Anda di halaman 1dari 9

5.

0 Cadangan Penambahbaikan bagi Memantapkan Pengurusan Bilik Darjah


Berdasarkan Model Pengurusan Kelompok Kounin
Kita tidak dapat menafikan bahawa tugas pengurusan bilik darjah bukan
sesuatu yang mudah dilaksanakan tanpa pengetahuan tentang model-model
pengurusan bilik darjah yang baik. Sebagai seorang guru yang ingin mewujudkan
pengurusan bilik darjah yang berkesan harus mendalami model-model pengurusan
bilik darjah serta menguasai cara-cara pelaksanaannya dengan baik.
Dalam konteks ini, saya akan memberi fokus kepada cadangan pengurusan
disiplin bilik darjah menggunakan Model Pengurusan Kelompok Kounin. Hal ini
demikian kerana saya mendapati bahawa kedua-dua kelas 4E dan kelas pemulihan
yang telah saya bincangkan di atas mempunyai masalah tingkah laku yang ringan.
Pada

harapan

saya,

jika

masalah-masalah

ini

boleh

ditangani

dengan

mengaplikasikan Model Pengurusan Kelompok Kounin, murid-murid dari kedua-dua


kelas ini akan lebih berdisiplin, membuat kerja dengan tertib dan bertingkah laku
baik.
5.1 Model Pengurusan Kelompok Kounin
Untuk makluman semua, Jacob Kounin, seorang pakar Psikologi Pendidikan
merupakan pelopor Model Pengurusan Kelompok Kounin. Fokus kajian beliau ialah
bagaimana cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan PdP boleh mempengaruhi
tingkah laku murid di sekolah. Dengan erti kata lain, beliau berpandangan bahawa
keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan
penyeliaan yang teliti oleh guru dalam pengurusan bilik darjah (Haliza Hamzah dan
Joy Nesamalar Samuel, 2014). Terdapat 4 elemen penting yang ditekankan oleh
Kounin dalam Model Pengurusan Kelompok iaitu:

Ripple effect
(kesan gelombang)

Withitness
Model
Pengurusan
Kelompok
Kounin

Overlapping
Pengurusan
pergerakan
(pertindihan)
Rajah 5: Empat elemen dalam Model Pengurusan Kelompok Kounin
25

5.2 Cadangan Penambahbaikan Pengurusan Bilik Darjah untuk Kelas Arus


Perdana dan Kelas Pemulihan
Dalam kelas 4E, terdapat seorang murid lelaki, Tan

Situasi 1

yang bertingkah laku nakal di dalam kelas. Pada waktu


Pendidikan Seni, cikgu mereka Cik Ting menyuruh mereka
menggunakan benang bulu untuk membelitkan botol air.
Namun,

Tan

tidak

membuat

tugasan

dengan

betul,

sebaliknya, dia bersikap nakal dengan menarik benang bulu


sepanjang yang boleh. Namun, Cik Ting mengabaikan
perbuatannya begitu sahaja. Hal ini menyebabkan muridmurid lain turut mengikut perbuatannya kerana sifat kanakkanak yang suka meniru dan suka bermain.
Cadangan Penambahbaikan: Kesan Gelombang
Saya mencadangkan Cik Ting supaya memberi teguran atau tindakan
terhadap Tan supaya turut memberi kesan kepada murid-murid lain di dalam bilik
darjah untuk membuat tugasan dengan betul. Hal ini demikian kerana jika Cik Ting
memberikan teguran dan tindakan disiplin kepada Tan seperti berdiri di hadapan
kelas, pada masa yang sama murid-murid lain juga mengambil iktibar daripada
tindakan tersebut. Maka, mereka tidak akan mencontohi perbuatan Tan kerana
tidak ingin dikenakan tindakan oleh guru mereka.
Selain itu, saya juga beranggapan bahawa Cik Ting harus memberitahu
Tan dengan jelas dan spesifik apakah tingkah lakunya yang perlu dibetulkan
olehnya. Contohnya, Cik Ting boleh menegur bahawa Tan, jangan bermain dengan
benang bulu, duduk di kumpulan kamu dan membelitkan benang bulu pada botol air
dengan
kemas.

Jika

kamu

tidak

membuat tugasan dengan betul, saya akan suruh kamu berdiri di penjuru kelas,
saya memang akan melakukannya. Dengan ini, Tan boleh mengetahui salah
lakunya dengan jelas dan memahami akibat kepada salah saku tersebut.
Seandainya Cik Ting menegur Tan dengan serius dan tegas, saya yakin bahawa
teguran tersebut juga akan mendatangkan kesan terhadap murid-murid lain dan
masalah tingkah laku di dalam kelas dapat dikurangkan.

26

Situasi 2

Dalam kelas 4D, apabila Puan Tiong


sedang menulis pada papan putih, seorang murid
perempuan, Chua telah bangun dan berlari ke
kerusi kosong yang lain. Namun, Puan Tiong tidak
perasan perkara itu kerana beliau berada dalam
posisi yang membelakangkan murid. Pergerakan
Chua telah mengganggu murid-murid lain yang

ingin menyalin maklumat penting pada papan putih.


Cadangan Penambahbaikan: Withitness
Dalam situasi ini, saya berpendapat bahawa perkara yang berlaku di
dalam bilik darjah ini harus ditangani sebelum menjadi masalah disiplin. Saya
mencadangkan Puan Tiong supaya melatih diri mempunyai kesedaran dan
kepekaan dalam mengawasi pergerakan di dalam bilik darjah pada setiap masa.
Dengan erti kata lain, Puan Tiong harus peka akan setiap tingkah laku murid di
dalam
bilik
darjah,
seakanakan ada
mata

di

belakang beliau. Dengan ini, beliau boleh mengawasi tingkah laku murid walaupun
pada ketika itu beliau sedang menulis pada papan putih dalam posisi yang
membelakangkan murid. Dengan kepekaan ini, beliau berupaya menjangka
masalah yang akan timbul seperti Chua akan mengganggu murid-murid lain dan
beliau dapat menangani masalah tersebut daripada menjadi lebih serius.

27

Situasi 3

Puan Yong mengedarkan lembaran kerja


kepada

murid-muridnya

di

kelas

5B.

Beliau

menentukan peraturan bahawa murid-murid yang


telah menyiapkan lembaran kerja boleh duduk di
atas kerusi manakala murid-murid yang belum
menghabiskan soalan pada lembaran kerja harus
berdiri sehingga menyelesaikannya. Sementara
Puan Yong menunggu murid-murid yang masih
membuat lembaran kerja, beliau berdiri statik di
hadapan kelas, menyebabkan murid-murid yang
telah menyelesaikan soalan lembaran kerja mula
bersembang dengan kawan kerana berasa bosan.
Cadangan Penambahbaikan: Pertindihan
Cadangan saya kepada Puan Yong untuk mengawal bilik darjahnya adalah
menggunakan kemahiran pertindihan iaitu menangani lebih daripada satu situasi
dengan serentak. Contohnya, semasa menunggu murid-murid lain menyelesaikan
tugasan, Puan Yong boleh berjalan ke depan, belakang, kiri dan kanan bilik darjah
untuk

menyemak jawapan murid-murid yang telah menyiapkan lembaran kerja. Pada


masa yang sama, Puan Yong boleh memberi teguran kepada murid-murid yang
sedang bersembang, misalnya Jane, semak jawapan kamu, nanti cikgu akan
menyemak lembaran kerja kamu. Lee, berhenti bercakap dengan Jane, habiskan
soalan yang cikgu edarkan itu. Dengan ini, Puan Yong boleh mengawal dan
menguruskan bilik darjah dengan baik dan murid-murid tidak akan duduk di tempat
masing-masing berbual-bual dengan kawannya.

28

Situasi 4

Oleh sebab Cik Lim merupakan guru yang


baru mula mengajar, kadang-kala beliau tersekatsekat dalam penyampaian pengajaran dan arahan
yang diberikan oleh beliau pula kadang-kala kurang
difahami oleh murid. Oleh itu, murid-murid kelas 1E
kelihatan

bosan

dan

tidak

memberi

perhatian

semasa Cik Lim sedang mengajar.


Terdapat

murid-murid

yang

asyik

menengok ke sana sini, berlari ke tempat duduk


orang lain dan menguap di dalam bilik darjah.
Suasana di dalam bilik darjah kurang meriah dan
murid-murid

kerap

berkhayal

serta

tidak

menumpukan perhatian kepada pengajaran Cik Lim.


Cadangan Penambahbaikan: Pengurusan Pergerakan Kelancaran
Bagi saya, Cik Lim boleh memperbaiki keberkesanan pengajarannya dengan
meningkatkan kelancaran pengajaran untuk mengawal tingkah laku murid di dalam
bilik darjah. Hal ini demikian kerana aktiviti PdP yang tidak lancar dan tertangguh
telah menyumbang kepada keberangkalian untuk salah laku (tidak menumpukan

perhatian dalam PdP) berlaku dengan lebih kerap kerana murid tidak bermotivasi
untuk meneruskan pembelajaran.

Maka alternatif

mereka adalah dengan

melakukan pelbagai perkara di luar aktiviti yang ditetapkan oleh Cik Lim. Jika Cik
Lim mengurangkan penerangan yang meleret dan fragmentasi, murid-murid akan
lebih tertarik kepada pengajaran beliau sehingga tidak melakukan perkara-perkara
lain di dalam bilik darjah.

29

Situasi 5

Dalam

kelas

pemulihan,

Cik

Tien

memulakan pengajaran dengan menayangkan video


bagi menarik perhatian murid. Oleh itu, mulamulanya, murid-murid tidak berasa bosan kerana Cik
Tien mengambil kira minat mereka dan video Upin
Epin yang ditayangkan amat menyeronokkan.
Namun, perancangan Cik Tien tentang isi
pembelajaran kurang mengikut tahap kebolehan
murid. Aktiviti yang dilaksanakan oleh beliau agak
mencabar minda murid-murid kelas pemulihan. Maka
berlakunya keadaan bahawa murid-murid tidak tahu
menjawab soalan yang dikemukakan oleh Cik Tien.
Oleh sebab itu, kelicinan pelaksanaan PdP dengan
perkembangan pengajaran yang lancar daripada
satu

bahagian

kepada

bahagian

yang

lain

dipengaruhi.
Walaupun murid-murid kelas pemulihan
tidak menunjukkan salah laku yang serius, tetapi
mereka telah hilang fokus selepas 30 minit PdP.
Cadangan Penambahbaikan: Pengurusan Pergerakan Momentum
Cik Tien telah membuat percubaan yang baik dengan menayangkan video
untuk menarik perhatian murid pada peringkat set induksi. Namun, pengajaran
beliau boleh dipertingkatkan lagi dengan merancang isi pembelajaran yang sesuai
dengan tahap kebolehan murid-murid. Memandangkan kelas ini merupakan kelas
pemulihan, sudah tentu murid-murid agak lemah dalam penguasaan bahasa
Melayu. Oleh itu, Cik Tien boleh menawarkan permainan seperti susun perkataan,
menunjukkan buku bergambar dan melukis pada papan putih kecil. Kepelbagaian
aktiviti seperti ini dapat mengelakkan pengajaran yang membosankan dan dapat
mengekalkan fokus murid terutamanya murid yang kurang berkeyakinan terhadap
diri sendiri kerana berprestasi

kurang baik dalam


bidang akademik.

30

Sebelum

meminta

murid-murid

kelas

pemulihan membuat latihan dalam buku kerja, Cik


Tien memberi arahan kepada murid untuk membuka
muka

surat

36

(Unit

7)

kemudian

membuat

penerangan bahawa hanya latihan bahagian G


sahaja.

Situasi 6

Namun,

semasa

Cik

Tien

memberi

penerangan, bukan semua murid menumpukan


perhatian terhadap beliau. Oleh sebab itu, Lau
menyoal kepada Cik Tien apakah muka surat yang
perlu dibuka dan bahagian yang perlu dibuat. Cik
Tien terpaksa menerangkan sekali lagi kepada Lau
kerana dia tidak fokus kepada beliau apabila beliau

sedang membuat penerangan kepada murid-murid.


Cadangan Penambahbaikan: Pengurusan Pergerakan Fokus Kumpulan dan
Akauntabiliti
Untuk menjadi seorang guru yang berkesan, saya mencadangkan Cik Tien
supaya mendapatkan perhatian yang sepenuhnya daripada murid sebelum
memberikan arahan atau membuat penerangan. Tamsilnya, Cik Tien boleh
menggunakan wisel atau loceng sebagai tanda kepada murid untuk memberi fokus
kepada beliau kerana terdapat sesuatu maklumat penting yang ingin disampaikan.
Di samping itu, Cik Tien juga boleh selalu memanggil nama Lau untuk mengulang
pesanan beliau, menjawab soalan atau memberi penerangan kepada rakan-rakan
sekelas. Cara ini membolehkan Cik Tien mengekalkan perhatian murid dan
membuatkan murid sentiasa bersedia untuk membuat tugasan atau menjawab
soalan guru. Momentum pengajaran inilah yang membantu murid untuk bersedia
melibatkan

diri

dalam

aktiviti PdP.

Menurut Robert, Jana dan Debra (2003), Jacon Kounin telah menganalisis
rakaman video 49 bilik darjah kelas pertama dan kedua untuk mengkaji tingkah laku
murid dan guru. Kesimpulan hasil kajian beliau adalah seperti berikut:
One of the primary differences between effective versus
ineffective managers was not in how they handled the
31

disruptive behaviour of students, but in the disposition of the


teacher to quickly and accurately identify problem behaviour or
potential problem behaviour and to act on it immediately.
Pandangan beliau ada kebenarannya kerana teguran jika dilengah-lengahkan
akan menjadi kurang berkesan. Seandainya waktu menegur ditunda-tunda, pesalah
laku akan merasa itu bukan kesalahan dan kemungkinan akan dicontoh oleh muridmurid lain (dipetik daripada artikel Cara menegur dengan bijak, 2010).
Dengan adanya cadangan penambahbaikan pengurusan disiplin kelas arus
perdana dan kelas pemulihan SJKC Chung Hua No.2, diharapkan kawalan tingkah
laku murid kedua-dua kelas ini melalui pengaplikasian Model Pengurusan Kelompok
Kounin dapat memotivasikan murid untuk mengawal tingkah laku sendiri dengan
tujuan mengekalkan persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif.

32

6.0 Rumusan
Kajian Baharin Abu dan Suzana Mamat @ Muhammad (n.d.) menyatakan
bahawa terdapat 4 aspek yang terkandung dalam Kod Etika Profesion Perguruan
yang harus dipatuhi oleh guru supaya dapat menjamin martabat profesion perguruan
dipandang mulia. 4 aspek tersebut adalah seperti berikut:

tanggungjawab
kepada
m urid

tanggungjawab
kepada
ibu bapa m urid

tanggungjawab
kepada m asyarakat
dan negara

tanggungjawab
kepada rakan
sejawat &profesion
perguruan

Dalam keempat-empat perkara di atas, tanggungjawab terhadap pelajar


harus menjadi fokus utama guru di dalam bilik darjah. Bagi memenuhi
tanggungjawab ini, guru mesti bersikap adil terhadap murid tanpa mengira faktor
latar belakang, bangsa dan agamanya. Kebajikan dan keselamatan murid harus
sentiasa menjadi keutamaan guru dan juga membimbing mereka di dalam bilik
darjah untuk menjadi seorang modal insan yang berdisiplin (Rossa Calla, 2015).
Seperti yang dikatakan oleh Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel
(2014), pengurusan disiplin bilik darjah yang berkesan perlu mempunyai asas
pengurusan disiplin yang kukuh. Oleh itu, guru harus mengambil langkah untuk
merancang satu bentuk pengurusan disiplin bilik darjah yang berkesan, sesuai
dengan persekitaran bilik darjah masing-masing.
Semoga semua guru boleh mendapat satu kesesuaian yang mencirikan
kepimpinan diri sendiri untuk merangka satu bentuk pengurusan yang sesuai dengan
situasi guru di dalam bilik darjah. Diharapkan guru-guru menjadi lilin yang menyala,
dan kemudian membakar dirinya, untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada
anak-anak murid demi mewujudkan masyarakat Malaysia yang berilmu.

33

Anda mungkin juga menyukai