Anda di halaman 1dari 20

REFLEKSI LAWATAN KE

RUMAH KEBAJIKAN
AGATHIANS HOME

Disediakan oleh : Shaamala A/P Nadarajah


Penaakulan Moral
a) Pembelajaran kolaboratif

b)Permasalahan yang dihadapi sepanjang program lawatan


dilaksanakan

c) Pandangan anda terhadap situasi di Rumah Kebajikan


Agathir Home
a) Pembelajaran Kolaboratif
Aktiviti yang kami rancang iaitu Have Fun With Snake & Ladder telah
mengintegerasikan pembelajaran kolaboratif dalam kalangan murid di rumah
kebajikan Agathian.
Kami dalam kumpulan 4 orang 1 kumpulan telah bekerjasama untuk
merancang aktiviti untuk murid-murid di rumah kebajikan Agathian.
Kami telah merancang aktiviti yang bermoral yang dapat memberikan faedah
kepada murid.
Pembelajaran kolaboratif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan
positif dalam kumpulan. Hal ini membolehkan perkongsian idea antara murid.
Oleh itu, semangat bekerjasama dapat diterapkan dalam kalangan anak-anak
murid melalui pelbagai jenis aktiviti yang dilaksanakan.
b) Permasalahan yang dihadapi sepanjang program lawatan dilaksanakan

Masa bagi melaksanakan aktiviti agak terhad. Hal ini demikian kerana setiap stesen hanya
diberikan 15 minit untuk menjalankan permainan.
Masalah komunikasi juga berlaku sepanjang lawatan dilaksanakan. Iaitu murid fasih
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris malah mereka kurang berkemahiran untuk
berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
Murid tidak memahami soalan bahasa Melayu. Mereka hanya mahir untuk menyelesaikan
soalan bahasa Inggeris.
Murid kurang berfikir secara kreatif. Contohnya, apabila murid ditanya untuk melakonkan
sesuatu dengan kreatif mereka tidak dapat melakukannya.
c) Pandangan terhadap situasi di Rumah Kebajikan Agathir Home

Situasi di rumah kebajikan tersebut amat sistematik. Hal ini dapat dilihat apabila murid-
murid melaksanakan tugasan mereka dengan sistematik. Contohnya, setelah mereka
pulang dari sekolah mereke terus mandi dan makan makanan yang disediakan oleh pihak
pengurus.
Seterusnya, kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut sentiasa bantu-membantu antara
satu sama lain. Hal ini dapat dilihat apabila mereka diberikan tugas, mereka mengagihkan
tugasan antara satu sama lain.
Mereka juga telah belajar untuk berdikari dari usia yang muda. Mereka melaksanakan
tugasan mereka tanpa bantuan orang lain.
PERASAAN MORAL
a) Sebelum memulakan tugas
b) Semasa menjalankan aktiviti
c) Selepas selesai tugasan
a) Sebelum memulakan tugas
Kumpulan kami terdiri daripada 4 orang.
Kami berempat telah mengemukakan pelbagai idea untuk melaksanakan aktiviti di rumah kebajikan.
Jadi telah berlakunya percanggahan idea antara ahli kumpulan. Setiap ahli telah memberikan idea
masing-masing tentang aktiviti.
Selepas menggabungkan idea-idea tersebut kami telah bercadang untuk melaksanakan aktiviti Snake
and Ladder.
Kami bekerjasama untuk menyediakan bahan-bahan bagi aktiviti yang akan dilaksanakan di rumah
kebajikan.
Dalam perancangan aktiviti kami memastikan nilai murid dapat diterapkan dalam kalangan murid.
Kami berasa teruja untuk melaksanakan aktiviti tersebut di rumah kebajikan tersebut.
b) Semasa menjalankan aktiviti
Sebelum memulakan permainan saya telah menjelaskan peraturan permainan Snake and
Ladder.
Oleh sebab murid memahami secara jelas tentang permainan tersebut jadi mereka melibatkan
diri secara aktif dan bersemangat.
Murid juga berasa amat gembira apabila bermain permainan tersebut.

Hal ini demikian kerana, dalam permainan tersebut terdapat pelbagai jenis kuiz atau soalan yang
mencungkil bakat murid tersebut.
Tambahan pula, setiap murid juga diberikan ganjaran selepas aktiviti permainan. Hal ini secara
tidak langsung, memberikan motivasi kepada setiap murid.
Dapat menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang , membina jati diri dan keprihatinan
kepada murid-murid melalui aktiviti.
c) Selepas selesai tugasan
Selepas melaksanakan aktiviti permainan kami telah membuat penilaian terhadap aktiviti
yang dilaksanakan.
Kami juga telah mengenal pasti kelebihan dan kelemahan aktiviti yang kami laksanakan.

Kami bersyukur aktiviti yang kami laksanakan dapat menerapkan nilai moral dalam
kalangan murid.
Kami ingin berterima kasih kepada pensyarah kerana memberi peluang untuk
melaksanakan aktiviti di rumah kebajikan
PERLAKUAN
MORAL
a) Meningkatkan ilmu pengetahuan

Dengan melaksanakan aktiviti di rumah kebajikan, kami telah menimba ilmu pengetahuan yang
dapat diaplikasikan di sekolah pada masa akan datang.
Salah satunya, kami dapat mengetahui cara mengendalikan sesuatu aktiviti. Secara kerja
berpasukan kami berjaya melaksanakan tugasan tersebut.
Selain itu, kami juga dapat menyediakan pelbagai jenis bahan yang sesuai dengan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan pula, cara mengawal murid juga dapat dipelajari melalui aktiviti yang dilaksanakan di
rumah kebajikan.
Tuntasnya, kami juga telah mempelajari cara menguruskan masa dengan efektif. Hal ini dapat dilihat
apabila mengendalikan aktiviti permainan Snake and Ladder dalam masa yang diperuntukkan.
b) Dapat membantu menggunakan pengetahuan yang diperolehi
dengan berkesan dalam hidupnya.

Sebagai seorang guru saya dapat melaksanakan proses pengajaran dan


pembelajaran dengan suasana yang menyeronokkan. Contohnya dengan
menggunakan aktiviti permainan.
Saya juga dapat mengetahui sifat setiap murid. Contohnya, ada murid yang nakal, aktif,
cepat bosan dan sebagainya. Dengan ini, saya dapat merancang aktiviti mengikut sifat
murid
Saya juga dapat difahami aktiviti kolaboratif amat disukai oleh murid. Jadi, bagi
mewujudkan bilik darjah yang kondusif di sekolah saya akan merancang aktiviti yang
berpusatkan murid dan aktiviti berpasukan.
Saya juga dapat mempelajari cara mengawal murid.
c) Beriltizam untuk menjadikan nilai sebagai satu ciri perwatakan
diri sendiri dan hubungannya dengan orang lain.

Aktiviti yang dilaksanakan di rumah kebajikan memberi peluang kepada


kami untuk menimba ilmu dan belajar untuk bersikap mulia terhadap murid-
murid. Iaitu memahami perasaan setiap murid.
Bertoleransi dengan sikap murid. Iaitu terdapat pelbagai jenis sifat murid
yang boleh dilihat di sekolah, Jadi sebagai seorang guru wajarlah kita
mengamalkan sifat bertolak ansur dengan sifat setiap murid.
Membentuk kerjasama antara murid untuk menggerakkan aktiviti.
d) Dapat membezakan perkara yang benar dan salah
Sepanjang pelaksanaan permainan Snake and Ladder terdapat beberapa murid yang tidak dapat menjawab
soalan walaupun senang. Saya beranggapan semua murid tidak dapat menjawab soalan yang diberikan oleh
kami. Malah saya menyedari terdapat murid di rumah kebajikan tersebut yang dapat menjawab soalan dengan
berfikir secara kreatif.
Selain itu, sebelum pergi ke rumah kebajikan saya beranggap mereka mempunyai masalah menampung
keperluan harian. Setelah melawat rumah kebajikan tersebut saya menyedari bahawa mereka tidak mengalami
kekangan kerana mereka mendapat sumbangan daripada beberapa pihak.
Apabila pelaksanaan aktiviti terdapat beberapa murid yang nakal dan tidak mendengar arahan yang diberikan.
Jadi, saya beranggapan apabila saya marah murid akan mendengar arahan yang diberikan.
Walaubagaimanapun, saya tidak memarahi murid tersebut malah saya menasihatinya. Mereka pun mendengar
yang saya berikan selepas menasihatinya. Hal ini secara tidak langsung memberi kesedaran kepada saya
bahawa kemarahan tidak dapat membetulkan tingkah laku murid.
KELEBIHAN

KELEMAHAN

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Kelebihan
Murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan.

Penjelasan kami tentang peraturan aktiviti amat jelas. Jadi, murid-


murid mudah memberi respons dengan mudah terhadap soalan yang
kami diajukan.
Murid-murid bekerjasama apabila bermain permainan Snake and
Ladder.
Murid-murid melibatkan diri secara aktif dan bersemangat .
KELEMAHAN
Masa bagi melaksanakan aktiviti agak terhad. Hal ini demikian kerana
setiap stesen hanya diberikan 15 minit untuk menjalankan permainan.
Masalah komunikasi juga berlaku sepanjang lawatan dilaksanakan.
Iaitu murid fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris malah mereka
kurang berkemahiran untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
Murid kurang berfikir secara kreatif. Contohnya, apabila murid ditanya
untuk melakonkan sesuatu dengan kreatif mereka tidak dapat
melakukannya.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Masa yang diberikan di setiap stesen perlu dipanjangkan. Hal ini demikian supaya
murid berjaya menghabiskan aktiviti di setiap stesen tanpa masa yang terhad.
Murid perlu diberi latihan untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Terdapat
beberapa murid yang hanya fasih berbahasa Inggeris. Pelbagai aktiviti yang
berkaitan dengan bahasa Melayu perlu dijalankan supaya murid menguasai bahasa
tersebut.
Pihak sekolah wajar memperbanyakkan aktiviti yang dapat menerapkan pemikiran
kreatif dalam kalangan murid.
Sejauhmanakah pembelajaran berasaskan projek ini
menjadikan anda individu yang bermoral.
Pembelajaran berasaskan projek (project based learning - PBL) merupakan satu teknik
pembelajaran abad ke-21 yang sangat kompresensif kerana ia menyokong kesemua kemahiran
dalam komponen-komponen 4C (Communication, Collaboration, Critical Thinking, Creativity).
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) menjadikan saya seorang yang bijak dalam pengurusan
masa. Hal ini dapat dilihat apabila projek yang diberikan perlu diselesaikan dalam masa yang
ditentukan.
Seterusnya, pembelajaran berpusatkan projek juga berpusatkan murid. Jadi murid akan lebih
bertanggungjawab terhadap projek yang dilaksanakan. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator.
Pembelajaran berasaskan projek bukan sahaja mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih berkesan tetapi juga menarik dan menyeronokkan.
Tambahan pula, pembelajaran ini mampu menjadikan saya sebagai seoorang yang kreatif dan
inovasi. Apabila melaksanakan projek diberi peluang dan pilihan untuk menganalisis atau
melaksanakan sesuatu.
Refleksi dapat dibuat apabila melaksanakan sesuatu projek. Iaitu penilaian keseluruhan dibuat
setelah projek selesai. Refleksi boleh dibuat secara individu ataupun berkumpulan. Perbincangan
secara terbuka dalam kumpulan amat berkesan bagi membuat penilaian projek, memperbaiki mana-
mana bahagian yang kurang lengkap serta membuat perkongsian pengalaman yang dilalui. Hal ini
secara tidak langsung dapat menerapkan unsur kolaboratif.

Anda mungkin juga menyukai