Anda di halaman 1dari 20

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1.0 PENGENALAN
Falsafah pendidikan sangat penting dalam menentukan nilai, hala tuju
pendidikan dan mengukuhkan sistem pendidikan. Dalam menekankan
pembangunan kemanusiaan, Falsafah Pendidikan Negara perlulah seiring dengan
kemahuan semasa. Pelajar pada masa kini amat terbuka dengan teknologi yang
membolehkan mereka mendapatkan maklumat di hujung jari. Jika dulu semua
maklumat hanya didapati di sekolah, tapi kini semua maklumat dapat diakses
melalui internet. Jesteru itu, pelaksanaan falsafah pendidikan hendaklah sejajar
dengan kemahuan semasa dan sejajar dengan teknologi yang bakal diterokai oleh
para pelajar.
Falsafah Pendidikan Negara merupakan satu teras dalam menentukan hala
tuju pendidikan Negara kita. Pendidikan merupakan sesuatu yang sangat penting
kerana ilmu merupakan sesuatu yang berkuasa sekarang. Tanpa ilmu kita tidak
akan dapat melangkaui batasan yang digariskan dalam menjadikan kita seorang
yang berjaya.
Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau
pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini
dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik
dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membuktikan kebenaran dan
memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam
kehidupan.
Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai
pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan
dengan pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal
daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi
negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar
Pendidikan, termasuk Rukun Negara. FPK ini akan menjadi suluh yang memberi
pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan – sama ada di dalam institusi
pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Sehubungan ini, FPK adalah digubal
secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan yang mengambil kira seluruh
aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan
Negara.

1.1 PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA


Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan
formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pe1ajar-pelajar. Corak
pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-
quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni
mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta
perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan.
Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang
disebut 'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam
yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok
yang di bina di sekelilingnya. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem
pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-
1957 ). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan,
dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu
falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di
Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah
" serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernacular.
Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk
memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian
mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris mula
memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris 1816. Walau bagaimanapun
perhatian kepada pelajar melayu hanya sekadar melepas ditangga sahaja, iaitu
menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris
dengan pembesar - pembesar tempatan. Pendidikan pada peringkat ini telah
berjalan secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau batasan-
batasan yang konkrit.
Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai
satu pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan
rakyatnya bagi mencapai kemajuan.
Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan
benevolen (benovelent welfare policy). Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris
adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar
menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien
sahaja.Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-
wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur
kebangsaan di kalangan rakyat.
Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural
educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat
lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan
plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalangan
penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang Sumbang ini telah
menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara
asal mereka.

1.1.1 PENDIDIKAN AWAL

Pendidikan Melayu

Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan


asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya
diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin
melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar.
Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad
ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi
kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa
melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang
terhad.
Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau
menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat melayu. Pada
awal abad ke 20), bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap
Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model
English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas
untuk golongan bangsawan sahaja.
Latihan guru-guru melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga,
Singapura. Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap
guru-guru sekolah melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telah
ditubuhkan. Kemudian penubuhan terhadap Maktab Perguruan Perempuan Melayu
di Melaka pad a tahun 1935. Jelaslah di sini ,dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk
menjaga kepentingan mereka sendiri. Orang-orang Melayu tidak digalakkan ke
Bandar, cuba memisahkan orang melayu daripada kemajuan perbandaran dan
perindustrian.

Pendidikan Arab Dan Agama

Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak melayu


ialah sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan
kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikan moral dan
kerohanian. Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah
muncul di merata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri
Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

Pendidikan Cina

Dasar terbuka dan tidak campur tangan Inggeris dalam hal ehwal social kaum
pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah-
sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing.masing tanpa bantuan daripada
lnggeris hinggalah tahun 1920-an se1aras dengan tradisi mengutamakan pelajaran
dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina mula bergiat
menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. Keadaan ini serupa di Sabah dan
Serawak. Dasar tidak campur tangan lnggeris dalam pendidikan vernakular
menyebabkan perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem
pendidikan masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah Dan Sarawak.
Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta
guru-guru juga dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan
dalam bidanrg 3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta lukisan, Bahasa
Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan dan pengetahuan am. Pada tahun 1920-an
pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya
pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan.
Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang- undang
pada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuannya untuk
mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti sekolah ini.
Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima bantuan
kewangan daripada kerajaan. Pada amnya, guru-ruru di sekolah ini tidak ada latihan
formal sehinggalah selepas perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas
formal telah diadakan. Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak
langsung mewujudkan jurang pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina.
Pendidikan Tamil

Sekolah-sekolah Tamil didirikan di lading-ladang getah yang sebahagian besar


kaum keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina, sekolah Tamil
juga didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau
majikan ladang getah tidak memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan
dan pedagogi. Oleh itu sekolah - sekolah Tamil yang didirikan di ladang - ladang
getah menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga
pengajar dan pedagogi.
Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul- de- suc iaitu sebahagian
besar pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar. Pada tahun 1923,
negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang undang-undang. Satu
peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan ladang getah
diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka.
Mubaligh kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan
pendidikan Tamil. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut
negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta buku -buku teks telah dibawa masuk
dari India.
Kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M
membaca, mengira,dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal
hygiene) sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3
tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil
juga terhad di peringkat rendah sahaja.
Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan
sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama
di negara kita iaitu Melayu, Cina,dan India
.
Pendidikan Inggeris

Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila penang Free


School ditubuhkan pada tahun 1816 . Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh
kristian membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris. Kebanyakan
sekolah ini ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan
Inggeris. Kurikulumnya bercorak Kurikulum ber grammar School of Great Britain
dengan tujuan mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi memenuhi
keperluan kuasa, metropolitan British.
Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan
menengah. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas
normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada
tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di
Raffles College, Singapura. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan
penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912,
namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical College. Raffles College
yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan kursus-kursus dalam bidang
Sastera dan Sains.
Pendidikan Zaman Jepun.

Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945), negeri-negeri yang menganggotai


Malaysia telah diduduki oleh tentera Jepun. Perkembangan ini memberi perubahan
kepada sistem pendidikan di Semenanjung Malaysia. Dasar pelajaran di bawah
pemerintahan tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah venakular Melayu dan Tamil
diteruskan seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam
kokurikulum serta berorientasikan negeri Jepun. Pemerintahan Jepun juga
menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi mengantikan sekolah-sekolah Cina dan
Inggeris. Pengajaran Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka
ditekankan di dalam kurikulum sekolah rendah. Pendidikan menengah telah
diberhentikan dan sebagai gantinya telah ditubuhkan beberapa sekolah teknik dan
maktab teknik untuk pengajian telekomunikasi, "maritim", perikanan, pertanian dan
pembinaan.
Beberapa bangunan sekolah di Bandar-bandar digunakan sebagai berek,
setor, pusat perniagaan dan ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun. Guru-guru
tempatan diberi latihan tambahan untuk mengajar bahasa Jepun.Kelas-kelas bahasa
Jepun juga diadakan untuk orang dewasa di beberapa tempat seperti di kelab dan
persatuan. Suratkhabar juga mempunyai ruangan khas bagi pengajaran Bahasa
Jepun. Pendidikan pactazaman pemerintahan Jepun tidak mempunyai satu falsafah
untuk tujuan perpaduan rakyat dan membentuk identiti Kebangsaan.
Perkembangan pembangunan pendidikan awal merdeka
Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara
jiran banyak berubah , masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai
tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang
masalah kerumitan kaum tentang pendidikan.

Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan


di sekolah - sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan
pelajaran, Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu sebuahjawatankuasa Barnes,
Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951,dan mencadangkan supaya
ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada
menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya.
Sekolah cina dan Tamil akan ditukar secara beransur-ansur kepada sekolah
Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan . Cadangan tersebut
ditentang hebat oleh orang Cina.

Laporan Fen wu , memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah


Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah
Melayu , Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan
yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa
melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.

Laporan Pendidikan

Antara laporan-laporan yang merupakan langkah awal kearah pembentukan ke arah


pembentukan satu sistem pendidikan Kebangsaan di negara ini ialah:-
a) Laporan Razak (1957)

Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957 ,batu asas bagi Dasar
Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan
Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan Laporan
Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini ialah
pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan . Pengakuan matlamat akhir bahawa
bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama . Permulaan kurikulum yang
berorientasikan alam persekitaran Malaysia.

Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan masyarakat


yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di semua peringkat
pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk menyatupadukan seluruh
rakyat. Aspek ketiga di dalam laporan ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada
fakta-fakta pengajaran yang mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma,
dan nilai yang berlandaskan alam Malaysia.

b) Laporan Rahman Talib (1960)


Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan
cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem
pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting
dalam laporan ini iaitu:-
Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar. # Mewujudkan
sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa di
peringkat rendah , menengah,dan menengah atas # Memberi penekanan kepada
pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir . # Memberi
penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian
sebagai teras.
c) Laporan Kabinet (1979 )
Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan Rahman Talib
dilaksanakan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalam
menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi Baru. Hasil Kajian ini
terdapat dalam Laporan kabinet 1979. Enam aspek penting yang perlu diberi
perhatian ialah penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia. Penegasan
kepada pendidikan asas dalam 3M (membaca, menulis dan mengira ) dan
pengajaran pemulihan. Pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan
vokasional. Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun. Pendidikan kerohanian
yang kukuh. Peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.

1.2 KONSEP FALSAFAH

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia.
Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan.
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah
dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.
Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman
atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsfah
menengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti.

E.D Miller pula mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk
berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh
itu, falsafah noleh diertikan sebgai satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis
terhadap..perkara..yang..penting..mengenai..pendidikan.

Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya Falsafah Pendidikan


( 1984 ) ialah falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengnai
pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah
memeprsoalkan prinsip-prinsip reality, ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafh adalah
cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau
sisitem-sistem pemikiran.

2.0 FAKTOR-FAKTOR DALAM PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN


KEBANGSAAN
Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Faktor utama yang mempengaruhi pembentukan FPK adalah faktor agama.
Terdapat pelbagai jenis agama di Malaysia seperti agama Islam, Buddha, Hindu,
Kristian dan Sikh. Pembentukan FPK perlu mempertimbangkan faktor agama
supaya selaras dengan semua agama yang dianuti rakyat Malaysia.
Agama Islam merupakan agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama
Kristan, Agama Budha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut
undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-
faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah
Pendidikan Negara. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu

“:...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...“
Faktor sosial merupakan salah satu faktor pembentukan FPK kerana dengan
lahirnya falsafah ini, negara kita akan dapat mencapai keharmonian dan
kemakmuran. Bagi mencapai kemakmuran ini, satu sistem pendidikan yang selaras
telah diperkenalkan dan telah menyeragamkan sukatan pelajaran yang
berlandaskan KBSR(Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan KBSM(Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah). Masyarakat Malaysia terdiri daripad berbilang
kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap
toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang
positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang
merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang
stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat
pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu:

” melahirkan rakyat Malaysia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan


kemakmuran..masyarakat..dan..negara”
Faktor politik merupakan faktor yang menentukan ideologi negara seterusnya
mempengaruhi dasar pendidikan di negara kita. Faktor ekonomi juga turut
mempengaruhi matlamat pendidikan yang terkandung dalam FPK sebagai usaha
membangun dan memajukan negara. Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah
Pendidikan Negara digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan
dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia
dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik
memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara.
Sehubungan ini,matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas
dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat ini dapat diperlihatkan
daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Negara, sebagaimana yang telah
dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas.

“...melahirkan rakyat Malaysia.... berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta


memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara...”
Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu
negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya.
Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi
sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi
Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan
dalam..Falsafah..Pendidikan..Negara.

“...melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,


bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri...

FPK juga dibentuk berlandaskan faktor individu. Dalam menjadikan


seseorang itu seorang yang seimbag dalam segi jasmani, emosi, rohani, intelektual
dan sosial. Satu sistem perlu diwujudkan dan memberi gambaran kasar kepada
individu untuk berjaya dalam sesuatu bidang. Potensi individu dapat dikembangkan
melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang
dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati
ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-
cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama
dalam..kandungan..Falsafah..Pendidikan..Negara.

Penggubalan Falsafah Pendidikan Negara pula tidak terpisah daripada


pengaruh perkembangan sistem pendidkan antarabangsa. Sehubungan itu, idea-
idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa
pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Negara. Misalnya, program
pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur
hidup dirancang oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam
pernyataan Falsafah Pendidikan Negara iaitu pendidikan di Malaysia merupakan
satu usaha yang berterusan. Hal Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan
seumur..hidup.
Warganegara yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan dapat
direalisasikan andainya diberi pendedahan awal tentang kepentingan ilmu semasa di
sekolah lagi. Oleh itu, sistem pendidikan di Malaysia perlu merangkumi aspek
sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang bertaraf antarabangsa setaraf
dengan negara maju yang lain. Perubahan sisitem pendidikan antarabangsa juga
telah menyebabkan penggubalan FPK. Faktor ini telah menyebabkan sistem
pendidikan digubal dan menepati kehendak ilmu seluruh dunia dan tidak ketinggalan
dalam semua aspek yang diketengahkan. Falsafah ini berkaitan dengan pandangan
dan visi sedunia.

3.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


3.1 DEFINISI

Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang dulunya dikenali sebagai


Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal secara keseluruhannya dengan
rapid an teliti oleh pakar-pakar pendidikan. Penggubalan ini telah mengambil kira
pelbagai jenis aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu,
masyarakat dan Negara.
Berdasarkan kepada pertimbangan atas Laporan dan Akta Pendidikan,
Rukun Negara dan cirri-ciri ideologi serta kebudayaan masyarakat Malaysia, maka
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) telah digubal dan diumumkan secara
rasminya pada tahun 1988. Falsafah ini akan dapat menentukan haluan, asas dan
sumber inspirasi kepada semua usaha dan segala rancangan dalam bidang
pendidikan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang dinyatakan berikut akan menentukan
arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam
bidang pendidikan.

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.“
3.2 MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang
sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri seperti berikut iaitu percaya dan
patuh kepada Tuhan. Selain itu, mereka akan berilmu pengetahuan dan berakhlak
mulia. Mereka juga akan berasa tanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama
dan Negara. Justeru itu, mereka akan memiliki sahsiah yang seimbang dan
bersepadu dalam memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum
ini.
Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) maka
matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari
pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial supaya menjadi
warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan kata lain matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta
menghayati cirri-ciri:

1. Percaya kepada tuhan.


2. Berakhlak mulia.
3. Berilmu pengetahuan.
4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
5. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
6. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta
cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif
serta sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu
menaikkan taraf ekonomi negara. Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat
yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara. Taat setia kepada Raja
adalah penting kerana akan dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan
Malaysia tidak akan diceroboh kerana pengkhianatan rakyatnya.

Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan


prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk
mewujdkan perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah
rakyat yang membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat
membentuk negara Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai
5 prinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada
Tuhan, kepercayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan,
kepercayaan kepada undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan
kesusilaan.

Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi
ekonomi sosial dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang
perbezaan yang besar antara kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung, cina
duduk di lombong dan India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini,
perbezaan yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India.
Kaum cina lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu sekolah amat
berperanan penting dalam merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan
nilai-nilai murni kepada murid-murid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersama-
sama tolong menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian
dan..kemakmuran.

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan


seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat
mencapai matlamat pendidikannya,..iaitu..dapat melahirkan rakyat yang
bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara
Malaysia yang mempunyai semangat ptriotik yang tinggi dalam diri. Selain itu, kita
dapat menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya
membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna,
demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan pendidikan di
sekolah.

Dalam melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta


mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan dalam
melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara, rakyat
yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap
toleransi dalam mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum serta mengurangkan
jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan asas.

Kesimpulannya, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia


yang mempunyai seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial. FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk semangat
perpaduan sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum pada
dewasa kelak. Selain itu FPK ini untuk melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia
dan mempunyai nilai moral yang tinggi berpandukan agama yang benar. Oleh itu,
guru memainkan peranan yang amat penting sebagai agen penyebar dalam
menerapkan nilai-nilai murni ini kepada murid agar wawasan dan hasrat Negara
tercapai.

3.3 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


3.3.1..IMPLIKASI..TERHADAP..KURIKULUM..DI..SEKOLAH

KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan KBSM(Kurikulum


Bersepadu Sekolah Menengah) adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam
Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas ialah seperti
sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan
kesinambungan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan (penyatuan
kemahiran-kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi) sentiasa dititikberatkan
Penekanan baru diberi kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya
diserapkan dalam setiap matapelajaran yang di ajar di sekolah. Program pendidikan
disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Program pendidikan yang menitikberatkan pendidikan umum diperkenalkan
untuk memberikan peluang kepada pendidikan teknik dan vokasional
Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum
Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan
Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan
Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan
Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris
Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap
berdikari.
Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang
berorientasikan kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan
pelajaran yang sama dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri
hati di kalangan pelajar kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang
berlainan. Ini adalah bersalahan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang ingin melahirkan individu yang seimbang. Bahan-bahan pelajaran yang
dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan tujuan untuk
mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan juga
diubah menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu untuk ke sekolah
tetapi berlainan pada zaman dahulu hanya golongan berada sahaja yang mampu
untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula
diserapkan bagi membawa Malaysia ke arah yang maju dan tidak ketinggalan.

3.3.2 IMPLIKASI TERHADAP PENDIDIK

Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar


dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi :
Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif
terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik
pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan..serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru
memahami sistem pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan
fungsi pendidikan.
Guru boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh
menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang
bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar
bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untuk
membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan
teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi
guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari
untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru
bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan dan
memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti,
menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru.
..berakhlak..mulia.

3.3.3 IMPLIKASI TERHADAP INSTITUSI PENDIDIKAN

Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai


untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita FPK. Ini meliputi :
Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang
mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan
jasmani, secara menyeluruh dan seimbang.
Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan.
Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu
untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya
di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya
supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu
untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga
diubah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya
membaca..dalam..kalangan..mereka.

Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai


satu matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah iaitu:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara”.

4.1 PERANAN-PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

4.1.1..PERANAN..FPK.DI..SEKOLAH

Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan dalam melahirkan murid dan guru yang cemerlang . Sekolah
merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan
kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk
terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan
kepada..khazanah..ilmu..yang..sedia..ada..

4.1.2 PERANAN FPK DALAM ASPEK KEPEMIMPINAN

Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepemimpinan. Pemimpin


sekolah iaitu guru besar merupakan orang penting dalam memajukan institusi
pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan
berhubungan dengan guru dan juga murid. Mereka bertanggungjawab menetapkan
falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah
yang..berlandaskan..FPK..

Selain itu, pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya
sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi penekanan
dan perhatian yang sewajarnya supaya hasrat FPK dapat direalisasikan.
Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru besar sebagai
peneraju utama di sekolah-sekolah. Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati
bahawa perubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku dalam aspek-aspek
tertentu seperti kepemimpinan, tuntutan kerja, orientasi perniagaan, tanggungjawab,
pengurusan sumber manusia, membuat keputusan, komunikasi, kuasa, dan
perancangan. Peranan guru besar merupakan antara faktor utama yang akan
menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Guru besar yang
berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang.

Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang


tahun 2020, fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah menjadi
semakin mencabar. Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam
bentuk instructional leader yang memainkan peranan tertentu pada tahap serta
kedudukan masing-masing untuk melaksanakan sesuatu progam pendidikan.
Kepemimpinan pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational
leader..iaitu..sebagai..agen..transformasi..perubahan.

Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan


tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam
keadaan bersedia. Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan berupaya
membimbing guru-guru di bawah pengawasannya untuk menjadi lebih berkesan.

Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan yang


bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan. Justeru itu, di mana-
mana sekolah, guru besar merupakan individu yang paling berpengaruh dan
bertanggungjawab..terhadap..sesuatu..perubahan.

Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan
murid terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru
besar pula dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang
mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan
persekitaran sosial (iklim), atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah
yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik
murid..(Rutter..et..al,1979).

4.1.3 PERANAN FPK DALAM ASPEK BUDAYA SEKOLAH

Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya
sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek
yang penting dalam merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkan
murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru serta
bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam
keadaan yang mesra, berasa tenteram serta melaksanakan
tugas..dengan..adil,..dedikasi,..gembira..dan..sempurna.

Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik
dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti
membentuk murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih
ramah dan mesra, lebih spontan dan berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya.

Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu
aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan
bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan
sekolah, keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah
yang lengkap, keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan
juga..keindahan..sekolah. Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara
yang berkaitan dengan keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti
budaya hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa
tanggungjawab,perpaduan,.kemesraan..dan..keadilan.

Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu


seperti semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan
sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran
program-program akademik seperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan
aktiviti membaca dalam diri murid-muridnya. Program ini secara tidak langsung
dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif. Menurut
Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang
mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan
tabiat..membaca..yang..berterusan.

Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunaan
bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.
Untuk meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti
pertandingan, perbahasan, syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak sekolah
sebagai galakan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua – Bahasa
Inggeris juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin
melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global.
Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang pembelajaran diwujudkan
bertujuan menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan
menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4.1.4 PERANAN FPK DALAM ASPEK KO-KURIKULUM

Aspek keempat pula ialah ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK, sekolah juga
perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-
kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan
yang dijalankan di dalam dan di luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan aktiviti-
aktiviti kumpulan secara informal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan
pembelajaran di bilik darjah adalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di
sekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak informal, tetapi gerak
kerja..yang..dijalankan..adalah..terancang.
Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan menyemai
sifat-sifat kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di
kalangan murid. Aktiviti ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid
mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan
sosial, jasmani dan rohani. Pelaksanaan ko-kurikulum cuba melihat minat dan bakat
murid-murid. Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik
diri..sendiri.

Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh memainkan


peranan dalam mendidik murid-murid untuk mengembangkan minat dan bakat.
Begitu juga masyarakat yang bertanggungjawab boleh memainkan peranan mereka
dalam mendidik murid-murid. Ini disebabkan alam masyarakat di luar sekolah
sebenarnya amat kaya dengan ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan oleh
murid-murid. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam gerak kerja ko-kurikulum
ialah pasukan unit beruniform, persatuan/kelab dan juga sukan. Pihak sekoalh perlu
memastikan semua murid melibatkan diri dalam ko-kurikulum ini kerana gerak kerja
ini dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah dan sebagai satu
bidang..pendidikan.Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyai
beberapa matlamat penting yang merangkumi aspek pendidikan, aspek
pembelajaran..dan..aspek..sosialisasi.

Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah


diharap akan dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang di kalangan
murid; memupuk nilai-nilai ahklak dan pendidikan yang diingini; memajukan
kemahiran, minat dan bakat murid; meningkatkan disiplin dan kepemimpinan diri;
mengukuhkan dan memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran; menjadi asas
kerjaya pada masa akan datang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah
dan..menyeronokkan. Dari aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum
bertujuan untuk mewujudkan dan mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih
menarik dan menggembirakan murid-murid. Selain itu, perhubungan antara guru
dengan..murid..juga..dapat..diwujudkan.

Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu melahir dan
membentuk murid-murid yang mempunyai semangat kekitaan dan
kewarganegaraan serta mempunyai rasa dan tanggungjawab berkhidmat untuk
masyarakat. Secara keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti
pengurusan ko-kurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi
potensi individu, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat,
meningkatkan mutu disiplin para murid bagi memperkukuhkan integrasi di kalangan
mereka. Selain itu, pihak sekolah juga harus memberi peluang secukupnya kepada
murid-murid untuk menyertai pelbagai aktiviti terancang bagi memperkembangkan
minat, bakat serta kemahiran masing-masing.

4.1.5 PERANAN FPK KEPADA GURU


Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam
merealisasikan FPK termasuklah FPG yang digubal untuk guru. Guru
bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan
bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah
juga bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar,
pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator,
iaitu..orang..yang..mendatangkan..pembaharuan. Seseorang guru menjalankan
seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum
memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya ditimbulkan terlebih dahulu
terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku dengan lebih
cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat..terhadap..pelajaran..itu.

Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagai-
bagai cara seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar, mengadakan
main peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya.
Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah
bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua,
langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur
supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran.
Gurulah yang menjalankan tugas mengatur setiap langkah pembelajaran.
Dalam mengatur langkah-langkah pembelajaran, guru akan merancang terlebih
dahulu. Apabila membuat sesuatu rancangan, keperluan-keperluan murid, objektif-
objektif pelajaran, bahan-bahan dan alat-alat mengajar seharusnya
dipertimbangkan. Pengajaran yang dirancangkan dengan baik akan membawa
faedah..yang..besar..kepada..murid-murid.

Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang


diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-
pengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan
lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah
difahami dan penerangannya padat serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar
seperti carta, gambar, perbandingan dan graf dapat menjelaskan lagi sesuatu
konsep yang disampaikan. Guru juga menolong murid-murid mengatur fakta-fakta
supaya menjadi konsep yang konkrit dan bermakna. Idea yang abstrak boleh
dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan alat bantu mengajar lain.

Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti


sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya
dengan menjalankan berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesani
sejauh manakah objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai.

Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan
berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat
kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa
hadapan.

4.1.6 PERANAN FPK DALAM ASPEK MENDISIPLINKAN PELAJAR

Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama
bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar
umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi
merangsang perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
sejajar..dengan..kemahuan..FPK..

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah


cuba mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk
menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari
luar atau dengan kerelaan sendiri; juga kesanggupan seseorang bekerja atau
membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain,
mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan
mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang sedia ada
menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat.

Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan


akhlak. Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang penting dalam
membentuk disiplin murid-murid. Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan
mereka terhadap pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan
kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal
keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi
memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh
menubuhkan sebuah jawatan kuasa menangani gejala disiplin murid peringkat
sekolah dengan melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang
tinggal berhampiran dengan sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak sekolah
juga hendaklah memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin.

Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian
khas daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak
berlaku pengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan murid lain di sekolah.
Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina
semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru
bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan
murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah
laku yang diingini. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk
membina perhubungan dengan ibu bapa/ penjaga murid-murid yang mempunyai
masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis.

Disiplin yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid. Faedah-
faedah tersebut adalah seperti berikut:

a) Pengajaran dapat dijalankan dengan licin dan teratur.


b) Pembelajaran dapat dilaksanakan dalam suasana yang tenang serta teratur.
c) Keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi.
d) Murid-murid menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin.
e) Keselamatan murid-murid dapat dijamin kerana setiap murid dapat mematuhi
peraturan-peraturan..sekolah.
f) Kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan.
g) Segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat.

Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya


persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk
imej dan keyakinan diri murid ke arah kecemerlangan dan kegemilangan, selaras
dengan hasrat negara yang menekankan usaha pembentukan modal insan yang
cemerlang,gemilang dan terbilang.

4.2 PERKAITAN FPK DALAM PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Melalui FPK kita dapat


menerapkan kefahaman dalam diri pelajar tentang kepentingan mempelajari bahasa
Melayu. Bahasa Melayu yang merupakan bahasa pertuturan bukan hanya perlu
dipelajari malahan perlu dikuasai secara mendalam oleh semua pelajar dan guru di
sekolah.
Dalam menjadikan kita seorang guru bahasa Melayu yang mampu bertutur
dengan menggunakan bahasa standard memerlukan latihan yang berterusan.
Pengalaman belajar selama lima tahun di institut pendidikan guru(IPG) perlulah di
manfaatkan dan digunakan dengan sebaik mungkin. Hal ini perlu kerana masih ada
guru bahasa Melayu bertutur dalam bahasa dialek mereka sendiri. Ini akan
mengelirukan pelajar yang tidak mengetahui asas bahasa Melayu.
Sebagai guru yang akan mengajar matapelajaran bahasa Melayu di sekolah
rendah. Bahasa yang digunakan hendaklah betul kerana pada peringkat ini, pelajar
akan mengambil dan menerapkan gaya pertuturan yang telah diajar kepada mereka.
Melalui FPK , seorang guru mampu menjadi guru yang berkeperibadian lebih
unggul dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi,
intelektual, dan sosial. Pelajar yang mampu bertutur dengan menggunakan bahasa
kebangsaan dengan baik akan melahirkan individu yang cinta akan Negara dan
mampu berbakti kepada nusa dan bangsa.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan kepada semua huraian diatas, maka ternyatalah


bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaaan (FPK) adalah bergantung kepada berdasarkan sekolah itu sendiri,
aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin.
Semua aspek ini akan menentukan modal insan yang bakal dihasilkan sama ada
memenuhi hasrat FPK atau tidak. Kejayaan dalam merealisasikan FPK juga secara
tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan yang berkualiti.
Merujuk kepada PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan
“modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi
mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggI dan perlu mampu untuk berfikir
secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan
mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk
berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah”.
Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan guru amat penting dalam menyahut
cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan
keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

6.0 REFLEKSI
Berdasarkan tugasan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang telah saya kaji,
saya telah memahami konsep-konsep yang ingin dilaksanakan oleh FPK dalam
system pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi penanda
aras kepada perkembangan sistem pendidikan di Malaysia ini. FPK sangat berguna
bagi semua pihak terutama saya yang akan berkecimpung di dalam bidang
pendidikan tidak lama lagi.
Dalam sukatan pelajaran, FPK telah menetapkan bahawa
penggabungjalinan amat penting bagi memudahkan murid memahami isi yang ingin
disampaikan oleh guru pada setiap mata pelajaran. Hal ini menyedarkan saya
bahawa perkembangan pendidikan di Malaysia bermula dari satu Rukun Negara
yang diterapkan dalam jiwa murid pada masa kini.
Saya juga telah mengetahui proses pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan elemen-elemen serta implikasinya terhadap sistem pendidikan di
Malaysia. Saya mengharapkan sistem ini akan digunakan berterusan dan tidak
disalahgunakan oleh mana-mana pihak dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Saya sebagai bakal pendidik akan menerapkan konsep falsafah ini dalam diri
saya supaya saya dapat menggunakannya di masa akan dating. Walaupun sistem
pelajaran akan berubah namun konsep dan elemen yang terdapat dalam falsafah
pendidikan tidak akan digubal sewenang-wenangnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing
Encik Nordin Bin Tahir kerana memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya
sehingga saya mampu mendalami makna sebenar FPK dalam sistem pendidikan
Negara ini.

Anda mungkin juga menyukai