Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN PRAKTIKUM FASA PERTAMA

TARIKH : 31 JULAI 2018


HARI : SELASA
MASA : 12.30 PETANG

Hari ini merupakan hari ketiga bagi saya. Seperti selalu saya dan rakan saya tiba di
sekolah pada pukul 12.15 petang dan terus ke pejabat sekolah untuk mengisi buku kehadiran
guru pelatih. Selepas itu, kami ke kantin sekolah untuk makan tengah hari. Selepas menjamu
selera, saya dan rakan saya berjumpa dengan penyelia petang untuk tugasan yang seterusnya.
Pada waktu yang pertama, saya dan rakan saya menggantikan kelas yang tidak ada guru supaya
dapat mengawal murid. Seterusnya, kami berjumpa dengan guru pemulihan sekolah untuk
mendapatkan maklumat berkaitan dengan murid pemulihan. Sebagai contohnya, kami bersoal
tentang pencapaian kurikulum, kokurikulum, latar belakang keluarga dan sebagainya. Hal ini
demikian kerana, apabila kami mengambil tahu tentang latar belakang murid dan akan membantu
kami untuk mendekati murid dengan lebih dekat.

Seterusnya, kami mendapat bimbingan daripada guru pemulihan tentang cara-cara


pembinaan soalan ujian diagnostik dengan lebih terperinci. Pada masa yang lapang pula, kami
menyiapkan portfolio praktikum fasa 1 kami. Kami menyiapkan laporan harian, dan mengumpul
maklumat berkaitan dengan sekolah. Kami mengumpul data seperti takwim sekolah, visi misi
sekolah, peraturan sekolah dan sebagainya. Kami juga menyediakan beberapa dokumen dan fail
berkaitan dengan kelas pemulihan dan juga untuk subjek bahasa melayu tahun 3. Dengan itu,
kami balik dari sekolah setelah tamat waktu persekolahan.

Anda mungkin juga menyukai