Anda di halaman 1dari 8

Alat Kemahiran Berfikir CoRT 1

ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR CoRT 1 DALAM PENDIDIKAN ISLAM


PENDAHULUAN
a)Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah yang mengurniakan ilmu kepada
hambaNya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,
Rasulullah pembawa rahmat ke sekelian alam.
b) pengajaran dan pembelajaran hari ini perlu kepada pelbagai pembaharuan dari
masa ke semasa. Dalam era globalisasi ini Guru-Guru Pendidikan Islam perlu
berani melakukan pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik
dan kaedah pedagogi perlu dikuasai dan diperkembangkan bagi memenuhi tuntutan
cabaran yang mendatang dalam dunia pendidikan terkini.
c)Lantaran itu, saya mengambil langkah ke hadapan dengan cuba
mengketengahkan panduan pengajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan alat
kemahiran berfikir. Alat ini diperkenalkan oleh tokoh pemikir dunia Edward De
Bono. Walaupun ilmu ini diperkembangkan oleh orang bukan Islam, tetapi sesuatu
yang baik perlu diterima dan dipraktikkan untuk kebaikan bersama.
d)Satu contoh panduan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan
menggunakan alat kemahiran berfikir telah disediakan. Panduan ini diharap dapat
membantu guru-guru pendidikan Islam mempelbagaikan kaedah pedagogi untuk
melahirkan P&P yang berkesan dan menarik.

PENGENALAN
a)Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Edward De
Bono. Beliau dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean.
Beliau berkelulusan D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari
Universiti Cambridge.
b)Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive Research Trust mengandungi 6
bahagian CoRT, iaitu;
1. CoRT 1 : keluasan persepsi.
2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir.
3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis.
4. CoRT 4 : pemikiran kreatif.
5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan.
6. CoRT 6 : tindakan.

c)Panduan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan
alat kemahiran berfikir ini telah disediakan dengan menggunakan CoRT 1.
Terdapat tujuh teknik asas dan teknik panduan bagi CoRT 1. Penerangan di bawah
memberikan sedikit gambaran.
HURAIAN ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR
(Tujuh Teknik Asas CoRT 1)
Bil. Komponen CoRT 1
01. PMI Plus, Minus, Interesting. (Baik, Buruk, Menarik.)
Tujuan Berfikir :
a)Meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi. Elakkan reaksi beremosi.
b)Mengembangkan idea.

Kaedah & Langkah :
P : senaraikan semua yang baik.
M : senaraikan semua yang buruk.
I : senaraikan semua yang menarik.
Apakah keputusan atau penilaian tentang tajuk yang dikaji?

Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Komputer menggantikan guru dalam sekolah.
2. Arak boleh digunakan untuk tujuan perubatan.
3. Perceraian mengelakkan perbalahan dalam rumahtangga.
Bil. Komponen CoRT 1
02. CAF Consider All Factors (Ambil kira semua faktor)
Tujuan Berfikir :
a)Meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Elakkan terlupa
faktor yang penting.

Kaedah & Langkah :
Senaraikan semua faktor yang berkaitan. Pertimbangkan setiap faktor.
Apakah keputusan selepas pertimbangan sewajar dibuat?

Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Apakah hadiah yang sesuai untuk hari guru anda?
2. Apakah kegiatan dakwah yang anda ingin ikuti?
Bil. Komponen CoRT 1
03. C&S Consequence and sequel (Kesan dan akibat dari kesan)
Tujuan Berfikir :
a)Menjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan.
b)Meramal kesan dan akibat bagi keputusan tersebut.

Kaedah & Langkah :
- Apakah cadangan berkenaan boleh berjaya?
- Apakah risiko yang mungkin dihadapi?
- Apakah kesan serta merta, jangka panjang dan pendek?
- Adakah cadangan berkenaan baik?

Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Belajar al-Quran dengan tulisan rumi.
2. Melakukan solat dengan meninggalkan semua perkara sunat.
3. Menceraikan terus isteri yang nusyuz.
Bil. Komponen CoRT 1
04. AGO (Aims,Goals, Objectives.)(Tujuan, matlamat, objektif)
Tujuan Berfikir :
a)Sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai.
b)Elakkan perkara yang tidak berkenaan.

Kaedah & Langkah :
Apakah AGO rancangan?
Adakah tindakan terkeluar daripada AGO?
Bagaimana pastikan AGO dapat dicapai?

Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Apakah AGO hidup anda?
2. Apakah AGO perkahwinan dalam Islam?
3. Apakah AGO diharamkan meminum arak?
Bil. Komponen CoRT 1
05. FIP (First important prioriti)
Tujuan Berfikir :
a)Perkara paling penting diutamakan
b)Mengambil kira perkara-perkara yang penting.
c)Menentukan prioriti.
d)Elakkan perkara yang tidak patut diutamakan
Kaedah & Langkah :
Apakah perkara-perkara yang penting?
Antara perkara-perkara ini yang mana paling penting?
Apakah prioriti yang diperlukan tindakan segera?

Contoh Tajuk Perbincangan :
1. FIP semasa memilih pasangan hidup.
2. Apakah strategi pembelajaran Pendidikan Islam yang paling baik?
3. Apakah kaedah menghafaz ayat hafazan yang paling mudah?
Bil. Komponen CoRT 1
06. APC (Alternatives, Possibilities, Choices.)
Tujuan Berfikir :
a)Memikirkan beberapa perkara dengan serentak.
b)Menentukan pilihan yang terbaik.
c)Elakkan pemikiran sehala sahaja.

Kaedah & Langkah :
Apakah cara-cara yang berlainan untuk menyelesaikan masalah ini?
Apakah baik buruk cadangan tadi?
Manakah cadangan yang paling baik.

Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Bagaimana memilih pemimpin sedangkan calonnya ramai.
2. Peperiksaan dihapuskan. Cari APC.
Bil. Komponen CoRT 1
07. OPV (Other Peoples Views)
Tujuan Berfikir
a)Mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan.
b)Elakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri.

Kaedah & Langkah
Apakah idea diri sendiri akan mempengaruhi orang lain?
Bagaimana orang lain memandang idea anda?
Adakah idea anda bernas dan harus dijadikan tindakan?


Contoh Tajuk Perbincangan
1. Ibu bapa wajib menghalang anak remajanya keluar rumah selepas jam 9 malam.
2. Mat Rempit wajib dikenakan hukuman penjara 20 tahun mandotari.
3. Penjualan rokok wajib diharamkan di Malaysia
http://guabama.wordpress.com/2009/05/29/alat-kemahiran-berfikir-cort-1/

KEMAHIRAN BERFIKIR
KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses
pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap
dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat
kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.
KONSEP BERFIKIR
Edward de Bono ( 1976 )
- Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk
menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
Dewey ( 1910 ) menegaskan :
- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah
tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang
dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.
Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga
supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui
tafakur.
Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah
dirumus sebagai :
Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan
penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan
menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta
refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.
PROSES BERFIKIR
Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang.
Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
i)Operasi Kognitif
- adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas,
membanding, membuat urutan dan lain-lain.

ii)Operasi Meta kognitif
- merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses
kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di
antara komponen-komponen berfikir.

PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR
Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis
kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.
Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.
Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap
kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.
Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara
logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir
untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan
apakah hasil yang diharapkan.
Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu
berfikir.
Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih
baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau
melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di
akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang
lain.
TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR

1. Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry.
- Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian
kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif.
Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri
mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau
susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan
mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka
bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.
Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara
kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah
dikembangkan.
2. Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner.
- Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam
fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;
i. Kecerdasan linguistik
ii. Kecerdasan logical-matematik
iii. Kecerdasan visual-Spatial
iv. Kecerdasan muzik
v. Kecerdasan tubuh kinestetik
vi. Kecerdasan interpersonal
vii. Kecerdasan intrapersonal
Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat diajar di
sekolah-sekolah.
3. Teori Epistemologi : Imam Al-Ghazali.
- Beliau merupakan tokoh Islam. Al-Ghazali membahagikan Sains dan
pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya dari
Tuhan semata-mata. Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia samada hasil
kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung. Ilmu ciptaan manusia tergolong
dalam Ilmu Aqli (akal).
Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti
diketahui untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri.
Ilmu Aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau mendefinisikan
penaakulan sebagai kelayakan yang membolehkan seseorang individu menanggapi
ilmu pengetahuan dan berfikir tentang sesuatu yang boleh difikirkan.
4. Teori Konstruktivisme
- Teori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda,
tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina
berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik
pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Mengikut Teori
Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh
di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di
bawah proses pembelajaran pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan
dirinya secara aktif dengan menggunakan cara membanding maklumat yang baru
dengan pengalaman sedia ada. Ia juga melibatkan proses metakognitif disamping
proses kognitif, di mana ia melibatkan operasi mengarah dan mengawal proses
kognitif tersebut.
ALAT BERFIKIR
- Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan
melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan. Contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan
grafik, peta minda dan alat CORT. Ia dapat membantu murid bagi mengimbas
kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu
mengabungkan maklumat-maklumat baru.


JENIS-JENIS PEMIKIRAN

Pemikiran Konvergen
- Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir.
Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan
seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan
demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah juga
dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum
atau rumus yang sedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu
jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran
berpandu. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.
Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan,
menyatakan, membanding dan membeza.
Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada.
Jawapan Tunggal
Masalah Tertutup

Pemikiran Divergen.
- Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir
secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam
penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. Menurut Davidoff (1976),
pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang
terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu
yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan
mempunyai unsure intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan
dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.

Pemikiran Reflektif
- Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan
pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan
tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah
serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.
Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung
rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain.

Pemikiran Kritis dan Kreatif
http://guabama.wordpress.com/category/kemahiran-berfikir/

Anda mungkin juga menyukai