Anda di halaman 1dari 43

PERKEMBANGAN

KOGNITIF KANAK-KANAK
Definisi Perkembangan
Kognitif
 Perkembangan Kognitif merupakan
peningkatan dalam keupayaan mental
kanak-kanak. Ia meliputi persepsi
(tanggapan), pemikiran, penaakulan,
pembentukan konsep, ingatan,
penyelesaian masalah dan penilaian.
(Salina Mohamed Ali dan Normah Mat
Daud, 2005)
Bidang kognitif ialah berkaitan dengan
mengingat kembali ilmu pengetahuan yang
telah dipelajari.
Perkembangan kognitif (pemikiran) dianggap
dalam susunan turutan dari peringkat paling
rendah ‘pengetahuan’ ke yang paling kompleks
‘penilaian’. Hal ini bermakna murid-murid mesti
memperolehi pengetahuan asas dahulu sebelum
mereka memperoleh kefahaman tentang saling
jaringan berbagai-bagai pengetahuan untuk
membuat aplikasi untuk menyelesaikan
masalah.
(MOK SOON SANG & LEE SHOK MEE, 1986).
TEORI PERKEMBANGAN
KOGNITIF JEAN PIAGET
Menurut Piaget (1952), proses
pemikiran manusia berubah secara
menyeluruh bermula selepas lahir
sehingga kita mencapai kematangan.

Setiap individu akan sentiasa


mencuba untuk memahami dan
mengadaptasi perubahan-perubahan
yang berlaku di persekitaran mereka.
Faktor-faktor yang
Mempengaruhi Perkembangan
Kognitif Menurut Piaget.
Empat Faktor yang Mempengaruhi Proses
Pemikiran Individu Menurut Piaget
Kematangan Biologi
Interaksi Individu dengan Persekitaran
Pengalaman Sosial
Keseimbangan @ ekuilibrasi
Kematangan Biologi
Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh
fakor baka atau genetik.

Interaksi Individu dengan Persekitaran


Individu berinteraksi dengan persekitaran
untuk memahami perkara-perkara yang
berlaku.
Mereka meneroka, menguji, memerhati dan
menyusun maklumat yang didapati.
Pengalaman Sosial
Pergaulan individu dengan orang-orang
persekitaran juga mempengaruhi
perkembangan kognitif.

Keseimbangan
Proses keseimbangan adalah merupakan salah
satu cara yang digunakan oleh individu untuk
mengadaptasi dengan situasi-situai yang baru
dialami.
Skema
Organisasi
Adaptasi
- Asimilasi
- Akomodasi
SKEMA
Satu sistem menyusunan pengalaman-
pengalaman di dalam minda setiap kali
individu memperoleh pengalaman.
Bermula sejak dilahirkan.

Organisasi
Proses penyusunan dan pembentukan
skema.
Digunakan apabila berhadapan dengan
situasi yang memerlukan penyelesaian.
ADAPTASI
Proses perubahan atau penukaran skema
lama kepada skema baru.
Melibatkan dua proses:

Asimilasi
 Akomodasi
Asimilasi:
Asimilasi berlaku apabila individu cuba
memahami pengalaman baru dan cuba
untuk menyelesaikan pengalaman ini
dengan skema-skema yang telah sedia
ada.
Akomodasi:
Akomodasi akan berlaku apabila individu
dapat menukar skema lama untuk
disesuaikan dengan pengalaman baru.
Individu akan mengubah cara pemikiran
untuk disesuaikan dengan pengalaman
baru dan seterusnya membentuk skema
baru.
Perubahan-perubahan
perkembangan Kognitif dari
Peringkat Bayi hingga Dewasa
Mengikut Teori Perkembangan
Kognitif Jean Piaget.
PERINGKAT-PERINGKAT DALAM
PERKEMBANGAN KOGNITIF

4 peringkat Perkembangan Kognitif


menurut Piaget:
1. Peringkat Sensori Motor (sejak lahir - 2
tahun).
2. Peringkat Pra Operasi (2 - 7 tahun).
3. Peringkat Operasi Konkrit (7 - 11 tahun).
4. Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas).
PERINGKAT SENSORI
MOTOR/DERIA PERGERAKAN
(Bayi :0-2 tahun)
Pieget membahagikan peringkat ini kepada 6
tahap:

UMUR CIRI-CIRI KEUPAYAAN KOGNITIF


Tahap 1 -Pemikiran bayi dipengaruhi oleh kebolehan
0-1 bulan deria seperti memerhati, mendengar,
menyentuh, merasa dan menghidu.
-Pemikiran terhad pada skema aksi.
-Bayi mendapatkan maklumat daripada
pengalaman dan dapat mengekalkan dalam
ingatan.
-Tindakan Pantulan. Contoh: pantulan
genggaman.
UMUR CIRI-CIRI KEUPAYAAN KOGNITIF
Tahap 2 Pengulangn Tindakan
1-4 bulan - Pengulangan tindakan dan tindakan rawak
yang mudah.
Contoh: Bayi menghisap jari.
Tahap 3 Pengulangan Tindakan yang Menghasilkan
4-8 bulan Keputusan yang Menarik.
- Menyelaraskan 2 jenis pengetahuan menerusi
deria dan membentuk konsep.
Contoh: Mengetuk botol susu.
Tahap 4 Mula Meyelesaikan Masalah
8-12 bln - Sedar ada objek lain selain dirinya.
UMUR CIRI-CIRI KEUPAYAAN KOGNITIF
Tahap 5 Percubaan dan Pengujian
12-18 -Meneroka dan bermain.
bulan -Mula menggunakan imaginasi.
-Sengaja menjatuhkan objek untuk melihat ia
jatuh.

Tahap 6 Meyelesaikan Masalah dalam Ingatan


18-24 bln - Kanak-kanak dapat menyimpan sesuatu
kejadian dan mengaplikasikannya pada waktu
yang dikehendaki.
Contoh: bayi boleh menunjukkan aksi
membawa kereta.
PERINGKAT PRA OPERASI
(KANAK-KANAK 2-7 TAHUN)
Permulaan peringkat pra operasi, kanak-
kanak dapat mewakili sesuatu
(objek/pergerakan fizikal) dengan simbol.
Simbol yang digunakan: bahasa, isyarat,
gambar, dan sebagainya. Contoh, tunjuk
gambar pensel dan pelajar boleh sebut
pensel.
Proses ini dinamakan fungsi semiotik.
Selain itu, perkembangan bahasa juga
akan berlaku dengan pesat dalam proses
ini.
Proses transformasi, keterbalikan, konsep
pengabadian dan menaakul masih belum
dikuasai pada
peringkat ini.

Contoh : eksperimen susunan duit syiling


yang dijalankan oleh Piaget ke atas kanak-
kanak berumur 5 tahun.
Menurut Piaget, kanak-kanak pada
peringkat ini menunjukkan sikap
egosentrik. Egosentri bermaksud melihat
dan memahami persekitaran melalui
perspektif sendiri.

Kanak-kanak menyangka orang lain juga


mempunyai perasaan, reaksi, dan
perspektif yang sama dengan mereka.
PERINGKAT OPERASI KONKRIT
(7-11 TAHUN)
• Egosentrik kanak2 mula luput dari umur 7
hingga 12 tahun.
• Pada peringkat ini, kanak2 berkebolehan
berfikir secara logik walaupun pemikiran
mereka masih terikat dengan situasi yang
konkrit.
• Mereka boleh memahami proses
pengabadian/pemuliharaan
(conservation),pengelasan dan menyusun
secara bersiri.
Konsep Pemuliharaan (conservation).
3 prinsip asas konsep pemuliharaan:
i. Prinsip Identiti
- Tahu bilangan/amaun adalah sama walaupun
bentuk bekas berubah.

ii. Prinsip ganti rugi (compensation)


- Tahu perubahan bentuk bekas membawa
kepada perubahan dalam aspek yang lain

iii. Prinsip Keterbalikan


- Boleh mengulang proses yang berlaku secara
mental kepada keadaan asal semula.
Proses Pengelasan.
Pelajar dapat mengklasifikasikan objek ke
dalam set kumpulan berdasarkan sesuatu ciri.
contoh: pengelasan ikut; warna dan saiz.

Proses Menyusun Secara Bersiri


Menyusun mengikut susunan menaik dan
menurun.
contoh : 1 < 2 < 3
• Penguasaan kemahiran pemuliharaan,
pengelasan,dan penyusunan secara
bersiri menunjukkan kanak-kanak telah
mencapai peringkat pemikiran logik.
• Namun masih terikat dengan dengan
situasi fizikal, tidak boleh berfikir secara
abstrak.
• Belum boleh membuat hipotesis dan
menyelesaikan soalan-soalan /masalah
yang abstrak dan kompleks.
PERINGKAT OPERASI
FORMAL (11 TAHUN KE
ATAS)
Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh
mengkaji masalah-masalah abstrak
secara sistematik dan membuat
generalisasi terhadap masalah tersebut.

Ciri-ciri pemikiran formal:


i. Berfikir secara abstrak.
ii. Berfikir secara sistematik.
iii. Boleh membuat hipotesis.
Selain itu, ciri egosentrik remaja juga
muncul pada peringkat ini. Ia berlainan
dengan egosentrik di peringkat pra
operasi.
Ia lebih tertumpu pada idea dan pemikiran
remaja itu sendiri.
Mereka susah menerima pandangan dan
pendapat orang lain.
Mempunyai perasaan seperti perbuatan
mereka sentiasa diperhatikan oleh orang
sekeliling.
Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky
- Ahli psikologi Rusia

- Mengatakan perkembangan kognitif


individu berlaku dalam persekitaran sosio
budaya yang mempengaruhi tingkah laku
dan pemikiran.

- Perkembangan mental seperti ingatan dan


perhatian melibatkan pembelajaran yang
berkaitan dengan bahasa, matematik dan
alat-alat ingatan.
PERBEZAAN TEORI
PERKEMBANGAN
KOGNITIF

Jean Piaget Lev Vygotsky


Perkembangan kendiri Perkembangan minda
di mana mereka kanak-kanak
meneroka, ditekankan melalui
membentuk idea dan peranan sosial dan
mengujinya secara budaya.
individu.
Peringkat Perkembangan Kognitif - Vygotsky

1. Peringkat Sosial
- Pengetahuan individu diperolehi melalui
interaksi individu dengan individu lain seperti
ibu bapa, adik-beradik, guru, rakan sebaya,
keluarga terdekat, jiran dll.

2. Peringkat individu (peribadi)


- Individu menukar maklumat yang diperolehi
daripada interaksi sosial kepada kefahaman
individu.
Perkembangan kognitif berlaku dengan 3
cara:

a)Zon Perkembangan Proksimal (ZPD)

b)Scaffolding/Perancah

c)Bahasa dan Pemikiran


Zon Perkembangan Proksimal
• ZPD merupakan lingkungan kemampuan
seseorang melakukan tugas-tugas dengan
jayanya.

• ZPD menerangkan bagaimana kemahiran-


kemahiran yang sukar dilakukan oleh
kanak-kanak boleh dijayakan dengan
bantuan dan bimbingan orang-orang
dewasa atau rakan sebaya yang lebih
mahir.
Had atas
---------------------------------------------
ZPD dengan Dengan
scaffolding bimbingan
Had Bawah
---------------------------------------------
Tanpa
bimbingan

---------------------------------------------
** had bawah = tahap perkembangan sebenar
had atas = tahap perkembagan berpotensi
Scaffolding/Perancah
• Scaffolding bermaksud satu kerangka
yang menyokong proses pembelajaran
individu.

- orang yang lebih berkemahiran (guru,


ibu, bapa, rakan) akan mengubah suai
tahap bimbingan yang diberikan sesuai
dengan kemampuan kanak-kanak.
Bahasa dan Pemikiran
a) Berkomunikasi dengan orang lain.
•Perbualan dan interaksi adalah alat penting semasa
proses scaffolding.
- kanak-kanak menyusun konsep-konsep baru
dengan lebih sistematik dan bermakna dengan
bantuan individu yang lebih mahir.
b) Berkomunikasi dengan diri sendiri
- Bicara kendiri = bercakap dengan diri sendiri (3-7 tahun)
- Bicara hati = bercakap dengan diri sendiri secara mental
(bila dewasa)
- Vygotsky mengatakan apabila kanak-kanak bercakap
sendiri, mereka menggunakan bahasa untuk mengawal tingkah
laku dan membimbing pemikiran mereka.
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEROME
BRUNER
• Struktur kognitif terbahagi 3:
a)Enaktif
- Berlaku pada peringkat 0 – 2 tahun
- Sama dengan peringkat sensorimotor
mengikut Piaget.
- Mod pemikiran berdasarkan aktiviti fizikal
- Akan bergerak ke arah sesuatu yang
menarik perhatian.
b) Ikonik
-Berlaku pada peringkat 2-4 tahun
-Sudah boleh menggunakan otak untuk
memikirkan sesuatu
-Sudah boleh menggambarkan imej dalam
pemikiran mereka dalam bentuk visual,
auditori, dihidu, dirasa dan disentuh.
-Berupaya menyebut objek yang tiada di
depan mata : contoh berupaya menyatakan
bentuk dan rasa buah yang pernah
dimakan.
c) Simbolik
- Berlaku pada peringkat 4 – 7 tahun

- Penaakulan simbolik bermula

- Memahami dunia melalui bahasa dan


simbol-simbol (nombor, huruf, perkataan,
muzik)

- Boleh menggunakan simbol dan bahasa


untuk menceritakan pengalaman.

Anda mungkin juga menyukai