Anda di halaman 1dari 7

DEFINISI : Takabbur bererti sombong atau berusaha menampakkan keagungan peribadi.

Dalam kitab Lisanul-Arab(5/129) antara lain disebutkan bahawa at-takabbur wal istikbar bererti attaazzhum(sombong). Takabbur juga boleh dikira apabila seseorang itu merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Contonhnya apabila seseorang itu melihat cermin dan bercakap bahawa dirinya cantik dan sempurna.

Peringkat Takabbur
Sifat takabbur yang mendiami hati

Sifat takabbur yang dizahirkan melalui perbuatan

Sifat takabbur yang terucap melalui ucapan

SEBAB TERJADINYA TAKABBUR


Ianya boleh berlaku apabila ada tanggapan dan pandangan yang hina tehadap orang yang lebih kecil Di dalam Kitab Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali menyenaraikan 7 perkara yang boleh menjadi punca takabbur:

ilmu pengetahuan
amalan dan ibadah Keturunan keindahan dan kelebihan pada bentuk fizikal harta kekayaan kekuatan fizikal kuasa atau pengaruh

Simptom-simptom

Merasa diri adalah yang terbaik

Mengabaikan nasihat orang lain

Senang menerima aib orang lain

CARA MERAWAT
MENGAMBIL MAKANAN YANG HALAL,SUCI DAN BAIK MENYEDARKAN KEMBALI HATI PADA HAKIKAT KETUHANAN DOA MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH(SURAH FUSSILAT 41:36)

MEMBUANG SIFAT-SIFAT MAZMUMAH

IMAM AL-GHAZALI TURUT MENYENARAIKAN CARA MERAWAT PENYAKIT TAKABBUR:Hendaklah seseorang itu duduk dan belajar dengan seseorang guru yang bijaksana, mempunyai keistimewaan dan kepandaian tentang penyakit jiwa, yang mampu mengubati penyakit hati, kemudian ikutilah nasihatnya serta selanjutnya melakukan perubahan dan kebaikan dengan kesungguhan hati, azam yang kuat dan keikhlasan. Seseorang itu perlu mencari seorang sahabat yang boleh dipercayai, yang suka membetulkan kesalahan. Selain itu, kawan tersebut perlunya yang pandai memeriksa dan kuat pula agamanya. Seseorang itu perlu mengambil manfaat tentang wujudnya keaiban di jiwanya daripada mulut musuhmusuhnya, kerana pandangan orang yang membenci itu dapat melihat keburukan yang tidak mungkin dapat diketahui oleh orang-orang yang menyayangi.

5 CARA MENGIKIS SIKAP TAKABBUR


1) Apabila bersua dengan kanak-kanak, anggaplah mereka lebih bersih dan mulia daripada kita kerana belum mempunyai dosa berbanding kita.

2) Apabila bersua dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih lama beramal berbanding kita.
3) Apabila bersua dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana banyaknya ilmu mereka tahu tetapi kita belum mengetahuinya. 4) Apabila bersua dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa kerana kejahilan sedangkan kita berdosa dalam keadaan kita berilmu.

5) Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan memeluk agama Islam. Maka semua dosa yang telah dilakukannya sebelum Islam akan diampunkan Allah S.W.T sedangkan kita yang sedia Islam sejak lahir, terus menerus melakukan dosa. Banyak mana pahala dan dosa tidak mampu kita pastikan

Anda mungkin juga menyukai