Kandungan
Catatan
Orientasi (10minit)
- Guru memulakan pengajaran dengan meminta murid-murid untuk cuba mengingati nombor telefon ibu bapa mereka dan menulisnya di dalam helaian kertas yang disediakan oleh guru.
1) Seterusnya, guru mempamerkan 5 nombor telefon yang lain dalam persembahan slide . - Guru menutup slide itu, dan meminta murid-murid mengingati dan menulis kembali nombor-nombor telefon tersebut dalam helaian kertas. -Guru bertanya kepada murid-murid adakah mereka mampu mengingati kesemua nombor-nombor tersebut dengan betul?
2) Kemudian, guru meminta semua murid-murid bangun dan berada di sisi meja masing-masing dan melompat setinggi yang boleh sehingga menyentuh siling kelas yang tinggi itu. - Guru bertanya kepada murid-murid adakah mereka mampu melompat sehingga menyentuh siling kelas.
3) Seterusnya, guru mempamerkan di slide , Saya Mahu Berjaya menggunakan tulisan Arial bersaiz 10. - Guru meminta murid yang berada di belakang sekali dalam kelas untuk membaca apa yang terdapat slide. -Murid tidak boleh membaca kerana tulisan terlalu kecil dan berada jauh di belakang.
-Seterusnya guru meminta beberapa orang murid untuk melekatkan kad-kad huruf lalu menyelesaikan teka kata di hadapan. -Guru memberitahu murid-murid apa yang akan dipelajari pada hari ini.
- Guru bertanya dengan murid-murid mengenai had keupayaan yang ada pada manusia. - Guru bertanya apakah yang perlu dilakukan atau digunakan untuk mengatasi had keupayaan manusia supaya memudahkan
manusia melakukan aktiviti harian dengan baik. -Guru menyenaraikan beberapa contoh situasi : 1) Bagaimanakah manusia hendak melihat objek-objek halus
dan seni seperti mikroorganisma? 2) Bagaimanakah manusia hendak melihat objek yang jauh seperti bintang di angkasa? 3) Bagaimanakah kita hendak berhubung dengan orang yang tinggal jauh dari rumah kita? 4) Bagaimanakah kita hendak ke London dari Pulau Pinang dalam masa 12 jam sahaja?
- Guru menayangkan video mengenai Bagaimana sains dan teknologi digunakan untuk mengatasi had keupayaan manusia? di hadapan kelas. -Guru menayangkan video-video mengenai teknologi
microsurgery, alat bantu mendengar, x-ray, dan night vision googles. -Seterusnya, guru menyuruh murid-murid mengenal pasti alatalat sains dan teknologi yang terdapat dalam video yang digunakan untuk mengatasi had keupayaan manusia. - Setelah tamat tayangan video, guru bertanya kepada muridmurid apakah alat-alat sains dan teknologi yang terdapat dalam tayangan video tersebut. - Guru menyuruh murid-murid menyatakan apakah had keupayaan yang diatasi oleh alat-alat sains dan teknologi tersebut.
-Murid-murid dalam kumpulan diberi satu sampul surat berwarna-warni yang mengandungi satu klu arahan tugasan dan beberapa kepingan jigsaw puzzle . -Murid-murid dikehendaki menyusun semula jigsaw puzzle itu sehingga membentuk gambar sebuah alat teknologi.
-Contohnya klu tugasan : Ahmad tidak boleh berjalan kaki dari Perlis ke Johor dalam masa sehari.
-Murid-murid secara berkumpulan dikehendaki menyelesaikan kesemua soalan dalam masa yang ditetapkan oleh guru .
Refleksi (5 minit)
-Guru membimbing murid-murid untuk mengingati semula mengenai tajuk P&P iaitu had keupayaan manusia dan
kehidupan seharian.
teknologi. - Guru meminta dua orang murid sebagai wakil untuk membuat refleksi kendiri mengenai topic had keupayaan manusia dan teknologi. -Guru membuat kesimpulan mengenai had keupayaan manusia dan teknologi .
: : :
7 September 2011. 12.00 tengahari 1.00 petang. 4 Arif. : : : : 40 orang. Menyiasat Teknologi. Teknologi. Pada akhir pengajaran, murid-murid akan memahami kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian.
Objektif Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Murid-murid dapat : a) Menyatakan bahawa terdapatnya had keupayaan dalam diri manusia semasa melakukan sesuatu perkara. b) Mengenalpasti alat-alatan teknologi yang digunakan untuk mengatasi had keupayaan
manusia. c) Menerangkan bagaimana alat-alatan teknologi digunakan untuk mengatasi had keupayaan manusia.
: Murid telah mengetahui dan mengenali beberapa alat-alatan teknologi yang sering dilihat dalam kehidupan seharian dan di dalam makmal sains seperti mikrofon, kanta pembesar dan mikroskop.
Kemahiran Berfikir
Berkomunikasi.
Video-video, persembahan slide, kertas A4, Sampul Surat Berwarna-warni, jigsaw-puzzle , crossword puzzle.
Amin tidak boleh berjalan kaki dari Perlis Ke Johor dalam masa sehari.