Anda di halaman 1dari 6

DEFINISI MINDA Minda adalah suatu entiti yang berbeza daripada otak.

Ia adalah suatu bentuk tenaga bukan organ. Menurut Bechtel (1988), minda melibatkan keseluruhan daripada fikiran, tanggapan, persepsi, memori, mimpi dan sebagainya. Minda juga dapat ditakrifkan sebagai keupayaan kognitif seperti kebolehan berfikir dan menaakul. Menaakul ialah kebolehan seseorang membuat pertimbangan ataupun keputusan dalam keadaan tertentu. Minda juga adalah pusat kawalan bagi emosi seperti risau, marah, takut dan sedia. Menurut Betts (1971), minda adalah gabungan antara perlakuan yang meningkatkan pengetahuan iaitu ingatan, imaginasi, diskriminasi, perbandingan dan alasan dengan perlakuan yang melibatkan perasaan iaitu takut, sayang, sedih dan seronak serta melibatkan perlakuaan yang menunjukkan kehendak iaitu memilih. Proses-proses itu menjadi satu aliran perlakuan yang dilakukan oleh minda dalam menjalankan tugasnya. Kejayaan minda terhasil apabila semua aktivti mental itu bekerjasama secara harmoni.

DEFINISI DISIPLIN

Disiplin merupakan perasaan taat dan patuh terhadap nilai-nilai yang dipercayai termasuk melakukan pekerjaan tertentu yang menjadi tanggung jawabnya. Pendisiplinan adalah usaha usaha untuk menanamkan nilai ataupun pemaksaan agar seseorang memiliki kemampuan untuk mentaati sesebuah peraturan. Pendisiplinan boleh menjadi istilah pengganti untuk hukuman ataupun instrumen hukuman dimana hal ini dapat dilakukan pada diri sendiri ataupun pada orang lain. Disiplin diri merujuk pada pelatihan yang didapatkan seseorang untuk memenuhi tugas tertentu atau untuk mengadopsi pola perilaku tertentu, walaupun orang tersebut lebih suka melakukan hal yang lain. Sebagai contoh, seseorang mungkin saja tidak melakukan sesuatu yang menurutnya memuaskan dan menyenangkan dengan membelanjakan uangnya untuk sesuatu yang ia inginkan dan menyumbangkan uang tersebut kepada organisasi amal dengan pikiran bahwa hal tersebut lebih penting. Secara etimologi disiplin berasal dari bahasa Latin disibel yang berarti Pengikut. Seiring dengan perkembangan zaman, kata tersebut mengalami perubahan menjadi disipline yang artinya kepatuhan atau yang menyangkut tata tertib. Disiplin memerlukan integritas emosi dalam mewujudakan keadaan. disiplin diri dapat bermula pada suatu hal yang kecil, contoh : bagi pelajar yang mampu membagi waktu belajar, membagi waktu beribadah sehingga tak menimbulkan suatu pertabrakan kegiatan pada waktu yang sama.

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai: ...kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

DEFINISI MINDA DISIPLIN Minda disiplin bermaksud minda mestilah didisiplinkan dalam tiga lapisan makna atau cara. Seseorang insan itu mestilah mampu berfikir mengikut disiplin ilmiah/bidang kesarjanaan seperti sejarah, matematiks, sains dan kesenian. Ia seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis kepakaran dan mempunyai tabiat/kebiasaan kelakuan untuk mengaplikasikan ilmunya secara berterusan sehinggalah pembelajaran berlaku sepanjang hayatnya. Antara fungsi terbesar disiplin adalah : Kerangka utama kecerdasan Satu disiplin ilmu Asas kepada tingkah laku seharian Melatih cara berfikir untuk tingkat prestasi

MATLAMAT DISIPLIN Disiplin akan menjadikan seorang murid itu sebagai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya pada masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil, dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.

PRINSIP-PRINSIP ASAS DISIPLIN

Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar yang berikut: keadilan dan layanan sama rata pertimbangan minat dan keperluan murid kebebasan yang tertakluk kepada undang-undang amalan menghormati seseorang individu perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis perpaduan masyarakat dan negara

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI DISIPLIN MURID

Antara faktor yang mempengaruhi disiplin murid ialah: asuhan dan didikan di rumah dan di sekolah tingkah laku rakan-rakan sebaya suasana dan alam sekitar latar belakang ibu bapa dan keluarga organisasi sekolah cita-cita

CIRI-CIRI DISIPLIN YANG BAlK Seorang murid yang berdisiplin sentiasa mematuhi dan taat kepada ajaran agama, mengamalkan nilai-nilai kebudayaan Malaysia, memahami dan menghayati Rukun Negara,serta mematuhi peraturan sekolah dan undang-undang negara. Antara ciri penting seorang murid yang berdisiplin adalah seperti berikut: taat akan suruhan agama memahami dan mematuhi peraturan-peraturan menepati waktu rajin dan berdaya usaha jujur dan ikhlas sentiasa bersedia berkhidmat dan bekerjasama berbudi bahasa, bersopan-santun dan berdiplomasi

bersih, cekap, amanah menghormati orang lain kasih dan sayang kepada ibu bapa mencintai sekolah berfikiran luas dan berpandangan jauh

Terdapat empat jenis utama disiplin mengikut Lindgren, 1972 :

I) DISIPLIN ARAHAN GURU Disiplin Arahan Guru akan berupaya Mewujudkan struktur serta mewajibkan murid-murid mematuhi peraturan. Guru yang berkesan akan membenarkan kebebasan murid-murid berkembang secara semula jadi serta spontan dan bersedia mengenakan batasan bagi satu-satu tingkah laku yang kurang diingini. Guru harus memberi inisiatif mengadakan struktur dan pertimbangan. Inisiatif mengadakan struktur merujuk kepada aktiviti-aktiviti seperti mengarah, mengawal, menghukum, mengenakan batasan, memberi ganjaran, pengelolaan, menyusun jadual kerja, mengekalkan standard dan sebagainya, Pertimbangan kepada tingkah laku perlu dilakukan seperti memberi simpati serta kefahaman, mengadakan kompromi, menolong, menggalakkan penyertaan ahli-ahli kumpulan dan bersedia memberi sokongan.

II) DISIPLIN ARAHAN KERJA Merujuk kepada disiplin yang diwujudkan oleh tugasan yang perlu diselesaikan oleh seseorang itu. Setiap tugasan mempunyai disiplin yang tersendiri, sama ada mengumpul dan mengasingkan setem, kira-mengira, bekerja dalam sesuatu projek dan sebagainya. Semakin matang seseorang itu semakin mudah baginya untuk mematuhi harapan sesuatu tugasan. Disiplin ini berlandaskan kepada motivasipositif.

III) DISIPLIN ARAHAN KUMPULAN

Disiplin ini hasil daripada kawalan rakan-rakan sebaya. Murid-murid yang enggan mengikut kehendak kumpulan akan dipulaukan. Dalam aktiviti pembelajaran, ahli-ahli kumpulan yang dibentuk hendaklah mengikut arahan kumpulan.

IV) DISIPLIN ARAHAN KENDIRI Disiplin ini bersifat motivasi dalaman. Kebolehan membuat kompromi disebut disiplin arahan diri.

Jenis-jenis Masalah Disiplin

Jenis-jenis Masalah Disiplin

Masalah disiplin dan tingkah laku murid dalam bilik darjah sudah lama mendapat perhatian para pendidik. Mengganggu P&P, menjejaskan suasana sosioemosi di dalam bilik darjah serta menimbulkan tekanan kepada guru. Kindsvatter (dlm. Levin & Nolan, 2004) yang melihat disiplin dari perspektif tingkah laku murid-murid dalam bilik darjah mendefinisikan masalah disiplin sebagai

tingkah laku bermasalah atau salah laku. Berdasarkan takrifan di atas, maka Choong Lean Keow (2009) mentakrifkan masalah disiplin sebagai tingkah laku yang mempunyai ciri-ciri berikut: i. Mengganggu pengajaran guru.

ii. Mengganggu hak murid-murid untuk belajar. iii. Menimbulkan rasa kurang selamat murid dari segi psikologi dan fizikal. iv. Merosakkan harta.

Bukan semua murid menimbulkan masalah disiplin dalam bilik darjah. Guru juga perlu ingat bahawa bukan semua masalah disiplin berpunca daripada murid. Guru dan sekolah berperanan penting dalam mewujudkan suasana yang harmoni di dalam bilik darjah, agar P&P dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Guru hendaklah mengambil tindakan segera/serta-merta bagi memastikan perbuatan murid yang berkenaan tidak mengganggu hak dan keselamatan muridmurid lain untuk belajar.

Rujukan: Azizi Yahaya.Asmah Suboh. Zurihanmi Zakariya. Fawziah Yahya. (2006). Aplikasi Kognitif dalam pendidikan. PTS professional.(ms 254)

Anda mungkin juga menyukai