Anda di halaman 1dari 6

3.

0 Isu-isu dan Cabaran Semasa yang dihadapi oleh Guru

Profesion perguruan pada masa kini amat mencabar hari demi hari. Untuk menjadi
seorang guru, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi bagi memnuhi tuntutan daripada ibu
bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian bagi memingkatkan kualiti
pendidikan. Seorang guru dan pengurus pendidikan yang baik, seorang guru itu harus
peka dengan segala perkembangan terkini yang sentiasa mendatang. Malah, seorang
guru juga haruslah sanggup untuk menghadapi proses kepimpinan, pengurusan,
pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan. (Ibrahim Ahmad Bajunid,
1995). Oleh itu, dengan melaksanakan pelbagai reformasi dalam pendidikan ini sudah
pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab para guru menjadi lebih besar, lebih
mencabar dan lebih kompleks.

Dengan terdapatnya pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru ini telah
menjadikan pelbagai isu timbul contohnya seperti bilangan guru yang ingin menukar
kerjaya dan ingin bersara awal meningkat dari segi bilangannya. Perubahan yang sentiasa
berlaku ini menyebabkan tugas guru semakin banyak di samping harapan masyarakat
terhadap guru semakin menggunung tinggi. Hal ini menyebabkan guru berasa amat
tertekan kerana tidak mampu untuk menangani tugas dan harapan yang sentiasa
berterusan mengalami perubahan ini dan semakin mencabar hari demi hari.

3.1 ISU BEBANAN TUGAS GURU

Isu yang sering diperkatakan pada masa kini ialah bebanan tugas guru yang
semakin rencam. Menurut Sufean (2004), terdapat banyak isu pendidikan yang melibatkan
bidang pentadbiran, teknologi pendidikan, organisasi dan keguruan. Akibat daripada
bebanan tugas ini menjadikan tugas utama guru dalam pengajaran dan pembelajaran
telah menjadi kurang berkesan. Guru perlu melaksanakan bidang pengurusan,
pentadbiran, kerja perkeranian, hal ehwal murid, dan pelbagai aktiviti anjuran agensi lain
yang tidak berkaitan langsung dengan fungsi utama guru. Guru juga perlu terlibat dalam
pelbagai program yang dijalankan oleh pihak sekolah, jabatan pendidikan daerah dan
negeri serta kementerian. Terdapat juga pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan
yang menggunakan tenaga guru sebagai penceramah atau fasilitator dalam program yang
menyebabkan guru terpaksa meninggalkan kelas dalam jangka masa yang lama.
Selain dari mengajar guru juga dikehendaki untuk melakukan tugas-tugas
penyeliaan dan bimbingan aktiviti kokurikulum. Kadangkala mengurus aktiviti kokurikulum
bukanlah satu bebanan bagi sesetengah guru, akan tetapi pengisian yang perlu diberikan
kepada murid sepanjang aktiviti menjadi bebanan kepada guru. Untuk memberi pengisian
ilmu kepada pelajar, guru hendaklah rajin membuat kajian, rujukan dan pembacaan serta
kursus-kursus yang perlu dihadiri yang melibatkan bidang kokurikulum seperti badan
beruniform, sukan dan sebagainya. Amat malang sekali jika guru ditugaskan untuk
menguruskan dan mengendalikan aktiviti kokurikulum diluar bidang latihan. Sebagai
contoh, guru yang selama ini telah mendapat latihan dalam satu-satu unit beruniform tetapi
disebabkan kekangan tertentu, terpaksa ditugaskan meguruskan unit beruniform yang lain.
Keadaan ini akan menambah bebanan baru kepada guru iaitu belajar sesuatu yang baru.

Antara tugas guru yang menjadi rutin pada masa kini ialah mengurus kebajikan dan
kesihatan murid seperti Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan Skim Makanan
Tambahan, biasiswa dan Skim Pinjaman Buku Teks yang mesti diuruskan dengan teliti.
Guru juga dibebani dengan pengurusan aset dan inventori yang merupakan bidang tugas
kakitangan pejabat. Tugas untuk memasukkan data murid dan guru juga diserahkan
kepada guru. Selain itu guru juga terlibat secara langsung dalam aktiviti kokurikulum
untuk melatih pelajar dalam bidang sukan, permainan dan unit beruniform. Guru juga
dipertanggungjawab untuk menjadi guru pengiring atau pengadil dalam aktiviti yang
dijalankan sehingga tidak dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

Dalam artikel lain bertajuk “Tugas guru bertambah akibat banyak


arahan.” Bertarikh 13 Ogos 2012 yang disiarkan dalam laman web Berita Harian
menyatakan NUTP mendedahkan guru menanggung beban kerja berganda akibat
wujunya ‘arahan dalam arahan’ yang mana mereka terpaksa melakukan tugasan dalam
skop sama berulang kali atas arahan pihak atasan pada peringkat berbeza.

Aktiviti pelajar bukan sekadar tertumpu disekolah semata-mata. Mereka juga


terlibat dalam aktiviti luaran seperti pertandingan, lawatan, kursus kepimpinan dan
sebagainya. Perjalanan dan pergerakan pelajar-pelajar perlu diiringi oleh guru bagi
memastikan keselamatan murid. Keadaan ini menyebabkan guru terpaksa mengorbankan
masa bukan sekadar masa dirumah malah masa masa P&P untuk mengiringi pelajar .
Menurut artikel ini lagi, bebanan guru bertambah apabila guru terpaksa menggunakan
wang ringgit sendiri untuk mengiring pelajar. Situasi ini membebankan guru,tambahan
pula tidak ada kemudahan bayaran lebih masa dan tuntutan perbatuan yang juga dicatu.
Keadaan bertambah teruk apabila lebihan masa untuk tugas rasmi tidak boleh diganti
sebagai cuti rehat pada keesokan harinya.

3.2 ISU PERTELINGKAHAN IBU BAPA KEPADA GURU

Kedapatan juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak
mereka bersalah dan tidak mengaku kesilapan dilakukan. Mereka perlu berbincang
terlebih dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau membuat
pendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan guru perlu
menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana.

Hukuman yang dikenakan adalah proses mendidik dan bukan memalukan pelajar,
sekali gus memberi keinsafan dan kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan.
Sekiranya kita lihat balik, terdapat banyak isu-isu yang berkaitan antara ibu bapa dan guru,
contohnya “Butterworth - Seorang bapa mendakwa anaknya setelah seorang guru wanita
merotan kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata
akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah
sekolah rendah di sini,” - sumber dari Sinar Harian, 13 Februari 2013. Perkara ini dapat
menggambarkan bahawa, ibu bapa pada zaman sekarang cepat mengambil keputusan
secara terburu-buru. Mereka tidak menyiasat atau mendengar penjelasan daripada pihak
sekolah dahulu. Hal ini terjadi mungkin kerana, pada hari ini ibu bapa terlalu sayang dan
memanjakan anak mereka sehingga setiap perkara yang berlaku keatas murid terus
disalahkan kepada guru. Kasih sayang merupakan perkara yang harus diutamakan
terutama dalam institusi kekeluargaan. Namun jika kasih sayang perlulah berpada-pada.
Jika kita terlampau menyanyangi seseorang insan, segala pandangan kita terhadap insan
tersebut akan berubah. Kita tidak akan perasan mengenai perkara-perkara buruk yang
dilakukan oleh insan tersebut. Apa yang dilihat semuanya adalah kebaikan semata-mata.
Apabila perkara ini berterusan, secara tidak langsung akan berlaku ketidakadilan diantara
insan tersebut dengan orang lain.

Namun, perkara ini tidak difahami oleh ibu bapa. Mereka hanya memikirkan
tentang nasib anak-anak mereka yang kerap mengadu menerima kerja sekolah daripada
guru. Atas sebab terlalu menyayangi anak mereka, ibu bapa terus menyerang guru
terbabit disekolah ataupun terus membuat aduan ke pihak atasan. Sikap ibu bapa pada
zaman sekarang inilah yang boleh menyebabkan pergolakan daripada sesuatu institusi
pendidikan. Tiada persepakatan dan kerjasama daripada ibu bapa menyebabkan guru
sukar untuk mencapai misi dan visi negara untuk melahirkan generasi muda yang
cemerlang dan gemilang.

3.3 Cabaran Revolusi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Setrusnya, inovasi dan perubahan kurikulum dalam pendidikan merupakan


penyebab utama yang menjadi cabaran kepada para guru pada alaf ini. Pada abad ke 21,
negara kita telah menghadapi cabaran baharu kesan daripada globalisasi, liberalisasi,
pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan
terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian
matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 2005). Dengan berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk organisasi,
pedagogi serta penegasan kurikulum.

Rentetan itu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dijalankan sebagai


sebahagian daripada Program Transformasi KSSR telah membebankan guru. Hal ini
kerana setiap prosedur dan langkah pentafsiran PBS dilaksanakan sepenuhnya oleh guru
dan pihak sekolah yang bermula dari aspek perancangan, pembinaan item, instrumen
pentaksiran, bermula dari aspek perancangan, pembinaan item, instrumen pentaksiran,
pentadbiran, pemeriksaan, perekodan dan pelaporannya. Tugas pelaksanaan PBS yang
pelbagai telah menimbulkan suasana yang negatif kepada guru dan mereka merasakan
tugas penilaian PBS memerlukan masa pelaksanaan yang lama dan kemahiran yang
tinggi untuk dilaksanakan. Bukan itu sahaja, bagi meningkat kemahiran serta maklumat
semasa guru, banyak kursus atau program dijalankan bagi membolehkan guru-guru
memperolehi kemahiran dan maklumat yang terkini. Sebagai contoh, guru dikehendaki
mengikuti pelbagai kursus berkenaan KSSR, PBS, sistem pengurusan pentaksiran
berasaskan sekolah (SPPBS) dan sebagainya yang dianjur oleh sekolah, KPM, Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) supaya mereka dapat
melaksanakan KSSR dan PBS di sekolah dengan berkesan.

Tambahan pula, Kementerian Pendidikan telah merangka Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan matlamat memanfaatkan TMK dalam
pengajaran guru. Secara suka atau tidak, para pendidik dan seluruh sistem pendidikan
terpaksa berhadapan dengan perubahan ini. Sebagai contoh, terdapat satu platform maya
yang dikenali sebagai Persekitaran Pembelajaran Maya-Frog (Frog VLE) telah dikenalkan
oleh KPM melalui Projek 1BestariNet pada masa kini. Guru-guru dituntut untuk menyokong
sistem ini kerana berpendapat ia boleh mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional
dengan kaedah maya yang mana ia dapat memberi manfaat kepada guru, murid,
pentadbir sekolah dan juga ibu bapa. Namun, penggunaan Frog VLE ini merupakan satu
perkara baru kepada guru dan murid dan Ia memerlukan pemahaman yang lebih teliti serta
penguasaan yang jitu. Maka, ia ada cabaran dan kesukaran untuk mengaplikasinya dalam
PdPc.

Kajian Hasliza Hashim, Siti Munira Mohamad Nasri dan Zarina Mustafa yang
berjudul “Cabaran Yang Dihadapi Oleh Guru Dalam Pelaksanaan Persekitaran
Pembelajaran Maya Frog di Bilik Darjah” telah memaparkan pandangan responden
bahawa halangan seperti capaian internet rendah yang memakan masa lalu
membantutkan usaha guru untuk menggunakannya lagi menambah tekanan mereka
dalam PdPc. Seterusnya, terdapat juga responden yang menyatakan kesukaran untuk
guru dan murid dalam mengaplikasi Frog VLE di dalam bilik darjah terutamanya bagi guru
yang kurang berkemahiran TMK seperti guru yang masih belum mahir dalam mengakses
portal, menyediakan bahan pengajaran, memproses maklumat melalui laman web dan
tidak mempunyai kemahiran untuk mengendali serta memanipulasi sesuatu alat.
Kemahiran yang rendah akan menyukarkan lagi pengaplikasian terhadap inovasi baharu
tersebut. Hal ini kerana guru seharus mengetahui dan memahami setiap fungsi ikon
dalam widgets dan tahu mengendalikan dashboard tersebut sehingga dapat mewujudkan
laman sendiri serta boleh dikongsi dengan guru lain dan juga murid-murid. Walaupun pihak
kerajaan telah memberi latihan dalaman di peringkat sekolah, namun ianya masih belum
mencukupi kerana mereka tidak ilmu pengetahuan yang berkaitan dan mereka terpaksa
belajarnya dari mula ke akhir. Akibatnya, mereka terpaksa menggunakan masa yang agak
lama untuk menyesuaikan diri mereka dengan meneroka pendekatan baharu ini.
Berdasarkan contoh-contoh yang dibincang tadi, jelaslah bahawa perubahan demi
perubahan yang dilaksanakan telah menyebabkan stres dalam kalangan guru-guru secara
tidak langsung.

4.0 KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai