Anda di halaman 1dari 5

PEMBIAYAAN KEWANGAN PENDIDIKAN

Teori, prinsip serta dasar pembiayaan kewangan pendidikan.

Kesaksamaan pembahagian dan perbelanjaan resos kewangan.

Di Malaysia dan kebanyakan negara, kos operasi institusi pendidikan dibiayai oleh pihak awam atau
kerajaan melalui hasil pendapatan negara. Pembiayaan cara ini amat popular kerana sifat pendidikan
sebagai satu perkhidmatan negara kepada rakyat. Para pelajar yang memerlukan perkhidmatan
pendidikan tidak berpeluang atau mempunyai peluang yang terbatas untuk bekerja dan menyimpan wang
secukupnya untuk membayar perkhidmatan pendidikan. Dengan menggunakan hasil pendapatan negara
untuk membiayai pendidikan, negara sebenarnya melabur untuk pembangunan sumber manusia yang
akan menjadi aset negara.

Peranan Kerajaan Terhadap Pendidikan

Secara umumnya, penglibatan langsung kerajaan dalam pembiayaan pendidikan adalah wajar kerana:

 Dapat membaiki pengagihan sumber ekonomi negara;


 Digunakan untuk mengagihkan semula sumber-sumber supaya taburan penadapatan lebih adil
dan saksama pada tanggapan rakyat;
 Diguna untuk melabur dalam suasana ekonomi stabil;
 …..
 …..
 ….

Persoalannya: Apakah teori, prinsip serta dasar pembiayaan kewangan pendidikan bagi memastikan
wujud kesaksamaan pembahagian dan perbelanjaan dalam keadaan resos kewangan yang terhad.

Terdapat beberapa cadangan bagi mengatasi masalah pembiayaan pendidikan iaitu penswastaan dan
awam.

Pengagihan sumber dalam sector awam dan swasta

Sumber Kewangan Terhad

Ekonomi Awam Ekonomi Swasta

Belanjawan Negara Pasaran

Proses Politik Proses Menentukan Kos

Keperluan Awam Keperluan Swasta

Keperluan Rakyat
Grafik di atas menjelaskan bagaimana negara berusaha untuk memenuhi keperluan pendidikan dengan
sumber yang terhad.

Dalam pendekatan swasta, kekurangan sumber berbanding dengan permintaan dimanifestasikan dalam
pasaran dan ini akan menentukan kos pendidikan. Pengguna cuba memenuhi keperluannya
semaksimum mungkin sementara penyedia perkhidmatan pendidikan akan berusaha untuk beroperasi
pada kos yang membolehkannya terus beroperasi. Sama ada pengguna akan memperoleh
perkhidmatan yang diperlukan bergantung kepada kemampuannya untuk membayar. Harga yang
ditetapkan oleh institusi pendidikan swasta tentulah pada nilai yang dapat menampung kos jangka
panjang pengurusannya jika ingin bertahan lama.

Dalam pendekatan awam, kos pendidikan bukan ditentukan oleh tawaran dan permintaan masyrakat
tetapi ditentukan oleh proses belanjawan negara. Justeru itu, dalam sector swasta, kos pendidikan
ditentukan oleh peruntukan wang sementara, manakala sector awam kos ditentukan oleh rakyat
melalui kerajaan yang mereka pilih. Dalam pendekatan awam, kos penyediaan perkhidmatan
pendidikan lebih tinggi kerana sumber kewangan dalam sector awam disalurkan menerusi agensi
kerajaan, dan perkhidmatan disediakan berdasarkan keperluan. Situasi ini tidak mungkin boleh berlaku
dalam sector swasta.

Penyelesaian Masalah Pembiayaan Pendidikan - Pasaran

Di beberapa negara barat terdapat banyak tentangan terhadap sistem pembiayaan pendidikan.
Pengkritik sistem ini mendakwa bahawa dalam sector awam terdapat monopoli sistem persekolahan
yang tidak menawarkan bilangan dan aneka pilihan pendidikan yang diperlukan rakyat. Para pengkritik
ini menganggap bahawa sistem yang berdasarkan monopoli ini adalah tidak cekap. Golongan ini
berpandangan bahawa kualiti pendidikan akan meningkat dan kosnya akan turun jika pendidikan
diswastakan kerana akan wujud persaingan. Sebagai ibu bapa sudah tentu mereka akan memilih sekolah
yang baik untuk anak-anak mereka. Golongan ini mencadangkan pewujudan sistem persekolahan
daerah atau decentralized system bagi melaksanakan sistem pendidikan menurut pendekatan pasaran.
Dengan cara ini, negeri, daerah atau majlis tempatan dapat menentukan bentuk dan halatuju sistem
pendidikan mereka. Melalui cara ini, beban kerajaan pusat akan berkurangan kerana pembiayaan
pendidikan turut dipikul oleh kerajaan negeri, majlis daerah dan majlis tempatan. Walau bagaimanapun,
kaedah ini juga boleh menimbulkan beberapa masalah.

Pertama, masalah dalam menentukan pecahan beban yang harus dipikul oleh kerajaan negeri dan
kerajaan pusat. Pembahagian pembiayaan ini dapat ditentukan dengan meneliti penghijrahan antara
negeri bagi mendapatkan peluang pekerjaan, struktur cukai, kemampuan kewangan kerajaan negeri,
keadaan ekonomi negeri dari segi peluang-peluang pekerjaan dan lain-lain.

Kedua, keadaan kewangan beberapa buah negeri yang lemah berbanding dengan negeri-negeri lain
yang lebih mewah. Umpamanya, keadaan kewangan negeri Kelantan tentulah tidak boleh dibandingkan
dengan negeri Selangor. Sudah tentulah negeri-negeri yang lemah dari segi kewangan ini tidak mampu
menampung kos pendidikan di negeri itu.

Cadangan ini juga dapat dipatahkan oleh beberapa hujah yang menunjukkan bahawa dengan cara itu,
kualiti pendidikan tidak akan meningkat kerana:
 Apa yang berlaku ialah Cuma pemindahan monopoli daripada pusat ke majlis tempatan, daerah
atau negeri;
 Pembahagian sistem persekolahan kepada unit yang lebih kecil kurang menguntungkan dari segi
skala ekonomi;
 Jenis pendidikan yang disediakan boleh dipengaruhi oleh kepercayaan, fahaman dan prasangka
sesuatu kawasan yang berkenaan. Ini boleh menimbulkan masalah apabila pelajar tamat
pengajian dan mereka berpindah ke kawasan lain yang mempunyai budaya yang berlainan;
 Guru-guru mungkin menghadapi tekanan daripada ahli-ahli majlis tempatan yang boleh
mengakibatkan mereka mengajar atau mentadbir secara tidak professional; dan
 ….

Ada beberapa alternatif lain yang pernah dicadangkan selain persekolahan bentuk kedaerahan. Pertama
ialah dengan memberi pengguna pilihan terhadap jenis pendidikan yang mereka perlukan. Dalam kes
ini, peruntukan kewangan untuk pendidikan digunakan bagi kedua-dua jenis sekolah, iaitu awam dan
swasta. Sekolah awam ditubuhkan untuk memenuhi keperluan majoriti. Bantuan kewangan bagi
sekolah swasta dibuat berdasarkan bilangan murid, tahap sosioekonomi penduduk kawasan tersebut
dan keperluan-keperluan tertentu. Cara ini juga dapat mengurangkan pemusatan sekolah-sekolah.
Walau bagaimanapun terdapat pula kelemahan iantu secara tidak langsung akan membahagikan murid-
murid kepada dua kelompok besar iaitu golongan elit dan biasa. Apa yang dikhuatiri akan timbul gejala
persaingan dalam perbezaan ideology, kepercayaan, ras dan sebagainya bukan persaingan mutu
pendidikan. Lebih membimbangkan cara ini berkemungkinan menggalakkan unsur-unsur perkauman,
agama dan akan memisahkan rakyat berdasarkan ciri-ciri sempit seperti bangsa, kaum dan sebagainya.

Cara kedua ialah menerusi sistem baucer. Setiap baucer bernilai sama seperti apa yang dibelanjakan
oleh pihak berkuasa tempatan bagi tiap-tiap murid di sekolah awam. Setiap sekolah akan dibayar oleh
pihak berkuasa tempatan mengikut jumlah yang diperoleh daripada kiraan baucer itu. Cara ini dianggap
dapat melahirkan persaingan yang sihat sebab setiap sekolah terpaksa menggariskan program dan
matlamatnya dengan jelas untuk menarik perhatian ibu bapa. Jika tidak, sekolah tersebut terpaksa
ditutup. Ada juga pendapat yang mengatakan perlu ditambah baucer bomus bagi murid-murid miskin
untuk memasuki sekolah. Ini secara tidak langsung memberi peluang yang lebih baik kepada golongan
yang berpendapatan rendah. Cara ini juga terdedah kepada kelemahan kerana mungkin akan menggalak
sekolah bersifat perkauman yang bertentangan dengan dasar kerajaan. Perkara ini juga boleh
mengakibatkan sekolah awam menjadi tempat buangan bagi murid-murid yang tidak mendapat tempat
di sekolah swasta. Bagi negara-negara secular pula, penggunaan wang rakyat untuk membantu sekolah-
sekolah agama bercanggah dengan perlembagaan negara berkenaan.

Di samping itu, mungkin juga wujud pula sekolah-sekolah yang tidak berkualiti yang hanya ingin mencari
keuntungan sahaja. Walau bagaimanapun, masalah-masalah ini dapat diatasi melalui sistem kuota
berdasarkan kaum, menetapkan kelayakan dan piawai sekolah. Penyelesaian seterusnya ialah menerusi
kontrak pencapaian, dengan cara ini sesebuah institusi pendidikan menjual programnya kepada
organisasi tertentu untuk dibiayai. Cara ini dijangka akan mewujudkan persaingan hebat, meningkatkan
penggunaan bahan pengajaran dan teknologi dan bersifat lebih cekap disebabkan tekanan kos.
YURAN, BIASISWA DAN PINJAMAN

Oleh kerana pelajar mendapat pulangan peibadi daripada pendidikan yang diterima dalam bentuk
pendapatan seumur hidup yang lebih tinggi kerana tahap pendidikan yang dicapai, maka terdapat
pemikiran bahawa perlu sekurang-kurangnya sebahagian daripada kos pendidikan ditanggung oleh pelajar
sendiri. Tetapi hujah ini selalunya dikaitkan dengan yuran dan bayaran tusyen bagi pendidikan tinggi
sahaja. Pada amnya, masyarakat sepakat merasakan bahawa pendidikan rendah dan menengah
sewajarnya diberi percuma. Malahan di sesetengah negara, pendidikan rendah dan menengah diwajibkan.
Tambahan pula, manfaat social bagi pendidikan peringkat ini amat besar dan masyrakat boleh disalahkan
atas kegagalan memberi pendidikan asas dan menengah ini kepada kanak-kanak.

Yuran

Pembiayaan pendidikan menerusi kaedah yuran dan bayaran tusyen menuntut ibu bapa atau keluarga
sendiri membiayai pendidikan anak-anak mereka. Kaedah ini memang boleh dilakukan oleh golongan yang
berpendapatan tinggi. Mereka sanggup menghantar anak mereka ke luar negara walaupun untuk
pendidikan asas. Ada pula ibu bapa yang membiayai pengajian anak-anak mereka di pusat pengajian
swasta, khususnya untuk pengajian tinggi setelah tidak mendapat tempat di pusat pengajian tinggi awam.
Walau bagaimanapun bagi kebanyakan ibu bapa, kos pendidikan selama 12 tahun hingga 16 tahun
terutama di peringkat pendidikan tinggi adalah terlalu berat terutama bagi golongan berpendapatan
rendah dan sederhana seperti golongan petani dan nelayan. Sekiranya kita menganggap pendidikan
sebagai satu saluran untuk mobility social, maka dengan pelaksanaan kaedah ini, sistem pendidikan sudah
pasti akan lumpuh dan pusingan ganas akan terus berlaku.

Selain itu, kriteria bagi kemampuan pembayaran yuran sukar ditentukan. Pendapatan ibu bapa sahaja
tidak boleh dijadikan ukuran. Keupayaan membayar yuran bagi A yang berpendapatan RM10 000 dan
mempunyai lima orang anak sudah tentu lebih rendah daripada B yang berpendapatan RM5000 tetapi
hanya mempunyai seorang anak. Kaedah ini juga akan mendorong pelajar memilih jurusan yang tidak
memakan masa yang lama atau pun yurannya seperti jurusan sastera berbanding dengan jurusan STEM.

Biasiswa

Sekiranya kesaaggupan membayar yuran digunakan untuk menentukan para pelajar mengikuti bidang-
bidang tertentu, begitu juga dengan biasiswa. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat pelbagai jenis
biasiswa yang beraneka tujuan. Satu daripada tujuan utama biasiswa ialah untuk membantu miskin yang
berkebolehan tinggi untuk mendapat pendidikan. Pertama, jika seseorang pelajar berkebolehan tetapi
tidak mampu melanjutkan pelajaran, maka biasiswa adalah pelaburan social yang amat baik dari segi
manfaat sosialnya dalam jangka masa panjang. Tambahan pula, pemberian biasiswa ini boleh
mengurangkan wujudnya ketidaksamarataan pendapatan.
Pinjaman

Selain kaedah yuran dan biasiswa, satu lagi pendekatan pembiayaan pendidikan ialah kaedah pinjaman.
Dalam hal ini, pelajar selaku peminjam perlu membayar kos pendidikan kepada bank, kerajaan, yayasan
dan sebagainya. Kaedah ini kurang digemari mungkin kerana masa depan yang penuh dengan keraguan
dan ketidakpastian. Pinjaman untuk membiayai pendidikan berbeza dengan pinjaman kenderaan atau
rumah. Pinjaman untuk kereta dan rumah misalnya akan membolehkan pemberi pinjaman manarik balik
rumah atau kereta sekiranya peminjam gagal menjelaskan hutang berkenaan. Dalam hal pinjaman
pendidikan, peminjam hanya boleh disaman jika tidak menjelaskan hutangnya tetapi tidak ada asset yang
boleh dijual.

Soalan Perbincangan

i. Apakah dasar, atau kaedah yang diamalkan negara maju dalam pembiayaan pendidikan?
ii. Sejauhmana institusi wakaf dan zakat mampu menangani isu pembiayaan pendidikan di
Malaysia?

Anda mungkin juga menyukai