Anda di halaman 1dari 5

KEINDAHAN PANTAI BATU BURUK

PENULIS : Goh Ling Kiang, Partiban a/l Maniam, Low Jia Wen
PENSYARAH PEMBIMBING: Tn. Hj. Daud bin Md Saman

Pantai Batu Buruk merupakan pantai peranginan yang paling terkenal di daerah
Kuala Terengganu. Hal ini demikian kerana Pantai Batu Buruk terletak di kawasan yang
strategik, berhampiran dengan pusat bandar Kuala Terengganu yang mempunyai
pelbagai kemudahan awam yang lain seperti hotel-hotel berdekatan dan menyebabkan
kawasan ini menjadi tumpuan pelancong kerana bukan sahaja dapat bersantai di
kawasan pantai, malah juga dapat melibatkan aktiviti-aktiviti yang menarik di pantai
tersebut.

Membongkar kembali nama ‘Batu Burok’, sebenarnya terdapat mitos misteri yang
pernah diceritakan orang lama dari Kampung Batu Burok, Kuala Terengganu berhubung
kisah pergaduhan dua beradik dari kerabat diraja (tiada kaitan dengan raja Terengganu)
yang disumpah menjadi bongkah batu. Dikatakan, bukit yang kini dijadikan bukit air terjun
di Jalan Kamarudin itu adalah salah seorang daripada anak raja yang disumpah,
manakala bongkah batu yang dapat dilihat di tengah laut di pantai Batu Burok pula
mewakili seorang lagi anak raja yang bergaduh sesama mereka

Pantai Batu Buruk juga ditemui sebagai tempat Gendang Gangsa atau Gendang Dong
Son. Penemuan ini amat bersejarah kerana dapat membuktikan bahawa Pantai Batu
Buruk telah didiami sejak zaman Mesolitik. Terdapat juga sejarah asal usul tentang Pantai
Batu Buruk iaitu pantai ini mula mendapat nama semenjak tahun 1940-an dengan
terdapat sekumpulan pekerja buruh yang berasal dari luar negeri Terengganu datang
untuk mengembara dan singgah berehat di kawasan pantai di mana terletaknya
segerompolan batu yang timbul dari laut dan bertentangan dengan tempat mereka
berehat. Keadaan batu tersebut seperti pulau yang kecil dan amat buruk.

Oleh kerana kawasan tersebut dirasakan selamat, mereka mengambil keputusan


menetap di situ sementara dengan mendirikan beberapa pondok untuk dijadikan teduhan.
Namun, mereka mendapati bahawa tempat tersebut mempunyai keistimewaan iaitu
bukan sahaja terdapat banyak ikan, malah juga mudah untuk menangkapkannya. Maka,
mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di situ dan sepakat menamakan
kawasan tersebut sebagai Kampung Batu Buruk seperti batu yang dapat dilihat oleh
mereka. Jadi, pantai ini terdapat nama yang unik iaitu Pantai Batu Buruk.

Pantai ini mempunyai deretan pantai berpasir putih, diteduhi oleh barisan pokok
kelapa dan pokok Ru serta angin yang kuat dan bertiup dari lautan China Selatan. Maka,
tempat ini menjadikan tumpuan ramai untuk duduk bersantai, berehat selepas penat
bekerja atau berkelah bersama keluarga pada masa lapang. Bukan itu sahaja, bagi
mereka yang berminat untuk berlari atau bersiar-siar di pantai, tempat ini adalah amat
sesuai dengan angin kuat yang menyejukkan tubuh. Tambahan pula, mereka yang
berminat untuk bermain layang-layang boleh berbuat sedemikian kerana tiupan angin
yang kuat.

Keindahan Pantai Batu Buruk


Di sepanjang pantai ini dipenuhi dengan
pokok-pokok ru yang sebagai peneduh.

Seterusnya, di sekitar Pantai Batu Buruk ini juga terdapat banyak tempat makan
dari restoran makanan segera sehingga makanan hasil laut Terengganu. Pengunjung
boleh menjamu selera dengan ikan celup tepung, keropok, aiskrim goreng, sate ikan dan
pelbagai jenis hasil laut yang terkenal. Selain itu, terdapat juga kereta kuda yang dihias
dengan kreatif dan cantik bagi mereka yang ingin bersiar santai di situ. Pantai Batu Buruk
menawarkan pemandangan jauh ke kaki langit dan pada cuaca hari yang baik,
pengunjung juga dapat melihat Pulau Redang dan Pulau Kapas, selain perahu nelayan.
Bukan itu sahaja, terdapat juga pasar malam pada setiap hari Jumaat antara pukul 3.00
petang hingga 7.00 malam di sekitar Pantai Batu Buruk. Keadaan di situ sangat riuh-
rendah dan dipenuhi dengan pelbagai jenis gerai sama ada gerai makanan, gerai
minuman, gerai buah-buahan dan sayar-sayuran, gerai barang keperluan, gerai barang
permainan, gerai pakaian dan sebagainya.
Para pengunjung berpeluang meninjau
pasar malam di sekitar Pantai Batu Buruk.

Pantai Batu Buruk juga ditambah seri dengan wujudnya Pengkalan Budaya.
Pangkalan Budaya sebagai pusat kesenian Negeri Terengganu terletak di pantai Batu
Buruk ini. Di sini anda akan berpeluang menyaksikan berbagai aspek kesenian Negeri
Terengganu yang mempesonakan seperti seni silat, tarian tradisional dan kesenian
permainan masyarakat Melayu pada masa lapang. Pertunjukan ini berlangsung setiap
hari Jumaat dan Sabtu dari 5.00 petang hingga 7.00 malam dan dari 9.00 malam hingga
11.00 malam.Pusat Budaya ini sememangnya menjadi platform yang amat baik bagi
mendedahkan budaya tradisional, khususnya kepada generasi muda.
Pantai Batu Buruk bukan sahaja merupakan salah satu destinasi pelancongan
yang menarik, malah berperanan signifikan sebagai tempat penyebaran budaya
tradisional. Pantai ini amat sesuai dikunjungi oleh keluarga dan pemuda-pemudi bagi
tujuan aktiviti sosial yang boleh mengeratkan hubungan silaturahim. Dalam konteks yang
lebih luas, integrasi budaya antara kaum boleh terbentuk melalui aktiviti yang dijalankan
di Pantai Batu Buruk.

Anda mungkin juga menyukai