Anda di halaman 1dari 19

FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN QURAISH MEKAH

Huraikan faktor-faktor penentangan terhadap ajaran Islam oleh kaum Quraisy pada
zaman Nabi Muhammad di Makkah.

PENGENALAN:
1. Latar Belakang Nabi Muhammad s.a.w
Dilahirkan di kota Makkah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah
Dari keturunan Bani Hasyim; dari puak Quraisy
Baginda menerima wahyu pertama; Surah al-Alaq melalui malaikat Jibril pada 17
Ramadhan 610M di Gua Hira’.

2. Aktiviti Dakwah Nabi Muhammad S.A.W. Sewaktu Di Kota Mekah


Dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui 2 peringkat:
(a) dakwah secara sulit
(b) dakwah secara terang-terangan

ISI:
Faktor-faktor penentangan ajaran Islam oleh kaum Quraisy Makkah

1. Faktor Agama
Ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.aw. itu bertentangan dengan
agama berhala yang telah sebati menajadi darah daging orang-orang Makkah.
Dari sudut akidah, Islam menekankan Tauhid, percayakan Allah yang Maha Esa dan
menentang amalan syirik.
Agama berhala dianggap sebagai agama tradisi nenek moyang mereka yang mesti
dipertahankan
Oleh itu menentang Nabi Muhammad s.a.w yang dianggap sebagai orang yang mahu
meruntuhkan tradisi itu.

2. Ingin Mengekalkan Kuasa Dan Pengaruh


Sebelum ini kepimpinan kota Makkah terletak di tangan Hasyim, moyang Nabi
Muhammad s.a.w dan Abd Mutalib.
Setelah itu berpindah ke tangan Abu Talib, bapa saudara Baginda.
Besar kemungkinan kepimpinan itu akan diwarisi oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana
keupayaannya yang luar biasa.
Jika mereka memeluk Islam dan mengikut Baginda bermakna kepimpinan itu akan terus
berada di tangan Bani Hasyim.

3. Persamaan Taraf
Agama Islam yang disampaikan Nabi Muhammad s.aw. ialah agama tauhid yang
menyeru kepada keadilan sosial dan persamaan taraf manusia.
Hal ini amat bertentangan dengan sistem sosial Jahiliyah yang masih dikuasai oleh kaum
bangsawan kaum Quraisy.
Mereka masih berpegang dengan taraf dan kedudukan sosial yang berbeza.
Dengan terlaksananya ajaran Islam, bermakna tidak ada lagi perbezaan antara ketua dan
pengikut; antara yang kaya dengan miskin dan antara tuan dengan hamba
Pada pandangan Islam, semua manusia adalah sama sahaja kecuali bagi orang yang
bertakwa.

4. Faktor Ekonomi/Mempertahankan Pusaka Nenek Moyang.


Orang-orang Quraisy mengamalkan penjualan atau berhala.
Seandainya mereka memeluk Islam, maka sudah tentu punca rezeki mereka akan hilang
kerana Islam tidak membenarkan pembuatan patung berhala dan menjualnya.
Amalan membuat dan menjual patung pula merupakan warisan nenek moyang mereka,
Oleh itu mereka begitu sensitif apabila Nabi Muhammad s.a.w. mencela agama berhala
mereka.
5. Takut Akan Hari Pembalasan
Islam mengajar manusia tentang hari pembalasan atau hari kiamat
Wajib percaya kepadanya dan merupakan satu daripada Rukun Iman
Segala amalan di dunia sama ada baik atau jahat akan dikira pada hari pembalasan
denganm saksama.
Berita hari kiamat telah menakutkan kaum Quraisy Mekah kerana mereka sedar bahawa
mereka telah banyak melakukan perkara keji yang ditegah oleh Islam seperti mencuri,
merompak, berzina, minum arak dan mengamalkan riba
Perbuatan ini akan dibalas dengan seksaan api neraka
Tetapi mengikut agama berhala, segala dosa itu dapat dihapuskan di dunia juga tanpa
menerima apa-apa balasan pada hari kiamat.

6. Perasaan Iri hati


Mereka menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam kerana perasaan iri hati kedudukan
Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul.
Antara mereka ialah;
i) Umayyah bin Abi al-Salt pernah menyatakan keinginan menjadi seorang nabi.
ii) Al-Walid bin al-Mughirah berasa terlalu kecewa apabila mendengar Nabi Muhammad
s.a.wmenerima wahyu

KESIMPULAN:
1. Nabi Muhammad saw dan umat Islam Makkah tabah dan sabar menghadapi tentangan
daripada orang-orang Quraisy Makkah.
2. Terdapat pelbagai bentuk tentangan daripada orang-orang Quraisy Makkah seperti
penghinaan,penyiksaan, pemulauan,memujuk Nabi Muhammad dan bapa saudaranya Abu Talib
sehingga rancangan untuk membunuh Nabi Muhammad saw.

PERINGKAT DAKWAH NABI DAN SEBAB PENENTANGAN


QURA ISH MEKAH
Bincangkan usaha-usaha dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW di Kota Makkah
serta sebab-sebab berlakunya penentangan Kaum Quraisy ke atas dakwah baginda

Pengenalan

1. Nabi Muhammad SAW dilahirkan dalam keluarga ternama masyarakat Quraisy iaitu
keturunan Bani Hashim.
2. Baginda dilantik menjadi rasul pada 610 M.
3. Baginda menjalankan dakwah di kota Makkah selama 13 tahun dan usaha dakwah baginda
di bahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat sembunyi dan peringkat terbuka.

B: ISI-ISI PENTING

i) PERINGKAT-PERINGKAT DAKWAH [3 X 3M = 9M]


1. Peringkat pertama seruan secara sulit - Seruan peringkat ini dimulakan setelah Nabi
Muhammad SAW menerima wahyu yang kedua iaitu Surah al-Muddashir : ayat 1-7. Baginda
mula menjalankan kegiatan dakwahnya secara sulit kepada keluarga dan sahabat-sahabat
terdekat baginda. Baginda menjalankan dakwah secara sulit selama tiga tahun. Peringkat ini
agama Islam diterima oleh sebilangan kecil penduduk Makkah. Pengajaran konsep peringkat
sulit adalah untuk mewujudkan konsep berjaga-jaga dan berwaspada agar perlaksanaan
dakwah peringkat awal tercapai dan berjaya. Orang yang pertama memeluk Islam ialah Siti
Khadijah, Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar al-Siddiq.

2. Rumah al-Arqam dijadikan sebagai markas gerakan Islam- Dengan adanya sambutan
tersebut Nabi Muhammad SAW telah mencari pusat gerakan bagi mempertingkatkan lagi
perkembangan Islam. Al- Arqam telah bermurah hati menyerahkan rumahnya untuk
dijadikan sebagai pusat gerakan agama Islam.Rumah al Arqam terletak di Bukit Safa di
Makkah. Di samping keluarga Nabi dan sahabat-sahabatnya, agama Islam telah diterima oleh
golongan miskin dan hamba. Hasil dakwah Nabi Muhammad SAW bilangan penganut Islam
bertambah sebanyak 40 orang.

3. Peringkat Kedua seruan terbuka kepada keluarga Abdul Mutalib - Nabi Muhammad SAW
menjemput keluarga Abdul Mutalib menghadiri satu perjumpaan yang diaturkan oleh Ali B.
Abi Talib di rumahnya. Tindakan ini dilakukan setelah Nabi menerima wahyu dari surah ashShua’rat
ayat 214. Satu perjumpaan telah diadakan di Bukit Safa. Setelah baginda
menerangkan dasar-dasar Islam, sebahagian daripada mereka menyatakan kesanggupan
menerima Islam. Manakala sebahagian lagi menolak terutamanya Abu Lahab.

4. Peringkat terbuka kepada orang ramai- Apabila turun wahyu dari surah al-Hijr ayat 94.
Dakwah secara terang –terangan ini telah diadakan di Bukit Safa Nabi Muhammad SAW
telah member i syarahan kepada semua anggota kabilah Quraisy yang hadir. Antaranya
Bani Hashim, Bani Abdul Manaf, Bani Zuhrah , Bani Tamim dan sebagainya. Seruan yang
disampaikan oleh baginda telah diganggu oleh Abu Lahab iaitu bapa saudara nabi. Tindakan
Abu Lahab ini telah menggagalkan dakwah Nabi Muhammad dan membawa kepada
penentangan kaum musyrikin Makkah terhadap agama Islam. Seruan secara terbuka ini
berlangsung selama 10 tahun sehinggalah baginda berhijrah ke Madinah.

ii) SEBAB-SEBAB PENENTANGAN [6 ISI X 2M = 12M]


1. Pengekalan Kuasa – Agama Islam mementingkan persamaan taraf sesama manusia.
Mereka khuatir jika mereka memeluk agama islam kekuasaan Bani Hashim iaitu moyang
Nabi Muhammad SAW akan terus kekal di Makkah.

2. Takut akan Hari Pembalasan - Mereka takut dengan hari pembalasan kerana mereka
banyak melakukan maksiat. Bagi agama penyembahan berhala mereka hanya perlu
membuat pengorbanan kepada berhala untuk menghapus dosa.

3. Iri hati dengan kedudukan Nabi Muhammad SAW - Mereka iri hati dengan Nabi
Muhammad SAW sebagai seorang nabi. Sedangkan beberapa orang pembesar Quraisy
bercita-cita ingin menjadi nabi seperti Umaiyah Abi Sait dan al-Walid al- Mughirah yang
mengaku menjadi nabi.

4. Persamaan Taraf – Dalam Islam kedudukan manusia disisi Allah SWT ialah orang yang
bertakwa. Islam tidak mengira pangkat atau kedudukan seperti tuan dan hamba. Jika
mereka menerima Islam, mereka tidak mempunyai keistimewaan lagi khususnya golongan
pembesar dan bangsawan.

5. Ingin mempertahankan Pusaka Nenek Moyang - Mereka ingin mengekalkan amalan nenek
moyang mereka meyembah berhala yang menjadi amalan berkurun-kurun lamanya.

6. Kedudukan Ekonomi Terjejas - Sekiranya mereka memeluk islam perusahaan membuat


patung berhala yang menjadi sumber ekonomi mereka akan hilang.

Soalan : Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang pertama di Dunia. Berikan

huraian berhubung dengan kandungan dan kepentingan Piagam tersebut.

Pengenalan :

• Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk

terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus
dan Khzaraj digelar sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy

yang berhijrah dari Makkah pula digelar Muhajirin ( golongan Pendatang ). Orangorang

Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya

ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.

• Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham

sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin

kerana mereka dihalau dari kampung halaman mereka. Orang-orang Yahudi

sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah

s.a.w dan pengikutnya. Orang-orang Munafik perlu menjadi musuh dalam selimut.

Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat

pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam.

• Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat

perjanjian dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara

Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.

Isi :

Huraian mengenai Piagam Madinah :

• Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum ini,

kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk

diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini merupakan satu

undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu Al-Quraan, yang telah menjadi

tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia berlainan dengan The Constitution of

Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan perlembagaan di negara itu.

Piagam Madinah tidak seperti dokumen Shuking oleh Confucious yang merupakan

buku teks untuk kanak-kanak raja. Ia juga bukan seperti dokumen Artha Sastera

yang dianggap sebagai peraturan pemerintahan pada zaman Chandra Gupta

Mauriya, yang hanya menjadi buku teks pembelajaran untuk anak-anak raja waktu itu.

Beberapa aspek utama piagam Madinah ialah:


• Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara madinah yang wajib

dipatuhi dan dihormati. Apa -apa masalah besar antara penduduk Islam dengan

penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan.

Walaubagaimana pun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan

masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan.

• Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang tidak

terpengaruh dengan apa – apa elimen yang tidak baik dari luar.

• Semua penduduk hendaklah bersatu-pada, berkerjasama, dan bertanggungjawab

mempertahankan negara dari apa -apa serangan musuh.

• Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi .

• Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing – masing, dan

tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.

• Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi

perlembagaan tersebut.

Kepentingan Piagam Madinah kerana ia mempunyai beberapa peruntukan

berhubung dengan perkara-perkara berikut:

B. Kepentingan Piagam Madinah

1) Rasulullah menjadi Ketua Negara

Penerimaan Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara telah menaikkan kedudukan

bagindasebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri

dari pelbagai bangsa.Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar

negara dan menyelesaikan masalah yang timbul dari masa ke semasa.

2) Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah.

Pengekalan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran Islam di samping


pengubahsuaian sebahagian darinya sejajar dengan hokum Islam.Ketua-ketua kaum

tetap mempunyai autoriti terhadap kaumnya dan Rasulullah sebagai ketua Hakim

akan memutuskan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan yang di luar bidang

kuasa ketua kaum berkenaan.

3) Hidup bermasyarakat

Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermayarakat sesame meraka secara aman

dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan

berpihak kepada pihak musuh Islam.

4) Penyatuan Ummah

Piagam Madinah telah menyatukan kaum-kaum atau suku-suku yang sebelum ini

sentiasa berselisih faham. Misalnya Aus dan Khazraj, Ansar dan Muhajirin .

5) Kegiatan Ekonomi

Memberi kebebasan kepada semua pihak untuk menjalankan aktiviti ekonomi selagi

tidak bercanggah dengan perlembagaan.Hal ini untuk mengelak penguasaan penuh

(monopoli) orang Yahudi terhadap ekonomi Islamdi Madinah seperti mana

penguasaan ekonomi oleh Quraisy di Makkah.

6) Kebebasan berdagang

Kebebasan yang diberikan menarik minat pedagang-pedagang luar datang ke

Madinah. Akhirnya Madinah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung

Tanah Arab.Dengan itu umat Islam telah beransur-ansur menguasai ekonomi

Madinah dan kawasan sekitarnya.


7) Kebebasan beragama

Dengan kebebasan ini orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam tanpa

gangguan atau sekatan.Hal ini memberi peluang orang bukan Islam mendekati

orang Islam seterusnya berminat dengan ajaran Islam apabila memerhati akhlak dan

personalit dan disiplin umat Islam melakukan aktiviti harian termasuk amal ibadat.

8) Wujud Negara Islam Madinah

Orang Yahud secara tidak lanug mengktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama

dan Madinah sebagai sebuah negara Islam dengan Nabi Muhammad s.a.w sebagai

pemimpin.Sebelum ini perkara ini ditolak oleh mereka.

9) Hak keselamatan terjamin

Keselamatan penduduk tanpa mengira agama atau kaum akan terjamin selagi

mereka patuh kepada piagam. Pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil

tindakan termasuk memerangi,menghalau atau membunuh jika terpaksa.Contohnya

Bani Qainuqa’ di halau dari madinah dan perang diistiharkan kepada mereka.

Kesimpulan :

• Piagam Madinah bersifat perkembangan sebenar berbanding dengan tatacara

pemerintahan kerajaan purba Greek, China dan India.

• Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia.

• Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di

dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang

memerintah dunia selama tujuh abad.

• Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru,

terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang

bangsa.
SOALAN: TERANGKAN SISTEM PEMERINTAHAN YANG DIAMALKAN OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W. DI
KOTA MADINAH.

Soalan: Huraikan struktur pemerintahan Nabi Muhammad SAW di Madinah

Pengenalan

Nabi Muhammad s.a.w. merupakan pemerintah pertama di negara Islam Madinah. Baginda
memerintah berteraskan wahyu Allah SWT selain mengamalkan konsep musyawarah dengan para
sahabat dan menggubal Piagam Madinah. Baginda amat menegaskan perasaan taat setia dalam
kalangan umat Islam bagi menggantikan semangat assabiyah dalam kabilah-kabilah.

Pemerintahan di Madinah bersifat negara kota. Nabi Muhammad s.a.w. telah meletakkan
asas pemerintahan mengikut pengurusan dan pentadbiran Islam yang sebenar. Piagam Madinah yang
digubal mengandungi 47 fasal yang menjelaskan perkara-perkara berkaitan umat Islam dan bukan
Islam. Piagam ini telah menjadi teras peraturan hidup masyarakat Madinah yang berbilang kaum.

Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w. juga telah menubuhkan Majlis Syura bagi menggubal dasar
pemerintahan negara yang berteraskan al Quran dan Sunnah. Majlis ini dianggotai sebilangan sahabat
paling kanan yang pakar dalam bidang tertentu. Baginda juga mengamalkan sistem perundangan yang
berteraskan al Quran dan sunnah. Bagindalah hakim yang dilantik pada peringkat suku kaum.

Seterusnya baginda membentuk satu dasar diplomatik dengan menjalin hubungan dengan
negara luar. Memandangkan wilayah Islam semakin meluas, para ‘amir’ telah dilantik untuk mentadbir
kawasan yang dipertanggungjawabkan. Sebagai contoh, Uthman ibn Abi al-As dilantik sebagai ‘amir’
di Taif.

Nabi Muhammad s.a.w. juga membentuk pentadbiran berasaskan empat dasar iaitu
mengukuhkan semangat akidah bagi menggantikan semangat assabiyah, menjadikan Islam sebagai
landasan peraturan masyarakat, mengamalkan kaedah musyawarah dalam pentadbiran
danmemperkenalkan Piagam Madinah. Dasar ini menjadi panduan masyarakat Islam untuk
memperoleh kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan.

Penutup

Kebijaksanaan pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya membina sebuah


masyarakat yang bersatu serta mewujudkan kestabilan politik selain membina negara Islam yang
kukuh, aman dan berdaulat.
Kepentingan Piagam Madinah kerana ia mempunyai beberapa peruntukan berhubung dengan
perkara-perkara berikut:

 Penerimaan Rasullah s.a.w sebaagi Ketua Negara Madinah telah menaikkan


kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya
terdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa – apa dasar
negara dan untuk menyelesaikan masalah – masalah yang timbul dari masa ke semasa.

 Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan dengan


Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam. Ketua-
ketua kaum tetap mempunyai autority terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah sebagai
Ketua hakim yang akan memutuskan hukumaan terhadap kesalahan-kesalahan di luar bidang
kuasa ketua-ketua kaum berkenaan.

 Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka
hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh-
musuh Islam.

 Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di
Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.

 Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini
dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam
seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.

 Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik
minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi
pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islams ecara
beransur-ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.

 Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan


negara.

 Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh membuat sebarang
pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka diwajibkan mempertahankan negara dari
ancaman luar bersama-sama dengan orang Islam.

 Memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu penganut-penganut agama


lain.

 Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam.
Ini memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam bergaul dengan orang-orang
Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan juga ibadat mereka
yang penuh dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat orang-orang bukan Islam memeluk
agama Islam.

 Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan Islam
sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai
Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang
Yahudi.

 Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang
cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa
mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti
apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab Quraaisy
Mekkah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau
kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh kaum
lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan berkerjamasa dengan Quraisy Makkah
dalam Perang Khandak.

Kesimpulan :

 Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia.

 Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di
Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia
selama tujuh abad.

 Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru, terutama
sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa

Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum menjadi rasul.

1. Nabi keturunan Qusai bin Kilab (pemimpin Arab Quraisy).

2. Keluarga nabi mengusai Makkah, Kaabah, telaga zamzam.

3. Keturunan nabi bijak mentadbir Makkah dan bijak berniaga.

4. a. Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah.

b. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib.

c. ibunya ialah Aminah bt. Wahab.

5. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 20 April, tahun 570 M pada Tahun Gajah : (berlakunya
serangan tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah dari Habsyah terhadap kota Makkah).

6. Baginda dilahirkan di rumah datuk baginda, Abdul Muttalib dan diberi nama Muhammad bermaksud
terpuji.

7. Oleh sabab bapa nabi meninggal dunia ketika nabi dalam kandungan, Nabi diserahkan kepada
Halimatus Sa’diyah untuk dipelihara dan disusui.
8. Pada usia 6 tahun ibu nabi meninggal dunia dan nabi dipelihara oleh datuk baginda. Kemudian
datuknya meninggal dunia lalu dipelihara pula oleh bapa saudara baginda, Abu Talib.

9. Pengalaman baginda dalam bidang perniagaan pula diperoleh sejak baginda berusia 12 tahun iaitu
dengan mengikut rombongan bapa saudara baginda ke Syam.

10. Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w telah diramal oleh pendeta Nasrani bernama Buhaira ketika
rombongan perniagaannya singgah di Basrah.

11. Pendeta ini segera menyuruh Abu Talib membawa baginda pulang kerana khuatir akan
dibunuh oleh orang Yahudi.

12. Pada usia 20 tahun, baginda menjalankan perniagaan Khadijah bt Khuwalid ( digelar sebagai al-
thatharah)

13. Sifat terpuji baginda menyebabkan keuntungan berlipat kali ganda. Akhirnya nabi berkahwin
dengan Khadijah.

4.2.1 Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

1. Empat sifat terpuji nabi :

http://www.ispi-usa.org/muhammad/muhammad.jpg

a. Amanah

b. Siddiq

c. Fatanah

d. Tabliq

2. Nabi digelar Al -Amin kerana

a. perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai


b. tidak pernah berbohong.

4.2.2 Bukti Peristiwa Kewibawaan Nabi Muhammad s.a.w Sebelum Dilantik Menjadi Rasul

Bukti 1 : Perletakan Semula Hajar Aswad ( Batu Hitam )

Semasa baginda berumur 35 tahun, kewibawaan baginda terserlah apabila baginda berjaya
menyelesaikan suatu persengketaan dalam kalangan kabilah Quraisy. Peristiwa ini berpunca daripada
perletakan semula Hajar Aswad ( batu hitam ) ke tempat asalnya iaitu di penjuru timur Kaabah yang
telah terjatuh semasa banjir melanda kota Makkah.

Pertelingkahan timbul apabila kabilah Arab Quraisy berebut untuk meletakkan Hajar
Aswad kembali semula ke tempat asalnya. Mereka bersetuju melantik Nabi Muhammad s.a.w sebagai
hakim. Baginda telah bertindak bijak dengan meletakkan Hajar Aswad do atas sehelai rentangan kain
serban. Baginda kemudian meminta pemimpin setiap kabilah untuk memegang setiap penjuru serban
dan membawanya ke tempat asal. Kemudian baginda sendiri telah meletakkan batu tersebut ke
tempat asalnya. Tindakan baginda ini telah membuatkan semua orang berpuas hati serta mengelakkan
perbalahan antara kaum.

Hajar Aswad

Bukti 2:

Nabi Muhammad s.a.w dapat menyelesaikan masalah kerana kebijaksanaannya.

Sebagai contoh,

Baginda memeterai Perjanjian Hubadiyah pada tahun 628M. Walaupun perjanjian ini tidak adil,
baginda menerimanya sebagai satu hikmah untuk menyebarkan Islam.

Perjanjian Hubadiyah

Baginda selalu memikirkan mengenai cara kehidupan masyarakat sekeliling baginda yang tidak
bermoral dan taasub dengan amalan jahiliah dan berusaha mencari jalan untuk mengubah kehidupan
mereka sebelum baginda dilantik menjadi rasul.

Untuk itu, baginda telah mengasingkan diri daripada masyarakat yang sedemikian, baginda sering
bertahannuth (mengasingkan diri untuk beribadah) kepada Allah di Gua Hirak di kemuncak Bukit Nur
(Jabal Nur) yang terletak kira-kira 6 jam dari kota Makkah.
Walaupun tempat tersebut terletak di puncak Bukit Nur, tetapi baginda tabah dan sabar mendakinya.

Tempat tersebut dipilih kerana kesunyian dan ketenangan yang wujud di situ membolehkan baginda
menyerahkan diri kepada Allah dengan sepenuhnya.

Ahkirnya, selepas enam bulan nabi bertahannuth di Gua Hirak, pada 6 Ogos tahun 610 M (17 Ramadan)
wahyu pertama telah diturunkan oleh Allah s.w.t melalui Jibril.

Ketika itu baginda berusia 40 tahun dan bernula era baru dalam sejarah tamadun masyarakat Arab
Jahiliah yang menjadi tanda pemisah antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam.

4.2.3 Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w

Wahyu pertama diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w pada hari Isnin, 17 Ramadan (6 Ogos 610M)

Ketika itu Nabi Muhammad s.a.w berusia 40 tahun.

Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.

Surah al-Alaq, iaitu wahyu yang pertama diterima berbunyi "Bacalah dengan nama Tuhan yang
menjadikan manusia..."

a) Dengan memerintahkan umat Islam supaya membaca, surah ini menegaskan betapa pentingnya
ilmu pengetahuan dalam Islam.

b) Melalui bacaan, ilmu seseorang dapat ditingkatkan dan selanjutnya membolehkan seseorang
membuat kajian dalam pelbagai bidang.

c) Ini selanjutnya akan membantu dalam membina masyarakat dan tamadun Islam yang cemerlang.

Wahyu kedua, iaitu surah al-Muddasir (ayay 1-7) juga diturunkan di Bukit Nur yang berhampiran
Makkah.

a) Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

b) Baginda diperintah menyebarkan agama Islam kepada seluruh umat manusia.

Baginda perlu menyebarkan ajaran Islam secara bijak dan terancang.

Nabi Muhammad s.a.w terus-menerus menerima wahyu dan menjalankan seruan kepada Arab
Quraisy.

Pada tahap ini, baginda merancang untuk membetulkan akidah dan kehidupan masyarakat Arab
dengan beriman kepada Allah s.w.t dan meninggalkan semua amalan yang keji.

4.3 Penyebaran Islam di Makkah


Sejak Nabi Muhammad s.a.w dilantik sebagai Rasulullah, baginda mula merancang untuk mengubah
cara hidup masyarakat di sekelilingnya.

Baginda telah menyebarkan agama Islam selama 13 tahun di Makkah.

Baginda menyebarkan Islam secara berperingkat-peringkat:

a) Peringkat awal-penyebaran dijalankan secara sulit selama tiga tahun

b) Peringkat kedua-pengyebaran dilakukan secara terang atau terbuka selama 10 tahun

Peringkat Awal

Pada peringkat awal, penyebaran Islam dilakukan secara sulit atau rahsia selama tiga tahun

Pada peringkat ini, Islam disebarkan dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Antara mereka yang terawal memeluk agam Islam ialah

a) Siti Khadijah, isteri nabi ( orang yang pertama memeluk agama Islam)

b) Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)

c) Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

d) Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)

Pada peringkat ini, agama Islam bukan sahaja diberikan sambutan oleh golongan bawahan malah
golongan bangsawan juga turut menerimanya.

Antara sebab dakwah Islamiah pada peringkat ini diterima ialah ketinggian akhlak Nabi Muhammad
s.a.w.

Melalui Abu Bakar al-Siddiq, Islam disebarkan kepada tokoh-tokoh Quraisy seperti Uthman bin Affan,
Zubair bin Awwam dan Al-Arqam bin Abu Arqam.

Rumah Al-Arqam telah dijadikan sebagai pusat kegiatan Islam yang pertama di Makkah . Melaluinya
Nabi Muhammad s.a.w telah menyebarkan Islam secara meluas.

Peringkat Kedua

Dakwah pada peringkat ini adalah terbuka atas perintah Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Penyebaran Islam secara terbuka kepada keluarga Abdul Muttalib dimulakan melalui majlis ceramah
di rumah Ali bin Abu Talib.

Terdapat keluarga baginda yang menerima dan ada juga yang menolak seruan baginda.

Antara orang yang paling kuat menentang baginda ialah Abu Lahab, iaitu bapa saudara baginda sendiri.

Seruan Islam secara terbuka kepada ramai pula dilakukan di Bukit Safa, Makkah.
Bukit Safa

a) Ini berikutan perintah Allah menerusi ayat al-Quran, al-Hijr, ayat 94.

b) Majlis ini dihadiri oleh semua ketua pentadbir kota Makkah. Antaranya ialah ketua Bani Abdul
Muttalib, Bani Zuhrah, Bani Tamim, Bani Makhzum dan Bani Asad.

Pada peringkat ini, baginda telah ditentang hebat oleh kaum Musytikin Quraisy.

Berlaku perbahasan yang hebat antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Abu Lahab. Abu Lahab telah
menghina baginda sehingga dakwah yang hendak disampaikan telah terganggu.

Akibat penentangan hebat oleh kaum Quraisy, baginda mengarahkan pengikut baginda berhijrah ke
Habsyah pada 615M. Ini sebagai langkah untuk melindungi para pengikut baginda.

Baginda kemudiannya berdakwah hingga ke Taif tetapi seruan baginda tidak diterima

Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam

4.4.1 Penerimaan terhadap Islam

Nabi Muhammad s.a.w memilih strategi melakukan dakwah Islamiah secara rahsia pada peringkat
awal

Kota Makkah

kerana Islam masih baru dikenali

bilangan peganut masih sedikit

baginda juga ingin mengelakkan penentangan yang memungkinkan asas Islam itu dihancurkan

Kebanyakan penganut Islam pada peringkat awal ini terdiri daripada golongan bawahan seperti
hamba.

Faktor mereka tertarik kepada ajaran Islam

mereka memeluk Islam kerana tertarik kepada ajaran Islam yang memberikan layanan yang sama
kepada semua manusia.

Ada dalam kalangan mereka yang telah diseksa dengan kejam tetapi mereka tetap menerima Islam
dengan penuh yakin.
Bilal bin Rabah dijerut leher dengan tali oleh tuannya Umaiyah bin Khalaf

Keluarga Yassir telah dijemur di padang pasir sehingga Yaasir dan isterinya, Sumaiyah mati syahid.

Amir bin Fuhairah telah diseksa dengan kejam oleh tuannya sehingga menjadi gila.

Zunainah telah diseksa oleh Abu Lahab sehingga matanya menjadi buta.

Faktor- faktor Islam telah dapat diterima oleh masyarakat Arab

kerana kemurnian ajarannya.

kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w berdakwah

dakwah baginda secara lemah lembut dan berhikmah

baginda tidak memaksa orang ramai memeluk Islam tetapi memujuk mereka dengan menggunakan
akal yang dianugerahi Allah

antara pendekatan yang digunakan oleh baginda termasuklah membandingkan antara nilai akhlak
masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak yang disarankan oleh Islam.

Nabi Muhammad s.a.w juga membacakan ayat al-Quran untuk menjawab pernyataan para sahabat.

memberikan penerangan dan menunjukkan teladan yang baik

Nabi Muhammad s.a.w telah menanam keimanan yang kuat yang juat kepada pengikutnya

harta bukan menjadi ukuran utama dalam berdakwah tetapi kesabaran yang tinggi dan pengorbanan
merupakan kunci kejayaan Islam

mereka juga mengenali peribadi Nabi Muhammad s.a.w yang sememangnya terkenal sebagai orang
yang berakhlak mulia

kekuatan mental, fizikal and rohani Cara penentangan


kaum Quraisy
1. Diejek oleh penyair Arab Quraisy melalui puisi
mereka.
2. Nabi Muhammad s.a.w. dilemparkan dengan pelbagai
tohmahan dan tuduhan.
3. Kaedah pujukan
-Nabi Muhammad s.a.w. dipujuk agar meninggalkan
ajaran Islam
-Baginda ditawarkan kedudukan, wanita cantik dan
harta.
4. Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda dipulau
oleh kaum Arab Quraisy.
-Orang Arab Quraisy dilarang menjalankan urusan jual
beli
dengan keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
-Sebarang bentuk pertolongan tidak boleh diberikan
kepada
keluarga baginda.
-Orang Arab Quraisy tidak dibenarkan berkahwin
dengan ahli
keluarga baginda.

Langkah pemulauan itu hanya


berjalan selama 3 tahun kerana:
-Abu Talib, bapa saudara baginda sentiasa melindungi
dan
membantu baginda.
-Ada dalam kalangan kaum Quraisy tidak mematuhinya,
sebaliknya
membantu orang Islam.
-Golongan Islam yang berkemampuan sanggup
berkorban dengan
menyerahkan harta mereka untuk membantu orang
Islam yang
hidup susah akibat pemulauan oleh kaum Quraisy.
-kaum wanita turut berkorban membantu
memperjuangkan Islam
seperti Siti Khadijah di Makkah, Aisyah, Ummu Salmah
dan lain-
lain di Madinah.

*Aisyah binti Abu Bakar ialah isteri Nabi Muhammad


s.a.w. yang paling muda. Beliau menjadi sumber rujukan
utama tentang hukum-hukum Islam.

Penyelesaian masalah oleh Nabi


Muhammad s.a.w.

Berhijrah ke Habsyah
- Nabi Muhammad s.a.w. membenarkan orang Islam
berhijrah ke
Habsyah untuk mendapatkan perlindungan.
- Hijrah pertama orang Islam.
- Nabi tidak berhijrah kerana memberikan tumpuan
kepada
penyebaran Islam serta menjaga keselamatan orang
Islam yang
berada di Makkah.

Berdakwah di luar Makkah


- Nabi Muhammad s.a.w.bersama Zaid bin Harithah
cuba
menyebarkan agama Islam di luar Makkah, iaitu di Taif.
- kurang berkesan dan tidak dapat mengurangkan
tentangan kaum
Arab Quraisy.

Berhijrah ke Madinah
- Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu untuk
berhijrah ke
Madinah pada tahun 622M.
- membolehkan baginda menguruskan strategi baru
untuk
menyebarkan agama Islam.
- Suku Aus dan Khazraj menjemput baginda dan umat
Islam
Makkah untuk menetap di Makkah. merupakan kunci kepada kejayaan
perkembangan Islam di Makkah

Anda mungkin juga menyukai