Anda di halaman 1dari 1

2.1.

Ujian rujukan kriteria

Cara pengumpulan maklumat pertama yang saya gunakan ialah ujian. Ujian yang saya telah pilih merupakan ujian rujukan kriteria. Ujian rujukan kriteria bermaksud ujian yang dijalankan untuk mengukur sama ada kemahiran yang telah diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai oleh murid. Saya telah menggunakan cara ini kerana ia mudah dilakukan dan maklumat-maklumat yang akan diperoleh juga akan tepat. Ujian ini juga boleh dikatakan sebagai instrumen penilaian.

Saya menggunakan cara ini dalam mendapatkan maklumat murid dari segi kemahiran menulis dan kemahiran matematik. Saya telah menyediakan instrumen yang berbentuk ujian ini sebelum saya menjalankan Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Dalam menyediakan ujian ini saya telah mendapatkan nasihat daripada pensyarah saya kerana ia merupakan pengalaman pertama yang membuat satu ujian dengan sendiri.

Sebelum membuat ujian ini saya telah memastikan perkara-perkara penting seperti objektif ujian, kemahiran yang hendak diuji, bagaimana hendak menguji iaitu secara kumpulan atau individu dan siapakah yang diuji iaitu sasaran.Objektif saya melakukan ujian ini ialah untuk mengetahui penguasaan kemahiran menulis dan kemahiran matematik murid-murid pemulihan. Dari segi kemahiran menulis saya telah menguji para murid pemulihan dari aspek hurf-huruf kecil dan huruf-huruf besar, cara penulisan perkataan, cara penulisan ayat dan kefahaman akan konsep kv dan kvk.

Manakala, dari segi ujian matematik pula saya telah menguji para murid pemulihan dengan urutan nombor 1-10 secara menaik dan menurun, operasi tambah 15, operasi tambah 6-10, dan operasi tambah 10-12. Saya menguji murid-murid pemulihan yang terpilih bagi kedua-dua ujian secara individu. Saya telah memilih 3 orang murid pemulihan bagi setiap kemahiran ini. Ujian ini telah membantu saya mendapatkan maklumat-maklumat murid-murid pemulihan di sekolah tersebut terhadap kemahiran menulis dan kemahiran matematik dengan jelas dan tepat.

Anda mungkin juga menyukai