Anda di halaman 1dari 5

Matematik dalam Pendidikan Khas

Konsep Matematik ialah satu bahasa istimewa dan penting


yang harus dipelajari oleh semua orang. Jika kita hendak
menguasai bahasa bidang tersebut cara dan teknik Matematik
itu harus diketahui. Sebagai Guru Pendidikan Khas kita patut
sentiasa berusaha mengatasi masalah pembelajaran muridmurid yang lemah dalam pembelajaran Matematik. Kemahirankemahiran asas seperti nombor, operasi tambah, tolak, operasi
darab dan operasi bahagi merupakan kemahiran yang patut
dikuasai oleh murid. Sebelum kita memulakan sebarang
rancangan untuk membantu anak didik kita, kita patut
mengenalpasti tahap kemahiran Matematik murid-murid yang
memerlukan kelas pembelajaran khas Matematik.
Saya akan memeriksa Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
murid terlebih dahulu untuk mengenalpasti samaada
umur mental murid selaras dengan umur kronologi mereka.
Pada kebiasaannya murid yang kekurangan kesediaan belajar
mempunyai umur mental yang kurang daripada umur
kronologi. Contohnya mungkin seorang murid yang berusia 7
tahun hanya mempunyai umur mental 4 tahun sahaja. Ini
menyebabkan mereka tidak bersedia untuk pengajaran dan
pembelajaran Matematik secara formal. Oleh kerana itu, kita
perlu mengajar kemahiran pra-nombor seperti pengelasan
objek ikut warna. Rancangan Pendidikan Individu patut
dirancang dan dilaksanakan semula.
Seterusnya, kita bolehlah menguji konsep dan generalisasi
murid demi mengetahui tahap pengetahuan murid. Kita
bolehlah mengadakan ujian ringkas ataupun temuramah
samaada dengan murid itu sendiri ataupun ibu bapa dan
penjaga murid berkenaan. Kaedah ini juga memudahkan kita
dalam penyediaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang
bersesuaian dengan minat dan kebolehan murid agar tidak

menyeleweng daripada objektif utama kita untuk membantu


murid supaya tidak tercicir dalam matapelajaran Matematik
yang agak penting ini dalam kehidupan seharian murid.
Tambahan lagi, tahap kemahiran murid dalam penguasaan
Matematik boleh juga dikenalpasti sekiranya guru merujuk teori
perkembangan kognitif Piaget. Seperti yang kita semua sedia
maklum, terdapat 4 peringkat perkembangan: peringkat
pertama- peringkat deria motor (0 2 tahun), peringkat keduaperingkat pra-operasi (2 7 tahun), peringkat ketiga-peringkat
operasi konkrit (7 11 tahun) dan peringkat keempatperingkat operasi formal (11 tahun ke atas). Oleh kerana itu
sebagai seorang guru yang prihatin, kita patut mengambil kira
aras kefahaman murid berdasarkan perkembangan murid pada
setiap peringkat tersebut bagi menentukan tahap kemahiran
murid.
Ujian diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan
murid tentang penguasaan murid dalam kemahiran Matematik.
Berdasarkan kepada ujian diagnostik, guru dapat merancang
aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dengan
berkesan. Antara aspek-aspek yang boleh diuji dalam ujian
diagnostik ialah pengamatan, penglihatan dan pendengaran.
Suatu ujian diagnostik dikatakan bermutu sekiranya ia
mengandungi ciri-ciri yang tinggi daripada aspek
kebolehpercayaan, kesahan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan
kemudahtafsiran.
Tahap kemahiran murid dalam Matematik boleh juga dikesan
melalui kaedah analisis hasilkerja murid. Kelemahan murid
dapat dikesan dan dianalisis melalui pemerhatian hasilkerja
murid. Pada kebiasaannya masalah pembelajaran yang dapat
dikesan ialah masalah visual-persepsi murid, masalah kordinasi
mata-tangan dan masalah menulis serta mengecam nombor.
Masalah murid yang paling mudah dikesan melalui kaedah ini
ialah masalah kordinasi mata-tangan kerana biasanya murid
cenderung menulis nombor secara terbalik.

Tahap kemahiran Matematik kanak-kanak juga boleh dicungkil


melalui kaedah pemerhatian. Kaedah ini selaras dengan
kaedah Montessori yang menekankan guru memerhatikan
interaksi kanak-kanak dengan persekitaran. Contohnya, hasil
pemerhatian saya selama 3 bulan di Sekolah A
murid autisme suka mencari dan mengumpul objek yang
mempunyai satu warna. Ini merupakan salah satu kelemahan
murid yang dikenalpasti iaitu tidak dapat mengelaskan objek
yang mempunyai lebih daripada satu warna dalam kemahiran
pra-nombor.
Kaedah yang seterusnya untuk mengenalpasti kelemahan
murid dalam Matematik ialah menerusi terapi seni. Terapi seni
ialah satu jenis pemulihan menggunakan gambar yang dilukis
oleh murid. Ini kerana gambar yang dilukis oleh murid adalah
lebih membantu kita mengenali murid. Gambar adalah simbol
unik yang membantu guru memasuki alam sedar murid.
Kaedah ini boleh membantu guru mengesan masalah psikologi
murid yang menghalangnya daripada maju dalam
matapelajaran Matematik. Contohnya, ada seorang kanakkanak di sekolah tertentu dilaporkan dalam akhbar Utusan
apabila diperiksa buku latihannya, ada lukisan meja pada
setiap helaian buku. Setelah didekati, rupa-rupanya kanakkanak itu merupakan seorang pintar-cerdas dalam Matematik
yang tidak sesuai untuk belajar dalam kelas tersebut
sebaliknya dia patut diinklusifkan sekiranya berpeluang.
Tahap kemahiran murid dalam Matematik daripada segi
masalah ketajaman pendengaran atau penglihatan boleh
dikesan menerusi penelitian petanda, ujian diagnosis dan
pengesahan doktor. Gejala murid bermasalah pendengaran
ialah kurang bercakap, sebutan kabur, cepat bosan, telinga
bernanah, kaku dan sama ada cakap terlalu kuat atau terlalu
perlahan. Gejala murid bermasalah penglihatan pula ialah
selalu tersungkur, suka gosok biji mata, suka kelip mata, tidak
dapat membezakan bentuk-bantuk yang hampir sama, suka

mendekatkan mata kepada bentuk yang dilihat, mengecilkan


mata semasa melihat sesuatu, suka hulur kepala ke depan dan
mata merah. Terdapat 5 jenis ujian diagnosis pendengaran:
i. Refleks orientasi
ii. Teknik pengalih perhatian
iii. Teknik pelaziman
iv. Gerakbalas kepada percakapan
v. Audiometer
Murid kita mungkin juga mengalami pekak terhalang
disebabkan atresia, eksternal otitis, terlalu banyak tahi
telinga,otitis media, lelangit rekah dan dysacusis. Ini semua
akan menyebabkan proses P & P tidak dapat disampaikan
secara efisien kepada murid. Guru mungkin hanya bercakap
seorang sama ada dia sedar ataupun tidak. Tambahan lagi,
kanak-kanak sindrom down juga berisiko mengalami pekak
pengamatan yang menyebabkan mereka bodoh dan bentuk
matanya sepet. Kanak-kanak yang menghidap Hurlers Sindrom
pula dilahirkan terencat akal. Bentuk badan mereka pendek,
rambut kasar dan mulut ternganga. Kanak-kanak Pendreds
sindrom pula dilahirkan rencat akal dan kelenjar gondok besar
manakala kanak-kanak Waardenberg Sindrom dilahirkan balar.
Kulit, rambut serta semua bulu roma warna putih. Banana
sindrom pula adalah sejenis sindrom di mana kanak-kanak
tidak dapat mendengar sesetengah intonasi sukukata dalam
sepatah perkataan. Contohnya, perkataan MENAMPAKKAN
didengar sebagai ME....AN. Kesemua sindrom pekak adalah
berkaitan dengan kerencatan akal akibat gen yang lemah.
Masalah penglihatan murid pula dibahagikan kepada 11 iaitu
rabun jauh,rabun dekat,astigmatisme, glaukoma, katarak,
kencing manis, coloboma, retinitis pigmentosa,retrolensa
fibroplasias,strabismus dan nystagmus. Kecacatan penglihatan
ataupun pendengaran kadang-kala disalahtafsirkan oleh para
guru sebagai sengaja dibuat-buat oleh murid dan ini
membantutkan proses P & P. Para guru membuta tuli menuduh
murid bersikap negatif dan murid pula menyalahkan guru
mengabaikan mereka. Oleh kerana itu, pada masa ini
pengesahan doktor perubatan merupakan kunci kepada

jawapan terhadap permasalahan ini.


Kesimpulannya, Matematik merupakan salah satu daripada
matapelajaran yang agak penting kepada kita semua kerana
kita mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita sama
ada kita sedar ataupun tidak. Contohnya, dalam urusan jualbeli
di kedai runcit. Untuk kanak-kanak khas pula sebelum kita
memulakan sebarang rancangan pelajaran untuk mereka
adalah wajar kita mengenalpasti tahap kemahiran murid
terlebih dahulu samaada menerusi Rancnagan Pendidikan
Individu, ujian, teori Piaget, analisis hasilkerja murid,
pemerhatian, terapi seni dan menerusi ujian ketajaman
penglihatan ataupun pendengaran. Lantaran itu, kita sebagai
guru Pendidikan Khas patut sentiasa peka terhadap teknikteknik menggunakan kemahiran tersebut demi memastikan
agar kita benar-benar menjadi guru yang efisien, cekap dan
amanah.

Anda mungkin juga menyukai