Anda di halaman 1dari 14

AMALAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21) DALAM

PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) GURU-GURU


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL NILAI

KANAK SUMATHY RAMAN


Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris,Perak

Abstrak
Kajian ini bertujuan mengkaji amalan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Nilai dalam aspek pelaksanaan aktiviti Professional Learning Community (PLC),
pembelajaran koperatif, Digital Tool Resources (DTR) dan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT). Reka bentuk kajian ini menggunakan kajian kuantitatif ke atas 39
orang guru terlatih yang dipilih dalam semua mata pelajaran di Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Nilai. Data kuantitatif dikumpul dengan menggunakan soal selidik
melalui google form dan dianalisis secara deskriptif melalui peratusan. Hasil kajian
mendapati amalan PAK21 dalam PdPc guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Nilai dapat dilaksanakan dengan jayanya. Namun, penambahbaikan perlu dilakukan
kerana terdapat guru yang masih tidak pasti sama ada tahu atau faham tentang
PAK21. Terdapat guru yang masih tidak dapat menguasai teknologi masa kini. Kajian
juga mendapati terdapat masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru dalam
pelaksanaan PAK21 dan cadangan-cadangannya perlu diambil kira. Implikasi kajian
ialah penambahbaikan dan strategi pemantapan PAK21 perlu dilakukan. Dapatan ini
menyumbang kepada peningkatan pelaksanaan PAK21 agar semua guru Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Nilai celik dalam PAK21 bersesuaian dengan pendidikan masa kini.

Kata Kunci: pembelajaran abad ke 21 (PAK21), pengajaran dan pemudahcaraan


(PdPc), guru-guru sekolah rendah

PENGENALAN
Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha mengangkat pendidikan bertaraf dunia
sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara dan meletakkan proses pendidikan
sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-
sekolah yang berfungsi sebagai satu institusi perkembangan ilmu. Kurikulum
pendidikan haruslah sentiasa mengikut peredaran zaman bagi memastikan pelajar yang
dikeluarkan bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan malah menguasai kemahiran
abad ke-21 bagi menghadapi era globalisasi pada masa ini. Hal ini kerana bagi
menghadapi cabaran globalisasi, rakyat Malaysia perlu dilengkapi dengan asas
pendidikan dan latihan yang kukuh serta mempunyai pelbagai kemahiran umum
termasuk kebolehan berkomunikasi dan menguasai bahasa (Azalya, 2003).
Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak


mempunyai kefahaman tentang PAK21 dan bersedia untuk melaksanakannya agar
proses pengajaran dan pemudahcaraan berkesan. Pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
dianggap penting sebagai proses melengkapkan keperluan murid yang begitu dinamik.
Justeru, guru yang mempunyai kompetensi tertentu akan mengembangkan kemahiran,
bakat, potensi dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bentuk. Guru yang mengajar
dengan baik dapat mengubah persepsi murid terhadap sesuatu mata pelajaran.
Bagi mengubah persepsi murid, guru perlu memainkan peranan membentuk
minat murid agar lebih menumpukan perhatian dalam PdPc. Trend PdPc abad ke-21
kini, guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu, tetapi menerapkan kemahiran abad ke-21
dalam kalangan murid. Penekanan untuk menguasai kemahiran abad ke-21 haruslah
bermula dengan menerapkan pelbagai kemahiran abad ke-21 dalam proses PdPc. Guru-
guru seharusnya mempunyai strategi pengajaran melalui pemilihan dan perancangan
dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran
untuk mencapai objektif pengajaran (Ismail Suardi, 2014). Namun demikian, dalam
memenuhi tuntutan mempersiapkan murid dengan kemahiran abad ke-21, para guru
menghadapi pelbagai cabaran kerana banyaknya kemahiran yang perlu didedahkan
berbanding keterbatasan waktu yang menjadi penghalang utama. Sehubungan dengan
itu, kesediaan dan kefahaman guru adalah faktor penting dalam pelaksanaan PAK21.
Justeru, kajian ini amat sesuai dijalankan untuk mengetahui amalan pedagogi abad ke-
21 guru-guru di sekolah dan mengetengahkan cadangan-cadangan bagi membantu guru-
guru dalam menghadapi cabaran dalam menjayakan proses PdPc berasaskan kemahiran
abad ke-21. Skop kajian ini terbatas kepada amalan pembelajaran abad ke-21 (PAK21)
dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru-guru sekolah rendah aspek
Professional Learning Community (PLC), pembelajaran koperatif, penguasaan aplikasi
Digital Tool Resources (DTR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Objektif Kajian
Terdapat tiga objektif kajian yang hendak dicapai iaitu;
1. Mengkaji tahap amalan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dalam pengajaran
dan pemudahcaraan (PdPc) guru-guru Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil Nilai
2. Mengkaji kekangan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang
dihadapi oleh guru-guru Sekolah Kebangsaan Tamil Nilai.

Soalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian di atas pengkaji telah membentuk beberapa persoalan
kajian iaitu;
1. Sejauhmanakah tahap amalan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dalam
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil Nilai?
2. Apakah kekangan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang
dihadapi oleh guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Nilai?
Tinjauan Literatur
Pada abad ke-21, murid harus dinilai sejauh mana mereka menguasai kemahiran abad
ke- 21 seperti kreativiti dan inovasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah,
komunikasi dan kolaboratif, literasi maklumat, literasi teknologi, maklumat dan
teknologi komunikasi. Murid yang tidak memperoleh kemahiran yang diperlukan akan
menghadapi saingan. Penerapan kemahiran abad ke-21 akan dapat membantu pelajar
dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran globalisasi dengan lebih
berkeyakinan dalam bidang pendidikan, malah dalam bidang kerjaya.
Kajian berkaitan PdPc berasaskan kemahiran abad ke-21 dalam bidang
pendidikan telah banyak dilakukan namun kajian yang analitikal berkaitan pelaksanaan,
kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru-guru serta cadangan penambahbaikan
amalan PAK21 dalam PdPc tidak banyak dilakukan (Masyuniza, 2015). Kajian Siti
Faizzatul Aqmal, Mohamad dan Razali (2011) pula mengutarakan kebolehlaksanaan
amalan PAK21 di bilik darjah. Kebanyakan kajian menghuraikan berkenaan tahap PdPc
dalam berteraskan kemahiran abad ke-21 kecuali kajian Norzarina dan Roslinda (2017)
yang berkaitan kefahaman guru tentang kemahiran abad ke-21. Begitu juga Badrul
Hisham dan Mohd Nasruddin (2016) yang mengkaji amalan pengajaran dan
pembelajaran abad ke- 21 dalam kalangan pensyarah dan bukan guru-guru sekolah.
Kajian Badrul Hisham dan Mohd Nasruddin (2016) mendapati amalan pengajaran dan
pembelajaran berasaskan kemahiran pemikiran kritikal masih perlu ditingkatkan.
Justeru, kajian berkaitan amalan PAK21 dalam kalangan guru-guru di sekolah perlu
diketengahkan agar dapat diketahui pelaksanaannya, masalah dan cabaran yang
dihadapi oleh guru-guru di sekolah dalam melaksanakan agenda kerajaan ini. Hal ini
kerana proses pengajaran dan pembelajaran boleh memberi implikasi kepada
pendekatan pengajaran murid (Nik Zarini & Salmiza, 2012). Sehubungan dengan itu,
keberkesanan pengajaran terletak kepada keupayaan guru mambina satu suasana yang
membolehkan murid- muridnya mengalami pembelajaran yang membawa hasil yang
dikehendaki dan menjadikan pengalaman pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan.
Antara cabaran yang telah dikenal pasti dalam PAK21 adalah cabaran yang
melibatkan kesediaan guru, kesediaan pelajar, kemudahan infrastruktur, kemudahan
BBM, kemudahan sumber rujukan tambahan, penggunaan teknologi dan capaian
internet (Husni, Abd Razif, Khairatul Akmar, Hasanah Ihsan, Ku Fatahiyah, Wan
Sakiah Wan Ngah, et al., 2018). Hal ini menunjukkan pelbagai isu dan masalah timbul
berkaitan pelaksanaan PdPc. Menyedari kepentingan kemahiran abad ke-21,
pengintegrasian dalam pendidikan telah pun dilaksanakan di negara-negara barat seperti
Amerika Syarikat. Hal ini bertepatan dengan The Partnerships for 21st century skills
yang mengemukakan kerangka PAK21 untuk membantu para pendidik menerapkan
PAK21 menerusi kurikulum ( Joseph Bishop, 2015). Justeru itu, pembelajaran abad ke-
21 adalah sebagai wahana penting dalam menambah baik amalan pedagogi para
pendidik dalam pengajaran dan pemudahcaraan di bilik darjah serta menjana
kemenjadian murid yang bakal memimpin negara di masa hadapan.
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif. Kaedah kuantitatif bersifat mengukur
tahap pelaksanaan PAK21 dalam kalangan guru-guru SJKT Nilai melalui skala ujian.
Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru terlatih SJKT Nilai, Negeri Sembilan.
Seramai 39 orang guru terlatih dalam semua mata pelajaran dari SJKT Nilai terlibat
sebagai sampel kajian.
Data kuantitatif dikumpul dengan menggunakan soal selidik atas talian iaitu
google form yang perlu dijawab oleh responden. Soal selidik ini mengandungi aspek
Professional Learning Community (PLC), Pembelajaran Koperatif, Digital Tool
Resources (DTR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Reka bentuk
kuantitatif kajian ini hanya melibatkan analisis statistik deskriptif dalam bentuk peratus
dan min. Tempoh masa kajian adalah 2 bulan.

DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini melaporkan dapatan kajian bagi menjawab persoalan kajian 1 iaitu
mengkaji sejauh mana tahap amalan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dalam
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru-guru sekolah rendah. Dalam aspek
pelaksanaan amalan PAK21 dalam kalangan guru-guru, kajian memfokuskan kepada
amalan Professional Learning Community (PLC), pembelajaran koperatif, penguasaan
aplikasi Digital Tool Resources (DTR) dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Jadual 1.1 menunjukkan taburan peratus bagi aspek amalan PLC dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan abad ke-21. Dapatan kajian menunjukkan, dari segi
kefahaman dan pelaksanaan aktiviti PLC dalam aspek lesson study, masih ramai guru
tidak pasti sama ada mereka dapat laksanakan aktiviti lesson study, learning walk, peer
coaching, teacher sharing session dan video critics iaitu 66.67 peratus, 64.29
peratus,57.14 peratus, 59.52 peratus dan 71.43 peratus. Dapatan menunjukkan min
tertinggi adalah item 4 iaitu aktiviti PLC melalui strategi teacher sharing session
(min=2.40). Min terendah adalah item 5. Min keseluruhan bagi aspek amalan PLC
guru-guru dalam PdPc ialah 2.234.

Jadual 1.1
Taburan Min, Kekerapan dan Peratus dari Aspek Amalan Professional Learning
Community (PLC)
n=39
Item f (%) f (%) f (%) Min
Tidak Tidak Setuju
Setuju Pasti
1 Saya dapat laksanakan aktiviti PLC 2 28 12 2.24
melalui strategi lesson (4.76) (66.67) (28.57)
study
2 Saya dapat laksanakan aktiviti PLC - 27 15 2.36
melalui strategi learning walk (64.29) (35.71)
3 Saya dapat laksanakan aktiviti PLC 4 24 14 2.24
melalui strategi peer coaching (9.52) (57.14) (33.33)
4 Saya dapat laksanakan aktiviti PLC - 25 17 2.40
melalui strategi teacher sharing session (59.52) (40.48)
5 Saya dapat laksanakan aktiviti PLC 3 30 9 1.93
melalui strategi video (7.14) (71.43) (21.43)
critics
Purata 2.234
Jadual 1.2 pula menunjukkan taburan peratus bagi aspek amalan pembelajaran
koperatif dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan abad ke-21. Dapatan
menunjukkan dari segi kefahaman dan pelaksanaan pembelajaran koperatif, masih ramai
guru yang tidak pasti sama ada mereka tahu, faham dan dapat melaksanakan
pembelajaran koperatif iaitu 54.76 peratus (min = 2.26).

Jadual 1.2

Taburan Min, Kekerapan dan Peratus dari Aspek Amalan Pembelajaran Koperatif
Item f (%) f (%) f (%) Min
Tidak Tidak Setuju
Setuju Pasti
Saya menguasai teknik 4 23 15 2.26
Cooperative Learning (9.52) (54.76) (35.71)

N=39

Jadual 1.3 menunjukkan taburan peratus bagi aspek penggunaan Digital Tool
Resources (DTR) dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan abad ke-21. Dapatan
menunjukkan dari segi kefahaman dan pelaksanaan DTR, juga ramai guru tidak pasti
sama ada mereka tahu, faham dan dapat melaksanakan pembelajaran koperatif iaitu
66.67 peratus (min = 2.10).

Jadual 1.3

Taburan Min, Kekerapan dan Peratus dari Aspek Penggunaan Digital Tool
Resources (DTR)
Item f (%) f (%) f (%) Min
Tidak Tidak Setuju
Setuju Pasti
Saya boleh aplikasi Digital Tool Resources 5 28 9 2.10
(DTR) dalam aktiviti PdPc (11.9) (66.67) (21.43)
N=39

Jadual 1.4 menunjukkan taburan peratus bagi aspek kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan abad ke-21. Dapatan
menunjukkan dari segi kefahaman dan pelaksanaan KBAT, ramai guru yang tahu,
faham dan dapat laksanakan aktiviti KBAT iaitu 40.48 walaupun dapatan menunjukkan
lebih ramai guru yang tidak pasti sama ada tahu, faham atau dapat melaksanakan aktiviti
KBAT iaitu 59.52 peratus. Min keseluruhan bagi aspek pelaksanaan aktiviti dan
pentaksiran KBAT guru-guru dalam PdPc ialah 2.40.
Jadual 1.4

Taburan Min, Kekerapan dan Peratus dari Aspek Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT)
Item f (%) f (%) f (%) Min
Tidak Tidak Setuju
Setuju Pasti
Saya boleh adaptasi KBAT dalam setiap - 25 17 2.40
aktiviti PdPc (59.52) (40.48)
Saya boleh buat pentaksiran yang pelbagai 1 23 18 2.40
termasuk aspek KBAT dalam setiap aktiviti (2.38) (54.76) (42.86)
PdPc yang dijalankan
Purata 2.40
N=39

PERBINCANGAN
Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya mencapai objektif kajian dan berupaya
menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan. Dapatan kajian menunjukkan
guru- guru SJKT Nilai melaksanakan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Justeru,
kajian ini selari dengan laporan Richeal Phil (2018) bahawa guru-guru sekolah rendah
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Guru-guru mengetahui dan
mengamalkan elemen-elemen PAK21 melalui pelaksanaan aktiviti kumpulan semasa
proses PdPc. Dapatan juga menunjukkan kebanyakan guru sangat berpuas hati dengan
penerimaan pengajaran mereka oleh para pelajar. Dapatan maklum balas daripada
pelajar terhadap pelaksanaan PdPc oleh guru melalui parking lots juga menunjukkan
para pelajar sangat berpuas hati dengan pengajaran guru. Guru-guru juga mendapati
para pelajar berkomunikasi dengan rakan secara aktif, berbincang untuk mendapatkan
maklumat dan belajar bekerjasama sesama mereka. Mereka menggunakan traffic light
sebagai cara menunjukkan kefahaman mereka terhadap proses pdPc.Pelajar juga aktif
menggunakan aktiviti pembelajaran koperatif dalam kelas semasa PdPc. demikian,
dapatan ini tidak menolak pandangan Davidson dan Hall (2007) yang mengatakan
perubahan agak sukar dilakukan terhadap guru-guru kerana masih terdapat guru-guru
yang mengamalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbentuk konvensional iaitu
lebih berpusatkan guru. Pandangan ini disokong melalui dapatan bahawa masih ramai
guru yang tidak pasti tahu, faham dan mengamalkan pembelajaran abad ke-21.

Hal ini demikian, berkemungkinan kerana terdapat kekangan dan cabaran yang dihadapi
oleh guru-guru sekolah rendah dalam melaksanakan PAK21. Antara kekangan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 ialah kebanyakan guru
mengatakan mereka tidak dapat melaksanakan PdPc abad ke-21 bagi semua kelas pada
satu-satu hari kerana terpaksa memperuntukkan lebih masa untuk merancang aktiviti
dan menyedia bahan pembelajaran dan pengajaran. Keadaan ini disebabkan majoriti
guru mengajar tiga hingga empat waktu sehari. Hasil kajian ini adalah selari dengan
dapatan kajian terdahulu seperti kajian Mohamad Abdillah Royo dan Woo (2008) yang
menunjukkan faktor kekangan masa mempunyai tahap tekanan paling tinggi dalam
kalangan guru-guru berbanding faktor kerenah pelajar, beban tugas dan faktor
penghargaan. Justeru, penambahbaikan dan pemantauan pelaksanaan perlu diberi
penekanan dalam meningkatkan pelaksanaan PAK21.
Selain itu, kajian mendapati pihak sekolah kurang memberi penekanan kepada
penguasaan kemahiran abad ke-21 kepada murid-murid. Justeru, dapatan ini selari
dengan kajian oleh Masyuniza (2015) yang menunjukkan bahawa kemahiran abad ke-
21 dalam proses PdPc yang kurang diterapkan oleh guru menyebabkan murid-murid
kurang mendapat pendedahan tentang kemahiran-kemahiran abad ke-21.
Dapatan kajian berkaitan penerimaan pelajar selari dengan kajian Aaron
Johnson (2013) yang mendapati penglibatan pelajar menjadi lebih baik, penerimaan
yang lebih tinggi dan mereka lebih terbuka untuk belajar melalui kaedah pembelajaran
abad ke-21 yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Susunan kerusi meja secara
berkumpulan berjaya menggalakkan pelajar berkomunikasi dan berkolaboratif sesama
rakan secara aktif. Hal ini bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia
(Malaysia, 2013) untuk melahirkan generasi masa depan yang berfikiran kritis,
kreatif, mampu
menyelesaikan pelbagai masalah, berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan berkesan
dan boleh berkolaboratif dengan rakan-rakan. Bagi menjamin pembangunan potensi
murid, pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 haruslah dihayati dan dijadikan amalan
murid di sekolah. Murid-murid perlu didedahkan dengan kemahiran abad ke-21 seperti
kemahiran menyelesai masalah, keusahawanan, pemikiran kritis dan kreatif.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, guru-guru perlu sedar akan kepentingan mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran agar selari dengan pendidikan abad ke-21 dalam
menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka demi kemenjadian murid. Penekanan
dalam menguasai kemahiran abad ke-21 dalam PdPc haruslah bermula dengan
menerapkan konstruk kemahiran abad ke-21 dalam proses PdPc. Justeru, guru harus
sentiasa bersikap proaktif , menilai diri, bersedia, berkeyakinan dan mengambil inisiatif
untuk berusaha meningkatkan kemahiran dan menghasilkan teknik pengajaran berkesan
yang mampu menarik minat murid. Pada masa yang sama turut memenuhi keperluan
sukatan pelajaran dan kandungan pengajaran berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang telah ditetapkan.

Rujukan

Abdul Shukor Abdullah (2004). Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan Pendidikan


Cemerlang. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan,Vol 14, 18–32.
Aaron Johnson (2013). Effective Methods for 21 st Century Learning: A teacher Action
Research Project. Meridian: A K-16. School Computer Technologies Journal,
1- 13.
Azalya Ayob (2003). Kepentingan kemahiran generik di kalangan pekerja di industry
elektrik dan elektronik di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kertas projek Sarjana
Muda Kejuruteraan yang tidak diterbitkan. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Badrul Hisham Alang Osman & Mohd Nasruddin Basar (2016). Amalan Pengajaran
dan Pembelajaran Abad Ke- 21 Dalam Kalangan Pensyarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 10, 2016. Diakses pada 24
Januari 2019 dari http://www.ipgmipoh.edu.my/journal/
Bogdan, R. C., & Biklen, S.K. (1992). Qualitave research for education: An
introduction to theory and methods (2nd ed.). Boston: Allyn & Bacon.
Cresswell, J.W. (2007). Qualitative inquiry & research design (2nd ed.). Thousand
Oaks: Sages Publications, Inc.
Cresswell, J. W. & Plano Clark, V. L. (2007). Designing and conducting mixed
methods research. Thousand Oaks: Sages Publications, Inc.
Davidson, B. & Hall, H. (2007): School spftware as support in hybrid learning
environments: The value of the blog as a tool for effective learning and peer
support. Library & Information Science Research, 29 (2), 163-187.
Husni Abdullah, Abd Razif Zaini, Khairatul Akmar Ab Latif, Hasanah Ihsan, Ku
Fatahiyah Ku Azizan, & Wan Sakiah Wan Ngah, et al. (2018). Pendidikan
Abad Ke-21 Dalam Pengajaran Bahasa Arab Di Sekolah Menengah Di
Malaysia: Amalan Dan Cabaran. Diakses pada 15 April 2019 dari
http://rmc.kuis.edu.my.
Joseph B. (2015). Model Partnership for 21st Century Skills. Diakses pada 15 April
2019 dari https://www.imls.gov.
Malaysia (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Masyuniza Yunos (2015). Hubungan sikap dan persepsi murid terhadap pembelajaran
Bahasa Melayu dengan kemahiran abad ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 5 (2) Nov.: 22-30.
Mohamad Abdillah Royo & Woo S.F. (2008). Faktor-Faktor Yang Mendorong
Tekanan Kerja (Stres) Di Kalangan Guru-Guru Sjk (C): Satu Kajian Di Tiga
Buah Sekolah Di Wilayah Persekutuan. Kertas projek yang tidak diterbitkan.
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Rasidi Jamari (2013). Guru Besar Sebagai ‘Role Model’ Pemimpin Kepada Guru
Penolong Kanan Pentadbiran (GPK Pentadbiran) Dalam Memimpin Sekolah.
Kertas Projek Sarjana Pendidikan Yang Tidak Diterbitkan. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
Neuman, W.L. (2007) Basics of social research methods: Qualitative and quantitative
Approaches. (2nd ed.). Boston: Allyn & Bacon.
Nik Zarini Nik Kar & Salmiza Saleh (2012). Kesan Pendekatan Inkuiri Dalam
Pembelajaran Sains Secara Eksperimen. Asia Pasific Journal of Educators and
Education 27:159-174.
Nurzarina Amran & Roslinda Rosli (2017) Kefahaman Guru Tentang Kemahiran Abad
Ke-21 Diakses pada15 April 2019 dari http://conference.kuis.edu.my.
Richeal Phil (2018). Laporan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke 21 Sekolah Sekolah
Daerah Lahad Datu Tahun 2018. Diakses pada 15 April 2019 dari
https://www.academia.edu.
Siti Faizzatul Aqmal, Mohamad Mohsin & Razali Hassan (2011). Pengajaran dan
Pembelajaran berasaskan ‘Streaming Video’ bagi meningkatkan tahap
kefahaman pelajar Abad ke-21. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan
Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional CIE-TVT 2011,
16-17 November 2011, Pulau Pinang. Diakses pada 20 April 2019 dari
http://eprints.uthm.edu.my.
Sekaran, U. (2003) Research methods for business: A skill building approach (4th ed.).
USA: John Wiley & Sons. Inc.
Supian Hashim & Khadijah Daud (2014). Amalan Kepimpinan Lestari dan
Hubungannya dengan Prestasi Kerja Guru Sekolah Rendah Yang Menerima
Tawaran Baru di Daerah Segamat. Jurnal Sains Humanika 2:4 (2014), 197–208

Anda mungkin juga menyukai