Anda di halaman 1dari 5

PENGERTIAN KLIEN :

Menurut Othman Mohamed, sesi bimbingan dan kaunseling tidak akan wujud tanpa
kehadiran klien bertemu kaunselor.
Klien adalah individu yang mempunyai kesejahteraan mental, emosi dan fizikal yang hadir
daripada kelompok masyarakat majmuk yang mengalami kekusutan dengan bertemu pakar
professional iaitu kaunselor untuk tujuan mendapatkan bantuan celik akal.

BIL JENIS-JENIS KLIEN PENERANGAN


.
1. Customers/sukarela Klien tekad memerlukan
bantuan. Klien mempunyai
komited dan motivasi yang
tinggi untuk berubah serta
mencari penyelesaian
terhadap sesuatu isu yang
rumit. Kaunselor sangat
mudah membantu klien
seperti ini kerana memberi
kerjasama yang baik untuk
mencapai matlamat sesi
kaunseling tersebut.
2. Visitors/Dirujuk Klien yang diberikan
mandat atau arahan untuk
menghadiri sesi kaunseling
sebelum mencapai satu
keputusan dalam dirinya,
adakah keputusan itu
mendatangkan kebaikan
atau kemudharatan. Klien
ini juga mempunyai ruang
pilihan untuk di rujuk
bertemu pakar terapi yang
lain mengikut kesesuaian
isu yang dibincangkan.
3. Complainants/Menentang Berlawanan dengan klien
sukarela, dimana klien ini
mempunyai penolakan
yang tinggi dalam dirinya.
Tidak mempunyai
kehadiran diri untuk
menyelesaikan sesuatu isu.
Sentiasa menyalahkan
persekitaran sekeliling atas
apa yang berlaku terhadap

1
dirinya. Kerjasama yang
diberikan ketika sesi
kaunseling tidak
memuaskan dan sukar
untuk mencapai matlamat
sesi kaunseling tersebut.

2
Sifat dan Kualiti Kaunselor.

Bil. Sifat keperibadian kaunselor Penerangan


1. Siddiq - Dalam memperkatakan sifat
siddiq, Rasulullah adalah
terkenal sebagai manusia
yang benar kata-kata dan
perbuatannya. Malah baginda
adalah pelaksana utama apa
yang diperkatakannya. Siapa
yang tidak mahu mengikut
manusia ataupun pemimpin
yang benar pada kata dan
perbuatannya?. Dalam
hubungan ini, kalau manusia
menghayati sifat ini, sudah
pastilah darjat integritinya
menjadi tinggi. Kalau dia
seorang pemimpin, sudah
tentu kawan mahupun lawan
akan menghormatinya.
- Seorang kaunselor hendaklah
mengamalkan keperibadian
menjurus kepada sifat siddiq
mengutamakan kejujuran
tanggungjawab ke atas
menjaga kebajikan kliennya.
Ini kerana segala isu yang
dikongsikan dalam sesi
kaunseling menjadi
kerahsiaan antara kaunselor
dan klien, dan juga
memerlukan persetujuan
klien untuk mendedahkan isu
tersebut kepada pihak ketiga.
2. Amanah - Amanah ini sangat luas
pengertiannya, setiap
manusia yang dilahirkan di
dunia ini adalah sebagai
khlifah untuk memimpin
dunia ini. Sebagai contoh,
sifat amanah yang ada pada
Baginda Rasulullah S.A.W
sangat bertanggungjawab
dalam menjaga kebajikan
penduduk bumi Makkah dan

3
Madinah tanpa mengira latar
belakang agama pada
penduduk tersebut.
- Sehubungan ini juga, amanah
yang diserahkan kepada
seorang kaunselor untuk
menjaga kebajikan dan
keselamatan klien merupakan
pemberat untuk membina
kepercayaan klien terhadap
kaunselor.
3. Tabligh - Tabligh ertinya
menyampaikan. Pada
dasarnya, dalam konteks
kerasulan, ia adalah
menyampaikan risalah Allah
kepada seluruh umat
manusia. Dalam realiti hari ini,
tabligh ini merupakan
tanggungjawab untuk
menyebarkan kebaikan dan
berdakwah bagi mengajak
manusia patuh kepada Allah
dan Rasul serta menjadi insan
taqwa.
- Seorang kaunselor perlu
melaksanakan kebaikan dan
berupaya mencegah apa
sahaja bentuk kemudharatan
ke atas kliennya.
- Sebarang isu yang
dibincangkan dalam sesi
kaunseling, akan terbina
pelbagai petunjuk dan
alternatif untuk pilihan klien.
Disini amat penting kaunselor
untuk menyampaikan pro dan
cons kepada klien dalam
membuat pilihan.
4. Fatanah - Fathonah ertinya bijaksana.
Bijaksana terbit dari ilmu dan
penghayatan yang tinggi.
- Kaunselor wajar mempunyai
kebijaksanaan dan tegas
dalam apa sahaja perlakuan
adab kea rah menjunjung
kebaikan serta menjauhi

4
segala yang boleh
mendatangkan
kemudharatan.
5. Penerimaan tanpa syarat - Sifat keterbukaan kaunselor
adalah sangat penting untuk
membina kepercayaan dalam
perhubungan kaunseling.
- Perkataan “acceptance
without condition’ sering
dipersoalkan oleh orang
sekeliling, ini kerana kredibilti
seorang kaunselor di nilai
dengan cara integritinya
dalam menangani isu yag
mendatangkan
kemudharatan.
- Ini kerana sikap suka salahkan
orang lain, menyebabkan sesi
kaunseling yang dibina tidak
mencapai matlamat seperti
yang dibincangkan bersama
kaunselor.

Rujukan :
- Teori kaunseling dan Psikoterapi / Melati Sumari, Ida Hartina Ahmed Tharbe,
Norfaezah Md Khalid, Azmawaty Mohamad Nor 2014, Penerbit Universiti Malaya
- Kaunseling Kesihatan Mental Psikologi Kognitif AD-DIN / Othman Mohamed 2017,
Penerbit Universiti Putra Malaysia

Anda mungkin juga menyukai