Anda di halaman 1dari 2

Temu bual dengan guru-guru lain Selamat pagi cikgu.

kami ingin menjalankan temu bual supaya dapat mengumpulkan maklumat mengenai sekolah ini dengan lebih lanjut. Nama : Clarisa Sii Jing Sing Kelas : 1F Subjek : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Muzik, Pendidikan Jasmani 1. Adakah cikgu mempunyai pengalaman mengajar dalam subjek ini? Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 4 tahun dan saya merupakan pelajar bagi program KDC sebelum ini.

2. Murid-murid di dalam kelas ini bersifat aktif atau pasif? Murid-murid di dalam kelas sebelum ini lebih kepada pasif, dan pada kebelakangan ini, mereka menjadi lebih aktif. Terdapat murid yang berbangsa Melayu berkemungkinan mengalami masalah bahasa, oleh itu mereka lebih kurang aktif.

3. Pada pandangan cikgu, adakah alat bantu mengajar moden lebih berkesan berbanding dengan alat bantu tradisional trasional? Kenapa? Pada pandangan saya, alat bantu mengajar seperti Laptop dan LCD adalah lebih berkesan. Hal ini disebabkan alat bantu mengajar ini lebih mudah diuruskan jika berbanding dengan alat bantu tradisional yang mengambil masa untuk menyedianya.

4. Adakah cikgu menggunakan LCD semasa mengajar? Saya jarang menggunakan LCD, hal ini disebabkan sekolah ini masih kekurangan LCD untuk para guru digunakan semasa mengajar.

5. Bagaimanakah cikgu memupuk minat murid-murid terhadap subjek ini? Menjalankan aktiviti yang menarik semasa sesi P&P.

6. Adakah cikgu selalu menjalankan sesi perbincangan secara berkumpulan di dalam kelas? Apakah aspek yang difokuskan dalam proses P&P? Ya. Menggunakan alat bantu dan membuat sesi P&P menjadi lebih menarik dan tidak membosankan.

7. Apakah masalah yang cikgu hadapi semasa mengajar subjek ini? Saya menghadapi masalah seperti murid-murid yang berbangsa Melayu tidak faham dengan bahasa Cina.

8. Apakah persediaan yang akan cikgu sediakan sebelum menjalankan P&P? Saya perlu menyediakan dan memahami isi kandungan yang akan diajarkan di dalam kelas.

9. Bagaimanakah cara cikgu memastikan pengajaran yang diajar telah semua diserap oleh murid-murid? Menyediakan kertas latihan untuk murid-murid selepas satu sesi P&P.

10. Pada pandangan cikgu, apakah kriteria yang diperlukan pada seseoran guru untuk menyokong pembangunan murid-murid dari aspek fizikal, kognitif dan sosio-emosi? Guru harus menganggap sendiri sebagai ibu bapa bagi murid-murid di sekolah, sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk menolong murid-murid.

Sekian sahaja perbincangan kami pada hari ini, kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat yang sangat berguna kepada kami.

Anda mungkin juga menyukai