Anda di halaman 1dari 21

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TUGASAN 4:
TAJUK KAJIAN :

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGGUNAAN VLE (FROG) DALAM


KALANGAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH.

Disediakan Untuk:

Prof Madya Dato’ Abdul Latif b. Hj Gapor

Pensyarah Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

(KPT 6064)

Oleh:
Nurul Juzailah Binti Jemain
Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas)
M20121000820

1
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TAJUK KAJIAN :

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGGUNAAN VLE (FROG) DALAM


KALANGAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH.

PENDAHULUAN

Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa dalam Abad
ke-21,sekolah-sekolah atau institusi-institusi pengajian perlu mempunyai hala tuju
masing-masing dalam memberi cabaran pendidikan kepada pelajar-pelajarnya.
Penyediaan sedemikian merupakan keperluan yang wajib ada pada pelajar-pelajar
selaras dan sejajar dengan kehendak keperluan tersebut. Bagi merancang untuk
mendapatkan pekerjaan yang sesuai untuk masa hadapan, mereka perlu merancang
dan memikirkan bermula dari sekarang. Untuk memenuhi dan menyahut cabaran
tersebut, institusi-institusi berkenaan perlu menukar „paradigmanya‟, dari hanya
melahirkan pelajar yang hanya berkemahiran tertentu kepada pelajar atau
warganegara yang boleh dijadikan sumber rujukan, boleh mentadbir dan boleh
digunakan sebagai penyelesai masalah serta dapat membuat sesuatu keputusan
dengan baik dan bernas. Kemahiran sedemikian adalah merupakan proses
pembelajaran seumur hidup, yang mana pembelajaran tersebut perlu dipelajari
dengan pelbagai kaedah sama ada secara penyertaan atau dengan kaedah
pembelajaran tersendiri pelajar-pelajar itu sendiri.

Secara tradisi, kaedah pembelajaran rata-rata lebih menjurus antara guru dan pelajar.
Kaedah ini amat popular di kebanyakan sekolah. Melalui kaedah tersebut, guru
menjadi sumber ilmu atau sebagai „input‟ kepada pelajar. Kini, kaedah pembelajaran
sedemikian sudah tidak begitu sesuai lagi, sebaliknya ia sesuai dengan menukar
kepada guru sebagai fasilitator dan pengurus dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran masing-masing. Dalam pada itu, sikap pelajar-pelajar itu sendiri perlu
juga berubah dari pelajar yang „pasif‟ kepada pelajar yang berdikari, bermatlamat,
berpandangan jauh, mempunyai sifatsifat yang mulia dan bertanggungjawab dalam
segala tindak-tanduknya, demi untuk mencapai cita-cita yang dicita-citakan.

2
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Keperluan tersebut bukan sahaja dapat melatih dan membolehkan pelajar-pelajar


sentiasa mengambil bahagian dengan cara yang tersendiri, tidak terlalu
mengharapkan orang lain, tetapi dapat belajar me lalui pengalaman tersendiri.
Berdasarkan fakta tersebut, „Internet‟ adalah merupakan alat yang sangat “sinonim”
atau berkait rapat dengan keperluan pelajar-pelajar yang sedemikian, yang lebih
menjurus kepada mencorak dan menjana minda selaras dengan perkembangan dunia
masa kini. Disamping itu juga, ia boleh memberi pengalaman kepada pelajar supaya
turut serta dalam pembelajaran secara terus dan pantas dengan dunia luar. Dengan
itu pelajar-pelajar secara langsung, bukan sahaja tahu menggunakan teknologi
berkenaan melalui bacaan dan tulisan yang terpapar dilayarnya tetapi tahu
bagaimana menggunakannya untuk mendapatkan sumber maklumat yang pelbagai
menerusi perkhidmatan yang ditawarkannya. Doyle (1992) secara ringkas
mendefinasikan bahawa kepandaian dan kemampuan sesorang itu memperolehi
maklumat membolehkan ia dapat;

 menambah ilmu pengetahuan


 mengenal pasti dan mendapat tahu dengan tepat sumber maklumat
 mengetahui bagaimana maklumat yang terkandung dalam sumber tersebut
diperolehi
 menilai kualiti maklumat yang diperolehi
 tahu menguruskan maklumat tersebut dan
 dapat menggunakan maklumat secara efektif

Dalam era globalisasi yang berteknologi maklumat (IT), Internet merupakan salah
satu penyalur pelbagai sumber maklumat kepada rangkaian komputer di seluruh
dunia, melalui kemudahan sistem rangkaian secara terus. Justeru itu, World Wide
Web (WWW), mengharapkan Internet supaya sekolah dan institutsi-institusi
pengajian dapat memperbanyakkan “LamanWeb”nya. “LamanWeb” sedemikian
bukan sahaja boleh berguna untuk pelanggan berinteraksi di antara satu sama
lain, tetapi juga berguna untuk dijadikan bahan dalam penyediaan ”hardware” dan
“software”. Di samping itu, sumber-sumber lain dari seluruh dunia yang dapat
dirangkaikan bersama, dapat menjadi penyumbang dalam membantu
menambahkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Tidak hairanlah dengan

3
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

teknologi terkini yang semakin maju, generasi akan datang dan masa kini telah
boleh melayari Laman Web berteknologi “3 Demesi”, di mana “sofware” yang
dipanggil “Virtual Learning Enviroment (VLE)”digunakan. “Software” ini diambil
melalui program yang boleh disambungkan kepada Laman Web ke Layar Utama
dari Pengkalan Data (Data Base) dan rangkaian utama – Kementerian Pelajaran
Malaysia. Hutchinson (1996) percaya LamanWeb sedemikian boleh menjadikan
sesebuah institusi dalam situasi yang sebenar dan dapat memperkenalkan institusi
atau sekolah tersebut dalam “Cyberspace” (Duniasiber).

Dalam hal yang demikian, sistem persekolahan dan institusi-institusi yang ada di
masa kini dan akan datang, semestinya perlu bersungguh-sungguh dalam
menjayakan pelumbaan “Dunia Bermaklumat” (Information Age) ini. Ini
termasuklah menstrukturkan semula proses pembelajaran dengan melihat kepada
penggunaan dalam dunia nyata, menukar peraturan di mana guru atau pengajar
yang hanya boleh mengajar subjek-subjek tertentu kepada fasilitator-fasilitator
yang aktif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini
dan berwawasan.

Untuk mencapai perubahan ketahap yang boleh dianggap berjaya, ia perlu


penstrukturan yang lengkap dan hendaklah dipraktikkan. Tidak hairanlah
dikebanyakkan negara-negara membangun di dunia, guru-guru sekolah tersebut
lazimnya telah menggunakan komputer dalam bilik darjah sebagai “Alat Bantu
Mengajar”. Namun begitu, bagi negara sedang membangun seperti Malaysia tidak
juga jauh ketinggalan. Malaysia telah memperkenalkan komputer di sekolah-
sekolah keseluruh negara beberapa tahun lepas dan dijangka pada tahun 2010
semua sekolah di negara ini akan menerapkan pembelajaran berkonsepkan
sekolah “Bistari”, di mana pengajaran dan pembelajarannya berteraskan IT dan
ICT.

“Menjadikan “Sekolah Bistari” adalah merupakan perancangan yang telah


dirancang dalam sistem pendidikan negara kita. Sekolah Bistari akan
diperkenalkan keseluruh negara, bukan hanya untuk keperluan MultimediaSuper

4
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Corridor (MSC) atau Koridor Raya Multimedia, tetapi untuk keperluan generasi
Malaysia akan datang, supaya menjadi lebih kreatif dan inovatif selaras dengan
perkembangan teknologi terkini dan mampu mngikuti perkembangan teknologi
globalisasi yang semakin pesat”

Dato’ Sri Najib Tun Hj. Abdul Razak


Menteri Pendidikan Malaysia (MSC, 1997)

Di Malaysia, sekolah Bistari tidak hanya dikategorikan sebagai kaedah pengenalan


kepada sistem pengajaran dan pembelajaran teknologi terkini yang dianggap sebagai
masih baru, tetapi ianya lebih kepada memperkenalkan bagaimana kaedah dan
sistem pengajaran dan pembelajaran tersebut dilaksanakan seoptimum mungkin.
Antara matlamat sekolah Bistari juga, ingin menjadikan salah sebuah sekolah sebagai
keperluan masyarakat yang boleh menjana minda tenaga kerja masa akan datang,
dengan berkonsepkan kaedah pembelajaran terkini yang berdaya saing.

PENYATAAN MASALAH

Penyebaran dan penyampaian maklumat secara berkesan kepada pelajar biasanya


kurang diberi penekanan oleh kebanyakan guru. Secara tradisi, ramai guru yang
mungkin mengandaikan bahawa setiap pelajar mampu menerima apa sahaja yang
disampaikan oleh guru. Pada hakikatnya setiap pelajar mempunyai perbezaan
individu dari segi kemampuan memproses maklumat serta cara belajar, tumpuan dan
sebagainya.

Oleh itu komunikasi yang lebih efektif amat penting dalam pengajaran. Salah satu
cara untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam pengajaran ialah melalui
aplikasi teknologi komputer. Walau bagaimanapun, sejauh mana guru-guru di sekolah
memanfaatkan kemudahan teknologi komputer yang ada tidaklah di ketahui. Menurut
Anderson dan Ronald E (1987) dalam Chin Sak Fatt (1993) , kebanyakan guru tidak
menggunakan komputer di sekolah mereka. Inilah yang menjadi persoalan dan tanda
tanya penyelidik untuk membuat kajian ini.

5
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Selaras dengan kemajuan negara, profesion perguruan hari ini juga semakin
mencabar. Golongan guru seolah-olah dituntut untuk menyahut cabaran negara di
mana pada bahu merekalah terpikul tanggungjawab untuk melaksanakan dan
menjayakan segala rancangan pendidikan negara bagi melahirkan pelajar yang
berkemahiran dalam bidang teknologi agar impian negara untuk mencapai Wawasan
2020 menjadi kenyataan. Tajul Ariffin (1997), mendapati dalam banyak hal kerap kali
diperhatikan masih ramai pendidik yang mempunyai sikap „fobia‟ atau takut komputer
serta negatif untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, pemusatan utama penyelidik dalam kajian ini adalah untuk melihat faktor-
faktor yang mungkin mempengaruhi penggunaan komputer khususnya VLE FROG di
kalangan guru Sekolah Menengah.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana penggunaan VLE FROG di kalangan
guru sekolah menengah dan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan
perkhidmatan tersebut. Berikut adalah di antara objektif-objektif khusus kajian ini :-

1. Mengenalpasti adakah faktor umur mempengaruhi penggunaan VLE FROG dalam


kalangan guru di sekolah menengah.
2. Mengenalpasti adakah faktor minat dalam ICT mempengaruhi penggunaan VLE
FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah.
3. Mengenalpasti adakah faktor kemudahan mempengaruhi penggunaan VLE FROG
dalam kalangan guru di sekolah menengah.

6
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

HIPOTESIS KAJIAN

H1 Terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor umur dengan penggunaan VLE
FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah.

H1 Terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor minat dalam ICT dengan
penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah.

H1 Terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor kemudahan dengan


penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah.

KAJIAN LITERATURE

Komputer merupakan kemudahan asas yang diperlukan bagi melayari laman web
pendidikan. Kini komputer menjadi satu keperluan asas bagi manusia terutamanya
terlibat dalam sistem pendidikan. Namun masih ada juga segelintir guru yang mahir
komputer tetapi belum bersedia untuk menggunakan komputer. Menurut Jamaluddin
Badasah (2003), masih ramai guru yang tidak pernah menggunakan Internet dan ini
secara tidak langsung menyebabkan mereka ketinggalan dari arus perdana
pendidikan. Mengikut Crow dan Crow (1980), sikap merupakan faktor yang penting
dan akan memberi kemungkinan besar untuk pencapaian yang berjaya atau juga
kegagalan dalam hidup. Sikap adalah penggerak penting kepada tingkahlaku dan
mempengaruhi semua nilai kemanusiaan.

Mengikut Sharifah Alawiyah Al Sagof (1984), dalam kajiannya menyatakan bahawa


sikap adalah sebagai satu keadaan di mana seseorang individu mudah dipengaruhi
untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap sesuatu idea atau kejadian. Kajian
Marcoulides (1998), menyatakan terdapat dua sikap terhadap komputer iaitu sikap
positif dan sikap negatif. Sikap positif ialah sikap yang sukakan komputer, rasa yakin
terhadap komputer dan menghargai kegunaan komputer. Juanna Risah Bt. Sa‟ sri,
(2003) telah membuat kajian terhadap 160 orang guru daripada tiga buah sekolah
menengah yang dipilih mewakili tiga daerah di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

7
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Dapatan kajian adalah tentang sikap dan kompetensi terhadap penggunaan ICT di
kalangan guru sekolah menengah di Melaka. Dalam kajiannya menunjukkan guru
mempunyai sikap positif (80%) yang tinggi terhadap penggunaan komputer dalam
pendidikan. Dalam kajian tersebut juga menunjukkan 55% guru bersetuju mereka
berasa seronok menggunakan peralatan baru dalam pengajaran dan 55.6% daripada
mereka percaya komputer merupakan sesuatu yang bernilai tinggi yang dapat
meningkatkan mutu pengajaran.

Penerimaan komputer dalam pendidikan oleh guru merupakan sesuatu yang boleh
dianggap perlu dalam pelaksanaan perubahan paradigma pendidikan ini. Kajian Laslie
Taib (1997) di Sekolah Teknik, Kota Tinggi, Johor merangkumi 60 orang guru.
Keseluruhan guru di tempat kajian tersebut bersikap positif terhadap penggunaan
komputer di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan 95% guru merasakan PBK
menarik perhatian mereka, 95% guru minat sekiranya diberi peluang berkursus
tentang penggunaan komputer dan 86.6% guru merasakan mereka perlu mempunyai
komputer peribadi di rumah. Kajian-kajian luar negeri yang melibatkan penggunaan
komputer telah banyak dijalankan bagi melihat kepentingannya dalam pendidikan.
Kajian- kajian tersebut menunjukkan bahawa komputer dan Internet merupakan satu
cara untuk meningkatkan percambahan idea dan juga untuk meningkatkan sumber
maklumat (Mitra et. al., 1999).

Menurut John (1992), komputer boleh digunakan untuk mengajar semua mata
pelajaran dan bukan tertumpu kepada mata pelajaran Sains dan Matematik sahaja.
Dengan ini, terpulang kepada guru itu sendiri sama ada ingin mempelbagaikan
kaedah pengajaran atau tidak. Kajian Jamaluddin Badasah (2003), menyatakan
kesediaan dan sikap guru itu adalah penting dan akan mempengaruhi dunia
pendidikan kini yang semakin pesat berkembang. Dengan konsep penggunaan
pelbagai bahan media melalui Internet merupakan salah satu pendekatan baru yang
berkesan untuk proses P&P di dalam kelas. Malah menurutnya, ada pendapat yang
menyatakan bahawa perasaan fobia dan malas untuk menyesuaikan diri dengan
dunia siber akan mendatangkan kesan negatif kepada dunia pendidikan kerana

8
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Teknologi bergerak terlalu pantas dan jesteru itu beliau berkata guru seharusnya
mempunyai pendekatan terbuka dan percaya bahawa ilmu adalah milik sejagat.

Menyedari kepentingan hakikat ini, maka kerajaan Malaysia telah meletakkan


matlamat bahawa pada tahun 2010 semua sekolah rendah dan menengah di
Malaysia mencapai taraf sebagai sekolah Bestari (Kementerian Pelajaran Malaysia,
1997). Sekolah Bestari ini akan berteraskan kapada penggunaan Teknologi Maklumat
dalam pendidikan. Ini merupakan satu perubahan yang besar terhadap sistem
pendidikan negara dan ini selaras dengan hasrat negara untuk menjadi Malaysia
sebuah negara membangun menjelang tahun 2020.

Implikasi daripada hasrat negara, penubuhan pelbagai institusi kerajaan dan swasta
banyak memberikan perkhidmatan ke arah menjayakannya. Usaha mempertingkatkan
penguasaan kemahiran menggunakan komputer dapat dijadikan sebagai bukti
bahawa penggunaan komputer amatlah penting dan banyak memberikan manfaat
kepada manusia. Dalam bidang pendidikan pula khususnya di sekolah, ternyata
Teknologi Komputer dapat memberikan banyak faedah. Manfaat penggunaan
komputer dapat dilaksanakan dalam 3 aspek utama iaitu sebagai alat penyediaan
bahan bantu mengajar (BBM), sebagai media pengajaran dan pembelajaran (P&P),
dan juga memudahkan pengurusan maklumat di kalangan guru-guru di sekolah
(Fiskie, 1991). Ketiga-tiga aspek ini jika diaplikasikan bersama boleh menghasilkan
suatu hasil yang cukup berkesan dalam merealisasikan suatu kaedah pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan maklumat yang bijak, cekap dan teratur (Fiske 1991).

9
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian mempunyai maksud yang luas berkaitan prosedur dan cara
pengolahan data bagi menyelesaikan atau menjawab persoalan penyelidikan
termasuk menguji hipotesis. Secara ringkasnya, metodologi adalah kaedah sesuatu
kajian itu dijalankan. Setiap kajian memerlukan maklumat daripada dapatan kajian
yang dijalankan sama ada secara individu atau berkumpulan. Kajian dan penyelidikan
dapat dilakukan ke atas sampel dalam populasi tertentu dalam bentuk soal selidik,
temuduga dan sebagainya. Setiap kaedah kajian yang dijalankan oleh penyelidik
pada responden sudah semestinya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Antara
aspek yang perlu diambilkira merangkumi kaedah dan reka bentuk penyelidikan,
instrumen penyelidikan, sampel dan populasi, teknik pengolahan dan analisis data
yang tepat agar kajian yang dihasilkan bermutu dan berkualiti.

Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan tentang reka bentuk kajian,
instrumen kajian, populasi dan sampel, dan kajian rintis.

Reka Bentuk Kajian

Penyelidik menggunakan reka bentuk kajian berbentuk kaedah kuantitatif jenis


tinjauan bagi mengkaji faktor yang mempengaruhi penggunaan VLE FROG dalam
kalangan guru di Sekolah Menengah Kg. Pasir Puteh, Ipoh Perak. Menurut Mohd.
Majid Konting (2000), kajian tinjauan digunakan untuk mengukur pembolehubah-
pembolehubah yang berkaitan dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa
pembolehubah tersebut wujud. Menurut Azam (2000), kaedah ini merupakan kaedah
yang berkesan bagi mendapat maklumat daripada responden selain membuat
pemerhatian tingkah laku mereka. Dalam tinjauan ini, data-data telah dikumpul
dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbirkan oleh penyelidik sendiri di
tempat kajian. Penggunaan soal selidik digunakan kerana dapat menghasilkan item-
item yang konsisten serta boleh dipercayai.

10
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Instrumen Kajian

Instrumen kajian ini merupakan satu borang soal selidik yang mengandungi
dua bahagian, iaitu bahagian A dan bahagian B dalam Bahasa Melayu. Data bagi
kajian ini diperolehi daripada soalan yang disediakan dalam borang tersebut.
Penyelidik memilih instrumen soal selidik kerana kaedah ini lebih sesuai dan lazimnya
dianggap popular serta menepati kehendak kaedah dalam penyelidikan. Hal ini
kerana penggunaan soal selidik adalah lebih mudah dalam pengumpulan data. Selain
dari itu, soal selidik juga dapat meliputi saiz yang besar dengan kos yang sederhana.
Penyelidik mengagih dan mengumpul borang soal selidik kepada responden sendiri
kerana sampel yang digunakan terdiri daripada rakan sekerja.

Rasional penyelidik menggunakan instrumen soal selidik dalam penyelidikan ini


adalah kerana kaedah temubual tidak dapat dilaksanakan. Hal ini kerana penyelidik
menggunakan populasi sampel yang ramai iaitu, sebanyak 100 orang responden.
Dalam kajian ini, diharap penyelidik dapat maklumat daripada data-data yang
dikumpul, bagi menyokong atau menolak penyelidikan tersebut, khususnya dalam
menentukan faktor yang mempengaruhi penggunaan VLE (Frog) dalam kalangan
guru-guru di Sekolah Menengah Kg Pasir Puteh, Ipoh.

Soal-selidik yang digunakan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A digunakan untuk mengisi maklumat
peribadi atau latar belakang responden manakala. bahagian B digunakan untuk
mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi
penggunaan VLE (FROG) dalam kalangan guru di Sekolah Menengah Kg Pasir
Puteh, Ipoh, Perak.

Taburan item bagi setiap konstruk mengikut bahagian telah diringkaskan dalam
Jadual 1 seperti berikut :

11
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Jadual 1: Pecahan Item Soal Selidik

BAHAGIAN ITEM

(Latar Belakang Responden) 5

B
(Faktor yang Mempengaruhi Pengunaan VLE
Frog)

a) Pengetahuan 1- 5
b) Minat 1 – 10
c) Kemudahan 1 - 15

Penyelidik menggunakan 5 skala likert bagi meminta responden untuk menjawab soal
selidik bagi kajian ini. Mengikut soalan skala responden akan memberi maklum balas
dan menunjukkan darjah bersetuju ataupun tidak bersetuju. Lima skala likert yang
digunakan dalam kajian terdiri daripada:

1. Sangat Tidak Setuju

2. Tidak Setuju

3. Tidak Pasti

4. Setuju

5. Sangat Setuju

Penyelidik tidak menggunakan skala lebih daripada 5 kerana pilihan yang


terlalu banyak akan mengelirukan responden dalam membuat pilihan yang tepat.

12
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Responden akan sukar membezakan pilihan jawapan yang diberikan apabila banyak
pilihan yang disediakan.

Populasi dan Sampel Kajian

Beberapa teknik dapat digunakan bagi mendapatkan sampel yang mewakili


populasi dengan tepat. Populasi adalah satu set lengkap semua kumpulan yang
memenuhi spesifikasi. Dalam pensampelan penyelidik mengenal pasti dan
mendefinasikan populasi yang disampel secara spesifik terlebih dahulu. Hal ini
kerana, penyelidik mungkin tidak mempunyai masa atau kos bagi mengumpul
maklumat daripada keseluruhan populasi. Maka, penyelidik perlu memilih populasi
yang benar-benar mewakili sampel. Misalnya, dalam kajian ini penyelidik memilih 92
orang guru daripada 120 orang guru yang berkhidmat di sekolah yang menjadi tempat
kajian dijalankan. Jumlah guru di sekolah tersebut adalah seramai 120 orang.
Rasional penyelidik meilih sampel seramai 92 orang adalah berdasarkan Jadual
Krejcie, R. V and Morgan D. W. Menurut Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970),
bilangan sampel yang perlu diambil bagi populasi N=120 adalah bersamaan
dengan 92 orang. Jadual Krejcie, R.V and Morgan D. W di bawah menunjukkan
kadar menentukan jumlah sampel daripada populasi. (Krejcie, R. V and Morgan D.W.
Determining sampel size For Research Education and Psychological Measurement,
1970, 30,607=610.)

N S

10 10
15 14
20 19
25 24
30 28
35 32
40 36
45 40
50 44
55 48
60 52
65 56
70 59
75 63
80 66

13
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

85 70
90 73
95 76
100 80
110 86
120 92
130 97

Nota: N ialah saiz populasi, S ialah saiz sampel.

Dengan itu, penyelidik telah memilih seramai 92 orang guru sebagai sampel
kajian daripada populasi yang diambil. Ini bermakna sejumlah guru lelaki dan
perempuan telah dipilih secara rawak daripada jumlah keseluruhan guru di sekolah
tersebut.

Persampelan adalah merupakan pengambilan sebahagian daripada sesuatu


populasi. Ia merupakan kaedah yang baik untuk mengurangkan kos dan
menggambarkan keseluruhan populasi. Sebagaimana yang diketahui, sampel adalah
sumber untuk mendapatkan data. Bagi tujuan kajian ini sampel dipilih daripada
kalangan guru-guru yang mengajar di sekolah SKM Kg Pasir Puteh, Ipoh, Perak..
Mereka terdiri dari berbagai bidang seperti sains tulen, sains kemanusian, teknik dan
vokasional dan sebagainya. Keseluruhan sampel yang dipilih bagi kajian ini ialah 92
orang guru sahaja.

Kajian ini akan dijalankan ke atas 92 orang guru Sekolah Menengah Kampung
Pasir Puteh, Ipoh, Perak. Penyelidik mengedarkan borang soal selidik kepada sampel
kajian untuk diisi dan akan dikumpul semula selepas 3 hari. Rasional penyelidik
menjadikan 92 orang guru sebagai sampel adalah kerana penyelidik dapat membuat
penapisan sebelum data-data yang dikumpul itu dibuat analisa. Hal ini kerana,
penyelidik tidak perlu risau jika ada dalam kalangan responden yang dianggap tidak
releven dan memberikan jawapan yang tidak sahih, penyelidik dapat membuat tapisan
kerana masih mempunyai banyak sampel. Jika sampel yang dipilih sangat sedikit dan
wujud keadaan yang memaksa penyelidik membuat tapisan, penyelidik akan
mengalami masalah ketidakcukupan sampel dan hal ini akan mengakibatkan
keputusan data kajian diragui.

14
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kajian Rintis

Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk mendapatkan kesahan dan


kebolehpercayaan soal selidik yang akan digunakan sebagai alat kajian ini. Apabila
masa kajian melalui tahap perancangan dan sampai ke tahap soal selidik dibina.
Banyak usaha dan wang dilaburkan. Kajian rintis soal selidik pada tahap ini adalah
berguna bagi mendedahkan kekeliruan dan soalan bermasalah yang lain yang masih
wujud dalam soal selidik. Soalan-soalan kajian ini adalah berlandaskan kepada
contoh-contoh soal selidik terdahulu yang pernah digunakan bagi tujuan kajian yang
hampir sama.

Sebanyak 10 set soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru di Sekolah


Menengah Tronoh, Perak yang bukan sebagai sampel dalam kajian penyelidik. Ini
bertepatan dengan kenyataan daripada Mohamad Najid (1999) yang berpendapat
saiz sampel rintis tidak perlu besar tetapi memadai antara enam hingga sembilan
orang untuk memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan. Para responden
adalah terdiri daripada kalangan guru yang meliputi pelbagai bidang pengajaran dan
pemilihan telah dilakukan secara rawak mudah.

PERBINCANGAN

Secara keseluruhannya guru didapati mempunyai pengetahuan dalam kemahiran


asas ICT pada tahap tinggi. Pengoperasian asas komputer serta penggunaan
pemprosesan perkataan didapati sudah menjadi satu budaya dalam kalangan guru
yang dikaji. Dapatan kajian ini menyokong kajian Rosnaini (2006) yang mendapati
majoriti guru mempunyai kemahiran yang tinggi menggunakan aplikasi pemprosesan
perkataan. Hasil kajian ini juga tidak jauh berbeza dengan kajian Halimahtun dan Nor
Azilah (2002), Pang (2000), Norizan dan Salleh-Huddin (1997), Jaber (1997) serta
Sheingold dan Hadley (1990). Kesemua kajian ini mendapati aplikasi pemprosesan
perkataan begitu popular dalam kalangan guru dan mereka sangat mahir

15
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

menggunakannya. Menurut Rogers (2003) antara faktor yang menyebabkan individu


mudah menerima sesuatu inovasi ialah keserasian serta kemiripan inovasi tersebut
dengan nilai, pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada,dan sesuai dengan
keperluan individu tersebut. Dalam konteks ini, guru sudah sering menggunakan
aplikasi ini bagi kerja perkeranian dan pentadbiran serta penyediaan bahan berkaitan
pengajaran dan pembelajaranseperti kertas ujian, peperiksaan dan nota pelajaran.

Majoriti guru-guru bersetuju dengan penggunaan frog vle kerana bagai mereka ia
merupakan perubahan terkini dalam system pendidikan. Oleh itu, dapatan kajian
menunjukkan kebanyakan guru juga didapati mahir menggunakan aplikasi lain
khususnya hamparan elektronik, persembahan elektronik dan juga Internet. Mereka
boleh menggunakan aplikasi tersebut tanpa bantuan daripada orang lain. Ini
bermasud mereka mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi. Namun, masih
terdapat guru yang masih tidak mahir menggunakan aplikasi ini. Keadaan ini adalah
satu kerugian kepada guru tersebut kerana semua aplikasi ini dapat membantu guru
menjadikan pengajaran mereka bertambah menarik dan berkesan. Penggunaan
aplikasi hamparan elektronik sememangnya memudahkan guru melakukan beban
tugas dan mengajar subjek pelajaran (Lehmann, 2002;Drier, 2001). Aplikasi frog vle
bukan sahaja menjadikan pengajaran guru lebih menarik dengan multimedia dan
interaktiviti, malahan guru boleh menggalakkan pelajar menggunakan perisian
tersebut untuk pembentangan hasil projek individu dan kumpulan. Aktiviti sebegini
mengukuhkan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar yang menyemai nilai
pendidikan yang positif seperti kreatif dan inovatif, bersikap bertanggung jawab dan
bekerjasama antara satu sama lain,disamping meningkatkan kemahiran koloberasi
dengan rakan. Atas kesedaran dan minat mereka menjadikan aplikasi frog vle ini
berjaya dilaksanakan di peringkat sekolah.

Guru turut didapati mahir menggunakan aplikasi Internet terutamanya berkaitan


dengan enggunaan emel, mengakses maklumat dan melayari laman web. Dapatan ini
menunjukkan senario yang agak berbeza daripada kajian Rosnaini (2006) dan
Norizan (2003) yang mendapati guru masih kurang mahir menggunakan aplikasi
Internet. Ini berkemungkinan kerana penggunaan Internet serta komunikasi

16
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

berperantara komputer sudah semakin menjadi kelaziman kepada sebahagian besar


guru terutamanya golongan muda. Namun begitu, guru kurang kemahiran daripada
segi berkomunikasi atas talian secara sinkronis seperti telesidang video dan chat.

Sehubungan itu, pendedahan perlu diberi kepada guru kerana pada masa ini terdapat
semakin banyak perisian atas talian yang memberikan perkhidmatan telesidang
secara percuma (contoh skype) yang boleh dimanfaat untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran serta interaksi antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar.

Sebahagian besar guru juga didapati telah mengikuti kursus serta latihan berkaitan
penggunaan ICT secara formal yang mana dilaksanakan oleh pihak berwajib seperti
Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri selain sekolah.

Faktor latihan ini juga merupakan faktor penyumbang kepada peningkatan kemahiran
dalam kalangan guru (Rosnaini & Mohd Arif, 2010;Norizan,2003;Wong,2002). Agak
berbeza dengan kajian oleh Cuban (2001) dan Ashinida et al. (2004) pengintegrasian
ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru didapati pada
tahap sederhana. Ramai guru didapati mengguna aplikasi frog vle untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran pada kekerapan yang lebih tinggi berbanding sedekad
lalu. Namun, tahap penggunaan masih perlu dipertingkatkan agar selaras dengan
kemahiran teknologi yang ada pada guru serta memaksimakan kelebihan teknologi
bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menyeronokkan.

KESIMPULAN

Teknologi menjadi alat dan pengupaya utama bagi menghasilkan pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan yang efisien dan mantap. Guru yang
menguasai kemahiran ICT dan aplikasi frog vle dijangka akan dapat memaksimakan
kelebihan yang ada pada teknologi untuk menjadikan pengajaran lebih menarik,
interaktif serta berkesan. Adalah penting pihak berwajib memantau agar semua guru
mempunyai kemahiran teknologi yang diingini bagi memastikan kejayaan
pelaksanaan program teknologi di sekolah.

17
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Borang soal selidik

Bahagian A: Latarbelakang Demografik

1. Nama sekolah :…………………………………………………………………

2. Jantina

Lelaki

Perempuan

3. Umur

Kurang daripada 30 tahun

30 – 39 tahun

40 – 49 tahun

Lebih daripada 49 tahun

4. Pengalaman mengajar

Kurang daripada 1 tahun

1 – 5 tahun

6 – 10 tahun

11 – 15 tahun

16 – 20 tahun

Lebih daripada 20 tahun

5. Kelulusan Akademik Tertinggi

Ijazah Sarjana Muda

Ijazah Sarjana

Ph.D

18
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Bahagian B : Soalan - soalan di bawah ini memerlukan persetujuan anda mengenai Pem
penggunaan aplikasi VLE Frog di sekolah .
Sila bulatkan respon anda mengikut kepentingan berikut:
Sangat tidak Tidak Setuju Tidak pasti Setuju Sangat Setuju
setuju
1 2 3 4 5

i.Pengetahuan mengenai VLE Frog

1 Saya mengetahui apa itu VLE Frog melalui internet. 1 2 3 4 5

2 Saya mempunyai akaun VLE Frog di sekolah. 1 2 3 4 5

3 Saya ingat kata laluan VLE Frog yang diberikan oleh sekolah. 1 2 3 4 5

4 Saya pernah menggunakan VLE Frog di universiti. 1 2 3 4 5

5 Saya faham dan cara penggunaan VLE Frog. 1 2 3 4 5

ii.Minat dalam penggunaan VLE Frog

1 Saya menggunakan VLE Frog dalam pengajaran dan 1 2 3 4 5


pembelajaran.

2 Saya yakin menggunakan VLE Frog untuk meningkatkan 1 2 3 4 5


prestasi akademik sekolah.

3 Saya pasti bahawa tugasan seharian saya lebih mudah dengan 1 2 3 4 5


menggunakan VLE Frog.

4 Saya boleh menarik minat pelajar dengan menggunakan VLE 1 2 3 4 5


Frog.

5 Saya yakin menggunakan VLE Frog dalam pengajaran dan 1 2 3 4 5


pembelajaran.

6 Saya yakin menggunakan VLE Frog dari rumah. 1 2 3 4 5

7 Saya pasti menggunakan VLE Frog setiap hari di 1 2 3 4 5


sekolah.
8 Saya kurang yakin menggunakan VLE Frog semasa pengajaran 1 2 3 4 5
dan pembelajaran.

19
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

9 Saya kurang pasti bahawa tugasan seharian saya lebih mudah 1 2 3 4 5


dengan Frog.

10 Saya percaya bahawa sistem ini memudahkan pengajaran dan


pembelajaran .

iii.Kemudahan menggunakan VLE Frog

1 Saya menggunakan komputer peribadi di rumah. 1 2 3 4 5

2 Saya ada kemudahan internet di rumah. 1 2 3 4 5

3 Saya memberi nota dari rumah melalui VLE Frog. 1 2 3 4 5

4 Saya memberi latihan melalui VLE Frog semasa tiada di 1 2 3 4 5


sekolah.

5 Saya mudah menggunakan VLE Frog semasa pengajaran dan 1 2 3 4 5


pembelajaran.

6 Saya senang membuat pengumuman sekolah melalui Frog 1 2 3 4 5

7 Sekolah mempunyai talian internet. 1 2 3 4 5

8 Sekolah mempunyai talian internet di setiap kelas 1 2 3 4 5

9 Sekolah mempunyai talian internet yang pantas. 1 2 3 4 5

10 Sekolah mempunyai komputer yang mencukupi untuk 1 2 3 4 5


pengajaran dan pembelajaran .

11 Sekolah mempunyai sistem Frog yang stabil. 1 2 3 4 5

12 Sekolah mendapat khidmat bantu dari Frog yang memuaskan. 1 2 3 4 5

13 Sekolah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan untuk 1 2 3 4 5


VLE Frog.

14 Sekolah mengadakan bengkel VLE Frog untuk murid-murid. 1 2 3 4 5

15 Sekolah telah memberikan password Frog kepada setiap 1 2 3 4 5


murid.

Terima kasih .

20
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

RUJUKAN
Ahmad Rashidi Osman (1992). Kajian Penggunaan Komputer di kalangan Guru-guru
sekolah di Negeri Johor. Tesis Sarjana Muda, UTM.

Akker, JV.D., Paul K. (1992) The Integration of Computer Use in Education. International
Journal of Educatiopn Research, vol.17,pg. 65.

Azizi Yahya et.al (2007) Menguasai Peyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS
Pub.

Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan (2007). Menguasai
penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Azwan & Rozita (2002). Literasi komputer maklumat & komunikasi (TMK) guru-guru
Sekolah Menengah: Satu kajian berbentuk “hand on. Prosiding Konvensyen Teknologi
Pendidikan Ke 17 yang diadakan pada 17-20 September, Paradise Sandy Beach Resort,
Tanjung Bungah, Pulau Pinang, pp. 206-216.
Bakhtiar Mansur (1995), Membina “Empowerment” Pengupayaan dalam pengurusan
Pendidikan. Seminar, Pengurusan Pendidikan, IAB.

Badrul Hisham Haji Alang (1998). Kesediaan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik Berbantukan Komputer (PBPK) di Sekolah Menengah http:// motivasiutusan.
4mg.com/kerja 1. html..
Becker, H.J. (1991) How Computer Are used in United States School. Computer in Education
Survey Journal Research, Vol 7(4) pg. 385.

Ely, D.P (1993) Computer in Schools and Universities in the United States of America.
Educational Technology, Vol.33(9), pg 53.

Hamzah Hussain (1995). Latihan dalam Perkhidmatan : Satu Kajian mengenai Persepsi,
Keberkesanan dan Keperluan Guru di Pahang. Tesis Sarjana UUM.

Rusmini Ku Ahmad (2003). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam


Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Jilid (13) 82-
91.

21

Anda mungkin juga menyukai