Anda di halaman 1dari 38

Membangun Generasi Pintar Cerdas &

Berbakat
Sungguh membanggakan mendapati program PERMATA pintar yang disediakan Pusat
PERMATA pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diiktiraf ramai kenamaan dari
dalam dan luar negara.
Sejak perkhemahan akhir sekolah untuk kanak-kanak pintar cerdas yang berumur
antara 8 hingga 15 tahun dimulakan pada Disember 2008 dan pembukaan sekolah
untuk pelajar sedemikian yang berumur 15 dan 16 tahun pada 2011, ia sudah
dikunjungi ramai kenamaan termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah
Mohd Ali, Dr Maya Soetoro-Ng, adik Presiden Barack Obama serta wanita utama
beberapa negara yang juga sempat beramah mesra dengan pelajar. Isteri Perdana
Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang memulakan program itu sudah diundang
memberi ucaptama di Persidangan Mengenai Pendidikan Pintar Asia Pacific ke-12 di
Dubai pada 14 Julai hingga 15 Julai lalu. Ramai Menteri Pelajaran yang hadir kagum
dengan pembentangannya dan menyatakan hasrat hendak mengadakan kerjasama
dengan Malaysia dalam hal berkaitan pendidikan kanak-kanak pintar.
Pusat PERMATA pintar dengan kerjasama Pusat Belia Berbakat Universiti Johns
Hopkins juga sudah melangsungkan Perkhemahan Musim Panas untuk 20 orang
Pelajar Perempuan berumur 16 tahun dari Yayasan MAWHIBA Arab Saudi.
Program PERMATA pintar bertujuan mengenal pasti kanak-kanak berbakat luar biasa,
iaitu seorang setiap 100,000 penduduk, dan menyediakan pendidikan yang boleh
mencungkil dan mengasah kebolehan mereka dalam sesuatu bidang tertentu secara
menyeluruh.
Ujian atas talian

Bagi menentukan tidak seorang pun kanak-kanak pintar cerdas tercicir,dua ujian atas
talian dikenali UKM1 dan UKM2 diadakan termasuk ujian bersemuka UKM3. Ujian itu
sudah pun berjaya memilih lebih 1,000 kanak-kanak pintar cerdas dalam tempoh dua
tahun kebelakangan ini.
Mereka datang dari pelbagai latar belakang dan tempat di Malaysia termasuk kawasan
yang amat terpencil hingga memerlukan penggunaan pelbagai jenis kenderaan untuk
ke UKM.
Tohmahan kononnya usaha memberikan peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas
hanya mewujudkan kelompok elitis harus disingkirkan.
Dalam ucaptamanya Rosmah berkata: Bakat adalah kurniaan Allah dan kita mempunyai
tanggungjawab untuk menyediakan ruang dan peluang bagi membolehkan mereka
mengasah potensi kebolehan mereka secara optimum. Ini adalah kewajipan kita kerana
insan berkebolehan sedemikian adalah aset berharga kepada mana-mana negara pun.
Apabila dipupuk dari usia muda, kurniaan Allah itu boleh digarap untuk mencapai tahap
tertinggi dalam bidang kemahiran mereka lebih-lebih lagi mengenai pengetahuan baru
yang harus diterokai bagi menangani permasalahan abad ke-21.
Asah kurniaan intelek
Itulah juga mengapa sesetengah negara bersedia memberikan biasiswa dan
kerakyatan untuk memikat anak ini serta keluarga mereka.
Selain mengasah kurniaan intelekyang ada pada mereka, pendidikan sesuai perlu
disediakan bagi memenuhi kehendak emosi yang tidak berkembang serentak
perkembangan intelek mereka. Itulah kadangkala kanak-kanak pintar berasa diri tidak
difahami dan sering diabaikan. Adakalanya tingkah laku mereka disalah anggap
sebagai nakal, tidak berdisiplin dan mengacau oleh guru dan ibu bapa hingga

membuatkan orang terdekat buntu untuk membantu mereka.


Sekiranya kita tidak menyediakan pendidikan khusus kepada mereka, kanak-kanak
berbakat demikian boleh berhenti sekolah dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan
masyarakat.
Pusat PERMATA pintar menyediakan sukatan pelajaran meluas, berimbang dan
mencabar yang disesuaikan untuk setiap individu berasaskan keperluan dan kepintaran
mereka. Penyediaan pendidikan sedemikian amat penting kerana bakat yang ada
berbeza-beza. Setengahnya pintar dalam satu dua perkara manakala yang lain
berbakat dalam banyak perkara pula.
Kurikulum direkabentuk untuk memastikan kedua-dua otak kiri dan kanan dipupuk
dengan mengimbangkan pembelajaran sains, teknologi, matematik dan kejuruteraan
dengan pembelajaran kesenian dan kemanusiaan, kepintaran pelbagai bahasa,
perkembangan rohani, apresiasi persekitaran alam, kepemimpinan dan semangat
kesukarelawanan.

Petikan Artikel:
Berita Harian Online (28/11/2013)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Membangungenerasipintarc
erdas_berbakat/Article/artikel
Posted by Pintar Cerdas ICT at 05:24 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

DMGT-Proses Perkembangan
(Developmental Process)

PROSES PERKEMBANGAN (DEVELOPMENTAL PROCESS)


Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakannya mempunyai
potensi yang tinggi dalam perkembangan dan pertumbuhan jika
dibandingkan dengan seorang kanak-kanak yang normal(tipikal). Pintar
cerdas seringkali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai
Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan
ke atas. Menurut istilah Persekutuan Amerika Syarikat maksud pintar
cerdas yang ditujukan kepada kanak-kanak, pelajar atau belia adalah
mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari
pelbagai bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan
kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik
yang mengagumkan serta mereka ini memerlukan aktiviti atau
perkhidmatan yang lain dari yang lain, perkhidmatan yang tidak dapat di
perolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.
Golongan seperti ini memerlukan program pembelajaran yang
berbeza atau perkhidmatan pada tahap yang lebih tinggi berbanding
dengan program-program yang dianjurkan oleh sekolah untuk pelajarpelajar normal(tipikal) yang biasa. Program yang khusus adalah perlu
bagi menyedari sumbangan mereka terhadap diri sendiri dan Negara.
Kurikulum yang berkesan untuk pelajar-pelajar pintar cerdas dan
berbakat adalah kurikulum asas yang telah diubahsuai bagi memenuhi
keperluan mereka. Kurikulum yang telah diubahsuai mestilah sesuai
dengan ciri-ciri peribadi dan kelebihan setiap pelajar. Bagi
mengenalpasti keunikan peribadi pelajar-pelajar ini adalah agak sukar.
Bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar ini, guru perlu
mengubahsuai isi kandungan pengajaran yang terdiri daripada ideaidea, fakta, konsep dan maklumat deskriptif mengikut keperluan pelajar.

Pelajar-pelajar pintar cerdas berbakat ini bersifat kreatif dan suka


mencuba sesuatu yang baru. Keadaan ini menyebabkan mereka suka
mencipta kelainan dan cenderung mencipta sesuatu yang baru. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggalakkan pelajarpelajar ini menjalankan projek secara bersendirian atau berkumpulan.
Pelajar-pelajar ini juga sangat digalakkan untuk meneroka dan
mempelajari sesuatu pelajaran mengikut kaedah yang sesuai dan
disukai oleh mereka. Guru juga perlu menyediakan berbagai aktiviti yang
menarik dan kreatif di samping mengelakkan daripada menggunakan
aktiviti dan pendekatan yang sama. Hal ini, dikhuatiri pelajar-pelajar
pintar cerdas berbakat akan merasa bosan sekiranya guru
menggunakan cara dan kaedah yang sama dengan pelajar yang
normal(tipikal).
Keberkesanan kurikulum yang telah diubahsuai boleh dinilai
dengan melibatkan pelajar pinatr cerdas dan berbakat ini dalam aktiviti
penyelidikan dan penyelesaian masalah. Di samping itu, penguasaan
kemahiran asas perlu diuji dan ditingkatkan mengikut tahap dan konsep
kemahiran yang lebih tinggi. Tidak semestinya semua program yang
bersesuaian dengan seseorang pelajar turut sesuai dengan pelajar yang
lain. Setelah dikenalpasti melalui penilaian dan pentaksiran yang guru
jalankan maka mudah bagi guru untuk menentukan program-program
yang wajar bagi pelajar-pelajar pintar cerdas berbakat ini ikuti.
Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis
program; pengasingan, pemecutan (acceleration) atau pengayaan.
Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan
sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu
menggalakkan kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan

mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat


membantu perkembangannya secara optima.
Program pemecutan pula boleh dilaksanakan dengan dua cara.
Satu cara ialah dimana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah
mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas pada
peringkat lebih tinggi yang sesuai dengan perkembangan mereka untuk
subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid yang lebih tua
daripada mereka(senior). Cara kedua ialah di mana murid tersebut
disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan
ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada
kadar yang lebih cepat berbanding dengan rakan sebaya. Karen Roger
(1991) juga mencadangkan bahawa program pemecutan akan lebih
memberi manfaat apabila dilaksanakan pada tahap umur berbeza;

Pendidikan permulaan : kemasukan awal, melangkau kelas,


pembelajaran bukan di kelas, memampat kurikulum.

Pendidikan menengah rendah : melangkau kelas, memendekkan


kelas (grade telescoping),
pendaftaran serentak (concurrent
enrollment), pemecutan berasaskan subjek dan memampat

Pendidikan menengah atas : pendaftaran serentak di sekolah dan


universiti (concurrent enrollment), pemecutan berasaskan subjek, kelas
AP (advanced placement), program mentor, kredit melalui peperiksaan
(credit by examination), dan kemasukan awal ke pengajian tinggi
Manakala, program pengayaan merupakan program yang
melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan
sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan
seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan Negara.

Bagi membantu proses perkembangan pelajar pintar cerdas dan


berbakat ini, semua pihak perlu melibatkan diri sama ada ibu bapa,
penjaga pelajar, guru pembimbing mahupun rakan-rakan. Memiliki anak
pintar cerdas dan berbakat ini adalah satu cabaran kepada ibu bapa dan
guru. Ibu bapa perlu mengetahui keperluan dan pendekatan yang sesuai
bagi anak-anak ini. Di samping itu, ibu bapa dan guru tidak boleh terlalu
memaksa anak-anak ini melakukan sesuatu pada tahap yang terlalu
tinggi jika tidak dengan kemahuan anak-anak tersebut. Sebagai contoh,
anak-anak pintar cerdas dan berbakat yang layak memasuki universiti
pada usia yang sangat muda perlu dipertimbangkan dan diambil kira dari
segi kematangan mereka. Adakah mereka boleh menyesuaikan diri dan
mengurus kehidupan seharian dengan baik. Sekiranya anak-anak ini
menunjukkan tingkah laku yang positif, mudah menyesuaikan diri
dengan tempat dan persekitaran yang baru, dan ingin mencabar diri
melakukan sesuatu yang baru, anak-anak pintar cerdas ini boleh
meneruskan dan menerima tawaran memasuki universiti tersebut.
Selain itu, ibubapa perlulah bersedia untuk mengeluarkan
perbelanjaan yang agak tinggi bagi kanak-kanak yang dilahirkan cerdas
dan berbakat ini. Keperluan kanak-kanak pintar cerdas berbakat ini tidak
sama seperti kanak-kanak yang lain. Sebagai contoh kanak-kanak yang
dapat memasuki universiti pada usia yang muda sudah tentu
memerlukan belanja dari segi yuran pengajian, peralatan pengajian,
tempat tinggal, dan keperluan lain. Tempat tinggal yang disediakan
untuk kanak-kanak ini sudah tentu sangat kondusif dan dilengkapi
dengan kemudahan infrasruktur. Pihak yang menyediakan tempat
tinggal dan peralatan bagi kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini
juga memerlukan biaya dan perbelanjaan yang sangat tinggi bagi
mengekalkan kualiti dan keselesaan kepada kanak-kanak ini.

Di samping itu, makanan yang disediakan untuk pelajar-pelajar ini


juga sangat dititikberatkan dari segi kualiti dan khasiat makanan
tersebut. Semua makanan yang disediakan adalah makanan yang
berkualiti tinggi, berkhasiat dan memenuhi keperluan fizikal pelajar. Hal
ini adalah kerana makanan yang berkualiti tinggi dan berkhasiat dapat
membantu proses perkembangan pelajar-pelajar ini. Pelaburan dari segi
kewangan dari ibubapa dan pihak yang terlibat adalah sangat banyak
bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar ini dari pelbagai aspek.
Proses perkembangan pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat
ini juga memerlukan tenaga kerja dan masa daripada pihak ibu bapa
dan lebih-lebih lagi daripada guru. Cabaran yang perlu dihadapi oleh
guru adalah perlu mewujudkan persekitaran yang positif yang mana
pelajar-pelajar ini tidak rasa disisih daripada rakan sekelas yang lain.
Guru perlu mempunyai hubungan dan komunikasi yang baik dengan
ibubapa setiap pelajar bagi mengetahui dan mengenali diri serta
kebolehan pelajar. Guru juga perlu memupuk dan memberi pendidikan
yang sempurna supaya pelajar-pelajar ini dapat mempelajari sesuatu
perkara dalam pelbagai aspek.
Walaubagaimanapun, adalah penting untuk memahami bahawa
tidak semua pelajar mempunyai kecerdasan dan bakat yang sama dan
akan mencapai matlamat yang sama. Setiap pelajar mempunyai
kecerdasan dan kelebihan bakat yang berlainan, memerlukan
pendekatan dan akan mencapai matlamat yang berbeza untuk masa
depan mereka. Justeru, kita dapat lihat bahawa pelaburan dan
pengorbanan dari segi kewangan, tenaga dan masa oleh ibu bapa dan
guru sangat membantu proses perkembangan pelajar-pelajar pintar
cerdas dan berbakat ini.

Seterusnya, mari kita lihat sub-komponen terakhir yang terlibat


dalam proses perkembangan adalah kemajuan (progress).
Dalam Differentiated Model of Giftedness and Talent (DMGT), pelajar
pintar cerdas dan berbakat ini pada permulaannya boleh dibahagikan
kepada empat peringkat iaitu novice, advanced, proficient, and expert.
Jadi, dalam setiap peringkat ini akan diwakilkan dengan kuantitatif kadar.
Kuantitatif kadar disini bermaksud kita melihat seberapa cepat pelajarpelajar ini mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Contohnya, setiap
pelajar akan mempunyai matlamat yang telah ditetapkan beserta
dengan jangkaan masa yang diperuntukkan. Jadi, guru akan melihat
seberapa cepat pelajar-pelajar ini mencapai matlamat yang telah
ditetapkan, samada cepat sebelum atu selepas masa yang ditetapkan.
Akhir sekali, setiap anak-anak mempunyai hak untuk menerima
pendidikan seperti kanak-kanak tipikal yang lain walaupun mempunyai
masalah atau kekurangan upaya. Jadi ibubapa perlulah peka terhadap
segala perkembangan dan masalah yang didahapi oleh anak-anak
mereka supaya intervensi awal boleh diambil.

Posted by Pintar Cerdas ICT at 04:41 No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

DMGT- Kebolehah Semulajadi (Natural


Ability)
DEFINISI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS (PC)
Sebenarnya tidak ada satu definisi yang universal tentang pintar
cerdas (PC). Terdapat ahli professional yang memberi definisi PC
berdasarkan skor kecerdasan/IQ (con: WISC) di atas 130 atau140,

ataupun dua sisihan piawai lebih daripada normal (norm), atau 2.5%
daripada populasi. Menurut Carol Bainbridge (seorang ahli
Lembaga Indiana Association for the Gifted), tidak ada satu definisi yang
tentang PC yang boleh diterima oleh semua pihak. Wujudnya pelbagai
definisi PC telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai
tentang maksud PC. Malah, guru dan ibu bapa turut mendapati sukar
mencapai satu persetujuan kerana mereka menggunakan definisi yang
berbeza-beza. Justeru, untuk menghapuskan kekeliruan tersebut,
adalah wajar untuk memahami asal usul pembentukan istilah PC serta
kosep PC daripada pelbagai perspektif.
Istilah PC telah digunakan buat pertama kalinya oleh Francis
Galton pada tahun 1869, yang merujuk pada orang dewasa yang
menunjukkan bakat yang luar biasa dalam bidang tertentu (con: ahli
kimia yang pintar). Manakala kanak-kanak pula boleh mewarisi potensi
untuk menjadi orang dewasa yang pintar, dan kanak-kanak tersebut
digelar kanak-kanak PC. Lewis Terman memperkembangan pendangan
Galton dengan memasukkan elemen IQ. Pada tahun 1900an, beliau
menjalankan satu kajian jangka panjang tentang Kanak-kanak PC dan
mengkategorikan mereka yang mempunyai IQ 140 dan ke atas sebagai
kanak-kanak PC. Walau bagaimanapun, kajian beliau mendapati IQ
sahaja tidak dapat meramal kejayaan seseorang pada zaman dewasa.
Istilah
Pintar
cerdas/ gifted diperkenalkan
oleh Guy
M.
Whipple pada 1920. Konsep pintar merupakan satu istilah rasmi bagi
merujuk kanak-kanak yang memiliki kebolehan intelek yang luar
biasa. Davis & Rimm (1985) membahagikan kepintaran kepada 5
kategori:

1. Berasaskan tahap pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu bidang


yang diceburi
2. Berdasarkan markah pencapaian dalam satu-satu ujian kecerdasan
3. Berdasarkan peratusan (%) dalam ujian pencapaian
4. Berasasakan bakat semula jadi dalam sesuatu bidang atau beberapa
bidang
5. Berlandaskan kreativiti

Definisi Kepintaran (Giftedness) mengikut Public Law 100-297


Istilah kanak-kanak dan remaja pintar and berbakat bermaksud kanakkanak dan remaja yang menunjukkan bukti kebolehan pencapaian yang
tinggi dalam bidang-bidang seperti intelek, kreativiti, seni, atau
keupayaan kepimpinan, atau dalam bidang-bidang akademik yang
khusus, dan mereka yang memerlukan perkhidmatan atau aktiviti yang
tidak biasa diberikan oleh sekolah untuk memperkembangkan
kebolehan-kebolehan seperti yang disenaraikan di atas sepenuhnya.

The Federal Definition of Gifted and Talented in NCLB (No Child


Left Behind Act of 2001, US):
Istilah Pintar Cerdas dan Berbakat (gifted and talented) merujuk
kepada kanak-kanak atau remaja yang menunjukkan bukti pencapaian
yang tinggi dalam bidang intelek, kreativiti, seni, atau kapasiti
pepimpinan, atau dalam bidang akadmik yang khusus, dan yang
memerlukan perkhidmatan atau aktiviti yang tidak ditawarkan di sekolah
yang untuk memperkembangan sepenuhnya kapasiti tersebut (Title IX,
Part A, Section 9101(22), p. 544).

Gagnes Differentiated Model of Giftedness:


PC merupakan potensi yang perlu dipupuk, dan konsep ini membezakan
apa yang boleh dicapai dengan apa yang akan dicapai oleh kanakkanak. Keluarbiasaan potensi yang dimiliki oleh mereka merupakan apa
yang menyebabkan mereka pintar, namun, pesekitran menentukan
sama ada potensi tersebut membawa kepada kejayaan. Jadi, mereka
yang menggunakan definisi PC ini menekankan kepentingan kesesuaian
persekitaran.

DIFFERENTIATED MODEL OF GIFTEDNESS AND TALEND ( DMGT )


PENGENALAN
Menurut Gagne dalam DMGT,ia mencadangkan satu peperbezaan yang
jelas di antara kedua-dua konsep yang paling asas dalam bidang
pendidkan yang berbakat iaitu berbakat dan pintar cerdas.Yang
kedua,terdapat 5 komponen di dalam DMGT iaitu kebolehan
semulajadi,kecekapan,intrapersonal dan proses perkembangan.
Berbakat: merujuk kepada keadaan seseorang yang mempunyai
potensi untuk menjadi cemerlang dalam bidang-bidang yang tertentu
sama ada dalam bidang akademik atau dalam bidang bukan
akademik.Menurut Gagne(1995),seseorang itu akan dianggap berbakat
dalam bidang tertentu apabila dian menunjukkan potensinya dalam
biang tersebut.Kadang-kadang pencapaiannya dalam bidang itu belum
tentu terbukti dengan cemerlang.
Pintar Cerdas:merujuk situasi seseorang yang berbakat berjaya
mencapai kecemerlangan dalam domain-domain bakatnya pada

peringkat-peringkat yang tertentu(Gagne 1998;Pirto 1999).Individu pintar


cerdas ini adalah individu yang berbakat.Seorang yang berbakat belum
tentu akan menjadi seorang yang pintar cerdas.Banyak faktor yang akan
mempengaruhi laluan sesorang yang dianggap pintar cerdas dalam
sesuatu bidang ialah seorang yang berbakat dan juga yang cemerlang
dalam bidang yang tertentu.
Pintar cerdas merupakan potensi yang perlu dipupuk, dan konsep
ini membezakan apa yang boleh dicapai dengan apa yang akan dicapai
oleh kanak-kanak. Keluarbiasaan potensi yang dimiliki oleh mereka
merupakan apa yang menyebabkan mereka pintar, namun, pesekitran
menentukan sama ada potensi tersebut membawa kepada kejayaan.
Jadi, mereka yang menggunakan definisi PC ini menekankan
kepentingan kesesuaian persekitaran.

KEBOLEHAN SEMULAJADI (NATURAL ABILITIES / GIFT (G)

DMGT terbahagi kepada enam domain keupayaan semula jadi. Empat


daripadanya ialah kebolehan mental dan dua ialah kebolehan fizikal.
Untuk kebolehan mental , empat domain ialah :
1.

Intelektual ( intellectual GI)


kepintaran umum, hujah yang dilontarkan,lisan, nombor , ruang,
memori ; prosedur
2. Kreatif (creative GC)
penciptaan (penyelesaian masalah), imaginasi,kesenian
3. Sosial ( Social GS)
pengaruh ; pujukan, kefasihan, kepimpinan, keibubapaan, berinteraksi ;
kemudahan sosial, kebijaksanaan
4. Persepsi (Perceptual GP)
penglihatan, pendengaran, bau , rasa , sentuhan,
Manakala untuk kebolehan fizikal pula, dua domainnya ialah :
1. Otot (Mucsular GM)
kuasa, kelajuan, kekuatan, ketahanan
2. Kawalan motor ( Motor control- GR )
kelajuan ( tindak balas), ketangkasan, koordinasi, imbangan
Setiap domain mempunyai komponen-komponen tertetu dari pelbagai
aspek. Proses pembelajaran ataupun proses pembangunan bakat
semulajadi yang dirangsang oleh pemangkin luaran dan interpersonal.
Pemangkin-pemangkin ini memainkan peranan dalam membantu
pengembangan bakat.
Kebolehan semulajadi (natural ability) ini adalah bukan semulajadi. Ia
berkembang dalam perjalanan kehidupan seseorang terutama semasa
kanak-kanak melalui proses kematangan dan latihan formal.

Perkembangan dan tahap ekspresi dikawal oleh genetik dan keturunan


individu. Kebolehan semulajadi lebih mudah dilihat serta dikesan
semasa zaman kanak-kanak kerana kanak-kanak pembelajaran sistemik
yang terhad telah mengubah dan membawa mereka kepada bakat yang
spesifik Walaubagaimanapun, ia juga dapat dikesan pada individu yang
lebih tua iaitu orang dewasa melalui kelajuan dan kecekapan seseorang
individu dalam memperolehi sesuatu seperti pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang dan aktiviti tertentu. Dalam erti kata yang
mudah, kelajuan dan kecekapan dalam sesuatu pebelajaran adalah
tanda seseorang itu berbakat ( giftedness).Semakin cekap dan cepat
proses pembelajaran, kita akan mengangap semakin tinggi kebolehan
semula jadi seseorang itu.
DMGT juga berkait dengan kejadian semulajadi pada manusia. Ia
terbahagi kepada tiga peringkat iaitu :
1. Pada peringkat bawah sekali, ia berkaitan dengan proses dan struktur
genotype( contohnya DNA, RNA dan pengeluaran protein)
2. Peringkat kedua pula mengandungi pelbagai proses fisiologi dan
neurologi ( yang lebih dikelani sebagai endophenotypes) yang
memastikan badan dan otak berfungsi dengan baik. Kebanyakannya
dikenali sebagai sumber perbezaan dalam komponen kebolehan
semulajadi (G) dan intrapersonal (I).
3. Peringkat yang tertinggi ialah struktur anatomi yang dipanggil
exophenotypes
( contohnya
saiz otak, ketinggian dan fleksibiliti sendi).

Kebolehan semulajadi ini boleh dilihat ketika kanak-kanak


menyelesaikan dan melakukan aktiviti harian dan di sekolah. Misalnya,
kebolehan intelektual yang memerlukan mereka mmbaca dan bercakap
dalam bahasa asing atau memahami konsep matematik yang
baru. Dalam aspek pemprosesan kognitif, pelajar-pelajar cerdas pintar
biasanya apabila diuji dengan ujian-ujian psikometrik akan mendapat
skor Darjah Kecerdasan (DK) atau Intelligent Quotion (IQ) yang tinggi
biasanya melebihi 130 (Kyle 1998). Malahan, potensi kognitif dalam
bentuk potensi akademik dapat dilihat daripada keputusan peperiksaan
yang cemerlang. Selain itu ciri-ciri kognitif pelajar cerdas pintar
merangkumi keupayaan untuk menaakul idea-idea yang abstrak, cepat
memahami unsur-unsur utama dalam sesuatu isu, sangat empati,
ingatan yang kuat, dan berkecenderungan untuk menjadi terlalu asyik
dalam sesuatu topik yang diminati.
Robinson (2002) pula merumuskan ciri-ciri pelajar cerdas pintar
seperti berikut; mempunyai ingatan serta penaakulan yang luar biasa,
sangat suka kepada perkara-perkara intelektual berserta sifat ingin tahu
yang menebal, mempunyai strategi yang berbeza ketika menyelesaikan
sesuatu masalah, gemar mengajukan soalan-soalan yang susah, dan
memberikan pendapat yang ganjil hasil dari pemikiran yang mencapah.
Malahan, menurut Stemberg & Zhang (1995) berpendapat bahawa
kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kebolehan-kebolehan dari aspek
memiliki asas pengetahuan dan kebolehan untuk mengingati semula
maklumat dari ingatan yang tersimpan. Malahan, kanak-kanak ini mahir
menggunakan kemahiran dan strategi dalam menyelesaikan masalah
serta memiliki kemahiran metakognitif yang akan meregulasi. Apa yang
penting mereka dapat mengaplikasikan kemahiran dalam mengawal
penggunaan strategi dalam menyelesaikan masalah.

Francis Galton pula menyatakan kanak-kanak pintar cerdas


sebagai seseorang yang mempunyai penaakulan yang tinggi dan
melihat sesuatu itu di dalam perspektif yang berbeza daripada orang
biasa. Dalam erti kata lain, perkembangan awal mereka dapat dikenal
pasti sebagai seorang individu yang mempunyai pemikiran kognitif yang
arasnya adalah lebih tinggi daripada individu lain. Pandangan yang
dilontarkan oleh Galton adalah amat bernas kerana bukan semua
individu mempunyai pemikiran kognitif yang tinggi serta memerlukan
penerokaan yang lama untuk diambil oleh seseorang individu yang
biasa.
Untuk kebolehan kreatif pula banyak dilihat dalam aktiviti di mana
kanak-kanak menulis cerita pendek, mengarang lagu,meyelesaikan
masalah dan menghasilkan kerja sains, melukis poster yang cantik
ataupun bermain blok LEGO. Selain itu, antara ciri yang dipamerkan
dengan memiliki pemikiran yang kreatif ialah sangat yakin ketika
menjelaskan dan menyatakan idea-idea yang telah difikirkan serta ideaidea yang bernas itu terhasil daripada kebolehan mereka dalam
membuat hubung kait antara dua idea yang terpencil yang tidak dapat
dilihat dan difikirkan oleh orang lain. Malahan, mereka juga boleh
meneka dan mengecam akan kewujudan seseuatu masalah dalam
sesuatu perkara tertentu dan secara spontan mereka dapat bertindak
mengikut daya pemikiran yang kreatif. Relaitinya, idea yang sering
dilontarkan dapat dikekalkan dengan hujah-hujah yang boleh menarik
minat orang lain.
Apa yang lebih penting apabila mereka berjaya mengekalkan idea
dalam setiap perbincangan atau kolaborasi dengan mereka yang
normal. Dalam pada itu, mereka menunjukkan minat yang mendalam
dalam menghasilkan projek tertentu seperti projek sains dan robotik. Hal
ini demikian kerana projek-projek seperti ini akan menggalakkan mereka

supaya berimaginasi dengan lebih jauh dan mendalam. Jika ada yang
cuba menandingi idea yang telah dilakukan oleh mereka, pelbagai
persoalan akan diajukan sehingga mereka berpuas hati dengan jawapan
yang diberikan.
Kebolehan sosial boleh dilihat dalam aktiviti harian dimana kanakkanak berinteraksi dengan rakan sekelas, guru-guru dan ibu bapa.
Kebolehan fizikal dilihat dalam aktiviti sukan, muzik dan kerja kayu.,Akhir
sekali, kebolahan persepsi dan kebolehan fizikal dapat dilihat dalam
aktiviti yang dilakukan di sekolah, dalam aktiviti sukan atau seni
( menari, mengukir patung dan membuat kraftangan).

PENGEMBANGAN BAKAT YANG DINAMIK


PERATURAN ASAS DINAMIK / pertimbangan dinamik
Dalam DMGT , kebolehan semulajadi bertindak sebagai raw
material kepada bakat. Maksudnya, dengan adanya bakat, barulah
seseorang itu mempunyai kebolehan semulajadi yang baik. Dalam
kebanyakan situasi, seseorang itu tidak berbakat jika tidak
dianugerahkan kebolehan semulajadi terlebih dahulu. Contohnya,
fenomena dimana kemunduran akademik di kalangan kanak-kanak
berbakat dan berkebolehan intelektual.
Terdapat juga hubungan dinamik di antara pintar dan berbakat.
Oleh kerana status kebolehan semulajadi sebagai raw material,
kebolehan semualajadi yang mewakili kebolehan generik dapat dibentuk
dan digunakan dalam pelbagai kemahiran dan cara yang berbeza,
bergantung kepada bidang yang diceburi oleh seseorang.

Contohnya ketangkasan manual, salah satu daripada kebolehan


fizikal semulajadi, boleh dibentuk kedalam kemahiran tertentu kepada
pemain piano, doktor gigi , jurutaip atau pemain permainan video. Begitu
juga dengan kebolehan semulajadi kognitif iaitu pemikiran analitikal
boleh dibentuk dan diaplikasi ke dalam pemikiran saintifik seorang ahli
kimia, penganalisis pemain catur atau perancangan atlet yang strategik.
Posted by Pintar Cerdas ICT at 04:39 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
WEDNESDAY, 27 NOVEMBER 2013

Pintar Cerdas Dan Berbakat Dalam ICT


Maksud ICT
ICT adalah singkatan daripada Information and Communication
Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud
merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang
berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan
maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian
untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah,
melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet
dan komputer tetapi merangkumi televisyen,telefon,telefon mudah
alih,fax,telegram,PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan
maklumat.Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi
maklumat iaitu teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat
yang digunakan membuat suntingan dengan menggunakan teknologi,
untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej, dan
digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi

maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat


daripada sumber kepada penerima.
ICT dalam Pintar Cerdas dan Berbakat
ICT boleh memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan
individu pelajar pintar dan berbakat di seluruh fasa pembangunan di
dalam dan di luar bilik darjah. Ia boleh memberi peluang pengayaan
kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam dan merupakan salah satu
strategi untuk menyediakan peluang kurikulum yang berbeza.
Terdapat beberapa manfaat ICT untuk pelajar pintar cerdas dan
berbakat ialah boleh memberi peluang kepada pelajar berbakat untuk
kemajuan pada kadar yang sesuai dengan kebolehan masing-masing,
boleh menampung gaya pembelajaran individu pelajar, boleh memberi
peluang kepada pelajar untuk membangunkan dan mengamalkan
kemahiran pemikiran peringkat yang lebih tinggi, membolehkan pelajar
berkomunikasi dengan pelajar-pelajar lain yang pintar cerdas dan
berbakat di seluruh dunia, boleh digunakan sebagai sumber maklumat
yang kuat, boleh menyediakan peluang berstruktur untuk siasatan
berkumpulan, boleh memberi peluang untuk mengambil bahagian dalam
pengalaman pembelajaran kerjasama, dan membolehkan pelajar untuk
melibatkan diri dalam program-program pembelajaran jarak jauh.

Pelajar-pelajar yang pintar cerdas dan berbakat dalam bidang ICT akan:
1. Menunjukkan keupayaan ICT yang ketara yang dijangka untuk umur
mereka dengan tahap pencapaian yang lebih tinggi daripada yang
dijangkakan bagi kumpulan tahun mereka.

2. Belajar dan menggunakan teknik-teknik ICT baru dengan cepat.


3. Menggunakan inisiatif untuk mengeksploitasi potensi ciri-ciri yang lebih
maju alat ICT, contohnya menggunakan fungsi canggih dan formula
dalam spreadsheet.
4. Memindahkan dan menggunakan kemahiran dan teknik ICT dengan
yakin dalam konteks yang baru seperti menggunakan kemahiran yang
dipelajari dalam bidang ICT dan menggunakannya untuk mata pelajaran
lain.
5. Membantu pelajar-pelajar yang lain.
6. Memulakan
idea-idea
dan
menyelesaikan
masalah
dengan
menggunakan ICT dengan berkesan dan kreatif, membangunkan sistem
yang memenuhi keperluan peribadi dan kepentingan.
7. Memiliki kendiri - mereka tahu bagaimana mereka belajar dengan lebih
baik dan boleh memantau pembelajaran mereka.
8. Menjangka dan menangani masalah dengan memikirkan penyelesaian
yang kreatif dan dapat menentukan penyelesaian terbaik.
9. Menumpukan perhatian untuk tempoh yang lebih lama.
Pelajar pintar cerdas dan berbakat juga belajar dan menggunakan
teknik-teknik ICT baru dengan cepat, sebagai contoh, murid-murid
menggunakan kekunci pintasan untuk tugas-tugas rutin dengan
berkesan dan sewajarnya, mereka dengan cepat menggunakan teknikteknik untuk mengintegrasikan aplikasi seperti mengemel. Mereka juga
menggunakan inisiatif untuk mengeksploitasi potensi ciri-ciri yang lebih
maju dengan menggunakan alat ICT. Sebagai contoh, murid-murid akan
menyiasat kod sumber HTML laman web dan menggunakan ciri-ciri
seperti kaunter atau bingkai reka bentuk web mereka sendiri untuk
memindahkan dan menggunakan kemahiran dan teknik ICT.

Pelajar pintar cerdas dan berbakat juga akan meneroka secara bebas di
luar topik yang diberikan kepadanya. Sebagai contoh, mereka membuat
keputusan secara bebas untuk mengesahkan maklumat yang mereka
dapati dari laman web. Mereka akan memulakan idea-idea dan
menyelesaikan masalah menggunakan ICT dengan berkesan dan
kreatif, membangunkan sistem yang memenuhi keperluan peribadi dan
kepentingan mereka. Sebagai contoh, mereka mencipta sebuah laman
web kelab peminat interaktif yang menghantar surat berita bulanan
kepada pelanggan elektronik (sama ada bekerja sendiri, atau bersamasama dengan rakan-rakan).
Sumber:
Gifted and talented children understanding and suppoting their development by christine

Macintyre
http://books.google.com.my/books?id=nAVqCBb-dFsC&pg=PA236&dq=kanakkanak+pintar+cerdas&hl=en&sa=X&ei=Mn1sUpTqMcHDrAfw4oCQAg&redir_esc=y#v=onepage
&q=kanak-kanak%20pintar%20cerdas&f=false

http://ibu2be.blogspot.com/2010/12/20-kelebihan-kanak-kanak-pintar.html

http://www.becta.org.uk/techology/infosheet

Posted by Pintar Cerdas ICT at 06:30 No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Differentiated Model of Giftedness and


Talent (DMGT)

DMGT merupakan singkatan kepada Differentiated Model of Gifted and


Talented atau model perbezaan pintar cerdas dan berbakat. Model ini
mula diperkenalkan oleh Robert Mils Gagne iaitu pakar psikologi
pendidikan Amerika pada tahun 1985. Model ini menceritakan kepada
umum bagaimana individu pintar cerdas ini boleh diukur. Gagne telah
mengumpulkan semua pemboleh ubah yang relevan dalam setiap
komponen dibawah model DMGT. Model DMGT Gagne (2009)
memperkenalkan tujuh komponen iaitu Academic (TC), Technical (TT),
Arts (TA), Social Service (TP), Administration Sales (TM), dan Business
Operations (TB).

Posted by Pintar Cerdas ICT at 06:18 No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Kenali Individu Pintar Cerdas


Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanakkanak pintar cerdas
Pengamatan tinggi
Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak
yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang.

Keinginan untuk tahu tinggi


Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau
sesuatu acara.
Minat mendalam
Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka
masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau
dalam hal tersebut.
Menerima infomasi dengan pantas
Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan
cepat dan banyak.
Ingatan yang tinggi
Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk
pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat.
Mungkin dapat membaca lebih awal
Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun.
Kerap membaca serta meluas
Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta
membaca dengan pantas.
Tatabahasa yang tinggi
Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka
menggunakan perkataan yang baru dan unik.
Tahap penumpuan yang lama

Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan


yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak
menggunakan daya pemikiran.
Kebolehan menyelesaikan masalah
Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah
yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang
tinggi.
Suka bertanya dengan lebih teliti
Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang
berlaku.
Keupayaan imaginasi yang tinggi
Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan
boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala
kebimbangannya.
Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan
populasi dunia,isu-isu alam sekitar.
Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh
mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau
mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana
sangat simpati terhadap haiwan.
Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan

Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri
sendiri malah untuk orang lain.
Bersemangat dan bertenaga
Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi
mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan
kehidupan seharian
Pandai berjenaka
Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang
mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami.
Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak
dapat dilakukan dengan sempurna.
Perkembangan asynchronous
Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata
sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanakkanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti
sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya.
Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar
cerdas
Permasalah dari segi perkembangan asynchronous
1. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel
mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani
perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan

membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa


hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain
2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan
membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya
menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan
mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah
kekecewaan
3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti
isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis
kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang
Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan
memberi alasan
1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu
mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap
kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sengguh pun mereka
itu bijak
2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa
lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang
mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.
3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan
guru
Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta
masalah emosi yang sensitif

1. Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap


kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa
2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap
soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari
jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial
3. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk
memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidak
adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini
mereka akan mengalami masalah introverted dan mungkin menjurus
kearah existential depression.

Posted by Pintar Cerdas ICT at 05:56 No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
TUESDAY, 26 NOVEMBER 2013

Sejarah Perkembangan Kanak-kanak


Pintar Cerdas Di Malaysia
Pendidikan di negara Malaysia tidak menekankan kepada pembezaan
pembelajaran yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar pintar cerdas .
Tanpa mengira lokasi dan tempat tinggal, semua pelajar pintar cerdas ini
memerlukan satu pendekatan berbeza yang dapat meningkatkan tahap
pembelajaran mereka selaras dengan kebolehan mereka yang boleh
belajar di aras kognitif yang lebih tinggi. Buat masa ini, tidak wujud satu
akta yang menekankan kepada proses pembelajaran pelajar-pelajar
pintar cerdas. Akta sedemikian amatlah penting untuk memastikan
keperluan pelajar-pelajar pintar cerdas di Malaysia dapat dipenuhi dan

potensi semula jadi yang wujud dalam diri mereka tidak terkulai separuh
jalan.
Pemerhatian menunjukkan bahawa pembangunan pendidikan pelajar
pintar cerdas di Malaysia amat jarang diberikan pemerhatian walaupun
Malaysia telah merdaka 53 tahun yang lalu. Dalam sistem pendidikan di
Malaysia, pelajar-pelajar pintar cerdas pernah diberikan peluang untuk
belajar ditahap yang lebih tinggi melalui Sistem Kelas Ekspress yang
telah dilaksanakan pada tahun 1962. Pelajar- pelajar tersebut
dikenalpasti dahulu sebelum diberikan peluang untuk memendekkan
tempoh pembelajaran disekolah rendah dari enam kepada lima tahun.
Dari tempoh tersebut sehingga ke awal 1980an, Kementerian Pelajaran
Malaysia tidak menyediakan satu program yang khusus untuk
memenuhi keperluan pembelajaran pelajar-pelajar pintar cerdas
sehinggalah Persatuan MENSA Malaysia ditubuhkan pada tahun 1983
dengan keahlian seramai 140 oarang pelajar.
Disebabkan oleh keperluan untuk menyediakan satu bentuk pendidikan
bagi pelajat pintar cerdas wujud, maka pada tahun 1985, Prof. Madya
Azman Wan Cik, pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya telah
memperkenalkan program Pintar Cerdas BAKA melalui penyelidikan
beliau. Program berbentuk penyelidikan tersebut telah menggunakan
satu ujian dinamakan BAKA untuk mengenalpasti pelajar pintar cerdas
yang ada di Malaysia.
Ini seterusnya di susuli dengan penubuhan Persatuan Kanak-Kanak
Bergeliga Malaysiapada tahun 1987. Persatuan ini kemudiannya telah
menjadi pentas kepada perbincangan dan perkongsian diantara para
individu termasuk guru, para akademik dan ibu bapa yang berminat atau
terlibat dengan pendidikan pelajar pintar cerdas.

Pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia telah


memperkenalkan Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS) untuk para pelajar
darjah tiga bagi mengenalpasti pelajar-pelajar pintar cerdas. Pemilihan
tersebut berdasarkan pencapaian akademik, dan pelajar-pelajar
yang cemerlang diberikan peluang untuk terus ke darjah lima. PTS
dilaksanakan sehingga tahun 2001 dan kemudiannya dimansuhkan
kerana beberapa masalah. Sehingga akhir tahun 2006, belum ada
sebarang usaha, peruntukan, mahu pun program yang dirangka khusus
bagi membantu pelajar-pelajar pintar cerdas untuk meningkatkan
potensi diri mereka dalam bidang akademik dan kehidupan.
Sejarah pendidikan pelajar pintar cerdas di Malaysia bermula semula
pada tahun 2007 apabila seorang kanak-kanak pintar cerdas matematik,
Adi Putra Abd. Ghani menjadi perhatian media massa. Beliau telah diuji
tahap kepintarannya oleh Prof. Madya Dr. Noriah Mohd. Ishak seorang
pakar kaunseling dan psikologi dan Dr. Rosadah Abd. Majid
seorang pakar bidang bidang pendidikan khas untuk kanak-kanak pintar
cerdas dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Adi Putra didapati
mempunyai kepintaran yang superior dalam beberapa bahagian
matematik. Adi Putra kemudiannya telah ditawarkan beberapa
pilihan program pembelajaran berbentuk pecutan dan pengayaan oleh
beberapa buah universiti tempatan. Ini merupakan titik tolak kepada
permulaan program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas di Malaysia
selepas program BAKA yang diperkenalkanpada awal tahun1970an.
Bertitik tolak dari Adi Putra dan dengan kesungguhan Tan Sri Dato
Dr Sharifah Hapsah Syed Shahabudin, Naib Canselor UKM serta
sokongan padu YAB Datin Seri Paduka Rosmah Mansor yang ketika itu
adalah isteri kepada Timbalan Perdana Manteri Malaysia, projek
PERMATA pintar seterusnya telah digarap dengan teliti.

Adalah menjadi harapan negara supaya projek ini dapat mengcungkil


lebih ramai pelajar-pelajar pintar yang berada di seluruh pelusuk negara
tanpa mengira bangsa, agama, latar belakang keluarga dan budaya. Ini
merupakan satu program yang dapat menggambarkan konsep satu
Malaysia yang diketengahkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam.
Posted by Pintar Cerdas ICT at 03:15 1 comment:

pintar cerdas dan berbakat


1.0

Pendahuluan
Pendidikan pintar cerdas merupakan satu aspek pendidikan yang sangat penting dan telah
diberikan perhatian oleh banyak negara. Ini kerana terlalu ramai kanak-kanak yang memiliki
tahap keupayaan yang luar biasa. Oleh itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab telah menyedari
dan mengambil tindakan dalam membantu masalah ini. Malaysia merupakan sebuah negara yang
komited untuk mengembangkan institusi pendidikan di mana kedua-dua ekuiti dan
kecemerlangan merupakan matlamat utama proses pembelajaran bagi setiap pelajar. Senario
pendidikan di Malaysia sekarang tidak menekankan kepada pembezaan pembelajaran yang dapat
dimanfaatkan oleh pelajar pintar cerdas. Tanpa mengira lokasi dan tempat tinggal, semua pelajar
pintar cerdas ini memerlukan satu pendekatan berbeza yang dapat meningkatkan tahap
pembelajaran mereka yang selaras dengan kebolehan kognitif mereka.
Buat masa kini, tidak terdapat satu pun akta yang menekankan kepada proses
pembelajaran pelajar-pelajar pintar cerdas. Sebenarnya, akta beginilah penting untuk memastikan
keperluan pelajar-pelajar pintar cerdas di Malaysia. Ini kerana untuk memenuhi setiap potensi
semula jadi yang wujud dalam diri mereka tidak terkulai separuh jalan. Negara-negara yang
mempunyai tamadun purba terawal seperti Cina, Athens, Jepun, dan Rom telah lama memberi
perhatian terhadap individu berbakat. Di Cina semasa pemerintahan dinasti Tang, kanak-kanak
yang berbakat telah dihantar ke institusi khusus untuk belajar sesuatu ilmu tertentu yang
dianggap penting kepada masyarakat pada waktu itu. Ada diantara mereka yang dihantar untuk
mempelajari sistem perundangan sejak kecil lagi.
Dapat kita perhatikan bahawa pembangunan pintar cerdas di Malaysia amat jarang diberi
perhatian walaupun Malaysia telah medeka 52 tahun yang lalu. Memandangkan perubahan
fizikal, emosi, dan kognisi yang dialami oleh setiap remaja berlaku dengan pesat dan tahap yang
berbeza, justeru peluang pembelajaran yang ditawarkan kepada mereka perlu direka khusus
untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang unik serta dapat memenuhi keperluan
lengkung pembelajaran pelajar yang pelbagai. Sejarah pendidikan pelajar pintar cerdas di
Malaysia bermula apabila pada tahun 2007 apabila seorang kanak-kanak pintar cerdas
matematik, Adi Putra Abd. Ghani menjadi perhatian media massa.

2.0

Definisi Pintar Cerdas

Terdapat pelbagai definisi mengenai pintar cerdas. Perbezaan kepada definisi adalah berdasarkan
aspek-aspek konservatif atau liberal, satu atau pelbagai dimensi dan fokus kepada potensi atau
prestasi.
Konservatif atau liberal
Konsep ini cenderung menghadkan bidang yang termasuk di bawah kategori pintar cerdas.
Definisi ini menggunakan satu kriteria sahaja seperti satu kecerdasan tinggi yang diukur
menggunakan ujian IQ untuk mendefinisikan pintar cerdas.
Satu atau Pelbagai Dimensi
Sesetengah definisi memfokus kepada pencapaian di dalam domain akademik sahaja sementara
yang lain memasukkan pencapaian di dalam beberapa domain lain. Lebih banyak dimensi yang
diambil kira di dalam mendefinisi yang pelbagai menunjukkan satu usaha untuk mengelakkan
daripada mengenepikan individu yang benar-benar pintar cerdas. Pada masa yang sama terdapat
pengiktirafan bahawa definisi pintar cerdas perlu diperluaskan, tetapi ia tidak boleh menjadi
begitu luas sehingga semua individu dianggap sebagai pintar cerdas iaitu luar biasa kerana
keluarbiasaan akan menjadi suatu norma pula.
Potensi atau Prestasi
Pintar cerdas adalah sesuatu yang dicipta dan bukan yang dijumpai. Ia adalah apa yang
masyarakat mahukan. Kita memilih dimana untuk meletakkan individu pintar cerdas dan
individu yang berkebolehan biasa. Dalam erti kata lain ialah politikal dan psikologikal. Oleh itu,
kita perlu sedar penilaian kita tentang kebolehan dan keperluan kanak-kanak dengan kesedaran
akan limitasi, konstruk dan alat yang membimbing dalam amalan kita berkaitan kanak-kanak
pintar cerdas.

2.1

Istilah-Istilah Yang Sering Digunakan


Berbakat atau Gifted merujuk kepada keadaan seseorang yang mempunyai potensi untuk menjadi
cemerlang dalam bidang-bidang tertentu sama ada dalam bidang akademik atau dalam bidang
bukan akademik. Gagne (1995) berpendapat bahawa seseorang itu dianggap berbakat apabila dia
menampakkan potensinya dalam bidang tersebut. Kadang-kadang pencapaiannya dalam bidang
yang diceburi itu belum tentu terbukti cemerlang.

Pintar cerdas atau Talented ialah keadaan seseorang yang berbakat berjaya menempa
kecemerlangan dalam domain-domain bakatnya pada peringkat-peringkat tertentu (Gagne 1998;
Piirto 1999). Pintar cerdas berpunca dari suatu sifat yang sedia ada dalam diri seseorang itu.
Individu sebegini merupakan seorang individu yang berbakat. Sebaliknya pula, individu yang
berbakat belum tentu menjadi seorang yang pintar cerdas. Banyak faktor yang mempengaruhi
laluan seseorang itu daripada berbakat kepada pintar cerdas.
Pintar Cerdas Berbakat (PCB) atau Gifted and Talented merupakan satu kategori umum
yang merangkumi semua jenis bakat atau kecerdasan di kalangan individu. Istilah ini sering
diguna dalam penulisan-penulisan ilmiah yang dirujuk untuk kajian ini. Ringkasnya PCB
merupakan satu trait sama ada masih dalam bentuk potensi atau sudah menempa kecemerlangan
pada tahap-tahap tertentu. PCB tidak merujuk kepada satu sifat yang tetap atau kekal. Sebaliknya
PCB sentiasa berubah mengikut keadaan dan persekitaran (Renzulli, 2002). Ada kalanya
persekitaran akan menyumbangkan kepada perkembangan individu menjadi pintar cerdas
daripada keadaannya yang asal yang dikenali sebagai berbakat.
Tidak mencapai tahap (TMT) atau Underachievement iaitu seseorang yang gagal
mencapai kecemerlangan setanding dengan bakat. Kemampuan kognitif merujuk kepada
kemahiran dan pemprosesan mental seseorang untuk menyelesaikan tugasan yang melibatkan
pemikiran.
3.0

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pintar Cerdas


Ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas ini adalah berdasarkan beberapa definisi yang berasaskan
konsep bahawa satu keupayaan yang mendasari proses kognitif dan keupayaan satu atau lebih
yang membezakan tahap pintar cerdas seseorang itu.
IQ tinggi
Keupayaan pelbagai
Pemerosesan maklumat
Perbezaan secara kualitatif
Kreativiti
Prestasi luar biasa
Kemahiran metakognisi

Kesedaran kendiri yang tinggi


Cemerlang mengurus kendiri
Motivasi kendiri tinggi
Penumpukan perhatian yang tinggi
Lokus kawalan dalaman yang tinggi
Berdikari
Kemahiran bahasa dan percakapan
Kemahiran sosial tinggi
Membina rasa takut pada usia muda
Penghargaan kendiri tinggi
Mencari kesempurnaan
Terlampau sensitif
Mudah berasa kecewa
Sangat malang
(Gardner, Renzulli, Clark (Gargiulo 2006) dan Sousa (2003).

3.1 Ciri Negatif Dan Cabaran Yang Dihadapi Oleh Kanak-Kanak Pintar Cerdas
Selain daripada ciri-ciri di atas, kanak-kanak pintar cerdas juga memiliki ciri-ciri yang boleh
dikatakan bersifat negatif seperti perkembangan asynchronous. Kanak-kanak pintar cerdas
dikatakan mengalami perkembangan tersebut apabila perkembangan fizikal, intelek, emosi dan
sosialnya tidak sekata dan setara dengan usianya. Untuk menjelaskan lagi penerangan tersebut,
sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun yang mempamerkan tingkah laku yang setara
dengan umur 10 tahun tetapi mungkin mempunyai tahap emosi seperti kanak-kanak berusia 6
tahun.kesan daripada perkembangan tidak sekata ini, kanak-kanak pintar cerdas yang boleh
memahami secara intelek mengenai perkara yang lebih mendalam dari kemampuan rakan
sebayanya menyebabkan ketidakstabilan emosi berlaku.
Dalam aspek perkembangan fizikal pula ialah mereka mampu menyelesaikan sesuatu
tugasan yang dirasakannya begitu mudah diselesaikan dalam gambaran intelek mereka. Sikap
ketelitian yang terlampau menyebabkan mereka terdorong untuk berasa kecewa apabila sesuatu
yang diinginkan tidak dapat dipenuhi. Mereka lebih gemar melibatkan diri dalam perbualan
orang dewasa mengenai isu-isu global, politik dan member pendapat tentang isu tersebut. Sikap
mementingkan kesempurnaan yang tinggi boleh mendorong kanak-kanak ini kearah takut untuk

gagal. Kesannya akan menyebabkan mereka mudah berputus asa dan tidak mampu untuk
melaksanakan sesuatu tugasan.
Menurut Davis & Rimm (1998) menyatakan bahawa faktor persekitaran seperti masalah
keluarga, masalah komunikasi, diskriminasi terhadap golongan ini, masalah tidak dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran, dan pandangan orang lain terhadap mereka
menyebabkan masalah mereka bertambah. Mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannya
berbanding kanak-kanak lain menghadapi masalah penyesuaian diri dengan rakan sebaya (Bee
1999).
Oleh yang sedemikian, ketika berdepan dengan masalah perbezaan tersebut, kanak-kanak
ini akan mengalami kemurungan kerana gagal menghadapi kemahiran sosial yang sesuai dengan
tahap kepintaran mereka. Jadi mereka akan berpura-pura tidak bijak dengan tidak mencapai
pencapaian yang sebenar.
4.0

Teori-Teori Dalam Pintar Cerdas.

Teori:

Developmental Theories of Intelligence


-piaget- Intelligent Theorist
-nonuniversal Theory- Feldman

Cognitive Theories of Intelligence


-Multiple Intelligence Theory (MI)- Howard Gardner
-Triarchic Theory- Robert Stenberg

Psychosocial Theories of Giftedness


-overexcitability Theory- Dabrowski
-Renzulli Theory- Renzulli
-Tannembaum;s Theory- Tannembaum

Comprehensive Theories
-Feldhusens TIDE Model- Feldhusen
-gagnes Differentiated Model of Giftedness and Talent- Gagne

5.0

Kerangka Teori Berasaskan Model Berbakat Dan Pintar Cerdas Gagne

Model ini adalah hasil usaha Gagne (1995) untuk mengurangkan kecelaruan yang timbul kerana
penggunaan perkataan berbakat dan pintar cerdas secara bebas. Gagne berpendapat bahawa
seseorang itu mungkin dilahirkan dengan aptitud atau kecenderungan semulajadi untuk
melakukan sesuatu. Domain-domain termasuk aspek intelek, penghasilan kreatif, kepimpinan
berserta interpersonal, dan psikomotor. Aptitud merujuk kepada potensi kecekapan seseorang
untuk melakukan sesuatu. Ia mungkin ciri semula jadi seseorang atau mungkin juga yang ciri
yang dipelajari. Justeru itu, Gagne (1995) menegaskan bahawa aptitud adalah bakat semula jadi.
Individu yang berbakat semula jadi atau yang mempunyai aptitud yang tinggi dalam
domain-domain tertentu yang berguna kepada masyarakat, akan berkembang menjadi individu
pintar cerdas. Ini adalah kesan daripada proses perkembangan yang dipacu oleh pemangkinpemangkin yang membantu. Pemangkin tersebut kemungkinan daripada unsur intrapersonal dan
juga daripada unsur persekitaran. Model ini meletakkan teras kepentingan terhadap proses
perkembangan yang meliputi pembelajaran, latihan, dan percubaan. Sebagai contoh, seorang
kanak-kanak yang mempunyai potensi akan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaannya. Berkemungkinan dia berada pada kedudukan 5% teratas dalam kumpulan yang
seumur dengannya dalam keputusan peperiksaan tersebut. Begitu juga dengan sebaliknya. Hal
ini mungkin disebabkan oleh masalah dalam proses perkembangan yang dilalui yang kurang
membantu kearah pencapaian tersebut.
Mungkin fenomena ini berlaku disebabkan oleh kekurangan pada pemangkin-pemangkin.
Antaranya ialah persekitaran yang tidak membantu, sifat dan sikap diri yang berpegang pada
nilai yang salah ataupun minat yang lebih memberi tumpuan kepada perkembangan diri dalam
bidang lain seperti dalam bidang sukan contohnya. Namun individu terbabit kadang kala
berhadapan dengan situasi di mana dia terhalang daripada peluang untuk menggunakan
kemampuan semula jadinya yang berprestasi tinggi itu. Justeru itu, mereka tidak berpeluang
untuk mempamerkan kemampuan mereka dalam golongan yang pintar cerdas. Ini disebabkan
oleh keadaan atau persekitarannya yang tidak menyokong keperluan pembelajarannya (Gagne
1995, Piirto 1999).

Posted by shida at 22:07

Anda mungkin juga menyukai