Anda di halaman 1dari 18

<POSTGRADUATE DIPLOMA IN TEACHING >

< SEPTEMBER 2021 >

<HMEF5023_V2>

<EDUCATIONAL LEADERSHIP>

NO. MATRIKULASI : <CGS02416426>


NO. KAD PENGENALAN : <871119025218>
NO. TELEFON : <0134233046>
E-MEL : < eiy_kin87@oum.edu.my>

PUSAT PEMBELAJARAN : <OUM SUNGAI PETANI>

1
PART 1 : JOURNAL ARTICLE REVIEW

Artikel ini dihasilkan adalah untuk melaporkan hasil kajian para penulis tentang tahap keupayaan
pengetua sekolah mentadbir sekolah dengan menggunakan beberapa kaedah gaya kepimpinan
dan keberkesanan gaya kepimpinan yang digunakan dalam urusan pentadbiran sekolah. Negara
kita Malaysia mengamalkan sistem pendidikan secara sentralisasi di mana dasar dan hala tuju
secara menyeluruh pendidikan negara ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kejayaan dan kegagalan sesuatu dasar kerajaan amat bergantung kepada keberkesanan
kepimpinan pengetua di sekolah dan institusi pendidikan di seluruh negara. Oleh itu ciri-ciri
pemimpin yang diamalkan oleh guru besar akan mempengaruhi pencapaian sesebuah sekolah
(Azizi Noordin & Lim, 2010)

Berdasarkan kepada artikel ini, isu utama yang dibangkitkan adalah ciri-ciri kepimpinan
guru besar mempengaruhi pembangunan kapasiti guru di sesebuah sekolah. Pembangunan
kapasiti guru yang dimaksudkan oleh para penulis adalah kemampuan dan kebolehan guru
dalam meningkatkan pencapaian murid (Aziah & Abdullah, 2009). Sebagai seorang pemimpin,
Shahril dan Yahya (2007) menjelaskan bahawa guru besar seharusnya berfikiran kreatif dan
keterbukaan dalam segala pengurusan pentadbiran sekolah. Justeru, dalam artikel ini telah
menunjukkan bahawa gaya kepimpinan tradisional seperti autokratik dan laissez-faire tidak lagi
releven sebagai gaya kepimpinan sekolah abad-21. Hal ini demikian kerana persaingan abad-21
amat sengit dan semua warga sekolah seharusnya mempunyai kebolehan untuk bersaing di
peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, guru besar yang memainkan peranan sebagai
pemimpin perlu bersifat motivasi dan mengiktiraf semua warga sekolah, iaitu guru dan murid
untuk menunjukkan potensi masing-masing dan bukan mengawal serta menentukan segala
urusan (Mat Rahimi & Mohd Yusri, 2015). Oleh itu, guru besar seharusnya memiliki ciri-ciri
kepimpinan moden yang boleh menjadi pemangkin dalam merangsang pencapaian
sekolah.

Selain itu, artikel ini juga membahaskan isu tentang tahap efikasi guru terhadap kepimpinan
pengetua sekolah. Ia bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara gaya kepimpinan
pengetua sekolah mempengaruhi tingkah laku seseorang guru untuk mendidik murid dan juga
persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua sekolah. Hal ini kerana tahap efikasi guru

2
dapat mempengaruhi pencapaian murid di sekolah dan secara tidak langsung juga dapat
meningkatkan pencapaian sekolah ke peringkat yang lebih cemerlang. Oleh itu, gaya kepimpinan
pengetua sekolah amat mempengaruhi tindakan seorang guru untuk melaksanakan tugasnya di
sekolah. Esifikasi mejuruk kepada kepercayaan seseorang terhadap kebolehannya untuk
melaksanakan sesuatu tingkah laku yang dikehendaki dengan jayanya (Bandura, 1977). Ashton
(1984) mendefinisikan esifikasi guru sebagai sejauh mana guru yakin mereka mempunyai
pengaruh ke atas pencapaian dan prestasi pelajar. Esifikasi guru yang dibincangkan di dalam
artikel ini merujuk kepada dua elemen iaitu esifikasi kendiri dan esifikasi pengajaran guru
(Gibson & Dembo 1984). Keupayaan kendiri adalah keyakinan terhadap kebolehan yang dimiliki
oleh guru untuk mengubah seseorang pelajar. Manakala keupayaan mengajar merujuk kepada
kemampuan untuk mengubah pencapaian pelajar.

Artikel ini juga menitikberatkan penambahbaikan tahap pendidikan negara bagi meningkatkan
tahap kecemerlanagn pendidikan di sekolah menjelang abad ke21 ini. Kemajuan sesebuah
bangsa dan negara adalah berdasarkan sistem pendidikan yang diamalkan. Pendidikan yang baik
dapat melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan menghargai kehidupan serta berfikiran
luas dalam pelbagai bidang yang diceburi. Hal ini kerana aliran pemikiran dalam pendidikan
terus berubah-ubah hingga ke zaman moden ini.

Artikel ini sangat penting untuk dibahaskan dari sudut yang pertama mengenai gaya kepimpinan
bagi seorang pengetua mentadbir sekolah. Hussein Mahmood (1993) berpendapat bahawa
pengetua harus mempunyai pelbagai kebolehan untuk mentadbir sesebuah sekolah seperti
mampu memotivasikan guru, staf dan pelajar supaya lebih berminat dan komited dengan segala
urusan dan aktiviti di sekolah. Selain itu, beliau juga perlu menjadi teladan dan rujukan kepada
para guru. Beliau juga harus berkebolehan untuk menginterprestasikan perubahan dalam sekolah
dan berkemahiran menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai dan tepat pada situasi yang
berlainan. Menurut kajian kepimpinan di sekolah berkesan semenanjung Malaysia, Jemaah Nazir
Sekolah 2003 mendapati bahawa pemimpin sekolah yang berkesan menitikberatkan aspek-aspek
kepimpinan seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir, permuafakatan, motivasi dan
dorongan, kepimpinan kurikulum dan pengupayaan kepimpinan di tempat kerja. Dalam kajian
ini gaya kepimpinan yang digunakan oleh pengetua sekolah ialah Autokratik, Demokratik,
Laisssez-Fair, Transformasi dan Instruksional. Keempat-empat gaya kepimpinan ini

3
mempengaruhi tahap efikasi guru terhadap komitmen kerja yang dilakukan dan kepuasan kerja
guru di sekolah. Kedua-dua aspek gaya kepimpinan pengetua dan tahap esifikasi sangat penting
untuk meningkatkan keyakinan guru terhadap kemampuan mengurus dan mengawal dalam kelas
sehingga memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran dan pencapaian murid.

Yang kedua dari sudut tahap efikasi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua di sekolah.
Seseorang pengetua sekolah seharusnya mempunyai pelbagai kebolehan seperti
menginterpretasikan perubahan dalam iklim dan budaya sekolah, berkemahiran dalam
mengaplikasikan tingkah laku kepimpinan yang bersesuian dengan situasi yang berlainan di
samping mampu meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja guru dengan mengurangan tekanan
kerja yang dihadapi oleh guru tersebut.

Yang ketiga peranan guru itu sendiri dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Guru merupakan golongan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan daya usaha dan
pendekatan pengajaran untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan memastikan hasil-hasil
pembelajaran dapat diperoleh pelajar di sekolah. Oleh itu guru perlu lebih kreatif dan inovatif
untuk memastikan apa yang disampaikan dapat menarik dan merangsang minat pelajar untuk
belajar. Guru yang tidak berusaha mengenalpasti kekurangan murid dianggap memiliki tahap
esifikasi yang rendah (Gibson & Dembo, 1984). Mereka mengamalkan kaedah hukuman dan
ganjaran selain kawalan disiplin di dalam bilik darjah untuk memastiksn murid mengikuti aktiviti
pengajaran (Woolfolk & Hoy, 1990).Berbanding guru yang mempunyai tahap esifikasi yang
tinggi, mereka menitikberatkan keupayaan murid dan pengembangan kognitif murid (Gibson &
Dembo, 1984).

Yang keempat mengenai isu penambahbaikan tahap pendidikan negara. Dunia semakin
mencabar dan rumit. Di Malaysia, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian
Pendidikan terhadap sebarang perubahan dan perancangan yang perlu bersifat mudah ubah. Ini
bermakna setiap peranan pemimpin pendidikan perlu berubah mengikut keperluan semasa yang
dikenali sebagai zaman milenium. Situasi ini amat jelas boleh dilihat apabila dunia sekarang
berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19 yang memerlukan setiap pemimpin dan

4
pengikut dalam rantaian kepimpinan untuk sentiasa dalam kesederhanaan sama ada semasa
berkomunikasi, membuat keputusan, dan merancang dalam keadaan yang sukar.

Peranan pengetua sekolah juga semakin hari semakin mencabar pada zaman serba moden ini dan
amat menitikberatkan ilmu penggunaan teknologi maklumat. Sebagai contoh penggunaan
komunikasi terkini (Google Meet, Skype) secara tidak langsung dalam kalangan warga organisasi
seperti guru dengan murid-murid semasa proses pembelajaran. Ini bermakna perubahan dari segi
fokus pembelajaran daripada kaedah pembelajaran secara bersemuka di dalam kelas kepada
pendidikan secara dalam talian.

Bagi membuktikan bahawa keberkesanan tahap efikasi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua
sekolah beberapa maklumat dapat diperoleh daripada data kajian melalui pengedaran borang soal
selidik secara dalam talian di sebuah sekolah di daerah Gua Musang, Kelantan. Kemudian
maklumbalas yang diperoleh hasil daripada pengedaran boring soal slidik tersebut dianalisis
dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) secara deskriptif
dan inferensi.

Borang soal selidik yang digunakan dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu Bahagian A
demografi, Bahagian B gaya kepimpinan pengetua sekolah dan bahagian C adalah tahap
kekuatan hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dan tahap efikasi guru di sekolah.
Bahagian demografi respondan adalah berdasarkan jantina, umur, kelayakan akademik,
pengalaman mengajar dan tempoh berkhidmat di bawah pengetua sekolah semasa. Bahagian B
terdiri daripada soalan-soalan berkaitan gaya kepimpinan pengetua sekolah yang dikaji iaitu
autokratik, demokratik, laissez –faire, instruksional dan transformasional. Manakala bahagian C
pula bertujuan untuk mengukur sejauh mana tahap efikasi guru terhadap gaya kepimpinan
pengetua sekolah yang digunakan.

Secara keseluruhannya, artikel ini merupakan satu penulisan yang informatif kerana telah
mendedahkan kepada pembaca pelbagai jenis gaya kepimpinan selain gaya kepimpinan
tradisional. Dapatan kajian artikel ini juga mengesahkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara gaya Kepimpinan Instruksional, Transformasional dan Demokratik dengan
tahap efikasi guru di sekolah rendah luar bandar Gua Musang. Gaya kepimpinan transformasi
dan instruksional merupakan gaya kepimpinan yang moden di mana ia adalah lebih releven

5
dengan budaya sekolah abad-21. Sebaliknya, gaya kepimpinan seperti autokratik, demokratik
dan laissez-faire merupakan gaya kepimpinan trandisonal di mana ciri-ciri gaya kepimpinan
mereka bersifat agak umum dan tidak releven lagi dengan pengurusan pendidikan abad-21. Oleh
yang demikian, artikel ini memberikan informasi yang releven dengan keperluan pendidikan
masa kini. Justeru, konklusi ini tidak dapat dijadikan sebagai satu fakta yang boleh diaplikasikan
dalam semua situasi sekolah rendah luar bandar kerana ia merupakan satu kajian yang
berdasarkan kepada sebuah sekolah tersebut sahaja. Namun demikian, hakikat bahawa gaya
kepimpinan guru besar merupakan antara faktor yang boleh mempengaruhi tahap efikasi
guru juga tidak boleh dinafikan.

Berdasarkan keputusan kajian, beberapa cadangan perlu dilakukan untuk penambahbaikan diri guru
besar dalam menangani masalah pengurusan sumber manusia dan komunikasi intra personal yang
dihadapi di sekolah dan seterusnya menambahbaikkan hubungan di antara guru besar dengan guru
supaya dapat meningkatkan tahap efikasi guru terhadap kepimpinan guru besar sekolah. Kepimpinan
merupakan kunci utama kepada kejayaan sesebuah sekolah. Maka, dengan mengenal pasti
tingkah laku kepimpinan guru besar yang efektif dan sejauh manakah tingkah laku atau gaya
kepimpinan yang diamalkan dapat mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi oleh guru-guru
dalam memastikan kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah.

Seseorang guru besar itu seharusnya mempunyai pelbagai kebolehan seperti menginterpretasikan
perubahan dalam iklim dan budaya sekolah, berkemahiran dalam mengaplikasikan tingkah laku
kepimpinan yang bersesuian dengan situasi yang berlainan di samping mampu meningkatkan
motivasi dan kepuasan kerja guru dengan mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi oleh para
guru (Hussein, 1993). Hal ini kerana terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada
tekanan kerja yang dihadapi oleh guru. Faktor-faktor tekanan di kalangan guru adalah seperti
beban kerja, karenah pelajar, sumber pengajaran dan perhubungan dengan rakan sekerja yang
kurang baik, kekangan masa dan perhubungan yang kurang baik dengan ibu bapa. Wan Hanum
Saraya dan Jamal Nordin Yunus (2012) yang telah menjalankan kajian gaya kepimpinan
pengetua di beberapa sekolah menengah yang berpencapaian akademik tinggi di negeri di
Kelantan Darul Naim mendapati bahawa peranan pengetua sangat penting dalam menentukan
pencapaian akademik yang tinggi oleh pelajar dalam peperiksaan. Guru-guru juga didapati

6
mempunyai padangan yang positif terhadap gaya kepimpinan pengetua dalam mempertingkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Para guru harus berusaha memperbaiki hubungan mereka dengan para pelajar di dalam bilik
darjah. Tugas guru bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi memastikan ilmu itu
diterima dan difahami oleh pelajarnya. Perkara ini hanya akan berlaku apabila guru mengambil
berat perkembangan akademik pelajar mereka. Guru perlu bersedia berbincang dengan setiap
pelajarnya bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka. Pelajar yang sentiasa diberi
dorongan untuk membuktikan kebolehan mereka serta memperbaiki kelemahan yang ada, pasti
akan lebih komited dalam pembelajaran mereka. Guru sebegini yang dikatakan mempunyai
tahap esifikasi yang tinggi kerana menjadikan pelajar berasa lebih diberi perhatian dan akan
menjadikan lebih yakin akan kebolehan mereka untuk berjaya, dan percaya bahawa kejayaan
akademik adalah penting untuk masa depan mereka. Kepercayaan yang positif ini akan
menggalakkan usaha dan ketekunan yang lebih tinggi dalam kalangan pelajar.

Guru juga harus sentiasa dilengkapkan dengan ilmu dan teori terkini berkaitan perkembangan
pelajar dan permasalahan mereka. Ilmu ini akan membolehkan guru mendekati pelajar dengan
cara berhemah. Kurangnya pengetahuan dan kemahiran guru dalam menangani perkembangan
diri pelajar akan menyebabkan sebahagian guru lebih cenderung menggunakan kata-kata negatif,
menyindir atau memandang rendah pelajar mereka. Sikap guru seperti ini tidak menggalakkan
pelajar memberikan komitmen terhadap sekolah dan pelajaran mereka.

Guru perlu bijak menilai minat, kegemaran dan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang sering
dilakukan oleh para pelajarnya (Raffini 1995). Guru perlu memahami dan mengetahui masalah
pelajar dan berusaha untuk membantu pelajar mengatasi masalah psikologi mereka. Komitmen
merupakan faktor yang berkesan dalam membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran yang
diingini. Hal ini kerana pelajar yang kurang komitmen sangat pasif, tidak berusaha bersungguh-
sungguh dan mudah berputus asa apabila berhadapan dengan cabaran. Mereka mudah bosan,
tertekan, risau dan mungkin marah dengan kehadiran mereka di dalam bilik darjah dan boleh
memberontak terhadap guru dan rakan sekelas.

7
Kejayaan dan keberkesanan sesebuah organisasi sekolah dalam mengurus perubahan banyak
bergantung kepada gaya kepimpinan yang digunakan oleh pemimpin sekolah tersebut. Guru
besar sebagai pemimpin sekolah berperanan penting dalam menggerakkan usaha ke arah
perubahan kurikulum seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan. Perubahan dunia yang pesat
di dalam bidang teknologi maklumagt dan ekonomi menjadi faktor kepada perubahan di dalam
bidang pendidikan bagi melahirkan modal insan yang berilmu di masa hadapan.
Penambahbaikan sekolah adalah satu usaha dan satu perubahan untuk memajukan sekolah sejajar
dengan perkembangan pendidikan semasa.

Sebagai contoh mudah yang dapat dilihat dengan situasi masa kini iaitu penularan wabak
COVID-19 meningkatkan keperluan norma baharu dalam sistem pendidikan, iaitu pembelajaran
dalam talian. Justeru, adalah penting bagi guru besar untuk memfokuskan prosedur pemantauan
untuk menilai keberkesanan, kecekapan dan kemampuannya dalam memastikan pelajar tidak
ketinggalan di dalam pembelajaran.

8
PART 2 : TEACHERS’ INTERVIEW REPORT

MAKLUMAT GURU

1. Nama Penuh : Asmah Binti Hamzah


2. Umur : 47 Tahun
3. Tarikh Lahir : 08-03-1974
4. Kelulusan Akademik : STPM
5. Kelulusan Ikthtisas : Ijazah Sarjana Muda Perguruan – TESL SR
6. Nama IPTA/IPTS : IPGM
7. Opsyen Major : Bahasa Inggeris
8. Tarikh Lantikan Ke Jawatan Sekarang : 01-01-1997
9. Tarikh Disahkan Dalam Jawatan Sekarang : 01-01-2000
10. Kategori/Gred : DG42
11. Pengalaman Mengajar Matapelajaran Opsyen : 24 Tahun
12. Pengalaman Menjadi Pemeriksa Kertas (Peperiksaan Awam)
12.1 Mata Pelajaran Yang Diperiksa : Bahasa Inggeris

Nama guru ialah Asmah Binti Hamzah. Beliau merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di
Sekolah Kebangsaan Tangjung Pari, Baling, Kedah. Beliau merupakan anak jati Kedah. Beliau
telah menjadi guru lebih kurang 24 tahun iaitu sejak tahun 1997 lagi. Setelah tamat pendidikan
menengah, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan. Setelah tamat pengajian di

9
Maktab Perguruan, beliau memulakan kerjaya sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan
Tangjung Pari, Baling, Kedah sehingga kini.

MAKLUMAT GURU
1. Nama Penuh : Mohd Sanusi Bin Sidik
2. Umur : 47 Tahun
3. Tarikh Lahir : 28-04-1974
4. Kelulusan Akademik : STPM
5. Kelulusan Ikthtisas : Ijazah Sarjana Muda Perguruan – MATEMATIK SR
6. Nama IPTA/IPTS : IPGM
7. Opsyen Major : Matematik
8. Tarikh Lantikan Ke Jawatan Sekarang : 01-01-2002
9. Tarikh Disahkan Dalam Jawatan Sekarang : 01-01-2005
10. Kategori/Gred : DG42
11. Pengalaman Mengajar Matapelajaran Opsyen : 19 Tahun
12. Pengalaman Menjadi Pemeriksa Kertas (Peperiksaan Awam)
12.1 Mata Pelajaran Yang Diperiksa : -

Nama guru ialah Mohd Sanusi Bin Sidik. Beliau merupakan seorang guru Matematik di Sekolah
Kebangsaan Kg. Bandar, Baling, Kedah. Beliau merupakan anak jati Kedah. Beliau telah
menjadi guru lebih kurang 19 tahun iaitu sejak tahun 2002 lagi. Setelah tamat pendidikan
menengah, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan. Setelah tamat pengajian di

10
Maktab Perguruan, beliau memulakan kerjaya sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan
Kg.Bandar, Baling, Kedah sehingga kini.

Peranan serta tindakan pengetua sekolah menjadi perhatian guru-guru. Oleh itu untuk
mengetahui lebih lanjut mengenai sejauh mana peranan mereka dalam memberi kepuasan hati
para guru, beberapa persoalan telah dikemukakan berdasarkan temubual dengan dua orang guru
yang berpengalaman mengajar lebih dari lima tahun di sekolah. Antara persoalan-persoalan
berikut ialah :

1) Adakah pengetua cekap dalam menyelesaikan masalah?


2) Sejauhmanakah pengetua bersungguh-sungguh untuk mencapai visi sekolah?
3) Adakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan semata-mata untuk mempertingkatkan nama
pengetua?
4) Adakah pengetua bersungguh-sungguh menyokong dan membantu guru?
5) Adakah pengetua berusaha untuk mengenalpasti punca-punca ketidakpuasan kerja guru-
guru?

Semua ini merupakan perkara yang diperhatikan oleh guru dan akan mempengaruhi perlakuan
guru di sesebuah sekolah. Menurut Jemaah Nazir Sekolah 2003 dalam kajian kepimpinan di
sekolah berkesan semenanjung Malaysia, pemimpin sekolah yang berkesan memberi perhatian
yang berat terhadap aspek-aspek kepimpinan seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir,
permuafakatan, motivasi dan dorongan, kepimpinan kurikulum dan pengupayaan kepimpinan di
tempat kerja. Kepimpinan pengetua seperti dinyatakan oleh Jemaah Nazir Sekolah akan
mencorakkan iklim pembelajaran dan tahap moral guru-guru sekolah tersebut.

11
Hasil dari temubual bersama dua orang guru yang berpengalaman mengajar lebih dari lima tahun
ini adalah berdasarkan beberapa isu penting yang diambil berat oleh guru mengenai kepuasan
mereka terhadap prinsip kepimpinan guru besar yang mempengaruhi tingkah laku guru dalam
melakukan tugas pengajaran mereka di sekolah.

Antara isu yang saya bincangkan bersama guru-guru tersebut adalah yang pertama mengenai
penentuan misi sekolah dalam merangka matlamat sekolah dan menyampaikan matlamat
sekolah. Bagi menyampaikan matlamat sekolah dengan jelas, usaha pengetua untuk berkongsi
dan menyebarkan matlamat sekolah dengan warga sekolah melalui ucapan, penulisan matlamat
sekolah di bangunan sekolah, laporan, pertuturan, penulisan dan sebagainya. Tujuannya agar
semua pihak dapat bekerjasama dengan sekolah untuk mencapai matlamat itu (Mohd Sanusi).

Pengetua perlu untuk menentukan dan berkomunikasi tentang misi sekolah untuk mencapai
matlamat tersebut. Sekolah yang tidak menetapkan matlamat sekolah serta hala tuju tidak
mempunyai ciri-ciri untuk menilai kejayaan sekolah dalam melaksanakan proses pendidikan.
Matlamat ini merangkumi matlamat kurikulum atau akademik dan matlamat kemajuan sekolah.
Oleh itu, menentukan, menetapkan dan mendefinisikan misi sekolah melibatkan komunikasi
yang disampaikan kepada kakitangan dan murid agar dapat dikongsi serta dihubungjalinkan
bersama-sama pelbagai aktiviti yang berlaku di bilik darjah mahupun di seluruh sekolah
(Asmah).

Pengetua berperanan dalam menentukan misi dan merangka matlamat sekolah serta
menyampaikan matlamat ini dengan cara yang berterusan dan dikongsi kepada guru, murid, ibu
bapa, dan masyarakat melalui saluran komunikasi yang rasmi dan tidak rasmi seperti seminar
keibubapaan, mesyuarat guru, perhimpunan mingguan, mesyuarat pagi, perbualan dengan guru
atau murid, papan buletin sekolah, mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), laman
sesawang sekolah dan sebagainya (Mohd Sanusi).

Dalam fungsi menyampaikan matlamat merujuk kepada peranan pengetua dalam menentukan
bahawa sekolah akan menumpukan perhatian dan sumber sepanjang tahun persekolahan yang

12
diberikan. Sekolah yang berkesan mempunyai matlamat yang jelas bagi memberi tumpuan
kepada pencapaian murid. Matlamat harus menggabungkan data mengenai prestasi murid yang
lalu dan semasa dan termasuk tanggungjawab kakitangan untuk mencapai matlamat (Asmah).

Isu yang kedua membingcangkan pengurusan program pengajaran merangkumi menyelia dan
menilai pengajaran, menyelaras kurikulum dan memantau kemajuan murid di mana melibatkan
peranan pengetua menguruskan, mengadakan dan mengelola program pengajaran untuk
menambah baik mutu pengajaran. Tugas pengetua untuk mencerap dan menilai pengajaran dan
pembelajaran di sekolah melalui fasa-fasa penyeliaan yang sepatutnya. Tujuannya agar masalah
pengajaran dan pembelajaran dapat dikenal pasti dari akar umbinya dan pengetua dapat
membimbing guru mengatasinya di samping memastikan pengajaran guru selari dengan objektif
kurikulum sekolah dan menyelaras hal-hal berkaitan dengan kurikulum. Aspek penyelarasan
kurikulum biasanya disokong oleh interaksi dalam kalangan guru-guru mengenai isu-isu
pengajaran dan kurikulum (Asmah).

Pengetua perlu memberikan sokongan dalam aktiviti pengajaran seperti menyediakan sumber
material dan bukan material untuk memudahkan guru menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan. Selain itu pengetua juga perlu memantau kemajuan akademik
murid dengan memastikan dari semasa ke semasa proses kemajuan pelajar dalam akademik.
Setiap kelemahan pelajar dikenal pasti dan membimbing pelajar bagi mengatasinya. Kekuatan
pelajar dimaksimumkan agar matlamat sekolah tercapai (Mohd Sanusi).

Yang ketiga membincangkan mengenai isu mewujudkan iklim pembelajaran sekolah yang mana
melibatkan peranan pengetua untuk membina sikap dan pemikiran guru dan pelajar serta
pembinaan suasana yang kondusif ke arah usaha gigih untuk kecemerlangan pengajaran dan
pembelajaran. Iklim pembelajaran sekolah ini boleh diwujudkan dengan mengawal waktu
pengajaran, mengekalkan keterampilan, menyediakan insentif untuk guru, menggalakkan
pembangunan profesional dan menyediakan insentif untuk pembelajaran.

Pengetua perlu bertanggungjawab bagi memastikan diri sendiri dan pihak lain tidak mengganggu
waktu pengajaran dan pembelajaran seperti gangguan pembesar suara, guru dan pelajar dipanggil
ke pejabat, mesyuarat, taklimat, ‘spot-check’ dan sebagainya. Hal ini kerana murid perlu diberi

13
diperuntukkan masa yang cukup agar penyampaian ilmu dapat diterima sepenuhnya oleh murid
(Mohd Sanusi).

Bagi meningkatkan lagi komitmen guru dalam melaksanakan tugasnya dalam pengajaran,
pengetua boleh memberikan Insentif terhadap usaha guru sebagai penghargaan kepada guru
dengan memberi ganjaran seperti sijil, pujian, cenderahati, alat bantu mengajar, anugerah
prestasi cemerlang dan sebagainya (Asmah).

Pengetua juga berperanan untuk menggalakkan guru-guru untuk mengikuti program


perkembangan staf khasnya dalam peningkatan kualiti pengajaran sama ada di sekolah atau di
luar sekolah bertanggungjawab memastikan guru-guru menyebarkan input yang diperoleh
daripada program yang dihadiri untuk diaplikasikan bersama-sama di sekolah (Mohd Sanusi).

Selain itu, tugas pengetua juga untuk menetapkan dan memastikan dasar akademik dipatuhi oleh
guru dan pelajar. Contohnya, gred peperiksaan sekolah, waktu mula P&P, waktu kokurikulum,
ujian, peperiksaan dan lain-lain (Asmah).

Bagi meningkatkan lagi semangat pelajar untuk terus belajar, melibatkan tanggungjawab
pengetua juga memberikan insentif atau pengiktirafan kepada pelajar sama ada dalam bentuk
lisan atau bukan lisan di samping dapat memberi motivasi pelajar supaya lebih gigih untuk
cemerlang dalam pembelajaran. Sebagai contoh memberi hadiah kepada pelajar yang mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Penghargaan ini boleh diraikan melalui majlis
anugerah cemerlang murid, pemberian sijil dan wang atau hadiah ataupun dalam bentuk pujian.
Hal ini mampu mewujudkan iklim pembelajaran yang sihat sekolah apabila pihak sekolah
menghargai pencapaian akademik murid (Mohd Sanusi).

Kesimpulan daripada keseluruhan perbincangan melalui temubual bersama dua orang ini yang
boleh dibuat adalah berdasarkan Model Kepimpinan Instruksional Weber (1996). Model ini
boleh dilihat di muka surat 16 dalam bentuk kerangka kepimpinan instruksionalnya. Dari sudut
mendefinisikan misi sekolah, Weber menerangkan bahawa dimensi ini sebagai proses yang
dinamik yang memerlukan kerjasama dan pemikiran reflektif demi menghasilkan suatu visi dan
misi yang jelas dan jujur. Matlamat sekolah seharusnya mampu mencapai usaha kesemua guru
dan kakitangan sokongan, murid dan ibu bapa untuk mencapai matlamat secara bersama-sama.

14
Sehubungan dengan itu, pengetua perlu menyediakan peluang kepada pihak berkepentingan
untuk membincangkan nilai dan harapan untuk menyediakan matlamat sekolah bersama-sama.

Dari sudut mengurus bidang kurikulum dan instruksional, pengetua seharusnya mengurus
kurikulum selaras dengan misi sekolah. Pengetua harus memiliki keterampilan untuk
membimbing guru dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan bilik darjah
agar menyediakan peluang terbaik untuk kejayaan dan kecemerlangan murid. Pengetua ini juga
harus membantu guru melaksanakan amalan terbaik dari kajian-kajian semasa dan mengatur
strategi pengajaran yang berkesan untuk membolehkan murid mencapai prestasi akademik atau
Key Performance Indikator (KPI) yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Manakala dari sudut menggalakkan iklim pembelajaran yang positif, Weber menjelaskan bahawa
sudut ini melibatkan sikap dan jangkaan seluruh warga sekolah. Beliau mengatakan pelbagai
punca pembelajaran murid dan punca terpenting yang mempengaruhi ialah kepercayaan, nilai
dan sikap yang dipegang oleh pengetua, guru dan murid. Pengetua perlu menggalakkan suasana
pembelajaran yang positif melalui usaha berkongsi matlamat pengajaran, menetapkan
pencapaian yang tinggi, menetapkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan jangkaan
disiplin yang jelas dan berusaha ke arah meningkatkan komitmen guru kepada sekolah.

Dari sudut memerhati dan meningkatkan pengajaran bermula apabila pengetua membina
hubungan yang saling mempercayai dan menghormati dengan guru-guru. Pemerhatian berupa
aktiviti pencerapan guru sebagai peluang interaksi profesional kepada kedua-dua belah pihak.
Melalui hubungan dua hala ini, kedua-dua belah pihak mendapat maklumat dan kemahiran yang
berguna dan tidak diperoleh melalui pembacaan. Pengetua dapat mengamalkan pengalaman ini
dengan mengemukakan hasil-hasil kajian yang berkaitan dengan strategi pengajaran, pemulihan
dan perbezaan antara murid.

Sudut terakhir dalam kerangka kepemimpinan instruksional Weber (1996) iaitu menilai program
pengajaran merujuk kepada keperluan terpenting dalam usaha peningkatan program
instruksional. Pemimpin instruksional ialah pencetus dan penyumbang kepada usaha merancang,
mereka bentuk pentadbiran dan menganalisis bentuk-bentuk penilaian bagi menilai keberkesanan
kurikulum. Penelitian berterusan ke atas program kurikulum membolehkan guru menilai
keperluan murid secara berkesan dan penambahbaikan dapat dilaksanakan. Oleh itu, guru boleh

15
menggunakan pelbagai jenis penilaian untuk mengukur tahap kefahaman murid terhadap sesuatu
topik.

Jadual 1.3: Model Kepemimpinan Instruksional Weber (1996)

Mendefinisika Mengurus Menggalakkan Memerhati dan Menilai


n Kurikulum Iklim Meningkatkan Program
Misi Sekolah dan Pembelajaran Pengajaran Pengajaran
Pengajaran yang Positif
• Pemimpin •Pemimpin • Pemimpin • Pemimpin • Pemimpin
instruksional instruksional instruksional instruksional instruksional
membina memantau menggalakkan memerhati dan menyumban
amalan g
secara iklim mempertingkatka
bilik darjah n pengajaran kepada
kolaboratif visi pembelajaran
dengan usaha
melalui usaha
dan matlamat yang positif
misi sekolah perancangan,
pencerapan dan
bersama-sama dan dengan
mereka
mewujudkan
sekolah menyediaka menyampaika
bentuk,
n n peluang-peluang
dengan pihak
mengurus
sumber dan matlamat, pembangunan
berkepentinga dan
n sokongan menetapkan profesional
menganalisis
untuk
jangkaan dan
hasil
amalan
mewujudkan penilaian
model dan
suasana yang menilai
teknik
pengajaran pembelajaran keberkesana
n
terbaik serta yang teratur
kurikulum
menyokong
usaha
penggunaan
data
bagi
memacu

16
pengajaran

APENDIKS

RUJUKAN

Baharin, B. M. (2016). Gaya Kepimpinan Guru Besar Dan Tahap Efikasi Guru. Journal of
Personalized Learning, 9-17. http://eprints.iab.edu.my/v2/1207/1/38-332-1-PB.pdf

Ambotang, D. A. (2017, Ogos 2). Kepimpinan Pengetua Sebagai Peneraju Kecemerlangan


Sekolah. Minda Pendidik.

Awanis Binti Mohd, A. B. (2016). Tahap Efikasi Guru Dan Hubungan Dengan Pencapaian
Sekolah Di Sekolah-sekolah Menengah Dalam Daerah Bachok. ICECRS. Universiti
Utara Malaysia.

Azhar Harun, R. B. (2016). Amalan Kepimpinan Guru Di Sekolah Menengah Zon Timur
Semenanjung Malaysia. Journal Kepimpinan Pendidikan.

Azizi Yahaya, H. M. (2011). Hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan faktor-faktor
kepimpinan di Sekolah Cemerlang di negeri Melaka. Journal of Educational
Management, 48-70.

Rohani Arbaa, ,. H. (2010). Hubungan Guru pelajar dan Kaitannya dengan Komitmen Belajar
Pelajar : Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan Perbeaan antara Jantina Pelajar ? Journal
Pendidikan Malaysia, 61-69.

17
18

Anda mungkin juga menyukai