Anda di halaman 1dari 39

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS

PEMARKAHAN 1. REFLEKSI 2. ESEI: (a) (b) 3. FORUM JUMLAH

EDU 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR


TAJUK

PORTFOLIO
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

KUMPULAN DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON

ISI KANDUNGAN

Halaman 1.0 REFLEKSI UNIT PEMBELAJARAN: 1.1 Perkembangan pendidikan di Malaysia ke arah pembangunan insan dan negara 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 1.10 2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Huraian dan penghayatan Falsafah Pendidikan Guru: Pemikiran dan amalan profesion keguruan Dasar-dasar dan halatuju pendidikan di Malaysia Perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia Kurikulum sebagai wahana menterjemahkan Falsafah Pendidikan kebangsaan Reka bentuk kurikulum di Malaysia Penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan Etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia Akta Pendidikan 1996

1-3 4-5 6-7 8-9 10-11 12-13 14-15 16-17 18-19 20-21

ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN 2.1 Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran. Rujukan

22-31

2.2

32-39 40

3.0

FORUM E-LEARNING 3.1 Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai? Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolahsekolah? Berikan hujah anda. Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan. Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan. Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Bincangkan. TAJUK PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

3.2 3.3 3.4 3.5

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Perkembangan pendidikan yang berlangsung di negara ini dapat membangunkan rakyat dari sudut pembangunan insan dan juga pembangunan negara. Pendidikan sebelum penjajahan Inggeris bercorak warisan turun temurun yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Pendidikan semasa penjajahan Inggeris pula bersifat kabur dan Inggeris telah memperkenalkan sekolah vernakular berasaskan etnik yang menggunakan bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru masing-masing. Semasa pendidikan era sebelum kemerdekaan para pemimpin tempatan telah memperkenalkan Penyata Razak 1956 yang telah dijadikan asas kepada Ordinan Pelajaran 1957. Semasa pendidikan era selepas kemerdekaan pula Penyata Rahman Talib diperkenalkan pada tahun 1960. Akta Pelajaran 1961 telah digubal berdasarkan Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960. Semasa itu Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. Ia berlangsung sejak dari zaman dahulu lagi dan kesinambungan hingga sekarang. Implikasi daripada laporan tersebut ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Seterusnya, Falsafah Pendidikan diperkenalkan dan ia menjadi nadi kepada pelaksanaan pendidikan kebangsaan iaitu sebagai dasar, hala tuju dan panduan kepada segala usaha dalam sistem pendidikan. Walau bagaimanapun dengan cabaran yang berubah selaras dengan peredaran zaman, pendidikan terus mengalami perkembangan. Fungsi pendidikan juga terus berubah. Kini ia dilihat sebagai asas untuk kelangsungan sesuatu pembangunan. Antara lain pendidikan yang berlangsung adalah untuk pembangunan insan dan pembangunan negara. Pembangunan insan perlu terlebih dahulu berlangsung sebelum pembangunan yang lain termasuk pembangunan negara dapat dilakukan.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Sekolah 1. Sekolah Vernakular vernakular Penjelasan merujuk kepada

sekolah

yang

menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (pengajaran dan pembelajaran) di sekolah.

Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil. Sekolah pondok adalah satu satu sistem pendidikan tradisional 2. Sekolah Pondok berfokuskan Islam dan biasanya mempunyai asrama. Sistem pondok yang diamalkan ini tiada had usia dan tidak mengira latar belakang sesiapa dan sesiapa sahaja boleh datang pada bila-bila masa untuk menuntut ilmu, meliputi semua ilmu 3. Pendidikan Tradisional 4. KBSR KBSM 5. akhirat. Reaksi dari perkembangan sosial yang cepat dan tidak mampu dihadapi, sehingga nilai-nilai tradisional dianggap KB, perlu dan dibangkitkan kembali. KBSR : membolehkan

pelajar

menguasai

mengembangkan bakat serta kreativiti. KBSM : mengembang dan meningkatkan daya intelek, serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif. Pemikiran kreatif dan Kreatif : kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk kritis menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. Kritis : kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang perkembangan pendidikan di Malaysia dari era sebelum penjajahan Inggeris hingga era selepas kemerdekaan seterusnya ke era milenium. Ramai tokoh-tokoh negara menyatakan perubahan pendidikan yang telah berlaku mengikut masa tertentu. Hal ini membantu warga pendidik bagi mengikuti suatu sistem yang teratur dalam pendidikan. FPK juga merupakan

salah satu perkara yang penting yang membantu saya melaksanakan tugasan saya dengan sempurna. Ia merupakan sebagai panduan kepada guru-guru. Walaubagaimanapun saya mendapat banyak manfaat dari masa ke semasa dan dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lancar.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 2 TAJUK FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) : HURAIAN DAN PENGHAYATAN

1.

Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini mengandungi beberapa bahagian yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK). Falsafah pendidikan merupakan hala tuju atau panduan terhadap perkara-perkara yang berhubungkait dengan pendidikan. Dalam berfalsafah ketajaman akal, kemantapan ilmu dan keteguhan nilai dapat memberi penjelasan mengenai sesuatu perkara secara bijaksana. FPK menggambarkan hasrat negara untuk menghasilkan warganegara yang baik iaitu insan yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, sejahtera diri. FPK menjadi asas landasan atau teras kepada sistem pendidikan kebangsaan. Semua program dan aktiviti pendidikan ialah terbitan daripada prinsip dan nilai yang terdapat dalam FPK. FPK yang ideal diikuti dengan kurikulum yang mantap dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah rumusan kearah kecemerlangan pendidikan seterusnya mampu mengangkat taraf pendidikan negara ke persada antarabangsa. Akhir kata, proses pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Dimensi intrinsik Penjelasan Dimensi intrinsik adalah alat semantik yang merupakan elemen untuk 2. 3. Falsafah Logik menjadi rujukan pada elemen yang lain. Falsafah bermaksud suatu usaha yang dilakukan untuk mencari kebenaran dengan menggunakan kebijaksanaan. Bidang falsafah yan berkaitan dengan penaakulan manusia yang membolehkan seseorang bertindak dengan alasan yang 4. Etika boleh diterima dan tidaklah bertindak sesuka hati. Etika adalah suatu cabang falsafah tentang pandangan dan persoalan dalam bidang moral yang merupakan suatu penyelidikan falsafah tentang kewajipan manusia serta tentang 5. Keterampilan yang baik dan yang buruk. Komponen keterampilan diri termasuk penampilan secara fizikal, pandangan diri terhadap diri sendiri dan pandangan orang lain terhadap diri dan perasaan harga diri serta keyakinan diri.

1.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang FPK. Falsafah Pendidikan adalah membincangkan persoalan tentang pemilihan ilmu, sumber serta kaedah memperolehinya. Dalam kurikulum yang dibentuk, banyak memperlihat tentang bagaimana untuk mencapai tahap keilmuaan melalui proses pembelajaran bersepadu, memilih dan mencari sumber yang mutlak dengan menggunakan pendekatan yang rasional atau kaedah yang bersesuaian. Sejajar dengan perubahan paradigma bidang pendidikan dan cabaran yang bertalu-talu, keadaan memerlukan kita merenung kembali kepada falsafah pendidikan ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 3 TAJUK FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG): PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Melalui unit ini kita dapat tahu bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsan (FPK) adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di samping itu, Falsafah Pendidikan Guru dapat membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh

mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan. Standard Guru Malaysia pula menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. Konsep Falsafah Pendidikan Perkembangan Guru (FPG) 2. Standard Malaysia (SGM) 3. 4. 5. Perguruan Keguruan Model (MKPG) Konseptual Guru jasmani. Suatu Penjelasan intelek individu

1.

daya

diberi

penekanan

bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan piawaian yang menggariskan kompetensi

professional yang patut dicapai oleh guru Malaysia. Proses menyediakan guru. Bermaksud keadaan alam pekerjaan guru itu sendiri. Pengetahuan: berkaitan dgn perkembangan dan

Pendidikan Guru

kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Kemahiran: kemahiran ikhtisas yg merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran bertujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Nilai: merujuk kpd amalan nilai-nilai murni, pelakuan guru yg penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kpd etika profesin keguruan.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini telah banyak memberi pendedahan kepada saya tentang perwatakan dan ciri-ciri seorang guru yang profesional yang perlu ada pada seseorang guru. Hal ini merupakan suatu perkara yang memberi manfaat kepada saya untuk bertanggungjawab terhadap pelajar, ibubapa, masyarakat dan negara serta rakan sejawat dan profesion keguruan.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 4 TAJUK DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA

1.

Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini terdiri daripada 3 bahagian yang berkaitan dengan dasar-dasar dan hala tuju pendidikan di Malaysia. Bahagian pertama menjelaskan tentang dasar-dasar berkaitan kebajikan, kawalan, inovasi dan solusi dalam pendidikan. Bahagian kedua pula membincangkan mengenai hala tuju pendidikan yang dirancang oleh kerajaan bagi mencapai matlamatnya. Bahagian ketiga adalah menetapkan dasar-dasar dalam perkembangan pendidikanya. Antara dasar-dasarnya ialah pengekalan warisan dalam pendidikan tradisional melayu, dasar peminggiran pendidikan, dasar polarisasi pendidikan, dasar reformasi pendidikan, dasar inovatif pendidikan, dasar liberalisasi pendidikan dan dasar globalisasi pendidikan. Pendidikan sememangnya dapat menampung keperluan-

keperluan negara buat masa ini dengan apa yang dirancangkan terlebih dahulu berdasarkan dasar-dasaryang ditentukan oleh kerajaan. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. Penjelasan Tujuan utama dasar-dasar kawalan dibentuk adalah untuk pencegahan, pengajaran dan peringatan. Hukuman berat. Penjara atau denda atau kedua-duanya. Solusi adalah penyelesaian masalah. Bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul. Apabila keputusan yang dibuat salah maka system juga menjadi salah dan hasilnya juga tersasar. Oleh itu dasardasar solusi dalam pendidikan mensejajarkan semula hala tuju, pelaksanaan dan perancangan yang dibuat 3. Dasar-Dasar Kebajikan Dalam Pendidikan. dalam bidang pendidikan. Berkhidmat itu merupakan suatu kebajikan. Pendidikan merupakan hak asasi kanak-kanak kerana pendidikan merupakan agen perubahan dan sosialisasi. Menerusi pendidikan Dasar ini berkaitan dengan usaha memperbaiki 4. 5. Dasar-Dasar Inovasi Dalam Pendidikan. Dasar Globalisasi Pendidikan (2000 2020) kebajikan & perkhidmatan dalam pendidikan. Bertujuan membawa pembaharuan dalam masyarakat menerusi pendidikan. Bertujuan melahirkan warganegara kelas pertama dan memacu kemajuan negara ke arah 2020. Malaysia berusaha untuk bersaing pada peringkat global untuk menjadi hab pendidikan sedunia. Sekolah-sekolah dijenamakan semula dalam beberapa kategori seperti sekolah bestari dan sekolah berprestasi tinggi. IPT dikelaskan mengikut kepakaran dan kebolehsaingan pada peringkat dunia. 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks

1.

Konsep Dasar-Dasar Kawalan Dalam Pendidikan.

2.

Dasar-Dasar Solusi Dalam Pendidikan

profesionalisme keguruan anda.

Pada pandangan saya, dasar-dasar ini dilaksanakan untuk memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan penguatkuasa pemikiran minda kanak-kanak.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 5 TAJUK RANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini mengandungi 2 bahagian yang berkaitan dengan pembangunan pendidikan negara ini. Dalam bahagian pertama ia lebih fokus kepada rancangan pembangunan pendidikan yang telah lama dirancangkan untuk membangunkan sistem pendidikan yang stabil. Beberapa jawatankuasa ditubuhkan bagi memastikan bahawa sistem pendidikan negara ini dijalankan dengan lancar dan bermanfaat kepada rakyat Malaysia. Bahagian dua pula membincangkan tentang Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua lapisan masyarakat. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Rancangan Malaysia Penjelasan Rancangan pembangunan negara lima tahun yang bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama (RM1) pada tahun 1966

1.

1.

hingga 1970. 2. Penyata Razak 1956

Cadangan-cadangan yang dibuat oleh satu jawatankuasa


oleh kerajaan Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia.

Mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah


Kebangsaan (SRK) Kebangsaan(SRJK) dan Sekolah serta Rendah Jenis menggunakan Bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar bagi SRK. Mencadangkan satu sistem pendidikan menengah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 3. Jawatankuasa Rahman Talib (1960)

Laporan

jawatankuasa

ini

menjadi

asas

kepada

penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan

4.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20062010

percuma untuk semua pelajar. Untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. Menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada persekolahan disebabkan kemiskinan. Terdapat enam teras strategik yang telah dikenali pasti oleh KPM untuk memperkukuh sistem pendidikan negara.

5.

Teras Strategik PIPP

3.

Pandangan/

komentar

anda

tentang

kandungan

unit

ini

dalam

konteks

profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit telah banyak memberi pendedahan tentang rancangan-rancangan bagi membangunkan sistem pendidikan di negara ini. Pada pandangan saya, dirangka untuk melaksana dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. Seseorang kanak-kanak yang memasuki Tahun Satu pada 2005 akan

melalui sisitem pendidikan kebangsaan selama 11 tahun, setahun di matrikulasi, empat tahun di institusi pengajian tinggi dan akhirnya akan keluar ke alam pekerjaan tahun 2020. Kelompok itulah yang akan menjadi tenaga kerja, warga negara dan pemimpin pada masa itu.

UNIT 6

TAJUK Kurikulum sebagai wahana menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.

Ringkasan Isi Kandungan Unit


Unit ini mengandungi 3 bahagian yang berkaitan dengan kurikulum. Dalam bahagian pertama memberi fokus kepada pengertian kurikulum. Beberapa definisi kurikulum telah dikemukakan oleh tokoh dan agensi di Malaysia yang mempunyai tafsiran yang berbeza. Bagi guru, kurikulum dimengertikan sebagai matapelajaran ayang diajar berpandukan Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Tahunan yang berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian. Seterusnya membincangkan tentang jenis kurikulum dalam Sistem Pendidikan di Malaysia iaitu kurikulum formal dan kurikulum tidak formal. Di sini juga membincangkan tentang sebab pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan, struktur dan prinsip kurikulum kebangsaan serta peranan Kurikulum Kebangsaan dalam Menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di bahagian ketiga pula memberi fokus pada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ke arah Menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di bahagian ini juga membincang tentang faktorfaktor yang perlu dipertimbangkan dalam usaha melaksanakan transformasi ini. Cara pelaksanaan KSSR dan pentaksiran juga disebut dalam bahagian ini. Sistem pentaksiran baru ini merangkumi pencapaian murid-murid secara total dan holistik.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya 1. Konsep Kurikulum Penjelasan Perlu mempunyai elemen-elemen seperti Rancangan Pendidikan, mengandungi matlamat dan objektif,menyeneraikan kandungan,topik atau pengalaman pengajaran,menentukan kaedah dan aktiviti serta menetapkan kaedah dan instrument yang perlu untuk menilai pencapaian 2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 3. Kurikulum Formal matlamat dan objektif. Suatu panduan dan hala tuju sistem pendidikan sesebuah negara. Kurikulum bertulis yang dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk dokumen untuk digunakan sebagai asas pengajaran 4. Kurikulum tidak formal 5. Kurikulum Standard dan pembelajaran bagi sesuatu kursus atau program pengajian. Bahan atau aspek pembelajaran yang didapati daripada pergaulan atau saling tindak antara pelajar dengan rakan sebayanya secara tidak tersurat. Kurikulum yang direka bentuk untuk menghasilkan pemahaman dan prestasi pelajar yang memperlihatkan pencapaian standard tertentu. 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang kurikulum, ciri-ciri kurikulum dan pelaksanaan kurikulum dalam menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap individu perlu memahami kurikulum kebangsaan untuk mengelakkan kekeliruan. Hal ini merupakan suatu perkara yang memberi manfaat kepada saya untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kurikulum kebangsaan kita. Walaubagaimanapun terdapat juga kelemahan atau kekurangan di dalamnya seperti banyak takrifan diberi untuk kurikulum dan ia mengelirukan saya. Oleh itu, saya mencadangkan supaya satu takrifan yang tepat tentang kurikulum kebangsaan diberikan.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 7 TAJUK Reka bentuk kurikulum di Malaysia

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini mempunyai empat bahagian yang berkaitan dengan reka bentuk atau corak kurikulum di Malaysia. Dalam bahagian pertama memberi fokus kepada peranan guru atau pendidik dalam perkembangan kurikulum kebangsaan. Guru sebagai pendidik memainkan peranan sebagai perancang,pelaksana dan penilai. Dalam bahagian seterusnya membincangkan tentang perkembangan kurikulum yang melibatkan proses utama seperti perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Di bahagian ketiga pula, membincangkan tentang pengaruh perspektif terhadap ilmu dalam reka bentuk kurikulum. Secara umum terdapat dua perspektif terhadap ilmu iaitu perspektif objektivis yang melihat ilmu sebagai satu produk dan guru adalah penyampainya manakala perspektif kontruktivis yang melihat ilmu sebagai satu proses pembinaan dan guru adalah pemudahcaranya. Pelbagai teori pembelajaran telah dibincangkan dalam bahagian ini seperti Teori Behaviorisme, Teori Sibernetik dan Teori Kognitivisme. Seterusnya Perbandingan amalan dalam teori pembelajaran behavioris,kognitivis dan humanis dibincangkan. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya 1. Konsep Reka bentuk kurikulum Penjelasan Penyusunan kesemua elemen dan komponen penting dalam kurikulum untuk dijadikan sebagai satu entiti yang sah dan

mempunyai isi. 2. 3. Humanis Kontruktivisme Perkembangan keperibadian seseorang individu. Teori Konstruktivisme ditakrifkan sebagai pembelajaran yang bersifat generatif, iaitu tindakan mencipta sesuatu maksud daripada apa yang mereka pelajari. Konstruktivisme sebenarnya bukan merupakan idea yang baru, apa yang dilalui dalam kehidupan kita selama ini merupakan himpunan dan pembinaan pengalaman demi pengalaman . Ini menyebabkan seseorang itu mempunyai pengetahuan dan menjadi lebih 4. Behaviourisme dinamik. Teori behaviourisme menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila tindakan dilakukan secara berulang dan menjadi kebiasaan. Teori ini berfokus kepada kehendak diri sendiri dan tingkah laku yang disengajakan. Tingkah laku yang 5. Sibernetik berulang itu dapat dikekalkan dengan peneguhan. Kajian yang berkaitan dengan kawalan dan komunikasi pada sistem elektronik yang kompleks, serta pada sistem saraf dan otak.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Kandungan unit ini memberi pendedahan kepada saya tentang corak kurikulum di Malaysia yang perlu diketahui oleh setiap warga pendidik. Saya dapat mengetahui peranan saya sebagai guru dalam perkembangan kurikulum kebangsaan. Ia memberi manfaat kepada saya untuk melaksanakanpengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah atau teori pengajaran tertentu.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 8 TAJUK Penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit


Unit ini terdiri daripada 3 bahagian yang berkaitan dengan penterjemahan dan pentaksiran terhadap kurikulum dan matlamat pendidikan. Di dalam bahagian pertama dihuraikan tentang kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah. Di bahagian ini juga membincangkan tentang peranan dan konsep penterjemahan kurikulum yang terdiri daripada 4 komponen yang berantai. Seterusnya membincangkan tentang matlamat dan objektif kurikulum yang terdiri daripada domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.Di sini juga dijelaskan tentang cara dan kriteria menulis objektif / hasil pembelajaran yang betul. Di bahagian ketiga pula dihuraikan tentang sukatan pelajaran dan rancangan pengajaran tahunan serta fungsi jadual spesifikasi kandungan dalam konteks pelaksanaan kurikulum di bilik darjah. Penglibatan guru adalah amat penting sebagai perancang dan pelaksana kurikulum di bilik darjah. Di bahagian ini juga membincangkan tentang kepentingan guru menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) dan perkaitan antara penulisan RPH dengan pembelajaran murid. Penulisan RPH yang baik dapat memaksimumkan keupayaan murid untuk mencapai objektif pembelajaran.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya 1. Konsep Sukatan Pelajaran Penjelasan Memberikan gambaran menyeluruh tentang pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran yang merangkumi matlamat, objektif, kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, 2. Huraian Sukatan Pelajaran pengisian kurikulum, pedagogi dan penilaian. Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita

murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaranyang merangkumi 3. 4. Jadual Spesifikasi Kandungan Rancangan Pengajaran Harian 5. Objektif pembelajaran pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Jadual spesifikasi grid dua hala yang mengandungi aras kognitif dan isi kandungan yang diajar Rancangan pengajaran ialah rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Objektif pembelajaran adalah suatu pernyataan yang menjelaskan hasil/produk pembelajaran yang diharapkan dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar pada akhir unit suatu pelajaran. Hasil/produk pembelajaran ini perlu dapat diukur atau dilihat untuk dijadikan sebagai suatu bukti objektif pembelajarn berlaku pada pelajar-pelajar.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Kandungan unir ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang kepentingan kurikulum sekolah, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, rancangan pengajaran harian dan jadual spesifikasi kandungan. Kandungan unit ini memberikan manfaat kepada saya sebagai guru.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 9 TAJUK Kod Etika Perguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan kod etika keguruan dan peratuaran peraturan pendidikan di Malaysia. Dalam bahagian pertama dihuraian dengan terperinci tentang ciri-ciri guru yang berprofesional dan nilai nilai utama yang perlu ada pada guru sebagai penjawat awam. Seterusnya membincangkan tentang etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia yang perlu dihayati dan dilaksanakan oleh setiap guru. Terdapat 22 senarai kod etika keguruan yang perlu diketahui dan dipatuhi oleh semua guru. Di sini juga dihuraikan tentang tatasusila profesion keguruan Malaysia dan kepentingan kod etika profesion keguruan. Di bahagian kedua pula membincangkan tentang akauntabiliti keguruan iaitu tanggungjawab guru terhadap pelajar, sekolah, masyarakat dan negara, profesion keguruan dan diri sendiri. Guru harus memahami prinsip akauntabiliti dan hayati sepenuhnya. Seterusnya membincangkan tentang peraturan dalam pendidikan . Di sini dihuraikan tentang peraturan-peraturan pegawai awam yang perlu dipatuhi dan tidak patut dipatuh dan rasional pelaksanaan tindakan tatatertib.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya 1. Konsep Etika keguruan Penjelasan Satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. 2. 3. Akauntabiliti keguruan Tonggak Dua Belas Tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan Nilai-nilai murni dalam Etika Kerja Perkhidmatan Awam amat perlu dihayati dan ditafsirkan nilai-nilai terkandung dalam 4. 5. Profesionalisme keguruan Peraturan Pegawai Awam Tonggak Dua Belas. Satu set ciri; pengetahuan, kepakaran, sikap, dan nilai dalam sesuatu profesion. Untuk menjaga imej dan membaiki tingkahlaku serta menjadi panduan dan pengajaran kepada orang lain.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini memberikan manfaat kepada saya.Ia banyak memberi pendedahan kepada saya tentang profesion keguruan. Saya dapat mengetahui tentang ciri-ciri guru yang berprofesional. Saya memahami dan akan mematuhi kod etika keguruan. Unit ini memberi kesedaran kepada saya tentang tanggungjawab saya sebagai guru kepada murid, sekolah, ibu bapa, masyarakat dan negara.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 10 1. TAJUK Akta Pendidikan 1996 Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini terdiri daripada 3 bahagian berkaitan dengan Akta Pendidikan 1996. Dalam bahagian pertama memberi fokus kepada pembentukan Akta Pendidikan 1996. Di bahagian kedua pula dihuraikan tentang kandungan Akta Pendidikan 1996. Di bahagian ketiga disebut tentang implikasi atau kesan Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 memastikan perkembangan pendidikan di Malaysia yang dinamik. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya 1. Konsep Akta Pendidikan 1996 Penjelasan Satu undang-undang baru tentang pendidikan bagi melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2. 3. 4. Bahasa Kebangsaan Wawasan 2020 Pendidikan prasekolah Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara. Matlamat negara untuk menjadi sebuah negara maju dalam semua bidang Satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah 5. Pendidikan Rendah formal. Pendidikan peringkat awal yang bertujuan untuk mengenalkan pelajar kepada asas membaca, mengira dan menulis. 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini memberi pendedahan kepada saya tentang Akta Pendidikan 1996. Saya dapat mengetahui tentang kandungan Akta Pendidikan 1996 dengan lebih mendalam. Saya juga dapat memahami implikasi Akta ini. Walau bagaimanapun terdapat kelemahan di dalamnya. Saya cadangkan perbandingan antara Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, Laporan rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996 ditunjukkan supaya boleh mengetahui kelebihan Akta Pendidikan 1996.

UNIT 10 : AKTA PENDIDIKAN 1996 2.0 PENGENALAN

Bermula daripada Penyata Razak perkembangan pendidikan di Malaysia menjadi semakin pantas. Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara kearah pembangunan. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah tetapi juga sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan kaum. Walaubagaimanapun, setelah 54 tahun mencapai kemerdekaan, masyarakat Malaysia masih lagi tidak menunjukkan hubungan perpaduan yang kukuh. Masyarakat Malaysia masih terpisah melalui sistem persekolahan mengikut kaum, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Maka, pihak kerajaan mengambil serius dalam memastikan isu-isu pendidikan dikawal dengan sebaiknya supaya hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa tidak tergugat. Akta Pendidikan 1996 memastikan perkembangan pendidikan yang dinamik.

a) Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap

isi kandungan unit tersebut

memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan? 2.1 PENDAHULUAN

Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550. Akta Pendidikan 1996 telah mengemukakan satu undang-undang baru tentang pendidikan bagi maksud melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta Pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan Akta Pendidikan 1996 untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan. Sudah pasti Akta Pendidikan 1996 memberi impak terhadap perkembangan professionalisme keguruan. Di samping itu, ada juga cabaran-cabaran yang ditempuhi oleh akta ini.

2.1.1 KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996 Tujuan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk membentuk sistem pendidikan ke arah yang lebih baik.Sebelum Akta Pendidikan 1996 terdapat beberapa penyata pendidikan seperti penyata Razak dan Penyata Rahman Talib. Dalam setiap penyata yang digubal

masih ada lagi kelemahan dari segi beberapa perkara yang dihadapi dalam suasana semasa dan dalam kehidupan masyarakat yang berbilang bangsa. Maka, Akta Pendidikan 1996 diperkenalkan untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam penyata pendidikan sebelum ini. Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Kedudukan Bahasa Melayu diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa melayu sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan. Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah selaras dengan kehendak negara

apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak. Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita. Pendidikan Islam diperluaskan untuk meliputi murid-murid islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah. Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika, maka dari keluarga yang kurang berada di bandar-bandar, akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah. Mutu Program pendidikan di semua tadika juga dapat dipertingkatkan kerana tadikatadika ini diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartaraf menjadi sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk

mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri. Pendidikan guru diperkukuhkan lagi dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar. Pendidikan swasta berkembang secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni. Pendidikan khas diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut. Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di samping itu, Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan. Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas-kelas agama seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 telah menggariskan beberapa perkara. Antaranya ialah mengutamakan ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan merupakan penentu utama arah tuju negara dan penyelamat bangsa. Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang bersaing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat. Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.Menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia. Dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan

kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Sistem Pendidikan Kebangsaan terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi. Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar. Ada tiga kategori institusi pendidikan iaitu institusi pendidikan kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta.Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu. Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah.Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.

2.1.2 IMPAK AKTA PENDIDIKAN 1996 TERHADAP PROFESIONALISME KEGURUAN a) Pendidikan Prasekolah Buat pertama kalinya pendidikan prasekolah telah mendapat pengiktirafan dalam sejarah pendidikan negara.Pada tahun 1992 hanya 1,131 buah sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang menawarkan pendidikan prasekolah.Angka ini telah bertambah menjadi 3,287 pada tahun 2005.Enrolmen telah bertambah daripada 26,000 (1992) kepada 93,376 (2005). Angka ini tidak termasuk dengan bilangan kelas yang disediakan oleh KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Agama Islam Negeri, ABIM dan pihak swasta.Yang pasti terdapat peningkatan yang mendadak dari aspek penawaran tempat dan enrolmen bagi pendidikan prasekolah. Pada tahun 2003, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah dan harus diikuti oleh semua prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan swasta.Strategi yang digunapakai oleh KPM ialah memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan perkara ini berjalan dengan baik.Di samping itu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa menyediakan kemudahan latihan untuk keperluan guru prasekolah.Bahkan pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia telah memulakan langkah dengan memberikan kursus-kursus latihan kepada guruguru prasekolah bukan kerajaan. Pendidikan Prasekolah memberikan impak yang besar kepada sistem pendidikan Malaysia. Kanak-kanak berumur enam tahun telah didedahkan dengan alam persekolahan. Melalui kurikulum Prasekolah, kanak-kanak telah diajar mengenai pendidikan awal bagi membiasakn diri dengan alm persekolahan.Melalui sukatan Prasekolah kanak-kanak diajar bagimana untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya. Kanak-kanak telah diajar untuk berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa yang mudah bagi membolehkan kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan rakan sebaya apabila berada dalm situasi sekolah rendah pad umur tujuh tahun. Kanak-kanak juga dengan asas-asas agama seperti doa-doa harian yang melibatkan aktiviti harian seperti doa makan, doa masuk tandas, doa masuk dan keluar tandas. Kanak-kanak juga diajar asas membaca al -Quran.Segala persiapan yang diajar di prasekolah adalah sebagai asas bagi kanak-kanak menempuh alam persekolahan semasa berada di sekolah rendah. b) Pendidikan Rendah Akta Pendidikan 1996 telah juga memperuntukkan pendidikan wajib bagi pendidikan rendah kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur enam tahun.Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan dasar ini secara berperingkat-peringkat mulai Tahun 1 pada 1 Januari 2003. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah melakukan berbagai-bagai perkara untuk memastikan kadar penyertaan murid pada peringkat sekolah rendah semakin baik. Antaranya ialah : i) Mempertingkatkan program orientasi alam persekolahan

Program orientasi persekolahan dimasukkan dalam sukatan pelajaran diperingkat awal pendidikan rendah iaitu semasa murid berada ditahun satu.Sukatan berkaitan orientasi alam persekolahan digubal khas untuk kanak-kanak bagi menghadapi situasi alam persekolahan diperingkat awal persekolahan.Pendedahan mengenai hubungan murid dengan rakan sebaya dan bagaimana menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran sekolah dan bilik darjah.Orientasi alam persekolahan berlaku untuk minggu awal persekolahan bagi membiasakan diri kepada kanak-kanak. Program ini memberikan hasil yang baik di mana murid-murid lebih bersedia untuk belajar kerana masalah tidak membiasakan diri dengan sekolah dan rakan sebaya telah dapat diatasi di peringkat awal persekolahan.

ii)

Mengatasi masalah keciciran pada peringkat pendidikan rendah

Bagi mengatasi masalah keciciran diperingkat pendidikan rendah, Kurikulum sekolah telah digubal bersesuaian dengan kemampuan kanak-kanak bagi semua mata pelajaran.Semua kurikulum sekolah rendah terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Falsafah Pendidikan Kebangsaaan menekankan mengenai pendidikan yang berterusan bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan berakhlak warganegara Malaysia yang dan berilmu pengetahuan, mencapai berketrampilan, mulia, bertanggungjawab berkeupayaan

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.Menjadi harapan negara agar setiap individu dapat memberikan sumbangan kepada negara melalui modal insan yang mampu membangunkan negara. iii) Meningkatkan kadar penyertaan murid orang asli dan kumpulan etnik di pedalaman Sabah dan Sarawak Pendidikan adalah untuk semua kaum yang ada ada di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.Orang asli yang ada di Malaysia masih lagi kurang kesedaran betapa pentingnya pelajarn bagi mereka.Ramai dikalangan orang asli di Malaysia tidak bersekolah kerana mereka lebih suka mencari pendapatn untuk menyara kehidupan mereka berbanding dengan pelajaran.Buktinya orang asli tadak ada yang bekerja di kementerian atau sektor swasta, ini kerana mereka tidak ada kelulusan dari segi sijil pelajaran. Untuk menggalakan orang asli memasuki alm persekolahan , kerajaan telah mengalbil langkah yang sewajarnya dengan membina sekolah-sekolah di penempatan orang asli dengan tenaga pengajarnya dihantar dari bandar dari kalangan guru-guru lepasan maktab. Guru-guru sanggup mengajar dipenempatan orang asli demi kemajuan pendidikan orang asli walaupun terpaksa menanggung berbagai-bagai kesusahan dan kepayahan.Guru-guru sanggup dihantar ke Sabah dan Sarawak demi mendidik anak bangsa untuk mencapai hasrat kerajan dalam pendidikan.Hasilnya ramai arang asli yang belajar di sekolah yang dibina dipenemaptan orang asli dan ramai diantara mereka mampu melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi dan mampu menjawat jawatan yang lebih tinggi di sektor kerajaan dan swasta. Ini adalah kerana keprihatinan kerajaan bagi memajukan orang asli dalam bidang pendidikan iv) Melaksanakan pendidikan wajib dari Tahun 1 hingga Tahun 6

Kerajaan telah melaksanakan undang-undang pendidikan wajib dari tahun 1 hingga tahun 6. Bagi ibu bapa yang tidak menghantar anak kessolah akn didenda sehingga RM5000 kerana mengabaikan hak anak-anak mereka. Bagi ibu bapa yang tidak mampu untuk membiayai perekolahan ank-anak mereka, bantuan telah diberikan kepada murid miskin dalam bentuk KWAPM. Tidak ada alasan bagi ibu bapa melarng ank-ank mereka untuk kesekolah dan belajar sebagaimana murid-murid lain. Hasil nya tidak ada murid yang tercicir dan tidak mampu untuk meneruskan pelajaran mereka.Semua Ibu bapa sanggup menghantar ank mereka kesekolah kerajaan mahupun swasta.Kita tidak dengar ada dikalangan kanak-kanak yang berada di rumah kerana tidak besekolah kerana tidak mampu.Semua ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

c) Peruntukan Kuasa Menteri Pelajaran Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan kuasa yang cukup besar kepada Menteri Pelajaran. Boleh dikatakan kuasa Menteri telah dinyatakan dengan jelas dalam setiap aspek/bahagian dalam Akta Pendidikan 1996 yang merangkumi Pentadbiran (Bahagian ll), Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (Bahagian lll), Sistem Pendidikan Kebangsaan (Bahagian lV), Penilaian Dan Peperiksaan (Bahagian V), Pendidikan Tinggi (Bahagian Vl), Institusi Pendidikan Swasta (Bahagian Vll), Pendaftaran Institusi Pendidikan (Bahagian Vlll), Pendaftaran Guru (Bahagian lX), Jemaah Nazir Sekolah (Bahagian X), Kewangan (Bahagian Xl), Rayuan (Bahagian Xll), Peraturan-peraturan (Bahagian Xlll), Pelbagai (Bahagian XV), dan Peralihan Dan Pemansuhan (Bahagian XVl). Dalam setiap bahagian tersebut, Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan kuasa yang cukup jelas kepada Menteri untuk melakukan sebarang tindakan yang difikirkan perlu dan patut untuk memastikan pelaksanaan dan perkembangan pendidikan yang sihat di Malaysia. Namun demikian, terdapat beberapa perkara yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 yang mungkin menimbulkan kekeliruan dan perlu diberi penelitian semula. Dalam Bahagian XlV iaitu Kesalahan Dan Penalti, Seksyen 136 (Kuasa untuk menyiasat), Seksyen 137 (Kuasa untuk masuk tanpa waran) dan Seksyen 138 (Memulakan dan menjalankan pendakwaan) menyatakan seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh melibatkan diri dalam ketiga-tiga perkara (Seksyen 136, 137 dan 138). Kebenaran yang diberikan kepada seorang pegawai Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar polis yang berpangkat tidak rendah daripada seorang Inspektor untuk melakukan penyiasatan dalam mana-mana institusi pendidikan seolah-olah merendah-rendahkan martabat sesebuah institusi pendidikan itu sendiri. Kehadiran seorang pegawai polis

bertujuan untuk menggelidah sebarang premis pendidikan tanpa waran menunjukkan seolah-olah autoriti premis pendidikan tidak diberikan pengiktirafan yang sewajarnya.Tambahan pula tindakan ini semacam satu bentuk kekerasan. Usaha pemertabatkan bahasa Kebangsaan melalui sistem pendidikan sebagaimana yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 agak mengelirukan. Dalam Akta Pendidikan 1996, Bahagian l (Permulaan), Seksyen 2 menafsirkan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa Melayu sebagaimana yang ditentukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 17 (1) menyatakan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Namun demikian terdapat pengecualian yang diberikan kepada sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Sekyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri. Begitu juga penggunaan bahasa pengantar selain daripada bahasa Kebangsaan diberikan kepada tadika (Seksyen 23). Penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar oleh kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia, selain daripada bahasa Kebangsaan dinyatakan dengan jelas penggunaannya dalam Akta Pendidikan 1996. Namun dalam penggunaan bahasa lain, dalam Seksyen 1, Akta Pendidikan 1996 hanya menyebut: bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis atau mana-mana bahasa asing lain boleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian Hal ini kelihatan agak janggal kerana sebarang institusi yang menawarkan pengajian Islam pasti akan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar kerana itu adalah bahasa Al Quran. Tambahan pula Islam adalah agama rasmi di negara ini.

2.2 CABARAN-CABARAN AKTA PENDIDIKAN 1996 Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia

Usaha kerajaan untuk mewujudkan sistem amaran konflik perkauman sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman. Sebaliknya kita perlu sedar bahawa perpaduan kaum adalah penting dalam menentukan pendidikan yang cemerlang. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama kita. Masalah perpaduan kaum telah menjadi masalah utama dalam melaksanakan akta pendidikan 1996. Tujuan utama akta pendidikan ialah untuk penyatuan kaum melalui pendidikan. Apa yang berlaku sekarang kaum yang ada di Malaysia masing dengan sikap kaum masing. Pencapaian pendidikan mengikut kaum adalah berbeza. Dari segi pencapaian dalam pendidikan kaum cina adalah maju jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain. Pencapaian pendidikan kaum Melayu sudah ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum Cina. Pencapaian pendidikan dapat dicapai dengan perpaduan kaum.

Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dengan jelas diperuntukkan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sebagai undang-undang utama negara Perlembagaan menjadi tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, Dewan-Dewan Undangan Negeri dan segala dasar kerajaan. Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah meresap ke dalam batang tubuh Perlembagaan; contohnya definisi orang Melayu juga dikaitkan

dengan penggunaan bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 160(2). Keakraban ini juga kelihatan dalam peruntukan di bawah Perkara 10(4) yang turut meletakkan Bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara yang kedudukannya tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara. Oleh sebab keadaan linguistik yang begitu berbagai di Malaysia, maka secara sekali imbas kita akan dapat melihat bahawa ada masalah yang nyata dalam menentukan yang mana satu untuk dipilih menjadi bahasa kebangsaan. Pilihan itu haruslah yang dapat memuaskan hati semua golongan, dan juga mesti dapat dihormati dan dijalankan dari semua segi, baik sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Semasa Malaysia (dulunya Malaya) masih terletak di bawah pemerintahan penjajah Inggeris, tidak pernah ada usaha yang dibuat untuk memilih sebuah bahasa kebangsaan. Bahasa Inggeris, pada masa itu telah digunakan seluas-luasnya sebagai bahasa pendidikan dan pentadbiran. Ternyata bahawa ini adalah merupakan satu dasar pemerintahan penjajah Inggeris.Untuk menguatkan dan meneruskan kuasa mereka di Malaysia, maka mereka telah dengan sengaja membiarkan penduduk-penduduk Malaya terbahagi dan tinggal berasingan dari segi kebudayaan, ekonomi dan bahasa. Keperluan untuk memilih sebuah bahasa Kebangsaan yang tunggal adalah menjadi mendesak selepas Malaya berkerajaan sendiri pada tahun 1957.tetapi sebenarnya, persoalan ini telah lama timbul dan difikirkan oleh golongan-golongan bumiputera yang tertentu, terutamanya, para pendidik dan penulis. Angkatan Sasterawan 50 telah menyuarakan bahawa kemerdekaan dalam pemerintahan tidaklah dapat dianggap berhasil atau bermakna sekiranya kaum bumiputera tidak dapat turut menyertai perbincangan atau mengambil bahagian untuk berbincang dalam dewan-dewan perundangan di Malaysia. Jadi mereka tidaklah akan dapat turut serta dalam menjalankan pemerintahan negara mereka. Perkara seperti ini dianggarkan akan berlaku kerana, sebab pada masa itu hanya lebih kurang 10% dari bilangan penduduk yang mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, iaitu bahasa yang digunakan dalam pentadbiran negara. Keadaan begini sudah tentunya menghalang sebilangan penduduk Malaysia, biak dari apa suku bangsa sekalipun, daripada turut serta dalam mentadbirkan negara mereka. Oleh yang demikian, untuk membolehkan penduduk Malaysia menjalankan hal-ehwal pentadbiran diri dan negara mereka sendiri, makan amatlah penting mereka menggunakan sebuah bahasa yang lebih luas dipergunakan. Tambahan pula, sebagai sebuah negara yang baru merdeka, maka perlulah adanya sebuah bahasa Kebangsaan untuk kepentingan identiti yang sama bagi semua rupa bangsa yang tinggal di Malaysia. Jadi keperluan bagi sebuah bahasa Kebangsaan adalah amat mendesak.Dalam hal ini, bahasa Melayu telah difikirkan yang paling layak untuk

dijadikan bahasa Kebangsaan Malaysia.Memang benar, ini suatu keputusan politik, tetapi memang tidak ada sebarang keraguan lagi mengenai keputusan ini.Begitu jugalah dalam kebanyakan negara yang baru merdeka, sekiranya, penduduknya terdiri daripada berbilang bangsa dan bahasa, maka keputusan untuk memilih sebuah bahasa Kebangsaan adalah suatu persoalan politik. Ada banyak faktor dan pertimbangan lain yang juga penting dalam memilih bahasa Kebangsaan ini. Dari segi peratus bilangan penduduk, maka ternyata bahawa penduduk Melayulah yang ramai bilangannya iaitu membentuk 43% dari penduduk Malaysia, sementara penduduk Cina pula membentuk 36% dan India 8% dari penduduk Malaysia. Baki 10% yang lain itu adalah terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa yang boleh dianggap sebagai masyarakat minoriti. Walaupun penutur bahasa Melayu sebagai bahasa kandung itu terdiri daripada hanya 43% dari seluruh penduduk, tetapi bahasa Melayu itu adalah dipertuturkan oleh semua penduduk, tetapi bahasa Melayu itu adalah dipertuturkan oleh semua penduduk sebagai lingua franca termasuklah kalangan golongan masyarakat pendatang. Tetapi bahasa-bahasa pendatang, walaupun dituturkan oleh segolongan penutur yang agak besar bilangannya, tetapi setiap satunya tidaklah seragam.Bahasa Cina itu sebenarnya terdiri daripada beberapa buah bahasa (dialek) yang berlainan seperti Mandarin, Kanton, Hokkien, Tieuchieu, Hainan, Hakka, Kaysai, Amoi dan Foochow.Begitu juga bahasa India yang sebenarnya terbentuk dari beberapa buah bahasa yang berlainan seperti Tamil, Malayalam, Telugu, Sinhali, Punjabi, Benggali, dan lain-lain.Ternyata bahasa mendatang ini tidaklah dapat diterima sebagai suatu bahasa Kebangsaan.Ia bukanlah bahasa bumiputera dan setiap satunya hanya mempunyai bilangan penutur yang kecil, dan penyebarannya tidak luas dan tidak seragam. Hanya bahasa Melayu sajalah yang luas dipergunakan oleh penduduk Malaysia tidak kira apa rupa bangsa. Apa yang lebih penting untuk menjadi pertimbangan ialah bahawa bahasa Melayu dituturkan itu adalah agak seragam. Dalam istilah ini jelaslah bahawa bahasa Melayulah yang luas sekali digunakan, atau bahasa majoriti penduduk Malaya, pada masa itu. Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukanlah bermakna bahawa bahasa-bahasa pendatang di Malaysia ini didiskriminasikan.Hak setiap bahasa asing itu terpelihara dalam Perlembagaan Malaysia (1972:116-7).Bahasa-bahasa lain adalah dibenarkan untuk dipergunakan dan dipermajukan bersama-sama bahasa Malaysia. Sebenarnya, sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa asing itu tidak terganggu di Malaysia. Dasar kerajaan adalah untuk membolehkan bahasa-bahasa ini wujud bergandingan. Tetapi dalam proses membangun negara seperti ini, maka kewujudan

bahasa-bahasa pendatang itu janganlah pula menghalang perkembangan bahasa Kebangsaan itu daripada menjadi maju dan kukuh. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, maka secara perlembagaan bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan yang tunggal di Malaysia.Hasrat ini dirancangkan supaya dijalankan secara berperingkat-peringkat melalui sistem pendidikan negara.Bahasa Melayu dirancangkan supaya menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat itu seharusnya dalam dijalankan pendidikan secara dan pentadbiran.Walau dengan jalan bagaimanapun, pelaksanaan yang dijalankan oleh pemerintah tidaklah begitu tegas pada mulanya.Pelaksanaan berlembut meyakinkan bangsa-bangsa asing supaya mempelajari bahasa Malaysia tanpa paksaan. Ternyata bahawa cara ini telah tidak memberi kesan sebagai yang dirancangkan. Sepatutnya, dalam masa sepuluh tahun selepas merdeka, iaitu pada tahun 1967, bahasa Malaysia dijadualkan supaya dapat menggantikan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam bidang pentadbiran dan pendidikan. Walaupun kebanyakan warganegara Malaysia yang terdiri dari kaum mendatang ini bersimpati dan bersetuju dengan dasar ini, tetapi mereka tidaklah mengambil apa-apa langkah yang konkrit kerana dasar pelaksanaan itu tidak mempunyai sebarang desakan. Walaupun demikian, usaha awal ini tidaklah pula boleh dikatakan gagal sama sekali. Kebanyakan penduduk Malaysia menyalakan pemerintahnya sendiri dalam kegagalan mereka melaksanakan dasar ini dengan lebih tegas lagi.Oleh sebab itu, selepas 1969, kerajaan telah mengambil sikap yang lebih berani dan tegas dalam melaksanakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah, untuk menggantikan bahasa Inggeris. Berikutan dengan itu juga , bahasa Malaysia dijadikan syarat untuk mendapat pekerjaan, lebih-lebih lagi dalam sektor kerajaan, dan juga guna untuk ketetapan dalam jawatan, serta kelulusan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Selepas lebih kurang tujuh tahun, Malaysia mulai dapat melihat hasil-hasil yang lebih tegas dan memuaskan menuju matlamat yang dirancangkan.Hasrat kerajaan ialah untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar penuh di sekolah-sekolah dan universiti-universiti. Sebenarnya kalau ditinjau pula pelaksanaan bahasa Malaysia dalam bidang pendidikan, maka sebenarnya akan terdapat suatu hal yang amat menarik. Bahasa Malaysia sememangnya telah pun dipergunakan untuk menyampaikan kursus-kursus di peringkat universiti pada mas ini.Dalam hal ini dapat dikatakan yang hasrat dan tujuan kerajaan ini telah tercapai dalam beberapa hal, dan dasar ini sudah maju dan merupakan suatu feit accompli.

Kepentingan Etika Guru Apabila kita membicarakan etika, satu perkataan yang sinonim dengannya ialah moral, yang sangat berkait rapat malah seringkali diberi pengertian yang sama. Etika berasal dari perkataan ethos dalam bahasa Greek. Mengikut Kamus Dwibahasa Dewan (2002), ethos bermaksud nilai moral, sistem kepercayaan, budaya atau keperibadian sesuatu bangsa. Manakala etika membawa pengertian satu sistem atau prinsip moral. Ia tidak lari daripada satu lagi kata sinonimnya iaitu marol yang diertikan sebagai prinsip apa yang dikatakan betul dan apa yang dikatakan salah. Feeny, Christensen dan Moravcik (1996) meminta para professional supaya bertindak dengan penuh beradab kerana ia mencerminkan perkara yang betul dan salah. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan.Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi.Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991). Namun, terdapat segelintir guru tidak menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh masyarakat kepada guru.Terdapat guru-guru yang sanggup mengabaikan tanggungjawab mereka.Ada sesetengah guru sanggup melanggar etika perguruan yang ditetapkan kepada mereka.Tanggungjawab yang diamanahkan kepada

guru adalah terlalu berat yang terpaksa dipikyul oleh orang yang bergelar guru.Sikap sambil lewa atau acuh tak acuh atau memandang rendah terhadap tanggungjawab yang diberikan kepada guru. Walaupun tugas yang diberikan dianggap kecil dan mudah tetapi sebenarnya ia adalah terlalu berat dan susah untuk di amalkan. Oleh sebab itulah ada sesetengah guru memandang ringan dan ambil mudah terhadap tanggungjawab yang diberikan. Segelintir guru yang sanggup meninggalkan kelas semasa waktu mengajar hanya semata-mata sanggup berbual kosong antara guru lain sama ada di kantin atau di bilik guru atau di mana sahaja. Terdapat banyak lagi contoh salah laku yang dilakukan oleh guru yang boleh boleh dikategorikan sebagai melanggar kod etika perguruan. Di antaranya ialah ponteng kelas,tidur dalam kelas, berbual tentang hal-hal politik di dalam kela, mencarut, berkelakuan tidak senonoh terhadap murid, menagih dadah,mencabul murid dan sebagainya.Ini merupakan satu tingkah laku yang melanggar kod etika perguruan. Ada juga guru yang pernah didakwa di mahkamah kerana merogol anak muridnya sendiri. Ada juga kes-kes dimana guru dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dengan pengedaran dadah dan bergaduh dan dijatuhkan hukuman berat. Seseoarang guru terlibat dengan kes pelanggaran kod etika perguruan adalah disebabkan beberapa perkara seperti masalah sendiri, masalah keluarga,masalah kewangan, masalah di sekolah dan sebagainya. Masalah Kemasukan ke IPT Kerajaan telah membina pusat-pusat pengajian tinggi bagi memenuhi keperluan pendidikan rakyat Malaysia bagi menyediakan rakyat yang berilmu pengetahuan dan mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang mahir bagi membina negara maju.Melalui Akta Pendidikan 1996 kerajaan memberi pelung kepada rakyat Malaysia untuk melanjutkan pelajaran kepusat pengajian tinggi.Berdasarkan kepada pencapaian peperiksaan awam kaum Cina telah mendahului pencapaian dalam pendidikan berbanding dengan Melayu dan India. Kerajaan mahu peluang untuk belajar di pusat pengajian tinggi hendaklah diberikan secara sama rata kepada semua kaum. Maka timbullah sistem kuota dan sistem merit bagi menentukan kemasukan pelajar kepusat pengajian tinggi. Pencapaian kaum Melayu dan India tidak dapat menyaingi pencapaian pendiidkan kaum Cina dari segi pendidikan.Ini bermakna kaum Cina lebih erhak untuk belajar dipusat pengajian tinggi.Kerajaan telah melihat satu sistem perlu diwujudkan bagi menentukan kelayakan pelajar-pelajar meneruskan pengajian ke peingkat pengajian tinggi. Keadaan ini akan menentukan modal insan yang akan menguruskan negara Malaysia untuk masa akan datang

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, Akta Pendidikan 1996 telah memastikan perkembangan pendidikan di Malaysia kearah globalisasi. kita dapat membuat kesimpulan bahawa banyak perkembangan telah dilakukan terhadap sistem pendidikan negara melalui akta ini. Bermula daripada sistem yang berorientasikan kepada bangsa dan agama sendiri kepada sistem pendidikan yang menitik beratkan aspek pendidikan berteknologi tinggi. Walaupun banyak perubahan yang telah dijanakan oleh kerajaan, namun aspek etika tidak pernah ditinggalkan begitu sahaja. Setiap perancangan akan mengambil kira etika moral dan disiplin setiap individu pelajar untuk menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, tersembunyi beberapa kelemahan yang secara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang lebih besar sekiranya tidak ditangani sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Usaha menyembuhkan barah ini memerlukan pengorbanan daripada semua pihak yang mengaku dirinya sebagai seorang warganegara yang berdisiplin dan berhemah tinggi.

Rujukan Zaini b Abdullah & Mohmad Nor b Mohamad Taib & Iklhsan b Othman & Norila binti Md Salleh & Abu Bakar b Yusuf & Abdul Talib b Mohamd Hashim (2011), KPF 3012 Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar Esah Sulaiman (2003). Amalan profesionalisme perguruan. Skudai: UTM Prof.Dr. Othman Lebar & Dr.Abdul Talib Mohamed Hashim &En.Omar Hisham Mohd Baharin & En.Ismail Raof (2010), KKD 2063 Pembangunan Sahsiah Harris, N. (1995). The law relating to schools.Surrey: Tolley Pub. Co. Ltd Abdul Rahman Haji Abdullah. (2005). Wacana falsafah imu: analisis konsep-konsep dan Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa (1994).Falsafah dan konsep pendidikan.Kuala Lumpur: Fajar Bakti. http://www.scribd.com/doc/11559727/Prasekolah-Akta-Pendidikan-1996 http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/akta%20pendidikan%201996.pdf http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Pendidikan_1996 http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/guru-dan-cabaran-semasa-bab-2guru-dan.html http://www.scribd.com/doc/2987986/KOD-ETIKA-PROFESION-PERGURUAN http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/ http://www.sosiohumanika-jpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm.mei.2011.pdf

Anda mungkin juga menyukai