Anda di halaman 1dari 12

REFLEKSI TAJUK 3

PERINGKAT-PERINGKAT DAN TEORI PERKEMBANGAN YANG BERKAITAN


PERKEMBANGAN KONGNITIF

Pada minggu ini, kawan-kawan saya itu Liong, Song ni dan Siau Teng
membentangkan tentang peringkat-peringkat dan teori perkembangan yang
berkaitan perkembangan kongnitif. Pada minggu ini, saya mempelajari banyak
tentang perkembangan kanak-kanak dengan lebih terperinci. Daripada tajuk ini
saya mempelajari tentang teori pembelajaran Piaget, teori perkembangan
kognitif Vygotsky dan juga tentang peringkat perkembangan kognitif kanak-
kanak.

TEORI PEMBELAJARAN PIAGET

Jean Piaget merupakan


tokoh psikologi yang amat
berpengaruh dalam kajian
perkembangan kognitif dan
bahasa kanak-kanak. Jean
Piaget (1896-1980) yang berasal dari Switzerland memulakan profesionnya
dalam bidang biologi. Piaget amat berminat dengan perubahan struktur dan evolusi
pengetahuan dalam pemikiran kanak-kanak. Teori pembelajaran Piaget adalah
berlandaskan premis bahawa setiap kanak-kanak umpama saintis yang
sentiasa aktif meneroka dunianya untuk mencapai kefahaman.

Terdapat empat konsep utama yang dicadangkan oleh Piaget iaitu:


SKEMA ASIMILASI

KONSEP
UTAMA
PIAGET

AKOMODAS EKUILIBRASI
I

KONSEP 1: SKEMA
Skema merupakan sruktur kognitif asas yang mewakili pengetahuan
mental seseorang untuk memahami dan menyusun maklumat baharu.
Skema dibina semasa kanak-kanak cuba mencapai kefahaman tentang sesuatu
dan bertindak kepada pengalaman fizikal di persekitarannya.
Semakin kanak-kanak membesar, skema baharu akan terbentuk dan skema sedia ada
akan diubah suai dan bertambah luas. Setiap individu cuba memberi makna kepada dunia
yang dialaminya. Perkembangan skema kognitif disebabkan oleh hasil interaksi
seseorang individu dengan persekitaran fizikal dan sosialnya. Skema kognitif membantu
kita menggunakan perwakilan simbol secara mental dan mengamalkan cara-cara berfikir.
Skema tidak statik tetapi sentiasa berubah mengikut perkembangan kognitif dan
pengalaman seseorang.

Menurut Piaget, skema berubah atau berkembang melalui dua proses penting yang
dinamakan sebagai organisasi dan adaptasi.
Organisasi Sifat dalaman seseorang individu untuk bertindak menyusun
atau mengorganisasikan segala pemerhatian dan pengalaman
dalam persekitarannya.

Adaptasi Proses individu menyesuaikan diri kepada persekitaran fizikal


dan sosial dengan membentuk idea-idea baharu untuk
mempertingkatkan kefahaman.

KONSEP 2: ASIMILASI
Asimilasi merupakan proses kognitif, iaitu individu mengintegrasikan
maklumat atau pengalaman baharu ke dalam skema sedia ada. Asimilasi berlaku
sepanjang masa kerana manusia sentiasa aktif memproses dan menginterpretasikan segala
peristiwa yang berlaku disekitar mereka.
Sebagai contohnya, kita mengumpamakan skema sebagai belon dan asimilasi seperti
memasukkan angin ke dalam belon tersebut. Angin yang dimasukkan menyebabkan belon
bertambah besar tetapi masih mengekalkan bentuk yang sama. Skema( belon)
berkembang kerana telah membuat asimilasi kepada maklumat baharu(angin).

KONSEP 3: AKOMODASI
Semasa proses pembelajaran, seseorang individu akan cuba mengasimilasikan
maklumat yang baharu ke dalam skema yang sedia ada tetapi jika perkara tidak
berjaya, dua perkara akan berlaku iaitu,

Mengubah suai skema sedia ada unruk menerima maklumat baharu


Membentuk skema baharu untuk menerima maklumat yang baharu

Kedua-dua proses ini dipanggil akomodasi dan menghasilkan perubahan kualitatif dan
perkembangan skema. (development of schema)

Individu yang hanya mengasimilasi dan tidak mengakomodasikan akan


menghasilkan beberapa skema besar. Individu yang hanya mengakomodasi mempunyai
banyak skema kecil. Ia tidak dapat membuat generalisasi kerana setiap pengalaman ciri-
ciri persamaan dan perbezaan antara skema-skema berkenaan.

KONSEP 4: EKUILIBRASI
Ekuilibrasi atau keseimbangan antara asimilasi dan akomodasi menentukan
interaksi individu dengan persekitaran untuk memahaminya. Ekuilibrasi
menerangkan cara-cara pemikiran kanak-kanak beralih dari satu peringkat
ke peringkat yang berikutnya. Peralihan ini hanya berlaku jika kanak-kanak
mengalami konflik kognitif atau ketidakseimbangan semasa cuba memahami apa-apa
yang sedang dipelajari. Apabila konflik kognitifini dapat diselesaikan, maka
ekuilibrasi dicapai dan pemikiran berada dalam keadaan yang seimbang.

PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

PERINGKA
T SENSORI PERINGKAT
MOTOR PRAOPERAS
PERINGKA I
T OPERASI PERINGKAT PERINGKA
KONKRIT PERKEMBANGAN T OPERASI
KOGNITIF KANAK- FORMAL
KANAK
PERINGKAT SENSORI MOTOR (LAHIR HINGGA 2 TAHUN)
Peringkat sensori motor bergantung kepada penggunaan deria dan
kemahiran motor yang ada (melihat, mendengar, menyentuh, merasa)
Pemahaman tentang dunia berasaskan gerakan spontan yang tidak
dipelajari
Kanak-kanak belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya
serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek yang dapat dilihat
dalam persekitarannya.

PERINGKAT PRAOPERASI (2 HINGGA 7 TAHUN)


Kanak-kanak menggunakan simbol-simbol dalam pemikiran mereka
yang merupakan pemikiran bukan benar, iaitu prakonsep.
Pada tahap ini, kanak-kanak mempunyai keupayaan membuat perwakilan mental
terhadap benda-benda yang tidak kelihatan di depan matanya.
Bersifat primitif belum dapat membezakan pandangan diri dengan pandangan orang
lain
Dengan menggunakan penaakulan primitif, kanak-kanak menganggap
dirinya mengetahui jawapan kepada semua perkara.
Kehadiran pemikiran intuisi pada peringkat ini menyebabkan sikap ingin tahu, suka
bercakap dan suka bertanya.
Animisme merupakan ciri yang diperhatikan dalam diri kanak-kanak praoperasi, iaitu
kanak-kanak percaya bahawa objek-objek juga bernyawa serta mempunyai ciri-ciri
manusia seperti perasaan dan pemikiran.
Contoh:
apabila hujan turun, kanak-kanak mengatakan matahari sangat sedih lalu
menyembunyikan diri dan menangis.
Egosentrisme merupakan kaedah kanak-kanak yang masih belum dapat
membezakan antara pandangan sendiri dengan orang lain.
Kanak-kanak menggunakan persepsi sendiri sahaja semasa memproses
maklumat.

Piaget dan Inhelder(1969) menjalankan eksperimen Ujian Tiga Bukit


(THREE-MOUNTAIN TEST) untuk menerokai unsur egosentrisme kanak-kanak.
Seorang kanak-kanak ditunjukkan model tia buah bukit.
PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7 HINGGA 11 TAHUN)
Peringkat kognitif pada peringkat operasi konkrit, seperti istilahnya,
banyak melibatkan operasi. Pada peringkat operasi konkrit ini, kanak-
kanak dapat mempertimbangkan beberapa ciri objek secara serentak,
bukan lagi berfokus kepada satu ciri sahaja. Pemikiran intuitif telah diganti
dengan penaakulan logik. Penguasaan penaakulan logik ini terikat kepada
pengalaman deria dan motor yang konkrit sahaja.
Terdapat 4 jenis aktiviti kekekalan yang dijalankan oleh Piaget (1970) untuk
mengukur pemikiran dalam kalangan kanak-kanak iaitu:
Kekekalan isi padu cecair
Kekekalan pepejal
Kekekalan nombor
Kekekalan ruang

Kanak-kanak peringkat praoperasi menghadapi kekeliruan semasa


cuba menjawab soalan kedua tetapi kanak-kanak peringkat operasi
konkrit dapat membezakan antara kategori dan subkategori. Pada
peringkat ini, kanak-kanak mempunyai semangat ingin tahu dan keinginan untuk
belajar tetapi jangka masa penumpuan amat singkat. Oleh itu, guru harus mengambil
kira aspek ini dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang tidak memerlukan tempoh
masa yang lama.

PERINGKAT OPERASI FORMAL ( 12 TAHUN HINGGA DEWASA)

Peringkat operasi formal bermula pada umur 11 atau 12 tahun dan


berterusan hingga ke umur dewasa. Satu ciri utama menandakan remaja
sudah mencapai peringkat perkembangan operasi formal ialah keupayaan
mereka untuk berfikir, bukan sekadar tenteang alam kenyataan(realiti) yang
konkrit tetapi tenang kemungkinan-kemungkinan yang abstrak.
Remaja yang mencapai peringkat operasi formal berupaya membuat
pemikiran metakognitif, sentiasa menganalisis pemikiran sendiri, membuat penilaian
dan mecari ketidakseragaman dalam prinsip-prinsip tertentu. Mereka sering
memikirkan tentang masa depan dan cuba menentukan sesuatu yang terbaik.
Perasaan tentang sesuatu idea amat kuat sehingga membawa kepada kekeliruan.

IMPLIKASI TEORI PIAGET UNTUK GURU


MENGAJAR KANAK-KANAK PERINGKAT SENSORIMOTOR
Ibu bapa dan pengasuh yang lain menjaga bayi atau kanak-kanak perlu
menyediakan aktiviti main yang bersesuaian dengan umur mereka dan
kemahiran meniruan.
MENGAJAR KANAK-KANAK PERINGKAT PRAOPERASI
Ibu bapa, pengasuh dan guru prasekolah perlu memberi peluang kepada
kanak-kanak menerokai alam fizikal melalui akiviti main dan aktiviti penyelesaian
masalah.
MENGAJAR KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI KONKRIT
Guru perlu menyediakan bahan-bahan konkrit untuk menguji idea kanak-
kanak melalui penglibatan yang aktif iaitu mencabar pemikiran secara logik
tentang permasalahan yang mereka hadapi.
MENGAJAR KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI FORMAL
Guru harus sering mengadakan perbincangan dengan murid-murid untuk
mengetahui pemikiran mereka. Beri peluang kepada murid-murid untuk
memberikan idea mereka.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF VYGOTSY


Lev Vygotsky (1896-1934) merupakan ahli psikologi Rusia berpengaruh
dalam sumbangan penulisan yang berkaitan dengan peranan bahasa dan
budaya dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Seperti Piaget, Vygotsky
menekankan bahawa kanak-kanak yang aktif menyusun pengetahuan mereka.
Tetapi menurut Vygotsky, fungsi-fungsi mental mempunyai sambungan-
sambungan sosial. Vygotsky berpendapat bahawa kanak-kanak
mengembangkan konsep-konsep lebih sistematik, logik, dan rasional.

TIGA IDEA PENTING YANG MENYARANKAN OLEH VYGOTSY


Konsep Zon Perkembangan Proksimal (ZPD)
Zon Perkembangan Proksimal adalah istilah Vygotsky untuk rangkaian tugas
yang terlalu sukar dikuasai anak seorang diri tetapi dapat diipelajari dengan
bantuan dan bimbingan orang dewasa atau anak-anak yang terlatih. Batas
bawah dari ZPD adalah tahap kepakaran yang dimiliki anak yang bekerja
secara sendiri. Batas atas adalah tahap tanggung jawab tambahan yang
boleh diterima oleh kanak-kanak dengan bantuan seorang pengajar. Maksud
dari ZPD adalah menitikberatkan ZPD pada interaksi sosial akan dapat
memudahkan perkembangan kanak-kanak.

Konsep Scaffolding
Scaffolding ialah perubahan tahap sokongan. Scaffolding adalah istilah
berkaitan perkembangan kognitif yang digunakan Vygotsky untuk
menerangkan perubahan sokongan sepanjang sesi pembelajaran,
dimana orang yang lebih mahir mengubah bimbingan mengikut
tahap kemampuan kanak-kanak.Dialog adalah alat yang penting dalam
ZPD. Vygotsky memandang anak-anak kaya konsep tetapi tidak
sistematik, rawak, dan spontan. Dalam dialog, konsep-konsep tersebut dapat
dipertemukan dengan bimbingan yang sistematik, logik dan rasional.
Internalization
Proses di mana seseorang beransur-ansur menyebatikan aktiviti-aktiviti
sosial yang dilaluinya ke dalam proses kognitifnya.

IMPLIKASI TEORI VYGOTSY UNTUK GURU


Bimbingan Terarah
Guru perlulah memberi bimbingan terarah kepada murid-murid dengan cara
yang betul.
Strategi Pembelajaran Koperatif
Gunakan Strategi pembelajaran koperatif kumpulan kecil pelbagai kebolehan
supaya murid-murid berpeluang berinteraksi, berkomunikasi dan berkolabrasi
untuk membina pengetahuan.
Meneroka dan Menyoal
Wujudkan situasi pembelajaran yang memerlukan murid-murid berusaha
untuk mencapai kejayaan
Menggalakkan Perbincangan
Beri galakan kepada murid-murid menggunakan bahasa untuk bicarakan
proses pemikiran mereka

Anda mungkin juga menyukai