Anda di halaman 1dari 20

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penerapan KB dalam P&P amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi. Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula, KB adalah antara unsur utama yang diberi penekanan dan dinyatakan secara bersurat

APAKAH BERFIKIR ?

Berfikir.......... .......melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang

berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. memberi sebab atau membuat penentuan.

(Mayer,1977)
.......merupakan pembentukan idea, pembentukan semula

(Fraenkel, 1980)
.......ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, (Beyer, 1991) Berdasarkan beberapa pengertian di atas, Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat petimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

PROSES BERFIKIR

Apakah objek itu Apakah kegunaannya Bagaimanakah menggunakannya Apakah ia memberi manfaat

Pada kebiasaannya apabila berhadapan dengan sesuatu perkara secara automatik kitamula menyoal diri sendiri ?

Apabila anda menyoal diri sendiri dan mncari jawapannya, anda dalam proses berfikir. Untuk mencari jawapan, anda menggunakan aspek berikut:
Pengetahuan (apa yang anda tahu tentang objek itu) Kemahiran(menyoal diri sendiri tentang objek itu) Sikap atau minat (keinginan untuk mengetahui tentang objek itu)

Proses berfikir melibatkan intraksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau nilai

MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif

Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan


idea dan sifat evaluatif Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada

Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti P&P menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah
Kemahiran berfikir menakul membantu kita sebagai pelincir dalam membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dalam strategi berfikir

KEMAHIRAN BERFIKIR
KRITIS Mencirikan Membanding &membeza Mmengumpul & mengelas Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan Menganalisis Mengesan kecondongan Menilai Membuat kesimpulan
KREATIF Menjanakan idea Menghubung kait Membuat inferens Meramalkan Membuat hipotesis Mengitlak Membuat gambaran mental Menganalogikan Mereka cipta

MENAAKUL Logik Rasional

STRATEGI BERFIKIR Mengkonsepsikan Menyelesaikan masalah Membuat keputusan

KEMAHIRAN BERFIKIT KRITIS


1.

2. 3. 4. 5. 6.

7. 8.

Mencirikan - mengenalpasti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau item. Membanding dan membeza - mencari persamaan dan perbezaan dengan menggunakan ciri-ciri pada item (objek). Mengumpul dan mengelas - mengumpul item atau maklumat kepada kumpulan berasaskan kepada ciri-ciri yang sepunya. Membuat urutan - menyusun item atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepada sesuatu ciri atau sifat seperti saiz atau masa. Menyusun mengikut keutamaan - menyusun item atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan. Menganalisis - mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Menilai - mempertimbangkan kebaikan dan keburukan. Membuat kesimpulan - membuat pernyataan yang menjelaskan atau mengukuhkan sebab atau alasan selepas menjalankan kajian.

1.

2. 3. 4. 5.

6.

7. 8. 9.

KEMAHIRAN BERFIKIT KREATIF Menjana idea - menjana idea yang banyak secara spontan dan berterusan berkaitan dengan sesuatu tajuk atau masalah dalam satu kumpulan. Membuat inferens - membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian. Menghubungkait - membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan. Meramal - menggunakan data dan pengetahuan yang ada untuk menjangka perkara yang akan berlaku. Membuat Hepotesis - membuat pernyataan umum yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya. Mengitlak(generalisasi) - membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas beberapa maklumat dari kumpulan itu. Menganalogi - membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan yang mempunyai ciri yang serupa. Membuat gambaran mental - membuat gambaran secara mental sesuatu idea atau konsep. Merekacipta - menghasilkan sesuatu yang baru untuk mengatasi masalah secara terancang.

Jenis dan Ciri Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir dapat dibahagikan


kepada tiga kategori besar iaitu ; Kemahiran mencerna idea. Kemahiran menjelaskan idea. Kemahiran menilai kemunasabahan idea.

Kemahiran mencerna idea - merupakan

kemahiran pemikiran kreatif, ianya meluaskan pemikiran dan memperkembangkan imaginasi. Kemahiran menjelaskan idea - melibatkan kemahiran menganalisis, Ianya memudahkan kefahaman dan kebolehan menggunakan maklumat. Kemahiran menilai kemunasabah - an idea Adalah kemahiran pemikiran kritis. Ianya memungkinkan kebolehan membuat pertimbangan yang baik.

Ketiaga-tiga kemahiran berfikir ini tidaklah digunakan secara berasingan dalam proses berfikir. Kemahiran-kemahiran ini selalunya digembelingkan untuk membuat sesuatu keputusan/menyelesaikan masalah.

Untuk mencerna idea


dua kemahiran berikut diperlukan;1. Mencari kemungkinan pilihan-pilihan dari segi; pertambahan idea. Kepelbagaian idea. Idea baru. Keperincian idea. 2. Mencantum idea melalui analogi dan metafora.

dua kemahiran utama berikut diperlukan;1. Kemahiran menganalisis idea yang melibatkan kebolehan;
membanding dan membeza. Membuat klasifikasi/definisi. Meneliti bahagian-bahagain kecil dan bahagian
keseluruhan. Membuat urutan.

Untuk menjelaskan idea

2. Kemahiran menganalisis perbahasan yang melibatkan kebolehan;


mencari sebab dan kesimpulan. Mendedahkan jangkaan/andaian.

Untuk membuat penilaian kemunasabahan idea


Menilai maklumat asas melalui;
Ketepatan pemerhatian. Kebolehpercayaan maklumat.

Membuat inferens menggunakan


bukti dengan;
Mencari penjelasan sebab. Membuat ramalan. Membuat generalisasi.

Disamping membuat inferens, kemahiran

menilai kemunasabahan idea juga dapat dibuat melalui kebolehan membuat diduksi dengan menilai; alasan bersyarat alasan berkatagori. Ketiga-tiga katagori pemikiran di atas selalunya digembelingkan dalam proses membuat sesuatu keputusan dan menyelesaikan masalah.

Membanding dan membeza. Merumus, membuat inferens dan meramal. Mencetuskan/menjanakan idea dalam sesi
perbincangan. Menentukan sumber sama ada boleh dipercayai. Mengusul dan memeriksa andaian. Menimbang dan membuat keputusan. Mencipta metafora dan analogi. Menganalisis dan menilai. Menyelesaikan masalah.

Ciri-ciri Kemahiran Berfikir

Petunjuk Sikap Saintifik dan Nilai-nilai Murni


1. Minat dan sikap ingin tahu tentang
alam sekitar. Bertanya guru, rakan/orang lain. Membuat bacaan sendiri. Mengumpul bahan atau spesimen bagi tujuan kajian. Menjalankan kajian sendiri.

Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data. Memperihal dengan betul mengikut apa yang diperhatikan. Merekod apa yang sebenarnya diperhatikan. Maklumat yang direkod tidak dipengaruhi oleh perasaan atau khayalan. 3. Fleksible dan berfikiran terbuka. Menerima pendapat orang lain. Boleh mengubah pendirian kerana bukti yang meyakinkan. Tidak prejudis.
2.

4. Tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara. Tidak berputus asa. Sedia mengulangi eksperemen/kajian kes. Bersungguh menjalankan sesuatu perkara. Bersedia menerima kritikan dan cabaran. Berusaha mengatasi masalah dan cabaran. 5. Sistematik dan yakin. Menjalankan aktiviti dengan teratur dan tertib. Menyusun bahan dan alat dengan teratur. Yakin dengan kerja yang dilakukan. Berani dan bersedia mencuba sesuatu. Berani mempertahankan sesuatu perkara yang

6. Bekerjasama.

Membantu rakan dan guru. Bersama-sama menjalankan aktiviti. Tidak mementingkan diri sendiri. 7. Bertanggung jawab ke atas keselamatan diri dan rakan-rakan serta terhadap alam sekitar. Tidak membuat sesuatu yang membahayakan diri sendiri dan rakan. Tidak merosakkan alam sekitar.

8. Ikram.

Menyayangi haiwan dan tumbuhan. Menyayangi rakan-rakan. Bersimpati terhadap rakan-rakan. 9 Menghargai sumbangan sains dan teknologi. Menggunakan hasil ciptaan sains dan teknologi dengan baik. Tidak merosakkan kemudahan awam hasil ciptaan sains dan teknologi.

10. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.


Sentiasa berpuas hati dengan apa yang diberikan Tuhan. Menggunakan pemberian Tuhan dengan sebaikbaiknya.

11.Menghargai dan mengamalkan cara hidup


yang bersih dan sihat.
Menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Sentiasa peka kepada kebersihan diri dan alam sekitar.

12.Menyedari bahawa sains merupakan salah


satu cara untuk memahami alam.
Menyedari bahawa manusia mempunyai keupayaan terhad dan kaedah saintifik yang direka oleh manusia untuk memahami alam juga terhad.

Anda mungkin juga menyukai