraturan dalam perkhidmatan keguruan, ia
dapat dijadikan sebagai penanda aras untuk pengurusan dan kepimpinan dan tangungjawab
dapat dijalankan dengan cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai