Anda di halaman 1dari 16

ISU 8: ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENGENALAN
ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Information and Communications Technology (ICT) bermaksud sebarang
sumber komputer berasakan komputer sama ada melalui rangkaian atau tidak
termasuk perkakasan atau perisian yang diperolehi sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran seperti internet, emel, video conference, word processing, spreadsheet
dan CD. Manakala menurut kamus dewan edisi keempat penggunaan ICT dalam
pendidikan ialah menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Dasar ICT dalam pendidikan telah dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin pada Oktorber
2012. Tujuannya adalah untuk transformasi proses pendidikan melalui penggunaan
teknologi. Selain itu, sebagai pembangunan modal insan secara berterusan . keperluan
untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pada era kini kian
terdesak. Pada peringkat sekolah rendah, ICT menjadi satu kemestian untuk menarik
minat murid dalam pelajaran mereka. Pada peringkat menengah, ICT dilihat untuk
melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam ICT serta dapat
meggunakan maklumat secarakritis dan kreatif bagi meningkatkan pemahaman dalam
pelajaran.

Menurut Harison Bakar (2008), bagi memudahkan guru dalam perlaksanaan


pengajaran dan pembelajaran dimana pada tahun 2003 Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah memperkenalkan komputer riba sebagai alat teknologi kepada
guru. Namun demikian, dalam tinjaun yang dijalankan pada bulan Mac higga Mei

2007 didapati ramai guru tidak mengaplikasikan alat canggih tersebut secara
optimum.

Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan


ICT dalam pendidikan yang meliputi prasarana, pengisisan dan latihan guru. KPM
telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai
aktiviti utama penyediaan insfrakstruktur. Namun wujudnya isu dan masalah yang
menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara isu yang sering dibangkitkan dengan penggunaan teknologi dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah kekangan masa dalam guru menghasilkan bahan ABM
berbentuk ICT,sikap guru terhadap teknologi dalam pengajaran da pembelajaran,
kekurangan prasarana serta bahan sokong dan penyalahgunaan makmal komputer dan
internet percuma.

(1) KEKANGAN MASA DALAM GURU MENGHASILKAN BAHAN ABM


BERBENTUK ICT

Pelbagai isu akan timbul dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini akan timbul apabila seseorang guru mempunyai masalah pengajaran mereka
dalam menggunakan ICT. Walaupun penggunaan ICT banyak faedahnya dalam
pengajaran dan pembelajaran , namun tidak ramai guru yang menggunakan
kemudahan yang disarankan oleh kerajaan ini. Antara alasan yang sering
diperdengarkan oleh guru adalah kekangan masa dalam menyediakan bahan ABM
dalam membina persembahan dan mengintergrasikan multimedia sekurang-kurangnya
menggunakan Powerpoint dengan input-input seperti rakaman suara, memasukkan
video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru itu sendiri. Walaupun dengan
penggunaan ICT ini boleh menarik minat pelajar , namun segelintir guru lebih suka

menggunakan kaedah tradisonal dalam pengajaran mereka. Bagi mereka kaedah ini
lebih mudah dan cepat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Dalam satu kajian pada tahun 2008 menunjukkan kesuntukan masa


menggunakan ICT oleh guru menjadi penghalang manakala sikap positif dan
keyakinan diri dan kemahiran menggunakan ICT menjadi pendorong dalam
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana masa bagi pengajaran
adalah singkat dan sekiranya guru tersebut menggunakan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka, ia akan memerlukan persediaan sebelum dan selepas
pengajaranoleh guru itu sendiri. Hal ini akan mengambil masa guru dalam penyediaan
bahan tersebut. Kekangan masa dalam menyediakan bahan dengan menggunakan ICT
juga menjadi bebanan tugas guru yang sedia ada bertambah.

Penggunaan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi


guru-guru dalam menyediakan bahan ABM. Persediaan yang diperlukan adalah
termasuk dari segi aspek penyediaan bahan pengajaran serta setup bahan dalam
koputer sebelum kelas dimulakan dengan bilagan waktu mengajar yang banyak.
Sesetengah guru mempunyai waktu mengajar sebanyak 27 waktu seminggu. Hal ini
sukar bagi guru tersebut untuk membuat persediaan mengajar dan juga untuk setup
bahan mengajar dimakmal komputer. Guru-guru juga mempunyai tugas-tugas lain
seperti menjadi setiusaha peperiksaan, guru data, ketua-ketua panitia, Ajk PIBG dan
sebagainya. Situasi ini sukar bagi guru untuk membuat persediaan yang mantap jika
mereka perlu menyediakan bahan sediri dalam pengajaran.

Sekiranya guru tidak menguasai kemahiran ICT, ini akan menyebabkan masa
akan terbuang begitu sahaja kerana guru berkenaan terpaksa mengambil masa yang
agar lama untuk menyediakan persiapan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Sabri

Ahmad (2006), penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud


menggunakan ICT secara fikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, dalam
kajian Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan (2006), menyatakan guru
kekurangan masa dalam pelaksanaan aktiviti berpusat pelajar dan guru-guru juga
mempunyai masa yang terbatas untuk memberi penumpuan terhadap pelajar-pelajar
terutamanya pelajar lemah dalam masa singkat.

Kebanyakkan guru-guru sedar tentang kebaikan dalam menggunakan teknologi


dalam pengajaran dan pembelajaran namunkeran kekangan masa, masalah
penyelenggaraan dan kemahiran menjadi penghalang bagi mereka.

(2) SIKAP GURU TERHADAP TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Terdapat banyak cabaran dalam mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan


matematik. Bukan sahaja melibat kepada kesesuaian perisian yang digunakan, malah
juga melibatkan sikap guru. Menurut Aiken (1976) dan Ajzen (1988) sikap adalah
sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada kecenderungan untuk
berkelakuan positif atau negatif terhadap benda, situasi, institusi, konsep atau individu
lain. Beberapa tinjauan literatur lepas telah menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan
yang rapat antara sikap dengan penggunaan teknologi maklumat dengan pengajaran
dalam bilik darjah (Mohamad Nabzrim & Mohamad Nayan, 1997; Adenan, 1999;
Krishnan et al., 2007). Dalam satu kajian yang melibatkan penggunaan komputer di
empat buah sekolah di Amerika Syarikat, latihan teknologi maklumat yang konsisten
terhadap kakitangan telah dikenal pasti sebagai satu faktor yang penting yang
memupuk sikap positif dalam kalangan guru yang seterusnya membawa kepada

perubahan dalam aktiviti profesional guru dalam teknologi maklumat selepas dua
tahun (Rockman, Pershing & Ware, 1992 dalam Soon Yin & Kooi Guan, 2002).

Jika dianalisis daripada aspek demografi, dapatan oleh Azhar Haji Ahmad
(1998) dalam kajiannya mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di
antara kumpulan responden lelaki dengan responden perempuan pada enam sub skala
sikap terhadap komputer iaitu keyakinan, tingkah laku, kesukaan, penggunaan,
kecekapan dan sikap kognitif. Walau bagaimanapun, dapatan oleh Ong dan Lai (2003,
dalam Su Luan et al. ,2005) adalah sebaliknya, ia menunjukkan terdapat persepsi yang
lebih baik khususnya daripada responden lelaki untuk tahap kemahiran, keupayaan
dan pembelajaran secara e-Learning menggunakan komputer berbanding dengan
responden perempuan. Dapatan ini juga disokong oleh kajian terdahulu oleh Liaw
(2002) dan Chen dan Tsai (2005, dalam Su Luan et al. ,2005) yang mendapati bahawa
responden lelaki mempunyai persepsi yang lebih baik terhadap komputer dan
teknologi web berbanding responden perempuan. Walau apa pun dapatan daripada
kajian lepas, penyelidik bersetuju dengan Kirkpatrick dan Cuban (1998) yang
menyatakan bahawa jurang tahap kemahiran dan sikap terhadap jantina akan dapat
dikurangkan jika didedahkan kepada pengalaman serta kemahiran yang sama dalam
bidang komputer.

Merujuk kepada perkaitan di antara sikap guru dengan umur, Ting Kai Chu
(1998) mendapati, secara keseluruhannya guru yang muda mempunyai sikap yang
positif terhadap komputer berbanding guru yang lebih berusia. Ini adalah kerana guruguru muda ini telah terdedah dengan komputer sama ada di sekolah mahupun di
universiti sedangkan golongan guru yang lebih berusia tidak mengalaminya. Dapatan
yang sama juga diperoleh oleh Mukama dan Andersson (2007), iaitu guru-guru yang
berusia enggan untuk berubah ke arah pengintegrasian komputer di sekolah

berbanding guru-guru baru yang lebih mesra dengan teknologi maklumat. Ini
menunjukkan golongan muda lebih terdedah kepada teknologi baru. Justeru itu, ia
meningkatkan tahap penerimaan dan penggunaannya. Ini disokong oleh Mortimer dan
Scott (2003: 35) menyatakan pengalaman menggunakan komputer mempengaruhi
sikap terhadap komputer. Menurut beliau kebanyakan guru tidak memahami
bagaimana hendak menggabungkan kemahiran komputer dengan pengajaran di kelas.
Bagaimanapun menurut beliau, sebanyak dua per tiga daripada kalangan guru
menyatakan tidak bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran, tetapi bagi
kumpulan guru yang lebih muda, yang membesar dan belajar dengan menggunakan
komputer lebih berkeyakinan menggunakan komputer berbanding guru-guru yang
telah lama berkhidmat. Guru yang bersikap positif terhadap komputer juga adalah
lebih bersedia menggunakannya berbanding dengan guru yang bersikap negatif
terhadap komputer.

Merujuk kepada perkaitan di antara sikap guru dengan taraf dan status jawatan
serta bidang pengkhususan (opsyen), kajian oleh Mohamad Nabzrim dan Mohamad
Nayan (1997) menunjukkan data yang diperoleh daripada soal selidik dan temu bual
terhadap penggunaan komputer dalam kalangan guru bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan dengan penggunaan komputer. Ini disokong oleh Mukama dan
Andersson (2007) yang menyatakan bahawa faktor taraf jawatan dan pengkhususan
tidak memberi kesan terhadap sikap guru terhadap komputer. Namun demikian,
dapatan kajian oleh Adenan (1999) menyatakan bahawa sikap yakin dalam kalangan
guru terhadap penggunaan komputer mempunyai hubungan yang signifikan dengan
faktor latihan, kemudahan komputer dan galakan pentadbir.

Berdasarkan beberapa kajian lepas juga, keengganan guru untuk berubah juga
faktor signifikan yang mempengaruhi sikap guru. Ini didorong oleh sikap yakin

terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran konvensional yang dianggap relevan


dengan sistem peperiksaan. Golongan guru ini berpendapat bahawa jika keputusan
peperiksaan yang diperoleh pada setiap tahun cukup baik dan cemerlang mengapa
harus mengubah apa yang sedia baik untuk pelajar. Ini ditambah lagi dengan
kurangnya kursus khususnya guru-guru yang berkhidmat di pedalaman yang
seterusnya akan menyemai sifat technophobia (Mukama & Andersson, 2007).

Guru perlu bersedia menerima perubahan ini dengan fikiran terbuka dan positif
serta berusaha menangani perubahan dalam proses pengintegrasian teknologi ini. Guru
perlu menyesuaikan diri dengan alat teknologi dan menguasai pedagogi untuk
mengurus kelas. Ini menyokong pendapat Yushau (2006) iaitu untuk memastikan
komputer digunakan secara meluas dalam kelas matematik, guru perlu membina sikap
positif terhadap teknologi. Dalam situasi pembelajaran, guru perlu membuat perkaitan
yang eksplisit atau jelas antara teknologi dan pengetahuan professional mereka
sebagai kaedah, atau kandungan subjek yang diajar. Guru perlu menghubungkan
penggunaan teknologi dengan konsep yang diajar (Hughes, 2004).
Daripada kajian lepas juga terdapat sebahagian guru yang telah sebati dengan
kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi
instruksional (Becker & Watt, 1996). Majoriti berpendapat untuk sesetengah tajuk,
kaedah chalk and talk lebih berkesan berbanding penggunaan ICT. Ada topik dimana
penggunaan ICT tidak membantu. Contohnya tajuk-tajuk yang memerlukan
penerangan yang mendalam dan langkah penyelesaian lebih mudah di jelaskan
melalui kaedah chalk and talk. Maksud kaedah chalk and talk disini adalah guru
menerangkan isi pengajaran dengan hanya berbantukan papan hitam dengan
menerangkan

mengenai

isi

pengajaran

dan

menunjukkan

langkah-langkah

penyelesaian masalah satu persatu tanpa bantuan komputer dan LCD projektor.
Malahan ada kalangan guru yang buta ICT, menyebabkan timbul sikap negatif dan

tidak berminat mengajar menggunakan ICT selain sikap malas menyediakan bahan
atau peralatan ICT untuk pengajaran. Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh sikap
guru tersebut yang tidak ingin mencuba sesuatu yang baru. Menurut Albaugh (1997),
guru lazimnya ragu-ragu dengan idea-idea baru dan terkini kerana mereka berasa
selesa dengan apa yang selama ini mereka telah lakukan.

Ledakan teknologi ICT memberi cabaran baharu kepada profesion guru dan
sistem pendidikan di sekolah yang masih belum mengalami perubahan yang drastik
dari segi pengadaptasian penggunaan teknologi baharu termasuk komputer, digital, elearning dan sebagainya. Penggunaan ICT dalam sekolah telah membuka perspektif
baharu tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada sistem dan
organisasi bilik darjah. Kemajuan dan kecanggihan teknologi komunikasi maklumat
membolehkan

pembelajaran

menerusi

jendela

dunia

diadaptasikan

dalam

pembelajaran maya dengan menggunakan internet, melayari website dan sebagainya.


CADANGAN
Guru harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan selama
ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan
teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar
penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi
membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran.

Faktor persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan


anggota adalah penting ke arah sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi (Steers
& Black, 1994). Persediaan mental dalam kalangan anggota organisasi merangkumi
sikap yang positif terhadap agenda perubahan yang dicadangkan di samping
memahami tujuan atau sebab-sebab di sebalik perubahan yang akan dilaksanakan.
Perubahan sikap dan nilai terhadap IT diperlukan oleh guru dalam menghadapi

cabaran baru dalam pendidikan (Ambigapathy, 2001). Justeru, para pendidik perlu
literasi komputer supaya penggunaan komputer dalam pendidikan tidak terjejas.
Dalam mencapai objektif tersebut, guru-guru perlu diberi latihan dalam penggunaan
teknologi baru untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. (Ambigapathy & Suthagar,
2003).

Menurut Robiah (2003) menyatakan bahawa sikap guru yang positif akan lebih
mendorong dan menggerakkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
berjalan secara lancar, pantas dan menyeluruh. Guru perlu menjadi penggerak dan
pencetus kepada perubahan masyarakat ICT dan pembentukan masyarakat digital
menjelang tahun 2020. Guru perlu bersedia melaksanakan tugas baharu bagi
membangunkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru harus meninggalkan
pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan selama ini, sebaliknya
memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat.
Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua
peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan
diperluaskan dalam budaya pembelajaran. Selain itu, guru juga perlu bersedia
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai
teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang
kurang berasaskan inovasi teknologi.

(3)

KEKURANGAN PRASARANA DAN BAHAN SOKONGAN

Meluaskan literasi komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras


dengan dasar ICT negara pada abad ke-21. Era teknologi maklumat memerlukan
sistem pendidikan dan institusi sekolah menggubal matlamat utama pendidikan bagi
membentuk generasi muda yang celik dan mahir komputer. Satu cabaran penting

dalam pendidikan ialah menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar. Ini
bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi
melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan
sebagainya.

Kecanggihan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah pada masa ini adalah
tidak seragam. Seperti yang kita sedia maklum di setiap sekolah jumlah komputer
yang diperuntukkan oleh kerajaan hanyalah sedikit. Hal ini kerana terdapatnya
kekangan-kekangan yang memang tidak dapat dielakkan seperti kekangan kewangan
dan sebagainya. Implikasinya, tidak semua pelajar bepeluang untuk menggunakan
komputer yang terdapat di sekolah. Dalam konteks ini, wujud isu bilangan komputer
yang tidak dapat menampung bilangan pelajar di sekolah dan ketiadaan makmal
khusus untuk mata pelajaran tertentu. Untuk mengendalikan sesuatu kelas kemahiran
penggunaan komputer, setiap pelajar seharusnya dibekalkan dengan sebuah komputer.
Ini bertujuan supaya pelajar dapat berdikari dan menyelesaikan setiap tugasan yang
diberikan. Berkongsi komputer tidak digalakkan kerana pelajar sepatutnya diberi
peluang menyentuh sendiri perkakasan dan perisian untuk tujuan penghayatan dan
merangsang proses kemahiran berfikir pelajar.
Ada yang meletak komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang meletakkan
semua komputer ini di dalam makmal. Ketiadaan makmal khusus bagi mata pelajaran
tertentu juga telah menyebabkan guru tidak dapat mengintergrasikan ICT dalam P&P.
Hal ini kerana guru mempunyai kekangan dalam menempah makmal komputer untuk
digunakan semasa proses P&P. Ada yang memiliki sambungan kepada Internet, ada
yang tidak. Menurut Williams (1995), penggunaan komputer ataupun internet
merupakan buku teks masa depan. Melalui internet, pengguna-pengguna terutamanya
pelajar boleh berkongsi sumber yang tidak terbatas. Kekayaan maklumat dalam
internet memungkinkan pelajar memperolehi maklumat berkenaan pendidikan untuk

meningkatkan kemahiran berfikir. Pada masa kini, terdapat beribu-ribu laman jaring
yang amat berguna kepada pelajar dalam internet untuk membantu mereka dalam
proses pembelajaran.

Selain itu, penyediaan alatan seperti LCD untuk berfungsi dengan sempurna
mengambil masa lama, terutama bagi sekolah yang tidak ada perkhidmatan juruteknik
komputer. Kesan daripada permasalahan ini telah menyebabkan proses P&P yang
berlangsung membosankan dan akan membawa kepada penurunan prestasi pencapaian
pelajar. Hal ini sekaligus akan menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar
meningkat serta profesionalisme guru akan dipandang rendah oleh masyarakat.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber
kewangan yang mencukupi bagi membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi
maklumat dan penyelenggaraan IT. Kelemahan kepimpinan sekolah turut dikesan
apabila terdapat sesetengah sekolah yang menunjukkan komited yang kurang terhadap
penggunaan ICT, sekaligus mengakibatkan sekolah sekolah berkenaan tertinggal
dari arus perubahan yang berlaku. Justeru, perancangan sekolah perlu mengambil kira
perubahan yang berlaku terutama penggunaan ICT. Selain menyediakan kemudahan
belajar berasaskan ICT, sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang semakin
meningkat, khususnya perbelanjaan yang melibatkan penggunaan kemudahan,
peralatan dan perkakasan teknologi maklumat. Peruntukan untuk penyelenggaraan
contohnya wajar ditambah memandangkan kos yang semakin meningkat.

Cabaran masa kini dan akan datang dalam sektor pendidikan ialah penyediaan
prasarana komputer yang lengkap untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran
tersebut. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan mengakses Internet sahaja
tidak menjamin keberkesanan pembelajaran pengajaran secara on-line. Sikap guru dan

pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut perlu dipertimbangkan untuk


memastikan keberkesanannya sebagai kaedah pengajaran pembelajaran.

CADANGAN
Pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia
seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan
Internet serta makmal komputer. Selain itu, pihak sekolah juga perlu meningkatkan
infostruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk
membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infostruktur.

Pihak pentadbir juga, seharusnya menyediakan bahan - bahan sokongan lain


seperti buku panduan atau manual pengguna, juruteknik komputer dan guru pakar.
Kemudahan bilik darjah atau makmal yang selesa dilengkapi perabot yang
mencukupi memberi galakan dan motivasi kepada guru atau murid.

Guru-guru haruslah mengetahui tahap keupayaan infrastruktur ICT yang


terdapat di sekolah masing-masing terlebih dahulu sebelum merancang sebarang
aktiviti pembelajaran yang menggunakan ICT. Ini bagi memastikan aktiviti yang
dilaksanakan membuahkan hasil yang optimum sesuai dengan objektif pembelajaran.

Kemudahan bilik darjah atau makmal yang selesa dilengkapi perabot yang
mencukupi memberi galakan dan motivasi kepada guru atau murid. Suasana bilik
yang ceria yang mempunyai sudut sudut pembelajaran berkaitan IT dapat memberi
kemudahan kepada murid mencari maklumat berkaitan IT.

(4)

PENYALAHGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DAN INTERNET

PERCUMA

Isu penyalahgunaan makmal komputer dan internet percuma di sekolah di


managuru-guru dan pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan internet di sekolah
untuk melayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran seperti laman sosial Facebook, Twiter dan sebagainya. Selain daripada
portal-portal sosial, permainan komputer atas talian (Online Games) turut menjadi
kegilaan pelajar sekolah masa kini. Penyalahgunaan seperti ini dibimbangi mampu
meningkatkan jenayah internet yang sukar dikawal dan ianya boleh meningkatkan
tanggapan negatif terhadap penggunaan kemudahan ICT di sekolah.

Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, melarang mereka


daripada menggunakan internet adalah tidak wajar. Namun, langkah-langkah
pemantauan amatlah berkesan dalam mengatasi masalah ini. Selain itu, di sekolah
juga pemantauan haruslah dilakukan oleh guru-guru yang bertugas, memandangkan
proses pembelajaran dan pengajaran sekarang banyak menggunakan internet. Selain
itu, nilai-nilai murni juga wajar diterapkan di dalam minda pelajar bagi mengelakkan
masalah ini daripada bertambah teruk. Pelajar sekolah hari ini adalah antara pengguna
internet di Malaysia. Penyalahgunaan internet di kalangan pelajar sekolah semakin
membimbangkan dewasa ini terutamanya membabitkan pelayaran laman web
berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masa kini.

Dalam konteks ini, guru berperanan sebagai fasilitator dan ICT sebagai alat semasa
sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Kaedah pembelajaran secara penerokaan
membolehkan pelajar mencari maklumat atau bahan-bahan daripada internet yang boleh
digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah. Guru harus
memastikan para pelajar memanipulasi (membanding dan menilai) maklumat yang
diperoleh terlebih dahulu sebelum digunakan. Ini bagi mengelakan pelajar keliru dan salah

tafsir atau salah guna maklumat yang diperoleh daripada internet kerana adakalanya
terdapat perbezaan dengan fakta yang terdapat didalam buku teks sekolah. Kaedah ini,
secara tidak langsung dapat mengajar para pelajar cara memproses maklumat dan
menganalisis data yang diperolehi.

Penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan


guru menjalankan pembelajaran secara kolaboratif didalam kelas. Guru dan pelajar
dari lokasi atau sekolah yang berbeza boleh menghantar, menerima dan berkongsi
maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, animasi, video dan sebagainya
berkaitan sesuatu matapelajaran. Cara ini dapat menerapkan budaya kerja berpasukan
disekolah. Dalam ketaksuban menggunakan ICT disekolah, guru perlu menyediakan
garis panduan yang jelas untuk memantau dan memastikan disiplin pelajar baik
semasa menggunakan internet, komunikasi elektronik (email) dan sebagainya. Guru
harus memastikan para pelajar tidak melayari laman sesawang yang boleh
meruntuhkan moral mereka. Disamping itu, guru harus bekerjasama dengan
penyelaras ICT untuk menyekat laman sesawang yang tidak berkaitan dengan
pembelajaran daripada diakses oleh pelajar.

KESIMPULAN

Natijahnya, penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan


dengan jayanya melalui sokongan dan usaha bersungguh-sungguh pelbagai pihak tanpa
mengira batasan. Pemimpin sekolah dan guru merupakan nadi kepada perlaksanaan ICT di
sekolah. Mereka adalah tunjang kepada kecemerlangan akademik para pelajar dan juga
kejayaan penguasaan kemahiran ICT. Badan akademik dari universiti tempatan telah banyak
menyumbang kepakaran untuk membantu guru-guru dan pelajar mendalami kemahiran ICT

dan komputer. Sokongan moral daripada ibu bapa dalam menjayakan perlaksanaan ICT ini
juga penting untuk membakar semangat para pelajar agar sentiasa berusaha mencari ilmu.
Di samping itu, kemudahan dan peralatan teknologi yang lengkap merupakan penyumbang
utama kepada kejayaan perlaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kementerian pendidikan melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna bagi memastikan
pada era globalisasi ini tiada lagi pelajar yang tidak mendapat peluang untuk menimba ilmu.
Penglibatan pihak swasta dalam perlaksanaan ICT ini menunjukkan mereka peka dengan
perkembangan

pendidikan

negara.

Bagi

mereka,

kecemerlangan

pelajar

adalah

tanggungjawab bersama kerana para pelajar inilah yang akan jadi pemimpin negara pada
masa hadapan. Mereka peneraju generasi akan datang.

RUJUKAN
Ambigapathy, P. (2001). Technology and English Literacy in the Malaysia
Classroom. dalam Ambigapathy, P. (ed.). Technologies of Learning: Learning
Through and about The New Information Technologies. Australia: Common Ground
Publishing.
Ambigapathy, P. Dan Shanti, B. B. (2004). Technological Literacy for Adults:
Insights from Malaysia. dalam Kell, P., Shore, S. dan Singh, M. (ed). Adult
Education 21st Century. New York: Peter Lang.
Ambigapathy, P. Dan Suthagar, N. (2003). Literasi Teknologi Komputer: Persepsi
dan Penggunaan di Kalangan Guru. dalam Pandian, A. (ED.). Bahasa dan Literasi:
Penyelidikan dan Peninjauan untuk Pendidikan. Serdang: Penerbit Universiti Putra
Malaysia.
Becker, W.E. & Watts, M. (1996). Chalk and Talk: A National Survey on Teaching
Undergraduate Economics. American Economic Review, 86(2) 448-453.
Zhao, Y., Hueyshan, T.S. dan Mishra, P. (2000). Teaching and Learning: Whose
Computer Is It? di dalam Bruce, B.C. (ed.). Literacy in the Information Age:
Inquries into Meaning Making with New Technogies. Delaware: International
Reading Association.
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
(2001). Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nafisoh,
(2010),
Maksud
ICT.
Diperoleh
pada
10
dari http://pendidikanict.blogspot.com/2010/06/maksud-ict.html

Diesember

2015

Penggunaan Teknologi dan ICT dalam P&P dalam bilik darjah. Dicapai pada 10 Disember
2015
dari
http://www.slideshare.net/isuict12/penggunaan-ict-dalam-pp

Anda mungkin juga menyukai