Anda di halaman 1dari 9

GGGD 5022 : SEKOLAH DAN MASYARAKAT

TAJUK: ISU DALAM PENDIDIKAN ( PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM


SISTEM PENDIDIKAN DAN CABARAN YANG DIHADAPI)

NAMA PENSYARAH

DR. NURWINA AKMAL BINTI ANUAR

NAMA PELAJAR : MUNIRAH BT MANSOR ( P122310 )

PENULISAN YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH DIPLOMA


PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH EKSEKUTIF
ISU PENDIDIKAN : PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM SISTEM PENDIDIKAN DAN
CABARAN YANG DIHADAPI

1.0 LATAR BELAKANG

Dalam arus kemodenan masa kini, kita dapat lihat berjayanya suatu bangsa dan
negara adalah datang dari majunya sesebuah bidang pendidikan. Bagi memajukan bidang
pendidikan ,antara perkara yang harus dilaksanakan ialah dengan mengaplikasikan teknologi
sebagai pendekatan dalam amalan pendidikan. Ini bersesuaian dengan perkembangan
teknologi dan maklumat masa kini dimana semua pihak tidak dapat terhindar dari kemajuan
teknologi termasuklah bidang pendidikan. Hal ini kerana perkembangan teknologi berjalan
seiringnya dengan kemajuan ilmu pengetahuan. Dengan kata lain ledakan teknologi yang
pesat di era global sekarang semestinya memberi pengaruh kepada dunia pendidikan.
terutama penyesuaian penggunaan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) bagi dunia
pendidikan khususnya dalam proses pembelajaran

Desakan global sentiasa menuntut dunia pendidikan untuk mengadaptasi dengan


perkembangan teknologi bagi peningkatan dalam kualiti pendidikan. Penyesuaian dengan
perkembangan teknologi dalam pendidikan khususnya pengaplikasiannya dengan teknologi
informasi dan komunikasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Bagi keberkesanan
proses pembelajaran dan pengajaran ,maka amatlah wajar teknologi diterapkan sebagai
suatu pendekatan dalam meningkatkan mutu pendidikan. Hal ini demikian kerana teknologi
pendidikan menjadi penunjang yang sangat besar dalam pendidikan moden dimana
penerapannya dalam pendidikan mampu menjadikan pembelajaran dan pengajaran menjadi
lebih efektif,menarik dan berkesan. Selain itu penggunaan teknologi juga membantu
kelancaran sistem pentadbiran dan pengurusan sesuatu institusi pendidikan menjadi lebih
cekap dan realistik.

2.0 PENGENALAN

Penggunaan teknologi dalam pendidikan di Malaysia masa kini bukanlah satu perkara
yang asing lagi. Rakyat Malaysia hari ini merupakan rakyat yang hidup dalam era globalisasi
yang berorientasikan sains dan teknologi. Kita dapat lihat rata-rata rakyat Malaysia sangat
bergantung pada penggunaan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian tidak kira dari
golongan kanak-kanak,dewasa mahupun tua. Sejajar dengan perkembangan sains dan
teknologi global, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai usaha
bagi memperluaskan penggunaan teknologi seperti di sekolah-sekolah dan institusi
pendidikan tinggi. Kemahiran maklumat, media dan teknologi diangkat oleh Kementerian
Pengajian Malaysia (KPM) sebagai satu kemahiran yang dikehendaki pada abad ke 21 dan
perlu dikuasai oleh guru dan murid. Sebagai contoh yang boleh dilihat ialah pelaksanaan
Sekolah Bestari yang telah di bangunkan di Putrajaya Malaysia.

Dengan adanya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah membantu dalam
sistem pembelajaran dan pengajaran, sistem pendidikan di sekolah-sekolah dan institusi
pengajian. Pelajar dapat mudah mengakses Internet untuk mendapatkan maklumat dari
seluruh dunia untuk melaksanakan projek dan tugasan-tugasan sekolah. Selain itu perubahan
dan pendekatan dalam pengajaran juga berlaku. Pedagogi guru dalam pendekatan yang
dilakukan semasa pengajaran memberi kesan yang besar kepada pencapaian pelajar
misalnya pemilihan media teknologi yang digunakan, pengaplikasiannya dan sebaik mana
guru mengelola dan mempersiapkan media teknologi tersebut dalam pengajaran.
Walaubagaimanapun, dengan adanya teknologi yang membawa kebaikan pasti terdapat
kelemahan dan cabaran yang pasti dihadapi. Sesuatu perkara yang telah dicipta dan
diwujudkan yang membawa kebaikan tentu sekali terdapat keburukannya (Thulasimani
Munohsamy (2014).

Justeru, penulisan ini akan membincangkan mengenai penggunaan teknologi dalam


sistem pendidikan di Malaysia dan cabaran yang dihadapi . Perbincangan mengenai topik ini
akan menghuraikan dengan lebih lanjut kebaikan dan cabaran penggunaan teknologi
maklumat dari aspek sekolah , guru dan pelajar.

3.0 DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ditakrifkan sebagai suatu set alat dan
sumber teknologi yang pelbagai. Menurut (Mohd Suhaimin,2017) teknologi ICT secara tepat
dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,
melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira
tempat dan waktu. Maklumat tersebut dapat wujud dalam bermacam bentuk sama ada bentuk
fizikal sperti kertas dan buku, suara, paparan visual, pergerakan atau bentuk bit.

Alat dan sumber teknologi ini tergolong seperti komputer, jalur lebar internet, teknologi
penyiaran langsung, teknologi penyiaran rakaman, telefon dan sebagainya. Dalam dunia
global maklumat sekarang, kegunaan teknologi maklumat sangat meluas dalam pelbagai
konteks kehidupan. Ia sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan penyaluran
informasi menjadi sangat cepat. Secara umumnya teknologi maklumat tidak terbatas pada
internet dan komputer sahaja, ianya juga merangkumi perkara seperti televisyen, peranti
mudah alih, whats app,faks, dan banyak lagi.

Media seperti percetakan, telefon dan televisyen memainkan sumbangan yang


penting dalam menyampaikan informasi dan pengetahuan kepada masyarakat. Walaupun
begitu, informasi dari bahan-bahan media ini terdapat kelemahannya dimana penyebaran
informasi media ini berkonsepkan satu hala dan tidak interaktif seperti Internet. Ini
membolehkan kawalan informasi dilakukan secara effektif. Secara ringkasnya, kewujudan
internet sebagai alat telekomunikasi terkini telah menjadi satu medan yang besar dalam
peradaban bagi penyebaran sumber maklumat dari serantau dunia yang dapat maningkatkan
ilmu dan pengetahuan.

4.0 Pengaplikasian Teknologi Maklumat di Kalangan Sekolah, Murid dan Guru Terhadap
Pembelajaran dan Pengajaran.

4.1 Sekolah

Penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah


banyak memberi sumbangan yang baik pada pencapaian pelajar di sekolah tidak kira sekolah
rendah atau pun sekolah menengah. Pengajaran berkonsepkan teknologi seperti penggunaan
komputer, kalkukator saintifik, dan perisian-perisian terbaru mampu menjimatkan masa,
memudahkan pencarian maklumat, menjadikan pengajaran menjadi lebih menarik dan
berkesan. Selain itu, penggunaan teknologi maklumat di sekolah dapat membantu guru
menguasai kemahiran dalam penggunaan teknologi bagi pembelajaran dan pengajaran serta
melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi maklumat. Hal ini sejajar dengan hasrat
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dimana kemahiran penggunaan teknologi maklumat
harus dikuasai pelajar dan guru dalam pembelajaran abad ke 21.

Dalam pada itu, sekolah memainkan peranan penting dalam menghasilkan modal
insan yang cemerlang, berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2001-2010 antara
pelaksanaannya menjelaskan tentang pekerja berkualiti yang berintegriti ,mempunyai minda
kelas pertama, bersikap inovatif dan kreatif berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi
terutama dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan kemahiran insaniah dipercayai mampu
memberi sumbangan dalam pembangunan negara (Pati Anak Aleng,2014). Pembelajaran
dan pengajaran menggunakan teknologi mampu meningkatkan penguasaan dalam
kemahiran bidang teknologi , hal ini kerana mereka akan didedahkan terhadap pelbagai alatan
dan peranti berkenaan ICT semasa pembelajaran dalam bilik darjah seperti internet, LCD,
CD, pendrive, perisian dan pelbagai lagi. Kewujudan peralatan seperti tersebut mempunyai
fungsinya tersendiri.

4.2 Guru

Guru memainkan peranan yang penting dalam pembentukan modal insan yang
cemerlang dan celik ICT. Berdasarkan (Wan Nuraini,2015), penggunaan ICT dapat
membantu guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang berkesan dan menarik
semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Guru dapat menyediakan bahan pengajaran
yang bermakna seperti mewujudkan slaid pembelajaran dengan memasukkan animasi-
animasi, visual serta audio dan ia mampu membuat murid terarah memahami sesuatu topik
pembelajaran.

Selain itu juga, guru dapat menggunakan ICT untuk mencari maklumat bagi tujuan
pengajaran, bahkan ia membantu guru bagi menyediakan bahan pembelajaran yang
tepat,mudah dan bersesuaian. Penggunaan animasi seperti visual bergerak ,grafik, tayangan
video dan juga musik dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri yang tinggi pada di
kalangan pelajar. Ini bersesuaian dengan tahap kognitif mereka pada tahap tersebut sebagai
contoh iaitu kanak-kanak seperti murid di sekolah rendah mudah memahami pada apa yang
divisualkan.

Seterusnya dalam hal ini, apabila guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan dalam bilik darjah, ia mampu meningkatkan pencapaian akademik
pelajar di sekolah. Melalui pengaplikasian teknologi seperti ICT, pembelajaran dan
pengajaran tidak lagi hanya berpusatkan guru semata tetapi ia dapat melibatkan penglibatan
murid secara aktif dalam sesuatu pembelajaran dalam bilik darjah. Pelajar akan berusaha
mencari maklumat untuk berkongsi dengan guru mereka dan juga mencari maklumat untuk
menyiapkan projek dan tugasan-tugasan sekolah.

Kesimpulannya, pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih menarik,interaktif


dan berkesan apabila guru mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat dalam bilik
darjah.

4.3 Pelajar

Pelajar mudah mencari maklumat bagi menyiapkan tugasan-tugasan sekolah dengan


adanya teknologi maklumat. Terdapat pelbagai sumber informasi yang dapat mereka perolehi
dengan senang dan pantas dari Internet. Perkara ini dapat membantu mereka dalam
pembelajaran. Disamping itu, dengan menguasai penggunaan teknologi maklumat ia dapat
menambah pengetahuan am di kalangan para remaja. Pengetahuan am ini sangat penting
bagi pengetahuan golongan remaja atau murid sekolah mengenali dan mempeduli hak
mereka serta dapat memberikan pendapat dan penyelesaian berkenaan isu-isu semasa.

Seterusnya kewujudan pelbagai aplikasi seperti What’s App, Facebook, atau


Telegram memudahkan pelajar berkomunikasi dengan guru dan kenalan mereka terutamanya
melibatkan pembelajaran. Faktor tempat tinggal yang jauh dan masa yang terhad tidak lagi
menjadi masalah buat pelajar atau murid sekolah berbincang dan bertanya soalan mengenai
pembelajaran kepada guru dan rakan mereka tanpa perlu susah berjumpa secara
berhadapan. Hal ini sangat memudahkan dan menjimatkan masa selain juga menjimatkan
kos.

Selain itu juga, kewujudan teknologi maklumat membantu mempertingkatkan


kemahiran pelajar dalam sesuatu perkara. Penguasaan sesuatu kemahiran adalah sangat
penting untuk pelajar bagi persediaan mereka untuk kekal relevan apabila telah masuk dalam
sesuatu pekerjaan kelak kerana perubahan arus dunia mengkehendaki seseorang
berkemahiran tinggi dalam pelbagai perkara. Secara ringkasnya, murid perlu berusaha
bersungguh-sungguh untuk menguasai teknologi maklumat bagi melahirkan modal insan
yang celik ICT yang dapat berdaya saing memajukan sector ekonomi negara.

5.0 CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI (TMK) DALAM


PENDIDIKAN DAN PENYELESAIAN.

Dalam membincangkan kebaikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam


bidang pendidikan terutamanya membantu pembelajaran dan pengajaran guru dan murid di
sekolah, kita tidak dapat lari dari cabarannya juga. Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi
oleh sekolah, guru dan murid dalam penggunaan teknologi maklumat. Menurut (Mahani
Sulaiman,2010), dimana kewujudan baru teknologi dari perkembangan pesat teknologi
maklumat menyebabkan syarikat atau pembekal menghasilkan dan menjual peranti atau
perisian TMK dengan harga yang tinggi. Oleh hal tersebut, sekolah tidak mampu
mendapatkannya disebabkan kos yang mahal. Bagi menangani hal ini, langkah yang harus
diambik ialah pihak sekolah haruslah membeli peranti atau perisian TMK yang diperlukan
sahaja, elakkan dari membeli peranti atau perisian TMK yang tidak dikehendaki yang boleh
menyebabkan pembaziran.
Selain itu juga, perubahan peranan guru mengkehendaki guru-guru dilatih dan diajar
dengan kemahiran baru agar mereka dapat mengendali dan menggunakan teknologi
maklumat dengan betul dan berkesan.Hal ini kerana terdapat juga di kalangan guru tidak
mahir dan tidak cekap dalam penggunaan teknologi maklumat. Oleh itu menyebabkan
kesukaran bagi mereka mengendalikan dan menggunakan teknologi seperti peranti dan ICT
di sekolah. Malah, masalah ini akan menjadi jurang yang luas antara guru dengan murid jika
guru tidak mampu menguasai teknologi terkini dalam pendidikan. Kekurangan ini akan
menjadi satu jurang dengan murid kerana mereka lebih mahir menggunakan teknologi.
Sebagai contoh, murid akan mempersoalkan kemahiran atau kebolehan yang ada sebagai
seorang guru dalam mengelola teknologi. Guru-guru perlu peka dan sedia menerima
perubahan baru berkenaan teknologi maklumat dalam pendidikan untuk pembelajaran dan
pengajaran yang lebih berkesan. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menyediakan kursus tempoh singkat buat guru-guru mempertingkat kemahiran dalam
penggunaan TMK dan mempersiapkan guru menghadapi perkembangan teknologi masa kini
agar mereka sentiasa maju ke hadapan. Walaubagaimanapun, usaha dari guru sendiri
perlulah proaktif untuk belajar dan meneroka sendiri agar mereka kompeten dalam
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Disamping itu, cabaran lain yang dihadapi dari penggunaan teknologi juga adalah
pelajar cenderung mendapat pengaruh negatif dari penggunaan TMK, sebagai contoh
terdapat pelbagai sumber maklumat yang dapat pelajar perolehi daripada Internet,tetapi
dalam pada masa yang sama terdapat juga banyak laman web yang membawa pengaruh
negatif seperti laman web porno, filem berkaitan keganasan seperti aksi gangsterism, budaya
hedonisme dan pelbagai lagi (Thulasimani Munohsamy,2014). Hal ini dapat memberi
pengaruh buruk kepada pelajar kerana ia boleh menyebabkan ketagihan dan pelajar
cenderung meniru perlakuan yang buruk itu dari laman web tersebut dan diamalkan di dunia
sebenar. Oleh itu, guru sewajarnya mendedahkan etika dan undang-undang penggunaan
Internet kepada para pelajar. Berdasarkan (Mahani Sulaiman 2010) pembendungan pengaruh
negatif dapat dilakukan dengan mengadakan etika penggunaan komputer pada peringkat
sekolah dan mendedahkan kepada Akta Jenayah Komputer 1997. Walaubagaimanapun,
langkah pembendungan pengaruh negatif ini agak sukar dilakukan kerana capaian internet
bukan sahaja dapat diakses di sekolah,tetapi terdapat juga di rumah dan luar sekolah. Selain
dari itu juga, murid seperti kanak-kanak juga cenderung menghabiskan masa yang lama
terhadap penggunaan gadjet seperti telefon. Mereka sanggup menghabiskan masa berjam-
jam melayari aplikasi seperti Youtube dan mengabaikan pelajaran. Hal ini menjadikan mereka
seorang yang tidak suka bergaul dan berkomunikasi dengan orang sekeliling. Perkara ini
boleh membawa masalah seperti ‘speech delay’ atau tercicir dalam pelajaran.. Pantauan dan
tinjauan dari ibu dan bapa harus dilakukan terhadap pelajar-pelajar ini di rumah dan luar dari
sekolah supaya mereka tidak menghabiskan masa yang lama bermain dengan gadjet, Mereka
seharusnya diingatkan untuk menggunakan teknologi maklumat bagi mengulangkaji pelajaran
dan menambahkan ilmu pengetahuan.

Selain itu juga, peranan guru dan sekolah juga disini penting untuk mengatasi masalah
sebegini. Guru dan pihak sekolah harus menjalankan kawalan dalaman terhadap para pelajar.
Kawalan dalaman ini dapat dilakukan dengan menerapkan mereka terhadap penghayatan
kepada nilai moral, etika,budaya, agama dan pengukuhan falsafah dalam kehidupan
seharian. Justeru langkah ini diharap dapat membantu mereka berfikir mana yang baik untuk
diikuti dan menghindarkan diri dari perkara yang tidak memberi manfaat.

6.0 PENUTUP

Secara ringkasnya, kehadiran teknologi memberi impak yang sangat besar dalam
bidang pendidikan. Penggunaan teknologi mampu menyumbangkan kepada keberkesanan
pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Selain itu, penggunaan teknologi juga dapat
membantu guru dan sekolah dalam melahirkan modal insan yang celik teknologi terutamanya
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Namun begitu, dalam kebaikan penggunaan teknologi pendidikan terdapat juga


cabaran yang dihadapi oleh sekolah,guru dan pelajar dalam pengaplikasian teknologi dalam
pendidikan Oleh itu, setiap pihak perlu cakna dan mengambil tindakan penyelesaian bagi
cabaran dan masalah yang dihadapi agar penggunaan teknologi maklumat dapat memberikan
kebaikan dan menyumbangkan kepada sistem pendidikan yang berkualiti dalam negara.

.
RUJUKAN

James,A,J,E.,ED.D,L.S.N., M.SC.(2020) Guru Sebagai Pakar Strategi Pembelajaran Abad


ke-21. Batu Caves : PTS Media Group

Mahani Sulaiman (2010). Isu dan Cabaran Pengintegrasian Teknologi dalam Pendidikan.
Bahan diakses pada September 28, 2022 daripada
http://mahanisulaiman.blogspot.com/

Mohd Suhaimin (2017).Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam


pendidikan. Bahan diakses pada Oktober 3, 2022 daripara
http://www.cikgusuhaimin.com/2017/01/peranan-teknologi-maklumat-dan_17.html

Nor Hazrul Mohd Salleh (Mei,2021). ICT Pacu Teknologi Pendidikan. Metro Online. Bahan
diakses pada Oktober 3, 2022 daripada
https://www.hmetro.com.my/rencana/2021/05/710661/ict-pacu-teknologi-pendidikan

Pati Anak Aleng (2014). Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Batu
Caves : PTS Akademia

Thulasimani Munohsamy. (2014) Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam


Pendidikan. Bahan diakses pada September 27, 2022 daripada
https://www.researchgate.net/publication/279197893_Integrasi_Teknologi_Maklumat_
dan_Komunikasi_dalam_Pendidikan

Wan Nuraini. ( Mei,2015). Kepentingan Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan


Pembelajaran. Bahan diakses pada September 27, 2022, daripada
http://cikguwan91.blogspot.com/2015/05/kepentingan-penggunaan-teknologi-
dalam.html

Anda mungkin juga menyukai