Anda di halaman 1dari 2

1. Tuliskan hadith yang berkaitan dengan bab mencari yang halal berserta terjemahannya.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. ‫ عنهما هللاا رضي‬beliau berkata: Aku telah
mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan
sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada
perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan
agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia
telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling
kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa
setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang
diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia
baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia
adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim

2. Nyatakan maksud halal, haram dan syubhah beserta contoh.


a. Halal > Halal adalah sesuatu perkara, benda, atau perbuatan yang diizinkan dan dibolehkan.
Contoh: kahwin/ makan makanan yang baik
b. Haram > Haram adalah sesuatu perkara yang dilarang dan berdosa sekiranya dilakukan dan
mendapat pahala sekiranya ditinggalkan.
Contoh: zina/ riba’/ rasuah
c. Syubhah > Syubhah merupakan istilah di dalam Islam yang menyatakan tentang keadaan
yang samar tentang kehalalan atau keharaman dari sesuatu.
Contoh: makan makanan yang tiada tanda halal

3. Nyatakan hikmah menjauhi perkara yang haram dan syubhah.


a. Terhindar daripada dosa.
b. Menjaga kemuliaan agama Islam.
c. Menjaga maruah diri dan keluarga.
d. Terhindar daripada kemurkaan Allah SWT.
e. Mendapat pahala dan rahmat Allah SWT.
4. Sebutkan 4 ciri-ciri hati yang bersih dan hati yang kotor
Hati yang bersih
a. Hidupnya aman dan tenteram serta bahagia.
b. Tidak pernah putus mengingat Allah.
c. Dia selalu rindu ingin bertemu dengan Allah.
d. Bersikap Tawadho’ dan Redho
e. Setiap mulai solat, hilang darinya kesedihan dan cemas terhadap urusan dunia.
Hati yang kotor
a. Gelisah walaupun tiada masalah.

b. Selalu berbangga dengan diri sendiri.

c. Angkuh serta sombong dan memanandang hina orang lain.

d. Tidak amanah dan ingkar janji.

e. Selalu mencari kesalahan orang lain.

5. Terangkan 2 pengajaran hadith dan kaitkannya dengan kehidupan anda sebagai


seorang pelajar.
a. Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram
seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan
agamanya.
b. Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti
dijauhi, demi menjaga maruah diri dan keheningan agama.

Anda mungkin juga menyukai