Anda di halaman 1dari 16

Tajuk 3

Sinopsis

PERBEZAAN INDIVIDU

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep perbezaan individu, kepelbagaian jenis kecerdasan, gaya kognitif, gaya pembelajaran, dan seterusnya implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat: (1) Memahami dan mengguna kepelbagaian kecerdasan untuk mengukuhkan pembelajaran murid-murid. (2) Membincangkan perbezaan-perbezaan individu pada murid-murid dan implikasinya kepada guru-guru.. (3) Menganalisis ciri-ciri gaya pembelajaran murid yang berbeza. (4) Mengaplikasikan implikasi gaya pembelajaran murid yang berbeza. Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

PERBEZAAN INDIVIDU
KONSEP PERBEZAN INDIVIDU

PENGENALAN

JENIS-JENIS PERBEZAAN INDIVIDU

KEPELBAGAIAN JENIS KECERDASAN

GAYA KOGNITIF

GAYA PEMBELAJARAN

IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN

32

3.0

Pengenalan Setiap individu adalah berbeza daripada individu yang lain. Seorang bapa akan

mendapati anaknya yang pertama berbeza daripada anaknya yang kedua, begitu juga dengan anaknya yang ketiga dan yang keempat. Ini adalah disebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus peratus sama dengannya, walau pun individu-individu tersebut adalah kembar seiras. Oleh itu, sebagai seorang guru, anda harus memahami perbezaan individu di kalangan pelajar dan memberi perhatian tentang hal ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

3.1

Konsep Perbezaan Individu

Perbezaan individu merujuk kepada ketidak samaan yang terdapat pada diri seseorang dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, dan rohani. Dari segi fizikal, seseorang individu itu dapat dibezakan terutamanya dari segi ketinggian, berat badan, rupa paras, dan sebagainya. Di dalam sesebuah kelas, perbezaan individu amat ketara di mana ada murid yang lebih tinggi dari yang lain, ada murid yang berbeza dari segi saiz badan, rupa paras, dan warna kulit. Perbezaan mental pula merupakan perbezaan kecerdasan mental yang ada pada individu. Perbezaan ini dapat dilihat dari segi kebolehan seseorang itu membuat penaakulan, keupayaan mempelajari sesuatu yang baru, kebolehan bertindak cepat serta kebolehan berbahasa seseorang. Kebolehan mengawal emosi juga berbeza dari individu ke individu yang lain. Ini merujuk kepada kebolehan mengurus emosi negatif seperti mengurangkan kekecewaan, mengekalkan ketenteraman, serta tahap kesabaran seseorang individu. Aspek sosial merupakan kebolehan individu untuk menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan individu yang lain. Kanak-kanak ekstrovert lebih mahir bersosialisasi jika dibandingkan dengan kanak-kanak introvert. Selain dari itu, terdapat juga beberapa aspek perbezaan individu yang perlu diketahui seperti temperamen, tahap tenaga, minat dan bakat, gaya hidup, status 33

sosio-ekonomi, dan sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi untuk memajukan keupayaan atau membataskan keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu.

Rajah 3.1: Setiap individu adalah unik dan berbeza. 3.2 Jenis-jenis Perbezaan Individu (1) Jantina Peranan guru tahu perkembangan kanak-kanak, biasanya lelaki lambat dua tahun daripada perempuan akil baligh. aspek IQ kanak-kanak perempuan lebih cenderung aspek lisan dan bahasa, lelaki lebih kepada kecerdasan ruang. (2) Fizikal Menurut Sheldon bentuk badan mempunyai pengaruh terhadap sahsiah sesorang. Endomorf bulat (suka bergaul,relaks, penting kepuasan diri, mudah stress) Mesomorf otot kuat (asertif,agresif,aktif sukan, mudah terlibat delinkuen) Ektomorf kurus tinggi (bimbang,suka sendiri, mudah skizofrenia )

(3) Mental Manusia berbeza dari aspek kecerdasan (IQ), dan ada juga bagaimana individu beradaptasi dengan persekitarannya.

34

(4) Personaliti Setiap individu mempunyai sahsiah dan personaliti yang berbeza berdasarkan tahap tenaga yang dimiliki. Seseorang ekstrovert tahap tenaga yang tinggi menyebabkan ekstrovert sukakan persekitaran yang aktif dan mencabar. (5) Gaya Kognitif dan Gaya Belajar Gaya kognitif merupakan cara individu mempersepsi maklumat manakala gaya belajar merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang digemari pelajar. Setiap individu mempunyai kecenderungan kepada gaya kognitif dan gaya belajar pada intensiti yang berbeza-beza. (6) Kesihatan Tahap kesihatan pelajar berbeza-beza, ada yang menghidap penyakit warisan seperti lelah dan kencing manis, ada yang berkeperluan khas seperti dyslexia, kurang pendengaran, pekak, bisu,sengau dan gagap. (7) Sosial Perhubungan individu dengan dunia persekitarannya juga menunjukkan perbezaan individu, seperti individu yg suka main & aktif akan mempunyai banyak kawan. (8) Bangsa dan Budaya Individu berbeza dari segi bangsa dan budaya beza budaya, agama sistem kepercayaan dan nilai. Ahli psikologi perkenalkan kurikulum berbilang budaya (multicultural) untuk timbulkan persefahaman antara pelbagai etnik dan budaya. Pihak berkuasa beri layanan yang sama kepada semua rakyat tanpa pilih kasih. 3.3 Kepelbagaian Jenis Kecerdasan

Terdapat dua pandangan berbeza mengenai kecerdasan : pandangan klasik dan pandangan kontemporari. Pandangan Klasik cuba memahami isi kandungan atau struktur kecerdasan. Ahli psikologi dari fahaman ini membina alat pengukuran untuk membantu mereka memahami kebolehan yang terdapat pada individu. Weschler (1975) berpendapat kecerdasan ialah kebolehan seseorang individu memahami alam sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang dimilikinya untuk membantunya 35

menghadapi cabaran hidup. Tokoh-tokoh lain : Alfred Binet, Spearman, Guilford, Cattel. Kecerdasan dari pandangan kontemporari cuba memahami kecerdasan sebagai suatu proses yang menghubungkaitkan perlakuan kecerdasan manusia dalam memproses maklumat untuk menyelesaikan masalah. Ujian piawai bukanlah cara terbaik untuk mengukur kecerdasan. Tokoh: Gardner, Sternberg dan Goleman. 3.3.1 Teori Pelbagai Kecerdasan (Howard Gardner ) Gardner percaya kecerdasan ialah : Intelligence is the ability to find and solve problems and create products of value in ones own culture. Gardner telah mengemukakan sembilan jenis kecerdasan dan berpendapat semua individu mempunyai kecerdasan tersebut tetapi mungkin satu atau dua kecerdasan yang dominan dan menonjol pada diri seseorang. Linguistik / Bahasa Logik Matematik Muzik Kinestetik Badan Ruang/Visual/Spatial Interpersonal Intrapersonal Naturalist Existential Kelebihan kecerdasan linguistik ialah individu dapat menguasai bahasa dengan berkesan. Dia berkebolehan menghayati keindahan bahasa dan memanipulasikan keindahan bahasa untuk menyatakan hasrat dan menawan hati pendengar melalui karyanya. Mahir berhujah dengan berkesan (waktu pidato, perbahasan, ceramah. Peka terhadap kesalahan bahasa. Contoh: Zaba,Awang Had Salleh, Awang Sariyan, Robert Conrad dan lain-lain. (2) Kecerdasan Logik-Matematik Berkebolehan mengendali pola logik dan nombor. Berkebolehan mengendali rantaian sebab musabab atau faktor dan akibat yang 36

(1) Linguistik/Bahasa

logik. Pekerjaan: saintis, pakar matematik atau statistik, akauntan, jurutera dan lain-lain.

(3) Kecerdasan Ruang (Spatial) Berkebolehan untuk mengamati ruang persekitaran dengan tepat dan penggunaan ruang hasil ramalan individu. Pelaut, juruterbang, pengukir batu atau kayu. (4) Kecerdasan Muzik Berkebolehan untuk menghasilkan irama atau lagu yang indah dan merdu. Mahir membaca nota lagu. Pekerjaan : komposer lagu, pemain alat-alat muzik, penyanyi. (5) Kecerdasan Kinestetik Badan Kebolehan individu untuk mengawal pergerakan badannya dan mengendali objek dengan mahir. Pekerjaan : penari, pereka tarian, ahli sukan, ahli gimnastik, doktor bedah. (6) Kecerdasan Interpersonal Kebolehan untuk mengenal dan bergerakbalas kepada mood, temperamen dan kehendak orang lain. Pekerjaan : psikatri, jurujual, kaunselor, guru. (7) Kecerdasan Intrapersonal Kebolehan mengenali diri sendiri, perasaan sendiri dan boleh memanipulasikan kebolehan diri untuk disesuaikan dengan situasi.

(8)

Kecerdasan Naturalist Kebolehan untuk persepsi objek disekitar dan mudah mengingati fakta tentang tumbuhan dan haiwan. Berminat mengumpul ramarama, kerang dan fosil. Pekerjaan: Ahli biologi, botani, pegawai hutan dan mergastua, ahli arkeologi, zoologist.

37

(9)

Kecerdasan Existential Berminat mengkaji kewujudan dan kematian manusia. Berminat dengan kewujudan makhluk lain. Berminat mengkaji fenomena ganjil alam semula jadi. Tokoh agama, perubatan tradisional.

TUGASAN TERARAH
Berdasarkan pandangan anda sebagai seorang individu, bagaimana pemahaman tentang kepelbagaian individu dapat meningkatkan kerjaya kita sebagai guru

3.4

Gaya Kognitif

Gaya kognitif bermaksud cara individu mempersepsi maklumat, sementara gaya belajar pula merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang digemari pelajar. Witkin (1940), telah mengenal pasti dua gaya kognitif, iaitu gaya bersandar medan (field dependence) dan gaya bebas medan (field independence). Individu yang bergantung latar suka mempersepsi sesuatu secara global, sementara individu yang bergaya kognitif bebas latar suka mempersepsi sesuatu secara analitikal. 3.4.1 Gaya Bebas Medan dan Bersandar Medan Konsep gaya kognitif bebas medan dan bersandar medan telah diperkenalkan oleh Herman Witkin dan Goodenough (1977). Mereka telah memperkenalkan ujian untuk menguji sama ada individu itu mempunyai gaya kognitif bebas medan atau bersandar medan. Ujian tersebut (Embedded Figures Test) melibatkan individu mencari bentuk geometri dalam gambar rajah dalam jangka masa yang ditetapkan. Ujian ini boleh juga digunakan secara berkumpulan, yang dinamakan ujian GEFT (Group Embedded Figures Test).

38

Rajah 3.4: Embedded Figures Test: Cari objek-objek yang tersembunyi dalam gambar. Ciri-ciri pelajar yang mempunyai gaya kognitif bersandar medan dan bebas medan ditunjukkan dalam Jadual 5.3. AKTIVITI 5.7 Jadual 5.3: Ciri-ciri Pelajar Gaya Bebas Medan dan Bersandar Medan Bebas Medan Mengamati konsep secara analitikal dan melihat komponen-komponen konsep. Fokus kepada fakta dan prinsip. Bersandar Medan Mengamati konsep secara global. Menghubung konsep kepada pengalaman individu (personalised concept). Suka berinteraksi secara informal dengan guru. Suka bekerjasama dan suka kerja berkumpulan. Suka maklumat yang telah disusun guru. Suka mata pelajaran Sejarah dan Sastera. Matlamat pembelajaran daripada punca luaran (ibu bapa atau guru). Suka pembelajaran terancang dan berstruktur. 39

Suka berinteraksi secara formal dengan guru. Suka bertanding dan kerja bersendirian. Suka menyusun sendiri maklumat. Suka mata pelajaran Sains dan Matematik. Matlamat pembelajaran daripada punca dalaman. Suka merancang sendiri cara pembelajaran.

Keyakinan tinggi dalam membuat tugasan bersendirian. Motivasi berlokus kawalan dalaman.
.

Kurang keyakinan dalam membuat tugasan bersendirian Motivasi berlokus kawalan luaran.

3.4.2

Strategi Pengajaran Pelajar Bebas dan Bersandar Medan Pelajar yang bebas medan didapati lebih berdikari di dalam pembelajaran, manakala pelajar-pelajar yang bersandar medan didapati lebih bergantung kepada guru dan rakan untuk tugas pembelajaran. Justeru, strategi pengajaran yang sesuai dengan ciri-ciri pelajar perlu dirancang dengan baik, supaya pembelajaran berlaku dengan berkesan.

Sifat-sifat memproses maklumat yang mencerminkan cara biasa murid-murid melakukan persepsi, pemikiran, pengingatan dan penyelesaian masalah. Gaya kognitif merupakan cara individu mengingat, membuat persepsi dan memperolehi kembali maklumat. Ia juga menerangkan bagaimana seseorang memperolehi pengetahuan dan bagaimana mereka memproses pengetahuan tersebut. Adalah amat penting untuk guru memahami serta mengenali gaya kognitif mereka. Ini kerana akan mewujudkan saluran komunikasi yang lebih terbuka didalam bilik darjah. Guru yang mempunyai kesedaran gaya kognitif yang tinggi dapat memenangi kepercayaan murid mereka dengan lebih mudah. Oleh itu, mereka perlu memahami apa yang murid mereka cenderung kepada atau tidak dan cuba mengelak situasi yang tidak disenangi oleh murid.

TUGASAN TERARAH
Berdasarkan Jadual 5.3: Ciri-ciri Pelajar Gaya Bebas Medan dan Bersandar Medan dan pengalaman anda sebagai guru, beri cadangan tentang strategi-strategi pengajaran yang sesuai dengan gaya kognitif pelajarnya.

3.5

Gaya Pembelajaran

Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1982) ditafsirkan sebagai Cara bagaimana unsur-unsur daripada lima rangsangan iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi dapat mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memahami, berinteraksi 40

dan bertindak balas kepada persekitaran pembelajarannya.

Gregorc (1979) :

Tingkah laku yang dimanifestasikan oleh seseorg apabila menggunakan minda, berinteraksi dengan persekitaran, kemudian mengumpul dan memproses maklumat daripadanya. Garger (1985) menyatakan setiap orang dilahirkan dengan gaya pembelajaran tersendiri. Warisan baka dan persekitaran memainkan peranan penting dlm pembentukan gaya pembelajaran seseorang. Boleh dirumuskan bahawa gaya pembelajaran merupakan cara belajar seseorang yang bertindak dengan persekitarannya supaya memproses, mentafsir dan memperoleh maklumat, ilmu pengalaman atau kemahiran yang diingini. Gaya pembelajaran adalah hasil gabungan faktor individu sendiri di samping pengaruh warisan baka dan persekitaran. 3.5.1 Gaya pembelajaran Model Dunn & Dunn)

41

Faktor-faktor yg mempengaruhi gaya pembelajaran (Gaya pembelajaran Model Dunn & Dunn)

bunyi cahaya
Persekitaran

tggjwb keazaman struktur

suhu

motivasi
Emosi

Reka bentuk

global
Gerak hati

analitik

Rangsangan Dan Unsur-unsur Gaya Pembelajaran

perseorgn berpsgn

berkmpln

Orang dewasa

Psikologi

Sosial Fisiologi Masa pelajar

refleksi
Otak kiri
Otak kanan persepsi pemakanan

mobiliti

3.5.2

Gaya Pembelajaran ( Murnford dan Honey, 1986 ) (a) Aktivis Gaya pembelajaran aktivis adalah orang yang melibatkan diri secara aktif dan agresif dlm aktiviti pembelajaran Ciri-cirinya ; Mempunyai sikap tidak sabar atau tergesa-gesa Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap perkara-perkara Bergerak pantas dan cepat membalas Gemar mencari pengalaman baru dengan cuba jaya diri sendiri Penuh semangat, fleksibel dan berfikiran terbuka

baru di alam sekitar

42

Mempunyai motivasi inrinsik yang kuat dan sentiasa mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah sendiri Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya suka melibatkan diri dalam latihan amali, permainan, sukan dan aktiviti kokurikulum. Strategi P&P yang sesuai digunakan untuk kumpulan ini ialah kaedah inkuiri-penemuan, kaedah penyelesaian masalah, kaedah praktik, perbincangan, sumbangsaran, sesi buzz, simulasi dan main peranan. (b) Reflektif

Gaya pembelajaran reflektif adalah orang yang suka memerhati, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang dipersepsikan dalam alam sekitar. Ciri-cirinya ; Suka memikir perkara-perkara dalam alam sekitar diri sendiri Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif Suka mentafsir dan menilai sesautu perkara, prinsip, keputusan atau projek serta membuat refleksi kendiri. Suka mencari hakikat yang sebenar Sikap berhati-hati, berwaspada dan sentiasa memikirkan pelbagai pilihan dengan teliti. Seorang pendengar yang baik tetapi lambat bertindak balas. Belajar dan membuat kerja secara sistematik tidak terburu-buru membuat keputusan atau kesimpulan. Pelajar suka belajar subjek seperti sejarah, bahasa dan suka melibatkan diri dalam aktiviti projek dan kajian luar. Strategi P&P yang sesuai digunakan untuk golongan ini ialah kaedah penyelesaian masalah, inkuiri-penemuan, projek dan perbincangan. (c) Teoris

Gaya pembelajaran teoritis gemar menggunakan prinsip dan teori untuk membuat kesimpulan sesuatu perkara. Ciri-cirinya ; Berfikiran rasional dan logikal Berdisiplin serta objektif Kurang kreatif dan menitikberatkan penggunaan otak kiri

43

Suka membuat hipotesis, menguji hipotesis dan membuat kesimpulan berdasarkan bukti. Suka mengesan sebab dan akibat sesuatu perkara yang berlaku. Berminat mengkaji fenomena yang berlaku dalam alam sekitar.

Pelajar bersifat teoris ini suka pada subjek seperti sains, matematik, logik, geografi dan sejarah. Strategi P&P yang sesuai untuk golongan ini adalah kaedah induksi dan deduksi, bertukar pendapat melalui perbincangan dan mengumpul data untuk membuat analisis, tafsiran dan membuat rumusan melaui kaedah penyelidikan. (d) Gaya ada. Ciri-cirinya ; Bersifat praktikal dan berpijak di bumi nyata Mementingkan bukti dan hakikat yg sebenar sebagai objektif pembelajaran. Percaya perkara yang dapat dilihat daripada mendengar Mengutamakan kegunaan dan penggunaan sesuatu perkara Lebih bersikap ekspresif daripada kreatif Suka membuat perbandingan. Pragmatis pembelajaran pragmatis adalah Ppelajar bersifat praktikal /

mementingkan hakikat sebenar daripada teori / hukum / prinsip yang sedia

Golongan pelajar ini suka menggunakan bahan / bukti yang konkrit untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Strategi P&P yang sesuai digunakan ialah kaedah kerja praktik, strategi pemusatan bahan termasuk bahan elektronik, carta dan gambarajah serta kaedah deduksi yang melibatkan aplikasinya.

44

Rajah 3.5: Guru harus sensitive terhadap gaya pembelajaran antara murid.

3.6

Implikasi Perbezaan Individu Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Implikasi perbezaan individu kepada pengajaran dan pembelajaran dibincangkan dari segi kesediaan belajar, objektif pengajaran dan pem belajaran, tingkah laku mengganggu pengajaran, perbezaan gaya kognitif dan gaya belajar dan perbezaan personaliti. 3.6.1 Kesediaan Belajar Oleh kerana pelajar-pelajar dalam satu kelas mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka jugaberbeza. Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama pelajar-pelajar yang lambat. Sekiranya guru mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan akan menjadi students at risk atau pelajar berisiko, iaitu pelajar yang berkemungkinan besar akan gagal dan menjadi pelajar tercicir. 3.6.2 Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Oleh kerana tahap kecerdasan berbeza di kalangan pelajar, dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan pelajar. Guru juga perlu menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang berbeza keupayaan, supaya pelajar yang lambat tidak terus tertinggal dan yang pandai tidak merasa bosan.

3.6.3

Tingkah Laku Mengganggu Pembelajaran 45

Pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran sering mempamerkan tingkah laku disruptif atau destruktif, yang akan mengganggu perhatian pelajar-pelajar lain semasa pengajaran dan pembelajaran. Contoh tingkah laku disruptif ialah hiperaktif, bising, agresif, ketawa kuat. Contoh tingkah laku destruktif pula ialah vandalisma, permusuhan nyata terhadap guru, tidak menghormati guru dan merosak harta benda guru yang tidak disukai; menjadi anggota kumpulan samseng atau kongsi gelap di luar sekolah, mengugut untuk mencederakan pelajar lain, menumbuk dan memukul pelajar lain, membuli dan memeras ugut wang dari pelajar yang lebih kecil atau lemah. Ada juga pelajar-pelajar yang menunjukkan tingkah laku mengganggu yang positif seperti menyudahkan kerja cepat, selalu bertanya, proaktif dan hendak tahu mengenai sesuatu tajuk pelajaran yang belum diajar. 3.6.4 Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya Belajar Setelah beberapa bulan seseorang guru itu mengajar di sesebuah kelas, dia akan dapat mengesan gaya kognitif dan gaya belajar pelajar-pelajarnya yang berbeza-beza. Ada yang belajar secara audio, ada yang visual, ada yang memproses maklumat secara global dan ada yang secara analitikal (rujuk Jadual3.2). Terdapat pelajar yang cepat menghantar tugasan dan terdapat juga pelajar yang selalu lambat menghantar tugasan. 3.6.5 Perbezaan Personaliti Guru juga akan mendapati pelajar-pelajar di kelasnya berbeza dari segi personaliti. Ada yang pintar tetapi pendiam, ada pula yang pintar dan ramai kawan, ada juga pelajar yang peramah dan ramai kawan, terdapat juga pelajaryang suka bersendirian dan pendiam. Selain itu, terdapat pelajar yang berfikiran terbuka, riang dan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dalam kumpulan. Sebaliknya, terdapat pula pelajar-pelajar yang suka membuat kerja sendirian dan memandang orang lain kurang berkebolehan daripadanya. Oleh itu, terdapat pelajar yang bermasalah untuk menyesuaikan dirinya dengan kawan-kawan lain. Terdapat pelbagai implikasi perbezaan individu yangdibincangkan dalam bahagian seperti implikasi perbezaan individu dari segi kesediaan belajar, objektif pengajaran dan pembelajaran, tingkah laku yang mengganggu pengajaran, perbezaan gaya kognitif dan gaya belajar, serta perbezaan personaliti. Oleh itu, guru-guru mempunyai peranan yang penting dalam mengatasi

46

perbezaan individu tersebut. Pelbagai cara boleh digunakan dan terpulang kepada kreativiti setiap guru dalam usaha mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.

RUJUKAN Modul Pembelajaran Psikologi Pendidikan. University Malaysia. (2005). Kuala Lumpur: Open

Ormrod, J.E. & McDevitt, T.M. (2004). Child development: Educating and working with children and adolescents. (2nd.ed). New Jersey: Pearson Merill Prentice Hall. Rahil Mahyuddin, Habibah Elias. (2007). Psikologi pendidikan untuk perguruan. (Edisi Ke 2). Shah Alam:Karisma Pub. Sdn. Bhd, Salvin, R. E. (2005). Educational psychology :Theory into practice.Englewood Cliffs: Prentice-Hall Inc. Woolfolk, A.E. (2007) Educational psychology. (11th ed.), Boston, MA: Allyn and Bacon.

Tamat Tajuk 3; semoga berjaya!

47

Anda mungkin juga menyukai