Anda di halaman 1dari 11

STRATEGIC MANAGEMENT IN EDUCATION

SGDU 6093
ULASAN ARTIKEL
TENGKU ASMALIZA BINTI TENGKU BRAHIM
S827974

ARTIKEL 1 : Kepemimpinan Distributif, Faktor Kontekstual Dan Efikasi Kendiri Guru Di

Malaysia oleh Rosnarizah Abdul Halim dan Hussein Hj Ahmad.

ARTIKEL 2 : Amalan Kepimpinan Distributif Guru Besar Terhadap Efikasi Kendiri Dalam

Kalangan Guru Prasekolah oleh Sinirah Ahmad dan Aida Hanim A. Hamid.

PENGENALAN

Dunia pendidikan berubah mengikut arus globalisasi. Pendidikan di Malaysia

bergerak seiring dengan perubahan globalisasi dan mengalami impak perubahan dalam usaha

negara untuk mencapai kecemerlangan pendidikan bertaraf global. Ishak (2009)

mendefinisikan kepemimpinan distributif ketika Seminar Nasional Pengurusan Dan

Kepemimpinan Pendidikan Ke 16 yang anjuran Institut Aminuddin Baki sebagai kesediaan

pemimpin secara sukarela berkongsi memimpin Bersama orang bawahan bagi

membangunkan potensi individu. Kepemimpinan distributif ini bersamaan kepada amalan

pemimpin mengagihkan tugasan, membuat keputusan bersama, akauntabiliti dan

tanggungjawab.
Kepimpinan distributif yang menjadi perhatian pengkaji-pengkaji bidang sains sosial

di Malaysia selaras dengan agenda dalam Gelombang Kedua Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013 – 2025 (PPPM 2013-2025), PPPM 2013 – 2025 berfokus untuk

meningkatkan profesion perguruan dan berubah ke arah kepimpinan distributif (PPPM,

2013).

Dalam perkembangan sistem pendidikan masa kini, amalan kepimpinan pemimpin

sekolah yang lebih fleksibel dan bercorak perkongsian adalah perlu diamalkan supaya dapat

menyuntik semangat dan motivasi guru-guru supaya mereka lebih efek dan meninggikan

tahap efikasi kendiri guru. Kepimpinan distribute perlu difahami oleh pemimpin sekolah

untuk melaksanaan dan mengamalkannya dengan jelas seperti memberi peluang kepada guru-

guru untuk menjadi ketua dalam bidang-bidang kepakaran mereka. Mereka seharusnya diberi

peluang untuk menyumbang idea kreatif, berdialog secara terbuka dan terlibat dalam

perbincangan yang mencakupi bidang tugas atau rangkaian masing-masing. Ini juga akan

membawa kepada motivasi kerja yang tinggi kerana guru berasa kepakaran dan kebolehan

mereka dihargai oleh pihak pentadbir.

Dua artikel yang dipilih membincangkan kajian yang dijalankan untuk menguji

hubungan antara kepimpinan distributif dengan efikasi kendiri guru. Artikel pertama yang

bertajuk ‘Kepemimpinan Distributif, Faktor Kontekstual Dan Efikasi Kendiri Guru Di

Malaysia’ oleh Rosnarizah Abdul Halim dan Hussein Hj Ahmad yang diterbitkan dalam

Jurnal Kepimpinan Pendidikan (Jupidi) pada tahun 2015. Artikel kedua yang dipilih ialah

‘Amalan Kepimpinan Distributif Guru Besar Terhadap Efikasi Kendiri dalam kalangan Guru

Prasekolah’ oleh Sinirah Ahmad dan Aida Hanim A. Hamid dalam ‘Malaysian Journal of

Social Sciences and Humanities (MJSSH)’ pada tahun 2021.


PERSAMAAN ARTIKEL

Oleh kerana kedua-dua artikel ini membincangkan persoalan asas kepimpinan yang sama,

ianya tidak dapat lari dari mempunyai kesamaan dalam beberapa perkara meliputi penulisan

artikel atau prosedur-prosedur pengendalian kajian itu sendiri. Dapat dilihat persamaan yang

nyata antara kedua artikel ini ialah:

i) Metodologi

Kajian oleh Rosnarizah dan Hussein (2015) serta kajian oleh Sinirah dan Aida

Hanim (2021) menggunakan penyelidikan kuantitatif yang mana tinjauan

dijalankan dengan menggunakan soal selidik untuk mengumpul data dari guru

sasaran mengenai amalan kepimpinan distributif pemimpin sekolah dan tahap

efikasi kendiri guru. Menurut Sukamolson (2007), kaedah tinjauan adalah cabang

kaedah persampelan saintifik yang mana soal selidik yang dirancang untuk

mengukur ciri-ciri populasi tertentu melalui penggunaan kaedah statistik.

ii) Objektif kajian

Antara objektif kajian kedua-dua artikel ini yang utama adalah sama iaitu untuk

menganalisis hubungan antara kepimpinan distributif pemimpin sekolah dengan

efikasi kendiri dalam kalangan guru.

ARTIKEL 1

a) menganalisis hubungan kepemimpinan distributif dengan efikasi kendiri guru

SBP dan SMK;

b)menganalisis perbezaan pengaruh kepemimpinan distributif berdasarkan

persepsi guru yang mengajar di SBP dan SMK;


c) menilai hubungan kepemimpinan distributif dengan efikasi kendiri guru SBP

dan SMK setelah mengambil kira faktor kontekstual sebagai pemboleh ubah

perantara; dan

d)menganalisis kesan sumbangan kepemimpinan distributif dan faktor

kontekstual terhadap efikasi kendiri guru SBP dan SMK dan menentukan impak

pemboleh ubah penyumbang terkuat kepada varians dalam efikasi kendiri guru

.ARTIKEL 2

Mengenal pasti tahap amalan kepimpinan distributif guru besar.

ii. Mengenal pasti tahap efikasi kendiri dalam kalangan guru prasekolah daerah

Tawau. iii. Menentukan hubungan antara kepimpinan distributif guru besar

dengan efikasi kendiri dalam kalangan guru prasekolah daerah Tawau

iii) Analisis Data

Data deskriptif kedua-dua kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical

Package for Social Science (SPSS). Untuk kajian Rosnarizah dan Hussein (2015),

data deskriptif dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social

Science (SPSS) IBM 20.0 dan bagi analisis Model Persamaan Struktural atau

Structural Equation Modelling (SEM) penyelidik menggunakan perisian SPSS

AMOS 21.0. Bagi kajian Sinirah dan Aida Hanim (2021) , perisian SPSS versi 26

digunakan untuk menganalisis data kajian dan objektif kajian dapat dicapai

melalui kaedah analisis deskriptif dan infrensi (korelasi pearson).

iv) Kajian Rintis

Kedua-dua kajian ini adalah kajian lanjutan di mana ia mempunyai kajian rintis

sebelumnya. Untuk kajian Rosnarizah dan Hussein (2015), kajian rintisnya ialah

Kajian Eksplorasi Kepemimpinan Distributif di sekolah-sekolah menengah

terpilih di Malaysia (Rosnarizah et al, 2009) manakala untuk kajian Sinirah dan
Aida Hanim (2021), kajian rintis dilaksanakan di 33 buah sekolah rendah yang

melibatkan 69 buah kelas prasekolah dalam daerah Lahad Datu.

v) Dapatan Kajian

Dapatan kajian Sinirah dan Aida Hanim (2021) disokong oleh dapatan kajian

Rosnarizah dan Hussein (2015) yang mana dapatan kajian menunjukkan amalan

kepimpinan distributif pemimpin sekolah secara signifikan menyumbang kepada

efikasi kendiri guru.

ARTIKEL 1

Amalan Kepimpinan Distributif 4.12 Tinggi Visi, Misi dan Matlamat 4.22 Tinggi

Budaya Sekolah 4.12 Tinggi Amalan Kepimpinan 4.02 Tinggi Tanggungjawab

Bersama 4.11 Tinggi

vi) Jurnal Berwasit

Jurnal berwasit bermaksud setiap artikel yang diterbitkan telah melalui proses

perwasitan atau dirujuk kepada pakar yang dilantik oleh pihak penerbit jurnal,

biasanya melibatkan 2-5 orang pewasit bagi setiap artikel. Mereka merupakan

pakar dalam bidang yang menjadi topik utama artikel tersebut. Artikel kajian

Rosnarizah dan Hussein (2015) di terbitkan dalam Jurnal Kepimpinan Pendidikan

(Jupidi) pada tahun 2015 dan artikel kajian Sinirah dan Aida Hanim (2021) di

terbitkan dalam ‘Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)’.

Dapat dirumuskan persamaan antara ke dua artikel ini dalam jadual di bawah :

PERKARA ARTIKEL 1 DAN ARTIKEL 2


METADOLOGI Kajian kuantitatif (Kaedah Tinjauan).
OBJEKTIF Menganalisis hubungan antara kepimpinan distributif dengan
efikasi kendiri guru.
ANALISIS DATA Statistical Package For Sosial Science (SPSS).
KAJIAN RINTIS - Kajian Eksplorasi Kepemimpinan Distributif di sekolah-
sekolah menengah terpilih di Malaysia (Rosnarizah et al,
2009) ( ARTIKEL 1)
- 33 buah sekolah rendah yang melibatkan 69 buah kelas
prasekolah dalam daerah Lahad Datu. (ARTIKEL 2)
DAPATAN KAJIAN - Amalan kepimpinan distributif pemimpin sekolah secara
signifikan menyumbang kepada efikasi kendiri guru.
JURNAL BERWASIT - Jurnal Kepimpinan Pendidikan (JUPIDI) ARTIKEL 1
- Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJSSH) ARTIKEL 2

PERBEZAAN

Walaupun artikel ini membincangkan permasalahan yang sama, namun ia masih lagi

mempunyai kelainan dari segi cara atau prosedur atau olahan artikel. Antaranya ialah :

i) Soal Selidik

Untuk kajian Rosnarizah dan Hussein (2015), penyelidik sendiri ke sekolah untuk

mentadbir soal selidik kepada semua guru di sekolah sasaran dan mengumpulnya

pada hari yang sama . Bagi kajian Sinirah dan Aida Hanim (2021), soal selidik

iaitu yang dibina dari ‘google form’ yang disebar luaskan melalui aplikasi atas

talian seperti WhatsApp dan Telegram. Soal selidik ini terdiri daripada soalan-

soalan tertutup beserta ruang jawapan disediakan.

ii) Sampel

Sampel kajian Rosnarizah dan Hussein (2015) adalah terdiri daripada 17 sekolah

menengah dimana 831 guru adalah responden. Kajian ini memilih persampelan

purposive bagi pemilihan guru manakala zon penyelidikan tengah adalah

mengikut prosedur persampelan rawak berstrata dan pemilihan sekolah adalah


secara persampelan rawak mudah. Pengkaji telah menggunakan sampel Hair, J. F.,

Black, W.C. Rabin, B.J. & Anderson, R.E. (2010) bagi tujuan penentuan

sampel.Manakala bagi kajian Sinirah dan Aida Hanim (2021) populasi sasaran100

orang yang terdiri daripada 47 buah prasekolah di sekolah rendah dan sebuah

sekolah yang mewakili prasekolah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus

Tawau. Penentuan saiz sampel dalam kajian ini adalah berdasarkan pengiraan

saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970).

iii) Instrument

Instrument yang digunakan dalam soal selidik bagi kedua-dua kajian adalah

berbeza. Untuk kajian Rosnarizah dan Hussein (2015), Instrumen Kepemimpinan

Distributif dan Efikasi Kendiri Guru (KDEG). Instrumen ini mengandungi lima

bahagian iaitu demografi , dimensi pendekatan kepemimpinan distributif, dimensi

amalan kepemimpinan distributif, dimensi kontekstual dan efikasi kendiri guru.

Item bagi dimensi kepemimpinan adalah yang diubahsuai dan dimurnikan dari

Instrumen Kajian Eksplorasi Kepemimpinan Distributif di sekolah-sekolah

menengah terpilih di Malaysia (Rosnarizah et al, 2009), namun artikel ini tiada

menyatakan sumber bagi instrument bagi item efikasi kendiri guru. Bagi kajian

Sinirah dan Aida Hanim (2021) menggunakan instrumen Distributed Leadership

Survey (DLS) yang diubahsuai dan diadaptasi daripada Davis (2009). Pengkaji

hanya menggunakan 28 item daripada 37 item dari skala ini kerana perbezaan

konstekstual dan diubahsuai mengikut konteks kajian. Bagi mengukur tahap

efikasi kendiri pula, pengkaji menggunakan Instrumen Teacher’s Sense of

Efficacy Scale yang diadaptasi dan diubahsuai mengikut konteks kajian daripada

Tschannen-Moran & Hoy (2011). Pengkaji menggunakan 20 item soal selidik

yang sesuai dengan sampel kajian.


iv) Dimensi Kepimpinan

Dimensi kepimpinan yang menjadi fokus kedua-dua kajian juga berbeza. Kajian

Rosnarizah dan Hussein (2015) mengkaji dua dimensi utama kepimpinan

distributif yang diambil dari Amalan Kepemimpinan Distributif (Gronn, 2000;

Harris, 2008; Leithwood et al., 2006; MacBeath et al., 2004; Spillane, 2006) iaitu

dimensi pendekatan kepemimpinan distributif (perkongsian halatuju, perkongsian

tanggungjawab, membuat keputusan, amalan kepimpinan disekolah). Seterusnya

dimensi kedua adalah amalan kepemimpinan distributif yang merangkumi

kerjasama, hubungan kerja intuitif, amalan kerja institusi yang selaras dan

progresif. Manakala bagi kajian Sinirah dan Aida Hanim (2021) menggunakan

Model Kepimpinan Distributif Gordon (2002), iaitu kajian ini mengkaji empat

dimensi kepimpinan iaitu visi, misi dan matlamat, budaya sekolah, amalan

kepimpinan dan berkongsi tanggungjawab.

Dapat dirumuskan perbezaan antara ke dua artikel ini dalam jadual di bawah :

PERKARA ARTIKEL 1 ARTIKEL 2


SOAL SELIDIK mentadbir soal selidik kepada semuadiedarkan melalui pautan google
guru di sekolah yang terlibat form yang disebarluaskan melalui
aplikasi atas talian seperti
WhatsApp dan Telegram
SAMPEL Guru sekolah menengah di zon Guru prasekolah di sekolah rendah
tengah Malaysia. daerah Tawau.
INSTRUMENT Kajian Eksplorasi Kepemimpinan - Distributed Leadership Survey
Distributif di sekolah-sekolah (DLS) yang diubahsuai dan
menengah terpilih di Malaysia diadaptasi daripada Davis
(Rosnarizah et al, 2009) yang (2009)
diubahsuai dan dimurnikan - Teacher’s Sense of Efficacy
Scale yang diadaptasi dan
diubahsuai mengikut konteks
kajian daripada Tschannen-
Moran & Hoy (2011)
DIMENSI Amalan kepemimpinan distributif Model Kepimpinan Distributif
(Gronn, 2000; Harris, 2008; Gordon (2002),
KEPIMPINAN Leithwood et al., 2006) 1. visi, misi dan matlamat
1. Dimensi pendekatan 2. budaya sekolah
kepemimpinan distributif 3. amalan kepimpinan
2. Amalan kepemimpinan 4. berkongsi tanggungjawab.
distributif

KEKUATAN DAN KELEMAHAN ARTIKEL

Penulisan artikel Kepemimpinan Distributif, Faktor Kontekstual Dan Efikasi Kendiri

Guru Di Malaysia oleh Rosnarizah Abdul Halim dan Hussein Hj Ahmad telah menggunakan

laras bahasa yang mudah. Abdullah Hassan (1989) menyatakan laras Bahasa adalah

penggunaan kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteksnya itu. Penggunaan laras bahasa

yang sesuai itu adalah dianggap pengolahan bahasa yang baik. Ada hubungan rapat antara isi,

perkara yang dibincangkan dengan laras bahasa yang digunakan untuk membincangkannya.

Laras bahasa dalam artikel ini telah menjadikannya mudah difahami dan dapat mengekalkan

fokus pembaca, seterusnya ia ditambah dengan penerangan melalui gambar rajah dan carta

yang menjadikan artikel ini menarik. Penggunaa gambar rajah atau carta dalam menerangkan

sesuatu yang tidak hanya melalui penulisan bahasa sahaja akan dapat menarik minat dan

memudahkan fahaman pembaca yang kurang kemahiran bahasa. Setiap subtopik dalam

artikel ini diterangkan dengan teliti dan lengkap membuktikan kualiti artikel adalah sangat

baik. Namun kekurangan subtopik atau penerangan tentang limitasi kajian dan cadangan

kajian akan datang sedikit merencatkan kandungan artikel. Pembaca tidak dapat mengetahui

limitasi yang dihadapi oleh pengkaji dan ketiadaan cadangan kajian akan datang akan sedikit

melemahkan kesimpulan yang ditulis pengkaji.


Penulisan artikel Amalan Kepimpinan Distributif Guru Besar Terhadap Efikasi

Kendiri Dalam Kalangan Guru Prasekolah oleh Sinirah Ahmad dan Aida Hanim A. Hamid

juga tidak kurang hebat. Penulisan yang menggunakan laras bahasa yang mudah dan

penerangan yang teliti dan lengkap pada subtopik yang diketengahkan menjadikannya satu

kajian yang bagus untuk dibuat rujukan di samping memberi definisi pada terma-terma

khusus yang digunakan, menghuraikan limitasi kajian dengan baik dan cadangan kajian akan

datang membuatkan artikel ini mempunyai kesimpulan yang kukuh. Namun, bagi subtopik

bagi hasil kajian yang dihuraikan dengan penyataan dan jadual sahaja agak kurang menarik

minat pembaca.

KESIMPULAN

Kedua-dua artikel ini mempunyai kekuatan tersendiri, namun terselit juga kelemahan-

kelemahan yang minor di mana kelemahan di antara dua artikel ini berbeza. Oleh kerana itu,

kelemahan di dalam salah satu artikel akan diseimbangkan oleh artikel yang lagi satu. Ini

dapat menjadikan secara keseluruhan kedua-dua artikel ini bagus dan saling melengkapi

untuk dijadikan rujukan bagi kajian lain di masa hadapan dan dapat dijadikan rujukan dalam

menulis penulisan ilmiah yang bagus.

TAMBAH DI POWER POINT


RUJUKAN

Ishak, S.(2009). Bicara : Kepimpinan Distributif. Dimuat turun dari

http://collegecottage.blogspot.com/2009_07_01_archive.html.

Rosnarizah, A.H., & Hussein, A. (2015). Kepimpinan Distributif, Faktor Kontekstual dan

Efikasi Kendiri Guru Di Malaysia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, Oktober 2015, Bil.2, Isu

4, 47-61.

Sinirah, A., & Aida Hanim, A.H. (2021). Amalan Kepimpinan Distributif Guru Besar

Terhadap Efikasi Kendiri dalam kalangan Guru Prasekolah. Malaysian Journal of Social

Science and Humanities (MJSSH), Volume 6, Issues 1, Januari 2021, 140 – 149.

Anda mungkin juga menyukai