Anda di halaman 1dari 22

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

1.0 ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meninjau perbezaan individu dikalangan murid sekolah rendah dari segi gaya pembelajaran dan tahap kecerdasan emosi murid yang berbeza. Murid boleh belajar didalam satu kelas yang sama tetapi mereka mempunyai perasaan yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran didalam kelas. Murid juga mempunyai cara yang berbeza bagi menyesuaikan diri dengan situasi pengajaran dan pembelajran yang mereka lalui setiap hari didalam kelas. Dengan adanya maklumat ini, guru dapat mengetahui dan menilai corak pengajaran yang sesuai dengan perbezaan gaya pembelajaran dan tahap kecerdasan emosi yang berbeza bagi setiap orang murid. Guru harus mengambil kira aspek-aspek ini untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna.

2.0

PENDAHULUAN

Isu yang sering menjadi perbualan dalam perbincangan diantara guru-guru adalah perbezaan individu murid di dalam kelas terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya, seorang individu berbeza di antara satu sama lain. Setiap individu juga mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya

Pembelajaran yang pelbagai mungkin terdapat di dalam diri setiap individu. Setiap murid pula sewajarnya mengetahui gaya pembelajaran mereka, agar mereka dapat belajar dengan lebih cekap dan berkesan. Tetapi adakah pengajaran seseorang guru itu bersesuaian dengan gaya pembelajaran murid atau sebaliknya? Sudah tentu satu kajian diperlukan agar guru sedar akan gaya pembelajaran murid pengajaran pensyarah diseduaikan dengan gaya pembelajaran murid. agar gaya

Setiap hari guru terpaksa berdepan dengan situasi sebenar mendidik 35 hingga 55 murid pada sesuatu waktu dan dalam situasi saiz bilik darjah yang kurang kondusif, sesak dan sempit, para guru berkemungkinan besar kurang dapat memberi pertimbangan terhadap perbezaan individu dan segala strategi yang dirancang mungkin sukar untuk dilaksana. Kesannya, guru akan menampilkan stail pengajarannya yang
Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

mungkin berbalik kepada penggunaan kaedah pengajaran terus secara kelas daripada strategi pengajaran berpusatkan murid.

Walaubagaimanapun kemungkinan wujudnya murid

yang berhadapan konflik

belajar apabila tidak memiliki gaya pembelajaran yang sesuai. Masalah juga timbul apabila gaya pembelajaran murid tidak dapat disesuaikan dengan aktiviti dan gaya pengajaran guru. Akibatnya murid akan menjadi bosan dan tidak menumpukan perhatian; menyebabkan murid itu gagal mendapat pencapaian yang tinggi, kurang berminat pada mata pelajaran tertentu dan seterusnya berputus asa. (Baharin Abu, 2000) Kajian oleh Bass dan Greary (1996) merumuskan bahawa salah satu cara

penentuan kecekapan atau prestasi seseorang murid mempelajari dan menguasai ilmu adalah dengan menyedari gaya pembelajarannya. Penggunaan kaedah atau gaya pembelajaran dapat membantu seseorang mengetahui dan memahami pengetahuan dan kemahiran dalam proses pembelajaran.

Perbezaan kecerdasan emosi juga merupakan elemen penting kerana ia merujuk kepada keadaan kebangkitan dalaman yang berlaku dalam diri seseorang. Emosi yang positif akan menghasilkan kegembiraan kepada seseorang murid dan membuatkan murid akan belajar dengan baik. Perasaan seseorang berbeza dengan orang lain. Antara perasaan yang selalu mempengaruhi pembelajaran ialah perasaan gemuruh, tenang, stabil, kecewa, duka dan takut. Tugas guru ialah mendorong dan melatih murid supaya mempunyai perasaan yang sesuai dengan aktiviti pembelajaran

3.0

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka bentuk Kajian Kajian ini merupakan satu tinjauan melalui penggunaan borang soal selidik, pemerhatian dan temubual dengan murid. Tinjauan digunakan untuk melihat gaya pembelajaran murid dan tahap kecerdasan emosinya
Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

3.2 Sampel kajian Seramai 6 murid dari tahun 5 yang belajar di kelas aras tinggi dipilih untuk memenuhi tinjauan ini.Mereka dipilih oleh guru kelas yang lebih mengenali perbezaan setiap individu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

3.3 Kaedah Kajian Kajian ini dijalankan secara pemerhatian dahulu dimana pemerhatian terhadap gaya pembelajaran murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan selama 30 minit. Rekod Anekdot dibuat bagi mencatatkan gaya pembelajaran murid tersebut. Selepas membuat pemerhatian murid akan diberikan borang soal selidik untuk dijawab. Borang Soal Selidik yang perlu dijawab adalah Borang Gaya pembelajaran (Soloman & Felder) dan Borang Kecerdasan Emosi.(Daniel Goleman). Borang Soal Selidik dari Soloman&Felder perlu dijawab secara online untuk mendapatkan skor manakala borang Kecerdasan emosi telah diubahsuai agar ia mudah difahami dan setara dengan aras pemikiran murid. Temubual dijalankan kepada setiap murid mengenai cara pembelajaran mereka seharian, dan apa yang member keselesaan untuk mereka belajar disamping latar belakang murid yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran.

4.0

DAPATAN KAJIAN

4.1 Analisis Gaya Pembelajaran Murid Melalui Temubual.

Terdapat 11 item yang dapat dikategorikan berdasarkan temubual yang dijalankan keatas murid. Analisis ini dibuat menggunakan kekerapan bagi menilai perbezaan gaya pembelajaran murid.

Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

Jadual 4.1.1 : Analisis kekerapan Gaya Pembelajaran Murid Melalui Temubual

Bil 1 2 3

Pernyataan Item Belajar dalam terang dan sunyi Belajar dalam suasana sederhana terang dan sunyi Belajar dalam suasana sederhana terang sambil mendengar muzik

Bil. Murid 3 2 1

Peratus % 50 33.3 16.7 66.7 33.3 33.3 66.7 50 50 33.3 16.7 50 100

3 4 5 6 7 8 8 9 10 11

Belajar dalam bilik khas dan formal Belajar di bilik tidur Belajar waktu petang dan malam Belajar waktu malam sahaja Belajar sambil minum Belajar tanpa makan dan minum Tuisyen diluar Tuisyen dirumah Tidak tuisyen Suka aktiviti berkumpulan

4 2 2 4 3 3 2 1 3 6

Jadual 4.1.1 diatas menunjukkan peratusan mengikut item untuk gaya pembelajaran murid berdasarkan temubual yang telah dijalan. Berdasarkan jadual ini 50% daripada murid memilih belajar dalam suasana terang dan sunyi manakala 33.3 % murid memilih untuk belajar dalam suasana sederhana terang dan sunyi dan hanya 16.6% yang suka belajar dalam suasana terang sambil mendenar muzik. Ini menunjukkan murid lebih gemar belajar dalam suasana yang terang dan sunyi.

Murid juga lebih selesa belajar didalam bilik khas untuk belajar dimana peratusannya tinggi sebanyak 66.7% berbanding murid yang hanya belajar dibilik tidur sebanyak 33.35%.

Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

Kebanyakan murid memilih untuk belajar dan menyiapkan kerja sekolah pada waktu malam sahaja dimana dari jadual menunjukkan sebanyak 66.7% murid memilih untuk belajar pada waktu malam sahaja manakala hanya 33.3% memilih untuk belajar pada waktu petang dan malam. Daripada jadual ini juga dapat dilihat 50% peratus murid boleh belajar sambil minum manakala 50% lagi tidak boleh belajar sambil makan atau minum.

Ibubapa kebanyakan mengambil inisiatif untuk member pembelajaran tambahan kepada murid dimana 33.3% memilih untuk menghantar anak mereka ke kelas tuisyen dan 16.7% pula memberi tuisyen kepada anak mereka dirumah. 50% lagi tidak

mengikuti mana-mana kelas tuisyen. Disini bermakna murid yang mengambil kelas tuisyen dan sebaliknya adalah sama banyak. Pada keseluruhannya (100%) murid menyukai pembelajaran melalui aktiviti berkumpulan yang aktif.

4.2 Analisis Gaya Pembelajaran Murid semasa Proses P&P dijalankan.

Bahagian ini menerangkan analisis yang dibuat berdasarkan pemerhatian yang dibuat ke atas murid sepanjang proses p&p dijalankan. Sepanjang prose p&p selama 30 minit berbagai ragam dan gaya belajar dilakukan oleh murid. Item didalam jadual dibawah tersebut. adalah rumusan terhadap gaya pembelajaran murid dalam proses p&p

Jadual 4.2.1 : Analisis Pemerhatian Gaya Pembelajaran Murid semasa Proses P&P dijalankan

Bil 1 2 3

Pernyataan Item Mendengar penerangan guru diawal proses p&p Mencatat nota Menguap dan menggeliat semasa proses p&p dijalankan

Bil. Murid 5 2 3

Peratus % 83.3 33.3 50

Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

4 5

Aktif dalam soal jawab Melakukan aktiviti sendiri untuk hilangkan bosan semasa P&P dijalankan.

4 6

66.7 100

Jadual 4.1.1 diatas menunjukkan murid menumpukan perhatian yang penuh diwal proses p&p dijalankan. Sebanyak 83.3 % murid yang khusuk dengan penerangan guru diawal proes p&p bermula. Dalam pemerhatian juga didapati 33.3% murid juga mengambil inisiatif membuat sedikit catatan manakala selebihnya hanya mendengar sahaja. Sebanyak 66.7% murid yang aktif dalam soal jawab dimana mereka sering mengajukan soalan yang tidak difahami.

Dipertengahan sesi p&p murid telah mula kurang tumpuan dimana 50% murid mula menguap dan menggeliat dan 100% muris melakukan aktiviti sendiri seperti menggoyangkan kaki, menghisap pensel menepuk-nepuk meja dan mengalih pandangan keluar kelas bagi menghilangkan kebosanan. Ini menunjukkan bahawa murid hanya boleh menumpukan sepenuh perhatian diawal proses p&p dan mula bosan pada pertengahannya namun tumpuan mula meningkat semula apabila guru menegur dan meminta menjawab soalan.

4.3 Analisis Gaya Pembelajaran Murid bagi Dimensi Active-Reflective

Bahagian ini menerangkan analisis dari borang soal selidik Gaya Pembelajaran Soloman&Felder bagi kategori Active-Reflective. Graf dibawah menunjukkan hasil skor yang diperolehi dapat diketahui samada murid adalah aktif atau reflektif..Skor yang melebihi dari 50% meletakkan mereka sebagai pelajar yang aktif dan sekiranya skor kurang dari 50% pelajar dikategorikan sebagai murid yang reflektif.

Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

Graf 4.3.1 : Analisis Gaya Pembelajaran Murid bagi Dimensi Active-Reflective

Dari graf 4.3.1 dapat dianalisis bahawa kesemua murid mendapat skor yang melebihi dari 50%. Ini bermakna kesemua murid merupakan pelajar yang dikategorikan sebagai aktif dalam gaya pembelajaran. Semua murid meminati pembelajaran dalam bentuk kumpulan dan perbincangan dengan rakan.Murid ini juga suka dengan kaedah cuba jaya dimana mereka akan mencuba dan melihat hasilnya manakala murid yang bersifat reflektif akan melakukan sesuatu dengan berfikir sedalam-dalamnya sebelum bertindak.

4.4 Analisis Gaya Pembelajaran Murid bagi Dimensi Sequential-Global

Bahagian ini menerangkan analisis dari borang soal selidik Gaya Pembelajaran Soloman&Felder bagi kategori Sequential-Global. Ujian yang diambil ini adalah bagi menentukan samada murid mempunyai gaya pembelajaran sequential (berturutan) atau global..Skor yang melebihi 50% memberi makna murid itu sebagai seorang yang bersifat sequential dan sekiranya skor kurang dari 50% berkemungkinan besar murid digolongkan didalam kumpulan global.
Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

Graf 4.4.1 : Analisis Gaya Pembelajaran Murid bagi Dimensi Sequential-Global

Berdasarkan graf di 4.4.1 diatas, menunjukkan kesemua murid mencapai skor yang melebihi dari 50%. Ini bermakna semua murid mempunyai sifat sequential, dimana mereka lebih memahami proses p&p yang diajar secara turutan langkah demi langkah. Murid juga lebih selesa menyelesaikan masalah secara sistematik dan logik.

4.5 Analisis Gaya Pembelajaran Murid bagi Visual - Verbal

Bahagian ini menerangkan analisis dari borang soal selidik Gaya Pembelajaran Soloman & Felder bagi kategori Visual-Verbal. Ujian ini dapat menentukan murid dapat dikategorikan dalam kumpulan visual atau verbal. Skor yang melebihi 50%

menggolongkan murid dalam kategori murid yang bersifat visual, manakala sekiranya skor kurang dari 50%, murid digolongkan dalam kumpulan verbal.

Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

Graf 4.5.1 : Analisis Gaya Pembelajaran Murid bagi Visual - Verbal

Didalam graf 4.5.1 dapat dilihat daripada 6 orang murid, 3 orang mencapai skor yang melebihi dari 50% manakala 3 orang murid lagi memperolehi skor yang kurang dari 50%. Ini bermakna separuh dari keseluruhan murid yang diuji mempunyai sifat vebal dalam gaya pembelajaran. Murid verbal lebih mudah belajar dengan berpandukan gambar, rajah, video dan demonstrasi disamping penerangan yang diberikan oleh guru berbanding murid yang bersifat verbal yang boleh belajar hanya dengan penerangan dalam bentuk lisan dan bertulis. Ini bermakna semasa proses p&p guru perlu menyelitkan gambaran visual bagi meningkatkan pemahaman dan minat murid mengikuti proses p&p.

4.6 Analisis Gaya Pembelajaran Murid bagi Sensing-Intuitive

Bahagian ini menerangkan analisis dari borang soal selidik Gaya Pembelajaran Soloman&Felder bagi kategori sensing-Intuitive. Ujian ini dapat menentukan murid dapat dikategorikan dalam kumpulan Sensing atau Intuitive. Skor yang melebihi 50%
Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

menggolongkan murid dalam kategori murid yang bersifat sensing, manakala sekiranya skor kurang dari 50%, murid digolongkan dalam kumpulan Intuitive.

Graf 4.6.1 : Analisis Gaya Pembelajaran Murid bagi Sensing-Intuitive

Dalam graff 4.6.1 menunjukkan 3 orang dari 6 sampel yang diuji mencapai skor yang melebihi dari 50%, manakala 3 orang lagi memperolehi skor yang kurang dari 50%. Dari skor ini dapat ditafsirkan separuh daripada murid yang diuji mempunyai sifat sensing dalam gaya pembelajarannya. Murid yang bersifat sensing belajar berdasarkan fakta dan dikaitkan dengan keadaan sebenar. Mereka tidak suka belajar berdasarkan teori semata-mata tanpa sebarang bukti. Murid ini juga bersifat hati-hati dan praktikal dan mahir dalam kerja menghafal serta amali yang berulang. Berbeza dengan murid yang bersifat intuitive, yang lebih suka kepada pembaharuan dan inovasi.Mereka tidak senang dengan pengulangan dan mahir menangani konsep-konsep baru. Pendekatan yang perlu guru gunakan haruslah seimbang memenuhi gaya pembelajaran kedua-dua sifat ini bagi memastikan murid mendapat pembelajaran yang bermakna.

Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

4.7 Analisis Gaya Pembelajaran Murid bagi Kecerdasan Emosi

Bahagian ini menerangkan analisis dari borang soal selidik Kecerdasan Emosi dari Daniel Goleman yang diubah suai mengikut aras murid. Jumlah skor dari ujian yang kurang dari 70 memerlukan penambahbaikkan bagi meningkatkan lagi kecerdasan emosi dalam menjalani proses pembelajaran bagi murid.

Graf 4.7.1 : Analisis Gaya Pembelajaran Murid bagi Kecerdasan Emosi

Berdasarkan graf

4.7.1, didapati 3 orang murid tidak dapat mencapai skor 70,

manakala 3 orang lagi melebehi skor 70. Ini bermakna separuh dari murid yang diuji mempunyai tahap kecerdasan yang baik dalam dalam proses p&p yang dilalui mereka. Walaupun 3 orang murid lagi tidak mencapai skor 70, tetapi skor yag mereka perlolehi tidak terlalu rendah iaitu 65, 67 dan 68. Murid murid ini perlu didorong lagi agar kecerdasan emosi mereka dapat ditingkatkan bagi menjamin mereka dapat menjalani pembelajaran dengan lebih baik lagi. Guru perlu mengkaji faktor-faktor yang berkemungkinan menjadikan murid tidak dapat mencapai kecerdasan emosi terutama semasa proses p&p. ada murid yang mencapai skor sehingga 78 dimana murid ini berlatar belakang dari keluarga yang berkedudukan selesa dengan suasana pembelajaran dirumah juga selesa.murid ini boleh diorong lagi agar mereka akan
Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

sentiasa berada dalam situasi yang boleh ,meningkatkan tahap kecerdasan emosi yang baik secara berterusan.

5.0

PERBEZAAN INDIVIDU

5.1 Gaya Pembelajaran Menurut C. Parameswary Chelliah, perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Antara aspek aspek perbezaan adalah seperti berikut :

( a) Fizikal Perbezaan yang boleh dlihat dengan mata kasar dari segi rupa paras, susuk badan, jantina, kemahiran fizikal dan kebolehan kerja tangan.

( b ) Emosi Aspek aspek emosi ialah ketenteraman dan penyesuaian emosi, kebolehan menanggung kekecewaan dan kesabaran serta mengawal emosi. Emosi seseorang itu seperti gembira, duka, suka,marah, benci, cinta, kasih sayang, takut dan sebagainya.

( c ) Mental Perbezaan mental dapat dilihat dari segi pengetahuan sedia ada pada murid, pengalaman, latar belakang, kebolehan akal ( imaginasi dan penaakulan ), keupayaan belajar, kebolehan bertindak, kebolehan meninjau ke hadapan dan kebolehan menggunakan bahasa.

( d ) Tingkah lakuPerbezaan tingkah laku boleh diperhatikan dari aspek pergaulan, perhubungan, tingkah laku berinteraksi ( bahasa dan gaya ), unsur unsur kebudayaan

Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

seperti pakaian, sikap dan ketegasan bertindak, kebolehan bertanggungjawab dan bekerjasama.

( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi. Aspek ini mempengaruhi kehidupan semua kanak kanak sejak dilahirkan. Perbezaan individu adalah sebahagian daripada aspek perkembangan pelajar. Tiada individu yang sama keseluruhannya di dalam dunia ini.

Perbezaan

aspek-aspek

yang

dinyatakan

diatas

mempengaruhi

gaya

pembelajaran murid semasa proses p&p mahupun sewaktu mereka belajar sendiri. Murid selalunya akan belajar dengan baik apabila segala faktor keselesaan dapat dipenuhi. Menurut Dunn dan Dunn (1978) dalam buku Teaching Students Through Their Individual Learning Styles menyatakan gaya pembelajran adalah cara seseorang individu menumpukan perhatian untuk memahami dan mengingati sesuatu maklumat atau kemahiran baru. Dalam kajian yang telah dijalankan jelas menunjukkan kebanyakan murid mempunyai gaya pembelajaran yang aktif. Murid menyukai aktiviti yang melibatkan perbincangan dan kerja berkumpulan. Murid akan lebih yakin dan dapat berkongsi pandangan bersama rakan mereka kerana rakan merupakan orang yang rapat dan lebih memahami kehendak mereka. Guru boleh menggunakan pendekatan ini bagi memberi ruang kepada murid mengeluarkan pandangan dan bergerak lebih aktif sepanjang proses p&p. Guru juga perlu cuba mewujudkan suasana pembelajaran yang berpusatkan murid dan mengaplikasikan teori pelaziman Thondike iaitu kaedah cuba jaya. Banyak lagi kaedah yang boleh diaplikasikan dalam proses p&p seperti kaedah inkuiri penemuan, kaedah projek, simulasi dan main peranan. Murid juga rata-rata menunjukkan sifat visual dalam gaya pembelajaran. Murid visual lebih suka menjalani pembelajran melalui deria penglihatan. Didalam model gaya pembelajaran Dunn & Dunn, melalui iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan
Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

pembelajaran

yang

bersesuaian

dengan

gaya

pembelajaran,

seorang

dapat

mengoptimumkan proses pembelajarannya. Guru perlu menggunakan pendekatan yang sesuai dengan menggunakan bahan bantu belajar seperti carta, rajah, video dan apa sahaja yang berbentuk visual bagi memudahkan murid memperolehi isi pelajaran itu. Bagi memenuhi keperluan murid ini juga nota-nota boleh dipelbagaikan dengan warna-warna yang menarik. Biasanya murid yang bersifat visual juga mempunyai sifat aktif dalam gaya pembelajaran mereka . Dari kajian yang dijalankan ini juga murid yang mempunyai sifat sensing dan intuitive adalah sama banyak. Murid yang bersifat sensing samalah maksudnya dengan murid yang bersifat teoris. Menurut Honey&Mumford (1996), individu yang mempunyai gaya belajar teoris suka menyatakan pendapat atau pandangan berasaskan prinsip dan teori. Murid seperti ini suka membuat kesimpulan selepas mendapat bukti dan suka menggunakan pemikiran logik. Murid akan mencari sebab dan akibat terjadinya sesuatu peristiwa.Guru berperanan sebagai fasilitator dan membimbing murid supaya sampai kepada objektif pembelajaran yang sudah ditetapkan pada awal pembelajaran. Berbeza dengan sensing, murid yang bersifat intuitive berkemungkinan besar akan mearsa bosan dalam kelas yang mengutamakan fakta. Mereka lebih suka belajar secara abstrak dan tidak terikat kepada teori. Guru perlu memberi keseimbangan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang memenuhi kedua-dua sifat ini dimana apabila mengajar guru perlu member gambaran yang global dan bukti-bukti yang boleh member kepuasan terhadap murid mereka. Dalam temubual yang telah dijalankan, murid kebanyakan suka belajar dalam suasana yang sunyi, terang dan selesa. Dalam Model Dunn & Dunn (1978)

menyatakan faktor yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran adalah persekitaran, emosi, sosiologi, psikologi dan fisiologi. Oleh itu guru perlu memotivasikan murid untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa seperti tidak bising dan tidak belajar ditempat yang gelap. Apabila aktiviti dijalakan secara perbincangan atau bekumpulan guru haruslah memastikan keadaan kelas dalam terkawal dimana guru boleh memberikan tugas kepada individu bagi setiap kumpulan agar murid tahu apa yang perlu dilakukan agar mereka tidak mengganggu rakan kumpulan yang lain.
Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

5.2 Kecerdasan Emosi Satu lagi faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran murid adalah kecerdasan emosi. Setiap murid mungkin mempunyai kecerdasan emosi yang berbeza kerana setiap individu tidak sama keseluruhannya. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan separuh dari bilangan murid mempunyai kecerdasan emosi yang baik. Mengikut Daniel Goleman, dalam bukunya Emotional Intelligence (1997), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri dibawah keadaan psikologikal dan biological serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Oleh itu haruslah selalu memberi motivasi kepada murid agar murid

sentiasa mempunyai motivasi dan keyakinan yang tinggi dalam diri mereka terutama apabila berada didalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Murid-murid ini kelihatan seperti biasa dan tidak mempunyai masalah, Cuma kadangkala tuntutan dalaman mereka tidak dapat dipenuhi dan mereka takut menyatakan apa yang mereka inginkan dalam pembelajaran. Menurut Mohd Azhar Abd Hamid (2004) didalam bukunya Panduan

Meningkatkan Kecerdasan Emosi, Didalam bidang pendidikan kecerdasan emosi penting dan ia harus dilaksanakan dengan sebijak mungkin Kepentingan dan keperluan kecerdasan emosi dalam pendidikan sudah jelas, apatah lagi dalam menyediakan produk yang mampu menangani cabaran dalaman ataupun global. Banyak cara yang boleh kita aplikasikan bagi mewujudkan situasi yang boleh meningkatkan kecerdasan emosi. Setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza tetapi matlamat mereka adalah sama untuk mencapai kejayaan. Wujudkan kelas yang baik dan hubungan antara murid dan guru yang baik agar murid merasa dengan dan sentiasa selesa berada didalam sesi pembelajaran.

Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

6.0

KESIMPULAN
Analisis dan dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan kebanyakan murid

mempunyai gaya pembelajaran yang lebih kepada visual dan aktif. Murid yang bersifat reflektif dan global juga perlu di beri pendekatan yang bersesuaian dimana guru perlu membuat penerangan yang berdasarkan bukti yang konkrit untuk murid reflektif serta memberi gambaran yang menyeluruh sesuatu tajuk yang igin diajar bagi murid yang bersifat global. Murid suka belajar sesuatu yang jelas dan mudah difahami. Secara keseluruhannya tidak terdapat perbezaan yang sangat ketara diantara corak pembelajaran yang diamalkan oleh murid. Cuma yang memberi kesan ialah dari segi persediaan yang dilakukan oleh murid yang juga memerlukan pengorbanan dari seorang guru memahami keperluan pembelajaran murid. Setiap manusia yang lahir mempunyai keupayaan mental yang berbeza. Ada manusia yang lahir dengan akal yang pintar dan ada juga yang memerlukan masa untuk memperlajari sesuatu. Oleh yang demikian kita sebagai guru perlu memahami gaya pembelajaran dan emosi murid yang berbeza yang pada dasarnya ingin mencapai matlamat yang sama iaitu KEJAYAAN.

7.0

REFLEKSI

Tugasan untuk menghasilkan Kajian ini telah diberikan pada hari terakhir sesi p&p bagi tahun 2009. Perasaan pada ketika itu bercelaru, risau dan saya masih tidak mendapat gambaran apa yang perlu dilakukan kerana ini adalah kali pertama saya diminta melakukan kajian. Walaubagaimanapun Pn Norliza telah memberikan gambaran apa yang perlu dilakukan untuk menghasilkan kajian ini. Saya akan cuba lakukan , itulah azam saya. Bersemangat rasanya untuk pergi ke sekolah menyiapkan tugasan ini. Saya mula mencari borang soal selidik dan maklumat yang diperlukan untuk rujukan melalui internet dan buku-buku rujukan.Saya juga cuba berhubung dengan Pn Norliza bagi memastikan maklumat yang saya perolehi tidak bercanggah dengan kehendaknya. Sepanjang menjalankan kajian saya tidak menghadapi masalah kerana
Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

guru dan murid memberi kerjasama yang baik kepada saya, cuma kekangan masa sedikit menghalang saya melaksanakan tugasan ini. Disekolah terlalu banyak program yang dijalankan dan saya juga terlibat menguruskan hal-hal sekolah pada awal tahun ini. Setelah segala maklumat dapat dikumpul, saya terus memulakan esei walaupun saya sendiri tidak tahu samada apa yang saya lakukan ini betul atau sebaliknya. Saya cuba melakukan yang terbaik berdasarkan apa yang saya perolehi dari bahan rujukan dan berharap hasilnya dapat diterima dan menepati kehendak Pn Norliza. Alhamdulillah saya dapat melaksanakan tugasan ini pada jangka masa yang ditetapkan. Inilah percikan dari apa yang perlu saya lakukan pada masa akan datang. Tiada jalan mudah untuk Berjaya melainkan usaha dari kita sendiri.

Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

KANDUNGAN

1. 2. 3.

Biodata Sekapur Sireh Abstrak Pendahuluan Metodologi kajian Dapatan Kajian Analisis Gaya Pembelajaran Murid Melalui Temubual. Analisis Gaya Pembelajaran Semasa Proses P&P Analisis Gaya Pembelajaran Murid Bagi Dimensi Active-Reflectif Analisis Gaya Pembelajaran Murid Bagi Dimensi Sequential-Global Analisis Gaya Pembelajaran Murid Bagi Dimensi Visual-Verbal Analisis Gaya Pembelajaran Murid Bagi Dimensi Sensing-Intuitive Analisis Gaya Pembelajaran Murid Bagi Kecerdasan Emosi Perbezaan Individu Gaya Pembelajaran Kecerdasan Emosi Kesimpulan Refleksi Lampiran Biodata Murid Rekod Anekdot Borang Soal Selidik Bibliografi

1 2 3

4. 5.

5 7 8 9 10 11 13

6.

14 16 18 20 79

7.

8.

9.

80

Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum,

lhamdulillah serta selawat ke atas Nabi junjungan S.A.W kerana dengan izin dan limpah kurnianya, dapatlah saya menyiapkan Tugasan ini dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.

Pertama sekali saya ingin merakam jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah penasihat, Pn. Norliza Binti Jaafar, yang telah

memberikan bantuan dan penerangan dari segi pengetahuan serta pengalaman yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah PGSR Pendidikan Khas Ambilan November 2009, IPGM Kampus Ilmu Khas yang telah memberikan kerjasama dan membantu dalam usaha saya untuk mengumpulkan maklumat serta sudi berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka. Jutaan terima kasih juga saya rakamkan untuk rakan-rakan sekelas PGSR Pendidikan Khas yang telah sudi berkongsi pengetahuan dan maklumat-maklumat yang telah diperolehi untuk menyiapkan kerja kursus ini. Harapan saya agar kerja kursus ini akan dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berguna yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

BIODATA

NAMA NO. K/P TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR ALAMAT

: : : : :

SYAHIDA BINTI MOHAMED MOKHTAR 760411-08-5232 11 APRIL 1976 KUALA KANGSAR , PERAK D-0-1 KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN, JALAN 5/106,BANDAR SRI PERMAISURI, 56000 KUALA LUMPUR

MOTTO

DOA,USAHA,IKHTIAR DAN TAWAKAL (DUIT) ASAS KEJAYAAN.

Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

BIBLIOGRAFI

Mok Soon Sang, 2008, Murid dan Alam Belajar, Siri Pengajian Profesional, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Haji Abdul Fatah Hasan, 1998, Pemikiran Keseluruhan Otak, Siri Pemikiran Utusan, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Choong Lean Keow PhD, 2008, Murid dan Alam Belajar, Selangor, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Shabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah jantan, 2003, Psikologi Pendidikan, Selangor, PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Chek Mat, 2008, Ujian Kecerdasan Emosi, Ujian Psikologi dan Pengurusan, Siri Kursus dan Modul Utusan, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohd Azhar Abdul Rahman, 2004, Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi, Selangor, PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Mohd Kamarul Yusri bin Khaidzir, Mengenalpasti Corak Pembelajaran Yang Diamalkan Oleh Pelajar Yang Dikategorikan Sebagai Cemerlang dan Juga Lemah, Kolej Matrikulasi Pahang. Retrieved January, 10, 2010
http://www.kmph.matrik.edu.my/WebRnD/.../BAHAGIAN%203.pdf

Dr Baharin Abu, Dr Othman Md Johan, Syed Mohd Syafeq Syed Mansor, Haliza Jaafar, 2007, Kepelbagaian Gaya Pembelajaran dan Kemahiran Pelajar Universiti di Fakulti Pendidikan UTM Johor, Universiti Teknologi Malaysia, Retrieved January, 10, 2010 From http://www.eprints.utm.my/3680/1/71881.pdf

Syahida Mohamed Mokhtar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR PGSR Ambilan November 2009

Ziham Zawawi Mazlan, Laporan Kajian Gaya Pembelajaran dan Amalan pengajaran di Sekolah. Retrieved January, 12, 2010
www.scribd.com/doc/25307338/LAPORAN-KAJIAN-TINDAKAN

Indeks Gaya Pembelajaran Soloman-Felder Dimensi Active-Reflective, Retrieved January 6, 2010, from http://www.teachersrock.net/active.htm Indeks Gaya Pembelajaran Soloman-Felder Dimensi Sensing-intuitive, Retrieved January 6, 2010, from http://www.teachersrock.net/active.htm Indeks Gaya Pembelajaran Soloman-Felder Dimensi Visual-Verbal, Retrieved January 6, 2010, from http://www.teachersrock.net/active.htm Indeks Gaya Pembelajaran Soloman-Felder, Dimensi Sequential-Global, Retrieved January 6, 2010, from http://www.teachersrock.net/active.htm Mazni Binti Matzin, Farhana Binti Jasni, Haslina Binti Ibrahim, Fatin Amalina Binti Awang Hamid, Perbezaan Individu Dan Pembelajaran, Retrieved January 12, 2010 http://www.slideshare.net/.../perbezaan-individu-dan-gaya-pembelajaran Naina Mohd. B. Md. Noor, 2000, Stail Pengajaran Guru Dan Gaya Pembelajaran Murid, Kedah, Jabatan Ilmu Pendidikan,Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Retrieved January 12, 2010 http://www.apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article98.pdf

Syahida Mohamed Mokhtar

Anda mungkin juga menyukai