Anda di halaman 1dari 2

5 Prinsip Asas Penetapan Matlamat Teori Edwin Locke

1. Kejelasan
Matlamat haruslah jelas, boleh diukur dan ada jangka masa untuk menyelesaikan sesuatu tugas.

Guru perlulah menyatakan objektif pembelajaran kepada murid dengan jelas. Objektif yang
telah dirancang mestilah boleh diukur dan boleh dicapai oleh pelajar. Contohnya, guru mengajar tajuk
Haiwan Bertelur, pastikan adanya bahan bantu mengajar yang relevan. Dengan ini, murid dapat
mencapai objektifnya dengan lebih baik.

2. Mencabar
Salah satu ciri-ciri yang paling penting dari matlamat adalah tahap cabaran. Orang sering bermotivasi
oleh prestasi, dan mereka akan menilai tujuan berdasarkan pentingnya sebuah pencapaian yang telah
dijangkakan. Ketika seseorang individu itu tahu bahawa apa yang mereka lakukan akan diterima
dengan baik, akan ada motivasi alami (semulajadi) untuk melakukan pekerjaan dengan lebih baik.

Guru memainkan peranan sebagai agen pendorong. Di mana guru perlulah sentiasa
memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada murid supaya mereka dapat mengikuti proses
pembelajaran dengan baik. Pelajar juga akan menjadi semangat untuk mempelajari sesesuatu konsep
dengan lebih mudah dan mereka sentiasa ada sikap motivasi untuk belajar.

3. Komitmen
Matlamat yang di fahami adalah lebih berkesan dan mudah jika pekerja dapat merasakan diri mereka
sebahagian dari pada matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi.

Guru perlulah mahir dalam berkomunikasi kerana jika adanya komunikasi 2 hala yang baik
maka maklumat yang ingin disampaikan oleh guru dapat tercapai. Murid pun akan rasa berani untuk
menyuarakan pendapat mereka. Maka proses pdp berjalan dengan lebih berkesan.

4. Maklum balas
Maklum balas memberi peluang untuk menjelaskan, menyelaraskan kesulitan matlamat, danmendapat
pengiktirafan. Adalah amat penting untuk memberikan tanda aras atau sasaran,sehingga seseorang
individu dapat menentukan sendiri.

Sebagai guru kita seharusnya memberikan maklum balas terhadap hasil kerja murid supaya
pelajar dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan diri maaing-masing. Maklum balas yang diberikan
mestilah positif mengikut kesesuaian pelajar. Sebagai contohnya, jika pelajar tersebut dapat mencapai
keputusan yang baik guru perlulah memuji dan jika pelajar tidak mencapai target yang ditetapkan
guru perlulah memberikan kata-kata semangat supaya murid itu dapat meningkatkan motivasi dirinya
untuk berjaya.
5. Kerumitan
Pekerja yang bekerja dalam tugasan yang kompleks mungkin sudah mempunyai motivasi yang tinggi.
Namun mereka sering mendorong diri keras jika tindakan tidak dibina ke dalam harapan tujuan untuk
menjelaskan kerumitan tugas kerana itu penting untuk memberikan mereka masa yang mencukupi
untuk mencapai hala tuju atau meningkatkan prestasi.

Sebagai guru kita haruslah sentiasa mendorong pelajar untuk mencapai matlamat yang
telah difokuskan olehnnya. Misalnya, pelajar bermatlamat untuk skor A dalam subjek Matematik.
Walaupun pelajar mempunyai motivasi yang tinggi namun guru kena sentiasa membimbing dan
melatih pelajar untuk mencapai matlamat tersebut. Guru juga perlu memberikan jangka masa yang
bersesuaian supaya pelajar dapat mencapai matlamat iaitu memperolehi skor A dalam subjek
Matematik. Di samping itu guru juga akan sentiasa pantau pelajar dari segi pencapaian akademik dari
semasa ke semasa. Dengan ini, pelajar akan dapat mencapai matlamat yang telah difokuskan dengan
lebih cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai