Anda di halaman 1dari 22

TAMA

MATEMATIK DALAM PENDIDIKAN KHAS

Konsep Matematik ialah satu bahasa istimewa dan penting yang harus dipelajari oleh semua orang. Jika kita
hendak menguasai bahasa bidang tersebut cara dan teknik Matematik itu harus diketahui. Sebagai Guru
Pendidikan Khas kita patut sentiasa berusaha mengatasi masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam
pembelajaran Matematik. Kemahiran-kemahiran asas seperti nombor, operasi tambah, tolak, operasi darab dan
operasi bahagi merupakan kemahiran yang patut dikuasai oleh murid. Sebelum kita memulakan sebarang
rancangan untuk membantu anak didik kita, kita patut mengenalpasti tahap kemahiran Matematik murid-murid
yang memerlukan kelas pembelajaran khas Matematik.

Saya akan memeriksa Rancangan Pendidikan Individu (RPI) murid terlebih dahulu untuk mengenalpasti
samaada umur mental murid selaras dengan umur kronologi mereka. Pada kebiasaannya murid yang kekurangan
kesediaan belajar mempunyai umur mental yang kurang daripada umur kronologi. Contohnya mungkin seorang
murid yang berusia 7 tahun hanya mempunyai umur mental 4 tahun sahaja. Ini menyebabkan mereka tidak
bersedia untuk pengajaran dan pembelajaran Matematik secara formal. Oleh kerana itu, kita perlu mengajar
kemahiran pra-nombor seperti pengelasan objek ikut warna. Rancangan Pendidikan Individu patut dirancang
dan dilaksanakan semula.

Seterusnya, kita bolehlah menguji konsep dan generalisasi murid demi mengetahui tahap pengetahuan murid.
Kita bolehlah mengadakan ujian ringkas ataupun temuramah samaada dengan murid itu sendiri ataupun ibu
bapa dan penjaga murid berkenaan. Kaedah ini juga memudahkan kita dalam penyediaan Rancangan Pendidikan
Individu (RPI) yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan murid agar tidak menyeleweng daripada objektif
utama kita untuk membantu murid supaya tidak tercicir dalam matapelajaran Matematik yang agak penting ini
dalam kehidupan seharian murid.

Tambahan lagi, tahap kemahiran murid dalam penguasaan Matematik boleh juga dikenalpasti sekiranya guru
merujuk teori perkembangan kognitif Piaget. Seperti yang kita semua sedia maklum, terdapat 4 peringkat
perkembangan: peringkat pertama- peringkat deria motor (0 – 2 tahun), peringkat kedua-peringkat pra-operasi
(2 – 7 tahun), peringkat ketiga-peringkat operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan peringkat keempat- peringkat
operasi formal (11 tahun ke atas). Oleh kerana itu sebagai seorang guru yang prihatin, kita patut mengambil kira
aras kefahaman murid berdasarkan perkembangan murid pada setiap peringkat tersebut bagi menentukan tahap
kemahiran murid.

Ujian diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan murid tentang penguasaan murid dalam
kemahiran Matematik. Berdasarkan kepada ujian diagnostik, guru dapat merancang aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran dengan berkesan. Antara aspek-aspek yang boleh diuji dalam ujian diagnostik ialah pengamatan,
penglihatan dan pendengaran. Suatu ujian diagnostik dikatakan bermutu sekiranya ia mengandungi ciri-ciri yang
tinggi daripada aspek kebolehpercayaan, kesahan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran.

Tahap kemahiran murid dalam Matematik boleh juga dikesan melalui kaedah analisis hasilkerja murid.
Kelemahan murid dapat dikesan dan dianalisis melalui pemerhatian hasilkerja murid. Pada kebiasaannya
masalah pembelajaran yang dapat dikesan ialah masalah visual-persepsi murid, masalah kordinasi mata-tangan
dan masalah menulis serta mengecam nombor. Masalah murid yang paling mudah dikesan melalui kaedah ini
ialah masalah kordinasi mata-tangan kerana biasanya murid cenderung menulis nombor secara terbalik.
Tahap kemahiran Matematik kanak-kanak juga boleh dicungkil melalui kaedah pemerhatian. Kaedah ini selaras
dengan kaedah Montessori yang menekankan guru memerhatikan interaksi kanak-kanak dengan persekitaran.
Contohnya, hasil pemerhatian saya selama 3 bulan di Sekolah A murid autisme suka mencari dan mengumpul
objek yang mempunyai satu warna. Ini merupakan salah satu kelemahan murid yang dikenalpasti iaitu tidak
dapat mengelaskan objek yang mempunyai lebih daripada satu warna dalam kemahiran pra-nombor.

Kaedah yang seterusnya untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam Matematik ialah menerusi terapi seni.
Terapi seni ialah satu jenis pemulihan menggunakan gambar yang dilukis oleh murid. Ini kerana gambar yang
dilukis oleh murid adalah lebih membantu kita mengenali murid. Gambar adalah simbol unik yang membantu
guru memasuki alam sedar murid. Kaedah ini boleh membantu guru mengesan masalah psikologi murid yang
menghalangnya daripada maju dalam matapelajaran Matematik. Contohnya, ada seorang kanak-kanak di
sekolah tertentu dilaporkan dalam akhbar Utusan apabila diperiksa buku latihannya, ada lukisan meja pada
setiap helaian buku. Setelah didekati, rupa-rupanya kanak-kanak itu merupakan seorang pintar-cerdas dalam
Matematik yang tidak sesuai untuk belajar dalam kelas tersebut sebaliknya dia patut diinklusifkan sekiranya
berpeluang.

Tahap kemahiran murid dalam Matematik daripada segi masalah ketajaman pendengaran atau penglihatan boleh
dikesan menerusi penelitian petanda, ujian diagnosis dan pengesahan doktor. Gejala murid bermasalah
pendengaran ialah kurang bercakap, sebutan kabur, cepat bosan, telinga bernanah, kaku dan sama ada cakap
terlalu kuat atau terlalu perlahan. Gejala murid bermasalah penglihatan pula ialah selalu tersungkur, suka gosok
biji mata, suka kelip mata, tidak dapat membezakan bentuk-bantuk yang hampir sama, suka mendekatkan mata
kepada bentuk yang dilihat, mengecilkan mata semasa melihat sesuatu, suka hulur kepala ke depan dan mata
merah. Terdapat 5 jenis ujian diagnosis pendengaran:
i. Refleks orientasi
ii. Teknik pengalih perhatian
iii. Teknik pelaziman
iv. Gerakbalas kepada percakapan
v. Audiometer
Murid kita mungkin juga mengalami pekak terhalang disebabkan atresia, eksternal otitis, terlalu banyak tahi
telinga,otitis media, lelangit rekah dan dysacusis. Ini semua akan menyebabkan proses P & P tidak dapat
disampaikan secara efisien kepada murid. Guru mungkin hanya bercakap seorang sama ada dia sedar ataupun
tidak. Tambahan lagi, kanak-kanak sindrom down juga berisiko mengalami pekak pengamatan yang
menyebabkan mereka bodoh dan bentuk matanya sepet. Kanak-kanak yang menghidap Hurler’s Sindrom pula
dilahirkan terencat akal. Bentuk badan mereka pendek, rambut kasar dan mulut ternganga. Kanak-kanak
Pendred’s sindrom pula dilahirkan rencat akal dan kelenjar gondok besar manakala kanak-kanak Waardenberg
Sindrom dilahirkan balar. Kulit, rambut serta semua bulu roma warna putih. Banana sindrom pula adalah sejenis
sindrom di mana kanak-kanak tidak dapat mendengar sesetengah intonasi sukukata dalam sepatah perkataan.
Contohnya, perkataan “MENAMPAKKAN” didengar sebagai “ME....AN”. Kesemua sindrom pekak adalah
berkaitan dengan kerencatan akal akibat gen yang lemah. Masalah penglihatan murid pula dibahagikan kepada
11 iaitu rabun jauh,rabun dekat,astigmatisme, glaukoma, katarak, kencing manis, coloboma, retinitis
pigmentosa,retrolensa fibroplasias,strabismus dan nystagmus. Kecacatan penglihatan ataupun pendengaran
kadang-kala disalahtafsirkan oleh para guru sebagai sengaja dibuat-buat oleh murid dan ini membantutkan
proses P & P. Para guru membuta tuli menuduh murid bersikap negatif dan murid pula menyalahkan guru
mengabaikan mereka. Oleh kerana itu, pada masa ini pengesahan doktor perubatan merupakan kunci kepada
jawapan terhadap permasalahan ini.
Kesimpulannya, Matematik merupakan salah satu daripada matapelajaran yang agak penting kepada kita semua
kerana kita mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita sama ada kita sedar ataupun tidak. Contohnya,
dalam urusan jualbeli di kedai runcit. Untuk kanak-kanak khas pula sebelum kita memulakan sebarang
rancangan pelajaran untuk mereka adalah wajar kita mengenalpasti tahap kemahiran murid terlebih dahulu
samaada menerusi Rancnagan Pendidikan Individu, ujian, teori Piaget, analisis hasilkerja murid, pemerhatian,
terapi seni dan menerusi ujian ketajaman penglihatan ataupun pendengaran. Lantaran itu, kita sebagai guru
Pendidikan Khas patut sentiasa peka terhadap teknik-teknik menggunakan kemahiran tersebut demi memastikan
agar kita benar-benar menjadi guru yang efisien, cekap dan amanah.

SUNDAY, 24 NOVEMBER 2013

ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN KHAS.

ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN KHAS

1.1 Isu: Program Intergrasi/ Pelabelan dan Pengasingan
Program intergrasi dalam pendidikan khas telah pun dijalankan di Malaysia sejak tahun
1997. Program Pendidikan Khas Intergrasi adalah istilah baru bagi Program Pendidikan Khas
Percantuman. Program ini menempatkan murid kelas khas di kelas khas di dalam sebuah
sekolah biasa (Dr Abdullah Yusoff,2007). Kebiasaannya intergrasi yang berlaku adalah pada
peringkat fizikal di mana murid dengan keperluan khas dan murid biasa berkongsi padang
sekolah, bangunan dan kantin. Walaupun harapan kerajaan semasa mewujudkan intergrasi
ini adalah untuk mengintergrasikan murid khas dan murid normal, namun kajian Zarin Ismail,
Safani Bari dan Soo Boon Seng (2004) mendapati intergrasi sosial di kalangan murid khas
dan murid normal berada pada tahap yang rendah atau minima.
Program ini juga masih lagi mempunyai kekurangannya kerana terdapat beberapa isu yang
timbul. Melalui pemerhatian di Sekolah A, didapati terdapat beberapa isu yang boleh
dikupaskan dalam program intergrasi yang dijalankan di sekolah ini. Antara contoh-contoh isu
yang berbangkit dalam program intergrasi ini ialah murid-murid berkeperluan khas ini
diasingkan daripada kelas normal. Waktu rehat yang berlainan daripada murid-murid aliran
normal juga menyebabkan wujudnya jurang sosial antara murid-murid berkeperluan khas
dengan normal ini.
Murid-murid berkeperluan khas ini juga hanya berinteraksi antara satu sama lain mereka
sahaja. Hal ini menyebabkan kanak-kanak yang normal tidak dapat mengenali dan
memahami murid-murid yang istimewa ini. Akibatnya murid-murid yang normal ini tidak
mampu memahami murid-murid bekerpeluan khas ini dengan sebaiknya.
Isu mengenai pelabelan pada hari ini masih ketara terutama pada golongan anak kurang
upaya ini. Definisi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, pelabelan bermaksud
mengecap seseorang sbg (mempunyai sesuatu sifat yg tidak baik seperti jahat, suka menipu
dan sebagainya. Pelabelan juga diertikan sebagai satu tanggapan atau penilaian yang dibuat
berdasarkan pandangan individu itu sendiri terhadap sesuatu perkara.
Isu pelabelan terhadap kanak-kanak khas agak ketara di negara kita. Perkara sedemkian juga
wujud di sekolah yang saya telah jalani praktikum yang lalu. Hal ini kerana terdapat murid-
murid normal yang memanggil kanak-kanak sindrom down sebagai orang yang cacat yang
mempunyai mata yang sepet. Mereka menggelarnya sebagai “orang sepet”. Keadaan ini
boleh menyebabkan kanak-kanak sindrom down tadi berasa rendah diri dan tidak akan selesa
berada di persekitaran sekolah.
Berkenaan dengan isu pengasingan pula terdapat pelbagai jenis pengasingan yang berlaku
terhadap kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah. Mereka seringkali diletakkan sebagai
kumpulan yang asing di sekolah. Menurut kamus Dewan dan Bahasa dan Pustaka
,pengasingan bermaksud perihal atau perbuatan yang mengasingkan atau pun melibatkan
pemisahan.(edisi keempat). Pengasingan dalam Pendidikan Khas bermaksud kanak-kanak
pendidikan khas diasingkan dari kanak-kanak normal di dalam sistem pendidikan dan juga
dari aspek pengajaran dan pembelajaran
Selain itu juga, mengenai isu pengasingan pula terdapat kanak-kanak berkeperluan khas di
program intergrasi ini diasingkan. Mohd X misalnya telah pun diasingkan daripada rakan-
rakan semasa berada di dalam kelas. Walaupun sebenarnya tindakan guru adalah untuk
memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran yang dikehendaki oleh beliau namun
beliau harus sedar akan kesan buruk terhadap kanak-kanak berkenaan. Menurut guru di situ,
tujuan kanak-kanak itu diasingkan adalah bagi mengelakkan kanak-kanak itu mengganggu
rakan sekelasnya. Disebabkan itulah kanak-kanak itu diasingkan jauh daripada meja rakan-
rakan yang lain.

1.2 Isu: Penglibatan Ibu Bapa

Dari aspek penglibatan ibu bapa, didapati di Malaysia tahap kesedaran ibu bapa mengenai
masa depan anak-anak yang berkeperluan khas masih berada dalam keadaan yang minima.
Hal ini dapat dilihat dengan jelas di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa yang
tinggal di luar bandar. Hal ini kerana terdapat setengah ibu bapa yang beranggapan anak
yang istimewa ini tidak layak dan tidak berkeupayaan untuk mendapat pendidikan yang
seimbang dan sempurna. Disebabkan anggapan sedemikian maka wujudlah keciciran murid-
murid berkeperluan khas daripada alam persekolahan. Perkara ini terus menyebabkan kanak-
kanak istimewa ini tidak mempunyai kemahiran hidup yang baik dan akhirnya memberi
bebanan kembali kepada keluarga masing-masing.
Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang masih kurang sedar mengenai betapa pentingnya
memberi pendidikan atau pun kemahiran mengurus diri atau kemahiran hidup kepada anak-
anak yang istimewa. Faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku disebabkan
kurangnya keyakinan akan kebolehan anak-anak istimewa mereka ini. Sebagai contoh,
pengajaran amali kemahiran memasak dan menjahit, mungkin boleh menyebabkan timbulnya
perasaan risau ibu bapa terhadap anak-anak mereka berada di dapur. Hal ini mungkin
disebabkan memikirkan keadaan yang mungkin boleh mengundang bahaya semasa di dapur
dan semasa menggunakan jarum untuk menjahit. Disebabkan sikap yang terlalu obses akan
perkara negatif inilah menyebabkan mengapa kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia
agak ketinggalan.
Isu ini juga berkait dengan isu yang melanda di sek A ini. Melalui pemerhatian didapati
penglibatan ibu bapa dalam apa jua aktiviti yang dilakukan oleh pihak sekolah masih dalam
tahap sederhana. Hal ini kerana masih terdapat ibu bapa yang tidak yakin dan tidak mahu
memberi peluang kepada anak mereka ini mencuba sesuatu yang baru. Sebagai contohnya,
aktiviti renang yang dijalankan pada hari Jumaat ( 2 kali sebulan) ini tidak mendapat sambutan
yang begitu menggalakkan daripada pihak ibu bapa. Disebabkan itulah hanya sedikit ibu bapa
yang membayar yuran untuk aktiviti renang ini. Apabila perkara ini berlaku maka program
terapi berenang yang sepatutnya dijalankan untuk semua murid tidak dapat dijalankan. Maka
murid-murid akan tidak mempunyai keseronokan untuk mengikuti aktiviti luar.
Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang hanya bergantung kepada pihak sekolah semata-
mata sahaja dalam usaha memberi didikan kepada anak mereka terutama dalam aspek
pengurusan diri. Disebabkan itulah terdapat murid-murid yang masih tidak tahu untuk
membuang air kecil atau besar di tempat yang sepatutnya iaitu tandas. Perkara ini sedikit
sebanyak agak mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya
guru sendiri terpaksa membantu menguruskan kanak-kanak tersebut semasa berada di
dalam kelas.

1.3 Isu: Stigma Masyarakat (Isu Sistem Sosial)

Negara kita sememangnya mempunyai beberapa kelas lapisan sosial yang tertentu.
Walaupun wujudnya jurang sosial antara golongan berada dan golongan pertengahan,
masing-masing masih dapat berinteraksi dengan baik dan hidup dengan hormone. Namun
begitu, bagi golongan yang tidak berkeupayaan atau pun dikenali sebagai orang kurang
upaya, masyarakat di negara kita masih lagi memandang rendah dan mendiskriminasi
golongan berkenaan.
Di sekolah ini misalnya, masih wujud pandangan negatif mengenai kanak-kanak berkeperluan
khas ini. Perkara ini dapat dibukti dengan wujudnya ejekan yang mengatakan budak kanak-
kanak khas ini sebagai budak lembam dan bodoh. Malah terdapat murid-murid normal yang
tidak mahu berkawan dengan kanak-kanak sedemkian disebabkan dikhuatiri menjadi seperti
kanak-kanak berkeperluan khas ini.

1.4 Kepelbagaian Kompetensi Murid

Setiap murid berkeperluan khas sudah pastilah mempunyai kepelbagaian kecerdasan dan
keupayaan yang berbeza antara satu sama lain. Hal ini jelas seperti yang diterangkan oleh
Howard Garner (1983) yang mengatakan setiap manusia ini mempunyai 9 kecerdasan yang
pelbagai. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu
berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis
kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia,
kanak-kanak dan dewasa.
Bagi kanak-kanak khas sudah pastilah mereka mempunyai kepelbagaian kompetensi
tersendiri. Sebagai contohnya, kanak-kanak autism selalunya mempunyai IQ yang sederhana
berbanding dengan kanak-kanak sindrom down yang mempunyai IQ yang rendah. Hal ini
adalah disebabkan kebiasaannya kanak-kanak sindrom down mengalami kerencatan akal
sejak lahir lagi.
Melalui pemerhatian saya ialah, di Program Pendidikan Khas Intergrasi Sekolah A wujudnya
penempatan yang tidak sesuai berdasarkan kebolehan dan keupayaan murid-murid. Sebagai
contohnya, terdapat murid yang mempunyai keupayaan IQ yang terlalu rendah dicampurkan
bersama dengan murid yang mempunyai keupayaan yang sederhana. Hal ini boleh
menyebabkan murid yang IQ rendah itu akan lebih ketinggalan semasa mengikuti proses
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya kanak-kanak tadi tidak lagi berminat
untuk menumpukan perhatian dan belajar dengan baik di dalam kelas. Maka dengan
disebabkan itulah terdapatnya murid yang tidak menumpukan perhatian dan mengganggu
rakan disebelahnya.

1.5 Isu: Pelaksanaan Pengajaran dan Pengajaran.

Pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan perkara yang sangat berkaitan dalam aspek
pendidikan. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan mencapai
matlamat pembelajaran atau hasil pembelajaran seperti yang dihasratkan.(Noriati Abd Rashid
& etc, 2011). Definisi bagi pengajaran menurut Kamus Dewan dan Bahasa Pustaka edisi
keempat ialah berkaitan dengan perihal mengajar dan segala sesuatu yang berkaitan dengan
mengajar. Manakala menurut (Slavin ,1997) pembelajaran biasanya didefinisikan sebagai
perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman. Perubahan akibat perkembangan
(seperti mengalami pertambahan ketinggian) bukanlah pengajaran. Manakala menurut (Crow
& Crow ,1983) pembelajaran adalah pemerolehan tabiat dan sikap. Pembelajaran melibatkan
cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berkait percubaan individu untuk mengatasi rintangan
atau menyesuaikan diri kepada situasi baru.
Sebagai guru kita hendaklah bijak memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan tahap murid. Hal ini adalah demikian bagi memastikan guru melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah. Isu yang seringkali timbul semasa
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah metodologi dan pedagogi yang
digunakan oleh pihak guru dalam memastikan murid-murid dapat mencapai matlamat objektif
yang telah ditetapkan.
Berdasarkan artikel Perancangan Pengurusan Kakitangan Profesional Pemangkin Kejayaan
oleh En Mohd Isa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketidakberkesanan
pengajaran. Antaranya adalah disebabkan sikap oleh guru sendiri. Ini kerana guru tidak
mempamerkan sikap profesionalisme sebagai input yang menjamin kejayaan aktiviti
akedemiknya. Akibatnya wujud segelintir guru yang tidak mahu meningkatkan ilmu dan
disiplin yang diajar serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran. Maka kesannya teknik
pengajaran yang dilakukan tidak berjaya menarik perhatian murid. Akibatnya murid menjadi
bosan dan tidak berminat terhadap proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.
Penggunaan secara kekerasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid-
murid berkeperluan khas juga perlu diambil kira. Perkara ini sepatutnya tidak boleh diamalkan
oleh. Sepanjang pengalaman saya di situ, saya dapati wujud unsur kekerasan yang
digunakan oleh guru semasa mengajar murid. Murid-murid berkeperluan khas ditakutkan
dengan rotan dan mereka juga dipukul kerana tidak mendengar arahan guru. Isu ini sangat
serius kerana boleh menyebabkan murid menjadi takut dan menjadi lebih degil dan tidak
mendengar kata.
Apa yang diperhatikan, terdapat satu ketika di mana pembantu pengurusan murid (PPM)
menakutkan murid yang nakal dengan besi yang panas. Walaupun niat beliau mungkin hanya
untuk memberitahu bahawa besi itu panas namun tidak seharusnya beliau membiarkan
kanak-kanak berkeperluan khas yang nakal tadi menyentuh besi tersebut. Perkara yang lebih
membimbangkan seperti kecederaan boleh berlaku. Ini sekaligus akan memberi kesan yang
lebih buruk terhadap sekolah.

1.6 Isu: Profesionalisme Guru

Dewasa kini, isu hangat yang seringkali diutarakan mengenai profesionalisme guru. Perkara
ini berkaitan dengan sikap guru yang tidak bermoral, malas dan tidak mempunyai kemahiran
pedagogi yang baik semasa mengajar di dalam kelas. Sebagai guru sepatutnya, perlu sedar
bahawa pentingnya menjaga profesionalisme guru. Ini kerana profesion keguruan bukanlah
satu profesion yang tidak tinggi malah telah pun diiktirafkan sebagai professional.
Dalam pendidikan khas, isu yang berkaitan guru ialah kekurangan guru khas yang terlatih.
Akibatnya pihak kerajaan termasuk menerima masuk permohonan guru aliran perdana ke
dalam aliran pendidikan khas. Apabila ini berlaku maka sudah pastilah akan wujud
pertentangan kaedah pengajaran guru tadi terhadap kanak-kanak khas. Kesannya guru atau
murid tadi akan mengalami tekanan dan tidak mampu menghayati dengan perasaan gembira
semasa melakukan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
Pemilihan kriteria guru yang tidak telus semasa temuduga juga boleh menyebabkan masalah
dalam mendidik bakal guru yang betul-betul layak menjadi guru Pendidikan Khas kelak.
Kesannya mungkin hanya dipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak namun hakikatnya
kesannya boleh menyebabkan nasib yang malang kepada murid-murid. Cuba bayangkan
sikap guru yang tidak bertanggungjawab dalam mendidik anak didiknya. Maka sudah tentulah
akan menyebabkan murid-murid tadi terabai dan sekaligus mendorong masalah yang lain
seperti masalah keciciran dan sosial.
Isu Guru Sandaran Tidak Terlatih juga seringkali hangat disebut dalam kalangan pendidik dan
juga golongan akademik yang lain. Di sebabkan itulah kerajaan telah pun mengambil
beberapa langkah seperti mengadakan Kursus Dalam Cuti untuk Guru Sandaran Tidak
Terlatih (akhbar utusan,27/07/2011). Namun apa yang menjadi persoalan di sinikah apakah
kesan terhadap murid-murid yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru
yang tidak terlatih tadi semasa mereka dalam proses pembelajaran. Seperti sedia maklum
guru yang tidak terlatih ini langsung tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai
ilmu perguruan maka sudah tentulah akan berlaku juga kepincangan dan kelemahan dalam
mendidik anak-anak murid. Dalam Pendidikan Khas misalnya, kurangnya pengetahuan
mengenai kanak-kanak berkeperluan khas boleh menyebabkan guru menggunakan kaedah
dan teknik yang salah. Disebabkan itulah wujudnya guru Pendidikan Khas yang merotan dan
memukul murid. Perkara ini sangatlah memalukan golongan guru kerana guru tidak mampu
memahami keperluan dan ketidakupayaan murid-murid berkeperluan khas itu tadi
Kejadian sebegini juga sebenarnya berlaku di sekolah yang saya jalani praktikal yang lalu.
Terdapat murid yang dipukul dan dirotan oleh guru semasa guru mengajar di dalam kelas.
Pada pandangan saya tindakan ini tidak sesuai kerana murid berkeperluan khas adalah murid
yang istimewa. Maka sudah tentulah layanan yang diberikan kepada mereka sepatutnya lebih
istimewa dan bukannya dikasari dengan sewenang-wenangnya.

1.7 Isu: Ujian pentaksiran

Pentaksiran adalah merupakan satu pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod , memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran
seseorang murid bagi tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia,2000). Segala
maklumat yang diperolehi yang diperolehi oleh pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki
kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dilakukan mestilah
mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.
Ujian pentaksiran juga seringkali dilakukan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.
Pentaksiran dilakukan bagi mengukur tahap kebolehan murid-murid berkeperluan khas.
Tujuan pentaksiran juga adalah untuk memberi pengetahuan akan kebolehan murid-murid
berkeperluan khas. Disinilah guru-guru, ibu bapa dan pihak sekolah dapat mengenalpasti
daya dan kompentensi murid-murid berkenaan.
Di Malaysia, ujian pentaksiran kebiasaanya dijalankan bagi tujuan membantu murid untuk
penempatan kelas khas atau pun sebagai salah satu cara untuk mengetahui tahap kebolehan
murid-murid tersebut. Apa yang menjadi isu di sini ialah, keberkesanan pentaksiran yang
dilakukan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini. Kebanyakan ujian pentaksiran yang
diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas ini adalah secara umum dan bersifat
meluas. Hal ini mungkin disebabkan kita banyak mengambil contoh-contoh ujian pentaksiran
daripada negara luar untuk dilaksanakan kepada murid-murid di sini. Akibatnya mungkin
setengah ujian yang diberi sebenarnya tidaklah bersesuaian dengan pengetahuan murid-
murid di Malaysia.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketidaksesuaian itu , antaranya adalah
disebabkan persekitaran yang berbeza. Persekitaran yang berlainan sememangnya mampu
memberi impak yang besar terhadap kebolehan dan pengetahuan kanak-kanak berkeperluan
khas. Selain itu persekitaran yang berbeza juga akan memberi perbezaan mengenai
bagaimana murid itu mengurus diri. Contohnya di negara beriklim sejuk, cara membersihkan
diri mungkin berbeza dengan cara membersihkan diri di iklim negara panas. Maka ujian yang
ingin dilaksanakan mestilah bersesuaian dan dapat diterima secara universal oleh murid-
murid berkeperluan khas.
Kekurangan bahan yang mencukupi semasa melakukan pentaksiran juga mampu
menjejaskan kepercayaan hasil pentaksiran yang dijalankan. Bahan yang baik perlulah
disediakan bagi membantu ibu bapa, guru atau pihak sekolah yang ingin melakukan
pentaksiran terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebagai contoh, untuk mentaksir
kemahiran membaca, selain daripada mempunyai buku-buku yang bersesuaian guru juga
sepatutnya memerlukan bilik atau ruang yang sesuai untuk menjalankan ujian terhadap murid.
Keadaan yang tidak sesuai atau buku yang tidak sesuai dengan tahap pengetahuan murid
akan menjejaskan sedikit hasilnya nanti.
Isu yang berkaitan pentaksiran di sekolah saya ialah mengenai ujian bulanan yang dilakukan
oleh pihak sekolah. Apa yang saya dapati, pihak sekolah membuat ujian bulanan terhadap
murid istimewa ini berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan. Pada pandangan saya
seharusnya ujian ini perlulah dilakukan berdasarkan pengetahuan sedia ada murid dab
bukannya berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan yang telah disediakan oleh pihak
sekolah. Kesannya keputusan pentaksiran nanti mungkin tidak dapat memberi gambaran
kebolehan yang sebenar murid-murid berkeperluan khas. Jadi ketidakjituan dalam
memperolehi keputusan pentaksiran hasil penilaian boleh menyebabkan guru salah
merancang strategi yang sesuai bagi meningkatkan kebolehan murid itu lagi.
Selain itu, Ujian Penilaian Sekolah Rendah juga menjadi masalah kepada kanak-kanak yang
berkeperluan khas ini. Terdapat ibu bapa yang beranggapan bahawa dengan mengambil ujian
ini anak mereka mungkin dapat berjaya dan menjadi lebih bijak. Memang benar terdapat murid
istimewa memperolehi keputusan yang baik namun hanya beberapa bilangan sahaja.
Sepatutnya ujian ini harus dikaji semula untuk kanak-kanak khas. Walaupun ujian ini boleh
dipilih sama ada hendak menduduki atau tidak namun kesan pandangan ibu bapa terhadap
Ujian Penilaian Sekolah Rendah ini hendaklah diubah dengan cara yang lain.

1.8 Isu: Bahasa dan Komunikasi.

Bahasa dan komunikasi memainkan peranan penting dalam menjalankan interaksi antara dua
pihak. Bahasa juga digunakan sebagai medium untuk menyampaikan ilmu dengan baik
disamping berkongsi maklumat Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa
satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok
manusia untuk berkomunikasi. Abdullah Hassan (1998) berpendapat dalam memberi definisi
bahasa ini, pentinglah kita kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut
akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat
perhubungan”.Dengan itu bahasa dan komunikasi menjadi tautan yang perlu dijalani
bersama.
Isu yang seringkali menjadi perhatian dalam bahasa dan komunikasi ialah kesukaran untuk
berhubung dan berkomunikasi dengan murid-murid berkeperluan khas. Murid yang kategori
autism misalnya sangat sukar untuk berinteraksi dengan guru atau rakan sebaya yang lain.
Hal ini adalah disebabkan kanak-kanak autism ini lebih cederung untuk berada dalam dunia
mereka sendiri. Selain itu mereka juga mempunyai bahasa sendiri seperti ekolalia yang
bersifat pengulangan dan juga nada yang sterotaip. Kesan daripada itu, guru dan rakan
sebaya sangat sukar memahami mereka.
Apa yang saya perhatikan di dalam kelas khas Sekolah A, isu yang berkaitan bahasa dan
komunikasi adalah berkaitan dengan pembantu murid dengan kanak-kanak berkeperluan
khas ini. saya dapati pembantu murid tidak dapat memahami dengan jelas mengenai bahasa
isyarat tangan yang ditunjukkan oleh sesetengah murid. Hal ini menyebabkan murid-murid
seringkali menjerit atau menangis sekiranya ingin ke tandas. Selain itu juga, terdapat murid-
murid yang langsung tidak boleh berkomunikasi disebabkan masalah aphasia yang dihadapi.
Aphasia adalah disebabkan kecederaan atau pun kecacatan pada otak yang menyebabkan
seseorang itu tidak mampu untuk berbahasa. Akibat daripada itu, murid yang mengalami
Aphasia iaitu D seringkali ditinggalkan dan agak ketinggalan di dalam kelas. Murid-murid lain
juga sukar memahami dan berinteraksi dengan beliau. Keadaan ini sekaligus boleh memberi
kesan yang lebih buruk kepada kanak-kanak ini.

1.9 Isu:Kemudahan Fizikal

Kemudahan fizikal memainkan peranan yang penting dalam membantu proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut Woolfolk (200:427) persekitaran bilik darjah yang
melibatkan ruang, susun atur bilik darjah dan dimensi sosial mempengaruhi pembinaan
budaya sesebuah bilik darjah. Semua faktor tersebut perlu diambil kira oleh guru dalam
menyediakan pelan bilik darjah lantai. Di negara kita, isu yang seringkali timbul mengenai
kemuddahan bilik darjah adalah seperti kelas yang sempit, bahan kemudahan fizikal yang
digunakan dan kedudukan ruang fizikal yang diguna pakai dalam system bilik darjah.
Perkara sedemikian juga berlaku di Sekolah A Masih banyak kemudahan yang perlu
ditingkatkan. Kemudahan jalan kerusi roda masih belum dibina dan disediakan di sekolah
ini. Seharusnya pihak sekolah perlu peka akan keperluan murid-murid berkeperluan khas
yang menggunakan kerusi roda. Akibatnya akan menyusahkan pembantu murid dan juga
murid itu sendiri.
Keadaan kelas yang sempit dan tidak selesa menggangu proses pembelajaran dan
pengajaran guru. Sepatutnya bilik dan kelas perlu dibina secara berasingan. Akan tetapi
disebabkan kurangnya kemudahan kelas yang kosong maka satu bilik yang besar itu telah
pun dipisahkan dengan hanya menggunakan papan lembut sebagai pembahagi bagi setiap
kelas. Hal ini jelas tidak mampu mengawal kelantangan suara yang dilontarkan oleh guru atau
pun murid di kelas yang bersebelahan. Akibatnya murid kelihatan terganggu dan terpinga-
pinga untuk mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru.
Selain itu saya juga dapati bahawa sekolah ini sangat kekurangan alatan permainan yang
sesuai untuk diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas. Seharusnya alatan permainan
untuk kanak-kanak istimewa ini mestilah bersifat lebih selamat dan tidak merbahaya. Alatan
itu mestilah lebih bersifat ringan dan lembut. Akan tetapi saya dapati, guru di sekolah
berkenaan menggunakan alatan bola yang keras dan berat. Bola sebegini jelas tidak
memenuhi spesifikasi keselamatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Kita sedia maklum
bahawa murid-murid berkeperluan khas tidak semuanya mampu menggunakan alatan yang
serupa dengan murid yang normal. Sebagai contoh murid B yang mempunyai kemahiran
motor halus yang rendah tidak mampu menangkap bola yang keras dan kasar. Jadi ini akan
menyebabkan kecederaan kepada murid-murid berkeperluan khas.

1.10 Isu: Kewangan

Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun memberi peruntukan sebanyak rm150 sebulan
kepada setiap kanak-kanak berkeperluan khas. Elauan yang diberi ini adalah bertujuan untuk
membantu golongan kanak-kanak berkeperluan kanak-kanak yang tidak berkeupayaan ini
untuk menampung kos hidup mereka. Selain itu elaun ini juga bertujuan untuk meringankan
bebanan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kurang upaya ini. Seperti yang sedia
maklum perbelanjaan untuk menampung kanak-kanak berkeperluan khas sebenarnya agak
memerlukan jumlah wang banyak. Hal ini termasuklah kos perubatan dan juga terapi yang
melibatkan pertuturan atau pun fisioterapi.
Namun begitu, apa yang menjadi isu di sini ialah penyalahgunaan wang elaun yang diberikan
kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini oleh ibu bapa. Ada ibubapa yang menggunakan
wang elaun tersebut untuk urusan peribadi dan kemudahan keluarga masing-masing.
Seharusnya perkara itu tidak harus berlaku dan perkara ini seharusnya menjadi
tanggungjawab ibu bapa sendiri untuk menjaga wang saku yang diberi oleh kerajaan dengan
sebaiknya.
Elaun yang hangat diperkatakan dalam dunia Pendidikan Khas juga ialah berkaitan dengan
elaun khas yang diberikan oleh kerajaan kepada guru-guru pendidikan khas. Tujuan elaun ini
diberikan adalah sebagai ganjaran kepada guru-guru pendidikan khas yang bersabar dan
tabah menghadapi karenah murid-murid khas di sekolah. Namun elaun yg diberikan ini
seringkali diambil oleh kesempatan oleh pihak tertentu. Misalnya wujud guru-guru aliran
perdana yang memohon masuk ke aliran khas dengan bertujuan untuk mendapatkan elaun
khas itu bagi kepentingan diri. Akibat daripada itu, maka akan wujudlah kurangnya kualiti
dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang dikehendaki beliau. Disebabkan itulah
terdapat pengabaian terhadap murid-murid khas ini disebabkan oleh sikap guru yang
sedemikian. Jelas di sini membuktikan bahawa pemberian elaun khas kepada guru juga boleh
menyebabkan guru-guru bekerja semata-mata untuk mendapatkan elaun sahaja.
Perkara yang berkaitan kewangan juga seringkali dikaitkan peruntukan yang diberikan kepada
sekolah dalam menjayakan program di sekolah bagi membantu golongan kanak-kanak
berkeperluan khas. Misalnya penggunaan terapi di sekolah masih lagi tidak meluas
disebabkan kekurangan wang atau bajet untuk menampung tenaga pakar daripada ahli terapi
yang berkebolehan. Disebabkan itulah murid-murid di sekolah terutama di luar bandar kurang
memperoleh peluang untuk mengikuti mana-mana terapi kerana desakan wang atau pun
peruntukan.
Kemudahan yang tidak lengkap disebabkan kekurangan wang juga sering menghantui mana-
mana sekolah yang mempunya program intergrasi di sekolahnya. Jika kita lihat di kebanyakan
sekolah yang mempunyai program pendidikan khas, kebanyakannya mempunyai kemudahan
fizikal yang asas sahaja. Keperluan fizikal yang berbentuk sampingan seperti bilik terapi, bilik
snoozlen dan kolam mini renang tidak dapat disediakan akibat bajet yang kurang dan tidak
mencukupi.
Hal ini juga dapat dilihat dengan jelas di sekolah yang pernah saya menjalani praktikal yang
lalu iaitu Sek A. Di dapati di sekolah itu, kemudahan bilik terapi, bilik mainan dan bilik snoozlen
masih tidak disediakan. Apabila disoal penyelaras disitu, belia mengatakan bahawa
peruntukan tidak mencukupi. Selain itu kewangan daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan
Guru juga berada dalam keadaan minima. Maka banyak program bagi membantu murid-murid
berkeperluan khas ini tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.
Akibat daripada itu, maka kebanyakan program yang dijalankan adalah bersifat dalaman
sahaja kerana memerlukan belanjawan yang rendah. Namun kesan kepada murid pula
mungkin murid akan mudah bosan dengan kaedah yang sama sahaja digunakan oleh pihak
guru di sekolah berkenaan.

1.11 Isu:Pentadbir dan Pentadbiran Sekolah

Pentadbir adalah merupakan orang yang mentadbir dan mengurus sekolah atau pun sesuatu
institusi. Dalam bidang pendidikan pentadbir adalah seperti guru besar atau pun pengetua.
Manakala pentadbiran pula melibatkan delegasi tugas yang bersangkutan dengan
tanggungjawab kesemua kakitangan yang berada di sekolah atau pun institusi.
Dalam bidang Pendidikan Khas pentadbir memainkan peranan penting dalam menyediakan
pelbagai program dan rancangan yang menarik untuk disediakan kepada Program Intergrasi
Pendidikan Khas di sesuatu sekolah. Walaupun begitu terdapat beberapa isu yang seringkali
berkait rapat dengan pentadbir dan pentadbiran sekolah dengan dunia Pendidikan Khas hari
ini.
Antara isu yang hebat diperkatakan di kebanyakan sekolah ialah mengenai isu petempatan
kanak-kanak berkeperluan khas ini ke dalam system Pendidikan Khas di sekolah. Hal ini
adalah kerana terdapatnya murid yang tidak layak dimasukkan ke dalam program intergrasi
di sekolah namun atas dasar peribadi antara ibu bapa dan pihak tertinggi pengurusan di
sekolah (sama ada di aliran perdana atau aliran khas) , murid ini diberi peluang untuk
mendudukan Program Pendidikan Khas di sekolah. Kesannya akan menyusahkan guru
terutama dalam menyediakan Pengurusan Tingkah Laku dan merancang intervensi kepada
murid berkenaan. Selain membebankan guru sudah pastilah guru juga akan mengeluh dan
tidak akan memberi komited sepenuhnya kepada murid sedemikian rupa. Jadi kesan buruk
akan berlaku kepada murid itu dan juga guru.
Kesilapan penempatan murid dalam pembahagian kelas juga misalnya mampu kesan buruk
kepada murid berkenaan. Sebagai contoh murid yang mengalami masalah pendengaran
dimasukkan bersama dengan murid masalah pembelajaran. Akibatnya murid sudah pasti
ketinggalan dan tidak mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran dengan sempurna.
Dicatat oleh Cikgu Wadiyah di 00:12
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Label: UMUM

2 comments:

Anda mungkin juga menyukai