Anda di halaman 1dari 2

1. Tuliskan hadith yang berkaitan dengan ‘bab mencari yang halal’ berserta terjemahannya.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya
perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara
syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang
menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah
dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam
perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan,
dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada
sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah
seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim

2. Nyatakan maksud halal, haram dan syubhah beserta contoh.


Halal= Halal adalah sesuatu perkara yang dibolehkan atau diizinkan dalam Islam.
Haram= Haram adalah suatu perkara yang tidak boleh dilakukan dan diharamkan oleh syarak.
Shubhah=Shubhah adalah perkara yang samar-samar dan tidak jelas serta tidak dipastikan halal
atau haram.

3. Nyatakan hikmah menjauhi perkara yang haram dan syubhah


a) Iman dapat dijaga agar sentiasa kuat
b) Kita akan takut untuk jatuh ke dalam pengharaman
c) Kita dapat meningkatkan harga diri di kalangan masyarkat
d) Kehormatan agama akan terjaga
e) Kita dapat pelihara perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT

4. Sebutkan 4 ciri-ciri hati yang bersih dan hati yang kotor


Ciri-ciri Hati yang Bersih
1) Takut untuk melakukan maksiat
2) Benci perkara-perkara yang munkar
3) Suka untuk melakukan kebaikan
4) Ikhlas melakukan ibadah kepada Allah
Ciri-ciri Hati yang Kotor
1) Tidak takut untuk melakukan maksiat
2) Benci kepada perkara yang makruf
3) Suka kepada perkara yang munkar
4) Benci kepada kebenaran dan menghalang kemaraannya
5. Terangkan 2 pengajaran hadith dan kaitkannya dengan kehidupan anda sebagai seorang
pelajar.
i. Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal, haram dan
shubhah untuk mengelakkan diri daripada terjurumus melakukan maksiat.
ii. Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang
mesti dijauhi, demi menjaga maruah diri, keluarga dan agama.

Anda mungkin juga menyukai