Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh

: 10 September 2013.

Masa

: 10.00 pagi 11.00 pagi.

Kelas

: 4 Amanah

Bilangan Murid : 38 orang.


Tema

: Menyiasat Teknologi.

Learning Area

: Teknologi.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid-murid akan memahami kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian.
Hasil Pembelajaran

: Murid-murid dapat :
a) Menyatakan bahawa terdapatnya had keupayaan dalam diri manusia semasa melakukan sesuatu
perkara.
b) Mengenalpasti alat-alatan teknologi yang digunakan untuk mengatasi had keupayaan manusia.
c) Menerangkan bagaimana alatan berteknologi boleh membantu manusia mengatasi had keupayaan.

Pengetahuan Sedia Ada Murid : Murid telah mengetahui dan mengenali beberapa alat- alatan teknologi yang sering dilihat dalam
media ataupun digunakan dalam kehidupan seharian seperti mikrofon. Kereta, kapal terbang, dan
mikroskop.
Kemahiran Berfikir

: Analisis, Membuat penilaian, Menggambarkan, Mengsintesis

Nilai dan Kemahiran Saintifik : Berkomunikasi


Sumber Pengajaran dan Pembelajaran : Video-video, persembahan slide , kertas A4,

Fasa / Masa

Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Orientasi
(10minit)

Memahami kepentingan
teknologi dalam kehidupan
seharian.

1) Seterusnya, guru menunjukan tayangan 5 nombor telefon


dalam persembahan slide.
Guru menutup tayangan slide tersebut dan meminta muridmurid mengingati kembali dan menulis kembali nombornombor telefon tersebut dalam helaian kertas.

- Persembahan
slide .
- Helaian kertas
A4

-Guru bertanya kepada murid-murid adakah mereka mampu


mengingati kesemua nombor-nombor tersebut dengan betul?
2) Seterusnya, guru menayangkan slide gambar semut yang
kecil
- Guru meminta murid yang berada di belakang sekali dalam
kelas untuk meneka apa yang terdapat slide.
-Murid tidak boleh meneka kerana kerana gambar terlalu kecil
3) Guru menyuruh murid berdiri di sisi meja dan melompat
setinggi yang boleh sehingga tangan boleh menyentuh siling
kelas
- Guru bertanya kepada murid-murid adakah mereka mampu
melompat sehingga menyentuh siling kelas.

- Seterusnya guru meminta beberapa orang murid untuk


melekatkan kad-kad huruf lalu menyelesaikan teka kata di
hadapan.
-Guru memberitahu murid-murid apa yang akan dipelajari pada
hari ini.
Pencetusan
Idea (10minit)

Memahami kepentingan
teknologi dalam kehidupan
seharian.

- Guru bertanya dengan murid-murid mengenai had keupayaan


yang ada pada manusia.
- Guru bertanya apakah yang perlu dilakukan atau digunakan
untuk mengatasi had keupayaan manusia supaya
memudahkan manusia melakukan aktiviti harian dengan baik.

-Guru menyenaraikan beberapa contoh situasi :


1) Bagaimanakah manusia hendak melihat objek yang jauh
seperti planet di angkasa lepas?
2) Bagaimanakah manusia hendak melihat objek-objek yang
halus dan seni seperti mikroorganisma?
3) Bagaimanakah kita hendak berhubung dengan orang lain
yang jauh dari kita ?
4) Bagaimanakah kita hendak bergerak selaju 90 km sejam?

Kemahiran
Proses Sains :
Berkomunikasi
Kemahiran
Berfikir :
Menghubung
kaitkan.

Penstrukturan
Idea (20minit)

Memahami kepentingan
teknologi dalam kehidupan
seharian

Guru menayangkan video mengenai bagaimana teknologi boleh


membantu kelemahan manusia
-Guru menayangkan video-video mengenai teknologi
-Seterusnya, guru menyuruh murid-murid mengenal pasti alatalat sains dan teknologi yang terdapat dalam video yang
digunakan untuk mengatasi had keupayaan manusia.
- Setelah tamat tayangan video, guru bertanya kepada muridmurid apakah alat-alat sains dan teknologi yang terdapat dalam
tayangan video tersebut.
- Guru menyuruh murid-murid menyatakan apakah had
keupayaan yang diatasi oleh alat-alat sains dan teknologi
tersebut.

Aplikasi Idea
(15minit)

Memahami kepentingan
teknologi dalam kehidupan
seharian

Guru menunjukan gambar kepada murid

Abm

- Guru mengedarkanya kepada murid.

- gambar

- Murid di minta memadankan gambar dengan had keupayaan


manusia.
- Murid-murid secara berkumpulan dikehendaki menyelesaikan
kesemua tugasan dalam masa yang ditetapkan oleh guru .

Refleksi
(5 minit )

Memahami kepentingan
teknologi dalam
kehidupan seharian.

- Guru membimbing murid-murid untuk mengingati semula


mengenai tajuk P&P iaitu had keupayaan manusia dan
teknologi.

- Guru membuat kesimpulan mengenai had keupayaan manusia


dan teknologi .

Anda mungkin juga menyukai