Anda di halaman 1dari 20

POSTGRADUATE DIPLOMA IN TEACHING

SEMESTER 1 / 2024

HMEF5023

KEPIMPINAN PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : CGS03565742


NO. KAD PENGENALAN : 890909025056
NO. TELEFON : 0135503149
E-MEL : nadiahzy@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SUNGAI
PETANI
HMEF5023
BAHAGIAN 1
(a) Kualiti kepimpinan guru besar di sekolah rendah memberi impak yang besar kepada
pencapaian dan kecemerlangan sekolah. Di dalam kepimpinan instruksional guru besar,
terdapat 10 fungsi/ tugas yang perlu ada untuk menjadi seorang pemimipin terutamanya
seorang guru besar di sekolah. Antaranya adalah memberi insentif kepada pelajar dan guru,
menyediakan peningkatan secara professionalisma, menyeimbangkan visi yang tinggi,
bersuara dan menyatakan matlamat sekolah, menyediakan dan menilai pengajaran guru,
menyelaras kurikulum, memantau pencapaian murid dan melindungi masa pengajaran. Di
dalam artikel ini beberapa amalan instruksional guru besar dibahaskan untuk mengukuhkan
kajian yang dibuat.
1)Fokus artikel:

1.1 Untuk menambah baik mutu prestasi kepimpinan sekolah dengan menambah
baik latihan kepimpinan dan langkah-langkah yang diambil oleh guru besar untuk
meningkatkan prestasi sekolah.
Di sekolah, pemimpin sekolah terdiri daripada guru besar di sekolah rendah Selain itu,
untuk sekolah swasta, kepimpinan sekolah boleh juga terdiri daripada ahli Lembaga
sekolah (ALP) ataupun Lembaga tadbir sekolah (LTS). Mereka ini bersama guru besar
dan jabatan pengurusan sekolah-JPS (penolong kanan dan guru kanan) akan bersama-
sama duduk berbincang bagi mencapai visi dan misi sesebuah sekolah.

Untuk menjadi kumpulan kepimpinan ini (guru besar, ALP, LTS dan JPS), seseorang
individu itu perlu mempunyai kualiti prestasi kerja yang tinggi, komited ketika
menjalankan tugas, dan mampu berkerja dalam pasukan kepimpinan sekolah dengan baik
serta memberi idea-idea yang bernas untuk kecemerlangan sekolah. Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) sangat komited untuk melantik guru besar dan kumpulan
pentadbir yang mempunyai kualiti kerja yang paling tinggi untuk meningkatkan
kecemerlangan sekolah.

1.2 Menentukan hubungan antara kepimpinan guru besar dengan tahap prestasi
dan pencapaian sekolah di Malaysia.

Kepimpinan guru besar merujuk kepada prestasi dan komitmen seorang ketua.
Kepimpinan sekolah oleh guru besar terbahagi kepada dua iaitu effektif dan tidak effektif.

Guru besar yang effektif harus memainkan peranan sebagai pakar motivasi, pengurus
akademik, mentor iaitu sentiasa menunujukkan contoh teladan yang baik dan menyelia
1
HMEF5023
kebajikan serta keperluan guru untuk menambaik baik kualiti pengajaran guru di sesebuah
sekolah. Apabila kualiti guru dipertingkatkan, prestasi murid juga menjadi lebih
cemerlang dengan adab dan syaksiah yang terpuji. Tanggungjawab guru besar di sekolah
sangat luas, bukan sahaja sebagai pentadbir, pengurus dan mengajar di dalam kelas
sekurang-kurangnya 5 jam seminggu juga merupakan tugas hakiki seorang guru besar.

Sebaliknya guru besar yang tidak effektif akan menunjukkan pencapaian yang rendah dan
bertugas sambal lewa, acuh tidak acuh, meletakkan tanggungjawab sebagai guru besar
kepada orang lain, tidak mengambil tahu permasalahan guru, murid dan sekolah serta
tidak mempunyai sikap empati dan belas kasihan yang tinggi. Kesannya, sesebuah
sekolah akan menunjukkan prestasi yang tidak cemerlang apabila banyak program
kurikulum dan kokurikulum yang dilakukan tidak mempunyai dan mencapai objektif yang
sebenar. Seterusnya misi dan visi sesebuah sekolah tidak dapat di capai. Melahirkan
individu yang sihat dari segi jasmani, rohani, mental tidak mungkin direalisasikan.

Kesimpulannya, guru besar haruslah bersikap lebih effektif kerana ia merupakan faktor
utama dalam meningkatkan pencapaian dan peningkatan prestasi sesebuah sekolah. Untuk
melahirkan guru besar yang effektif, latihan bimbingan seperti kursus, bengkel, taklimat
perlu dijalankan untuk menambah info akademik dan sosial harus dilakukan untuk
membimbing calon guru besar menguruskan sekolah. Selain itu, kriteria pemilihan guru
besar perlu di ambil kira sebelum dilantik dengan melihat markah prestasi calon guru
besar tersebut di sekolah.

1.3 Hubungan demografik dengan tahap prestasi dan pencapaian sekolah di Malaysia.

Faktor demografik juga merupakan fokus artikel ini untuk mencapai kecemerlangan murid di
sekolah. Demografik ialah populasi manusia dari segi umur, bangsa, status, seks, pendidikan,
gaji dan pekerjaan. Selain itu, Demografik juga ialah kajian tentang perkembangan penduduk
seperti saiz, kepadatan penduduk, taburan kelahiran dan kematian dalam sesuatu tempoh
yang waktu tertentu.

Jika sesebuah sekolah terletak di suatu lokasi yang mempunyai tahap kelahiran yang tinggi
maka kepadatan penduduk di kawasan itu juga akan tinggi. Selain itu, migrasi penduduk dari
yang membeli dan menyewa rumah. Ini akan menyumbang kepada ibu bapa untuk
menghantar anak-anak bersekolah di sebuah sekolah yang sama. Sebagai contoh, di Sungai
Petani, Kedah. Kepadatan penduduk di Bandar Puteri Jaya, Bandar Sri Astana, dan Bandar
Perdana menyumbang kepada kepadatan murid di satu-satunya sekolah yang ada di kawasan
2
HMEF5023
tersebut iaitu Sekolah Kebangsan Bandar Puteri Jaya. Walupun sudah dibina sekolah yang
mempunyai kapasiti yang besar untuk menampung jumlah murid yang terlalu ramai namun
masalah kepadatan murid di dalam sebuah kelas masih lagi menjadi masalah kepada
pengurusan sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat. Akhirnya ibu bapa yang tidak dapat
mengisi tempat anak mereka di sekolah tersebut kerana kuota dan permintaan yang terlalu
tinggi terpaksa menempatkan anak mereka di sekolah yang lebih jauh dari rumah ataupun
sekolah swasta. Hal ini menyebabkan ibu bapa terpaksa menempuh lalu lintas trafik yang
sibuk dengan kenderaan saban hari. Isu ini dapat diselesaikan apabila ada ibu bapa dapat
menyewa pengangkutan awam seperti van atau bas sekolah untuk mengambil dan menjemput
anak mereka ke sekolah. Hal ini lebih meruncing apabila terdapat keluarga yang
berpendapatan B40 tidak mampu untuk menyewa pengangkutan untuk anak mereka.
Akibatnya anak-anak tercicir ke sekolah dan masalah ponteng sekolah akan berlaku.

Kepadatan murid dalam sesebuah kelas dan sekolah menyumbang juga kepada tahap prestasi
kecemerlangan murid. Contohnya kepadatan murid di dalam sesebuah kelas yang melebihi
40 orang ke atas sangat tidak rasional keadaan ini berlaku. Murid-murid terpaksa bersaing
untuk mendapatkan perhatian dan respon daripada guru. Guru pula terpaksa mengerah tenaga
dan suara untuk mengajar murid yang ramai. Bebanan guru bertambah untuk menyemak
buku tulis, kertas peperiksaan, mengisi data murid, dan menyelami karakter murid melalui
pelbagai pentaksiran seperti pentaksiran bilik darjah (PBD), pentaksiran aktiviti jasmani
sukan dan kokurikulum (PAJSK), ujian psikometrik, dan lain-lain lagi.

2) Kepentingan kajian:

Kepimpinan guru besar di sekolah sangat memainkan peranan untuk memberi impak yang
besar bagi mencapai visi dan misi kecemerlangan sekolah. Seperti kapal tiada nakhoda,
terumbang-ambinglah sebuah kapal berlayar meneruskan perjalanan untuk sampai ke
destinasi. Itulah peranan guru besar yang sangat dituntut untuk mewarnai kurikulum dan
kokurikulum pendidikan negara. Kepimpinn guru besar ditentukan dengan mempunyai nilai
dan hubungan yang positif dalam menentukan hala tuju dan percapaian murid-murid.

Satu kajian yang dilakukan di daerah Tuaran, Sabah mendapati pencapaian yang menurun di
dalam peperiksaan awam; Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sejak tahun 2014, 2015
dan 2016. Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia antara tahun 2013-2025 mengkategorikan
pencapaian sekolah berdasarkan tahap penguasaan 1 hingga tahap 4 di mana tahap
penguasaan 1 ialah sekolah yang menunjukan pencapaian yang cemerlang. Hal ini menjadi

3
HMEF5023
lebih meruncing apabila pencapaian yang menurun saban tahun antaranya disebabkan
masalah lokasi kedudukan sekolah yang jauh dari teknologi dunia tanpa sempadan yang
menghadkan murid-murid mendapatkan ilmu dan ketidakupayaan guru untuk datang
mengajar di sekolah pedalaman. Selain itu, kepimpinan guru besar yang tidak effektif juga
boleh menjejaskan kecemerlangan sekolah dalam tempoh yang lama. Model kepimpinan guru
besar perlu juga diterapkan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Kesimpulannya kajian ini penting untuk dikaji bagi mencari faktor pencapaian murid yang
menurun pada setiap tahun di daerah Tuaran, Sabah. Kajian ini mempunyai beberapa
objektif:

1) Untuk melihat sejauh mana tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar
dipraktikkan oleh guru besar-guru besar di daerah Tuaran.
2) Untuk mengenal pasti tahap kepimpianan guru besar berdasarkan tahap pencapaian
sekolah di daerah Tuaran.
3) Untuk mengenal pasti perbezaan dalam tahap kepimpinan guru besar di daerah
Tuaran, berdasarkan faktor demografik.
4) Untuk menganalisis hubungan di antara amalan kepimpinan guru besar dengan
kemajuan tahap pencapaian sekolah di daerah Tuaran.
Cabaran utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah memperbaiki kualiti
pendidikan negara agar semua murid mendapat hak untuk belajar yang sama walaupun
berada di kawasan bandar mahupun kawasan luar bandar. Berdasarkan peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), walaupun pencapaian meningkat namun jurang pencapaian
cemerlang terhadap murid bandar dan luar bandar sangatlah membimbangkan. Ini
meletakkan Malaysia di kedudukan ketiga paling bawah dalam Program Penilaian Pelajar
(PISA) di peringkat antarabangsa di mana 50 peratus murid yang berumur 15 tahun tidak
mencapai tahap minimum dalam penilaian tersebut.

Justeru itu, KPM komited untuk merapatkan jurang prestasi pelajar bandar dan luar bandar
dengan menekankan pada setiap guru dan kepimpinan sekolah untuk mencapai kualiti
standard yang telah tetapkan. Selain kajian penekanan terhadap amalan kepimpinan antara
guru besar sekolah di kawasan luar bandar, di harapakan kajian ini mampu membantu KPM,
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sabah, dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk
merancang dalam rangka untuk membaiki pencapaian akademik dalam kalangan pelajar luar
bandar termasuk kawasan terpencil yang mempunyai status sosiekonomi yang rendah. Selain
itu, pihak kementerian atau pihak sekolah sebagai pemimpin instruksional boleh
4
HMEF5023
menyediakan incentif pembelajaran kepada murid luar bandar seperti biasiswa agar murid
lebih bersemangat untuk belajar sekaligus jurang perbezaan antara murid di kawasan bandar
dan luar bandar dapat dirapatkan.

3)Pembincangan:

3.1 Tahap amalan kepimpinan intruksional guru besar

Berdasarkan kajian yang dibuat, tahap amalan kepimpinan intruksional guru besar sangat
tinggi. Berdasarkan analisis yang dilakukan, elemen dalam kepimpinan intruksional
menunjukkan beberapa elemen berada di tahap kekerapan yang tinggi dan elemen yang lain
menunjukkan kekerapan yang rendah. Ini kerana, beberapa elemen diberi penekanan di dalam
kepimpinan intruksional dan ada juga elemen yang kurang diberi penekanan. Contohnya,
memupuk semangat professionalisma ialah elemen yang mempunyai kekerapan yang tinggi
berbanding element untuk mencapai matlamat sekolah diikuti elemen menyuarakan tentang
matlamat sekolah. Manakala element yang kurang tinggi iaitu berada di tahap sederhana
untuk diberi penekanan dan perbincangan utama adalah memberi insentif atau ganjaran
kepada guru.

Seorang guru besar perlu sentiasa adil dalam membentuk semangat professionalisma sebagai
salah satu fungsi pemimpin instruksional ketika menjalankan tugas. Selain itu, untuk
membentuk pemimpin instruksional adalah memberi insentif kepada guru. Apabila guru telah
berusaha untuk mencapai kecemerlangan sekolah, sepatutnya guru diberi insentif atau
ganjaran kerana komitmen penerusann yang diberi oleh guru. Apabila hak murid untuk
mendapatkan ilmu yang sepatutnya dapat direalisaikan oleh seorang guru. Hak guru juga
perlu di tekankan dan menjadi pembincangan dengan memberi pujian, insentif dan ganjaran
dalam menghargai jasa dan pengorbanan guru. Kepimpinan transaksi dapat dicapai melalui
situasi menang-menang tanpa mengorbankan perasaan pihak lain serta membolehkan semua
visi dan misi sekolah dapat dicapai.

3.2 Tahap amalan kepimpinan instruksional dari perspektif dimensi matlamat sekolah

Tahap amalan kepimpinan intruksional guru besar dalam dimensi mencapai matlamat sekolah
berada pada tahap kekerapan dan piawaian yang tinggi. Dua elemen dalam dimensi ini iaitu
menyuarakan dan menyebarkan matlamat (visi dan misi) sekolah. Elemen ini dapat di capai
ketika menggunakan data pencapaian murid untuk meningkatkan pencapaian akademik
murid, berbincang matlamat akademik bersama guru di dalam mesyuarat dan menyuarakan

5
HMEF5023
matlamat akademik sekolah kepada komuniti sekolah seperti staf sokongan, staf
pembersihan, dan staf keselamatan. Sebagai contoh, di sekolah adanya TS25 iaitu program
transformasi sekolah untuk meningkatkan kemenjadian murid. Perkara ini telah menjadi
bualan seluruh komuniti sekolah termasuk para murid sekolah. Ini salah satu contoh
kepimpinan transformasi iaitu ketua yang mampu membuat perubahan untuk mencapai
matlamat pada jangka masa yang panjang dan berfikiran ke hadapan.

Ini menunjukkan kepimpinan instruksional dalam kalangan guru besar perlu mempunyai
kepimpinan effektif iaitu ketua yang boleh menyampai (bercakap) dan juga pendengar yang
baik. Ketua yang mampu membuat perbezaan dengan siapa beliau bercakap dan bagaimana
untuk bercakap tanpa menimbulkan jurang perbezaan yang ketara. Ketua yang baik juga
perlu memberi pandangan tanpa mempengaruhi dan memaksa pekerja.

3.3 Tahap amalan kepimpinan instruksional dari perspektif dimensi mengurus


program instruksional.

Keputusan kajian mendapati kekerapan amalan kepimpinan instruksional dalam elemen


mengurus program intruksional juga tinggi. Di samping itu, memberi dan mengagihkan
tugasan kepada penyelaras kukurikulum mengikut tahap kebolehan juga mempunyai
kekerapan yang tinggi dan hampir selalu menjadi amalan guru besar. Sebaliknya, memberi
motivasi kepada guru untuk menulis dan menaikkan prestasi sekolah mendapat kekerapan
yang paling rendah. Keputusan ini menunjukkan amalan kepimpinan instruksional dalam
kalangan guru besar sangat menunjukkan bukti yang jelas bahawa berlakunya pengagihan
tugasan kurikulum kepada guru dimana guru besar bertindak sebagai ketua penyelaras
kokurikulum dan memberikan tugasan di dalam kumpulan guru. Guru besar yang effektif
mampu menjadi fasilitator yang aktif kepada guru untuk mencapai objektif. Contohnya,
menyediakan pelan taktikal dan carta alir merupakan satu cara yang bagus untuk fasilitator
mengendalikan sesebuah tugasan/program. Selain itu, mendidik/ mengajar guru dengan
pengalaman dan ilmu yang dimiliki. Guru besar juga harus berfikiran ke hadapan dan
sanggup menghadapi kebarangkalian atau risiko yang menggangu program. Akhir sekali,
setelah mengagihkan tugasan yang diberi, kepimpinan instruksional dapat dinyatakan dengan
menilai dan menyelia tugasan/ arahan yang diberi.

6
HMEF5023
3.4 Tahap amalan kepimpinan instruksional dari perspektif dimensi menggalakkan
iklim pembelajaran.

Tahap amalan kepimpinan instruksional melalui dimensi ini mempunyai kekerapan yang
sederhana. Dimensi ini juga hampir selalu menjadi amalan guru besar untuk menggalakkan
budaya pembelajaran dalam kalangan pelajar. Amalan ini menjadikan guru besar akan selalu
memantau kemajuan murid pada setiap masa dengan meminta guru memberi hadiah dan
pujian kepada murid di atas respon dan keterlibatan murid dalam aktiviti di dalam kelas.

Kekerapan yang paling rendah apabila dimensi yang jarang menjadi amalan guru besar di
sekolah iaitu memberi ganjaran istimewa kepada guru atas hasil usaha menambah baik
peratus kecemerlangan kurikulum pelajar di sekolah. Ini salah satu kepimpinan instruksional
iaitu memberi insentif pembelajaran. Sesuatu kejayaan haruslah di hargai agar kejayaan
seterusnya dapat dicapai.

3.5 Tahap kepimpinan instruksional guru besar berdasarkan dimensi tahap


penguasaan (TP) sekolah atau tahap prestasi.

Analisis menunjukkan perbezaan yang ketara dalam amalan kepimpinan instruksional dalam
kalangan sekolah yang berada pada tahap penguasaan (TP) 1 dengan sekolah TP 4.
Walaubagaimanapun, keputusan kekerapan dianggap tinggi dan menunjukkan bahawa guru
besar sekolah TP 1, 2, 3 dan 4 mempunyai tahap amalan kepimpinan instruksional yang
tinggi.

Analisis data menyatakan kepimpinan instruksional dalam dimensi TP menjadikan sekolah


TP 1 mempunyai tahap kekerapan yang paling tinggi dalam semua dimensi berbanding
sekolah lain. Realitinya, amalan kepimpinan instruksional di sekolah TP 1 mempunyai
kekerapan yang tinggi dibandingkan sekolah yang mempunyai prestasi yang rendah. Selain
itu, semua item dinilai agak tinggi dan menunjukkan yang guru besar kerap kali
mengamalkan kepimpinan instruksional dan membaiki prestasi murid. Amalan ini juga
memberi kesan yang positif keada murid untuk mencapai kejayaan.

3.6 Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar Berdasarkan Faktor Demografi

Kajian menunjukkan tidak ada perbezaan yang ketara di dalam dimensi ini. Jantina, umur,
kedudukan, keberadaan, dan tahap pendidikan tidak memberi perbezaan yang ketara di
dalam kepimpinan instruksional dalam kalangan guru besar berdasarkan elemen demografik
responden.
7
HMEF5023
3.7 Amalan kepimpinan instruksional guru besar dan hubungannya dengan pencapaian
sekolah.

Analisis hubungan Pearson menunjukkan keputusan yang negatif dan dinyatakan bertambah
atau berkurang mengamalkan kepimpinan instruksional tidaklah memberi kesan kepada
pencapaian TP sekolah. Contohnya, bertambah pencapaian TP sekolah dari TP 2 ke TP 1,
bukanlah menjadi faktor penting dalam meningkatkan amalam kepimpinan instruksional dan
sebaliknya.

4)Kata kunci keputusan kajian

Kesimpulannya, kajian menunjukkan amalan kepimpinan instruksional dalam kalangan guru


besar sekolah rendah di Tuaran, Sabah sangatlah tinggi. Mereka bertugas sebagai ketua
pengajar yang bertindak sebagai mentor kepada guru untuk melaksanakan pengajaran yang
baik dan menjadi ketua penyelaras kurikulum sekolah. Selaras dengan aspirasi KPM yang
telah digariskan oleh pelan Pendidikan PPPM iaitu meletakkan guru besar yang berprestasi
tinggi dan komited untuk mencapai kecemerlangan pendidikan.

Keduanya, menyatakan matlamat sekolah merupakan skor yang tertinggi, di mana dimensi ini
menjadi keutamaan guru besar. Guru besar yang selalu meletakkan harapan terhadap
matlamat sekolah pada setiap program akan memberi impak yang positif kepada warga
sekolah agar matlamat visi dan misi sekolah dapat dicapai. Keutamaan guru besar yang kedua
dan ketiga ialah mengurus program pengajaran dan mempromosi iklim dan suasana
pembelajaran yang positif.

Ketiganya, guru besar sekolah TP 1 mengamalkan kepimpinan instruksional ynag tinggi


berbanding sekolah TP2 dan TP 3. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi
kecemerlangan sesebuah sekolah termasuklah faktor kepimpinan. Demografik, sosio-
ekonomi, status, persekitaraan juga mempengaruhi kecemerlangan sekolah.

Secara keseluruhannya, amalan kepimpinan instruksional oleh guru besar sepatutnya


ditekankan dalam tiga dimensi iaitu, menghuraikan matlamat/ visi dan misi yang ingin
dicapai oleh sekolah, menguruskan program pengajaran dan mempromosi iklim pembelajaran
yang positif.

8
HMEF5023
5) kefahaman personal dan kritikan artikel.

5.1 Pada pendapat saya, sikap kepimpinan guru besar haruslah lebih kepada menghargai
guru. Ini kerana, berdasarkan kajian yang dibuat kekerapan dalam elemen menghargai dan
memberi insentif kepada guru sangatlah rendah dan tidak menjadi penekanan serta
pembincangan utama guru besar. Sebagai seorang ketua, hak dan kebajikan staff perlu dijaga
agar sekolah dapat melahirkan individu yang cemerlang dan sekaligus matlamat sekolah
dapat di capai.

(L)Initiating Structure (Task Behaviour) (H)

Gambar rajah 1 The Ohio State Leadership Quadrants

Berdasarkan rajah di atas, jelas menunjukkan apabila hubungan sikap consideration (c) sangat
tinggi maka struktur atau hasil akan juga tinggi. Ketua yang berkepimpinan instruksional
akan memberi perhatian kepada semua aspek secara teliti termasuk masalah yang dihadapi
oleh guru untuk menghasilkan struktur yang cemerlang. Sebaliknya berlaku apabila
consideration rendah, maka struktur pun akan rendah dan lemah.

9
HMEF5023

Gambar rajah 2: Rumusan situasi pemboleh ubah Fieldler’s dan gaya hidup
kepimpinan yang dipilih.

Berdasarkan rumusan gambar rajah di atas juga membuktikan apabila hubungan ketua dan
pekerja yang baik akan membawa kepada kepercayaan yang jitu dan ditambah dengan
struktur kerja yang tinggi, akhirnya kedudukan kuasa akan menjadi kuat. Hubungan majikan
khususnya guru besar bersama staff guru harusalah dibina dengan guru besar memahami
masalah kerja dan cuba menyelesaikannya secara berhemah dan bertimbang rasa.
Kepimpinan guru besar dapat dilihat apabila guru besar itu sendiri memberi kepercayaan
kepada guru dan memberi insentif apabila tugasan itu berjaya direalisasikan. Ini akan
meningkatkan semangat untuk memberi komitmen kepada sekolah dalam kalangan guru.

5.2 Kajian ini perlu juga lebih menitikberatkan bukan sahaja bidang kurikulum atau
akademik berbanding bidang kokurikulum, adab, syaksiah dan karakter murid. Kajian ini
diberi penelitian yang lebih lagi untuk melahirkan individu yang holistik yang mampu
bersaing dalam dunia yang moden kini. Murid pada hari ini, bukan sahaja perlu bergantung
kepada bidang kurikulum dan akademik sahaja malah pembelajaran di luar bilik darjah itu
sendiri penting agar murid dapat berdaya tahan dengan cabaran di luar sekolah yang menanti
apabila mereka tamat belajar nanti. Akiviti luar bilik darjah yang melibatkan sukan dan
olahraga juga penting untuk melahirkan invidu yang cergas, cerdas dan mampu membuat
keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Sukan juga ditakrifkan sebagai satu

10
HMEF5023
medium hubungan ekonomi negara. Contohnya, murid yang berjaya dalam sukan akan
bertanding di luar negara diperingkat antarabangsa. Secara lansung hubungan diplomatik
antara negara luar akan dicapai dan negara akan mula dikenali bahkan sekolah juga akan
mendapat tempias daripada aktiviti ini. Peningkatan kecemerlangan dan pencapaian sekolah
dapat di capai dengan kejayaaan yang diraih.

Selain itu, isu adab dan syaksiah tidak boleh dipisahkan daripada seorang penuntut ilmu.
Seseorang yang berilmu mestilah disertai dengan adab dan tingkah laku yang sopan dan
terpuji. Sekolah juga bertindak untuk membentuk karakter murid. Aktiviti kokurikulum
seperti kelab, persatuan, dan badan beruniform antara akviti yang digunakan untuk
membentuk karakter murid-murid. Di dalam aktiviti ini, minat dan kesungguhan dapat
dipraktikkan seterusnya bakat yang terpendam dapat dicungkil. Kecemerlangan dan
pencapaian sekolah dapat ditingkatkan. Tidak dilupakan bidang sukan.

5.3 Dalam kajian ini juga menyatakan amalan kepimpinan intruksional guru besar tidak
mempengaruhi pencapaian sekolah. Pada pendapat saya, agak kurang tepat dan perlu dibuat
kajian yang lebih terperinci. Hal ini disebabkan berjayanya sesebuah intitusi kerana adanya
ketua organisasi yang hebat. Ketua yang mengamalkan kepimpinan instruksional akan
mendorong dan memotivasikan orang bawahan untuk membawa kecemerlangan. Ketua akan
membawa perubahan dan mengubah karakter serta budaya kerja staf. Ketua yang bertimbang
rasa akan membuat kajian terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu keputusan. Jika ada
pekerja yang sering mencuri peluang, malas, tidak minat bekerja, tidak suka akan
tanggungjawab, mengelakkan diri daripada melakukan tugas tetapi suka dilihat sebagai orang
yang Berjaya melaksanakan tugas dengan jayanya. Sikap ini dikategoriakan pekerja teori X.
Sikap pekerja seperti ini perlu diubah oleh ketua dengan memantau pekerja tersebut dan
diberi amaran dan denda jika tidak produktif ketika menjalankan tugas yang digalas sebelum
mengambil Tindakan keras iaitu memecat pekerja tersebut. Di samping itu, “Supportive
leadership” ialah ketua yang melayan pekerjanya dengan layanan yang sama dan tidak
memihak kepada mana-mana pihak. Sikap bertimbang rasa guru besar dengan gaya
mendekati guru akan mengurangkan jurang antara pihak pengurusan dan guru. Guru besar
dan guru dapat duduk berbincang dan mengambil keputusan bersama adalah satu ciri amalan
kepimpinan instuksional. Amalan kepimpinan sangat penting digunakan untuk mendekati
guru agar selesa menyuarakan pendapat dan kritikan yang membina yang dapat membantu
meningkatkan pencapaian sekolah. Keseluruhannya pihak pentadbir yang diketuai guru besar

11
HMEF5023
perlu menerapakan amalan kepimpinan dalam diri dan mengaplikasikan pada setiap langkah
dan keputusan yang diambil. (3500 patah perkataan)

BAHAGIAN 2

12
BAHAGIAN 3
OCP
1
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

1)https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-perlu-belajar-daripada-ngo-

kurangkan-kerenah-birokrasi-340324

2) DR. MOHD AZAM BIN AHMAD, PENGARAH PENDIDIKAN, (2021)

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

2
< PROGRAM >

< SEMESTER / YEAR>

< COURSE CODE>

< COURSE TITLE>

MATRICULATION NO : <MATRIC NO>


IDENTITY CARD NO. : <IC NUMBER>
TELEPHONE NO. : <TELEPHONE>
E-MAIL : <EMAIL ID>
LEARNING CENTRE : <LEARNING CENTER>

3
4
INSTRUCTIONS
 Do not copy the assignment question and instructions to your answer.
 Prepare your assignment answer following the layout of the ASSESSMENT
CRITERIA shown in the RUBRICS provided for the course. Where RUBRICS are
not provided, follow the instructions/guidelines specified by the Open University
Malaysia (OUM) for the assignment concerned.
 Your assignment should be written according to the number of words outlined
in the assignment instruction EXCLUDING references.
 Type your answer using 12 point Times New Roman font and 1.5 line spacing.
 Show the number of words at the end of your assignment.
 Tables and figures where provided, should be appropriately titled.
 List your references separately in the APPENDIX page.

5
ATTACHMENT

REFERENCES

Author’s name (year). Book, Title, Publication

Anda mungkin juga menyukai