Anda di halaman 1dari 20

HPGD 1103

TAKE HOME EXAMINATION

SEMESTER 1 / TAHUN 2022

HPGD 1103

CURRICULUM DEVELOPMENT

NO. MATRIKS : CGS02639226


NO. KAD PENGENALAN : 970520-11-5686
HPGD 1103
BAHAGIAN A

SOALAN 1
Contoh ciri-ciri kurikulum tersembunyi, sebab-sebab mengapa kurikulum formal boleh
dianggap sebagai satu disiplin dan isu-isu yang berkaitan apabila sesuatu kurikulum didekati
sebagai satu produk.

PENGENALAN

Kurikulum tersembunyi (hiddem curriculum) merupakan kurikulum tidak formal yang


dilaksanakan untuk memupuk nilai, sikap, dan interaksi sosial yang positif melalui peniruan,
permodelan, aktiviti kumpulan, aktiviti unit beruniform dan sebagainya. Kurikulum
tersembunyi juga merupakan satu pengalaman pembelajaran yang dipelajari secara tidak
langsung oleh murid-murid sekolah dan memberi kesan di luar kawalan guru. Kesan secara
tidak langsung ini juga dikenali sebagai kesan sampingan kurikulum tersembunyi. Ciri-ciri
kurikulum tersembunyi meliputi semua pengalaman pembelajaran yang murid peroleh di
mana mereka belajar.

Kurikulum tersembunyi juga melatih murid untuk hidup dalam masyarakat dan diberi
latihan yang lebih bersifat ‘soft skils’ atau kemahiran insaniah untuk masa hadapan dan
memberi kepuasan kepada mereka sepanjang berada di sekolah. Dalam pada masa yang sama
kurikulum tersembunyi dapat menyatukan murid pelbagai kaum dengan adanya aktiviti
kokurikulum.

Antara contoh yang dapat menunjukkan ciri-ciri kurikulum tersembunyi termasuklah


mengadakan pertandingan permainan tradisional ataupun karnival permainan tradisional.
Dengan cara ini murid-murid dapat menambah pengetahuan serta mengenali permainan
tradisional kaum masing-masing. Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan
antara kaum.

Selain itu, perlantikan pengawas sekolah juga merupakan contoh kurikulum


tersembunyi dimana pengawas dilantik dari kalangan murid-murid yang terpilih disebabkan
bakat kepimpinan, sahsiah yang baik dan tahap akademik yang cemerlang di dalam diri murid

1
HPGD 1103
tersebut. Setiap aktiviti dalam badan pengawas sekolah dapat membantu mengembangkan
potensi serta mencungkil bakat murid tersebut dari segi kepimpinannya. Antara yang
menunjukkan ciri-ciri kurikulum tersembunyi juga adalah melalui suasana bilik darjah yang
menerapkan kemahiran hidup sebagai sebahagian daripada masyarakat. Pengajaran seperti ini
diperoleh dalam konteks sosial iaitu menerusi aktiviti sosial murid mencuba pelbagai cara
untuk terus hidup bersama. Contohnya, kita lihat situasi di kantin murid-murid iniakan
beratur semasa membeli makanan walaupun ia bukan satu peraturan yang termaktub dalam
kurikulum yang direncanakan namun, dalam konteks sosialnya beratur itu mewujudkan sifat
tolak ansur dan kesabaran. Dengan ini, murid bukan sahaja dapat memuaskan kehendaknya
tetapi juga kehendak organisasinya iaitu rakan murid yang lain.

Akhir sekali, melalui situasi disiplin di antara guru dan pelajar, apabila seseorang
murid tidak manyiapkan kerja yang diberi untuk disiapkan di rumah, semestinya seorang
guru akan memberi nasihat murid berkenaan untuk melakukan perubahan sikap ataupun
mengenakan denda terhadap murid tersebut. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan
pengajaran kepada murid berkenaan, malah menjadi pengajaran kepada murid-murid lain
juga. Nilai dan norma masyarakat yang disampaikan melalui tunjuk ajar sebegini mampu
menjadi teladan kepada murid dalam menilai perkara baik dan buruk.

Dapat disimpulkan bahawa kurikulum tersembunyi tidak direncanakan atau


diprogramkan tetapi kehadirannya sudah cukup untuk mempengaruhi tingkah laku murid
dalam ideologi, keyakinan, nilai budaya masyarakat dan angkubah organisasi sistem sosial
dan kebudayaan.

SEBAB-SEBAB MENGAPA KURIKULUM FORMAL BOLEH DIANGGAP SEBAGAI


SATU DISIPLIN

Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan untuk mencapai
matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah. Ia merupakan satu set dokumen untuk
dilaksanakan dan mengandungi hal sebenar yang berlaku dibilik darjah dan apa yang telah
disediakan dan diberi penilaian. Kurikulum formal merangkumi kurikulum akademik yang
dilaksanakan melalui kurikulum pengajaran dan kurikulum operasi. Penggubalan kurikulum

2
HPGD 1103
ini adalah diuruskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Negara. Kurikulum formal juga
dianggap sebagai satu disiplin kerana menepati ciri-ciri disiplin yang jelas. Menurut Oliva
(1982), sesuatu disiplin mempunyai ciri-ciri berikut :
- Sesuatu disiplin harus mempunyai satu set prinsip teori yang teratur.
- Disiplin merangkumi sekumpulan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan
dengan disiplin itu.
- Sesuatu disiplin mempunyai ahli teori dan pengamalnya.

Satu set prinsip teori yang teratur


Dalam perancangan kurikulum formal ini terdapat prinsip-prinsipnya seperti falsafah
pendidikan, matlamat kurikulum dan objektif pembelajaran yang digunakan dalam
pembangunan program sekolah, universiti dan pusat latihan. Dalam reka bentuk kurikulum,
prinsip skop, urutan dan keseimbangan digunakan dalam organisasi kandungan yang akan
diajar. Bidang kurikulum mempunyai badan pengetahuan dan kemahirannya sendiri yang
dipetik daripada beberapa disiplin tulen yang lain. Menerusi penetapan perkara yang hendak
diajarkan kepada murid, kurikulum telah bergantung kepada prinsip, pengetahuan dan
kemahiran daripada psikologi, falsafah dan sosiologi.

Merangkumi sekumpulan pengetahuan dan kemahiran


Dalam pelaksanaan kurikulum formal, pelbagai idea daripada teori sistem, tingkah laku
organisasi dan teori komunikasi telah digunakan untuk meningkatkan keberkesanan. Sebagai
contoh, penyelidikan dalam tingkah laku organisasi telah digunakan untuk membawa
perubahan dalam kalangan guru, pentadbir pendidikan dan masyarakat. Bagi membuktikan
kurikulum formal merupakan satu disiplin, kurikulum ini juga mengaplikasikan idea-idea
yang diambil daripada disiplin yang berbeza dan di sini menyebabkan penjanaan badan
pengetahuan dan kemahiran itu berlaku. Sebagai contoh, penyelidikan terhadap tingkah laku
organisasi dilaksanakan bagi membawa perubahan dalam kalangan guru, pentadbir
pendidikan dan masyarakat.

Mempunyai ahli teori dan pengamalnya


Bidang kurikulum formal ini juga mempunyai senarai ahli teori dan pengamalnya dan mereka
merupakan perancang kurikulum, profesor kurikulum dan juga dikenali sebagai pembangun
kurikulum. Pakar-pakar ini mahir dalam bidang yang berkaitan dengan kurikulum, seperti

3
HPGD 1103
sejarah dan asal usul kurikulum (untuk mengetahui kejayaan atau kegagalan terdahulu),
perancangan kurikulum dan bagaimana kurikulum tertentu akan dilaksanakan dengan jayanya
di sekolah. Pakar ini juga mempunyai maklumat yang baik tentang cara pelajar belajar, cara
guru bertindak balas terhadap perubahan dan halangan kepada penambahbaikan.

Oleh itu, dapat dikatakan bahawa kurikulum formal ini memenuhi kesemua ciri
disiplin yang dapat menyumbang kepada pembangunan sekolah serta mencapai matlamat
serta visi dan misi sekolah. Kejayaan pendidikan pelajar adalah bergantung kepada kurikulum
yang dipelajari mereka samada diamalkan atau tidak berkesan terhadap penilaian kendiri
mereka.

ISU-ISU YANG BERKAITAN APABILA SESUATU KURIKULUM DIDEKATI


SEBAGAI SATU PRODUK.

Kurikulum merupakan sebuah hasil kajian sistematik masyarakat yang mengajar beberapa
perkara yang menjadikan seorang insan itu berguna. Produk daripada kurikulum ialah pelajar
yang dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk berfungsi dengan berkesan
dan cekap. Menepati pendekatan Bobbit terhadap tujuan sebenar kurikulum iaitu membawa
perubahan ketara dalam corak tingkah laku pelajar itu sendiri.

Namun setiap usaha yang dijalankan pasti mempunyai isu-isu tersendiri dalam
mencapai kata kurikulum itu sebagai satu produk. Antaranya termasuklah, pelajar yang
berpengatahuan mungkin akan mengalami masalah dalam berkemahiran. Pengetahuan tanpa
kemahiran tidak menunjukkan satu proses yang lengkap apabila pelajar itu sendiri tidak dapat
menguasai kemahiran daripada pengetahuan tersebut. Contohnya, pelajar biologi yang hanya
mempelajari teori tetapi tidak diberi praktikal. Ini tidak membolehkan mereka bergelar doktor
selagi tidak menjalani praktikal.

Isu keduanya adalah apabila pelajar mempunyai pengetahuan dan kemahiran tetapi
nilai dalam diri pelajar itu tidak berkesan terhadap diri mereka dan merosakkan reputasi
kecekapan dalam pekerjaan mereka di masa akan datang. Jika kurikulum ini dikatakan suatu
produk, semestinya perlaksanaan ini mampu melahirkan pelajar yang menguasai nilai yang
mantap dalam membuktikan keberkesanannya kurikulum. Contohnya tingkah pelajar perlulah

4
HPGD 1103
seiring dengan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari bagi menjadikan mereka pelajar
contoh yang menguasai kurikulum dengan jayanya.

SOALAN 2
Aspek-aspek yang akan dipertimbangkan sekiranya anda ingin membangunkan satu
kurikulum berdasarkan rekonstruktivisme dan berdasarkan cadangan oleh abu nasr al-farabi

PENGENALAN
Rekonstruksionisme adalah unik falsafah yang popular di AS pada tahun 1930-an hingga
1960-an. Rekonstruksionisme ialah falsafah yang percaya kepada pembinaan semula
infrastruktur sosial dan budaya. Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang
dipecahkan daripada aliran fahaman progresivisme dan menjadi suatu falsafah sendiri.
Menurut ahli rekonstruktivisme, sekolah dianggap sebagai pemangkin utama dalam
meningkatkan keadaan hidup manusia. Ini bertepatan dengan tujuan asal pelopor-pelopor
utama aliran ini iaitu membaiki dan membina semula masyarakat. Dalam pembangunan
sesebuah kurikulum rekonstruktivisme ini, ada beberapa perkara yang perlu diketengahkan
bagi mencapai matlamat dalam mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan
penyakit sosial selain bertujuan untuk mengenalpasti masalah sosial yang menjejaskan
pembangunan masyarakat dan menimbulkan krisis budaya.

kandungan kurikulum dalam


pendidikan
terdiri daripada pelbagai
masalah sosial, ekonomi,
politik yang dihadapi manusia
dan
5
HPGD 1103

meliputi juga masalah peribadi


dan sosial yang dihadapi
pelajar.
Berdasarkan falsafah rekonstruktivisme, kandungan kurikulum dalam pendidikan
haruslah terdiri daripada pelbagai masalah sosial, ekonomi, politik yang dihadapi manusia
dan meliputi juga masalah peribadi dan sosial yang dihadapi pelajar. Pelajar tidak hanya
melakukan tugasan analisis, pentafsiran dan penilaian masalah sosial malah mereka perlu
komited dengan isu utama yang dibincangkan dan digalakkan untuk bertindak bagi membawa
perubahan yang membina. Para pelajar perlu menumpukan usaha kepada perkembangan
ekonomi dan kebajikan sosial manusia. Sejajar dengan pemahaman al-Farabi yang
mengatakan bahawa istilah pendidikan juga merangkumi latihan dan pembelajaran yang
melatih pelajar untuk memperolehi nilai, pengetahuan dan kemahiran praktikal.

Selain itu, isu sosial dan ekonomi serta perkhidmatan sosial merupakan dasar utama
pembangunan kurikulum rekonstruktivisme. Penglibatan pelajar dalam menganalisis kritikal
masyarakat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa perlu dilaksanakan bagi mengkaji
masalah kemiskinan, kemerosotan alam sekitar, pengangguran, jenayah dan kelaparan yang
dihadapi oleh masyarakat tersebut. Hal ini bagi menyedarkan para pelajar akan kepentingan
sesebuah kurikulum itu bukan sekadar pembelajaran teori malah perlu diberi keutamaan
dalam mengelakkan berlakunya permasalahan yang dinyatakan itu. Al-Farabi mengatakan
bahawa manusia yang sempurna (al insan al kamil) ialah yang telah memperoleh kebaikan
teori (pengetahuan intelektual) dan nilai moral yang praktikal (tingkah laku moral).

Seterusnya, kurikulum rekonstruktivisme ini juga menekankan kepada penyelesaian


terhadap isu ketidakadilan yang berlaku dalam masyarakat dan ketidaksamaan dari segi
kaum, jantina dan status sosioekonomi. Guru bertanggungjawab memberikan input dalam
mendidik pelajar untuk meneliti isu-isu kontroversi ini. Pelajar perlu bekerjasama untuk
mencapai kata sepakat tentang sesuatu isu dan digalakkan untuk menumbuhkan kerja
berkumpulan. Al-farabi juga menekankan tentang keperluan untuk wacana saintifik dimana
dengan adanya pengetahuan tentang sesuatu itu dapat diperolehi melalui pertanyaan tentang

6
HPGD 1103
perkara itu, atau daripada jawapan yang diperolehi, atau dengan menyelesaikan sesuatu
masalah. Kerjasama antara kerja berkumpulan mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Selain daripada itu, pembangunan kurikulum berdasarkan kurikulum


rekonstruktivisme ini juga perlu sentiasa berubah untuk memenuhi perubahan dalam
masyarakat mengikut arus pergerakkan era globalisasi kini. Hal ini dapat meningkatkan
persefahaman pelajar dalam menyedari isu global dan saling bergantung antara negara bagi
mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kerjasama global ini perlu menjadi fokus utama
dalam sesebuah kurikulum. Bertepatan dengan pandangan Al-Farabi yang mengatakan
bahawa kaedah pengajaran mestilah bersesuaian dengan tahap pelajar. Sebagai contoh,
kaedah imaginasi digalakkan untuk mengajar konsep yang sukar difahami kepada orang
biasa. Pendidik boleh menggunakan metafora dan ilustrasi dalam pengajaran terutamanya
bagi menarik minat pelajar yang kurang berminat untuk belajar.

Akhir sekali, bagi mewujudkan sebuah pembangunan kurikulum berdasarkan


kurikulum rekonstruktivisme ini, guru iaitu pendidik dianggap sebagai agen utama perubahan
sosial, pembaharuan budaya dan antarabangsa dengan kaedah pengajaran yang kreatif dan
inovatif. Bahan-bahan bantu mengajar hendaklah distrukturkan secara sistematik dan
bersepadu. Mereka digalakkan untuk mencabar struktur lapuk dan boleh berusaha
mewujudkan mata pelajaran kemanusiaan agar menjadi fokus utama dalam rancangan
kurikulum sekolah. Hal ini dapat membentuk pelajar yang berperikemanusiaan, berlandaskan
kebudayaan masyarakat yang ideal. Bertepatan dengan pendapat Al-farabi yang
mengesyorkan permainan yang merangsang kreativiti untuk memulihkan kekuatan pelajar
dalam melakukan aktiviti yang lebih serius.
Kesimpulannya, menurut falsafah rekonstruktionisme, ianya bertepatan dengan tujuan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Negara kita iaitu melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada negara yang
perpaduan. Bagi mengecapi kejayaan pelajar dalam menguasai ilmu kurikulum ini, Al-Farabi
menekankan kepada proses penilaian untuk mengetahui tahap pelajar dalam bidang yang
dipelajari. Dengan adanya peperiksaan, penilaian ini dapat membantu pelajar untuk berusaha
keras untuk memperolehi nilai dan kemahiran praktikal yang jitu.

7
HPGD 1103

BAHAGIAN B

SOALAN 1 (a)
Lima cara bagaimana untuk membantu Cikgu Daud menerapkan pembelajaran yang
bermakna.

PENGENALAN

8
HPGD 1103
Pelajar sentiasa mencorak, atau memahami dan mencipta makna sepanjang masa mengikut
cara mereka tersendiri dan kadangkala terbentuk melalui pengalaman yang telah mereka lalui.
Maklumat diproses pada pelbagai peringkat bergantung pada ciri-cirinya. Semakin "dalam"
pemprosesan semakin banyak yang akan diingati (Craik dan Lockhart, 1972). Pembelajaran
yang bermakna melibatkan imej visual yang kukuh dan menarik dengan pengetahuan dan
huraian sedia ada yang akan memproses maklumat tersebut dengan lebih mendalam. Perkara
dan peristiwa atau proses pembelajaran yang bermakna lebih diingati para pelajar kerana ia
memerlukan pemprosesan yang lebih daripada rangsangan yang tidak bermakna. Lebih hebat
pemprosesan maklumat semasa pembelajaran disampaikan, lebih banyak memori akan
dikekalkan dan diingati.

Antara cara mewujudkan pembelajaran yang bermakna termasuklah :

a) Kualiti Pengajaran
Pengajaran yang berkualiti dan berkesan terjadi apabila maklumat yang disampaikan
senang untuk diterima, menarik minat, dan mudah untuk diingati serta dilakukan oleh
pelajar. Walaupun subjek yang diajar itu lebih kepada teori, guru memainkan peranan
penting dalam mencipta cara yang kreatif untuk menarik perhatian pelajar agar
bersama-sama melakukan aktiviti bagi mencapai objektif pembelajaran mereka.
Sebagai contoh, guru boleh menyediakan ganjaran bagi pelajar yang memberi
komitmen penuh dalam pembelajaran serta menyediakan denda bagi pelajar yang
malas untuk belajar. Hal ini dapat membantu murid dalam memberi sepenuh perhatian
mereka dalam pembelajaran.

b) Tahap Kesesuaian Pengajaran


Perkara pertama yang perlu diambil kira oleh seorang guru sebelum memulakan sesi
pengajaran adalah dengan mengenal pasti tahap keupayaan pelajar dalam penerimaan
pembelajaran. Kebolehan pelajar di dalam sebuah bilik darjah itu adalah berbeza-
beza. Guru perlu mengambil kira latar belakang pendidikan dan tahap kecerdasan bagi
setiap pelajar agar memudahkan guru untuk menyediakan kaedah pembelajaran yang
berkesan dan dapat diterima oleh kesemua pelajar. Sebagai contoh, guru dapat
melakukan pembelajaran berkumpulan dengan menubuhkan konsep guru muda. Ada
kalanya, pelajar akan lebih selasa untuk belajar bersama rakan-rakan mereka. Dengan

9
HPGD 1103
pembelajaran berkumpulan ini, pelajar yang lebih pintar akan menolong rakannya
yang lemah. Guru akan menyediakan aktiviti berkumpulan bagi memeriahkan lagi
input yang diterapkan dalam diri pelajar.

c) Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)


ABM merupakan tambahan kepada penyampaian isi pengajaran secara lisan dan dapat
membantu pelajar memahaminya. Penggunaan ABM adalah berkesan jika pengajaran
berdasarkan perkataan bersama-sama dengan gambar atau simbol yang lebih
memberikan kefahaman kepada pelajar. Misalnya untuk menyatakan konsep “besar”,
guru bolehlah menunjukkan satu objek atau gambar yang bersaiz lebih besar daripada
gambar atau objek lain. Ini dapat digunakan untuk menunjukkan konsep “besar” yang
dimaksudkannya. Selain itu, penggunaan audio atau tayangan video juga dapat
menarik pelajar untuk lebih fokus serta memahami sesuatu pelajaran tersebut.
Sesetengah pelajar dapat menerima pembelajaran melalui muzik kerana muzik dapat
memberi impak yang berkesan serta dapat mengekalkan memori dengan lebih lama.

d) Penyampaian Isi Kandungan Pelajaran Yang Tersusun


Guru perlu menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan lebih tersusun dan lancar.
Penyusunan konsep-konsep asas perlu diutamakan dari segi penggunaan contoh yang
tepat dan sesuai dengan isi penerangan. Demonstrasi juga antara cara yang berguna
untuk menggambarkan secara meluas tentang konsep, prinsip dan fenomena.
Melalui ini, demonstrasi merupakan sesuatu yang jelas dan dramatik, ia tidak
mempromosikan pembelajaran aktif secara langsung. Banyak demonstrasi seperti
yang telah disebutkan di atas adalah sesuatu yang menarik, tetapi jika ia hanya
membiarkan pelajar sebagai pemerhati yang pasif, maka ia tidak dianggap
demonstrasi yang berkesan. Pelarasan bahasa juga perlu mengikut tahap penerimaan
dan pemahaman pelajar. Guru perlu menggunakan bahasa-bahasa yang mudah
difahami dan bahasa yang menarik bagi pelajar untuk mudah memahami dan
mengingatinya.

e) Menggalakkan Pembelajaran Aktif


Guru perlu melakukan beberapa aktiviti yang dapat menggalakkan pembelajaran aktif
dengan melakukan sesuatu selain dari melihat dan mendengar. Guru boleh

10
HPGD 1103
mengadakan sesi soal jawab yang boleh menarik perhatian pelajar untuk bergerak
sebagai contoh duduk atau bangun untuk menjawab soalan. Pelajar akan lebih fokus
pada pelajaran untuk menjawab soalan yang akan diberikan di akhir sesi pengajaran
dan pembelajaran. Guru memainkan peranan penting dalam memastikan keaktifan
pelajar dalam menjawab sesi soal jawab dan juga mungkin dalam penulisan nota
secara berkumpulan seterusnya melakukan pembentangan. Hal ini dapat menjadikan
suasana bilik darjah lebih meriah dan menyeronokkan.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, pengajaran merupakan satu aktiviti intelek. Ia melibatkan pemikiran,
perasaan, dan penilaian. Pengajaran juga adalah satu sistem aktiviti yang ditujukan kepada
pelajar-pelajar dengan harapan akan membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka
dan mencapai matlamat serta objektif pengajaran dan pembelajaran mereka.

SOALAN 1 (b)
Bagaimanakah guru boleh mengaplikasikan perspektif humanisme dalam persekitaran bilik
darjah? Huraikan LIMA (5) cara dengan contoh yang sesuai.

PENGENALAN

Pendekatan pembelajaran humanisme merujuk kepada pelbagai idea dan teknik yang
disampaikan. Terdapat banyak tafsiran yang menyokong bahawa ianya adalah pengajaran dan
pembelajaran yang memanusiakan. Pelajar ialah seseorang yang mempunyai perasaan,
tingkah laku yang berbeza-beza dan emosi. Emosi seperti efikasi kendiri, keyakinan diri,
motivasi intrinsik dan ekstrinsik akan menentukan cara seseorang pelajar itu memahami
pembelajaran mereka. Namun, tidak semua emosi memudahkan pembelajaran.

Berikut merupakan beberapa teknik yang dapat seseorang guru mengaplikasikan


humanisme dalam persekitaran bilik darjah :
- Wujudkan persekitaran pembelajaran yang mesra, demokratik, positif dan
tidak mengancam di mana guru harus mengamalkan konsep kendiri dan
mengutamakan harga diri pelajar kerana ia merupakan faktor penting dalam

11
HPGD 1103
pembelajaran. Sebagai contoh, guru bertanyakan khabar dengan mengambil berat
tentang emosi mereka pada hari tersebut. Pembelajaran yang berkesan adalah
bergantung kepada kesungguhan pelajar untuk menerima ilmu daripada seorang guru.
Guru juga perlu menyediakan bahan-bahan mengajar yang menarik dengan tidak
menfokuskan kepada penulisan nota dan pendengaran kuliah sahaja.

- Guru seharusnya menjadi contoh dan teladan yang baik. Hal ini dapat membantu
guru mendapatkan kepercayaan pelajar untuk terus mengikuti kelas pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya, guru menunjukkan nilai-nilai murni yang baik dengan
mengukir senyuman yang manis untuk membuatkan pelajar selesa untuk belajar.
Selain itu guru juga boleh meminta pelajar untuk mengutip sampah yang berdekatan
mereka agar pelajar tahu bahawa kebersihan kelas mampu mewujudkan suasana
belajar yang bersih dan ceria.

- Pelajar dan guru merancang bersama-sama pengalaman dan aktiviti kurikulum.


Perancangan aktiviti juga melibatkan persetujuan kedua-dua belah pihak untuk
melaksanakannya. Aktiviti yang dirancang oleh guru perlulah bersesuaian dengan
situasi pengajaran pada hari tersebut. Dengan melakukan aktiviti yang dipersetujui
oleh para pelajar, guru akan mendapat perhatian mereka tanpa diminta. Pelajar akan
lebih bersemangat untuk melaksanakan aktiviti yang mereka minati sekaligus dapat
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

- Menyediakan pengalaman pembelajaran yang akan membawa kepada


perkembangan tabiat dan sikap yang ingin dipupuk oleh guru. Guru disarankan
untuk menyediakan beberapa aktiviti yang boleh memberi kesan kepada pelajar untuk
mengingati pembelajaran tersebut. Contohnya membawa pelajar ke muzium untuk
lebih mengetahui tentang subjek sejarah serta lawatan ini mampu mengembangkan
sikap sayang akan negara.

- Pembelajaran yang berasaskan pada kehidupan pengalaman, penemuan,


meneroka dan melakukan eksperimen. Pelajar akan lebih tertarik untuk
mempelajari sesuatu yang lebih dekat dengan kehidupan mereka. Pengetahuan
melalui pengalaman ini mampu melahirkan pelajar yang kreatif serta menampakkan
kesungguhan mereka kerana pelajar sudah menguasainya. Hal ini dapat menjadikan

12
HPGD 1103
suasana belajar di dalam kelas lebih menarik dengan mendapat respon para pelajar
berkenaan topik yang sudah mereka kuasai. Eksperimen juga dapat membantu para
pelajar untuk lebih memahami teori yang dipelajari. Pelajar akan lebih tertarik untuk
melakukan eksperimen dengan meneroka ilmu baru.

KESIMPULAN
Dapat dirumuskan bahawa teknik humanistik dalam bilik darjah mampu melahirkan pelajar
yang cemerlang kerana guru dapat menarik perhatian pelajar untuk menguasai sesi
pengajaran dan pembelajaran. Pelajar lebih cenderung apabila mereka mempelajari sesuatu
yang baru yang menepati citarasa mereka.

SOALAN 3 (a)
Bincangkan sumber-sumber yang memberikan input untuk merangka objektif kurikulum
berdasarkan Model Pengembangan Kurikulum Tyler.

PENGENALAN
Model Tyler merupakan satu model kurikulum yang paling terkenal yang diperkenalkan oleh
Ralph Tyler pada tahun 1949. Tyler membincangkan beberapa perkara dalam
mengembangkan kurikulumnya antaranya termasuklah :

 mengenal pasti tujuan atau objektif;

 memilih cara untuk mencapai atau mencapai objektif ini iaitu pengalaman
pendidikan atau pengajaran-pembelajaran yang perlu disediakan untuk
pelajar;

 menganjurkan pengalaman pendidikan atau pengajaran-pembelajaran ini; dan

 menilai hasil atau apa yang telah dicapai atau dicapai oleh pelajar.

Dari sini, objektif yang dibincangkan dalam model pengembangan kurikulum Tyler ini
adalah berdasarkan data yang dikumpul daripada tiga sumber utama iaitu bidang mata
pelajaran, pelajar dan masyarakat sekeliling.

1) Bahan Pelajaran (Subject Matter)


Tujuan kurikulum atau juga dikenali sebagai objektif kurikulum, sebenarnya sangat

13
HPGD 1103
bergantung kepada teori dan falsafah pendidikan serta model kurikulum apa yang
digunakan. Terdapat pelbagai objektif kurikulum, antaranya adalah bersifat
"discipline oriented" yang merupakan penguasaan terhadap pelbagai konsep atau teori
seperti yang ditetapkan dalam disiplin ilmu. Penetapan subjek mata pelajaran seperti
subjek sains, matematik, geografi, sejarah dan lain-lain akan mempengaruhi objektif
pembelajaran. Guru perlu mengetahui terlebih dahulu subjek kemudian ianya akan
memudahkan penulisan objektif.

2) Pelajar
Objektif kurikulum bersifat “child centered ”merupakan kurikulum yang lebih
berpusat kepada pengembangan peribadi pelajar. Oleh itu pelajar merupakan sumber
utama yang dipandang dari segi bakat, minat, kebolehan akademik yang berbeza-beza
dan juga dinilai daripada ekonomi pelajar tersebut. Keinginan pelajar sebagai individu
membolehkan mereka bersungguh dalam pelajaran mereka. Hal ini dapat membantu
guru melaksanakan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan apabila
melihat kepada ciri-ciri pelajar tersebut.

3) Masyarakat
Objektif kurikulum yang bersifat “society centered” pula lebih menfokuskan kepada
kurikulum sekolah sebagai alat untuk membaiki kehidupan masyarakat tersebut.
Matlamat sekolah bergantung kepada pemasalahan yang dihadapi oleh masyarakat
sekitar bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut. Dengan kurikulum yang
menepati keperluan masyarakat, objektif dapat dilaksanakan dengan baik dan pelajar
akan belajar untuk menyelesaikan masalah itu.

KESIMPULAN

Natijahnya, Tyler mengatakan bahawa tiga aspek yang harus dipertimbangkan sebagai
sumber dalam penentuan tujuan pendidikan adalah tertakluk kepada keinginan pelajar sebagai
individu, masyarakat dan berpusat pada bahan pelajaran (subject-matter).

SOALAN 3 (b)

Lima sebab daripada perspektif Taba mengapa guru perlu menjadi pembuat keputusan utama

14
HPGD 1103
bagi pembangunan kurikulum

PENGENALAN

Taba mengatakan bahawa kurikulum harus direka oleh pengguna program. Guru merupakan
pemula proses yang akan mewujudkan unit pengajaran dan pembelajaran khusus buat pelajar
mereka. Taba menyarankan agar guru berperanan dalam mengambil pendekatan induktif
terhadap pembangunan kurikulum. Ini bermakna pendekatan itu bermula daripada pengkajian
khusus dan membina ke arah reka bentuk umum.

Antara lima sebab guru menjadi pembuat keputusan utama bagi pembangunan
kurikulum termasuklah :

1. Guru Lebih Mengetahui Keperluan Pelajar


Guru merupakan pereka kurikulum yang lebih mengetahui keperluan pelajar dan akan
memulakan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan pelajar
tersebut memandangkan guru lebih mengenali pelajar mereka. Contohnya, guru dapat
mengenal pasti pelajar yang tidak dapat berfikir secara kritis.
2. Guru Penyusun Organisasi Kandungan
Guru adalah pembuat keputusan kepada pemilihan dan penyusunan kandungan
pelajaran. Guru bertanggungjawab dalam menyusunnya mengikut urutan silibus,
mengambil kira kematangan pelajar, pencapaian akademik pelajar dan guru juga
mengetahui minat pelajar itu sendiri. Oleh itu, guru sangat mempengaruhi pelajar
dalam menjalani sesi pembelajaran mengikut kandungan pelajaran yang bersesuaian
dengan mereka.
3. Guru Pemilih Kandungan Pelajaran
Guru merupakan pembuat objektif kepada isi kandungan kurikulum. Objektif dan
kandungan harus sepadan bagi mencapai kepentingan sesi pembelajaran yang telah
dipilih oleh guru. Guru bertanggungjawab dalam membuat perkaitan dan kepentingan
kandungan agar memudahkan guru mencapai objektif pembangunan kurikulum
tersebut.

4. Guru Mahir Dalam Pemilihan Pengalaman Pembelajaran Pelajar


Antara sebab guru menjadi pembuat keputusan bagi pembangunan kurikulum juga

15
HPGD 1103
adalah guru arif dalam pemilihan pengalaman pembelajaran pelajar. Kandungan yang
disampaikan perlu melibatkan pengetahuan asas pelajar. Oleh itu guru sangat
mengetahui serta mengenali para pelajar mereka dan akan memilih kaedah pengajaran
yang bersesuaian.

5. Guru Sebagai Penilai Pencapaian Murid


Sebagai perancang kurikulum, guru bertanggungjawab dalam menentukan objektif
yang telah dicapai. Hal ini dapat membuatkan guru berhak dalam menjadi pembuat
keputusan kerana guru dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar mereka.
Prosedur penilaian perlu direka bentuk untuk menilai hasil pembelajaran yang telah
dijalani oleh para pelajar.

KESIMPULAN

Berdasarkan sebab-sebab di atas, ini menunjukkan bahawa guru merupakan agensi yang
bertanggungjawab dalam membuat keputusan kepada pembangunan kurikulum. Namun,
tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan kurikulum juga memerlukan kepada penglibatan
ramai pihak bagi menjayakan sesebuah kurikulum. Ia melibatkan individu dari Pejabat Pusat
atau Kementerian Pendidikan, pegawai pendidikan daerah, pengetua, guru, pemimpin
masyarakat, pakar mata pelajaran, ahli akademik dan juga pelajar.

SOALAN 5

Bagaimana perubahan kurikulum dikategorikan. Apakah sebab guru dalam rajah di atas
menolak perubahan, dan apakah nasihat yang boleh anda berikan kepada guru ini untuk
mengurangkan masalah tersebut.

PENGENALAN

Pada asasnya, perubahan adalah melakukan perbezaan terhadap sesuatu. Perubahan


merupakan hasil daripada pengetahuan baru. Walau bagaimanapun, kehadiran pengetahuan
baru tidak mencukupi untuk melakukan sebuah perubahan. Secara amnya, orang ramai tidak
suka akan perubahan kerana mereka telah selesa dengan apa yang mereka lakukan sekarang.
Jadi, untuk berubah, mereka mesti menyedari keperluan untuk melakukan perubahan agar

16
HPGD 1103
menjadi satu jalan yang senang diikuti. Orang ramai lebih berkemungkinan menyedari
keperluan untuk perubahan jika mereka memahami perubahan dan cara ia berfungsi.

Terdapat beberapa kategori yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam


kurikulum antaranya :

a) PEMINDAAN
Pemindaan berlaku apabila terdapat perubahan kecil yang terjadi dalam bahan sedia
ada dan dengan perubahan itu mudah diterima pakai. Sebagai contoh,
memperkenalkan kandungan baharu seperti keselamatan jalan raya di sekolah rendah,
penggunaan bahan baharu seperti kalkulator grafik dalam pelajaran matematik.
b) PENGGANTIAN
Penggantian pula melibatkan satu elemen yang digantikan dengan unsur lain yang
sedia ada. Seperti penggantian buku teks lama kepada baharu.
c) GANGGUAN
Perubahan dari aspek gangguan pula melibatkan ketidak sesuaian guru dalam
menyesuaikan diri dengan perubahan baharu dalam masa yang singkat. Hal ini
mengganggu rancangan guru tersebut dalam melaksanakan proses pengajaran mereka.
Contohnya, penukaran jadual waktu atau penukaran masa mengajar yang lama.
d) PENSTRUKTURAN SEMULA
Perubahan ini menyakibatkan pengubahsuaian keseluruhan sistem sekolah dari segi
pengenalan kurikulum bersepadu yang berkehendak kepada pengajaran berpasukan
atau melihat kepada penglibatan masyarakat setempat dalam memutuskan perkara
yang hendak di ajar.
e) ORIENTASI NILAI
Perubahan ini berlaku disebabkan anjakan orientasi nilai asas kakitangan sekolah.
Sebagai contoh, kehadiran guru baharu yang menyertai sekolah lebih menekankan
pertumbuhan peribadi pelajar berbanding prestasi akademik, maka orientasi nilai atau
falsafah asas sekolah berubah mengikut penilaian yang dibuat oleh guru tersebut.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa perubahan kurikulum dikategorikan mengikut perkara
semasa yang berlaku dan kategori-kategori ini cukup umum untuk membantu dalam
perancangan perubahan dan mengatur sumber untuk membawa perubahan.

17
HPGD 1103
SEBAB PENENTANGAN TERHADAP PERUBAHAN KURIKULUM DAN NASIHAT
TERHADAP GURU TERSEBUT

Antara sebab utama berlakunya penentangan bagi perubahan kurikulum termasuklah :

a) Kurang Pemahaman
Guru tidak mengikuti apa yang diperkenalkan dan tidak memahami matlamat
perubahan tersebut. Mereka tidak jelas tentang apa yang dikehendaki bagi perubahan
kurikulum yang sedia ada.

Nasihatnya :
Para guru perlu diberikan pendedahan serta penjelasan yang berasas. Kunci bagi
solusi ini adalah komunikasi. Komunikasi dua hala ini perlu berlaku bagi
mengelakkan ketidakfahaman serta salah faham. Pihak autoriti perlu menjelaskan
sebab dan kenapa berlakunya perubahan serta perlu menjawab soalan-soalan mereka
kerana keberkesanan komunikasi terletak kepada penerimaan bukannya penerangan.

b) Kekurangan Pemilikan
Sesetengah guru tidak akan menerima perubahan jika perkara tersebut datang dari luar
lalu dikenakan ke atas mereka untuk menanggungnya. Namun, perubahan memang
berlaku dari luar yang mungkin bermula dari peringkat kebangsaan, negeri atau
daerah terus ke sekolah.

Nasihatnya :
Pihak yang bertanggungjawab perlu meyakinkan para guru pandangan dan pendapat
mereka yang datangnya dari luar ini telah dipertimbangkan pada peringkat
perancangan dan reka bentuk pembangunan kurikulum. Guru-guru tersebut perlu
terlibat dalam meneroka kaitan kurikulum baharu dan mereka perlu diberi kebebasan
dalam mencuba kemahiran baharu yang diperlukan untuk melaksanakan kurikulum
tersebut. Hal ini dapat menarik perhatian para guru untuk merasakan bahawa mereka
juga adalah bahagian penting dalam proses pelaksanaan kurikulum bukan sekadar
penerima arahan.

c) Tidak Mempunyai Kecekapan Dalam Menghadapi Perubahan


Rata-rata orang akan menentang sesuatu perubahan apabila mereka tidak mempunyai

18
HPGD 1103
pengetahuan dan kemahiran untuk menghadapi perubahan. Namun ini tidak
bermaksud mereka tidak cekap tetapi perkara ini adalah disebabkan sesuatu
perubahan itu berlaku dalam keadaan yang tergesa-gesa menyebabkan tempoh latihan
dikurangkan dan ramai di kalangan guru tidak mendapat latihan yang secukupnya.

Nasihatnya :
Kerajaan perlu menyediakan tempoh masa latihan yang mencukupi bagi melahirkan
generasi guru yang cekap dan mahir dalam melaksanakan perubahan kurikulum agar
matlamat kurikulum itu tercapai dengan cemerlang.

d) Kekurangan Insentif Atau Faedah


Sesetengah guru tidak menyakini perubahan kurikulum baharu mampu
menambahbaik prestasi pelajar dari segi pembelajaran atau memberi kesan yang baik
kepada guru itu sendiri.

Nasihatnya :
Pihak autoriti perlu memastikan guru terlibat secara aktif dalam perubahan kurikulum
akan mendapat ganjaran. Ganjaran tidak semestinya berbentuk kewangan, tetapi
usaha mereka perlu diberi pengiktirafan sewajarnya.

e) Tidak Mempunyai Masa Untuk Terlibat Dengan Perubahan


Guru akan mendapati kesukaran dalam menyesuaikan diri kepada perubahan dengan
mengendalikan tanggungjawab semasa mereka. Apabila mereka lebih memfokuskan
tenaga mereka pada aktiviti perubahan, kemungkinan akan berlaku risiko dalam
mengabaikan tanggungjawab semasa mereka.

Nasihatnya :
Pihak autoriti perlu meringankan beban kerja sedia ada para guru supaya mereka dapat
mengambil bahagian dalam perubahan kurikulum baharu ini. Kerja mereka merupakan satu
keutamaan yang perlu dilaksanakan. Tidak berharap orang ramai mempunyai tenaga untuk
berubah kerana ini akan menggagalkan mereka dalam tugasan sedia ada mereka.

19

Anda mungkin juga menyukai