Anda di halaman 1dari 13

MARKAH

KPF 60504 : PENILAIAN KURIKULUM


TUGASAN : INDIVIDU

TAJUK

Penulisan Artike Ilmiah

NAMA NO.MATRIK PROGRAM NO. TELEFON

LIANA ANAK MERIKAN M20211000417 SARJANA 013-8122315

DISEDIAKAN OLEH

KUMPULAN KULIAH : PK- A ( UPSI)


PENSYARAH : DR. AZLI BIN ARIFFIN

i
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 1
2.0 Konsep dan Penilaian Kurikulum 2
3.0 Penilaian RPH 3
Rujukan 10

ii
1.0 Pengenalan
Perubahan pesat dalam pembangunan negara dari aspek sosial, politik dan ekonomi
memberikan kesan yang besar kepada sistem pendidikan di Malaysia. Sistem pendidikan di
Malaysia merupakan satu sistem yang tidak boleh berada dalam keadaan yang statik namun
mestilah mengalami perubahan seiringan dengan kemajuan pembangunan negara. Hal ini
bagi memastikan sistem pendidikan di negara kita dapat berdaya saing dengan negara-negara
maju. Perubahan dalam pendidikan juga merupakan perkara yang perlu dititikberatkan
supaya penyampaian ilmu akan menjadi lebih berkesan. Fitzpatrick, Sander & Worthen
(2004) dan Ornstein & Hunskin (2009) ada menyatakan bahawa perkembangan dalam
pelbagai bidang ilmu ini menyebabkan meningkatnya keperluan untuk menilai semula
kurikulum sedia ada. Kenyataan ini sangat bertepatan dengan perubahan dalam
pembangunan seiring dengan peredaran masa dan ilmu baru yang dipelajari dapat disalurkan
kepada pelajar supaya dapat menyeimbangkan keperluan zaman.

Dalam pada itu, negara Malaysia mempunyai impian iaitu untuk menjadikan
negara ini mencapati status negara maju dan pendidikan berkualiti di rantau Asia Tenggara.
Bagi mencapai impian ini, sektor pendidikan menjadi pemacu utama untuk merealisasikan
impian. Namun, jika mutu pendidikan tidak berkualiti, maka impian tersebut sukar untuk
dicapai. Justeru, kurikulum yang dirancang dan dilaksanakan haruslah berkualiti bagi
mencapai status pendidikan berkualiti di Asia Tenggara. Bagi memastikan kurikulum
berkualiti, maka perlulah melakukan penilaian kurikulum supaya dapat memastikan
kurikulum yang dilaksanakan mematuhi kualiti serta memenuhi objektif yang telah
ditetapkan.

1
2.0 Konsep Penilaian Kurikulum
Penilaian merupakan satu proses yang penting bagi memastikan apa yang
dilakukan berkualiti atau tidak. Begitu juga dengan sistem pendidikan di Malaysia perlu
melakukan penilaian dari aspek kurikulum yang dirancang dan dilaksanakan. Penilaian
kurikulum ini bertujuan untuk menilai keberkesanan dan kualiti sesuatu program yang
dirancang supaya dapat menepati objektif yang telah ditetapkan. Abdul Rahim (2007),
menyatakan bahawa penilaian merupakan satu proses yang menyeluruh untuk
mengumpulkan data bagi sesuatu program atau kurikulum. Menurut Worthen & Sander
(1987), penilaian merupakan penentuan secara formal berkaitan kualiti, keberkesanan atau
nilai bagi sesuatu program, produk, projek, proses, objektif atau kurikulum. Menurut
Cronbach (1963), penilaian merupakan keberkesanan sesuatu program tertumpu kepada hasil
dan dilaksanakan seperti berikut: 1) keputusan untuk menambahbaik sahaja, 2) keputusan
terhadap pelajar dan guru; dan 3) keputusan mengenai pentadbiran dan peraturan-peraturan.
Di samping itu, Stufflebeam (1971) turut menyatakan bahawa penilaian merupakan satu
proses bagi menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk
membuat perimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Mook Soon Sang (2008) pula
menyatakan bahawa penilaian merupakan satu proses yang meliputi aktiviti-aktiviti
mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, membuat
analisa dan mendapatkan keputusan supaya tindakan susulan yang sewajarnya dapat diambil,

Justeru, dapat disimpulkan bahawa penilaian kurikulum merupakan satu proses


dalam menilai sesuatu program yang dilaksanakan bagi memastikan objektif yang ditetapkan
dapat dicapai. Penilaian juga bukan sekadar menilai program sahaja tetapi penilaian
dilaksanakan sepanjang pembangunan dan pelaksanaan kurikulum bagi memastikan kualiti
sesuatu kurikulum yang dirancang dan dilaksanakan.

2
3.0 Penilaian RPH
Terdapat pelbagai aspek yang boleh dinilai dalam kurikulum. Salah satu daripadanya adalah
penilaian terhadap penyediaan Rancangan Pengajaran Harian(RPH). RPH merupakan rangka
kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru sebelum
memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajara. RPH merupakan pelan pengajaran guru
yang tersusun dan terperinci serta mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi
memudahkan guru melaksanakan dan mencapai objektif yang ditetapkan. Penulisan RPH
membantu guru dalam menyediakan aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap
murid yang pelbagai serta dapat menyampaikan ilmu dengan lebih optimum.

Terdapat beberapa elemen yang perlu ditulis dalam RPH iaitu tajuk pelajaran,
mata pelajaran yang diajar, kumpulan sasaran iaitu kelas yang diajar, masa yang
diperuntukkan bagi mengajar satu-satu mata pelajaran, tujuan pembelajaran, strategi yang
digunakan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, penilaian yang dibuat dan
refleksi bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang diajar. Penyediaan
RPH merupakan perkara utama yang perlu dilakukan oleh guru supaya dapat
mengoptimumkan masa pengajaran melalui strategi yang telah dirancang. Dalam pada itu,
RPH juga merupakan panduan sebagai guru supaya dapat menyampaikan pengajaran dengan
lebih efektif dan seterusnya dapat menghasilkan kemenjadian murid. Berikut merupakan
RPH yang telah disediakan untuk diteliti dengan lebih mendalam.

3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tarikh 5 April 2022
Kelas 6 Rajin Masa 1120am-1220am
Bil. Murid 20 orang Hari Selasa
Tema Kekeluargaan
Topik Bertemu Pada Hari Perayaan
Standard 1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam
Kandungan situasi formal dan situasi tidak formal.
Standard 1.1.3 Mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap pernyataan
Pembelajaran secara kritis dan kreatif.
Objektif Pada akhir pelajaran, murid dapat mendengar, mentafsir dan memberikan
Pembelajaran respons terhadap pernyataan yang diberikan secara kritis dan kreatif.
Kriteria Murid dapat memberikan respons mengenai situasi perayaan semasa
Kejayaan pandemik Covid-19.
Kosa kata Keunikan, menara, melawati
Bahan Bantu Buku teks, Kad Gambar, LCD, Komputer Riba
Mengajar
Elemen Nilai: Bersyukur
Merentas Ilmu: Pendidikan Kesihatan
Kurikulum Kemahiran Berfikir: Menilai
Kecerdasan Pelbagai: verbal – linguistik

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Catatan
Masa

Set Induksi Tayangan  Guru menyediakan  Murid Video, LCD


Video “Covid-
( 5 minit) tayangan video ditanyakan
19”
mengenai Covid- dengan soalan
19 oleh guru
Rasional:
mengenai
 Guru mengaitkan
tayangan video
Untuk aktiviti tayangan
Covid-19.
memberi video dengan tajuk
Apakah Covid-
tumpuan dan pembelajaran.
19?
perhatian
terhadap topik  Guru bersoal
Kenapa perlu
yang diajari. jawab dengan
mengelakkan
murid.

4
daripada
terkena
jangkitan
Covid-19?

Bagaimnakah
Covid-19
merebak?

Perkembangan Petikan dialog  Petikan :  Murid yang Buku Teks


Langkah 1 “Bertemu Bertemu Pada terpilih perlu
(15) minit Pada Hari Hari Perayaan” membaca
Perayaan” Buku Bahasa dengan kuat dan
Melayu Tahun 6 jelas di hadapan
Rasional: m/s:13 kelas.
 Guru memilih 5  Murid
Pelajar orang murid untuk memberikan
dijelaskan membaca dengan respons
tentang kuat mengikut terhadap
penternakan dialog hadapan pertanyaan
dan aktiviti kelas. guru.
yang akan  Guru bersoal
dijalankan. jawab dengan
murid berkaitan
dengan petikan
dialog yang telah
dibaca.
Langkah 2 Aktivti Forum 1. Guru 1. Murid berforum Kemahiran
30 minit membahagikan berdasarkan berfikir:
murid kepada kepada topik Menilai
beberapa yang diberikan.

5
kumpulan. 2. Salah seorang KP: Verbal -
2. Guru murid menjadi linguistik.
menerangkan moderator dan
tentang murid lain
pelaksanaan menjadi ahli
forum. panel.
3. Setiap kumpulan 3. Setiap
diberikan masa kumpulan
untuk berbincang diberikan masa
mengenai 6 minit untuk
perayaan semasa berforum.
pandemik Covid-
19.
Langkah 3 Lembaran 1. Guru 1. Murid Bbm:
7 minit Kerja mengedarkan dikehendaki Lembaran
Melengkapkan lembaran kerja untuk kerja
ayat dengan kepada murid- menyiapkan
respons yang murid lembaran kerja
sesuai. yang diberikan.
2. Murid
dikehendaki
melengkapkan
dialog dengan
memberikan
respons yang
sesuai.

6
Penutup Rumusan 1. Guru bertanya 1. Murid
3 minit pembelajaran soalan untuk merumuskan
mengimbas pembelajaran
kembali tentang pada hari ini
pelajaran pada hari bedasarkan
ini. kepada soalan
yang diberikan
oleh guru.

Refleksi Aktiviti pembelajaran pada hari berjalan dengan baik. Hampir separuh murid
dapat memberikan respons yang sesuai dengan menggunakan ayat yang betul
berkaitan dengan bertemu pada hari raya. Murid-murid juga memahami
tentang wabak penyakit Covid-19 dan dapat menjelaskan kesan Covid-19
terhadap kesihatan. Berdasarkan kepada aktiviti berforum yang dilaksanakan,
murid-murid mempunyai keyakinan untuk memberikan pendapat mereka.

Jadual di atas merupakan jadual perancangan RPH yang telah disediakan bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu. Beberapa elemen penting ditulis dalam RPH tersebut iaitu mata
pelajaran, masa pelaksanaan, topik yang diajar, kemahiran yang ingin diajar, objektif, kriteria
kejayaan dan langkah-langkah pelaksanaan PdPc. Ini merupakan penulisan RPH yang
memberikan gambaran tentang apa yang berlaku di dalam kelas dan juga menjadi panduan
kepada guru semasa mengajar di dalam kelas.

Berdasarkan kepada RPH di atas, strategi yang digunakan adalah berpusatkan murid
kerana murid-murid yang lebih banyak terlibat manakala guru bertindak sebagai moderator. Pada
permulaan, guru menayangkan video berkaitan dengan wabak penyakit Covid-19 untuk menarik
minat murid dan menyediakan murid untuk belajar. Di samping itu, melalui video dan sesi soal
jawab yang dilaksanakan dapat memberikan gambaran kepada guru tentang tahap pengetahuan

7
am murid-murid. Penilaian awal dapat dilaksanakan oleh guru berkaitan dengan pengetahuan
sedia ada murid.

Pada langkah seterusnya, guru membimbing murid dalam membaca petikan dialog. Muri-
murid membaca petikan dialog dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang sesuai. Bagi
muri yang mengalami masalah untuk menyebut sesuatu perkataan, murid tersebut akan
dibimbing untuk menyebut dengan betul. Dalam pringkat ini juga, guru membimbing murid
untuk mencari yang berkaitan dengan perayaan dan Covid-19 yang terdapat dalam petikan.
Melalui sesi soa jawab, guru dapat menilai tahap pemhaman dan pengetahuan murid-murid
berkaitan dengan sesuaitu topik pembelajaran.

Pada langkah seterusnya, murid-murid melaksanakan aktiviti dalam kumpulan iaitu


aktiviti forum. Guru membimbing murid melaksanakan aktiviti forum. Aktiviti forum sesuai
dilaksanakan dalam pembelajaran ini kerana guru dapat menilai penglibatan murid dalam
pembelajaran. Selain itu, guru juga dapat melakukan pemerhatian terhadap respons yang
diberikan oleh murid. Pada masa sekarang, aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan lebih
berfokus kepada murid-murid dan guru hanya bertindak sebagai pembimbing sahaja. Aktiviti
forum yang dilaksanakan juga dapat membantu guru menilai cara murid memberikan respons
sama ada bersesuaian dengan topik pembelajaran atau tidak. Dalam pada itu, aktiviti forum ini
dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan keyakinan murid bertutur menggunakan bahasa
Melayu dengan betul semasa aktiviti pembelajaran di samping melibatkan murid secara langsung
dalam aktiviti pembelajaran.

Selesai aktiviti forum, guru merumuskan aktiviti yang dilaksanakan oleh murid-murid.
Lembaran kerja diedarkan pada peringkat akhir aktiviti pembelajaran. Lembaran kerja yang
diberikan bagi mengukuhkan pengetahuan murid terhadap topik yang dipelajari pada hari ini.
Lembaran kerja perlu diberikan kepada murid mengikut kesesuaian sebagai bukti pemerhatian
guru terhadap kemajuan murid dalam pelajaran. Akhir sekali, rumusan keseluruhan pembelajaran
pada hari ini. Rumusan dilaksanakan supaya murid-murid dapat mengimbas kembali apa yang
telah mereka pelajari pada hari tersebut.

Kesimpulannya, aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru perlulah mengambil


kira pelbagai aspek iaitu bertujuan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, memastikan murid
memahami apa yang diajar dan murid-murid dapat mempraktikkan apa yang telah diajar.

8
Pentadbir di sekolah sering membuat pemantauan dalam penulisan RPH dan pelaksanaan
pembelajaran di kelas kerana pentadbir ingin memastikan guru-guru menjalankan tugas sebagai
pendidik. Dalam pada itu, guru-guru juga sering berbincang antara satu sama lain sekiranya
terdapat topik yang perlu diselesaikan seperti cara untuk membantu murid yang lemah dalam
pembelajaran. Melalui perbincangan maka langkah penyelesaian dapat diperoleh oleh guru bagi
membantu dalam meningkatkan kemajuan murid-murid.

Selain daripada itu, pihak ibu bapa memberikan sokongan yang padu dalam aktiviti
pembelajaran. Ibu bapa sentiasa memberikan respons sekiranya guru-guru mengkehendaki ibu
bapa memantau pembelajaran anak-anak di rumah. Dalam pada itu, ibu bapa turut diberikan
peluang untuk memberikan pendapat mereka dalam merancang pembelajaran yang sesuai dengan
tahap pengetahuan murid. Ibu bapa juga memainkan peranan penting sebagai ahli sokongan
kepda warga pendidik melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan lebih berkesan.

9
RUJUKAN

Abdul Rahim Hamdan. (2007). Pengajian Kurikulum. Sekudai: Pencetakan Surya Sdn. Bhd.
Abdul Ghafar Mohammad (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur:Utusan
Distributors Sdn Bhd.
Cronbach, L. J. (1980). Course Improvement through Evaluation. Teacher College Record. New
York, Teacher College, Colombia University.

Cronbach, L.J. (1982). Designing Evaluation of Educational and Social Programme. San
Francisco: Jossey Bass.

Fitzpatrick, Jody L., James R. Sander., Blaine R. Worthen. (2004). Programme Evaluation:
Alternative Approaches and Practical Guidelines. United States of America: Pearson
Education, Inc.

Ishak Ramly. (2008). Inilah Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing
Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj Husin & Kamarul Azahar. (1994). Asas Pendidikan III (perkembangan dan
pelaksanaan kurikulum). Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Razali Arof (1992). Pengantar Kurikulum. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Robiah Sidin (1998). Pemikiran dalam Pendidikan. Selangor Darul Ehsan. Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Rohana Binti Hamzah, Zulfadly Othman, Hasnah Hussiin, Zuraina Ali, Christina Andin & Nur
Qistina Abdullah (2019). Pembangunan Model Penilaian Kurikulum Berteraskan Nilai
Universal bagi Program Pendidikan Berasaskan Teknologi & Kejuruteraan: Satu
Kerangka Konseptual. International Journal of Humanities Technology and Civilization,
Vol 2(9), 55-68.

Stufflebeam, Daniel L. (1971). The Relevance of the CIPP Evaluation Model for Education
Accountability. Presented paper, American Association of School Administrators.
Atlantic City. New Jersy.

10
11

Anda mungkin juga menyukai