Anda di halaman 1dari 2

Komponen persediaan adalah bahagian pertama dalam sesuatu perancangan mengajar.

Ia meliputi
perkara-perkara seperti butir-butir am, pengetahuan lepas, objektif pelajaran, penggabungjalinan,
sumber pengajaran –pembelajaran, kemahiran dan penerapan nilai.

Sebelum mengajar guru harus mengumpulkan maklumat tersebut supaya boleh merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan bermakna. Maklumat-maklumat ini sangat
penting untuk membolehkan guru memilih dan menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai,
memperingkatkan isi pelajaran, menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
kebolehan dan keperluan murid-murid.

Butir-butir am merangkumi aspek-aspek seperti penentuan kelas, waktu, tarikh, bilangan murid,
mata pelajaran dan topic pelajaran. Ini sangat penting bagi guru mengetahui kelas dan topic
pelajaran yang akan diajarnya. Maklumat-maklumat ini membolehkan guru memilih dan
menyediakan bahan-bahan yang sesuai mengikut topic pelajaran serta keperluan kelasnya.

Pengetahuan lepas biasanya disebut sebagai pengetahuan sedia ada merujuk kepada tahap
pengetahuan kebolehan atau pengalaman yang telah diperolehi oleh murid-murid sebelum sesuatu
pengajaran dimulakan. Pengetahuan lepas adalah penting untuk membolehkan guru :

Menetukan objektif pelajaran berdasrkankebolehan murid.

Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan murid.

Memilih bahan yang sesuai mengikut kebolehan murid.

Menghubungkaitkan pengetahuan lepas dengan set indu

Penentuan Langkah-Langkah Pengajaran Dan Peruntukan Masa

Untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar, sistematik dan mengikut
jadual, isi pelajaran yang telah dipilih dan disusun mengikut langkah-langkah yang sesuai hendaklah
dikaitkan dengan masa yang diperuntukkan.
Dalam proses merancang sesuatu waktu pelajaran, guru harus mempertingkatkan beberapa langkah
yang patut diperuntukkan bagi isi-isi pelajaran yang hendak disampaikan dan berapa banyak masa
yang patut diperuntukkan bagi setiap langkah. Pada asasnya di dalam suatu waktu pelajaran yang
memakan masa 30 minit perkara utama yang harus ada komponen penyampaian ialah set induksi,
perkembangan dan penutu

Kemahiran merupakan aspek yang penting dalam hamper setiap mata pelajaran KBSR dan KBSM.
Kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya adalah diutamakan dalam sukatan
pelajaran bagi mata pelajaran Bahasa dan Matematik. Murid-murid dikehendaki menguasai
kemahiran asas untuk mempelajari bidang-bidang ilmu pengetahuan yang lain. Justeru itu adalah
penting guru menentukan objektif pelajaran berdasarkan kemahiran yang dihuraikan dalam sukatan
pelajaran yang berkenaan.

Objektif pelajaran ialah matlamat yang ditentukan berdasarkan kemahiran pelajaran supaya murid-
murid dapat menguasainya selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian objektif
pelajaran ini adalah dinilai daripada perubahan tingkah laku murid-murid melalui aktiviti
pembelajaran mereka. Oleh itu objektif pelajaran ini adalah disebutkan sebagai objektif eksplisit.

Anda mungkin juga menyukai