Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pengenalan

Setiap makhluk yang hidup di atas muka bumi ini pasti ada tujuannya. Seperti kita,
manusia juga mempunyai tujuan yang tersendiri untuk berada di atas muka bumi ini. Begitu
juga dengan organisasi-organisasi yang telah ditubuhkan. Pada 27 September 2013,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat visi dan misi yang baharu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, visi bermaksud tanggapan dan pandangan yang
jauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan. Visi
KPM adalah “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.” Maksud visi tersebut
adalah untuk menjadikan pendidikan di negara kita bermutu agar dapat melahirkan
masyarakat yang berakhlak mulia, beriman, berilmu, berketerampilan dan sejahtera tanpa
mengira kaum dan agama. Dengan harapan untuk menjadikan negara kita sebuah negara
disanjung tinggi oleh seantero dunia.
ils
u
k
p
r
c
e
n
a
A
E
P
K
ti
d
2.0 Sistem Pendidikan Malaysia

Mior Khairul Azrin bin Mior Jamaluddin (2011) berpendapat bahawa sistem
pendidikan melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting bagi sesebuah
negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik,
dan sosial. (halaman 33). Pendidikan merupakan alat terpenting di dalam pembangunan
sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Seperti mana yang
kita sedia maklum, antara aspirasi sistem pendidikan adalah untuk memastikan 100%
enrolmen dalam semua peringkat pendidikan tanpa ada yang tercicir menjelang 2020.
Berpegang kepada prinsip “Pendidikan Untuk Semua” setiap kanak-kanak di Malaysia tanpa
mengira bangsa, agama, taraf ekonomi berhak untuk mendapat pendidikan yang berkualiti.

Dasawarsa ini, sistem pendidikan di Malaysia adalah berkonsepkan pembelajaran


abad ke-21. Sistem pendidikan di Malaysia kini bergerak seiring dengan perubahan arus
permodenan dan globalisasi serta seiring dengan keperluan semasa masyarakat Pelajar
perlu menguasai pelbagai kemahiran dalam Pembelajaran Abad 21. Antaranya, kemahiran
maklumat dan komunikasi, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah dan kemahiran
interpersonal dan arah kendiri. Oleh yang demikian, sejauh manakah sistem pendidikan kini
dapat merealisasikan visi KPM, iaitu “Pendidkan Berkualiti, Insan Terdidik Negara
Sejehtera.”

Peta minda 1 : 5 Aspirasi Sistem Pendidikan


3.0 Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia merupakan satu dokumen yang menentukan amalan


profesionalisme seorang guru. Standard 1 daripada Stadand Guru Malaysia bertujuan untuk
menentukan amalan nilai profesionalisme keguruan yang perlu dirujuk. Terdapat tiga domain
yang terkandung dalam Standard Guru Malaysia, iaitu, domain diri, domain profesion,
domain sosial.

Domain diri adalah pegangan diri seorang guru yang berkaitan dengan sahsiah diri
guru. Domain diri juga merupakan nilai-nilai yang perlu ada dalam diri dan sedia ada yang
harus dikembangkan dengan harapan dapat memberikan sumbangan kepada sistem
pendidkan negara. Antara nilai murni yang perlu ada adalah seperti, percaya kepada tuhan,
amanah, ikhlas, kasih sayang, sabar, berbudi bahasa, semangat sukarela dan lain-lain.

Domain profesion adalah pegangan nilai yang patut diamalkan oleh seorang guru
dalam melaksanakan profesionnya, Antaranya, berketerampilan, integriti, proaktif, kreatif,
inovatif. Domain sosial pula guru sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam
masyarakat. Nilai yang harus dipupuk harmoni, cinta akan alam sekitar, patriotik, kemahiran
sosial dan semangat kemasyarakatan.
4.0 Sejauh manakah sistem pendidikan kini dapat merealisasikan visi KPM?
Bincangkan berserta contoh sifat dan kualiti profesional guru.

Terdapat kelemahan dan kebaikan yang ada pada sistem pendidikan negara kita
yang menyumbang kepada pencapaian visi KPM. Hal ini berlaku kerana,sistem pendidikan
negara yang sering berubah-ubah serta usaha dalam memperbaiki sistem pendidikan.

4.1 Sistem Sekolah Pelbagai Aliran

Umum mengetahui bahawa, sistem persekolahan vernakular telah wujud sebelum


merdeka lagi. Sekolah vernakular merupakan sekolah yang mempunyai pelbagai aliran iaitu
sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil. Ini telah membuatkan
perpaduan antara kaum pudar kerana sekolah rendah merupakan titik permulaan pelajar
untuk beramah mesra, bergaul, saling mengenali antara satu sama lain. Khairy Jamaluddin
mengatakan bahawa masalah sesetengah rakyat kita adalah mereka melihat bahasa
Malaysia bukan sebagai bahasa kebangsaan, namun sebagai bahasa Melayu. Oleh itu,
masyarakat cina dan tamil kurang menyokong sekolah satu aliran kerana bimbang bahasa
ibunda mereka akan ditindas.

Menurut Dr. Aminudin Mansor, adalah penting untuk para pelajar serta warga
Malaysia lulus matapelajaran bahasa Melayu SPM. Hal ini kerana, kepentingan Bahasa
Melayu (BM) sebagai bahasa rasmi bahasa kebangsaan, bahasa komunikasi bukan hanya
setakat lulus dalam SPM, tetapi penting apabila seseorang itu menjawat jawatan penting di
jabatan kerajaan. Maka, untuk menguasai bahasa Melayu dengan sempurna, pelajar
haruslah dididik sejak sekolah rendah lagi agar mereka dapat berkomunikasi dengan rakan
daam bahasa melayu.

Oleh itu, sebagai seorang guru amat penting untuk memiliki sifat menyanjung tinggi
dan menghargai warisan kebudayaan negara sesuai dengan ketamadunan dan nilai-nilai
yang dianuti. Sementelahan, guru perlu mempunyai semangat patriotisme untuk dijadikan
contoh kepada pelajar agar mereka juga menjadi warganegara Malaysia yang cinta akan
negara. Perkara ini boleh dipupuk dengan mengadakan sambutan Hari Merdeka.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121221/dn_10/PMR-Bukan-kerana-
kelemahan-sistem-pendidikan
4.2 Sistem Peperiksaan

Sistem peperiksaan kini yang menyumbang kepada kebaikan sistem pendidikan


negara kita. Hal ini kerana kerjaan telah mengkaji semula sistem pendidikan negara dan
telah mewujudlan sistem pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Pada masa kini, sistem
pendidikan tidak lagi berorientasikan peperiksaan dan pelajar akan dinilai berdasarkan
pebagai kemahiran. Hal ini telah menyebabkan pemansuhan Penilain Mengah Rendah
(PMR) dan digantikan dengan PBS.

Sehubungan dengan itu, antara elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah


untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Setiap individu seharusnya memiliki
ilmu, sahsiah yang baik, percaya kepada Tuhan dan mempunyai akhlak yang baik serta
kesihatan yang optimum. Dengan ini dapat melahirkan individu yang mempunyai ketahanan
kuat dalam menghadapi cabaran hidup. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk
menjayakan elemen terkandung dalam FPK ini agar dapat merealisasikan visi KPM yang
ingin menjadikan masyarakat insan yang terdidik

ibu bapa telah menjadikan keputusan peperiksaan anak mereka untuk mengukur
masa depan anak mendapat perkerjaan yang baik. Para pelajar dewasa ini terlalu
mementingkan pencapaian akademik mereka sehingga mengabaikan nilai-nilai murni yang
harus ada dalam menjadikan diri sebagai seorang yang sopan dan beradab. Aspek
kesantunan dalam berbahasa, bertimbang rasa, hormat menghormati, bersifat tolensi
kurang diberi perhatian.
Daripada perspektif yang berbeza, terdapat juga kebaikan sistem pendidikan di
Malaysia yang mampu merealisasikan visi KPM iaitu, “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik,
Negara Sejahtera.” Antaranya, KPM telah melaksanakan kurikulum persekolahan yang
baharu iaitu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) untuk melonjakkan sistem pendidikan negara. Para pelajar mula dilatih
untuk memiliki kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin dan Zakiah Noordin (2016)
dalam buku yang bertajuk “Falsafah dan Pendidikan di Malaysia” yang membincangkan isu-
isu Falsafah dalam Pendidikan telah menyatakan bahawa:

Murid mempunyai tahap perkembangan masisng-masing mengikut


peringkat umur. Mereka mempunyai daya fikir yang tinggi amat menepati
matlamat KSSR dan merek perlu dilatih oleh guru khas. Dari segi
perkembangan kognitif, perubahan dari semasa ke semasa akan dinilai dan
sereterusnya dibaut penambaikkan. Mereka tidak lagi didedahkan dengan
pelajaran lama, Kini mereka didedahkan dengan dunia kesenian dan teknogi
maklumat. (halaman 153)

Oleh yang demikian, guru harus peka terhadap perkembangan pendidikan dan
teknologi terkini, Guru pada abad ke-21 perlu lengkap dengan ilmu pengetahuan dan
kemahiran teknologi. Guru juga perlu bersedia dengan perubahan sistem pendidikan negara
kita yang sentiasa berubah-ubah agar selari dengan keperluan semasa. Sebagai contoh,
kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru dalam kelas abad ke-21 harus pelbagai
yang berpusatkan pelajar untuk menggalakkan pelajar berfikir secara KBAT. Antaranya guru
boleh memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah agar pelajar
menjadi proakif dalam menggunakan kemahiran menganalisa dan mensintesis sesuatu
masalah.

Di samping itu, seorang guru yang profesional


Dalam pada itu, sistem pendidikan Malaysia kini mementingkan pembelajaran
sepanjang hayat, Menurut Noriati A. Rashid et. al, pembelajaran sepanjang hayat
menjadikan seorang guru lebih dinamik dengan ilmu pengetahuannya yang luas. Dengan
ilmu itu, seorang guru boleh menyampaikan kepada pelajar pelbagai maklumat serta
memupuk keyakinan dan kebolehpercayaan terhadap guru.Guru yang berkualiti akan dapat
membentuk sebuah sistem pendidikan yang berkualiti. Oleh itu, guru perlu membuat
penyelidikan dan penulisan dalm pendidikan agar dapat mencari kelemahan atau masalah
yang ada dalam pengajaran seorang guru. Lebih-lebih lagi masa kini, hidup kita serba
moden dan berteknologi tinggi, jadi, banyak penemuan kajian baru yang diperoleh, Sebagai
contoh,

Oleh sebab itu, pembelajaran sepanjang hayat ini mampu meralisasikan visi KPM.
Tahap pendidikan seorang guru itu tidak hanya terhenti diperingkat diploma dan ijazah
sahaja, namun, ke peringkat yang lebih tinggi. Apabila seorang guru itu memiliki tahap
pendidikan yang tinggi, secara tidak langsung ilmu yang disampaikannya adalah sesuatu
yang berkualiti pelajar. Sehubungan dengan itu, insan yang didik akan menjadi seorang
yang berilmu pengetahuan luas sesuai dengan perkembangan negara kita pada hari ini.
Secara tidak langsung, jurang pendidikan antara pelajar luar bandar dan bandar juga akan
berkurang kerana para pendidik memimilki tahap penddidikan yang tinggi.

Guru mengadaptasikan kurikulum kebangsaan yang uas dengan melihat keperluan dan
kelebihan murid supaya selaras dengan pemngalaman dan pengetahuan sedia ada murid.
5.0 Penutup

Anda mungkin juga menyukai