Anda di halaman 1dari 13

Laman ini khas untuk perkongsian ilmu guru Matematik di Malaysia.

Terdapat juga
penulisan kumpulan kami hasil diskusi dengan bantuan dan tunjuk ajar oleh seorang
pensyarah di UPSI. Persekitaran di sekolah juga memberi dorongan untuk kumpulan
kami menulis dan membuat kajian.pengalaman semasa di IPG Kampus Pulau Pinang dan
turut menyumbang input tambahan bagi kumpulan kami dan menjadi harapan jika
perkongsian ilmu ini akan memberi manfaat bersama.

Kumpulan kami memfokuskan beberapa instrument yang telah digunakan oleh guru
matematik semasa membuat penilaian terhadap murid-murid. Berikut adalah peta buih
yang menunjukkan instrument yang telah digunakan oleh guru bagi melaksanakan proses
penilaian dalam matematik di sekolah.
Ujian Diagnostik
Apakah itu ujian diagnostik?

Menurut pendapat Azizi (2007) menyatakan bahawa ujian diagnostik dapat


mengenalpasti sesuatu masalah yang berlaku dan menentukan punca - punca yang
menimbulkan masalah itu. Diagnostik mempunyai tujuan-tujuan yang konstruktif. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, Ujian Diagnostik (UD) dapat memenuhi dua tujuan
utama.

Pertama menentukan kedudukan seseorang pelajar dalam pelajarannya.


Kedudukan pelajar perlu diketahui sebelum memula sesuatu pelajaran. Dengan
cara sedemikian barulah sesuatu pelajaran itu dapat diajar dengan lebih berkesan
kepada pelajar-pelajar yang ditempatkan pada peringkat yang sesuai.

Kedua, mengenalpasti sebab wujud kelemahan dalam pembelajaran setelah punca


kelemahan itu diketahui maka sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran pemulihan
dapat dirancang dan dijalankan. Sebagai contoh, seorang guru ingin menilai kebolehan
pelajar menguasai kemahiran menambah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Guru perlu menilai dari aspek simbol dan kaedah penyelesaian yang
digunakan oleh murid semasa menjawab soalan tambah tersebut serta penggunaan bentuk
lazim untuk mencari hasil tambahnya dengan betul. Dari penghasilan kerja pelajar
tersebut guru mengumpul data, seterusnya sudah dapat menilai kebolehan pelajar sama
ada boleh menguasai, kurang menguasai atau lemah. Dari sini guru akan merangka
strategi pengayaan atau pemulihan dengan meletakkan pelajar di dalam sesuatu kumpulan
yang sesuai dengan aras kebolehan mereka. Penilaian turut boleh dijalankan dengan
menggunakan maklumat atau data berbentuk kuantitatif atau kualitatif atau kedua-duanya
sekali.

Contoh Ujian Diagnostik:

Guru mengumpul maklumat selepas ujian pencapaian terhasil dalam bentuk profil
individu atau pelajar berasaskan kemahiran yang diajar. Berdasar data yang dikumpul
guru akan mengetahui aspek yang manakah masih beum dikuasai oleh pelajar
sepenuhnya ataupun di peringkat yang dapat diterima.

Contoh: Data individu dalam tajuk Tambah, Tolak,


Darab dan Bahagi

Contoh maklumat terkumpul melalui ujian pencapaian yang diadakan berdasar sukatan
pelajaran, dilaporkan dalam bentuk peratus (%), jumlah markah dan peringkat peratusan.

Tajuk
Tambah
Tolak
Darab
Bahagi
Berdasarkan data yang dikumpul dapat membantu guru menyediakan rancangan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik sama ada latihan dalam bentuk
pengayaan atau pemulihan. Ujian diagnostik ini sesuai digunakan kerana tujuan
pengujian dan penilaian yang paling jelas adalah untuk memberi pergerakan kepada
pelajar supaya mereka belajar dan guru pula mengajar dengan sempurna.

Kesimpulannya disini penilaian merupakan sebagai proses pengajaran-


pembelajaran secara berterusan. Maklumat yang diperolehi selepas penilaian dilakukan
dapat digunakan serta merta bagi mengatasi mana-mana masalah pembelajaran yang
wujud.

Pemerhatian

Penilaian melalui pemerhatian


dilakukan oleh guru matematik secara
berterusan mengikut jangka waktu yang
ditentukan bagi membantu guru mendapat
maklum balas tentang keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dan
melaksanakan proses penilaian terhadap
murid-murid. Menurut Merriam (2002),
pemerhatian adalah cara terbaik untuk
mengumpul data asal ‘first hand encounter’
tentang guru yang hendak dikaji. Aspek
yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang
melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.

Penilaian melalui pemerhatian juga turut membolehkan guru dan murid merancang
tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti menjalankan
aktiviti pemulihan/pengukuhan, meningkatkan motivasi pelajar dan mengatur aktiviti
pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi
pelajar
Tambahan pula,
penilaian melalui
pemerhatian membolehkan
guru membuat refleksi
terhadap keberkesanan
peranannya sebagai
penyampai maklumat,
pemudahcara, pendidik dan
mentor. Pemerhatian yang terancang membantu guru mengetahui sejauh manakah minat
murid terhadap pelajaran dan apakah yang mendorong/menolak minat tersebut dan
mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar.

Kaedah temubual

Apakah itu kaedah temu bual pembelajaran?

Dengan ini, instrument temu bual adalah salah satu instrument yang diggunakan
oleh guru matematik bagi melaksanakan proses penilaian di kelas masing-masing.
Pandangan ini selaras dengan penjelasan Merriem (1998) menyatakan bahawa kaedah
temu bual atau yang dikenal dengan istilah interview adalah suatu proses interaksi dan
komunikasi dari dua orang atau lebih. Secara umum, temu bual dapat dilakukan dalam
dua bentuk, iaitu temu bual tidak berstruktur dan temu bual berstruktur.
Temu bual tidak berstruktur adalah temu bual yang dilakukan hanya bersumber
kepada garis-garis besar permasalahan yang akan ditanyakan. Manakala temu bual
berstruktur adalah temu bual yang soalan-soalannya telah disusun secara terperinci
sebelum ianya dilangsungkan.

Dengan ini, kaedah temubual merupakan


instrument kebiasaanya dilaksanakan
oleh guru untuk proses penilaian
terhadap murid-murid dan ia lebih
mudah bertindak secara lisan daripada
bertulis. Dalam proses penilaian guru
matematik menggunakan bentuk soalan
yang bersifat terbuka bagi menerangkan
sesuatu topik dan guru menggunakan pita rakaman untuk membolehkan semua maklumat
direkod.

Kaedah Anekdot
Selain itu, instrument kaedah
anekdot adalah salah satu kaedah
turut yang digunakan oleh guru
bagi melaksanakan proses penilaian
dalam matematik. Chappuis (2002)
jelas menyatakan bahawa guru
menggunakan instrument ini untuk
merakam pemerhatian khusus
terhadap murid-murid secara
individu berdasarkan tingkah laku,
kemahiran, dan sikap berkaitan dengan hasil pembelajaran mereka di dalam kelas
masing-masing.

Bagi pendapat kumpulan kami, rekod anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai
sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan
secara positif atau negatif untuk direkod. Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak
dirancang, tetapi secara kebetulan tingkahlaku tersebut berlaku. Pemerhatian ini
dilakukan terhadap murid secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan.
Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkahlaku ini. Catatan hendaklah ditulis
secara objektif apa sebenarnya yang berlaku. Contoh maklumat yang boleh direkod
adalah peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan interaksi sosial dan
kemahiran menyelesaikan masalah bagi membantu guru untuk melaksanakan proses
penilaian dalam matematik. Berikut adalah contoh borang rekod anekdot yang digunakan
oleh guru untuk melaksanakan proses penilaian.
Senarai Semak

Dengan ini, guru matematik juga boleh menggunakan senarai semak bagi
melaksanakan proses penilaian. Senarai semak adalah merujuk pada senarai tingkahlaku
atau perkembangan murid-murid atau inventori jugamestilah berasaskan kepada tujuan
danperkembangan yang boleh dikaitkan dengan kemahiran yang dilihat. Senarai semak
yang disusun biasanya mengikut urutan.

Satu cara untuk menetukan hala pemahaman murid-murid tentang bebrapa konsep
matematik di dalam kelas. Pandangan ini selaras dengan penjelasan McNiff (2002)
menyatakan bahawa senarai semak juga turut digunakan oleh guru bagi melaksanakan
proses penilaian. Dimana guru membuat perbandingan dan menetukan penguasaan
seseorang murid-murid terhadap matematik. Disamping itu, guru mengumpul maklumat
yang boleh digunakan untuk membuat penilaian terhadap murid.
Tambahan pula, senarai
semak yang digunakan dengan
berbagai cara bergantung kepada
objektif dan tujuan yang
dilakukan oleh guru semasa
membuat sesuatu penilaian
terhadap murid-murid. Untuk
penilaian secara individu
kemungkinan senarai semak
yang berbeza digunakan kepada
murid-murid yang berbeza tetapi senarai semak yang sama boleh digunakan bagi proses
penilaian. Perkara yang sangat penting dalam senarai semak adalah tarikh dan masa tingkahlaku
itu berlaku.

Portfolio

Portfolio salah satu instrument yang boleh digunakan oleh guru bagi melaksanakan
proses penilaian dimana portfolio ini merupakan koleksi hasil kerja murid yang memberi
gambaran tentang usaha murid dan penglibatan pelajar dalam sessuatu topik tertentu.

 Menurut AbdGhafar (2003) menerangkan proses pembelajaran secara portfolio


dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan
pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat
awal hingga akhir. Manakala, menurut Lihanna (2003) dengan gunanya instrument
portfolio ini ia menggalakkan pembelajaran murid secara interaktif melalui kerjasama
guru.

Kandungan di dalam portfolio tersebut terdiri daripada maklumat secara urutan dan
mestilah logic dan pembinaan portfolio oleh guru haruslah bersifat reflektif yang
dirangsang melalui persoalan dan menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti murid.
Hasil kerja murid

Hasil kerja murid juga turut digunakan oleh guru bagi melaksanakan proses penilaian
dalam matematik. Penilaian melalui hasil kerja murid dilakukan oleh guru matematik
secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat
maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Hasil kerja murid
tidak semestinya dalam bentuk lembaran kerja.

Berikut adalah contoh gambaran tentang hasil kerja murid yang boleh guru melaksanakan
proses penilaian terhadap muridnya. Suatu kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang
sistematik dan menjadi evidens perkembangkan murid sepanjang tempoh proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh guru.
Rujukan
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan (2007).
Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd. 102-112.

Merriam, Sharan B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education.
(2nd ed). San Francisco: Jossey-Bass.

Merriam, Sharan B. (2002). Qualitative research in practice: Example for discussion and
Analysis. San Francisco: Jossey-Bass.

AbdGhafar. (2003). Prinsip dan amalan pengajaran. Selangor: Utusan Publication & Distrubutors
Sdn Bhd
McNiff, J. (2002). Action research for professional development: Concise advise for new and
Experienced action researchers. Dorset: September Books.

Lihanna Borhan. (2003). Penilaian Autentik Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak Melalui
Portfolio. Masalah Pendidikan, Jilid 26, ms 13-18.

Chappuis, S. & Stiggins, R. J. (2002). Classroom Assessment for Learning. Educational


Leadership. 60(1). 40-43. http://web5.epnet.com/citation

Anda mungkin juga menyukai